Saturday, March 19, 2011

Cinta Bertandang Lagi 36


BAB
36


Drama…

       
“ HEY! Adam! Oh my God!”
           
Adam langsung mengalihkan muka dari bacaannya dan melihat gerangan yang menyapa.
           
Err..Chris…” Suara Adam tersekat – sekat. Tidak tahu macam mana mahu bereaksi.
           
Dia melihat Christina yang sedang tersenyum padanya. Dia membalas dengan memberi senyuman yang sekejap mungkin.
           
This is really not the time and the place and not even the person I want to meet up right now, getus Adam di dalam hati lagi apabila melihat Cristina mula mengambil tempat di sebelahnya. Adam melihat lagi jam di tangannya. Hatinya mulai gelisah.
           
“ Oh, come on! What’s with the long face? Don’t you glad to see me here?” Christina mengusap lembut pipi Adam namun Adam cepat – cepat menepis. Tidak suka dengan tindakan Christina itu.
           
Adam mengerutkan dahinya apabila melihat Christina yang masih tersenyum – senyum di hadapannya. Tiba – tiba sahaja, dia mendengus sekaligus melepaskan tawa.
           
Glad?” Adam ketawa lagi. Kali ini, dia sudah menggeleng – gelengkan kepala pula.“ There’s not a word in the dictionary that I can even  used to describe my feeling right now.”

Glad?” Adam mengetuk – ngetuk meja dengan jarinya

Seeing you?!” Telunjuknya menghala tepat ke arah wajah Christina.

You’re that happy to see me, huh?” Nada suara Christina mula kedengaran sinis, seakan mengerti bahawa Adam langsung tidak mengalu - alukan kedatangannya di situ.

Now I’m glad that you get my point.” Adam tidak lagi mahu berselindung.

 Straight to the point Chris, why you’re even here?”

Hey, come on! You’re not the only want who drinks coffee here,” Christina menunjukkan cawannya yang berisi kopi kepada Adam.
Adam mengangguk – anggukkan kepalanya.

Fine, if you say so, but that is a take away one and I don’t see the reason for you to stay here any longer.”

“ Wow, you really are cold now, aren’t you? Where’s that Adam? The wild and crazy hunk?The one that I used and still love?Where is he? I miss him so much!”

Adam terus sahaja menarik tangannya dari pegangan Christina.

“ Well, as you can see, he’s not here. I’ve changed!”

Christina menjungkitkan kening, seakan memperli statement yang baru didengari dari mulut Adam tadi. 

Christina menguntum senyum sebelum menyambung bicara. “ Who’re you waiting for, anyway?”

“ My wife.” Adam menjawab dengan nada bangga terselit di situ.

“ Hah, I’ve heard that you’ve got married. Suprising yet a pity!” Senyuman sinis tergaris di bibir Christina.

Adam mengepal tangannya, cuba menahan bara di hatinya. Mujur di hadapannya itu adalah manusia yang bergelar perempuan, kalau tidak, memang sudah lama tumbukannya terbang dan hinggap di muka itu.

By the way… Is that her?”

Adam terus berpaling ke belakang, ke arah yang ditunjukkan Christina.

“ Mel!” Adam terus menjerit memanggil Imelda ke arahnya. Imelda tersenyum apabila melihat Adam namun langkahnya terhenti apabila ternampak seorang perempuan mat saleh di sisi Adam.

Christina tiba- tiba bangun dari duduknya dan tangannya segera memaut pada lengan Adam dan dia mula melentokkan kepalanya pada bahu Adam.

Tindakan Christina itu menyebabkan Adam terus berang. Dia tidak menyangkan yang Christina akan bertindak sebegitu rupa apatah lagi di hadapan Imelda. Dia segera bertindak dengan melepaskan dirinya dari pegangan Christina.

Just go Chris!” Kali ini, Adam menghalau Christina secara terang – terangan.

But I still want you! I want us to be like before!” Suara Christina tiba – tiba meninggi, seakan mahu Imelda turut mendengar kehendak hatinya itu.

Adam memandang kembali Christina dengan pandangan yang tajam.

There’s no us anymore! You got a chance a you blew it! What do you expect? That I’ll forgive you after all that?! You wished, Chris!” Adam mula hilang sabar. Dia merentap kasar tangannya dari pegangan Christina.

Just dissapear, will you? I don’t want to see you, ever again! Please…” Kali ini, Adam meminta dengan nada yang lebih lembut, sekaligus cuba meminta kerjasama Christina. Dia tidak mahu hal mereka ini berterusan lagi.

Imelda memerhati sahaja drama yang berlaku di depan matanya itu dengan hati yang membara. Kali ini, dia membiarkan sahaja, mahu melihat bagaimana Adam akan menyelesaikan ‘bala’ yang datang padanya itu. Tapi, kalau diikutkan hati yang tengah berapi tu, mahu sahaja dia menyepuk perempuan yang tak tahu malu tu.

