Wednesday, June 22, 2011

writers block ke? or kemalasan yg melampau atau ke'busy'an yang x sudah2?

salam...
annyeon yorobun~~~~

lama giler x update blog ni...CBL n KKM..due2 r...aigoo, ottokachi?

heheh...proposal FYP x buat ag...FYDP plak, haish menyesal amik major control, x pasal2 kene buat control strategy tuk satu plant..dahlah sy ni x rajin mane....

hua, menunggu cuti yg panjang sb bile cuti la, saya leh siapkan satu chapter satu hari <<----- ini bile efisyen gile n berat badan sudah berlebihan sb asyik mkn n ngadap cik lappy ni....(^_^)

ni sbnarnye ada satu cite in da making...working title 'BABY LOVE'...
hah, bile ada baby tu, cite sti la psl baby kan...hahha, bile mamat sempoi musician/engineer n perempuan queen of baker kene take turn jaga baby..pe jadi? dah la masing2 benci thp haram towards each other...
hahha, stay tuned for that, dah byk sikit tulis, bru post sini....

CBL? jap, tgh smbg tp mmg slow slgi kat u ni, tp dun wory, sti in progress...
KKM pun....

so, stay tuned uols...
zeera-sshi, himne sayo!

Sunday, May 1, 2011

Cinta Bertandang Lagi 42


BAB
42

Beberapa minggu kemudian…


“ ABANG, tolonglah beritahu saya mana Imelda pergi. Dah berminggu – minggu saya cari, saya call, tapi tak dapat – dapat. Saya dah tak tahu nak cari dia kat mana lagi. Tolonglah saya abang. Beritahulah mana Imelda sekarang…” Adam terus merayu, entah untuk kali ke berapa.
             
Naym memandang Adam dengan perasaan yang bercampur baur. Salah tanggapannya pada Adam dahulu. Fikirnya, Adam akan mampu membahagiakan adiknya hingga ke akhir hayat namun ternyata dia silap menafsir siapa Adam. Adam tetap Adam. Imelda telah bermain dengan api, dah sekarang adiknya itu terpaksa menanggung bahananya.
           
 Disebabkan itu, rasa marah pada Adam membuak – buak di hati Naym. Kalau diikutkan hatinya yang sedang membara sekarang, mahu aje ditumbuknya muka Adam itu.
           
“ Kau memang tak tahu malu kan?!”
           
Adam tersentak. Iman tergamam.

“ Lepas apa yang kau buat pada adik aku, kau masih berani nak tunjukkan muka kau kat sini, hah?!”

Naym mula menujal bahu Adam menyebabkan Adam terkebelakang.

Iman segera menarik Naym, cuba menyabarkan suaminya itu.

Naym mendengus kasar.

“ Eh, baliklah Adam. Adik aku dah tak ingin nak tengok muka kau. Kau tahu tak?!”

Naym terus membentak kasar.

“ Abang, tolonglah saya. Apa yang terjadi…Semua tu salah faham. Saya boleh jelaskan apa…”

“ Salah faham kau cakap?!” Suara Naym memetir lagi.

“ Adik aku nampak kau tidur dengan perempuan lain dengan mata kepala dia sendiri. Itu kau cakap salah faham?!”

Kolar baju Adam ditarik kasar. Penumbuk Naym hanya beberapa inci sahaja lagi dari muka Adam.

“ Abang… Anak – anak dengar nanti.”

Iman terus menarik tangan Naym. Dia meleraikan Adam dari cengkaman Naym. Tidak mahu jika Adam dan Naym mula bertumbuk di sini.

Naym menarik nafas dalam – dalam. Dia beristighfar, cuba membuang amarah yang merajai dirinya sekarang. Dia melirik pandangan kepada Adam semula.

“ Eh, sudah – sudahlah. Kau baliklah. Imelda tak ada pun kat sini.”

“ Habis tu, mana dia pergi? Abang, kakak..beritahulah saya mana Imelda. Saya merayu sangat.”

“ Kau ingat aku ni gila ke?!” Suara Naym meninggi semula apabila dia terus didesak Adam.

Iman terus cuba menenangkan Naym namun bagi Naym, selagi Adam masih berada di depan matanya, tak mungkin dia mampu bertenang.

“ Hish, aku takkan beritahu kau mana adik aku pergi. Baik kau balik sebelum aku naik angin lagi.” Naym mula memberi amaran. Kali ini, dia tidak akan teragak – agak lagi.

Adam masih tidak berputus asa. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, Naym terlebih dahulu memotong.

“ Pergi! Pergi sebelum aku naik gila! Kau tak layak untuk adik aku! Pergi!”

Adam terpaksa juga mengalah.

Dia memandang lagi pada Iman namun Iman hanya membuat isyarat, meminta dia meninggalkan rumah mereka. Dalam keadaan begitu, dia juga tidak mampu menolong Adam.

Adam melangkah dengan hati yang berat. Imelda masih juga tidak dijumpai. Hampir sebulan dia mencari  namun tidak juga ketemu.

“ Mel…”


HAYKAL menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
           
Argh! Kalut!”
           
Dia mencari – cari lampin untuk dipakaikan pada Dija.
           
Aku rasa aku dah beli semalam tapi mana pulak perginya? Ghaib pulak! Pelik.
           
Dia melihat ke seluruh ruangan rumahnya. Penuh dengan kotak – kotak. Sana kotak, sini kotak.

Aiyak!
           
“ Ini kalau Jabatan Kebajikan Masyarakat datang, mahunya dia orang ambil Dija. Ingat aku tak kompeten nak jaga Dija. Tengoklah rumah ni, macam sarang tikus!”
           
Haykal terus membebel sendiri sambil tangannya mengangkat kotak yang terbalik di tepi kabinet dapur.
           
“ Lah, sini rupanya.”
           
Haykal mengangkat beg plastik yang mengandungi lampin pakai buang dan juga susu formula untuk Dija.
           
