Wednesday, December 15, 2010

Cinta Bertandang Lagi 23


BAB
23

Hot N Cold…


“ SO, kita nak pergi mana ni?” Adam akhirnya bertanya pada orang yang berada di sebelahnya. Sudah seketika juga mereka berada di dalam kereta ini  tanpa melakukan apa – apa dan tiada rancangan untuk bagaimana mereka akan menghabiskan masa mereka hari ini. Manusia berempat itu pulak sengaja meninggalkan mereka berdua tersadai sendirian. Nama pun bercuti, takkan nak duduk terperuk di dalam bilik aje?

Imelda membalas semula pandangan Adam sambil menjungkitkan bahu. Dia hanya mampu menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghabiskan hari mereka

 “ Dah tu, nak buat macam mana? Aku pun tak tahu nak gerak pergi mana ni. sebab tu aku tanya kau ni.”

Imelda mengeluh lagi, sakit hati bila mengingatkan Aisha dan Haykal.

Mesti dia orang tengah happy gila – gila tapi aku pulak?! Sangkut dengan mamat ni! Haih….. Apalah nasib. Malang betul aku ni.

“ Tak payahlah kau nak serabutkan otak kau fikirkan apa yang dia orang berempat tu tengah buat. Buat sakit hati aje.” Adam pula yang bersuara kali ini.

“ Kau ingat, aku pun suka ke tersangkut dengan kau kat sini?” Adam membebel lagi dengan pandangan menerobos ke luar cermin keretanya.

Imelda memandang Adam semula dengan mata yang terkebil – kebil.
           
Mamat ni kan…Psychic ke apa? Tahu aje dia apa yang aku fikirkan. Bukan sekali,  tapi ni dah masuk kali ketiga dah dia macam ni…Hish! Horror jugak dia ni!
           
ErmWhat a waste! A beautiful day at a very nice place but not with the one you love. My bad luck, I guess…”
           
Imelda membuat muka jengkelnya apabila mendengar ayat – ayat ‘bunga’ Adam itu. Well, the feeling’s mutual here! Bukan kau sorang je yang rasa macam tu!

 “ Macam nilah.” Imelda membuat muka seriusnya. Adam segera mengalihkan pandangannya, mengadap Imelda semula, ingin mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Imelda.
           
“ Daripada kita duduk tercongok dalam kereta ni macam orang sewel, apa kata kita just enjoy this day?”
           
Adam terus mendengus tetapi akhirnya senyuman tertampal di bibirnya. Hatinya tertarik dengan apa yang cuba diusulkan oleh Imelda namun dia masih terfikir.

Adakah mungkin untuk mereka berdua bersama untuk satu hari suntuk tanpa bercakaran? Dia tertawa lagi di dalam hati.

And how are we suppose to do so?”

And that is even between you and me?” Bertubi – tubi Adam menujah Imelda dengan soalan – soalannya.

I highly doubt it, dear!” Adam menjawab semula dengan riak muka yang sinis. Keningnya terjungkit sedikit.
           
Hidung Imelda mulai kembang kempis. Dia mengurut – urut dadanya. Kepalanya mula rasa berdenyut – denyut. Dia bersandar semula pada tempat duduknya.

Mamat ni kan! Memang sengaja nak menguji kesabaran aku yang tak seberapa tebal ni! Sabar Mel…Sabar…
           
You come here to enjoy yourself Imelda, right? So just bear with this monkey just for a little while,okay? At least for today only
           
“ Okey, kau jangan menyampuk apa yang aku nak cakap ni. Kau dengar je dulu. Bila aku tanya kau, baru kau jawab, boleh?”
           
“ Okey.” Adam menjwab sepatah
           
“ Macam ni….” Ekor mata Imelda melirik ke sebelahnya, cuba melihat reaksi Adam namun Adam hanya diam di tempat duduknya, cuba memberi kerjasama yang sebaik mungkin.

“ Untuk hari ni aje...Aku ulang, hari ni aje, apa kata kita berdamai and we just have fun? Just the two of us?”
           
 Adam membuat muka lagi. Kali ini dengan senyuman yang nampak sangat dibuat – buat.
           