Aci aje dia main peluk – peluk laki aku. Apakah perempuan ni? Dasar tak cukup rasa malu dalam diri!

Imelda menahan rasa marah di dalam hatinya. Dia masih mahu menunggu dan melihat tindakan Adam yang seterusnya.

“ Adam! How could you do this to me?” Christina mula mahu menggunakan air mata sebagai senjata yang seterusnya.

Oh please! For god sake! Don’t ever think that I will fall for that crying thing you do! I’m over it! I’m over you!” Adam merengus kasar. Hatinya semakin menyala. Dia memandang lagi Christina, tetapi kali ini dengan pandangan yang penuh rasa jijik. Jijik memikirkan yang dahulu dia pernah terjebak dengan perempuan seperti Christina. Sekali sekala dia melihat ke arah Imelda. Takut jika Imelda cabut lari dengan pelbagai prasangka buruk terhadap dirinya.

Dia memandang lagi pada Imelda, seakan cuba meminta bantuan untuk melepaskan diri dari Christina tetapi Imelda hanya berdiri kaku di situ, tanpa menunjukkan sebarang riak. Adam keliru. Langsung dia tidak dapat meneka perasaan Imelda pada ketika itu.

Fine Adam! If that what you’re saying, cool! Whatever!” Christina separuh menjerit.

But remember, I’ll come and get you back!”

Adam mendengus lagi dengan diselangi ketawa.

Whatever Chris! I just don’t care anymore! Just go, please…” Suara Adam seakan merayu, namun dia meminta dengan riak muka yang penuh jengkel. Sesungguhnya, dia sudah tidak larat mahu melayan fi’il Christina itu.

Go!” Jerkahan Adam mengejutkan Christina.

Fine!” Jerit Christina semula.

“ Oh! That’s you’re second time saying ‘fine’, but then, when will you be gone? It’s really tiring, you know.”

Kata – kata Adam kali ini mengundang tawa orang sekeliling.

Christina segera menyeka air mata palsunya tadi. Dia memandang kawasan sekitarnya. Rasa malu mula menyinggah diri.

You’ll pay for this! I swear, Adam!  I swear!” Christina terus meluru keluar dan sempat juga dia menujal bahu Adam dengan bahunya.

I really couldn’t care less…” Adam sempat menjawab meskipun dia kurang pasti sama ada Christina mendengarnya atau tidak.

That is one great drama.”

Tanpa dia sedari, Imelda sudah berdiri di sebelahnya.

Oh, it’s nearly reached the box office status.” Adam menjawab sambil tertawa. Dia menarik kerusi untuk Imelda duduk. Kedua – dua mereka berlagak seperti hal tadi tidak pernah berlaku.

Are you okay, dear?”

Of course I’m okay!” Imelda laju menjawab sambil menunjukkan isyarat tangan, memanggil pelayan ke meja mereka.

What do you expect? That I would be really mad and jealous?!” Imelda bertanya kembali sambil membulatkan matanya.

Well, was hoping for some of that but maybe it’s too much to asked for…”

Imelda tertawa.

From the way you treated her, she’s really a pain in the ass, huh? Dia ke yang dulu tu?”

“ Yang dulu apa?” Dahi Adam berkerut, cuba untuk meneka apa yang dimaksudkan oleh Imelda.

 The one that you used to love so much but then you caught her sleeping with your friend, Steven?”
Mata Adam membulat. “ Aik?! Mana tahu ni? Rasanya aku tak pernah cerita pulak!”

“ Pernah. Waktu aku kena hantar kau balik dulu. Kau tak habis – habis membebel dalam teksi.”

Adam mengerut dahi lagi, cuba memutarkan kembali memori beberapa bulan yang lalu.

“ Oh, yang itu.” Muka Adam tiba – tiba bertukar kelat apabila mengingatkan hal tersebut.

“ Okey, kita nak buat apa ni?” Imelda cepat – cepat mengubah topik. Dia faham dengan keadaan Adam. Memang pelik jika mengingatkan perkara yang terjadi dahulu lagi – lagi part yang satu itu.

“ Ada hal aku nak bincang dengan kau.”

Melihatkan wajah Adam yang tiba – tiba bertukar serius, hati Imelda mula berdebar menunggu kata – kata Adam yang seterusnya.


“ TAK NAK!  Aku nak balik jugak!

“ Dah tu, macam mana?” Tanya Adam semula.

“ Biarlah macam tu! Kau duduklah kat sini. Aku tetap nak balik Malaysia. Period!”