Dia membawa bungkusan lampin itu ke biliknya. Dilihatnya Dija ralit bermain dengan mainannya. Sekali sekala, dapat Haykal mendengar tawa anaknya itu.
           
Haykal mengangkat Dija dan Dija diletakkan di atas katilnya. Mahu menukar lampin Dija. Mujurlah anaknya itu jenis yang tidak meragam. Tak adalah susah dia mahu menguruskan Dija sebab dia sendiri pun masih tidak terurus lagi.
           
Sudah sebulan dia pulang ke Malaysia. Dia membeli rumah di Desa Sri Hartamas untuk dia tinggal bersama Dija. Mamanya ada meminta untuk menjaga Dija, tetapi Haykal terus bulat – bulat menolak. Buat masa sekarang, dia tidak boleh berpisah lama dengan puterinya itu dan disebabkan itu juga, dia msih belum melaporkan diri di syarikat papanya. Mujurlah papa dan mamanya memahami keadaan dirinya buat masa kini.
           
“ Siap dah anak papa! Wangi!” Haykal mengucup lembut pipi Dija. Mengekek Dija apabila dibuat begitu.
           
Haykal meraba mukanya. Dia melihat bayangan di cermin.
           
Patutlah dia ketawa. Geli kot dengan muka aku yang berjambang panjang ni.

“ Nanti kita pergi rumah nenek ye…Bagi papa siap dulu.”

Bagai memahami apa yang dikatakan oleh Haykal, Dija diam di tempatnya. Asyik bermain dengan mainan di tangannya.


ARGH!”
           
Adam menjerit geram. Dia mencampakkan pen di tangannya tadi sejauh mungkin. Dia mundar – mandir di dalam biliknya.
           
Ini tak boleh jadi! Aku memang boleh naik gila macam ni. Macam mana aku nak buat kerja kalau dalam kepala aku ni asyik teringatkan Imelda?!
           
Adam meraup mukanya berulang kali.
           
Adam membuka laci mejanya. Dia memandang sampul surat berwarna putih yang berada di atas timbunan dokumen – dokumen procument minggu lepas. Adam mengambil sampul itu.
           
Maybe aku patut teruskan aje apa yang aku nak ni.” Ujar Adam sambil memegang sampul surat tadi.

“ Aku pasti selagi aku tak dapat cari Imelda, tak mungkin aku dapat tumpukan perhatian dalam kerja kat sini.”
           
Adam bingkas bangun dan terus melangkah menuju ke bilik Mr Richard.
           
Yes Adam, anything?”
           
Richard memandang Adam dengan senyuman terukir di bibir.
           
Adam mula diserang perasaan bersalah.
           
Macam mana aku nak beritahu Richard? Mesti dia kecewa nanti.
           
Adam mula menimbang – nimbang keputusannya tadi.
           
Argh! Lantaklah! Bukannya aku boleh buat kerja kalau aku ada kat sini pun.
           
Nothing much, Richard. I just want to give this.” Adam meletakkan sampul itu tadi ke atas meja Richard.
           
Resignation letter?”

Adam hanya mengangguk.
           
May I ask why?” Tanya Richard semula kepada Adam.

Namun belum sempat Adam menjawab, Richard bersuara semula.

You’re one hell of an engineer, Adam. Why quit now?!” Tanya Richard lagi. Semua dokumen yang bertimbun di atas mejanya terus dialih ke tepi. Segala tumpuan kini diberikan kepada Adam.

Just domestic problems…That’s it.”

“ That’s it?! And you want to quit because of that?!” Tanya Richard dengan nada yang tidak percaya.

Oh, come on Richard. If it’s not serious, I wouldn’t quit. It’s about my wife and I really need time to deal with it.” Adam terus menghenyakkan punggung ke atas sofa yang ada di dalam pejabat Richard itu. Dia meraup mukanya berulang kali. Fikirannya makin serabut dari hari ke hari dan disebabkan itu, dia berasa lebih baik dia berhenti kerja sahaja.

I’m thinking about going back to Malaysia and settle there for good. From there, I’ll start everything back.”

“ Dude, are you serious about this? Have you really think about it?”

“ My wife’s not here so there’s no point of staying. She’s not here, mama also not here. I have nobody here, even my friend have also went back to Malaysia…I…I’ve got nothing to make me stay here any longer. Richard…”

“ But Adam, why don’t you just ask for a transfer? We do have branch in Malaysia, you know…You don’t have to quit…” Richard masih lagi cuba memujuk Adam. Kalau boleh dia tidak mahu kehilangan one of his best engineer. Sudah dianggap Adam seperti anaknya sendiri bahkan dia sendiri memang berkawan baik dengan ibu Adam dahulu.

I know that Richard, but…I…I…don’t think I can work for the time being. It’s all just…Argh!”    

Cool it down, Adam… Cool it down…” Richard menepuk – nepuk bahu Adam. Cuba untuk menenangkan Adam.

That woman, Christina. She really make my life hell! If I wasn’t because of her, Imelda won’t left and I wouldn’t be like this!” I really wish for her to die, really! Die!” Adam tiba – tiba meluahkan rasa marahnya yang berbuku di dada pada Richard.

“ I don’t think I can work like this, and that’s why I’m quitting, Richard. I really need a break.”

Richard tiba – tiba bangun. Adam segera berkalih pandangan, mengadap Richard. Dia amat mengharapkan yang Richard akan memahami permasalahannya dan tidak memanjangkan lagi hal ini dengan bertanyakan seribu satu soalan.

If that’s the case, I cannot say anything anymore. So, I guess this letter came  with a month-time notice, right?”

Adam segera mengangguk. Dia menghulurkan tangan dan tangannya segera disambut Richard.

Thank you for everything, man. I really appreciate for all the things that you have done to me so far. Thank you…”

No big deal, dude! That’s the least I can do for you and your mum.”