Imelda cuba mengabaikan apa yang dilihatnya sambil masih memaparkan muka selamba kodok. “ Okey tak? Boleh tak ni?” Imelda bertanya semula, cuba meminta kepastian. Yang pasti, ideanya ini akan mendatangkan kebaikan kepada kedua – dua belah pihak, itupun jika Adam mahu memberikan kerjasama. Bukan manusia yang berempat itu aje yang boleh menghiburkan diri tetapi dia dan Adam pun boleh.
Adam memandang muka Imelda lagi. Dilihat ada kesungguhan pada wajah itu. Hatinya berbelah bahagi.
           
Adam menggaru – garu kepalanya yang tak berapa gatal itu. Dia sendiri tidak yakin dengan dirinya. Mampukah dia dan perempuan di sebelahnya ini tidak bergaduh meskipun untuk sehari aje?! Boleh ke?!
           
“ Macam mana ni? Boleh ke tak?” Imelda mula mendesak. Naik bosan jadinya bila dah lama sangat duduk termangu sahaja di dalam kereta ni.
           
“ Kalau kau tak nak, baik kita balik je, tidur!” Imelda mulai putus asa dengan sikap acuh tak acuh Adam itu. Sekian lama dia menunggu namun Adam masih juga tidak membuka mulut.
           
“ Tidur?” Adam bertanya sambil menyeringai tawanya. Di kepalanya muncul idea jahat pula.
           
Imelda yang baru hendak membuka pintu kereta, segera terhenti apabila memdengar nada suara Adam yang semacam. Dia berpaling ke belakang dan mengadap Adam semula.
           
Kenapa dengan mamat ni? Adalah tu otak dia fikir benda mengarut. Gila! Confirm sel otak mamat ni semuanya dah hangus terbakar!
           
“ Pergi matilah kau!” Imelda menyumpah Adam dan terus sahaja keluar sekaligus menghempas pintu kereta Adam sekuat hatinya.
           
Adam yang tersentak dengan tindakan Imelda turut keluar dari keretanya.
           
Oit! Kau nak pergi mana tu?” Adam menjerit memanggil Imelda namun Imelda terus sahaja menonong tanpa langsung berpaling.
           
Oit perempuan! Baik kau pandang sini! Kalau tidak, aku langgar kau nanti!” Adam cuba mengugut, namun di hatinya, dia ada mempertimbangkan kemungkinan untuk dia berbuat begitu.
           
Langkah Imelda terhenti. Dia menarik nafas dalam – dalam.
           
“ Berani kau nak langgar aku?” Imelda bercakap dengan dirinya sendiri.
           
Imelda berpaling ke belakang dan menjerit dengan menggunakan suaranya yang paling lantang.

“ Langgarlah kalau kau berani! Kau ingat aku…” Ayat Imelda yang seterusnya tergantung apabila kereta Mazda RX8 berada betul – betul di depan kakinya.
           
Imelda menelan air liurnya. Terkedu dengan apa yang dilihatnya sekarang. Dengan tidak semena – mena, Imelda terus rebah menyembah bumi.
           

ADAM masuk semula ke dalam keretanya. Dilihatnya Imelda terus menonong tanpa langsung mempedulikan panggilan dia. Kakinya mula menekan accelerator. Tangan kirinya sudah memasukkan gear pada gear satu. Hatinya masih lagi tidak puas mengusik perempuan itu. Fikirnya, dia mahu menaikkan lagi kemarahan perempuan itu dengan aksi yang bakal dia lakukan ini.

“ Bila aku cakap dengan kau, kau buat tak tahu ek. Siap kau! Suka hati aje nak abaikan aku kan…” Adam menekan picu pecutan dengan sekuat hati menuju ke arah Imelda apabila Imelda tiba – tiba berpaling. Kaki Adam sempat menekan brek.

 Shreeetttt!!!!!!

Bunyi tayar kereta Adam yang dibrek secara tiba – tiba itu mengejutkan Adam sendiri. Dia yang pada mulanya terarah ke hadapan kerana membrek secara mengejut tadi terus diam terpaku di tempat duduknya selepas itu.

Adam membuka matanya satu – satu. Dia melihat Imelda di luar. Dapat dilihat muka Imelda yang pucat lesi. Dia hampir tidak dapat menahan tawa apabila melihat keadaan Imelda seperti itu.

