Wednesday, December 15, 2010

Cinta Bertandang Lagi 23


BAB
23

Hot N Cold…


“ SO, kita nak pergi mana ni?” Adam akhirnya bertanya pada orang yang berada di sebelahnya. Sudah seketika juga mereka berada di dalam kereta ini  tanpa melakukan apa – apa dan tiada rancangan untuk bagaimana mereka akan menghabiskan masa mereka hari ini. Manusia berempat itu pulak sengaja meninggalkan mereka berdua tersadai sendirian. Nama pun bercuti, takkan nak duduk terperuk di dalam bilik aje?

Imelda membalas semula pandangan Adam sambil menjungkitkan bahu. Dia hanya mampu menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghabiskan hari mereka

 “ Dah tu, nak buat macam mana? Aku pun tak tahu nak gerak pergi mana ni. sebab tu aku tanya kau ni.”

Imelda mengeluh lagi, sakit hati bila mengingatkan Aisha dan Haykal.

Mesti dia orang tengah happy gila – gila tapi aku pulak?! Sangkut dengan mamat ni! Haih….. Apalah nasib. Malang betul aku ni.

“ Tak payahlah kau nak serabutkan otak kau fikirkan apa yang dia orang berempat tu tengah buat. Buat sakit hati aje.” Adam pula yang bersuara kali ini.

“ Kau ingat, aku pun suka ke tersangkut dengan kau kat sini?” Adam membebel lagi dengan pandangan menerobos ke luar cermin keretanya.

Imelda memandang Adam semula dengan mata yang terkebil – kebil.
           
Mamat ni kan…Psychic ke apa? Tahu aje dia apa yang aku fikirkan. Bukan sekali,  tapi ni dah masuk kali ketiga dah dia macam ni…Hish! Horror jugak dia ni!
           
ErmWhat a waste! A beautiful day at a very nice place but not with the one you love. My bad luck, I guess…”
           
Imelda membuat muka jengkelnya apabila mendengar ayat – ayat ‘bunga’ Adam itu. Well, the feeling’s mutual here! Bukan kau sorang je yang rasa macam tu!

 “ Macam nilah.” Imelda membuat muka seriusnya. Adam segera mengalihkan pandangannya, mengadap Imelda semula, ingin mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Imelda.
           
“ Daripada kita duduk tercongok dalam kereta ni macam orang sewel, apa kata kita just enjoy this day?”
           
Adam terus mendengus tetapi akhirnya senyuman tertampal di bibirnya. Hatinya tertarik dengan apa yang cuba diusulkan oleh Imelda namun dia masih terfikir.

Adakah mungkin untuk mereka berdua bersama untuk satu hari suntuk tanpa bercakaran? Dia tertawa lagi di dalam hati.

And how are we suppose to do so?”

And that is even between you and me?” Bertubi – tubi Adam menujah Imelda dengan soalan – soalannya.

I highly doubt it, dear!” Adam menjawab semula dengan riak muka yang sinis. Keningnya terjungkit sedikit.
           
Hidung Imelda mulai kembang kempis. Dia mengurut – urut dadanya. Kepalanya mula rasa berdenyut – denyut. Dia bersandar semula pada tempat duduknya.

Mamat ni kan! Memang sengaja nak menguji kesabaran aku yang tak seberapa tebal ni! Sabar Mel…Sabar…
           
You come here to enjoy yourself Imelda, right? So just bear with this monkey just for a little while,okay? At least for today only
           
“ Okey, kau jangan menyampuk apa yang aku nak cakap ni. Kau dengar je dulu. Bila aku tanya kau, baru kau jawab, boleh?”
           
“ Okey.” Adam menjwab sepatah
           
“ Macam ni….” Ekor mata Imelda melirik ke sebelahnya, cuba melihat reaksi Adam namun Adam hanya diam di tempat duduknya, cuba memberi kerjasama yang sebaik mungkin.

“ Untuk hari ni aje...Aku ulang, hari ni aje, apa kata kita berdamai and we just have fun? Just the two of us?”
           
 Adam membuat muka lagi. Kali ini dengan senyuman yang nampak sangat dibuat – buat.
           
Imelda cuba mengabaikan apa yang dilihatnya sambil masih memaparkan muka selamba kodok. “ Okey tak? Boleh tak ni?” Imelda bertanya semula, cuba meminta kepastian. Yang pasti, ideanya ini akan mendatangkan kebaikan kepada kedua – dua belah pihak, itupun jika Adam mahu memberikan kerjasama. Bukan manusia yang berempat itu aje yang boleh menghiburkan diri tetapi dia dan Adam pun boleh.
Adam memandang muka Imelda lagi. Dilihat ada kesungguhan pada wajah itu. Hatinya berbelah bahagi.
           
