Tuesday, January 11, 2011

Cinta Bertandang Lagi 24


BAB
24


Break The ‘Ice’…


IMELDA menyuapkan pai epal yang dibawa oleh kakak iparnya ke mulut Qalif. Tidak sempat dia menyuap habis, Qalif terus lari meninggalkannya. Dia melihat Qalif berlari – lari menuju ke arah kakaknya, Balqis. Tiba – tiba, hati Imelda dipagut sayu. Jika anaknya masih ada, tentu tidak jauh beza antara dia dan Qalif.

“ Adik…” Lembut Iman memanggil Imelda, menyedarkan Imelda dari lamunannya.  

“ Adik okey?” Tanya Iman lagi.

“ Eh, tak ada apa – apalah. Adik okey aje.” Cepat – cepat sahaja Imelda menarik dirinya dari terus dibuai perit kenangan lama. Air matanya yang mula bertakung tadi segera disapu. Ditampal juga senyuman di bibirnya.

Iman memeluk Imelda, cuba memujuk. Tahu akan hati kecil adiknya itu. Sudah semestinya dia teringatkan anaknya itu setiap kali melihat Qalif namun sudah kehendak takdir. Anak yang dikandung itu pergi tanpa sempat melihat dunia.

“ Mami su, mami su, Qalif nak lagi.” Qalif tiba datang lagi, menarik – narik hujung baju Imelda, minta disuapkan pai epal lagi.

“ Nah, nganga mulut….” Imelda mengisi sudunya.

Yum! Pandai anak saudara mami su yang sorang ni makan.” Imelda mengusap kepala Qalif. Sebelum menghilang sekali lagi, Qalif menghadiahkan senyuman kepada mami sunya itu, tanda berterima kasih.

So, tell me, adik. How’s your trip to Blue Mountains?” Naym sengaja mengubah topik. Tidak mahu adiknya itu bersedih teringatkan kenangan lama.

Imelda tersenyum lemah. Tak tahulah macam mana nak cakap pasal trip tu. Sakit jiwa tu lagi banyak dari kenangan manis. Tetapi, ingatannya juga serta merta beralih pada malam kereta Adam rosak di kaki gunung ke Jamison Valley. Bagaimana dia dan Adam bermalam di kandang kuda poney sementara menunggu hari seterusnya. Dan bagaimana pada malam itu mereka asyik berbual sehingga tidak sedar bila masing – masing mula terlelap. And yang paling penting sekali, macam mana mamat tu boleh tidur dekat gila dengan aku bila kita orang sedar keesokkan pagi padahal dah set tempat tidur masing – masing. Dia kat bahagian bawah kandang dan aku kat bahagian atas tapi pandai pulak dia merayap. Lepas tu tuduh aku pulak yang mengingau malam sampai dia kena temankan aku. Kalau tak, dengan dia pun tak boleh nak tidur. Cet! Dongeng dia aje. Tak pasal – pasal aku membalun orang di pagi hari.

“Okey!” Imelda terus sahaja menjawab tanpa berfikir lebih lama.

Aik, okey je? Itu je? Takkan…” Nada Naym seakan terkejut.

“ Hai, may I join?” Satu suara yang tidak asing lagi bagi Imelda tiba – tiba kedengaran. Dia sudah terasa sesak nafas saat melihat wajah dua orang manusia yang amat dikenalinya datang merapati.

“ I’m Haykal and this is my friend, Adam.” Haykal lantas menghulurkan tangan, bersalaman dengan Naym. Perbuatannya juga dituruti Adam.

“ Sana sikit!” Haykal menolak Imelda dengan tangannya dan terus duduk di sebelahnya. Imelda memandang Haykal dengan muka yang bengang namun Haykal hanya tersengih. Adam pula terus duduk di sebelah Haykal. Sebenarnya, dia ditarik Haykal untuk datang ke sini. Ikutkan hati, memang dia tak ada masa. Lagipun, buat apa dia nak menyibuk bila orang tengah ada family outing? Tetapi, disebabkan dia ingin mengenali Imelda dengan lebih rapat, dia mengikut Haykal dengan hati yang rela. Kalau tiada masa pun, dia tetap akan adakan masa.

In case abang dengan kakak wondering, kami berdua ni kawan Imelda. Dah dekat setahun kami kenal.” Haykal mula bermukadimah. Tahu yang mereka di situ juga terpinga – pinga dengan kedatangan dia dan Adam yang mengejut itu.

“ Nak?” Iman menyuakan pai epal kepada kedua kawan adik iparnya. Suka dia melihat kawan adiknya yang meriah semacam itu. Kelakar pun ada. Memang selamba habis!

“ Eh, boleh juga.” Haykal terus menerima pelawaan Iman tanpa banyak soal. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Sekejap sahaja, dua potong pai itu telah dihabiskan Haykal.

Imelda memandang lagi Haykal. Dia masih tidak mampu untuk berkata – kata.

