Tuesday, January 11, 2011

Cinta Bertandang Lagi 26


BAB
26


Torn…


            MATANYA tiba – tiba celik, terbuka luas. Dia kenal benar dengan suara yang baru didengarinya itu.
           
“ Adam!”
           
Suara itu lagi. Telinganya memang tidak salah lagi!
           
Mati!
           
Dia segera bangun dari katilnya namun langkahannya tiba terhenti. Kepalanya dirasakan terlalu berat.
           
Argh! Damn!” Dia mengabaikan sahaja pening kepalanya dan memaksa juga dirinya untuk bangun. Dia harus bersiap, sekurang – kurangnya dia tidak boleh dilihat dalam keadaan yang sebegini rupa.
           
“ Adam!”

Adam langsung tersentak. Terkejut. Bayangan yang ditakutinya kini berdiri di dalam biliknya.
           
“ Berapa kali mama nak panggil baru kamu nak jawab?!”

Adam hanya tersengih melihat mamanya, Puan Salma yang sudah mencekak pinggang.
           
Puan Salma segera merapati anak terunanya itu.
           
“ Kenapa ni?” Kedua tangan Puan Salma hinggap di muka Adam. Dari jauh dia dapat melihat kulit Adam yang memerah.
           
Rashes?! Adam, have you been drinking?” Tanya Puan Salam dengan nada suara yang tiba – tiba meninggi. Dibeleknya pula leher Adam.
           
How many times should I….”
           
“ Alah, mama. Tak mahulah bising – bising pagi –pagi macam ni…” Adam meleraikan tangan mamanya dari mukanya. Rimas dengan tindakan mamanya itu.  Malas mahu mendengar mamanya membebel, dia segera mencapai tualanya dan berlalu ke bilik air.
           
“ Adam!”
           
“ Nanti - nantilah kalau mama nak marah Adam. Adam nak mandi dulu. Rimas ni...”
           
Puan Salma menggeleng kepala. Pening kepalanya dengan anaknya yang satu ini. Dia melihat keadaan sekeliling bilik anaknya itu. Mujur juga dia mengupah housekeeper untuk datang membersihkan rumah ini seminggu sekali. Kalau tidak, memang tak ada rupa rumah orang dah agaknya.
           
Puan Salma mengangkat pakaian Adam yang berselerak di dalam bilik itu. Diletakkan ke dalam bakul dobi yang terletak di penjuru bilik.
           
“ Kasut pun dibawa masuk sampai ke dalam bilik?!” Puan Salma mengalihkan kasut dan stokin Adam. Matanya tiba – tiba menangkap satu benda yang bersinar – sinar, menyilaukan matanya akibat terkena sinaran matahari.
           
Puan Salam mengutip rantai leher itu. Jantungnya tersentap apabila melihat loket yang terdapat pada rantai itu. Dia segera meraba rantai di lehernya. Dia melihat loket yang menghiasi lehernya itu. Loket yang sama! Berkali – kali dia melihat loket di tangannya itu. Meskipun puluhan tahun sudah berlalu, dia tidak sesekali akan melupakan loket itu. Loket yang diberikan oleh arwah papa kepada dia dan kakak kembarnya. Papa telah menempah khas loket itu untuk mereka berdua ketika papa melakukan urus niaga di Sri Lanka. Loket permata biru untuk dirinya dan loket permata hijau untuk kakaknya dan di tangannya adalah loket permata hijau. Air mata Puan Salma tiba – tiba sahaja mengalir dengan lajunya tatkala teringatkan kakaknya itu.
           
Adam yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut apabila melihat mamanya yang terduduk di atas katilnya dalam keadaan menangis.
           
“ Mama, kenapa ni?” Tanya Adam dengan nada suara yang cemas.
           
“ Mana kamu dapat rantai ni?” Keras sahaja nada yang digunakan oleh Puan Salma.
           
“ Rantai? Rantai apa?” Gerutu Adam lagi. Tidak faham akan apa yang cuba dimaksudkan oleh mamanya itu.
           
“ Ini!” Puan Salma menyuakan rantai yang terdapat di tangannya.
           
Adam mengambil rantai di tangan mamanya itu. Dibeleknya rantai itu dengan teliti.
           
“ Mana mama dapat rantai ni?”
           
“ Kamu tanya mama?!” Puan Salma tiba – tiba melenting. Geram apabila soalan yang ditujukan pada anaknya tadi kini ditujukan kepadanya semula.
           
Adam memandang ibunya dengan wajah yang berkerut.
           
“ Mama nak tahu mana kamu dapat rantai ni? Perempuan mana yang pakai rantai ni? Beritahu mama cepat!” Puan Salma terus mendesak.
           
“ Apa mama ni? Bila masa pulak Adam bawa balik perempuan kat rumah ni pulak?”
           
“ Dah tu, macam mana rantai tu boleh ada dalam bilik kamu?” Tanya Puan Salma semula.

“ Rantai tu datang terbang masuk ke bilik kamu ke?” Muka Adam terus kelat mendengar sindiran mamanya. Kepalanya masih lagi berpinar dan mamanya pula hanya memburukkan lagi keadaan dirinya dengan bertanyakan macam – macam soalan padanya.
           
Adam tiba – tiba bangun dan menuju ke arah almarinya. Diambil sehelai t – shirt Polo yang tergantung dan dipadankan dengan seluar jeans. Tanpa memberikan perhatian pada mamanya, dia terus sahaja bersiap – siap. Selesai menyikat rambutnya, dia menyemburkan  wangian Hugo Boss di sekitar lehernya. Dicapainya kunci kereta yang berada di meja kecil sebelah katilnya. Dia sudah bersiap untuk keluar apabila mamanya tiba – tiba menahan.
           
“ Kamu nak pergi mana pulak tu?”
           
Give me the necklace.” Dia menghulurkan tangan pada mamanya.
           
“ Kamu nak buat apa?” Tanya Puan Salam semula.
           
“ Mama, you said you want to know the owner of the necklace so that’s what I’m trying to do now. I was too drunk yesterday to remember anything, and that’s why I’m gonna asked people around about it.”
           