Adam terus sahaja menekan acceleratornya berulang kali. Sengaja membuat keretanya menderum – derum di situ. Perbuatannya itu terus terhenti apabila dia melihat Imelda tiba – tiba sahaja rebah di hadapan keretanya.

Dia kelam – kabut keluar dari keretanya dan segera mendapatkan Imelda.

Oit, kenapa kau ni? Bangunlah!” Adam sedikit membongkok dan cuba menepuk – nepuk pipi Imelda namun masih tidak ada reaksi.

“ Perempuan, janganlah takutkan aku! Kenapa kau ni? Bangunlah weyh!” Adam terus terduduk di sisi Imelda yang masih tidak sedarkan diri itu. Peluh dingin mula membasahi dahinya.

Imelda ‘keras’ lagi pada tempatnya. Matanya dipejam rapat – rapat  namun sekali – sekala dia membukanya, cuba melihat apa yang sedang dilakukan oleh monyet sengal itu. Dia berusaha menahan ketawa apabila dia melihat rupa Adam yang sungguh tidak keruan itu.

Tahu pun kau cuak! Ingat kau sorang je ke yang oleh kenakan orang?! Ini Maisarrah Imelda tau! Kau belum kenal siapa lagi aku. Huh! Imelda mengucap puas di dalam hatinya.

Adam mendekatkan mukanya pada muka Imelda. Cuba mendengar deru nafas Imelda, memastikan Imelda masih lagi hidup.

Adam baru hendak mengangkat mukanya semula apabila kedua – dua belah tangan Imelda ‘menangkapnya’ pada kedua – dua belah telinga Adam dan sekaligus melagakan kepala Adam pada kepalanya sendiri.

Oit!” Adam menjerit sekuat hati. Tangannya menggosok – gosok tempat kepala mereka berlaga tadi.

Imelda bingkas bangun sambil senyuman puas terukir di bibirnya. Dia mengebas pasir – pasir yang melekat pada baju dan rambutnya dengan ekor matanya masih lagi pada Adam. Memang berpinar juga kepalanya tadi tapi asalkan dendamnya  sudah terbalas, sakit sikit pun tak apalah. Berbaloi!

Are you mad, woman?!” Adam bertanya dengan kasar namun Imelda sedikit pun tidak terusik dengan suara lantang Adam itu.

“ A’ah, memang aku gila!” Imelda menjawab dengan penuh yakin. Langsung tidak takut melihat muka Adam yang mula menyinga itu.

“ Aku jadi gila bila aku duduk lama – lama dengan orang gila macam kau!” Tempelak Imelda lagi.

“ Aku tak suka kau! Aku benci kau! Aku tak suka apa – apa langsung yang ada kaitan dengan kau!” Jerit Imelda lagi. Perasaan marahnya sudah membuak – buak. Dia meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

“ Aku benci kau! Aku benci KAU!!!!!”

Adam menggeleng kepala. Dia sendiri tidak akan mempercayai akan apa yang bakal dia lakukan selepas ini.

“ Perempuan, you asked for this!” Ucap Adam sebelum dia meluru ke arah Imelda.

“ Siapa suruh kau tak berhenti menjerit…” Dan dengan senangnya, Adam mengangkat dan mengendong Imelda di atas bahunya. Dibawanya Imelda ke arah keretanya semula.

“ Kau ni apa hal hah?! Suka – suka hati aje. Turunkan akulah!” Imelda meronta – ronta minta dilepaskan. Dia menumbuk – numbuk belakang Adam namun langsung tiada reaksi dari Adam.

Adam membuka pintu keretanya dan dihempasnya Imelda ke dalam. Tidak ada lagi lembut atau santun.
“ Aduh! Sakitlah weyh!” Imelda memegang kepalanya yang terhantuk pada gear kereta ketika Adam mencampaknya masuk ke dalam  tadi. Dia melihat Adam yang berjalan ke arah bahagian pemandu dan pintu dibuka. Imelda masih lagi pada posisi dia dicampakkan tadi, sempat menyiku Adam yang baru sahaja menghenyakkan punggung di atas tempat duduknya.

