Wednesday, December 15, 2010

Cinta Bertandang Lagi 21


BAB
21

                                                           
Here By Me…


            IMELDA mengurut lehernya yang masih tidak hilang lenguhnya semenjak petang tadi. Dia memeluk MoMo di tangan sebelah kiri. Dia memandang Khalida dan Aisha yang sudah lama tersungkur di atas katil. Kedengaran dengkuran halus namun tidak tahu pula akan siapa pemiliknya. Dia pula masih lagi tidak mengantuk. Lagipun, baru pukul sepuluh malam, memang bukan waktu untuk dia tidur lagi meskipun badan terasa begitu penat.
           
Dia menghenyakkan badan di atas katil.

Penat  betul hari ni tapi best! Imelda menggerutu sendirian.

Petang tadi mereka ke Lembah Jamison di Katoomba, antara bandar yang terdapat di Blue Mountains ni selain Leura, Wentworth Falls dan banyak lagi. Di sini, mereka datang untuk melihat The Three Sisters yang sememangnya terkenal di Blue Mountains ini. Three Sisters adalah formasi batuan yang tingginya hampir mencecah sembilan ratus lima puluh meter dan Echo Point adalah salah satu tempat untuk melihat formasi ini dengan lebih jelas lagi. Lagenda Three Sisters mengatakan di tempat ini ada tiga orang adik – beradik perempuan yang tersangat cantik hinggakan menjadi rebutan ramai. Untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah berlaku, ahli sihir kampung mereka telah menukar mereka menjadi batu. Itu yang diceritakan oleh Aisha kepada mereka tadi. Entah dari mana dia tahu cerita tu pun, tak tahulah tapi layan je.

Okey what…walaupun agak tragis. The price to pay for being pretty. Huh, pity!

 Selepas itu, ingatkan nak pergi tengok kangaroo dekat Glenbrook National Park tapi dah tutup pulak waktu tu sebab lama sangat duduk kat Lembah Jamison.
           
Segala perihal penjelahan mereka tadi berputar semula di kepala Imelda namun itu sahaja tempat yang baru mereka pergi untuk hari ni, tak tahu lagi mana destinasi mereka untuk esok hari. Puas dia melayan perasaan seorang diri tetapi matanya masih juga tidak mahu pejam.
           
“ Hai MoMo…kita nak buat apa ni?” Imelda bangun semula dan MoMo diletakan di atas ribanya.

            “ Lepak luarlah, tengok bulan dan bintang. Okey apa layan blues sekali – sekala…” Dan Imelda membawa dirinya keluar dari bilik dan berjalan menuju ke balkoni.           
“ Wah…indahnya malam ini.” Imelda meletakkan punggung di atas kerusi. Setelah berpuas hati dengan letak tubuhnya pada kerusi itu, punat ‘on’ pada MP4nya ditekan dan lagu Here By Me nyanyian 3 Doors Down mula berkumandang di telinganya.
           

            I hope you’re doing fine out there without me
Coz I’m not doing so good without you


            Bait – bait lagu yang didengarinya itu turut memutarkan semula kenangan lalu yang telah lama terpahat di hatinya. Mata Imelda mulai bergenang. Wajah Zaid Izlan  mula tergambar di ruang matanya.

            Sarrah menghenyakkan badan di birai katil. Hatinya sebal. Panas hatinya dengan perbuatan Zaid Izlan tadi. Matanya terus melirik ke arah pintu biliknya apabila terdengar tombol pintu dipulas. Zaid Izlan masuk dengan membawa sebuah gitar bersamanya.
           
“ Ni kenapa pulak ni? Nak buat kugiran jalanan ke?” Sarrah bertanya dengan kasar. Hatinya masih sakit dengan tindakan Zaid Izlan tadi.
           
Dahlah tadi bila kita tengah cakap, dia meluru je keluar, lepas tu datang bawa gitar pulak?! Nak buat apa dengan benda alah tu?! Hish!!! Marahnya!!! Geram! Menyampah!  Sarrah masih membebel, sendirian.
           
“ Bukan nak buat kugiranlah.” Zaid Izlan membalas sambil tergelak.

Ada pulak cakap kita nak buat kugiran. Ingat ni mariachi Mexico ke?

“ Adalah… Abang nak bagi surprise untuk Sarrah.” tambah Zaid Izlan lagi sambil mengenyitkan matanya.