And how do you think that’s gonna help?”
           
Oh god!” Adam mula bengang. Terlalu banyak pula pertanyaan mama kepadanya.

Mama, just give  me the necklace, will you?”

Puan Salma mengalah. Dia hanya menurut kata anaknya itu. dia sendiri tidak tahu mahu berbuat apa dan tangannya laju menyerahkan rantai itu ke tangan Adam. Dia hanya melihat Adam memasukkan rantai itu ke dalam poket seluarnya dan berlalu pergi.

“ Kak Lara…” Puan Salma merintih hiba mengingatkan kakaknya yang sudah lama tidak dihubunginya itu.


ADAM memberhentikan keretanya di bahu jalan dan tiba – tiba sahaja dia memukul stereng keretanya. Perasaannya bercampur baur memikirkan kejadian semalam. Terngiang – ngiang kata – kata Joseph, doorman di apartmentnya ketika dia melalui kawasan lobi itu tadi. Dia mengambil semula dompet yang diletakkan di tempat duduk di sebelahnya. Dia melihat lagi isi kandungannya.

So, it was Imelda yesterday yang hantar aku but how come?” Dia melihat kembali kad pelajar yang terdapat di dalam dompet itu.

“ Semalam, aku gaduh and terus break up dengan Christina and then Rehan call aku. Lepas tu aku pergi lepak dekat club and I got drunk.” Adam mengingat semula kejadian semalam satu persatu. Bab dia bergaduh besar dengan Christina cuba diabaikan untuk mengelakkan hatinya sakit semula.

“ Tapi, where did Mel fit in the story?”

“ Bila masa dia ada kat club tu pulak?”

And kenapa dia yang hantar aku balik? Bukannya Rehan?” Bermacam soalan menggangu dirinya namun bagaimana harus dia mendapatkan jawapannya?

Dia mengeluarkan semula rantai yang dijumpai mamanya dari poket seluarnya. Direnungnya rantai itu.

So, this might as well belong to her.”

Argh! Nantilah dulu benda ni.” Dia meletakkan rantai itu di dalam dashboard.


            “ PERGI!!! Aku tak nak jumpa kau orang semua! Pergi!” Jeritan Imelda memetir lagi, entah untuk kali ke berapa. Aisha terus resah memikirkan keadaan Imelda yang tiba – tiba sahaja begitu.
           
“ You, macam mana lagi kita nak buat ni?” Aisha menggoyangkan lengan Rehan.

            “ Dari tadi dia asyik menangis aje, marah – marah macam tu. I takut kalau dia buat apa – apa yang pelik nanti.”
           
Hish, you jangan fikir bukan – bukanlah. Tapi kenapa dia jadi macam ni? Ada apa – apa ke yang jadi between dia dengan Adam semalam?”
           
“ Itulah yang I tak tahu. Bila I sebut je nama Adam, dia lagi mengamuk. Macam mana nak buat ni?”
           
“Mel…” Rehan mencuba nasib, mengetuk pintu bilik Imelda sekali lagi namun tetap juga diam. Tiada jawapan.
           
Rehan memandang Aisha dengan pandangan yang penuh gusar.


            “ HAYKAL, semalam ada tak kau pergi club?”
           
Dahi Haykal terus berkerut. “ Club mana pulak ni?”
           
“ Alah, tempat yang biasa kita lepak tu la. Ada tak?” Adam bertanya lagi. Dia segera melabuhkan punggung di sebelah Haykal.
           
“ Tak adalah! Mananya aku nak pergi club sekarang ni. Khalida selalu aje tak sihat, tak sedap badan. Tak berani aku nak tinggalkan dia sorang – sorang, takut jadi apa – apa pulak nanti. Tapi, kenapanya kau tanya aku macam tu? Kau orang semua ada buat apa – apa ke semalam?”
           
Adam sekadar menggelengkan kepala. Sekarang ni, semenjak Haykal sudah bernikah dengan Khalida, manalah dia pergi lagi ke tempat – tempat macam itu. Lupa pula Adam.
           
“ Khalida mana?” Adam segera mengubah topik.

            “ Ada kat dalam tu, Tidur.” Mulutnya memuncung menunjukkan ke arah bilik.

Morning sickness dia kuat sangatlah bro, sampai lembik jadinya. Ulang – alik ke toilet aje kerjanya.” Haykal memberitahu sambil senyuman tetap menguntum di bibirnya.
           
“ Suke ek kau sekarang, dah nak jadi bapak budak pulak. Macam tak percaya aje aku.”
           
Senyuman Haykal semakin melebar. “ Rezeki aku. Seronok pula rasanya bila tahu ada orang baru nak datang. Kau bila lagi, kawan?” Haykal bertanyakan soalan cepu emas kepada Adam.
           
Dengan tidak semena – mena, ketawa Adam terus meletus.“ Kau tanya aku ke?”
           
“ Yelah, kau ada nampak makhluk lain ke selain kita dua dalam rumah ni?”
Adam menepuk – nepuk bahu Haykal dengan tawanya yang masih bersisa.
           
Come on lah Haykal. Awal lagilah kalau aku nak settle down. Banyak benda lagi aku nak buat.”
           
“ Alah, kalau kau kahwin pun, bukannya kau tak boleh nak buat semua benda yang kau nak buat tu.” Tokok Haykal lagi.
           
“ Lain. Tak sama bila kita belum kahwin dengan dah kahwin. Kalau dah kahwin, banyak benda yang tersekat nanti.”
           
“ Apa – apalah Adam. Yang pasti, aku harapkan yang kau akan jumpa orang yang sesuai dengan kau nanti, yang boleh buat kau bahagia.”
           
Adam tersenyum. “ You know that I ditched Christina last night?”
           
Won’t be the first time I heard this from you. No surprises there. What happened?
           
“ Kali ni lain, Haykal. Aku betul – betul sukakan Christina.”
           
“ Dah tu, kenapa kau tinggalkan dia?” Pelik dia jadinya. Kata suka, tapi kalau suka, kenapa ditinggalnya minah tu?