Pinggang Adam terasa senak akibat tusukan siku Imelda tadi. Dia  panas semula. Dia memandang Imelda di sebelahnya dengan nafasnya mula menjadi tidak teratur. Rasa marah merajai dirinya namun dia masih berusaha untuk mengawalnya. Setakat ini, dia tidak pernah lagi memukul mana – mana perempuan dan dia tidak mahu Imelda menjadi mangsanya yang pertama. Akal warasnya masih lagi melarang dirinya dari melakukan perkara gila seperti itu namun Imelda benar – benar telah menguji kesabarannya.

Imelda cuba membuka pintu, namun Adam sebenarnya telah bertindak lebih laju daripadanya.

“ Tak payahlah kau nak susah – susahkan diri. Kereta ni autolock! Kalau tak pun, aku memang dah kunci awal – awal lagi bila aku fikir aku nak kurung kau dalam ni tadi! Takkan la benda yang paling kecil tu pun, aku tak terfikirkan kot? Ingat aku ni vain sangat ke?”

Memang pun! Hati Imelda menjawab, geram.

Kata – kata Adam langsung tidak dipedulikan. Imelda mengetuk – ngetuk pintu kereta itu dengan telapak tangannya.

“ Kau ni kan…Tak habis – habis nak jahanamkan kereta aku kan? Tak cukup lagi dengan apa yang kau dah seksa aku setakat ni?! Tolonglah jangan nak buat aku marah lagi!” Adam menyinga lagi.

“ Boleh tak duduk diam sikit?” Adam masih lagi cuba bersikap diplomatik dengan Imelda berharapkan Imelda akan menurut kata – katanya namun harapan  hanya tinggal harapan.

Imelda membuat muka tiada perasaannya. Dia masih lagi mengetuk – ngetuk pintu kereta itu, kali ini dengan lebih kuat lagi. Dia malas melayan angin Adam, yang dia fikirkan sekarang hanyalah untuk keluar dari kereta itu. Tidak sanggup lagi rasanya hendak berlama – lamaan lagi dengan Adam.

“ Kau ni kan!” Adam meluru merapati Imelda. Dia merebahkan tempat duduk Imelda dan kini separuh badannya sudah berada di atas Imelda namun dia masih lagi berhati – hati untuk tidak menghempap Imelda. Niatnya, sengaja mahu menakut – nakutkan Imelda. Kedua – dua tanganya kejap memegang pergelangan tangan Imelda.

Imelda kaku. Hal ini langsung tidak dijangka akan datang dari Adam.

Adam memerhatikan wajah yang dihadapannya ini. Tahu pun kau takut! Siapa suruh kau degil sangat hah?!

Imelda memejamkan matanya rapat - rapat. Dadanya berdegup pantas. Setiap hembusan nafas Adam menggetarkan jiwanya. Dia takut!

Apa aku nak buat ni? Imelda bertanya pada dirinya sendiri.

Dapat dia merasakan deruas nafas Adam yang kuat menghembus ke mukanya. Bau wangian Adam juga semakin menyucuk deria baunya. Dia dapat merasakan Adam semakin merapati wajahnya.

 Tidak tahu apa yang akan terjadi padanya selepas ini. Di dalam hati, dia menyumpah – nyumpah dirinya kerana berlagak berani tadi. Memang dia telah mencabar kesabaran Adam.

Tiba – tiba, Imelda dapat merasakan pegangan pada tangannya mulai melonggar. Deru nafas pada mukanya juga sudah tidak terasa. Dia perlahan – lahan membuka matanya. Adam hanya diam di sebelahnya. Dia cepat – cepat membetulkan kerusi tempat duduknya, dikembalikan pada keadaaan normal. Dengan tangan yang masih menggeletar, dia mencuba lagi untuk keluar namun pintu masih lagi berkunci.

“ Nak buat apa lagi tu?” Imelda tersentak namun dia langsung tidak berpaling. Dia masih mahu mencuba nasib.

“ Tak serik – serik lagi ke? Kau nak aku buat macam tadi lagi ke? But I guarantee you, that this time, it’ll be more than apa yang aku tadi…” Tanya Adam lagi apabila melihat tangan Imelda masih juga berada pada pintu keretanya.

