Saturday, April 30, 2011

Cinta Bertandang Lagi 41


BAB
41


What About Now…


HAYKAL bingung. Sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Kucar – kacir sekali hidupnya sekarang.

Anaknya, Isma Khadija sudah tiga hari demam. Menangis tidak henti – henti. Sakit Khalida juga semakin teruk namun tak nak pula dirawat di hospital. Degil isterinya itu mengalahkan degil si keldai. Cakaplah benda yang sama berjuta kali pun, namun jawapannya tetap sama.

“ Ida nak duduk kat rumah. Biar Ida mati kat rumah! Ida sakit macam mana pun, abang kena janji yang abang tak akan bawa Ida keluar dari rumah ni. Janji!”

Haykal meraup mukanya. Dia terikat pada janji itu.

“ Adam!” Tiba – tiba mulutnya menyebut nama kawannya yang satu itu.

Itu pun satu hal juga. Tak habis – habis buat perangai. Sekarang padanlah muka tu! Dia mengomel sendirian.

Haykal sangat berang apabila mendengar kejadian yang berlaku antara Adam, Imelda dan juga Christina. Marah dengan Adam yang dirasakan begitu bodoh sehingga senang – senang sahaja dia diperkotak – katik oleh Christina sehingga rumahtangganya  kacau – bilau sekarang. Tetapi dia tidak boleh juga menyalahkan Adam sepenuhnya. Kesian juga dia melihat Adam. Macam nak sasau aje rupanya. Ke sana – sini mencari Imelda yang menghilang entah ke mana.

Haykal baru sahaja mahu melelapkan mata apabila namanya tiba – tiba dipanggil. Bergegas dia masuk ke bilik mendapatkan isterinya itu.

“ Abang…” Perlahan sahaja suara yang keluar dari mulut Khalida. Tangannya menggawang, cuba mendapatkan Haykal.

“ Ya sayang, abang datang…Abang datang.” Haykal mengambil tempat di sisi isterinya itu sambil menggengam erat tangan isterinya itu.

Sejuk! Hati Haykal mula menjadi tidak tenteram namun dia cuba menyembunyikan riak terkejutnya itu dari dilihat oleh Khalida.

Khalida mengusap lembut wajah suaminya itu. Dia menarik nafas panjang sebelum dia bersuara semula.

“ Abang…” Khalida mengukir senyuman.

Air mata Haykal mulai gugur satu persatu. Hatinya sakit melihat keadaan isterinya itu. Wajah isterinya itu cengkung, pucat malahan untuk senyum sahaja, dia dapat melihat yang Khalida menggunakan segala kudratnya yang ada.

“ Abang, Ida rasa masa Ida dah tak lama aje lagi…”

“ Shhh…Apa ni? Tak nak cakap macam tu. Shhh…” Haykal menarik isterinya itu ke dalam pelukannya. Erat dia merangkut Khalida. Air matanya yang menitis terus diseka dengan belakang telapak tangannya.

“ Ida nak abang janji sesuatu dengan Ida.”

“ Apa – apa aje sayang. Apa – apa aje…”

“ Janji dengan Ida yang abang akan balik ke Malaysia lepas ni. Besarkan Dija di sana. Janji dengan Ida, abang…”

“ Ya, kita sama – sama balik Malaysia, kita sama – sama besarkan Dija…”

“ Abang…Abang…” Ida memanggil suaminya itu berulang kali. Kedua – dua tangannya memegang lembut wajah orang kesayangannya itu. Dia memandang wajah Haykal dengan mata yang berkaca.

“ Abang tahu kan yang benda tu takkan jadi…” Lirih suara Khalida berkata – kata.

Laju Haykal menggelengkan kepala. Dia tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

Come on, don’t be a baby, please…?”

Haykal cuba menahan esakan yang semakin menggunung di jiwa.

“ Jangan nangis…Nanti Ida nangis juga…”

Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak yang masih kecil akan ditinggalkan? Hati isteri mana yang tidak walang apabila terpaksa meninggalkan separuh jiwanya itu?

“ Abang janji ye?” Tanya Khalida lagi sambil dia memegang dada, menahan rasa sakit yang menyucuk.

Haykal mengangguk sahaja.

Lega hati Khalida apabila Haykal sudah berjanji dengannya. Dia tahu yang masanya di dunia sudah tidak lama.

Pernafasan Khalida mula turun naik. Lambat – lambat dia menarik nafas. Dan Khalida tiba – tiba tidak sedarkan diri.

“ Sayang?” Haykal menggoncangkan tubuh Khalida, namun tiada reaksi.