Adam menggaru – garu kepalanya yang tak berapa gatal itu. Dia sendiri tidak yakin dengan dirinya. Mampukah dia dan perempuan di sebelahnya ini tidak bergaduh meskipun untuk sehari aje?! Boleh ke?!
           
“ Macam mana ni? Boleh ke tak?” Imelda mula mendesak. Naik bosan jadinya bila dah lama sangat duduk termangu sahaja di dalam kereta ni.
           
“ Kalau kau tak nak, baik kita balik je, tidur!” Imelda mulai putus asa dengan sikap acuh tak acuh Adam itu. Sekian lama dia menunggu namun Adam masih juga tidak membuka mulut.
           
“ Tidur?” Adam bertanya sambil menyeringai tawanya. Di kepalanya muncul idea jahat pula.
           
Imelda yang baru hendak membuka pintu kereta, segera terhenti apabila memdengar nada suara Adam yang semacam. Dia berpaling ke belakang dan mengadap Adam semula.
           
Kenapa dengan mamat ni? Adalah tu otak dia fikir benda mengarut. Gila! Confirm sel otak mamat ni semuanya dah hangus terbakar!
           
“ Pergi matilah kau!” Imelda menyumpah Adam dan terus sahaja keluar sekaligus menghempas pintu kereta Adam sekuat hatinya.
           
Adam yang tersentak dengan tindakan Imelda turut keluar dari keretanya.
           
Oit! Kau nak pergi mana tu?” Adam menjerit memanggil Imelda namun Imelda terus sahaja menonong tanpa langsung berpaling.
           
Oit perempuan! Baik kau pandang sini! Kalau tidak, aku langgar kau nanti!” Adam cuba mengugut, namun di hatinya, dia ada mempertimbangkan kemungkinan untuk dia berbuat begitu.
           
Langkah Imelda terhenti. Dia menarik nafas dalam – dalam.
           
“ Berani kau nak langgar aku?” Imelda bercakap dengan dirinya sendiri.
           
Imelda berpaling ke belakang dan menjerit dengan menggunakan suaranya yang paling lantang.

“ Langgarlah kalau kau berani! Kau ingat aku…” Ayat Imelda yang seterusnya tergantung apabila kereta Mazda RX8 berada betul – betul di depan kakinya.
           
Imelda menelan air liurnya. Terkedu dengan apa yang dilihatnya sekarang. Dengan tidak semena – mena, Imelda terus rebah menyembah bumi.
           

ADAM masuk semula ke dalam keretanya. Dilihatnya Imelda terus menonong tanpa langsung mempedulikan panggilan dia. Kakinya mula menekan accelerator. Tangan kirinya sudah memasukkan gear pada gear satu. Hatinya masih lagi tidak puas mengusik perempuan itu. Fikirnya, dia mahu menaikkan lagi kemarahan perempuan itu dengan aksi yang bakal dia lakukan ini.

“ Bila aku cakap dengan kau, kau buat tak tahu ek. Siap kau! Suka hati aje nak abaikan aku kan…” Adam menekan picu pecutan dengan sekuat hati menuju ke arah Imelda apabila Imelda tiba – tiba berpaling. Kaki Adam sempat menekan brek.

 Shreeetttt!!!!!!

Bunyi tayar kereta Adam yang dibrek secara tiba – tiba itu mengejutkan Adam sendiri. Dia yang pada mulanya terarah ke hadapan kerana membrek secara mengejut tadi terus diam terpaku di tempat duduknya selepas itu.

Adam membuka matanya satu – satu. Dia melihat Imelda di luar. Dapat dilihat muka Imelda yang pucat lesi. Dia hampir tidak dapat menahan tawa apabila melihat keadaan Imelda seperti itu.

Adam terus sahaja menekan acceleratornya berulang kali. Sengaja membuat keretanya menderum – derum di situ. Perbuatannya itu terus terhenti apabila dia melihat Imelda tiba – tiba sahaja rebah di hadapan keretanya.

Dia kelam – kabut keluar dari keretanya dan segera mendapatkan Imelda.

Oit, kenapa kau ni? Bangunlah!” Adam sedikit membongkok dan cuba menepuk – nepuk pipi Imelda namun masih tidak ada reaksi.