“ Dah tu, takkan kita nak duduk asing – asing pulak? Kita baru aje nak okey, tapi nak berpisah pulak. Alah, dua tiga tahun aje, takkan tak boleh kot? That’s all I’m asking you. Please, wifey…”

Air mata Imelda laju mengalir. Akalnya sangat marah dengan keadaan yang sedang dia hadapi sekarang namun hatinya seakan mahu sahaja menunaikan permintaan Adam.

Adam bangun dan tempat mengambil tempat di sebelah Imelda.

Come on, Mel…Please, don’t cry… Janganlah kau buat aku serba – salah macam ni.”

“ Dah tu, kau buat aku serba – salah, tak apa pulak?!” Imelda membalas di celah – celah esakannya. Pandangan orang sekeliling tidak lagi dipedulikan.

Hish!” Adam merengus, geram. Dia menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal.

Imelda menyapu saki – baki air matanya. Dia menarik nafas dalam – dalam. Mungkin dia terpaksa juga mengalah. Dia pasti yang mungkin Adam tidak akan berganjak. Tidak guna jika dia mahu bermain air mata dengan Adam. Sudah kenal benar dengan perangai Adam itu. Kalau hitam katanya, maka hitamlah juga akhirnya. Tak ada juganya kalau dia hendak mogok. Dia masih juga di pihak yang tidak akan menang.

“ Okey, fine! Aku ikut kau. Aku sanggup stay sini for another two or three years. But that’s it!”  Imelda menuding jari pada Adam.

“…If they want to prolong your contract, just say no. Promise me that!” Sambung Imelda lagi sambil mengangkat jari kelingkingnya.

“ Lah, nak buat pinky swear ke? Laku ke lagi?” Raut muka Adam kembali tenang apabila Imelda bersetuju dengan permintaannya. Sengaja dia mahu bergurau pula.

“ Dengan aku, ini sumpah yang laku. Buat ajelah…”

“ Yelah…Yelah…” Adam mengikut sahaja.

“ Tapi…” Imelda tiba – tiba memotong.

“ Lah, ada syarat apanya lagi ni?” Adam memandang wajah Imelda sambil tersenyum. Pada saat ini, dia merasakan isterinya itu tersangatlah comel.

If once, once….” Imelda menegaskan perkataan yang satu itu.

“…you did something that hurt my heart, you’ll never see me again. Remember that, dear…”

“ Wah, takutnya saya.” Adam pura – pura menggetapkan gigi sambil terketar – ketar.

“ Orang cakap betul – betul ni...” Imelda membalas semula dengan nada yang seakan – akan merajuk.

Imelda menjeling dengan ekor matanya. “ Buatlah kalau berani. Waktu tu jangan menyesallah.”

Yes, wifey! Aku janji aku takkan buat apa – apa yang akan melukakan hati kau dalam masa dua or tiga tahun ni. Tapi, lepas tu, bolehlah kan?”

“ Dia ni kan!”  Imelda mengambil kesempatan itu untuk melepaskan geramnya yang dipendam dari tadi dengan ‘menghadiahkan’ tamparan pada peha Adam. Puas hatinya melihat Adam menyeringai kesakitan, menggosok – gosok bahagian yang terkena cenderahatinya tadi.

Anyway wifey, thanks for everything…” Dari muka yang menyeringai kesakitan tadi, senyuman manis mula mengisi wajahnya semula. Lama senyumannya itu lekat di bibir.

“ Hah, dia dah masuk mode romantiklah tu. Adalah tu nak pakai ayat – ayat bunga dia...” Sempat Imelda menempelak Adam menyebabkan Adam terus mati kutu.

“ Tak kisahlah! Hah! Kali ni, aku pulak nak buat permintaan, boleh?” Adam bertanya sambil membuat mukanya yang paling comel.

Imelda terus menjungkitkan kening.

“ Apa?” Acuh tidak acuh Imelda bertanya semula.

“ Panggil abang.”

“ Huh?” Imelda membuat muka yang penuh dengan tanda tanya.

“ Panggil siapa abang?” Imelda bertanya dengan lurus bendulnya pula.

“ Panggil akulah, nak panggil siapa lagi? Panggil aku abang, boleh? Hubby ke? Bie ke? Teringin nak dengar…”

Imelda terus menjuih. “ Dulu, bila orang panggil dia abang, dia jual mahal. Cakap sounds funny, weird and whatsoever, tapi…”

“ Ah! Itu dulu! Janganlah macam tu, sayang…”

Imelda tiba – tiba meremang apabila mendengar perkataan ‘sayang’ yang baru keluar dari mulut Adam itu.

“ Sekarang ni, kita nak buka cerita baru. Tak nak ingat dah cerita lama tu.” Laju sahaja Adam menyampuk.

“ Tak adalah lama mana pun…” Selamba Imelda membalas.

Adam menggetap bibir. Lagi – lagi kisah lama itu juga yang diungkit. Perempuan ni…

“ Pendendam jugak kau ni ek. Ingat lagi semua tu?”