Adam menggeleng kepala. Air – cond keretanya dikuatkan lagi. “ Kau jangan Mel…Kau jangan uji kesabaran aku… because you really don’t want to see me when I lose it…” Sejurus mendengarkan kata – kata Adam yang berbaur ugutan itu, Imelda segera mengalihkan tangannya. Diletakkan kedua – dua tangannya di atas pehanya. Kepalanya terus ditundukkan.

Adam tersenyum puas.  “ Macam nilah sayang. Pandai pun jadi baik.” Dia mencuit dagu Imelda dengan hujung jarinya sambil mengenyitkan mata kirinya.

Imelda membuat muka jeliknya. Tekaknya kembang. Geli geleman dia melihat aksi ‘playboya’ Adam.

Adam hanya menarik muka bodoh melihat reaksi Imelda itu.


            MAMAT ni memang nak kena bunuh!

Imelda menyumpah di dalam hatinya, entah untuk kali yang ke berapa. Selepas apa yang dilakukan oleh Adam pada dirinya tadi, dia tidak berani lagi untuk berbuat apa – apa. Terpaksa sahaja dia mengikut angin Adam meskipun hatinya meronta mahu keluar dari kereta itu.

Takkan sepanjang hari dia nak drive je kan? Mesti nanti kena berhenti kat mana – mana kan? Betul tak? Imelda bersoal jawab dengan dirinya sendiri, sekaligus cuba menyedapkan hatinya. Segala macam kemungkinan bermain di fikirannya sekarang tetapi dengan sebaik mungkin juga dia cuba melupakan kejadian tadi.
Pandangan Adam menerobos ke luar. Sekali sekala, dia mencuri pandangan di sebelahnya, cuba melihat apa yang sedang dilakukan oleh Imelda.
                       
“ Kau ada tempat yang khas yang kau nak pergi? Aku boleh bawakan kalau kau nak.” Adam memulakan bicara namun pandangan langsung tidak dialihkan dari pemanduannya.
           
Imelda memandang muka Adam, cuba mencari keikhlasan di sebalik pertanyaan yang diutarakannya tadi. Imelda menilik muka Adam dengan teliti namun dia masih juga ragu – ragu.
           
Erm…aku…Arr…”
           
“ Duk arr…erm…urm…gagap ke apa?” Sergah Adam pada Imelda yang tiba – tiba tidak lancar pertuturannya itu.
           
Hish dia ni! Sabarlah. Aku nak cakap la ni. Duh…Sempat Imelda mengomel. Terkejut dibuatnya apabila dijerkah Adam tadi.
“ Aku nak pergi Jamison Valley.” Jawab Imelda tanpa langsung memandang muka Adam. Takut juga dia untuk melihat apa reaksi Adam nanti.
                       
“ Jamison Valley? Bukan ke tu tempat yang kita dah pergi semalam? Alahai…Tak bosan ke? Tempat lainlah..”
           
Ek eleh mamat ni! Tanya sangat aku. Lepas aku bagi idea, dia suka hati aje reject! Menyampah!
“ Kau memang nak pergi situ ke?” Tanya Adam kembali apabila melihat Imelda tiba – tiba memuncung apabila dia menolak cadangan Imelda tadi.
           
Imelda hanya terangguk – angguk.
           
“ Tapi, bukan kita dah pergi ke semalam?” Tanya Adam lagi.
           
Imelda mengangguk lagi.
           
            “ Dah tu, buat apa kita nak pergi lagi kalau dah pergi semalam?” Tanya Adam dengan nada seperti tidak puas hati.
Namun Imelda dengan lajunya mengadapkan mukanya kepada Adam, cuba merayu dengan membuat muka sedihnya.
           
Adam menahan rasa hendak ketawanya apabila melihat muka Imelda sebegitu rupa. Sampai macam tu sekali  kau nak pergi ye. Siap merayu lagi tu.
           
“ Yelah, yelah…Kita pergi Jamison Valley. Anything for you la…” Adam mengubah haluan, membelok ke kanan.
           
“ Lagipun, aku baik hati hari ini.” Adam menghadiahkan senyuman kasanovanya pada Imelda namun hanya dibalas dengan cemikan Imelda.


            IMELDA asyik melayan perasaannya sambil menikmat pemandangan di luar dari tingkap kereta Adam.

Dah tak jauh dah, kejap – kejap lagi, sampailah kita. Imelda berbisik pada dirinya sendiri.
           