Haykal memandang muka Imelda yang cemberut. Dia tahu yang memang Imelda tengah menyumpahnya berbakul – bakul, namun dia tak peduli. Bukannya dia kisah sangat pun.

So, mana satu pasangan Imelda ni? Adam ke Haykal?” Naym tiba – tiba bertanya namun secara serentak, Imelda dan Adam terus tersedak. Terkejut mendengar pertanyaan Naym. Haykal pula ketawa besar di tengah – tengah mereka berdua itu.

“ Abang?!” Imelda menjegilkan matanya.

“ Apa?” Naym masih membuat muka tak bersalah.

Haykal menghabiskan tawanya yang masih bersisa sebelum menjawab pertanyaan abang Imelda itu. Dia memang suka menjadi spokesperson tak bergaji untuk mempelai dua sejoli di kiri dan kanannya ini.

“ Saya tidaklah, dah berpunya. Tapi kalau saya tak ada pun, tak adanya saya nak buat adik abang ni jadi bini sebab dia ni garang nak mati…”

Imelda segera menyiku.

“ Hah, tengok tu! Kan betul cakap saya. Itu baru siku, biasanya dia sampai terajang bagai tau...”

Naym dan Iman serentak tertawa.

“ Tapi, yang sebelah saya ni, saya pun tak tahulah nak cakap macam mana. Dia orang je yang tahu macam mana status dia orang tu. Sejak balik dari Blue Mountains hari tu, dua – dua buat perangai pelik, entahlah....Dahlah MIA satu malam. ” Haykal sengaja menggantung ayatnya. Sengaja mahu mengenakan Adam dan Imelda. Di dalam hati, dia bersorak gembira. Suka hatinya dapat mengenakan Imelda.

Naym dan Iman bertukar senyuman penuh makna. Imelda menundukkan kepala dan Adam sudah mula tidak senang duduk.

So Adam, tell me something about yourself. Kat Malaysia, duduk kat mana?” Iman pula yang bertanya.

Kepala Adam terus terangkat apabila mendengar namanya disebut. Dari tadi dia asyik bermain – main dengan kakinya di bawah meja sambil mengepal – ngepal tangannya, cuba membayangkan muka Haykal yang bakal ditonyohnya selepas ini.

ErEr..”

Oit, sejak bila gagap? Itu belum cakap dengan bakal bapa mertua lagi.” Sampuk Haykal tiba – tiba, mengusik.

 Don’t worry, mak mertua je, bapa mertua dah tak ada.” Naym pula menambah lantas mencetuskan tawa namun Adam dan Imelda terus – terusan mendiamkan diri.

So Adam?” Naym berbalik semula pada topik asal. Dia tetap mahu mengambil tahu serba sedikit tentang lelaki yang bernama Adam ini. Raut wajah Adam mengingatkan dia pada seseorang namun dia tidak dapat meneka dengan tepat.

“ Saya tak duduk kat Malaysia. Sejak umur 13 tahun lagi saya dah duduk sini dengan mama saya, so almost thirteen years lah duduk sini.”

Ooo….macam akak pulak, lahir memang kat sini, tapi sekarang duduk kat Malaysia dah lima tahun.” Iman pula membuka cerita perihal dirinya.

“ Patutlah terror aje cakap Melayu, tapi kenapa pindah Malaysia pulak?” Tanya Haykal semula, semakin berminat dengan diskusi keluarga Radzwill itu.

Imelda mengerutkan dahinya. Apakah mamat ni? Soalan serius keluar syllabus! Sengal! Kalau tak tahu tu, tak payahlah menyibuk.

“ Sebab aku tak tahulah, aku tanya okey? Kau jangan nak kecoh....” Tukas Haykal lagi sambil memandang Imelda.

Imelda menarik nafas dalam – dalam. Dia semakin pelik. Hari tu Adam, sekarang Haykal pula. Adoi, apa? Ada tulis besar – besar ke kat dahi aku ni pasal apa yang aku tengah fikir? Macam mana dia orang boleh tahu?

“ Kalau kahwin dengan orang Malaysia, mestilah kita pun duduk sana kan?” Iman membalas dengan memuncungkan mulutnya pada Naym.

Ooo…akak ni isteri abang ni ke? Meaning kakak ipar Mel?” Tanya Haykal lagi, cuba untuk mendapatkan kepastian.

“ Dah tu, kau ingat dia siapa?” Imelda bersuara setelah lama dia hanya memerhati.

“ Aku ingatkan dia awek abang kau. Manalah aku tahu dah jadi bini pulak.” Haykal mentertawakan dirinya sendiri.

“ Awek pekebendenya! Tu hah, dah ada dua orang anak dah pun!” Mulut Imelda memuncung, menunjuk ke arah Balqis dan Qalif.

“ Nama tadi apa?” Naym bertanya pada Adam semula. Tiba – tiba dia teringatkan sesuatu.

“ Adam Mikhail bin Ahmad Syukri.” Adam menjawab tanpa banyak soal.