Adam hanya tersenyum lemah bila ibunya disebut oleh Richard. Dia tahu yang Richard memang sudah lama menyimpan hati pada ibunya namun ibunya terus setia pada  papanya hingga ke akhir hayatnya dan itu yang membuatkan rasa benci pada papanya bertambah – tambah. Hari pengebumian ibunya juga, papanya masih sibuk dengan business meeting.

Dia tidak faham apa yang dilihat oleh ibu pada papanya. Entah. Mungkin itu yang dinamakan cinta.

Richard pula hanya bertepuk sebelah tangan dan terus membujang sehingga kini.

“ Mel, mana Mel pergi?” Adam terus bermonolog sendirian. Perlahan – lahan dia menuju ke pejabatnya semula apabila namanya dipanggil semula. Terus dia berpaling semula. Dilihat Richard berdiri di muka pintu pejabatnya.

Good luck kid, on finding your wife. You can always come to me for help. You know you can always count on me.”

Adam mengangkat ibu jarinya, menunjukkan tanda okey pada Richard.

Dia kemudiannya terus melangkah dan mengambil kotak di belakang pantry dan membawanya masuk ke dalam pejabatnya. Kalau boleh, dia mahu mengemas kesemuanya hari ini juga. Dia mahu pulang ke Malaysia secepat yang mungkin dan mencari Imelda semula.


IMELDA menarik nafas dalam – dalam kemudian memnghembuskannya perlahan – lahan. Dia melihat lautan yang terhampar luas di hadapannya. Tenang.

Kalaulah aku mampu untuk mendapat ketenangang yang sebegini.

Imelda menyeka air matanya yang tiba – tiba meleleh panas di pipi.

“ Ya Allah, kenapa kau ni, Sarrah Imelda? Suka tangkap syahdu pulak! Hish!” Imelda mengibas – ngibas mukanya dengan tangan. Segala ingatan sedih segera dicampak jauh – jauh.

Dia mengalihkan pandangannya pada dua orang kanak – kanak lelaki yang asyik bermain – main dengan ombak – ombak kecil di tepi pantai. Kelihatan juga, seorang perempuan berjalan tidak jauh di belakang mereka. Mungkin memerhatikan mereka untuk memastikan keselamatan mereka.

Imelda serta – merta tersenyum lantas tangannya mengusap perutnya yang mula menampakkan rupa bentuk yang semakin membulat.

Imelda mula mengira dengan jarinya.

“ Lagi empat bulan. Lagi empat bulan kita jumpa ye baby...”

Hanya anak itu yang menjadi kekuatannya kini. Jika anak ini tiada, tidak tahulah apa yang mungkin terjadi padanya.

Tiba – tiba memori lama mula bermain di kepala Imelda.

Tiga tahun yang lepas, dia pernah melalui perkara seperti ini. Bezanya, dahulu dia ditinggalkan suami tapi sekarang dia yang meninggalkan suaminya.

Imelda tiba – tiba tertawa. Lucu dengan apa yang tertulis oleh takdir untuk dirinya. Selepas tiga tahun, dia berdiri di sini lagi, masih juga mengandung dan masih juga tidak mempunyai suami di sisi.

Mungkin dirinya ditakdirkan untuk tidak bergantung harap pada mana – mana lelaki.

“ Abang Naym jelah kot tempat aku nak bermanja sampai tua…” Imelda melawak sendirian.

Angin Laut China Selatan yang pada mulanya hanya sepoi – sepoi bahasa mula bertiup kencang. Anak – anak kecil yang dilihatnya tadi mula berlari – lari ke arah ibu mereka.

Imelda menarik rapat cardigan yang menutupi badannya sambil mendongak ke langit.

“ Nak hujan…” Fikiran Imelda terus menerawang dan membiarkan sahaja angin menampar lembut pipinya. Dia menyukainya.

Memikirkan masa depannya yang masih kelam mula membuatkan Imelda berasa sedikit takut.

I’m pregnant, husbandless, and jobless. Sampai bila aku nak duduk menempel dengan ibu dan abang? Sampai bila nak menyusahkan dia orang?” Bertubi – tubi soalan ditujukan kepada dirinya sendiri.

Imelda melirik sekilas jam di tangannya.

“ Alamak, pukul lima lebih dah. Mati aku!” Imelda segera mencari kunci keretanya.

Jumpa! Imelda melajukan langkah menuju ke keretanya.

Imelda tiba – tiba menarik nafasnya. Perutnya pula serta – merta mengeluarkan bunyi.

Aiseyman, bau kerepok lekorlah. Laparlah kalau macam ni…” Imelda memegang perutnya. Dia mula berkira – kira.

Nak beli ke tak? Nak beli ke tak?

“ Tak boleh jadi! Kena beli jugak!”

Imelda terus berpatah balik, menuju ke gerai kecil yang menjual kerepok lekor dan cendol di situ.

“ Abang, kerepok tiga ringgit, goreng pisang dua ringgit.” Laju Imelda membuat pesanan.

“ Cukup ke?” Imelda bercakap sendirian lagi. Dia mengira jumlah orang di rumah.

“ Abang Naym pun ada jugak kat rumah ni. Baik beli sekali untuk anak – anak dia juga, buat minum petang.”

“ Abang, bagi sata dua ringgit dengan cendol dua bungkus.” Kecur air liurnya apabila melihat sata yang dipanggang panas – panas di sebelah kuali menggoreng kerepok.

Abang penjual itu terhenti sekejap, namun cepat – cepat dia menyambung semula kerjanya apabila menyedari pandangan semacam Imelda.

Imelda memuncungkan bibir.

Apa hal pandang aku macam tu? Lantak akulah nak beli banyak mana pun. Pandang aku pelik pulak. Cet! Bukan ke lagi banyak orang beli, lagi bagus?

Imelda terkumat – kamit sendiri.

Selesai membuat bayaran, terkocoh – kocoh Imelda menuju ke keretanya semula. Cepat – cepat dia menghidupkan enjin kereta dan memasukkan gear.