Tiba – tiba kepala Imelda membuat rentak ala – ala burung woodpecker, tersengguk – sengguk tapi bukan ke atas atau ke bawah tetapi ke hadapan.
           
“ Apa hal ni?” Tanya Imelda dengan nada yang cemas.
           
“ Entah, aku pun tak tahu. Tiba – tiba aje jadi macam ni.”
           
Kereta itu akhirnya berhenti dengan sendirinya dengan asap berkepul – kepul keluar dari bahagian enjin.
           
Woah...You’ve gotta be kidding me!” Adam menghempaskan kedua – dua tangannya pada stereng keretanya itu.
           
“ Adam! Kenapa ni?” Tanya Imelda lagi.
           
“ Kenapa apanya lagi… Tak nampak ke kereta ni dah berasap?” Adam menjawab ala kadar sahaja dan terus keluar dari keretanya seraya membuka but depan keretanya itu. Terbatuk – batuk dia dibuatnya dengan kepulan asap yang berderu singgah ke mukanya.

            Imelda pula mengambil keputusan untuk keluar menghirup udara luar sementara Adam menyelesaikan masalah keretanya yang berasap itu. Dia  menyandar pada dinding kereta itu sambil memeluk tubuhnya. Baju yang dipakainya tidak dapat menahan sejuk yang makin menyengat tubuhnya itu. Angin yang bertiup lagi membuatnya terketar – ketar di situ. Pandangannya beralih pada Adam yang asyik membelek – belek keretanya itu.
           
Imelda mendengus di dalam hati. Kereta aje mahal, tapi boleh pulak dia rosak.
Imelda memandang ke kiri dan kanan jalan pula.Tak ada kereta pulak tu yang lalu lalang kat sini. Macam mana kita orang nak minta tolong kalau macam ini gayanya?! Haih! Apalah malang sangat nasib aku ni…

Argh!!! Tension aku!” Imelda akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia menjerit sekuat hati di situ. Langsung tidak mempedulikan Adam yang memandangnya dengan mata yang terkebil – kebil.

“ Kau apa hal perempuan? Dah naik gila? Tiba – tiba aje menjerit!” Tempelak Adam kepada Imelda. Mujur nyawanya tak melayang tadi. Tengah dia asyik menelek enjin keretanya, terdengar pula suara nyaring perempuan menjerit.

“ Suka hatilah aku nak menjerit! Kau apa susah?! Argh!!!! Sakit otak dibuatnya!” Imelda menjerit lagi, namun kali ini, betul – betul di hadapan muka Adam.

Adam mengurut dada, menahan sabar. Memang sah! Dia ni ‘sakit’! Omel Adam lagi. Dia berjalan – jalan di sekitar situ, cuba menenangkan fikiran sambil memikirkan keadaan mereka sekarang. Dia melihat Imelda yang masih tidak duduk diam nampak gayanya.

Oit! Kau apa hal? Gila dah ke? Cuba bawa bersabar sikit. Tarik nafas dalam – dalam. Baru tenang sikit otak kau tu. Baru tak sakit…” Tegur Adam sambil membaling batu ke arah Imelda yang duduk tercangkung, menampung  badannya dengan bersandar pada sisi kereta.

Imelda terus memalingkan mukanya dan mengadap Adam dengan perasaan marah terus membuak – buak di dadanya.

Memang mustahillah aku ni nak berbaik dengan mamat ni. Aku baru aje nak tenangkan hati yang tengah berapi ni tapi ada aje yang dia buat nak uji kesabaran aku! Memang tak boleh nak biarkan aku sorang – sorang kan?!

Adam menggaru – garu kepalanya. Dia juga tidak tahu apa yang tidak kena dengan keretanya itu. Tidak pernah pulak sebelum ini keretanya buat hal, tapi hari ni pulak yang dia ada masalahnya. Dahlah waktu lion king tu ada sekali. Nasib…Nasib…

“ Mel…” Panggil Adam, perlahan.

“ Apa?!” Tengking Imelda dengan tidak semena – mena. Berundur Adam beberapa langkah ke belakang, impak daripada tengkingan Imelda itu. Dia menggelengkan – gelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak percaya dengan perangai perempuan yang sorang ini. Dia menarik nafas panjang – panjang, cuba meredakan gelodak kemarahan yang mula membuak dalam dirinya.

