Thursday, April 7, 2011

Cinta Bertandang Lagi 37


BAB
37


Love in the Ice


IMELDA mengetap bibir, menahan geram.

“ Saya dah tutup kedai pun, awak still tak datang – datang ye Encik Adam….”

“ Tak apa, tengoklah nasib awak malam ni. Awak tidur luarlah jawabnya.”

“ Sayang!”

Imelda menjerit kecil apabila pinggangnya dirangkul dari belakang tetapi mulutnya terus ditekup oleh Adam sambil mengisyaratkan Imelda untuk diam.

Imelda menepis tangan Adam yang menutupi mulutnya. Tanpa berkata apa – apa, dia terus berpaling dan menapak pergi.

Adam yang terpinga cepat – cepat mengekori isterinya dari belakang. Dia berjalan beberapa langkah di belakang, mahu melihat apa yang akan terus dilakukan oleh isterinya itu. Dia tahu yang dia memang sudah lambat dan sekarang Mel amat marah dengan tindakannya itu tapi…

Lamunan Adam terhapus bila melihat Imelda tiba – tiba rebah. Bergegas dia mendapatkan Imelda dengan tangannya mencapai telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya.


IMELDA membuka mata perlahan – lahan. Dia memicit dahinya yang dirasakan berdenyut – denyut dengan kuatnya. Dia cuba untuk bangun namun jarum yang dicucuk di bahagian atas tangan yang menyalurkan saline water ke dalam tubuhnya menghalang tindakannya itu. Dia merenung ke luar bilik. Dapat dilihat Adam berdiri di luar bersama – sama seorang doktor. Imelda menyeka air mata yang tiba – tiba mengalir. Hatinya sebal bila mengenangkan apa yang terjadi tadi.


MELIHATKAN Adam melangkah masuk, Imelda segera memalingkan tubuhnya. Bahu Imelda yang terhingut – hingut menandakan Imelda masih menangis. Adam menguak rambutnya ke belakang, bingung untuk menghadapi keadaan yang membelenggu mereka. Perkara yang dirasakan kecil seakan sudah menjadi semakin berat dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk lahar gunung berapi Imelda untuk dimuntahkan padanya. Adam cuba untuk memanggil Imelda namun suaranya hanya bergema di dalam hati sahaja. Hatinya kini bercampur baur, antara suka dan bingung.

Adam tiba – tiba ditolak dari belakang. Dia menoleh dan dia disambut oleh jelingan tajam Aisha.

Jari telunjuk dituding betul – betul di depan muka Adam.

“ Apa kau buat sampai Mel boleh pengsan? Kau sakitkan hati dia ke? Kau buat hal ke? Kau buli dia ke?” Bertubi – tubi Aisha ‘menyerang’ Adam dengan soalan – soalannya namun Rehan cepat – cepat mencelah. Dia menaik Aisha menjauhi Adam dan terus menghantar Aisha ke katil Imelda.

“ Jom kita duduk luar. Biar aje mereka berdua tu kejap. Your wife need her best friend, I think…” Dia menarik Adam keluar.

“ Cuba cerita apa yang jadi? Macam mana Mel boleh pengsan?” Rehan cuba bertanya.

Adam memandang Rehan sambil tersenyum.

“ Lah, dia ni. Bini sakit pun kau boleh senyum ke? Aku tanya betul – betul ni, out of concern, tapi dia tersengih pulak…”

“ Ini sakit yang baik. She’s pregnant, bro! I’m going to be a father!”

Mata Rehan membulat. “ Dude! Congrats!” Rehan menepuk – nepuk bahu Adam, tumpang gembira dengan berita kehamilan Imelda.

“ Mel dah tahu?”

“ Tak, aku tak beritahu dia lagi tapi bila aku nak cakap tadi, kau sendiri tengoklah. Bukan dia nak layan pun, muka aku pun dia tak nak pandang. Dingin semacam. Tapi bila Aisha datang je tadi, terus aje dia senyum.”

“ Alah, hormon dia dah mula buat hal tu, kau tak payahlah nak fikir – fikir sangat.”

Maybe, tapi aku rasa dia marahkan aku. Aku miss lunch date kita orang tadi and itulah sebab dia pengsan tadi, low blood pressure.”

Huish…Itu bahaya, bro. Lagi – lagi bila dia dah pregnant ni. Baik kau jangan buat hal macam tu lagi. Setahu aku, perempuan pregnant ni, penyakit sensitif dia orang…Huish, sakit otak woo…Kalau tak kena cara, mahunya berperang.”

Pergh… Kau cakap macam dah pro. Konon berpengalaman.”

Rehan tersengih. “ Pengalaman tu tak adalah lagi kan, tapi sebagai persediaan awal, tak salah kan…” Dia meleret senyuman.

“ Tapi Adam, apa hal kau sebenarnya? Kalau setakat Mel buat angin, macamlah kau tak boleh nak handle. Dia tu memang macam tu sejak azali lagi…”

Adam terlepas tawa. Kelakar mendengar penyataan kawannya itu namun dia tidak mahu memberi apa – apa komen. Betul sangat apa yang dikatakan oleh Rehan pasal Imelda.

“ Kau ada masalah lain kan? Come on, bro, ceritalah pada aku apa masalahnya. Mana tahu, kalau aku boleh tolong ke apa. Paling kurang, aku boleh tolong dengar.”

Adam meneroboskan pandangan ke dalam, melihat Imelda yang galak ketawa dengan Aisha. Cemburu pun ada, tapi nak buat macam mana. Dia juga yang buat hal.

“ Aku pun tak tahulah nak buat macam mana. Christina…”

“ Christina?” Laju Rehan memotong.

“ Dia nak apa lagi dengan kau? Kau still contact lagi ke dengan dia? Janganlah bro. Kau jangan buat hal, weyh…Cari nahas tu.”

“ Kau ingat aku tak tahu ke pasal tu? Tapi aku nak buat macam mana? Aku tak boleh nak elak dari dia. She just…just keep coming to me, out of nowhere... Aku ingatkan dia dah get over about things happened between us. It’s been years tapi Christina is being Christina, she just wouldn’t listen to me! Christina…”

“ Kenapa dengan Christina?” Satu suara yang lain tiba – tiba menyampuk. Laju mereka berdua menala pandangan ke belakang.

“ Christina nak apa lagi dengan kau?” Haykal bertanya lagi sambil melangkah menghampiri Adam dan Rehan. Dia cepat – cepat datang ke hospital apabila mendapat panggilan dari Aisha tadi. Tengah dia asyik berjalan menuju ke bilik yang menempatkan Mel, dia terdengar perbualan Adam bersama Rehan dan he just can’t help it other than to bug in.

“ Apa Christina dah buat dengan kau sampai kau nak kena resah gelisah macam ni?” Haykal terus bertanya namun Adam hanya terkebil – kebil. Rehan juga mengharapkan jawapan dari Adam namun Adam terus juga membisu. Terlalu besar perkara itu. Dia harus berfikir panjang jika dia mahu bercerita pada Haykal dan Rehan.

2 comments:

  1. yeyey...
    new n3...
    mel pregnant???x percaya...haha
    x puas nak baca ni...

    ReplyDelete
  2. hehhe, sy pun suke bila buat Mel pregnant....
    tp happy teruskah mereka selepas ini?
    stay tuned ye Che'E n others yg mengikuti.....
    myb lam next few days, sy pos new en3...

    ReplyDelete