            Kening Sarrah terjungkit sambil dia memeluk tubuh, terus sahaja dia berdiri di hadapan suaminya.

Apa pulak yang dia nak buat ni? Tanya Sarrah di dalam hati sambil matanya mengikut sahaja gerakan Zaid Izlan di dalam bilik itu.

“ Abang nak Sarrah duduk kat birai katil tu and try to enjoy this. Hope you’ll like it sayang!” Zaid Izlan mengoyak senyuman lagi. Sarrah hanya menurut arahan suaminya dan matanya meliar mengikut setiap tingkah gerak suaminya. Tiba – tiba dilihatnya  suaminya itu duduk bersila di atas lantai dan mula memetik gitarnya itu.

Dahi Sarrah berkerut seribu.

Buat lawak ke dia ni? Macam ni je ke? Fail kelas setting lah dia ni!
Zaid Izlan memandang muka Sarrah yang masih keruh itu.

“ Tak sesuai ek kalau abang  duduk macam ni?” Tanya dia lagi sambil menggaru – garu kepalanya.

Sarrah hanya diam, langsung dia tidak mahu  menjawab pertanyaan suaminya itu. Zaid Izlan segera bangun dan terus menghilang keluar dari bilik mereka, sekali lagi dia meninggalkan Sarrah seorang diri di dalam bilik itu tetapi tidak lama kemudian dia datang membawa sebuah kerusi tinggi yang diambil dari ruang tamu rumahnya. Dia mengambil tempat di atas kerusi itu dan mula memetik gitarnya semula.

Sarrah mula tersenyum namun senyumannya tidak lama. Marahnya masih ada.

 Macam ni barulah style sayang! Sempat dia memuji di dalam hati. Meskipun marah, dia tetap tidak sabar untuk melihat apa yang akan dicuba oleh suaminya itu, dengan gitar di sisinya, memang dia tertunggu – tunggu akan apa yang akan berlaku.

Sarrah menumpukan perhatian sepenuhnya, cuba menangkap bait yang dimainkan oleh Zaid Izlan apabila Zaid Izlan mula menyanyi.

I hope you’re doing fine out there without me
‘Cause I’m not doing so good without you
Things I thought you never know about me
Were the things I guess you always understood
So how could I have been so blind through all these years
Guess I only see the truth through all these fears
Baby without you

Sarrah tersenyum lebar dan kali ini senyumannya itu tidak lagi cuba disembunyikan dari Zaid Izlan.

Aku tahu lagu ini, rasanya selalu aje mendengar Qistina memekak menyanyikan lagu ni dulu tapi apa ek tajuk dia?

Dia turut mula menyanyi bahagian korusnya, perlahan – lahan. Hanya bibir sahaja yang bergerak, tiada suara yang keluar.

Anything I have in this world and all that I’ll ever be
It can all fall down around me
Just as long as I have you right here by me

Sarrah terdiam semula apabila bahagian korus habis.

Itu je yang aku tahu, hehehe…… Yang lain – lain tu tak habis hafal lagi…Bisik Sarrah sendirian sambil ketawa kecil meletus dari mulutnya. Mujurlah ia tidak didengari oleh suaminya dan dia terus sahaja menumpukan perhatian sepenuhnya semula pada suaminya itu.

I can’t take another day without you
Coz  baby I can’t never make it on my own
I’ve been waiting so long just to hold you
And to be back in your arms where I belong
I’m sorry I can’t always find the words to say
But everything I’ve ever known is swept away
Coz I don’t go along

Anything I have in this world and all that I’ll ever be
It can all fall down around me
Just as long as I have you right here by me

Sarrah bertepuk tangan apabila suaminya habis menyanyi. Kagum dia dengan bakat suaminya ini. Tiada lagi marah di hati. Terharu, cair meleleh – leleh dah hati ni…
                                                                             
“ Tak tahu pulak abang tahu main gitar. Bila belajar main?”

Zaid Izlan tersenyum. “ Ni dah tak marah dah ni?”

Sarrah terus menggelengkan kepalanya tanpa sedikitpun ragu.

“ Pandai abang ek! Bagus betul taktik abang nak cairkan hati Sarrah. Main gitar pulak dia…” Sarrah mencuit manja hidung suaminya.

Zaid Izlan ketawa mendengar komen isterinya.