            “ Dah tu, kalau aku jumpa dia tidur dengan lelaki lain, takkan aku nak buat tak tahu pulak. Dasar perempuan!” Adam mendengus geram.
           
“ Alah, benda biasalah tu. Lagipun, itu memang budaya dia orang kat sini. Dah jadi perkara biasa. Cinta dengan orang lain tapi they share bed with others.”
           
“ Itulah. Bila aku ingatkan semula, memang aku ni bodoh sangat. Sebab fikirkan minah tu, aku sampai mabuk semalam.” Adam selamba menceritakan perkara yang terjadi padanya semalam kepada Haykal.

Haykal menggeleng kepala. “ Kau minum lagi? Bukan ke kau dah berhenti?” Kecewa dia dengan perbuatan Adam itu. Padahal, Adam sudah pun berjanji pada dirinya untuk tidak minum lagi tapi tiba – tiba dibuatnya lagi perangai lamanya itu.
           
“ Patutlah aku tengok muka kau tu merah – merah.”

            Adam mengerling sekilas pada Haykal. Hampir semua kawannya tahu akan alahannya terhadap alkohol dan apa yang akan terjadi padanya jika dia mengambil alkohol.
           
“ Apa hal kau datang rumah aku pagi – pagi ni sebenarnya? Takkan nak cakap pasal Christina aje?”
“ Hah, ni.” Dia mengeluarkan rantai yang dijumpainya di biliknya itu dan diserahkan kepada Haykal.
           
“ Eh, ni bukan ke rantai Mel? Aku selalu nampak dia pakai rantai ni. Dia cakap rantai ni emak dia yang bagi tapi macam mana boleh ada dengan kau pulak?”
           
Jadi, betullah Mel yang ada dalam rumah aku semalam. Gerutu Adam sendiri.
           
Niat Adam untuk menyambung cerita terbantut apabila telefon bimbit Haykal tiba – tiba berbunyi.
           
“ Kenapa?” Adam terus bertanya apabila melihat riak wajah Haykal yang terus berubah sejurus sahaja dia menjawab panggilan telefonnya itu.
           
“ Aku kena pergi rumah Mel sekarang. Ada hal.”
           
“ Hal apa?” Tanya Adam lagi. Tiba – tiba sahaja Haykal kelihatan cemas.
           
“ Aku tak tahu sangat apa yang jadi, tapi Rehan beritahu aku yang Imelda mengamuk. Nanti kejap, aku nak beritahu Khalida dulu, lepas tu kita gerak sekali pergi sana, okey?”

Adam sekadar mengangguk kepalanya dan Haykal pula menghilang ke biliknya. Hati Adam mulai tidak senang mendengar khabar yang diberitahu oleh Haykal tadi.
           
“ Mel mengamuk?”
           

            “ KENAPA dengan Mel?” Meluru Haykal dari pintu masuk menuju ke tempat Rehan dan Aisha sedang berdiri. Terus sahaja dierjah mereka berdua dengan soalannya manakala Adam menbuntuti sahaja dari belakang.
           
“ Yang kau ni menangis kenapa pulak?” Haykal tiba – tiba menegur apabila melihat Aisha masih tersedu – sedan.
           
“ Mel mana?” Tanya Haykal lagi.
           
“ Kat dalamlah. Kat mana lagi!” Aisha tolong menjawab persoalan Haykal.
           
“ Dari tadi, dia tak keluar dari bilik.” Tambah Rehan lagi.
           
“ Sejak dia balik Subuh tadi. tapi sekarang dah tahan sikit dari tadi. Tadi dia asyik menjerit – jerit, tapi sekarang tiba – tiba aje diam. Kami dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Aku takut kalau dia buat apa – apa nanti.”
           
Haykal mengeluh panjang.
“ Mel…” Haykal cuba memanggil nama Imelda sambil tangannya mengetuk pintu bilik Imelda.
           
Sepi.
           
“ Mel, baik kau buka pintu ni. Kalau tak, aku pecahkan nanti…”
           
Masih lagi tiada jawapan meskipun Haykal sudah menggunakan pendekatan ‘mengugut’.
           
“ Mel…aku tak main – main ni. Baik kau buka pintu ni, kalau tak, memang aku pecahkan. Satu…” Haykal mula mengira untuk menunjukkan yang dia betul – betul serius dengan apa yang dikatakan.
           
“ Dua….”
           
Tombol pintu dipulas dari dalam apabila mulut Haykal mahu menyebut tiga. Dengan laju, mereka bertiga merempuh masuk ke dalam. Aisha segera menuju ke arah Imelda yang duduk terperuk di tepi katil. Matanya semat melihat keadaan sekeliling bilik itu. Beristighfar dia di dalam hati melihat keadaan bilik itu.
           
“ Mel, kau tak apa – apa?” Perlahan – lahan dia merapati Imelda apabila Imelda terus menarik dirinya dan dia dipeluk erat. Bahu Imelda terhingut – hingut. Rupa – rupanya tangisannya masih lagi belum reda.
           
“ Aisha…” Imelda mengongoi sedih. Lirih sahaja suaranya kedengaran.
           
“ Mel…”

Imelda segera mengangkat muka apabila mendengarkan suara Haykal namun jeritannya menyusul sejurus itu apabila melihat Adam di muka pintu.

“ Pergi! Pergi! Aku tak nak tengok muka kau! Pergi!” Jeritan lantang Imelda membelah corong pendengaran. Rehan dan Aisha segera mengalih pandangan kepada Haykal.

“ Mel, ni akulah, Haykal. Kenapa ni?”

“ Aku tak nak tengok muka setan tu!” Hanya tangan yang dikeluarkan dengan jari telunjuknya menghala  ke arah muka pintu. Langsung tidak dialihkan mukanya.

Mereka bertiga serentak memandang Adam. Adam nyata terpinga – pinga dengan apa yang sedang berlaku.

What?! I didn’t do anything.” Selamba Adam menjawab sambil dijungkitkan bahunya.
“ Kau kata kau tak buat apa – apa?!” Imelda tiba – tiba bangun dan meluru ke arah Adam.

“ Habis, yang jadi semalam tu apa, hah?!” Imelda menyinga di hadapan Adam.