“ Perempuan, janganlah takutkan aku! Kenapa kau ni? Bangunlah weyh!” Adam terus terduduk di sisi Imelda yang masih tidak sedarkan diri itu. Peluh dingin mula membasahi dahinya.

Imelda ‘keras’ lagi pada tempatnya. Matanya dipejam rapat – rapat  namun sekali – sekala dia membukanya, cuba melihat apa yang sedang dilakukan oleh monyet sengal itu. Dia berusaha menahan ketawa apabila dia melihat rupa Adam yang sungguh tidak keruan itu.

Tahu pun kau cuak! Ingat kau sorang je ke yang oleh kenakan orang?! Ini Maisarrah Imelda tau! Kau belum kenal siapa lagi aku. Huh! Imelda mengucap puas di dalam hatinya.

Adam mendekatkan mukanya pada muka Imelda. Cuba mendengar deru nafas Imelda, memastikan Imelda masih lagi hidup.

Adam baru hendak mengangkat mukanya semula apabila kedua – dua belah tangan Imelda ‘menangkapnya’ pada kedua – dua belah telinga Adam dan sekaligus melagakan kepala Adam pada kepalanya sendiri.

Oit!” Adam menjerit sekuat hati. Tangannya menggosok – gosok tempat kepala mereka berlaga tadi.

Imelda bingkas bangun sambil senyuman puas terukir di bibirnya. Dia mengebas pasir – pasir yang melekat pada baju dan rambutnya dengan ekor matanya masih lagi pada Adam. Memang berpinar juga kepalanya tadi tapi asalkan dendamnya  sudah terbalas, sakit sikit pun tak apalah. Berbaloi!

Are you mad, woman?!” Adam bertanya dengan kasar namun Imelda sedikit pun tidak terusik dengan suara lantang Adam itu.

“ A’ah, memang aku gila!” Imelda menjawab dengan penuh yakin. Langsung tidak takut melihat muka Adam yang mula menyinga itu.

“ Aku jadi gila bila aku duduk lama – lama dengan orang gila macam kau!” Tempelak Imelda lagi.

“ Aku tak suka kau! Aku benci kau! Aku tak suka apa – apa langsung yang ada kaitan dengan kau!” Jerit Imelda lagi. Perasaan marahnya sudah membuak – buak. Dia meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

“ Aku benci kau! Aku benci KAU!!!!!”

Adam menggeleng kepala. Dia sendiri tidak akan mempercayai akan apa yang bakal dia lakukan selepas ini.

“ Perempuan, you asked for this!” Ucap Adam sebelum dia meluru ke arah Imelda.

“ Siapa suruh kau tak berhenti menjerit…” Dan dengan senangnya, Adam mengangkat dan mengendong Imelda di atas bahunya. Dibawanya Imelda ke arah keretanya semula.

“ Kau ni apa hal hah?! Suka – suka hati aje. Turunkan akulah!” Imelda meronta – ronta minta dilepaskan. Dia menumbuk – numbuk belakang Adam namun langsung tiada reaksi dari Adam.

Adam membuka pintu keretanya dan dihempasnya Imelda ke dalam. Tidak ada lagi lembut atau santun.
“ Aduh! Sakitlah weyh!” Imelda memegang kepalanya yang terhantuk pada gear kereta ketika Adam mencampaknya masuk ke dalam  tadi. Dia melihat Adam yang berjalan ke arah bahagian pemandu dan pintu dibuka. Imelda masih lagi pada posisi dia dicampakkan tadi, sempat menyiku Adam yang baru sahaja menghenyakkan punggung di atas tempat duduknya.

Pinggang Adam terasa senak akibat tusukan siku Imelda tadi. Dia  panas semula. Dia memandang Imelda di sebelahnya dengan nafasnya mula menjadi tidak teratur. Rasa marah merajai dirinya namun dia masih berusaha untuk mengawalnya. Setakat ini, dia tidak pernah lagi memukul mana – mana perempuan dan dia tidak mahu Imelda menjadi mangsanya yang pertama. Akal warasnya masih lagi melarang dirinya dari melakukan perkara gila seperti itu namun Imelda benar – benar telah menguji kesabarannya.

Imelda cuba membuka pintu, namun Adam sebenarnya telah bertindak lebih laju daripadanya.