“ Mestilah!” Laju Imelda menjawab.

“ Perempuan… memang macam tu. Sekali kalau dah sakit hati, sampai bila – bila pun, dia ingat tau!”

Kata – kata Imelda itu membuat Adam terkulat di tempat duduknya.

“ Ingat. Don’t you dare to fall in love with me. This house is a set and we are the actors and bla…bla…bla…” Imelda memimik semula kata – kata yang dahulunya diucapkan Adam kepadanya. Sengaja dia mengajuk gaya kata – kata yang pernah menerobos dan meninggalkan kesan di hatinya itu.

Adam menundukkan kepalanya. Dia kalah. Memang dia akui. Memang semua itu salah dia. Tapi…Itu dulu, sekarang dah lain…

“ Yelah, dulu abang mengaku yang abang ni memang snobbish, arrogant, berlagak tak bertempat kan…and apa – apalah yang sewaktu dengannya tapi…”

“Abang? Eiii….Geli mendengarnya.” Imelda masih mahu mengenakan Adam. Sengaja dia mengajuk dan mengungkitkan semula perkara - perkara lama sambil terus – menerus mahu menyakitkan hati Adam.

“ Dia ni kan! Cium kang!” Adam naik geram. Selalu sahaja kata – katanya dipotong.

“ Buatlah kalau berani!” Imelda mencabar dan sejurus itu juga bibir Adam mendarat di bibirnya. Imelda tergamam.

Adam memandang Imelda dengan pandangan yang penuh puas. Kali ini, dia menang. Segera dia mematikan tindakannya dengan menjarakkan dirinya dari Imelda. Imelda dipandangnya semula tanpa sedikitpun rasa bersalah.

“ Nak lagi?”

Mata Imelda mencerlung memandang Adam.

Well, you asked for it! Siapa suruh degil sangat?” Jawab Adam semula sambil menjungkitkan bahu.

“ …orang degil, mestilah dapat ubatnya, betul tak?” Tambah Adam lagi sambil menjungkit – jungkitkan keningnya dengan rasa puas menedal di dada.

Imelda masih diam, tidak berbuat apa – apa.

“ Macam tu ek nak buat awak diam?” Tanya Adam lagi, tetapi masih dengan niat mahu mengusik.

“ Poyo!” Imelda memandang Adam sepintas lalu sambil menjelirkan lidah.

Adam terkejut dengan tindakan yang tiba – tiba datang dari Imelda itu. Terkebil – kebil dia memandang isterinya itu.

“ Eh! Apa kes? Ingat comel ke buat macam tu?” Adam masih mahu mengenakan isterinya itu. Suka melihat rupa isterinya yang cemberut itu.

“ Dahlah! Nak baliklah macam ni!” Imelda mengambil begnya dan bingkas bangun.

“ Okey, jom balik!” Adam juga turut bangun.

“ Tak payah ikut! Balik sorang – sorang!” Imelda menolak Adam dan terus berlalu. Adam tergamam seketika namun dia segera berlari untuk mengikuti langkah Imelda semula.

“ Alah, sayang abang merajuk ke?” Tangannya cuba mencapai bahu Imelda.

“ Merajuk ke? Meh sini abang pujuk, meh…”

“ Tepilah!” Imelda cuba menepis namun kudrat Adam jauh lebih kuat. Adam menarik dia sehingga mereka dalam keadaan berpelukan.

I wanna hug you forever…” Bisikkan Adam meresapi ke seluruh tubuh Imelda sekaligus menghentikan amukan Imelda.

You are…” Imelda memberhentikan langkah dan mengadap Adam. Pelukan Adam terus dileraikan.

“…one hell of a sweet talker, kan?”

Adam tersenyum bangga.

Tell me something I don’t know…” Adam menjawab lagi dengan suara yang menggoda.

Eihhh…menyampah!” Imelda memukul lembut dada Adam.

Akhirnya, dia terpaksa juga mengalah dan membiarkan sahaja Adam memeluk dirinya. Dia cair dengan kata – kata manis suaminya itu.


CHRISTINA memandang pasangan yang baru berlalu pergi itu dengan hati yang berbara. Sakit matanya melihat gelagat manja mereka berdua itu.

Just wait, Adam. You’ll definitely pay for what you did to me today.”

~~~~~~~
ape yg Chris nk buat? OMG!!!
habislah Adam lepas ni....cmne die nk lpskan die dr Christina niey~~~~
stay tuned uols!!!

2 comments:

  1. stay tuned???
    i will!!!
    yeah...haha *macam budak x cukup umor menjerit.
    alo,pasang je la...eh?eh?eh?

    ReplyDelete
  2. ahaaa~ seb bek ade yg mau berakah~ but Christina~ dats really not a good sign~ haihh

    ReplyDelete