“ Mampus aku! Mesti kena bebel dengan ibu ni. Mesti punya!” Imelda terus memecut laju meninggalkan Pantai Batu Hitam. 

~~~~~~~~~
# let's starts anew ek......
MEL without her ADAM.....
HAYKAL without his KHALIDA....
cmne tu~~~


Saturday, April 30, 2011

Cinta Bertandang Lagi 41


BAB
41


What About Now…


HAYKAL bingung. Sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Kucar – kacir sekali hidupnya sekarang.

Anaknya, Isma Khadija sudah tiga hari demam. Menangis tidak henti – henti. Sakit Khalida juga semakin teruk namun tak nak pula dirawat di hospital. Degil isterinya itu mengalahkan degil si keldai. Cakaplah benda yang sama berjuta kali pun, namun jawapannya tetap sama.

“ Ida nak duduk kat rumah. Biar Ida mati kat rumah! Ida sakit macam mana pun, abang kena janji yang abang tak akan bawa Ida keluar dari rumah ni. Janji!”

Haykal meraup mukanya. Dia terikat pada janji itu.

“ Adam!” Tiba – tiba mulutnya menyebut nama kawannya yang satu itu.

Itu pun satu hal juga. Tak habis – habis buat perangai. Sekarang padanlah muka tu! Dia mengomel sendirian.

Haykal sangat berang apabila mendengar kejadian yang berlaku antara Adam, Imelda dan juga Christina. Marah dengan Adam yang dirasakan begitu bodoh sehingga senang – senang sahaja dia diperkotak – katik oleh Christina sehingga rumahtangganya  kacau – bilau sekarang. Tetapi dia tidak boleh juga menyalahkan Adam sepenuhnya. Kesian juga dia melihat Adam. Macam nak sasau aje rupanya. Ke sana – sini mencari Imelda yang menghilang entah ke mana.

Haykal baru sahaja mahu melelapkan mata apabila namanya tiba – tiba dipanggil. Bergegas dia masuk ke bilik mendapatkan isterinya itu.

“ Abang…” Perlahan sahaja suara yang keluar dari mulut Khalida. Tangannya menggawang, cuba mendapatkan Haykal.

“ Ya sayang, abang datang…Abang datang.” Haykal mengambil tempat di sisi isterinya itu sambil menggengam erat tangan isterinya itu.

Sejuk! Hati Haykal mula menjadi tidak tenteram namun dia cuba menyembunyikan riak terkejutnya itu dari dilihat oleh Khalida.

Khalida mengusap lembut wajah suaminya itu. Dia menarik nafas panjang sebelum dia bersuara semula.

“ Abang…” Khalida mengukir senyuman.

Air mata Haykal mulai gugur satu persatu. Hatinya sakit melihat keadaan isterinya itu. Wajah isterinya itu cengkung, pucat malahan untuk senyum sahaja, dia dapat melihat yang Khalida menggunakan segala kudratnya yang ada.

“ Abang, Ida rasa masa Ida dah tak lama aje lagi…”

“ Shhh…Apa ni? Tak nak cakap macam tu. Shhh…” Haykal menarik isterinya itu ke dalam pelukannya. Erat dia merangkut Khalida. Air matanya yang menitis terus diseka dengan belakang telapak tangannya.

“ Ida nak abang janji sesuatu dengan Ida.”

“ Apa – apa aje sayang. Apa – apa aje…”

“ Janji dengan Ida yang abang akan balik ke Malaysia lepas ni. Besarkan Dija di sana. Janji dengan Ida, abang…”

“ Ya, kita sama – sama balik Malaysia, kita sama – sama besarkan Dija…”

“ Abang…Abang…” Ida memanggil suaminya itu berulang kali. Kedua – dua tangannya memegang lembut wajah orang kesayangannya itu. Dia memandang wajah Haykal dengan mata yang berkaca.

“ Abang tahu kan yang benda tu takkan jadi…” Lirih suara Khalida berkata – kata.

Laju Haykal menggelengkan kepala. Dia tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

Come on, don’t be a baby, please…?”

Haykal cuba menahan esakan yang semakin menggunung di jiwa.

“ Jangan nangis…Nanti Ida nangis juga…”

Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak yang masih kecil akan ditinggalkan? Hati isteri mana yang tidak walang apabila terpaksa meninggalkan separuh jiwanya itu?

“ Abang janji ye?” Tanya Khalida lagi sambil dia memegang dada, menahan rasa sakit yang menyucuk.

Haykal mengangguk sahaja.

Lega hati Khalida apabila Haykal sudah berjanji dengannya. Dia tahu yang masanya di dunia sudah tidak lama.

Pernafasan Khalida mula turun naik. Lambat – lambat dia menarik nafas. Dan Khalida tiba – tiba tidak sedarkan diri.

“ Sayang?” Haykal menggoncangkan tubuh Khalida, namun tiada reaksi.

“ Sayang? Sayang”

Tak boleh jadi! Haykal bingkas bangun. Segera dia mencempung Khalida dan bergegas menuju ke kereta. Laju dia menekan punat telefon, mendial nombor Aisha.

“ Aisha!”

“ Kenapa Haykal? Aku baru je nak pergi rumah kau ni, rindu nak tengok Dija. Macam mana dia? Dah sihat?”

“ Aisha, aku nak minta tolong ni. Tolong tengokkan Dija. Aku tengah on the way to hospital right now. Khalida’s getting worse.”

Oh my god!” Aisha menekup mulut. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya itu. Rehan di sebelah mula mencuit – cuit, mahu juga tahu akan apa yang sedang berlaku di sebelahnya.

Aisha menahan tangan Rehan dengan tangannya. Sempat juga diberikan Rehan  jelingan maut, meminta lelaki itu supaya bersabar.

“ Dah tu, kalau kau tengah nak pergi hospital, siapa yang tengokkan Dija sekarang?”

“ Adalah nanny yang menjaganya sekarang. Takkan aku nak tinggal Dija sorang – sorang pulak kot?! Kau ni…”

 “ Tapi nanny tu tak boleh lama hari ni. Dia ada hal tapi aku dah minta dia tunggu sampai kau datang. Tolong ye Aisha. Aku merayu sangat – sangat ni.”

Ye…Ye…aku tolong. Don’t worry. Just drive carefully and take care of Khalida. Pasal Dija, kau jangan risau.”

Thank you Aisha. I owe you this one!”

Pupp!!

Aisha baru hendak menyambung cakap tetapi Haykal telah meletakkan telefon terlebih dahulu.

Aisha mengeluh panjang. Kesian Haykal. Mesti dia tengah kelam – kabut sekarang ni, getusnya di dalam hati.

“ Sayang, kenapa? Apa dah jadi?”