“ Tak payahlah kau nak susah – susahkan diri. Kereta ni autolock! Kalau tak pun, aku memang dah kunci awal – awal lagi bila aku fikir aku nak kurung kau dalam ni tadi! Takkan la benda yang paling kecil tu pun, aku tak terfikirkan kot? Ingat aku ni vain sangat ke?”

Memang pun! Hati Imelda menjawab, geram.

Kata – kata Adam langsung tidak dipedulikan. Imelda mengetuk – ngetuk pintu kereta itu dengan telapak tangannya.

“ Kau ni kan…Tak habis – habis nak jahanamkan kereta aku kan? Tak cukup lagi dengan apa yang kau dah seksa aku setakat ni?! Tolonglah jangan nak buat aku marah lagi!” Adam menyinga lagi.

“ Boleh tak duduk diam sikit?” Adam masih lagi cuba bersikap diplomatik dengan Imelda berharapkan Imelda akan menurut kata – katanya namun harapan  hanya tinggal harapan.

Imelda membuat muka tiada perasaannya. Dia masih lagi mengetuk – ngetuk pintu kereta itu, kali ini dengan lebih kuat lagi. Dia malas melayan angin Adam, yang dia fikirkan sekarang hanyalah untuk keluar dari kereta itu. Tidak sanggup lagi rasanya hendak berlama – lamaan lagi dengan Adam.

“ Kau ni kan!” Adam meluru merapati Imelda. Dia merebahkan tempat duduk Imelda dan kini separuh badannya sudah berada di atas Imelda namun dia masih lagi berhati – hati untuk tidak menghempap Imelda. Niatnya, sengaja mahu menakut – nakutkan Imelda. Kedua – dua tanganya kejap memegang pergelangan tangan Imelda.

Imelda kaku. Hal ini langsung tidak dijangka akan datang dari Adam.

Adam memerhatikan wajah yang dihadapannya ini. Tahu pun kau takut! Siapa suruh kau degil sangat hah?!

Imelda memejamkan matanya rapat - rapat. Dadanya berdegup pantas. Setiap hembusan nafas Adam menggetarkan jiwanya. Dia takut!

Apa aku nak buat ni? Imelda bertanya pada dirinya sendiri.

Dapat dia merasakan deruas nafas Adam yang kuat menghembus ke mukanya. Bau wangian Adam juga semakin menyucuk deria baunya. Dia dapat merasakan Adam semakin merapati wajahnya.

 Tidak tahu apa yang akan terjadi padanya selepas ini. Di dalam hati, dia menyumpah – nyumpah dirinya kerana berlagak berani tadi. Memang dia telah mencabar kesabaran Adam.

Tiba – tiba, Imelda dapat merasakan pegangan pada tangannya mulai melonggar. Deru nafas pada mukanya juga sudah tidak terasa. Dia perlahan – lahan membuka matanya. Adam hanya diam di sebelahnya. Dia cepat – cepat membetulkan kerusi tempat duduknya, dikembalikan pada keadaaan normal. Dengan tangan yang masih menggeletar, dia mencuba lagi untuk keluar namun pintu masih lagi berkunci.

“ Nak buat apa lagi tu?” Imelda tersentak namun dia langsung tidak berpaling. Dia masih mahu mencuba nasib.

“ Tak serik – serik lagi ke? Kau nak aku buat macam tadi lagi ke? But I guarantee you, that this time, it’ll be more than apa yang aku tadi…” Tanya Adam lagi apabila melihat tangan Imelda masih juga berada pada pintu keretanya.

Adam menggeleng kepala. Air – cond keretanya dikuatkan lagi. “ Kau jangan Mel…Kau jangan uji kesabaran aku… because you really don’t want to see me when I lose it…” Sejurus mendengarkan kata – kata Adam yang berbaur ugutan itu, Imelda segera mengalihkan tangannya. Diletakkan kedua – dua tangannya di atas pehanya. Kepalanya terus ditundukkan.

Adam tersenyum puas.  “ Macam nilah sayang. Pandai pun jadi baik.” Dia mencuit dagu Imelda dengan hujung jarinya sambil mengenyitkan mata kirinya.

Imelda membuat muka jeliknya. Tekaknya kembang. Geli geleman dia melihat aksi ‘playboya’ Adam.

Adam hanya menarik muka bodoh melihat reaksi Imelda itu.


            MAMAT ni memang nak kena bunuh!