Is it just another your one night stand?!” Imelda memukul dada Adam bertubi – tubi.

Am I that cheap to you?!”

What did I do to deserve that from you, huh?!” Imelda menjerit lagi tetapi tiba – tiba Imelda semakin melayu dan akhirnya dia terkulai di kaki Adam.

“ Mel!” Aisha segera berlari mendapatkan Imelda. Dia menarik Imelda menjauhi Adam.

“ Adam!”

Haykal mencekak leher baju Adam dan membawa diri mereka sedikit jauh dari Imelda yang kini dicempung Rehan dan dibaringkan di atas katil sambil ditemani oleh Aisha. Mereka kini turut ditemani Rehan.

“ Betul ke apa yang Imelda cakap tadi?” Penumbuk Haykal kini berada tepat di hadapan muka Adam.

“ Kal, sabar Kal. Apa – apa pun, kita bincang dulu.” Rehan cuba untuk menenangkan keadaan.

“ Aku tak kira! Aku nak tahu betul ke kau buat semua tu pada Mel?!” Haykal mengetap bibir, menahan geram.

“ Aku…Aku… tak tahu. Aku tak ingat apa – apa pun. Betul. Aku tak tipu!”

Damn you Adam!” Haykal menghamburkan amarahnya dengan melepaskan tumbukannya pada dinding di belakang Adam.

“ Kenapa kau buat Mel macam tu?! Dia tu kawan kita tau!” Haykal meraup mukanya. Bukan perkara ini yang dijangka dari Adam. Dia sangat hampa dan kecewa. Dia amat kenal dengan perangai buaya Adam tetapi Imelda? Apa salah Imelda sampai harus dia menerima durjana perilaku Adam?!

“ Kal, Rehan…Betul aku tak tahu apa – apa.” Adam cuba menerangkan keadaan dari pihaknya pula.

“ Sungguh aku tak ingat apa – apa semalam. Aku mabuk  and aku marah sangat dengan Christina and maybe...”
And maybe apa Adam? Huh?! Apa?” Haykal mendengus berulang kali.

“ Apa kau nak buat sekarang ni Adam?” Kali ini, Rehan pula yang bertanya kepada Adam.

Maybe I should apologize to her. YeahI think I’ll apologize. That what I’m going to do.” Adam memberitahu Haykal dan Rehan sekaligus memberitahu juga pada dirinya.

Mendengarkan kata – kata mata yang begitu mudah diluahkan oleh Adam itu menyebabkan Haykal makin menyinga.

“ Minta maaf?! Minta maaf kau kata?!” Haykal berdiri lagi.

“ Engkau ingat semua ni boleh settle dengan minta maaf je ke?!”

Rehan segera menarik Haykal. Takut jika Haykal tiba – tiba hilang pertimbangan.

“ Dah tu, kau nak aku buat apa lagi?”

God, don’t you even have a heart? I really don’t expect this from you, Adam…”

“ Habis tu, kau nak aku buat apa lagi, Haykal?” Tanya Adam semula.

Just go Adam. Aku tak nak tengok muka kau sekarang. Just go…” Suara Haykal kedengaran lemah dengan tangannya menghala ke arah pintu keluar. Dia benar – benar sudah putus asa. Bejat kepalanya memikirkan sikap Adam yang terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara.

“ Maaf?” Haykal menggeleng kepalanya lagi. Sinis senyuman yang menguntum di bibirnya. Sungguh dia tidak percaya. Hanya itu sahaja yang mampu difikirkan Adam? Maaf?! Unbelievable!

Just go Adam.” Adam masih lagi kaku meskipun Haykal mengulang katanya buat kali kedua .

Go!” Kali ini, jerkahan Haykal lebih kuat dari yang sebelumnya menyebabkan Adam segera tersedar dari lamunannya.

Damn!” Pintu dihempaskan dengan kuat. Adam terus melangkah keluar tanpa langsung menoleh ke belakang.

Haykal memandang Rehan.

“ Kau tengok tu.”

 Rehan sekadar menjungkitkan bahu. Dia sendiri tidak tahu mahu membuat apa lagi.

“ Macam mana kita nak buat pasal Imelda?” Rehan bertanya sambil menepuk bahu kawannya itu.

“ Aku rasa aku perlu libatkan mak Adam dalam hal ni. Mak dia kena tahu jugak pasal benda ni.”

Dahi Rehan berkerut.

Seakan faham persoalan yang bermain di kepala Rehan, Haykal menambah lagi.

“ Hal ni bukan benda kecil Han. Takkan kita nak biar Mel macam tu je? Adam kena bertanggungjawab atas perbuatan dia”

“ Habis tu, apa yang mak Adam boleh buat dalam hal ni?” Rehan bertanya lagi. Dia sendiri tidak pasti dengan usul Haykal. Adakah wajar untuk mereka melibatkan Puan Salma dalam hal ini?

She’ll know what to do with him and Adam will definitely pay for this. We’ll just wait and see.” Suara Haykal kedengaran yakin.

“ Maksud kau, kau nak suruh mak Adam paksa Adam untuk bertanggungjawab ke atas Imelda, macam tu?”

Dia melihat Haykal menganggukkan kepala.

“ Tapi, Adam nak ke?” Soal Rehan lagi.

And Mel, dia nak ke? Dia akan setuju ke dengan benda ni nanti? Kau jangan buat keputusan sendiri Kal. Banyak orang yang terlibat dalam hal ni. Banyak juga perasaan yang kita kena jaga.”

“ Tak apa. Aku tahulah apa yang aku nak buat nanti. Yang pasti, Adam kena juga bertanggungjawab terhadap Imelda.” Haykal masih muktamad dengan keputusannya.

“ Tapi Kal…”

That’s it, Rehan. Dahlah, aku nak balik dulu. Kau tolong tengok – tengokkan Imelda untuk aku ye? Okey, aku balik dulu.”

Haykal terus keluar tanpa sempat Rehan menyambung apa yang ingin dia katakan.