Sabar Adam. Kau memang kena sabar! Kalau kau pun nak mengamuk macam lion king tu, kita takkan ke mana – mana punya. Adam berpesan pada dirinya sambil diurut – urut dadanya.

Adam berjalan menghampiri tempat Imelda duduk. Dia kemudiannya duduk berteleku di sebelah Imelda yang asyik bermain – main dengan batu – batu kecil di tepi jalan itu. Ada yang digolek – goleknya, dan ada juga yang dilontarnya sekuat hati. Kehadirannya langsung tidak diambil kisah Imelda.

So, kita nak buat macam mana ni?”

“ Nak buat macam mana apa? Kereta kau yang buat hal, kaulah yang fikir apa kita nak buat!” Lancar sahaja Imelda melontarkan kata – kata dan setiap satunya ibarat titisan minyak yang disimbah pada api kemarahan Adam yang mulai marak.

“ Kau ni apa hal, hah?! Aku tanya elok – elok, kau tak boleh nak jawab baik – baik ke?! Ingat aku ni apa?! Binatang?! Yang boleh kau suka – suka hati tengking?!” Adam akhirnya melenting.

Damn you! Agak – agaklah kalau ye pun. Ingat kau sorang je ke yang sakit hati bila benda macam ni jadi, hah?!” Adam melepaskan amarahnya dengan menendang tayar keretanya. Ikutkan hatinya yang menggila marah itu, mungkin Imelda pula yang akan menjadi mangsa jika dia terus – terusan diuji kesabaran.

Imelda memeluk tubuhnya seerat mungkin. Macam – macam perkara buruk mula terlintas di fikirannya. Tidak pernah dia melihat Adam marah sebegini rupa. Lidahnya kelu, tidak tahu mahu berkata apa lagi.

“ Cuba kau try telefon Haykal or Rehan. Maybe dia orang boleh ambil kita dulu kat sini. Kereta ni, boleh panggilkan tow truck aje, bawa pergi mana – mana bengkel yang ada around here.” Imelda menyatakan pendapatnya. Sayup – sayup sahaja dia melontarkan suaranya, takut jika dia pula dijerkah Adam namun sangkaannya meleset. Adam menyambut cadangannya itu dengan senyuman.

Hehehe…Pandai pun kau nak tolong aku. Sedap jugak suara kau rupanya bila kau cakap lembut – lembut macam tu.” Adam tersenyum sumbing, membuat muka langsung tak bersalah.

 Adam terus sahaja melangkah semula menuju ke arah sebelah pemandu untuk mengambil telefonnya yang diletakkan di bahagian speedometer.

Adam cuba membuka pintu keretanya namun ianya tersekat. Dia segera meraba poket seluarnya. Tak ada! Dia menekupkan pula mukanya pada cermin keretanya dan dilihat kunci keretanya masih tergantung pada ignition.

Adam ketawa sekuat hati. Mentertawakan nasib yang menimpa dirinya. Rasanya, tak pernah dirinya semalang ini. Semua benda buruk bertubi – tubi menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

Imelda bangun sambil mengibas – ngibas punggungnya dengan tangan kanannya. Pandangan pula terarah pada Adam yang masih tidak putus – putus ketawa.

Apa hallah pulak mamat ni? Putus fius ke? Ketawa pulak dia.

Imelda berjalan menuju ke arah Adam yang kini bersandar pada keretanya dengan kedua – dua tangan didepakan dan kepalanya mengadap langit yang mula memerah.

Imelda melontarkan batu kecil ke arah Adam, cuba mendapatkan perhatiannya. Adam segera berpaling ke arahnya dengan tawanya masih lagi bersisa. Melihatkan muka Imelda, tawanya makin menjadi – jadi semula.

“ Kau dah dapat call dia orang ke?” Teragak – agak Imelda bertanya.

“ Huh? Apa kau cakap? Ulang balik. Aku kurang dengarlah tadi.” Tanya Adam semula pada Imelda sambil menekan – nekan perutnya yang mula senak.

“ Aku tanya, kau dah dapat call dia orang ke?” Tanya Imelda semula, kali ini dia menjerit, mahu memastikan yang Adam dapat mendengarnya despite all his laughs yang dia sendiri pun belum tahu puncanya itu.