Imelda menyumpah di dalam hatinya, entah untuk kali yang ke berapa. Selepas apa yang dilakukan oleh Adam pada dirinya tadi, dia tidak berani lagi untuk berbuat apa – apa. Terpaksa sahaja dia mengikut angin Adam meskipun hatinya meronta mahu keluar dari kereta itu.

Takkan sepanjang hari dia nak drive je kan? Mesti nanti kena berhenti kat mana – mana kan? Betul tak? Imelda bersoal jawab dengan dirinya sendiri, sekaligus cuba menyedapkan hatinya. Segala macam kemungkinan bermain di fikirannya sekarang tetapi dengan sebaik mungkin juga dia cuba melupakan kejadian tadi.
Pandangan Adam menerobos ke luar. Sekali sekala, dia mencuri pandangan di sebelahnya, cuba melihat apa yang sedang dilakukan oleh Imelda.
                       
“ Kau ada tempat yang khas yang kau nak pergi? Aku boleh bawakan kalau kau nak.” Adam memulakan bicara namun pandangan langsung tidak dialihkan dari pemanduannya.
           
Imelda memandang muka Adam, cuba mencari keikhlasan di sebalik pertanyaan yang diutarakannya tadi. Imelda menilik muka Adam dengan teliti namun dia masih juga ragu – ragu.
           
Erm…aku…Arr…”
           
“ Duk arr…erm…urm…gagap ke apa?” Sergah Adam pada Imelda yang tiba – tiba tidak lancar pertuturannya itu.
           
Hish dia ni! Sabarlah. Aku nak cakap la ni. Duh…Sempat Imelda mengomel. Terkejut dibuatnya apabila dijerkah Adam tadi.
“ Aku nak pergi Jamison Valley.” Jawab Imelda tanpa langsung memandang muka Adam. Takut juga dia untuk melihat apa reaksi Adam nanti.
                       
“ Jamison Valley? Bukan ke tu tempat yang kita dah pergi semalam? Alahai…Tak bosan ke? Tempat lainlah..”
           
Ek eleh mamat ni! Tanya sangat aku. Lepas aku bagi idea, dia suka hati aje reject! Menyampah!
“ Kau memang nak pergi situ ke?” Tanya Adam kembali apabila melihat Imelda tiba – tiba memuncung apabila dia menolak cadangan Imelda tadi.
           
Imelda hanya terangguk – angguk.
           
“ Tapi, bukan kita dah pergi ke semalam?” Tanya Adam lagi.
           
Imelda mengangguk lagi.
           
            “ Dah tu, buat apa kita nak pergi lagi kalau dah pergi semalam?” Tanya Adam dengan nada seperti tidak puas hati.
Namun Imelda dengan lajunya mengadapkan mukanya kepada Adam, cuba merayu dengan membuat muka sedihnya.
           
Adam menahan rasa hendak ketawanya apabila melihat muka Imelda sebegitu rupa. Sampai macam tu sekali  kau nak pergi ye. Siap merayu lagi tu.
           
“ Yelah, yelah…Kita pergi Jamison Valley. Anything for you la…” Adam mengubah haluan, membelok ke kanan.
           
“ Lagipun, aku baik hati hari ini.” Adam menghadiahkan senyuman kasanovanya pada Imelda namun hanya dibalas dengan cemikan Imelda.


            IMELDA asyik melayan perasaannya sambil menikmat pemandangan di luar dari tingkap kereta Adam.

Dah tak jauh dah, kejap – kejap lagi, sampailah kita. Imelda berbisik pada dirinya sendiri.
           
Tiba – tiba kepala Imelda membuat rentak ala – ala burung woodpecker, tersengguk – sengguk tapi bukan ke atas atau ke bawah tetapi ke hadapan.
           
“ Apa hal ni?” Tanya Imelda dengan nada yang cemas.
           
“ Entah, aku pun tak tahu. Tiba – tiba aje jadi macam ni.”
           
Kereta itu akhirnya berhenti dengan sendirinya dengan asap berkepul – kepul keluar dari bahagian enjin.
           
Woah...You’ve gotta be kidding me!” Adam menghempaskan kedua – dua tangannya pada stereng keretanya itu.
           
“ Adam! Kenapa ni?” Tanya Imelda lagi.
           
“ Kenapa apanya lagi… Tak nampak ke kereta ni dah berasap?” Adam menjawab ala kadar sahaja dan terus keluar dari keretanya seraya membuka but depan keretanya itu. Terbatuk – batuk dia dibuatnya dengan kepulan asap yang berderu singgah ke mukanya.