“ Hai…nak pujuk hati bini, kenalah tahu banyak taktik kan…” Balas Zaid Izlan semula sambil tangannya melingkar pada pinggang Sarrah.

“ Thanks to somebody, I know how to play this song and sing it for you at the right time and at the right moment. I’m really sorry about what happened just now. I’m really am. Abang janji yang abang tak akan buat lagi. I  really love you sayang!” Ciuman tulus dihadiahkan di pipi isterinya, kiri dan kanan.

Sarrah tersenyum. Berbunga hatinya dengan setiap bait kata – kata yang diluahkan oleh  suaminya itu.

“ Tapi kan, bukan ke ada satu rangkap lagi lagu tu?” Sarrah memandang suaminya semula. Meskipun dia tidak menghafal lagu itu tetapi dia pasti lagu itu masih ada satu lagi bahagian. Tidak pula dia mendengar suaminya itu menyanyikan bahagian itu tadi.

Zaid Izlan tersengih sambil menyelak rambutnya ke belakang.
“ Aisey…Ingatkan sayang tak tahu tadi…” Lega juga dia kerana fikirannya isterinya itu tidak lagi terarah pada pergaduhan mereka tadi.

“ Kenapa tinggal part yang last tu?” Tanya Sarrah lagi.

“ Sebab abang tak hafal lirik dia and note dia pun abang tak master lagi…Belum habis berguru lagilah. Belum habis belajar lagi, cikgu dia dah tak de. Hehehhe…”

Sarrah menggeleng – gelengkan kepalanya. Ada – ada ajelah abang ni!

“ But still, it was a good show…and effort!” Puji Sarrah lagi. Pujian ikhlas dari hatinya.

“ Alah! Sayang ni…macam tak tahu pulak! Tengoklah siapa yang main ni! Sham Kamikaze pun boleh gulung tikar tau kalau abang jadi profesional!”

“ Eleh, perasan! Hih, tak malu!” Sarrah menjelirkan lidah pada Zaid Izlan dan Zaid Izlan mula mengejarnya. Akhirnya kedua – duanya terbaring di atas katil dan ketawa dengan sekuat hati.

Imelda menyapu air matanya yang mengalir di pipi. Senyuman terukir di bibir saat mengenangkan kenangan mereka yang satu itu.

“ Sarrah dah tahu part yang abang lupa tu…”

As the day all long I’ve seen
‘Cause I’ve been standing in stair for weeks when you’re not here
I’m sorry I can’t always find the words to say
But anything I’ve ever known is swept away
‘Cause I don’t go along

Dia menyanyikan bahagian terakhir lagu Here By Me itu. Matanya masih lagi berkaca. Hatinya tiba – tiba sayu apabila mengingatkan semua itu semula. Imelda mengeluh panjang.

Hope you’re doing fine out there too sebab baby kita pun dah ada kat sana untuk temankan abang….” Ingatannya turut terarah pada bayinya dahulu.

“ Baby temankan baba kat sana ye…Don’t worry pasal ibu kat sini, ibu okey je….” Lirih suara Imelda. Air matanya mula mencurah – curah namun dia cepat – cepat menyeka, tidak mahu dirinya harus terus dengan kenangan lama.

“ Sarrah, jangan macam ni. Kau kena kuat! Kau dah janji takkan menangis lagi! Ingat janji kau tu!” Imelda memberitahu dirinya lagi. Punat ‘on’ pada MP4nya ditekan semula. Kini, lagu lain pula yang menjadi halwa telinganya. Let Me Go, still by 3 Doors Down.
Imelda memandang MP4nya berulang kali. “ Apa hal asyik lagu band ni je? Tak de lagu lain ke?” Dia cuba melihat nama playlist yang digunakan.

Erm…patutlah MoMo. Playlist boyband, patutlah lagu stok tangkap syahdu je….” Imelda mendengus kecil.

“ Biar jelah ek. Kita layan jelah dulu. Jap - jap lagi adalah lagu lain pulak kan?” Imelda bersandar pada kerusinya. Dia memejamkan mata, cuba menghayati setiap baris lirik apabila tiba – tiba earphone sebelah kirinya jatuh dari telinga.

Erm…3 Doors Down. Best!” Satu suara garau kedengaran dekat di telinga Imelda. Mata Imelda masih terpejam namun dadanya mula berombak kencang. Deru nafas pemilik suara itu dapat dirasai menghembus di pipinya.