Aisha tersentak apabila mendengar suara Rehan. Lupa pula dia yang Rehan masih berada di sebelahnya.

“ Haykal call. Khalida sakit kuat. Dia on the way to hospital sekarang and dia minta tolong kita tengok - tengokkan Dija.”

“ Kalau macam tu, I drop jelah you kat rumah Haykal and I gerak pergi hospital terus. Boleh?”

Laju sahaja Aisha mengangguk.


“ SABAR Kal…Allah Maha Berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Dija,” pujuk Rehan. Dia sendiri terkejut. Sampai sahaja di hospital, dia dikhabarkan yang Khalida sudah meninggal dunia. Hanya tuhan sahaja yang tahu akan apa yang sedang dilalui oleh Haykal sekarang.

Haykal hanya tunduk membisu. Dia masih tidak mempercayai yang Khalida sudah pergi mengadap yang Esa. Satu demi satu, setiap memorinya bersama Khalida, seperti sudah terakam pada kotak memorinya, seperti wayang, mula jelas terpampang.

Haykal jatuh terjelupuk di lantai dengan hatinya terasa bagai disiat – siat. Sakit! Dia menangis, tidak mampu menahan rasa sedih di hati. Biarlah dengan mata – mata yang sedang memandang.

“ Haykal, bangun Haykal…” Rehan menarik lengan Haykal.

“ Kau jangan macam ni Haykal. Kau kena kuat.”

Rehan membantu Haykal untuk bangun semula. Dia memapah Haykal ke bangku yang berdekatan dan mendudukkan Haykal di situ.

“ Rehan, macam mana aku nak teruskan hidup, Han? Khalida dah tak ada. Dia tinggalkan aku, Han.”

Rehan menepuk – nepuk bahu Haykal, sabar mendengarkan segala rintihan Haykal.

“ Aku tahu yang hari ini akan sampai juga nanti tapi…tapi aku tak tahu yang hati aku ni… akan sakit sampai macam ni sekali. Tolong aku, Han!”

Haykal seakan sudah hilang akal. Sesungguhnya, dia buntu. Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Dia tidak tahu bagaimana dia harus menjalani hidupnya selepas ini, seorang diri menbesarkan Dija.

“ Sabar Haykal…sabar.”

Rehan masih terus memujuk Haykal. Dia sendiri sudah tidak tahu mahu berbuat apa. Hanya sokongan dan nasihat sahaja yang mampu dihulurkan sekarang.


SEWAKTU jenazah Khalida tiba di rumah, suasana pilu menyelubunyi. Haykal menjadi tidak berdaya melihat keluarga Khalida yang begitu bersedih dengan pemergian Khalida. Walaupun selama ini, mereka menyisihkan Khalida kerana menentang perkahwinan Khalida dan Haykal, namun mereka tetap datang untuk terakhir kali demi Khalida dan untuk itu, Haykal amat bersyukur.

Haykal melihat Dija yang sentiasa di dalam pangkuan mamanya. Teriakan Dija masih tidak berhenti, seakan menangisi pemergian ibunya.

Saat akhir melihat jenazah, Haykal melihat raut wajah Khalida kelihatan begitu tenang sekali dan Haykal mengucup dahi Khalida untuk kali terakhir.

“ Sayang, abang minta ampun dan maaf. Abang relakan pemergian sayang. Tenanglah sayang di sana.” Bisik Haykal perlahan pada telinga Khalida sambil menangis.

Memang dia merelakan pemergian Khalida namun jika dia diberi pilihan, biarlah dia yang mengambil tempat isterinya itu. Tetapi dia tidak boleh melawan takdir yang Esa. Jika itu sudah termaktub dan tertulis pada takdirnya, dia harus tabah menghadapinya.

Apabila Haykal meletakkan Dija disisi ibunya, Dija diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah – olah mengusap pipi ibu dia buat terakhir kali dan terlihat oleh Haykal ada titisan air mata bergenang di tubir mata Khalida. Meleleh perlahan – lahan bila Dija diangkat oleh Haykal.

Dija menangis semula setelah diangkat oleh Haykal dan diserahkan kepada neneknya.


JENAZAH Khalida dibawa ke Rookwood Muslim Cemetery dan ramai yang mengiringinya termasuklah Dija bersama. Walaupun Haykal tahu yang Dija tidak mungkin memahami apa yang sedang berlaku namun biarlah Dija mengiringi pemergian Khalida, ibu yang melahirkan dia.

Haykal tidak mampu berkata apa – apa ketika itu, hanya air matanya yang menggambarkan perasaan sedih di hati.

Dan akhirnya, jenazah Khalida selamat dikebumikan. Satu – persatu orang ramai mula meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Haykal keseorangan di pusara Khalida yang masih merah tanahnya.

“ Ya Allah…kuatkan semangat hambamu ini, Ya Allah. Hanya Kau sahaja tempat aku bergantung harap, Ya Allah…”

Akhirnya, Haykal terlelap di pusara Khalida. Dia termimpikan Khalida.

Khalida datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Haykal dengan lembut mulus.

Haykal melihat Khalida tenang dan jelas terpancar kegembiraan di wajah Khalida. Putih bersih.

“ Ida….Ida…Ida nak ke mana, Ida?”

“ Ida? Idaaaa…….”

Haykal terus terjaga dari lenanya. Terngiang – ngiang suara Dija menangis.

“ Ya Allah Haykal! Bangun Haykal! Dah nak senja ni. Apa kau buat tidur kat sini? Mari kita balik.” Tegur Rahmat, abang iparnya yang turut datang dari Malaysia bersama kakaknya. Dari jauh, dia dapat melihat kakaknya mengendung Dija. Dija masih lagi menangis.

Haykal bingkas bangus dan berlari mendapatkan Dija. Dia mengusap ubun – ubun Dija dan Dija terus sahaja diam dari menangis.

“ Dija…Dija anak papa. Dija jangan nangis, nak. Papa janji papa akan jaga Dija sebaik mungkin. Dijalah kenangan ibu pada papa. Dijalah penyambung zuriat papa dengan ibu. Jangan menangis ye, nak….Jangan nangis…” Haykal mengucup lembut dahi Dija.

Haykal memandang pusara Khalida buat kesekian kalinya. Permintaan terakhir arwah masih terngiang – ngiang di pendengarannya.

“ Abang akan tunaikan permintaan Ida. Abang janji.”

Haykal menahan sendu dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Khalida.
~~~~~~~
#hah, nape tibe2 cite pasal Haykal pulak ni?
  hehehe, ade sebabnya~~~~