Cinta Bertandang Lagi 25


BAB
25


Sober…


            DAHI Imelda berkerut seribu apabila kakinya melangkah masuk ke dalam kelab yang dikatakan oleh Aisha. Di dalam hati, dia mula menyumpah dirinya sendiri. Marahkan dirinya yang tiba – tiba boleh bersetuju untuk datang ke sini. Entah masalah apalah si Aisha tu ada sampaikan aku sanggup nak menapak ke sini? Kau memang gila, Mel. Memang kau gila!
           
Dengan lampu yang berkelip – kelip, berpusing – pusing, muzik yang dipasang dengan begitu kuat, bau alkohol memenuhi setiap ruang dan asap rokok yang mengaburi pandangan di kawasan yang sememangnya sudah  ‘terkurang’ cahaya itu membuatkan kepala Imelda mula berdenyut – denyut. Sungguh! Memang dia benci sangat tempat – tempat macam ni. Tak faham macam mana Aisha boleh cakap yang dia datang kat sini sebab nak releasekan tension. Lagi tension jadinya adalah! Pelik betul! Tak faham!
           
Imelda memanjangkan leher, cuba mencari Aisha dan Rehan di kalangan manusia yang ramai itu. Imelda segera menuju ke arah Aisha apabila ternampak lambaian Aisha. Bersusah payah dia membawa langkahnya menuju ke tempat Aisha dan Rehan. Terpaksa mengelak bermacam jenis manusia. Ada yang dah pening – pening lalat, ada yang terkinja – kinja, macam – macamlah.
           
“ Apa halnya suruh aku datang sini? Apa yang susah sangat nak beritahu dalam telefon tadi?! Beria – ia suruh aku datang sini!” Nada suara Imelda jelas menunjukkan rasa kurang senangnya.
           
Rehan dan Aisha bertukar pandangan. Tidak tahu macam mana mahu bermula. Sekarang, hal ni dah memang jauh sangat dari rancangan asal mereka. Adam pun dah sampai tapi Adam...
           
            “ Cepatlah! Kalau tak, aku nak balik!” Imelda mengugut. Tak kuasa dia mahu berlama – lama di sini. Lemas! Rimas! Matanya sakit. Dadanya terasa sesak semacam. Nak bernafas pun rasa susah!
           
“ Tu hah!” Mulut Aisha memuncung ke sudut bar. Mata Imelda dihalakan ke arah yang ditunjukkan oleh Aisha.
           
“ Kenapa dengan orang tu?” Imelda bertanya pada Rehan pula. Tidak pula dia mengenali lelaki yang ditunjukkan oleh Aisha tadi.
           
“ Takkan kau tak cam?! Adamlah tu!” Aisha menyampuk.
           
Mendengarkan nama Adam, Imelda serta – merta membawa dirinya ke tempat duduk Adam. Refleks sahaja kakinya menuju ke arah Adam dan selamba dia mengambil tempat di sebelah Adam.
           
“ Hah, you come! Good!” Adam yang dilihat Imelda kini bukan Adam yang dikenalinya.
           
Hey man! One more shot!”
           
Mata Imelda semakin berbulu melihatkan bartender itu laju sahaja mengisi gelas Adam dengan pump yang dipegangnya. Diikutkan sahaja apa yang diminta Adam. Dan Adam…Dan Adam laju sahaja meneguk masuk minuman itu.
           
Adam meminta lagi dan bartender itu mahu menambah lagi isi gelas Adam namun kali ini dilarang Imelda. Imelda memberi isyarat pada bartender itu dan lelaki itu terus beredar dari situ.
           
Hey! I want my drink!” Adam menepuk –nepuk meja bar itu.
           
“ Ni hah, kau punya drink?!” Imelda yang mulai geram menyuakan penumbuknya ke muka Adam. Ikutkan hati, memang mahu ditumbuknya makhluk bernama Adam itu selumat – lumatnya. Buat perangai tak senonoh, minum sampai mabuk! Bodoh punya orang! Jahil agama sampai macam ni sekali ke?

Adam mencemik sekejap melihat tumbukan Imelda yang begitu kecil pada pandangan matanya sebelum terus tidak sedarkan diri, menelangkupkan mukanya di atas meja bar itu.

“ Kenapa dengan dia ni?” Imelda bertanya pada Rehan dan Aisha yang dari tadi hanya memerhat namun kedua – dua mereka diam tidak berkata apa.
           
“ Apa hal sampai dia jadi macam ni?!” Kali ini nada suara Imelda lebih tinggi. Marah benar dia dengan apa yang dilihatnya sekarang. Tak pernah dia melihat Adam minum apatah lagi sampai mabuk begini sekali.
           
“ Aku pun tak tahu kenapa. Dia datang sini tadi dalam keadaan marah – marah. Lepas tu terus dia duduk sini sampailah kau datang ni.” Aisha sendiri bingung dengan apa yang jadi. Lain yang dicadangnya, lain pula yang jadi.
           
Pada mulanya, dia dan Rehan merancang mahu mengajak Imelda dan Adam untuk menemani mereka di sini sebelum mereka meninggalkan mereka berdua for a little get together tapi Adam pulak datang dengan mood swingnya. Dan Imelda pula melihat Adam dalam keadaan macam ni. Semua yang dirancang mereka berdua  tidak menjadi.
           
“ Dia ni memang kaki minum ke?”
Eh tak!” Rehan cepat – cepat membela Adam. Meskipun perangai Adam memang liar tapi Adam bukanlah seteruk yang disangka Imelda.
           
Imelda mencemik. Kalau dah macam ini gayanya, takkanlah tak pernah buat kot sebelum ni? Ceh! Nak jugak bela kawan dia ni!
           
“ Dia tak boleh ambil apa – apa jenis alkohol. Dia alergik. Nanti kalau dia minum, mesti rashes naik satu badan dia.”
           
Imelda mendengus. Rasa hendak ketawa pun ada. Tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Tak minum sebab alergik?! Nanti rashes naik satu badan?! Bukannya tak minum sebab agama yang melarang?! Huh! Great! Unbelievable! Bodoh! Memang mamat ni bodoh. Bodoh yang sangat bodoh! Imelda sudah tidak kira. Memang dia banyak menyumpah pada malam itu. Marah melihat Adam yang 'rosak' sebegitu rupa. Nak menangis pun ada.
           