            Imelda pula mengambil keputusan untuk keluar menghirup udara luar sementara Adam menyelesaikan masalah keretanya yang berasap itu. Dia  menyandar pada dinding kereta itu sambil memeluk tubuhnya. Baju yang dipakainya tidak dapat menahan sejuk yang makin menyengat tubuhnya itu. Angin yang bertiup lagi membuatnya terketar – ketar di situ. Pandangannya beralih pada Adam yang asyik membelek – belek keretanya itu.
           
Imelda mendengus di dalam hati. Kereta aje mahal, tapi boleh pulak dia rosak.
Imelda memandang ke kiri dan kanan jalan pula.Tak ada kereta pulak tu yang lalu lalang kat sini. Macam mana kita orang nak minta tolong kalau macam ini gayanya?! Haih! Apalah malang sangat nasib aku ni…

Argh!!! Tension aku!” Imelda akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia menjerit sekuat hati di situ. Langsung tidak mempedulikan Adam yang memandangnya dengan mata yang terkebil – kebil.

“ Kau apa hal perempuan? Dah naik gila? Tiba – tiba aje menjerit!” Tempelak Adam kepada Imelda. Mujur nyawanya tak melayang tadi. Tengah dia asyik menelek enjin keretanya, terdengar pula suara nyaring perempuan menjerit.

“ Suka hatilah aku nak menjerit! Kau apa susah?! Argh!!!! Sakit otak dibuatnya!” Imelda menjerit lagi, namun kali ini, betul – betul di hadapan muka Adam.

Adam mengurut dada, menahan sabar. Memang sah! Dia ni ‘sakit’! Omel Adam lagi. Dia berjalan – jalan di sekitar situ, cuba menenangkan fikiran sambil memikirkan keadaan mereka sekarang. Dia melihat Imelda yang masih tidak duduk diam nampak gayanya.

Oit! Kau apa hal? Gila dah ke? Cuba bawa bersabar sikit. Tarik nafas dalam – dalam. Baru tenang sikit otak kau tu. Baru tak sakit…” Tegur Adam sambil membaling batu ke arah Imelda yang duduk tercangkung, menampung  badannya dengan bersandar pada sisi kereta.

Imelda terus memalingkan mukanya dan mengadap Adam dengan perasaan marah terus membuak – buak di dadanya.

Memang mustahillah aku ni nak berbaik dengan mamat ni. Aku baru aje nak tenangkan hati yang tengah berapi ni tapi ada aje yang dia buat nak uji kesabaran aku! Memang tak boleh nak biarkan aku sorang – sorang kan?!

Adam menggaru – garu kepalanya. Dia juga tidak tahu apa yang tidak kena dengan keretanya itu. Tidak pernah pulak sebelum ini keretanya buat hal, tapi hari ni pulak yang dia ada masalahnya. Dahlah waktu lion king tu ada sekali. Nasib…Nasib…

“ Mel…” Panggil Adam, perlahan.

“ Apa?!” Tengking Imelda dengan tidak semena – mena. Berundur Adam beberapa langkah ke belakang, impak daripada tengkingan Imelda itu. Dia menggelengkan – gelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak percaya dengan perangai perempuan yang sorang ini. Dia menarik nafas panjang – panjang, cuba meredakan gelodak kemarahan yang mula membuak dalam dirinya.

Sabar Adam. Kau memang kena sabar! Kalau kau pun nak mengamuk macam lion king tu, kita takkan ke mana – mana punya. Adam berpesan pada dirinya sambil diurut – urut dadanya.

Adam berjalan menghampiri tempat Imelda duduk. Dia kemudiannya duduk berteleku di sebelah Imelda yang asyik bermain – main dengan batu – batu kecil di tepi jalan itu. Ada yang digolek – goleknya, dan ada juga yang dilontarnya sekuat hati. Kehadirannya langsung tidak diambil kisah Imelda.

So, kita nak buat macam mana ni?”

“ Nak buat macam mana apa? Kereta kau yang buat hal, kaulah yang fikir apa kita nak buat!” Lancar sahaja Imelda melontarkan kata – kata dan setiap satunya ibarat titisan minyak yang disimbah pada api kemarahan Adam yang mulai marak.

“ Kau ni apa hal, hah?! Aku tanya elok – elok, kau tak boleh nak jawab baik – baik ke?! Ingat aku ni apa?! Binatang?! Yang boleh kau suka – suka hati tengking?!” Adam akhirnya melenting.