Saturday, April 16, 2011

Cinta Bertandang Lagi 40


BAB
40


Tell Me Goodbye…


“ABANG, adik ingat adik nak baliklah.”
                                                                                                                    
Naym terus berpaling mengadap Imelda di sebelahnya. Tiba – tiba pulak kata nak balik. Apa hal pulak ni?
                                                                                                                    
“ Kenapa tiba – tiba nak balik? Ada apa – apa hal ke?”
                                                                                                                    
Imelda tersengih bila abangnya bertanya begitu. “ Bukan ada apa – apa pun. Saja nak balik.”
                                                                                                                    
Naym mencebik terus. “ Eleh, itu tak ada sebab lainlah tu. Rindu kat laki dialah tu. Cet!”
                                                                                                                    
Imelda masih tersenyum. “ Itu memanglah, tapi…”
                                                                                                                    
“ Tapi apa? Ada – ada aje…” Laju sahaja Naym memotong semula percakapan Imelda.
                                                                                                                    
“ Bukan. Adik nak balik sebab abang Adam balik dari Shanghai esok tapi dia tak boleh lagi datang terus sini. Kena stay dulu sebab nak selesaikan kerja dia dulu, then baru boleh balik. So, adik ingat adik nak balik and tolonglah abang Adam berkemas ke, apa ke…Tak adalah dia nak susah – susah sangat nanti.”
                                                                                                                    
“ Erm…yelah tu.” Naym masih lagi mahu mengusik.
                                                                                                                    
Hish, abang ni kan. Adik cakap betullah. Sengaja je kan nak kenakan orang!”
                                                                                                                    
Huhu..takutnya. ada orang marah!”
                                                                                                                    
Imelda mula memuncung. Sakit hatinya bila abangnya tidak habis – habis mahu menyindir.
                                                                                                                    
Iman mencubit lembut lengan suaminya itu, mengisyaratkan untuk menghentikan usikan dia. Kesian pula bila melihat Imelda yang mula menarik muka itu. Suaminya ni pun satu hal. Tak habis – habis nak menyakat orang.
                                                                                                                    
“ Yelah…Yelah. Nak balik, baliklah. Tapi tiket dah ada ke?”
                                                                                                                    
“ Ada dah, adik dah book minggu lepas lagi…”

Huish, laju!”

“ Mestilah! Kata rindu laki kan.”
                                                                                                                    

SETIAP hari, Adam asyik teringatkan Imelda. Sudah tidak sabar rasanya mahu berjumpa isterinya itu. Sekadar bercakap di telefon, masih lagi tidak mampu untuk melepaskan rasa rindu di hati. Adam memandang semula kertas kerja dan fail – fail yang memerlukan perhatiannya yang bertimbun di atas meja.
                                                                                                                    
“ Banyaknya lagi kerja ni. Meeting dengan board of directors pun belum lagi. Kalau macam ni gayanya, bilalah baru aku dapat pergi jumpa bini aku ni?” Adam mengomel sendiri. Namun, cepat – cepat dia menumukan semula perhatian pada kerjaannya. Lepas ni, dia akan bercuti lama, jadi sebelum itu, dia harus menyelesaikan semua kerja – kerja itu sebelum diserahkan pada Edward untuk diambil alih. Tidak mahu cutinya nanti diganggu pula oleh kerja – kerjanya itu nanti.


IMELDA melihat jam di tangan. Sekali – sekala dia melihat ke luar tingkap. Cerita yang ditayangkan dalam penerbangan itu tidak mampu untuk menarik minatnya. Fikirannya kini sudah tertumpu pada Adam. Tidak sabar – sabar lagi mahu berjumpa dengan suaminya itu.
                                                                                                                    
“ Sabar, lagi dua jam je lagi Mel.” Imelda cuba memberitahu dirinya. Sengaja dia tidak mengabarkan kepulangan dia yang mengejut ini. Dia mahu senyap – senyap pulang dan mengejutkan Adam.
                                                                                                                    
He would be very surprise to see me there.” Imelda bermonolog lagi sambil senyuman lebar terus terukir di bibirnya.