“ Mel, tolong bawakan Adam balik nanti ye. Aku ada hal. Dah janji dengan kawan. Sorry ek, but I really have to go.”
           
Mata Imelda rasa mahu terjojol mendengar ayat Rehan yang itu. Lagi berpinar kepala dibuatnya.
           
“ Aisha sekali ke?” Tanya Imelda semula
           
Rehan dan Aisha serentak mengangguk.
           
“ Tolong ek… Please…” Rehan merayu lagi.
           
“ Tapi…mamat ni..”
           
“ Tak apa, kalau ada apa – apa, kau capai aje wallet dia tu. Memang sentiasa berisi punya. Ambil teksi and hantar ke apartment dia, senang je…” Rehan cepat – cepat memberitahu semuanya sebelum sempat Imelda bertanya.
           
Imelda memandang kedua sahabat di hadapannya itu. Akhirnya, terpaksa jugalah dia mengalah. Bercampur baur perasaannya sekarang. Hendak ditolak, kawannya juga yang meminta tolong tapi…
           
            Imelda memandang Adam di sebelahnya. Berat juga hatinya melihat keadaan Adam yang sebegini rupa. Dia terus menggangguk, bersetuju untuk menggalas tanggungjawab sebagai babysitter Adam untuk malam itu. Dia ‘memaksa rela’ hatinya demi kawannya. Tapi mamat ni duduk kat mana pulak?! Alahai…
           
Weyh…” Imelda berpaling semula, mahu bertanya pada Rehan namun kelibat dua orang kawannya itu tidak lagi kelihatan.

KEPALA Imelda makin berdenyut – denyut apabila melihat Adam.

Excuse me…” Imelda memberanikan diri, menegur lelaki yang berada tidak jauh dari mereka. Niatnya mahu meminta pertolongan dalam menguruskan Adam. Rasanya tidak mampu hendak melakukannya semua itu seorang diri.
           
Imelda tiba – tiba menelan air liurnya apabila melihat fizikal lelaki yang ditegurnya tadi.
           
Me?!” lelaki yang ditegurnya itu tadi bertanya padanya semula.
           
Lambat – lambat sahaja Imelda mengangguk sambil menyematkan senyuman di tangkai bibirnya, cuba menyembunyikan rasa gugup di hati.
           
Wallawey…mati aku! Sekali macam kingpin pulak gayanya. Argh!!! Siap bertatu bagai. Horror! Tapi, hentam jelah labu. Don’t judge a book by it’s cover, Imelda!
           
ErReally sorry to bother you…” Berhati – hati Imelda mengatur tutur bahasanya.
           
Oh, don’t worry! Anything for a lovely lady like you.” Lelaki mat salih itu tersenyum melayan Imelda.
           
Imelda menelan air liurnya lagi. Kecut perutnya mendengarkan setiap kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Lovely lady?! Imelda mengukir senyum dalam keadaan terpaksa. Namun, mahu
tak mahu, terpaksa jugalah dia mengagahkan diri. Senyuman plastik ditampal di bibir.
           
My boyfriend here….” Imelda segera memaut bahu Adam. Dibiarkan sahaja muka Adam menyapu meja bar itu. Siapa suruh tak nak angkat muka bila orang panggil?! Rasakan!
           
“…a little bit drunk. We had a big fight before so he just took a toll of himself.” Imelda senyum, cuba memaniskan muka. Alasan yang dicipta, baik punya. Tapi, kalau dalam realiti sebenar? Mamat ni jadi pakwe?! Huh! Dia ke mana, aku ke mana?! Cet!

Could you please help me to carry him outside until we can get a taxi for ourselves?”

Sekilas dia memandang Adam sambil menggetap bibirnya. Semua ni sebab kau! Geram aku dibuatnya! Gerutu Imelda di dalam hati.

Sure…sure… Of course.”

Imelda menarik nafas lega. Sekurang – kurangnya lelaki ini hendak juga menolong. Lepas satu beban.

Lelaki itu memautkan Adam menggunakan bahu da lengannya. Nampak gayanya mengangkat Adam langsung tidak memberi masalah pada lelaki itu. Fizikalnya yang hampir dua kali ganda lebih besar dari Adam itu membuatkan Adam kelihatan kecil sahaja. Silap – silap hari bulan, mamat tu boleh hayun si Adam tu tiga ratus enam puluh  darjah. Siapa tahu, kan! Elok jugak kot, kasi baiki sikit otak mamat tu yang tak betul tu.

Er…Mr…”

You can call me Eddy.”

Imelda mengucap syukur di dalam hati. Lega. Lelaki ni tak adalah jahat sangat. Rupa aje ganas, tapi baik hati jugak! Hehehe

“ Eddy, can you hold on a minute?” Imelda menunjukkan isyarat satu padanya. Tangannya laju meraba seluar Adam. Setelah dapat apa yang dicarinya, dia kembali ke meja bar semula.

How much his drink costs?” Imelda bertanya pada bartender itu. Sedar akan pandangannya pada mereka tadi.

Takut aku cabut tak bayarlah tu, getus hati Imelda dengan tangannya mula membuat ‘jelajah’ pada dompet Adam.

Hundred and thirty dollar, maam.”
           
Imelda mengeluarkan tiga keping not lima puluh dolar dari dompet Adam dan meletakkannya di atas meja bar itu.
           
Keep the change.”
           
Thank you, maam.” Bartender itu tersenyum lebar, sambil memberi salute kepada Imelda, mungkin gembira dengan tip yang baru diterimanya.
           
Okay Eddy, we can go now.” Imelda mengambil lengan Adam yang lagi satu, turut membantu untuk memapah Adam walaupun pertolongannya tidaklah diperlukan sebenarnya. Eddy sorang – sorang pun tak ada masalah nak angkat si Adam yang bila dalam keadaan tak sedarkan diri ni, berat dia macam dah naik berganda - ganda daripada biasa.