Siapa ni Mel? Hantu ke? Dah pukul berapa ni? Alahai… Tapi kenapa aku rasa macam ada orang je kat sebelah aku ni? Imelda masih tidak berani untuk membuka mata.

“ Hai!”

“ Makkkk!!!!!” Imelda tersentak, menjerit dan terus selamat tergolek ke belakang bersama kerusinya.

“ Eh…SorrySorry…Aku tak sengaja! Kau okey?” Adam cepat – cepat membantu Imelda tetapi hanya kerusi sahaja dia tegakkan semula. Imelda pula masih lagi dalam keadaan terbaring di atas lantai. Memang dia hendak menolong tetapi niatnya terbantut. Tidak berani dia hendak berbuat apa – apa, lagi – lagi dengan rupa Imelda yang sebegitu rupa.

Imelda mengurut dadanya berulang kali. Kus semangat! Rasa nak je melayan nyawa aku tadi. Biadap punya makhluk asing hijau! Imelda memandang gerangan yang bersuara. Dia mengecilkan matanya, cuba mengecam empunya diri.

“ Akulah! Adam.” Adam menjawab sambil cuba menolong Imelda bangun. Dia menghulurkan tangan namun hulurannya itu dibiarkan sepi.

“ Allah! Sakitnya pinggang aku!” Imelda mengetuk pinggangnya, cuba menghilangkan sengal pada tulang - temulangnya. Makhluk asing hijau yang masih berada di hadapannya tidak dihiraukan.

Mujur aku pakai pijama, kalau aku pakai baju kelawar ke tadi, tak ke dah jadi kes over exposure tadi?! Hush! Bahaya giler! Mujur…mujur…

Gerakan tangan Imelda tiba – tiba terhenti. Tiba – tiba mindanya teringat pada sesuatu yang asalnya berada dalam tanganya tadi. MoMo! Mana dia? Mana aku campak dia tadi?! Imelda terbongkok – bongkok mencari.

“ Kau cari apa?” Adam bertanya, sekadar berbasa basi namun langsung tidak dipedulikan oleh Imelda.

“ Kau cari ni?” Tanya Adam lagi sambil tangannya menghulurkan sesuatu.

Pertanyaan Adam kali ini menarik minat Imelda dan segera dia mengangkat muka. Tangannya segera menarik MoMo dari pegangan Adam dan terus dipeluknya sekuat mungkin. Dia memandang Adam dengan pandangan membunuhnya.

Sengaja buat aku terbongkok – bongkok mencari padahal dah ada dengan dia! Buat penat aku je. Sengal!

Imelda mula melangkah, menghala ke biliknya apabila Adam memanggilnya semula.

Ada apa lagi mamat ni? Nak cari gaduh ke? Getus hati Imelda lagi. Lambat – lambat sahaja dia berpusing ke belakang.

“ Kau tak nak ni ke?” Pandangan Imelda jatuh pada tangan Adam yang sedang memegang sesuatu.

MP4 aku! Imelda terus meluru ke arah Adam dengan lajunya dan tangannya segera mahu menyambar MP4nya apabila tangan Adam dahulu yang menyambar tangannya pula. Imelda cuba menarik lepas tangannya namun pegangan Adam terlalu kuat.

“ Oit! Lepaslah! Apa pegang – pegang ni?” Imelda berusaha melepaskan pegangan tangan Adam.

“ Duduk dulu. Teman aku. Aku tak boleh nak tidur la...” Pinta Adam dengan sebaik mungkin.

Imelda terkebil – kebil sahaja berdiri di situ dengan dahi berkerut seribu. Suka hati minta aku teman dia…Ingat aku nak sangat ke? Baik aku masuk tidur, lagi best!

Please….” Pinta Adam lagi, seakan merayu.

Imelda akhirnya mengalah dan menghenyakkan punggung di atas sofa dan Adam mengambil tempat di sebelahnya.

Dia memandang sekilas wajah Adam yang tersenyum padanya dan dia membalas senyuman itu semula. Pelik kenapa dia berbuat begitu tapi memang itu yang terjadi.

Mel, kau memang dah gila! Sempat Imelda menggerutu sendiri di dalam hatinya.


No comments:

Post a Comment