“ Sayang? Sayang”

Tak boleh jadi! Haykal bingkas bangun. Segera dia mencempung Khalida dan bergegas menuju ke kereta. Laju dia menekan punat telefon, mendial nombor Aisha.

“ Aisha!”

“ Kenapa Haykal? Aku baru je nak pergi rumah kau ni, rindu nak tengok Dija. Macam mana dia? Dah sihat?”

“ Aisha, aku nak minta tolong ni. Tolong tengokkan Dija. Aku tengah on the way to hospital right now. Khalida’s getting worse.”

Oh my god!” Aisha menekup mulut. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya itu. Rehan di sebelah mula mencuit – cuit, mahu juga tahu akan apa yang sedang berlaku di sebelahnya.

Aisha menahan tangan Rehan dengan tangannya. Sempat juga diberikan Rehan  jelingan maut, meminta lelaki itu supaya bersabar.

“ Dah tu, kalau kau tengah nak pergi hospital, siapa yang tengokkan Dija sekarang?”

“ Adalah nanny yang menjaganya sekarang. Takkan aku nak tinggal Dija sorang – sorang pulak kot?! Kau ni…”

 “ Tapi nanny tu tak boleh lama hari ni. Dia ada hal tapi aku dah minta dia tunggu sampai kau datang. Tolong ye Aisha. Aku merayu sangat – sangat ni.”

Ye…Ye…aku tolong. Don’t worry. Just drive carefully and take care of Khalida. Pasal Dija, kau jangan risau.”

Thank you Aisha. I owe you this one!”

Pupp!!

Aisha baru hendak menyambung cakap tetapi Haykal telah meletakkan telefon terlebih dahulu.

Aisha mengeluh panjang. Kesian Haykal. Mesti dia tengah kelam – kabut sekarang ni, getusnya di dalam hati.

“ Sayang, kenapa? Apa dah jadi?”

Aisha tersentak apabila mendengar suara Rehan. Lupa pula dia yang Rehan masih berada di sebelahnya.

“ Haykal call. Khalida sakit kuat. Dia on the way to hospital sekarang and dia minta tolong kita tengok - tengokkan Dija.”

“ Kalau macam tu, I drop jelah you kat rumah Haykal and I gerak pergi hospital terus. Boleh?”

Laju sahaja Aisha mengangguk.


“ SABAR Kal…Allah Maha Berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Dija,” pujuk Rehan. Dia sendiri terkejut. Sampai sahaja di hospital, dia dikhabarkan yang Khalida sudah meninggal dunia. Hanya tuhan sahaja yang tahu akan apa yang sedang dilalui oleh Haykal sekarang.

Haykal hanya tunduk membisu. Dia masih tidak mempercayai yang Khalida sudah pergi mengadap yang Esa. Satu demi satu, setiap memorinya bersama Khalida, seperti sudah terakam pada kotak memorinya, seperti wayang, mula jelas terpampang.

Haykal jatuh terjelupuk di lantai dengan hatinya terasa bagai disiat – siat. Sakit! Dia menangis, tidak mampu menahan rasa sedih di hati. Biarlah dengan mata – mata yang sedang memandang.

“ Haykal, bangun Haykal…” Rehan menarik lengan Haykal.

“ Kau jangan macam ni Haykal. Kau kena kuat.”

Rehan membantu Haykal untuk bangun semula. Dia memapah Haykal ke bangku yang berdekatan dan mendudukkan Haykal di situ.

“ Rehan, macam mana aku nak teruskan hidup, Han? Khalida dah tak ada. Dia tinggalkan aku, Han.”

Rehan menepuk – nepuk bahu Haykal, sabar mendengarkan segala rintihan Haykal.

“ Aku tahu yang hari ini akan sampai juga nanti tapi…tapi aku tak tahu yang hati aku ni… akan sakit sampai macam ni sekali. Tolong aku, Han!”

Haykal seakan sudah hilang akal. Sesungguhnya, dia buntu. Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Dia tidak tahu bagaimana dia harus menjalani hidupnya selepas ini, seorang diri menbesarkan Dija.

“ Sabar Haykal…sabar.”

Rehan masih terus memujuk Haykal. Dia sendiri sudah tidak tahu mahu berbuat apa. Hanya sokongan dan nasihat sahaja yang mampu dihulurkan sekarang.