            IMELDA melepaskan lelah sekejap setelah berjaya menyumbat Adam ke dalam perut teksi. Itupun selepas puas dia memujuk rayu pada pemandu tersebut. Pemandu teksi itu pada mulanya enggan membawa mereka disebabkan keadaan Adam yang mabuk itu namun dengan pertolongan Eddy, dia akhirnya bersetuju. Entah apalah yang dikatakan Eddy hinggakan pemandu itu akhirnya menukar fikiran. Memang Imelda berterima kasih sangat pada Eddy. Kalau tak ada Eddy yang membantu dia, entah macam manalah harus dia harungi malam itu.
           
Sekarang ada satu hal lagi. Disuruh sahaja teksi itu bergerak tanpa diberitahu ke mana destinasi mereka. Imelda berani menyuruh begitu kerana dompet Adam masih di tangannya dan dia tahu wang yang terdapat di dalam dompet itu lebih dari mencukupi kalau setakat nak pusing – pusing bandar South Wales sebanyak dua atau tiga kali.
           
“ Mana nak campak mamat ni?” Imelda membebel pada dirinya sendiri.
                       
“ Eh! Mamat ni ada rumah kan? Tapi kat mana? Baik aku tanya Rehan. Mesti dia tahu.” Imelda terus meraba poket seluarnya namun apa yang dicarinya tidak  pula ketemu.
           
“ Aku tak bawa handphone ke keluar tadi?” Imelda masih bercakap dengan dirinya.
           
Ahh!! Abaikanlah! Nak buat macam mana sekarang ni?” Sekilas Imelda melihat jam di tangan. Dah pukul dua lebih. Macam mana ek? Imelda memandang Adam di sebelahnya.

“ Asyiknya kau tidur ye…” Tangannya dikepal kejap. Geram pula Imelda melihat Adam yang siap boleh berdengkur lagi sedangkan dia pula tengah berserabut hendak memikirkan cara untuk menghantar dia balik dengan selamat. Kalau diikutkan rasa hati, mahu aje ditinggalkan sahaja Adam di tepi – tepi jalan tu. Hish! Memang menyusahkan!

Idea jahat tiba – tiba muncul di kepalanya. “ Oit Adam! Bangun!” Imelda menampar – nampar pipi Adam.

“ Bangunlah!” Imelda menarik Adam supaya berada dalam posisi duduk yang betul. Pipi Adam terus ditamparnya.

Imelda tersenyum sambil meneruskan perbuatannya. Suka hatinya. Sekurang – kurangnya dapat dia membalas atas apa yang mamat ni pernah buat pada dia dahulu. Biarlah orang kata dia ambil kesempatan dalam keadaan Adam yang macam ini, tapi peduli apa! Lagipun, aku buat macam ni pun sebab nak tanya mana rumah dia, nak hantar dia balik rumah. Untuk kebaikan dia jugak!

Imelda cuba menjustifikasikan perbuatannya. Menyedapkan hatinya. Membenarkan hatinya bahawa menampar Adam itu adalah perkara yang betul dan patut dilakukan.

What?!…Leave me alone! Go away!” Adam menguis tangan yang bertubi – tubi menyerang mukanya. Tangan Imelda ditolak dengan kuat sehinggakan Imelda terpelanting kebelakang jadinya.

Leave you alone?! It would be my greatest  pleasure in the world, tahu tak?! Tapi aku ni bukannya jahat macam kau! Eei.. Ada jugak mamat ni makan penumbuk aku! Sabar ajelah!”

Weyh! Cuba beritahu kau duduk kat mana. Nak hantar kau balik ni!” Imelda tiba – tiba menaikkan suaranya. Kalau Adam itu dalam keadaan yang sedar, nada suara Imelda yang seperti itu sememangnya akan mencetuskan perang antara mereka tapi Adam tetap Adam. Sedar atau tak, dia masih boleh melawan.

Don’t you raise your voice to me!” Adam tiba – tiba bersuara dan mendekatkan dirinya dengan Imelda. Imelda berundur ke belakang namun muka Adam semakin menghampiri mukanya. Rasanya badan dia sudah pun melekat pada pintu teksi itu namun Adam masih tidak berganjak. Mukanya dirasakan terlalu rapat dengan muka Imleda.

  Who do you think you are, huh?!” Adam terus mendengus tanpa memberi peluang kepada Imelda untuk berbuat apa - apa.

Crap! You just a gold digger!” Satu – satu perkataan dikeluarnya.

Imelda menahan nafasnya. Kepalanya pening dengan bau nafas Adam yang berderu – deru singgah ke mukanya.

You said you love me, but you sleep with that rat! Do you think I‘m stupid that I wouldn’t know about it, hah?!”

Terkebil – terkebil Imelda mendengar kata – kata Adam. Dia terus terkedu dengan setiap patah kata yang baru diucapkan Adam itu.

Kali ini, Adam  tiba – tiba pula tertawa.

I am stupid! I am stupid because I trust you! I even thought that love you! I give you everything! But youDamn you Christina!” Jari telunjuk Adam betul – betul berada di muka Imelda.

Hey man!” Adam tiba – tiba beralih arah, membebel pada pemandu teksi mereka pula. Imelda pula terkaku di tempat duduknya. Kata – kata Adam melekat di kepalanya namun dia cepat – cepat mengembalikan perhatiannya kepada Adam.

Imelda menyedari  yang pemandu mereka telah pun mengubah haluan.

Did he said to you where he want to go just now?” Pemandu teksi itu disoal Imelda. Pelik juga apabila pemandu itu tiba – tiba menukar arah setelah dibebel oleh Adam tadi.

Minta – minta yang mamat tu memang beritahu laki ni dia duduk kat mana.

Yes, miss. The Forum.” Pendek sahaja balasan pemandu teksi itu.

Imelda mengangguk. Lega perasaannya seketika. Sekurang – kurangnya mereka akan sampai ke tempat Adam dan bolehlah dia balik selepas itu namun kata – kata Adam tadi masih lagi membelenggu benaknya.

“ Christina?” Imelda berjeda. Cuba mengingati kalau – kalau dia megenali sesiapa yang bernama Christina.

“ Siapa Christina?” Tanya Imelda lagi, pada dirinya sendiri.