Damn you! Agak – agaklah kalau ye pun. Ingat kau sorang je ke yang sakit hati bila benda macam ni jadi, hah?!” Adam melepaskan amarahnya dengan menendang tayar keretanya. Ikutkan hatinya yang menggila marah itu, mungkin Imelda pula yang akan menjadi mangsa jika dia terus – terusan diuji kesabaran.

Imelda memeluk tubuhnya seerat mungkin. Macam – macam perkara buruk mula terlintas di fikirannya. Tidak pernah dia melihat Adam marah sebegini rupa. Lidahnya kelu, tidak tahu mahu berkata apa lagi.

“ Cuba kau try telefon Haykal or Rehan. Maybe dia orang boleh ambil kita dulu kat sini. Kereta ni, boleh panggilkan tow truck aje, bawa pergi mana – mana bengkel yang ada around here.” Imelda menyatakan pendapatnya. Sayup – sayup sahaja dia melontarkan suaranya, takut jika dia pula dijerkah Adam namun sangkaannya meleset. Adam menyambut cadangannya itu dengan senyuman.

Hehehe…Pandai pun kau nak tolong aku. Sedap jugak suara kau rupanya bila kau cakap lembut – lembut macam tu.” Adam tersenyum sumbing, membuat muka langsung tak bersalah.

 Adam terus sahaja melangkah semula menuju ke arah sebelah pemandu untuk mengambil telefonnya yang diletakkan di bahagian speedometer.

Adam cuba membuka pintu keretanya namun ianya tersekat. Dia segera meraba poket seluarnya. Tak ada! Dia menekupkan pula mukanya pada cermin keretanya dan dilihat kunci keretanya masih tergantung pada ignition.

Adam ketawa sekuat hati. Mentertawakan nasib yang menimpa dirinya. Rasanya, tak pernah dirinya semalang ini. Semua benda buruk bertubi – tubi menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

Imelda bangun sambil mengibas – ngibas punggungnya dengan tangan kanannya. Pandangan pula terarah pada Adam yang masih tidak putus – putus ketawa.

Apa hallah pulak mamat ni? Putus fius ke? Ketawa pulak dia.

Imelda berjalan menuju ke arah Adam yang kini bersandar pada keretanya dengan kedua – dua tangan didepakan dan kepalanya mengadap langit yang mula memerah.

Imelda melontarkan batu kecil ke arah Adam, cuba mendapatkan perhatiannya. Adam segera berpaling ke arahnya dengan tawanya masih lagi bersisa. Melihatkan muka Imelda, tawanya makin menjadi – jadi semula.

“ Kau dah dapat call dia orang ke?” Teragak – agak Imelda bertanya.

“ Huh? Apa kau cakap? Ulang balik. Aku kurang dengarlah tadi.” Tanya Adam semula pada Imelda sambil menekan – nekan perutnya yang mula senak.

“ Aku tanya, kau dah dapat call dia orang ke?” Tanya Imelda semula, kali ini dia menjerit, mahu memastikan yang Adam dapat mendengarnya despite all his laughs yang dia sendiri pun belum tahu puncanya itu.

Call?” Tanya Adam lagi.

“ Yelah. Apa lagi?” Imelda mula naik geram. Dari tadi asyik kena ulang apa yang dia cakap. Mamat ni ada masalah pendengaran ke?! Nak marahlah jugak kalau asyik macam ni aje.

            “ Macam mana nak call? Telefon ada kat dalam tu hah!” Jari Telunjuk Adam menunjuk ke arah dalam keretanya.
           
“ Dah tu, bukalah pintu tu, ambil and call! Itu pun nak kena beritahu ke?” Tambah Imelda lagi, mulai bengang.
           
“ Hah, cubalah kau buka pintu tu kalau boleh.” Adam mula melangkah dari tempat sandarannya, mahu memberi ruang untuk Imelda cuba membuka pintu keretanya, itupun kalau bolehlah.

“ Aku nak lepak kat situ sekejap. Kalau dah dapat buka nanti, kau panggil aku ek. Best of luck!” Adam langsung mengangkat ibu jarinya dan duduk mencangkung di atas batu yang tidak berapa jauh di situ. Matanya tetap melekat pada Imelda, mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh perempuan itu.

“ Bagilah kunci keretanya dulu.” Imelda menadah tangannya, menunggu Adam melemparkan kunci kepadanya. Tanpa kunci, macam mana dia nak buka pintu ni.