Riak muka Naym terus berubah apabila mendengar nama Adam. Nama yang memberi makna padanya.

“ Nama mak kamu…”

“ Abang!” Imelda cepat – cepat memotong. Tahu apa yang akan dikatakan oleh abangnya itu.

“ Abang tak nak balik lagi ke? Lagipun, kita orang ada hal ni.” Imelda bingkas bangun dari duduknya. Ditariknya Haykal sekali. Melihatkan Haykal yang sudah bangun. Adam juga turut bangun sama.

“ Tapi…” Naym masih belum berpuas hati. Dia baru teringatkan sesuatu, dah untuk itu, dia harus bertanya soalan lagi kepada Adam.

“ Okey, see your later!” Imelda laju – laju menyalami abang dan kakaknya.

“ Kau berdua, balik!” Ujar Imelda dengan gaya lagak mengarah kepada Haykal dan Adam. Kalut sahaja mereka bangun bila mereka mendengar suara Imelda yang luar biasa seriusnya itu.

“ Okey abang, kakak, adik balik dulu. Nanti kalau ada apa – apa, adik call! Bye!” Imelda pergi namun tangannya masih tidak melepaskan hujung baju Haykal. Diheretnya Haykal sekali namun langkah Imelda terhenti apabila namanya dipanggil lagi.

“ Kau jangan nak pergi mana – mana! Tunggu aku. Kejap lagi aku datang balik. Kau…” Imelda menunjuk ke arah Adam.
“…jaga dia! Aku tahu kau pun ada ‘hutang’ nak settel dengan dia. Tunggu aku jugak!”

Imelda lambat – lambat melangkah ke arah abangnya semula.

Naym meletakkan tangannya di atas bahu adiknya itu dan dibawanya Imelda jauh sedikit dari tempat mereka yang asal.

“ Kenapa tadi tu?” Naym mula bertanya dengan nada suara ala – ala FBI.

“ Dia anak Aunty Salma kan? Dia Adam Mikhail kita kan?” Soalan Naym bertubi – tubi menerjah Imelda.

Imelda hanya mengangguk.

“ Dah tu, dia kenal tak adik?”

Kali ini Imelda menggelengkan kepalanya pula.

Naym mengeluh panjang. “ I don’t know what game are you playing here, but I hope you’re know what you’re doing.”

Don’t worrylah abang. Adik tahulah apa yang adik buat. Adik just nak berkawan dengan dia, maybe change him a bit, here and there...” Imelda mengadap abangnya yang hampir sepuluh sentimeter lagi tinggi darinya itu.

 That is the truth right? You're not trying to find bits of Zaid Izlan in him kan? I know that you three were close before but doesn't mean that you can have Adam after losing Zaid. Adik, jangan buat macam ni, please?” Naym mula diburu rasa bimbang, takut jika adiknya itu cuba mahu menghidupkan semula kenangan Zaid Izlan yang mungkin wujud pada Adam Mikhail.

“ Abang, you're thinking too much…” Imelda ketawa mengekek lagi. Langsung dia tidak pernah menyamakan Zaid Izlan dengan Adam. Mereka berdua adalah dua orang lelaki yang jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. How can the love of my life being compare to that good-for-nothing guy?

“ Adik…” Mata Naym mula mencerun. Geram apabila adiknya itu bermain tarik tali dengannya.

“ Abang, listen! Arwah always will be a part of adik. Sampai bila – bila pun, adik takkan lupakan dia dan Adam....Adam is family and he'll always stay that way! You're not thinking that I have any feelings towards him, right?” Tanya Imelda semula pada abangnya. Matanya sempat melirik ke tempat Adam dan Haykal berdiri. Hendak tergelak jugak melihat Adam yang serius mengawal setiap gerak – geri Haykal

Naym mengeluh panjang.

Oh, come on abang! Apa? Abang ingat adik is going to end up with another cousin of ours ke?”

I don't know adik, are you?” Kali ini, giliran Naym pula bermain kata.

Imelda menjulingkan matanya. “ Abang, adik tahulah. Based on previous record, me and cousin, as husband and wife, not a good thing. I'll keep that in mind!”

“ Okey, Haykal then?”

Imelda menahan tawa yang mungkin meletus bila – bila masa sahaja. Haykal? Gila! Dari mana pulak datang mamat tu? Mati hidup semula pun belum tentu aku nak!

“ Okeylah abang! Bye!” Imelda mencium pipi abangnya itu sebelum terus cabut meninggalkan abangnya itu.

Bye kak Iman!” Sempat juga dia melambai pada kakak iparnya.

Bye mami su!” Batrisya dan Qalif turut melambai padanya semula.

Imelda memhadiahkan flying kisses kepada kedua anak saudaranya itu.

“ Sekarang kita settlekan kau!” Dia bertukar pandangan dengan Adam. Dalam hal – hal macam ini, memang dia boleh bekerjasama baik dengan Adam.

No comments:

Post a Comment