SEWAKTU jenazah Khalida tiba di rumah, suasana pilu menyelubunyi. Haykal menjadi tidak berdaya melihat keluarga Khalida yang begitu bersedih dengan pemergian Khalida. Walaupun selama ini, mereka menyisihkan Khalida kerana menentang perkahwinan Khalida dan Haykal, namun mereka tetap datang untuk terakhir kali demi Khalida dan untuk itu, Haykal amat bersyukur.

Haykal melihat Dija yang sentiasa di dalam pangkuan mamanya. Teriakan Dija masih tidak berhenti, seakan menangisi pemergian ibunya.

Saat akhir melihat jenazah, Haykal melihat raut wajah Khalida kelihatan begitu tenang sekali dan Haykal mengucup dahi Khalida untuk kali terakhir.

“ Sayang, abang minta ampun dan maaf. Abang relakan pemergian sayang. Tenanglah sayang di sana.” Bisik Haykal perlahan pada telinga Khalida sambil menangis.

Memang dia merelakan pemergian Khalida namun jika dia diberi pilihan, biarlah dia yang mengambil tempat isterinya itu. Tetapi dia tidak boleh melawan takdir yang Esa. Jika itu sudah termaktub dan tertulis pada takdirnya, dia harus tabah menghadapinya.

Apabila Haykal meletakkan Dija disisi ibunya, Dija diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah – olah mengusap pipi ibu dia buat terakhir kali dan terlihat oleh Haykal ada titisan air mata bergenang di tubir mata Khalida. Meleleh perlahan – lahan bila Dija diangkat oleh Haykal.

Dija menangis semula setelah diangkat oleh Haykal dan diserahkan kepada neneknya.


JENAZAH Khalida dibawa ke Rookwood Muslim Cemetery dan ramai yang mengiringinya termasuklah Dija bersama. Walaupun Haykal tahu yang Dija tidak mungkin memahami apa yang sedang berlaku namun biarlah Dija mengiringi pemergian Khalida, ibu yang melahirkan dia.

Haykal tidak mampu berkata apa – apa ketika itu, hanya air matanya yang menggambarkan perasaan sedih di hati.

Dan akhirnya, jenazah Khalida selamat dikebumikan. Satu – persatu orang ramai mula meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Haykal keseorangan di pusara Khalida yang masih merah tanahnya.

“ Ya Allah…kuatkan semangat hambamu ini, Ya Allah. Hanya Kau sahaja tempat aku bergantung harap, Ya Allah…”

Akhirnya, Haykal terlelap di pusara Khalida. Dia termimpikan Khalida.

Khalida datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Haykal dengan lembut mulus.

Haykal melihat Khalida tenang dan jelas terpancar kegembiraan di wajah Khalida. Putih bersih.

“ Ida….Ida…Ida nak ke mana, Ida?”

“ Ida? Idaaaa…….”

Haykal terus terjaga dari lenanya. Terngiang – ngiang suara Dija menangis.

“ Ya Allah Haykal! Bangun Haykal! Dah nak senja ni. Apa kau buat tidur kat sini? Mari kita balik.” Tegur Rahmat, abang iparnya yang turut datang dari Malaysia bersama kakaknya. Dari jauh, dia dapat melihat kakaknya mengendung Dija. Dija masih lagi menangis.

Haykal bingkas bangus dan berlari mendapatkan Dija. Dia mengusap ubun – ubun Dija dan Dija terus sahaja diam dari menangis.

“ Dija…Dija anak papa. Dija jangan nangis, nak. Papa janji papa akan jaga Dija sebaik mungkin. Dijalah kenangan ibu pada papa. Dijalah penyambung zuriat papa dengan ibu. Jangan menangis ye, nak….Jangan nangis…” Haykal mengucup lembut dahi Dija.

Haykal memandang pusara Khalida buat kesekian kalinya. Permintaan terakhir arwah masih terngiang – ngiang di pendengarannya.

“ Abang akan tunaikan permintaan Ida. Abang janji.”

Haykal menahan sendu dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Khalida.
~~~~~~~
#hah, nape tibe2 cite pasal Haykal pulak ni?
  hehehe, ade sebabnya~~~~

3 comments:

  1. HAIYO~
    apa da jadi ni???
    ida sakit ape???

    ReplyDelete
  2. npe x de cte sal emel n adam...pe dh jd ngn doirg 2...cpt smbg ae..

    ReplyDelete
  3. khalida mmg sakit sjak die n haykal kenal...
    n dat is one thing yg buat haykal berubah....
    erm, x cite kan...xpe, bkn watak utama b4 this.....

    mel & adam? kalo nk buat mel & haykal leh x?
    hehhe~~~

    ReplyDelete