“ Dia mabuk sebab kecewa dengan perempuan?”

“ I love you?! Adam’s in love?!” Imelda mengulangi lagi pertanyaan itu kepada dirinya.

            Hahaha! Padan muka! What goes around, comes around, my dear. Kau jahat dengan orang, orang pun jahat baliklah pada kau! Imelda sempat mengejek Adam di dalam hati.

Miss, we’re here.” Imelda tiba – tiba dikejutkan dengan suara pemandu mereka.

Can you please help me get him out?”

 Muka pemandu itu terus berkerut seribu namun dia tetap menolong. Bermacam bunyi yang dia keluarkan. Entah ikhlas ke tak menolong. Tapi semuanya berbayar, okey? So, jangan nak banyak songeh!

“ Mr Adam! What wrong with him?” Seorang lelaki berpakaian seragam datang  menghampiri Imelda yang sedang berusaha sedaya upaya menyeimbangkan dirinya dan juga Adam.

Huh?! You know him?!” Imelda sempat bertanya pada lelaki bepakaian seragam itu. Nafasnya mula turun naik, penat mula merajai diri.

Yes…Yes… I know him. Mr Adam. He lives in unit 2011.”

Good! Then help me to carry him up!” Imelda langsung melepaskan pegangannya pada Adam dan Adam secara automatik, terus rebah ke atas lantai.

Lelaki asing itu memandang Imelda dengan rupa yang terkejut. Mungkin terkejut dengan dia yang selamba sahaja membiarkan Adam terlantar di atas lantai lobi tempat itu. Adam pula langsung tiada reaksi. Imelda hanya mampu tersengih.

Help me, please…” Imelda hampir merayu. Melutut pun dia sanggup asalkan dia terlepas dari Adam untuk malam itu. Sememangnya, dia sudah teramat penat. Waktu malamnya habis begitu sahaja disebabkan hal Adam ini.

Lelaki itu terangguk – angguk lalu segera mengangkat Adam, tanpa banyak soal.

Imelda memandang Adam dengan perasaan penuh geram. “ Hai Adam! Memang kau ni suka menyusahkan orang kan?! Berapa ramai dah yang duduk mendukung kau hari ni kan?!” Dia menepuk – nepuk belakang Adam.

You’re saying something miss?”

Huh?!” Pandangan Imelda beralih pada lelaki itu.

No…No…Nothing. Just myself rumbling.” Kepalanya menggeleng manakala jari telunjuknya menekan punat dua pada lif.


THANK you for the help again.”

Just doing my job, miss. Hope you have a lovely night.”

Kening Imelda terjungkit mendengar ucapan yang terakhir itu. Lovely night? Yeah right!

Imelda bergerak menghampiri Adam yang sudah terlantar di atas katilnya. Imelda mencabut kedua – dua kasut Adam. Stokin Adam juga dibukanya. Ditolak kaki Adam ke atas katil dan Adam diselimutkan.

Dia melihat Adam yang seakan nyenyak tidur itu. Sekali – sekala dia dapat melihat muka Adam berkerut dan kadang – kadang membuat memek muka yang macam – macam. Imelda menggeleng – gelengkan kepala. Matanya meliar melihat kawasan sekeliling. Tiba – tiba, dia teringin hendak menjelajah rumah Adam.

Dia melihat hiasan sekitar bilik Adam. Hitam dan putih, most of them. Tak ada barang yang banyak sangat dan barang – barangnya juga tersusun kemas.

“ Jomlah kita menapak pergi ke dapur pulak.” Laju sahaja kaki Imelda melangkah keluar dari bilik Adam.

Hurm…Tak ada apa – apa yang menarik pun. Memang dapur ni tak pernah berasap kot, tapi bersih! Pintu peti sejuk dibukanya pula.
Chocolates and fruits!” Matanya serta – merta membulat. Tangan Imelda laju sahaja menyambar Mars.

Imelda kembali semula ke bilik Adam sambil membawa mangkuk yang paling besar yang berjaya dicari, diisi air suam di dalamnya. Fikirnya, mahu meletakkan kain di dahi Adam dan mengelap sedikit badan Adam yang mungkin kotor akibat terbaring di lantai tadi.

Perlahan – perlahan dan berhati – hati dia mengelap muka Adam. Apabila tangannya mula mengelap bahagian leher Adam, tiba – tiba pergelangan tangannya ditangkap oleh Adam. Imelda ditarik sehingga seluruh tubuhnya jatuh terhempap di atas katil.

So now you’re being nice to me? You think you can fool me?!”

“ Adam?!” Imelda cuba melepaskan tangannya dari genggaman Adam namun pegangan Adam semakin kuat.

If you can sleep with him, why don’t you do the same with me, hah?! It’s not like we never do that, right? Or am I not good enough for you, huh?”

Hati Imelda tiba – tiba kecut. Dia meronta – ronta minta dilepaskan namun segala tidak berguna. Adam semakin ganas. Dia menarik Imelda sehingga badan Imelda kini sepenuhnya berada di atas katil.

Shut up, Christina.” Adam menampar Imelda yang disangka sebagai Christina. Tiba – tiba sahaja tangannya singgah kuat di pipi Imleda. Sekaligus mendiamkan jeritan Imelda.

I know you love guy do this to you, that’s why you sleep with Steven, right?!.” Tubuh Adam kini menindih tubuh Imelda.

What?! Am I not as good as him?” Adam mula menggomol tubuh Imelda. Sweater Imelda disingkap dan dicampak ke belakang.

Imelda meronta – ronta. Tergapai – gapai tangannya cuba menolak tubuh Adam. Tapi tidak juga berhasil.

“ Adam please….Aku ni….Mel…. Please…Jangan buat aku macam ni…” Suara Imelda sudah mulai putus – putus.

“ Mel ni….Bukan Christina…PleaseDon’t do this….” Tenaganya mula menghilang. Tidak terdaya lagi melawan kudrat Adam. Adam pula seperti sudah hilang kawalan. Langsung tidak dihiraukan tangisan Imelda.

“ Ya Allah…” Air mata Imelda tidak tertahan lagi.