“ Mana aku ada kuncinya.” Selamba sahaja Adam menjawab dengan matanya masih melilau melihat keadaan sekeliling.

“ Hah! Kau jangan nak buat lawak. Betul – betullah, mana kuncinya? Dah nak gelap ni, janganlah main – main dengan aku.” Imelda mula mencekak pinggangnya, namun nada suaranya masih cuba dikawal, dipintanya lagi pada Adam dengan sebaik mungkin.

“ Cuba kau tengok kat ignition kereta aku tu.”

Imelda hanya menurut, malas mahu berbalah. Dia menekapkan muka pada cermin kereta dan terus ditalakan pandangan pada tempat ignition. Dilihatnya kunci masih berada di situ.

“ Huh, biar betul!” Matanya dirasakan mahu terkeluar sahaja.

Keretalah ni dahlah autolock! Aduhai…

 Tangannya segera cuba membuka pintu kereta itu namun tindakannya itu memang sia – sia sahaja.

Adam hanya mampu ketawa melihat Imelda yang kalut semacam itu.
“ Hah, cubalah kau buka pintu tu.” Adam terus ‘gembira’ mentertawakan Imelda.

“ Adam, nak buat macam mana ni?” Imelda bertanya pada Adam yang kini berdiri di sebelahnya.

Adam hanya menjungkitkan bahunya.

“ Kan kereta ni ada sistem autolock. As long the key is at the ignition, it will automatically lock after few minutes. Security reasons!” Adam menerangkan serba ringkas.

“ Sekuritilah sangat!” Imelda mencebik geram. Menyusahkan orang adalah! Setelah beberapa lama dia berusaha, dia akhirnya berputus asa juga.

“ Jadilah apa nak jadi! Argh… Sakitnya hati!”

That makes two of us!” Sempat Adam menambah. Kedua – duanya duduk berteleku, dengan malam mula merangkak datang. Masing – masing termenung jauh, tidak tahu mahu berbuat apa.

“ Jom, ikut aku!” Adam tiba – tiba bangun dan tangan Imelda ditariknya.
“ Nak pergi mana?” Imelda laju sahaja menarik tangannya semula dari gengaman Adam, tanda protes.

“ Ikut jelah. Haih…Kau ni suka banyak tanya kan?! Bukannya aku nak buat apa – apa pun.” Adam mengeluh panjang lagi apabila kata – katanya itu disambut dengan cebikan Imelda.

Well, your previous records don’t really support that statement you just gave, dude!”

Adam tersenyum. Otaknya terus teringatkan adegan dia dan Imelda tadi.

That one? Just consider that as a lapse of judgement and action due to certain circumstances.”

Imelda mencebir. Senang aje mamat ni cakap. Gerutu Imelda lagi.

“ Betullah. Kali ni, aku tak buatnya perangai tak senonoh macam tadi tu. Aku janji!”

“ Cuba sekali, sekali je, kau ikut aje aku tanpa banyak soal. Boleh tak?” Adam seakan meminta pengertian Imelda. Kalau diikutkan hati, memang tak tahulah apa yang jadi ni. Kalau dua – dua nak berapi, siapa pulak yang nak selesaikan masalah nanti. Betul tak? Jadi, terpaksalah dia mengalah juga dengan fi’il Imelda.

“ Matilah aku kalau asyik ikut cakap kau aje. Entah apa yang kau buat nanti.” Sempat Imelda membalas semula.

Mata Adam terjegil namun dia sudah terlalu penat. Tak larat mahu bertekak dengan Imelda lagi. Dibiarkan sahaja kata – kata Imelda itu. Dia berjalan terlebih dahulu, meninggalkan Imelda di belakang. Dia sudah malas ambil tahu. Kalau perempuan tu nak ikut, pandai – pandailah bangun angkat punggung. Tak larat dah aku nak melayan kerenah kau tu.

Imelda segera bangun apabila melihat Adam telah jauh meninggalkannya. Berlari dia mengejar Adam.

Imelda menepuk bahu Adam sekuat hatinya namun Adam hanya membuat muka tiada perasaannya. Mereka berdua akhirnya berjalan beriringan menuruni kawasan bukit itu dengan kereta Adam dittinggalkan sahaja. Apa yang akan jadi seterusnya, hanya tuhan saja yang tahu. Imelda bulat – bulat menyerahkan nasibnya pada Adam. Di dalam hati, dia berdoa tiada apa yang buruk akan melanda mereka.



No comments:

Post a Comment