ADAM menghempaskan kunci kereta ke atas meja dan terus sahaja menonong masuk menuju biliknya. Sangat penat dirasakan hari ini namun perutnya juga sudah berkeroncong. Lapar. Dia mahu membersihkan diri dahulu sebelum turun untuk mencari makanan.
                                                                                                                    
Tidak sampai lima belas minit, dia sudah bersiap. Hanya mengenakan t-shirt Polo kegemarannya dan dikenakan dengan sepasang jeans lusuh, dia mula melangkah keluar dengan misi untuk mengisi perut.
                                                                                                                    
“ Alahai, malam ni makan roti lagilah jawabnya.” Adam mengomel sendiri pada roti kejunya. Perlahan – lahan dia menyuakan rotinya itu masuk ke dalam mulut. Sambil – sambil itu, matanya meliar melihat suasana sekeliling. Disuap lagi roti ke dalam mulutnya.
                                                                                                                       
Adam yang baru sahaja hendak bangun dan berlalu pergi terpaksa menangguh dahulu niatnya itu apabila dia ditahan oleh seseorang. Meskipun dia berkeras untuk pergi, orang yang menahannya itu tidak mahu mengalah. Terpaksalah Adam mengalah dan dia duduk semula di tempatnya. Hatinya mula mendidih semula.
                                                                                                                    
“ Hello!”Christina cuba memulakan bicara dengan nada yang penuh ceria dan dia cuba berlagak kasual di hadapan Adam. Dia terus mengambil tempat di sebelah Adam.
                                                                                                                    
Adam merengus kasar apabila Christina tiba – tiba merapatinya namun Christina terus berlagak selamba. Langsung dia tidak mempedulikan amukan Adam.
                                                                                                                    
What now?” Adam bertanya namun mukanya langsung tidak diangkat. Dia malas mahu melihat muka yang bakal menyakitkan lagi hatinya. Dia menolak pinggan yang berisi rotinya tadi ke hujung meja. Seleranya sudah mati.           
                                                                                                                    
Have you think about what I said before?”
                                                                                                                    
What?! The part about us getting back together?” Adam membalas dengan nada yang sinis.
                                                                                                                    
Christina melihatkan riak terkejut pada mukanya dengan pernyataan Adam itu.
                                                                                                                    
So, you do remember about it. Have you decided then?”
                                                                                                                    
I don’t even have the time to think about it, Chris. Even if I do, the answer would always stay the same. No!” Suara Adam keras. Dia penat dengan semua ini.
                                                                                                                    
Christina tiba – tiba ketawa. Adam memandang Christina dengan penuh tanda tanya namun Christina masih juga ketawa. Adam tidak faham. Apa yang kelakar sangat dengan apa yang dikatakannya tadi?
                                                                                                                    
Adam malas hendak berlama – lama di situ. Dia meneguk airnya buat terakhir kali dan segera bangun meninggalkan Christina di situ. Terus dia melangkah tetapi langkahan terhenti seketika. Dia menoleh sekejap ke belakang. Christina masih juga berada di situ dan sekali sekali Christina tiba – tiba ketawa lagi.
                                                                                                                    
“ Gila!” Ujar Adam sepatah dan terus menyambung langkahannya ke apartmentnya. Dia memicit – micit dahinya. Tiba – tiba pula kepalanya dirasakan berdenyut – denyut. Mungkin dia akan terus sahaja tidur selepas ini.

After a day like this, I really need my sleep.” Lambat – lambat Adam melangkah. Dia memasukkan nombor yang salah pada sekuriti rumahnya namun dia betul untuk kali kedua.
                                                                                                                    
Argh!” Adam merengus geram. Kepalanya betul – betul pening. Terus sahaja dia terbaring di atas katil tanpa menukar bajunya terlebih dahulu.
                                                                                             
                                                                                             
IMELDA berusaha menarik beg pakaiannya. Meskipun kecil, tapi boleh tahan berat juga. Sempat juga dia menyapa Joseph yang seperti biasa berdiri di tempatnya, di hadapan pintu masuk apartmentnya. Imelda terus melajukan langkahannya. Tidak sabar lagi dia mahu menjejakkan kaki ke rumahnya dan berjumpa dengan suaminya yang sudah hampir sebulan ditinggalkan. Dia juga mahu melihat reaksi terkejut Adam apabila melihat dia berada di situ. Imelda berjalan lagi dengan senyuman lebar terus terukir di bibir.


PERLAHAN – lahan Imelda menekan nombor sekuriti rumahnya, takut jika dia akan mengejutkan suaminya namun hatinya tiba – tiba sahaja berdegup kencang apabila dia melangkah masuk ke dalam. Dia melihat ada sepasang kasut perempuan di sebelah kasut suaminya. Dia tidak kenal akan kasut itu dan dia pasti itu bukanlah kasut kepunyaannya.
                                                                                             
I would never wear that panther-spot heels. Definitely not!” Imelda menggelengkan kepala. Ditolak kasut itu ke tepi dengan kakinya meskipun hatinya sudah tidak begitu senang lagi. Dia meninggalkan begnya yang berat itu tadi di rumah tamu dan terus melangkah ke ruang bilik tidurnya.
                                                                                             
Hanya tuhan sahaja yang tahu akan perasaannya pada ketika itu apabila melihat keadaan biliknya itu. Adam terbaring di atas katil, tidak berbaju. Imelda memegang perutnya yang terasa senak tiba – tiba. Matanya juga mula bergenang. Dia melihat ke seluruh ruangan biliknya itu. Seluar Adam ada terpalit di atas sofa dan bajunya pula ada di atas lantai. Mata Imelda terus meliar lagi. Pandangannya terhenti pada timbunan baju perempuan yang berada di tepi almarinya. Telinganya terus menangkap bunyi air yang mencurah dari dalam bilik air. Imelda menekup mulutnya. Dia tidak mahu tangisannya didengari oleh siapa sahaja yang berada di dalam bilik airnya sekarang.
                                                                                             
Imelda berjalan perlahan – lahan. Dia kini betul – betul berdiri di muka pintu bilik air. Imelda menarik nafas dalam – dalam. Baru sahaja dia hendak menarik pintu tersebut namun tiba – tiba sahaja pintu itu dibuka dari dalam. Tersirap darah Imelda melihat perempuan berkemban yang melangkah keluar dari bilik air itu.
                                                                                             
“ Oh! Hai Mel!” Christina menegur Imelda dengan beriak selamba, seolah – olah mereka berdua terserempak ketika membeli belah.

Air mata Imelda terus mengalir dengan lajunya. Ekor matanya mengikut sahaja gerak langkah Christina yang dirasakan sungguh tidak malu itu. Christina berlagak seolah – olah dia adalah pemilik rumah itu.  
                                                                                             
Christina terbongkok – bongkok mengutip bajunya yang berciciran di tepi almari. Sekali – sekali dia mengangkat mukanya dan menghadiahkan senyuman pada Imelda.
                                                                                             
Hati Imelda semakin menggelegak. Dia amat marah sekarang. Dia sangat marah pada Adam dan Christina tetapi dia seakan tidak mampu mahu berbuat apa – apa. Dia kaku sahaja di tempatnya dengan air matanya terus turun mencurah – curah.
             
Christina bersiap ala kadar sahaja. Beg tangan yang diletakkan di hujung meja segera dicapai. Dalam dia melangkah, dia tiba – tiba berhenti dan berdiri betul – betul di sebelah Imelda. Dia memandang Imelda dengan hujung matanya. Dia kemudiannya mendekatkan bibirnya ke telinga Imelda dan membisikkan sesuatu.
           
“ Adam, as always, the best! In bed! I think by now, you should know it already, right?”
           
Imelda jatuh terjelepok ke atas lantai. Tangannya terketar – ketar, menahan segala perasaan yang berkelodak di dalam hatinya sekarang ini.

Christina melirikkan matanya melihat Imelda yang terduduk itu. Dia mengukir senyum
.
Puas! Tapi, dia masih belum habis.

By the way….”

Imelda mengangkat kepalanya, melihat ke arah Christina. Namun, dia tidak pasti jika hatinya masih lagi mampu untuk menerima apa yang bakal dikatakan oleh Christina itu nanti.

Congratulations on the baby bump. Maybe I can join you…a bit later?” Sambung Christina lagi sambil dia mengusap perutnya.

Tangisan Imelda tidak terbendung lagi. Air matanya mencurah – curah. Hatinya dirasakan teramat sakit. Kata – kata Christina ibarat minyak yang ditumpahkan ke atas hatinya yang sedang membara dengan api kemarahan.

Sampai hati abang buat Mel macam ni…

Sampai hati abang….

Kenapa? Kenapa?

Hati Imelda diasak beribu persoalan.

Apa kurang dirinya? Kenapa dia dikhianati sampai sebegini rupa.

Di bilik mereka sendiri?

Sampai hati abang! Sampai hati abang!

Hati Imelda terus menjerit hiba.

Christina masih tidak mahu berganjak dari tempatnya. Entah mengapa, melihatkan keadaan Imelda sebegitu rupa sangat memberikan kepuasan kepada dirinya.

Tidak mungkin Mel akan memaafkan abang untuk kesalahan yang ini. Jika ini yang abang mahu, baik, Mel mengalah!

Imelda mengumpul saki baki kekuatan yang masih ada dalam dirinya. Dia bangun perlahan – lahan. Dia memandang Christina.

Christina membalas renungan Imelda. Dia tidak takut apatah lagi hendak berasa gentar dengan Imelda. Dia yang memulakan permainan ini, sudah tentu dia akan menghabiskannya.

You really like Adam, right?”

Tidak berkelip Christina apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Imelda itu.

I’ll take that as a yes. Fine, if you like him that much, you can have him.”

Kening kiri Christina terjungkit.

That easy, hah?”

Kali ini, Imelda tertawa kecil.

It’s not easy, woman! I love that man….” Imelda menudingkan jarinya ke arah Adam.

“…with all my heart that I even carry his child but what’s the point now?” Lemah sahaja suara Imelda. Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi tapi yang pasti, buat masa ini, inilah kata putusnya.

You can have him. Take him!”

“ Really? Are you going to leave us then?”

Imelda menarik nafas dalam – dalam. Dia memandang semula Christina dengan tekad yang sudah dipasang di dalam hati.

Yeah, I’ll leave. You take care of him and tell him to forget about me and my baby!” Imelda sengaja menekankan ayatnya yang hujung itu. Tidak mungkin dia akan membenarkan Adam untuk mendekati anaknya itu nanti. Jelas sekali, selepas apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri, dirinya bukan lagi pilihan Adam.

Tell him to forget about me, because I swear to god that I will definitely get him out of my memory.”

Okay, if you said so.” Christina menjawab, masih lagi dengan nada penuh lagak.

Imelda hanya mengangguk. Hatinya sebak. Rasa kecewa yang langsung tidak dapat diungkap dengan kata – kata. Dia melihat bilik itu buat terakhir kali. Perlahan – lahan, dia membawa diri, keluar dari bilik yang pernah menyimpan pelbagai memori mereka bersama.

Christina melirikkan pandangannya pada Imelda.

What a weakling!” Dia mencebikkan bibir. Dia menang dengan begitu mudah sekali. Begitu cepat Imelda mengalah. Meskipun ini tidak termasuk dalam rancangan asalnya, namun kesudahannya masih berpihak pada dia. Dia tidak rugi apa – apa.

Christina mencari gincu bibir di dalam beg tangannya. Dia menulis sesuatu pada cermin make up, berharapkan yang Adam akan membacanya bila dia sedar nanti.

Christina melihat video kameranya yang sempat dia masukkan ke dalam beg sebelum dia mandi tadi.

Guess I don’t need you after all.” Dia menepuk beg tangannya itu untuk memastikan kamera itu masih berada di dalam. Christina tersenyum lagi.

I told you Adam! I’ll win, no matter what!”

Christina memandang Adam sambil mendengus. Dia menghempaskan pintu bilik itu sekuat hati dan terus meninggalkan rumah itu. Misinya berjaya.