Call?” Tanya Adam lagi.

“ Yelah. Apa lagi?” Imelda mula naik geram. Dari tadi asyik kena ulang apa yang dia cakap. Mamat ni ada masalah pendengaran ke?! Nak marahlah jugak kalau asyik macam ni aje.

            “ Macam mana nak call? Telefon ada kat dalam tu hah!” Jari Telunjuk Adam menunjuk ke arah dalam keretanya.
           
“ Dah tu, bukalah pintu tu, ambil and call! Itu pun nak kena beritahu ke?” Tambah Imelda lagi, mulai bengang.
           
“ Hah, cubalah kau buka pintu tu kalau boleh.” Adam mula melangkah dari tempat sandarannya, mahu memberi ruang untuk Imelda cuba membuka pintu keretanya, itupun kalau bolehlah.

“ Aku nak lepak kat situ sekejap. Kalau dah dapat buka nanti, kau panggil aku ek. Best of luck!” Adam langsung mengangkat ibu jarinya dan duduk mencangkung di atas batu yang tidak berapa jauh di situ. Matanya tetap melekat pada Imelda, mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh perempuan itu.

“ Bagilah kunci keretanya dulu.” Imelda menadah tangannya, menunggu Adam melemparkan kunci kepadanya. Tanpa kunci, macam mana dia nak buka pintu ni.

“ Mana aku ada kuncinya.” Selamba sahaja Adam menjawab dengan matanya masih melilau melihat keadaan sekeliling.

“ Hah! Kau jangan nak buat lawak. Betul – betullah, mana kuncinya? Dah nak gelap ni, janganlah main – main dengan aku.” Imelda mula mencekak pinggangnya, namun nada suaranya masih cuba dikawal, dipintanya lagi pada Adam dengan sebaik mungkin.

“ Cuba kau tengok kat ignition kereta aku tu.”

Imelda hanya menurut, malas mahu berbalah. Dia menekapkan muka pada cermin kereta dan terus ditalakan pandangan pada tempat ignition. Dilihatnya kunci masih berada di situ.

“ Huh, biar betul!” Matanya dirasakan mahu terkeluar sahaja.

Keretalah ni dahlah autolock! Aduhai…

 Tangannya segera cuba membuka pintu kereta itu namun tindakannya itu memang sia – sia sahaja.

Adam hanya mampu ketawa melihat Imelda yang kalut semacam itu.
“ Hah, cubalah kau buka pintu tu.” Adam terus ‘gembira’ mentertawakan Imelda.

“ Adam, nak buat macam mana ni?” Imelda bertanya pada Adam yang kini berdiri di sebelahnya.

Adam hanya menjungkitkan bahunya.

“ Kan kereta ni ada sistem autolock. As long the key is at the ignition, it will automatically lock after few minutes. Security reasons!” Adam menerangkan serba ringkas.

“ Sekuritilah sangat!” Imelda mencebik geram. Menyusahkan orang adalah! Setelah beberapa lama dia berusaha, dia akhirnya berputus asa juga.

“ Jadilah apa nak jadi! Argh… Sakitnya hati!”

That makes two of us!” Sempat Adam menambah. Kedua – duanya duduk berteleku, dengan malam mula merangkak datang. Masing – masing termenung jauh, tidak tahu mahu berbuat apa.

“ Jom, ikut aku!” Adam tiba – tiba bangun dan tangan Imelda ditariknya.
“ Nak pergi mana?” Imelda laju sahaja menarik tangannya semula dari gengaman Adam, tanda protes.

“ Ikut jelah. Haih…Kau ni suka banyak tanya kan?! Bukannya aku nak buat apa – apa pun.” Adam mengeluh panjang lagi apabila kata – katanya itu disambut dengan cebikan Imelda.

Well, your previous records don’t really support that statement you just gave, dude!”

Adam tersenyum. Otaknya terus teringatkan adegan dia dan Imelda tadi.

That one? Just consider that as a lapse of judgement and action due to certain circumstances.”

Imelda mencebir. Senang aje mamat ni cakap. Gerutu Imelda lagi.

“ Betullah. Kali ni, aku tak buatnya perangai tak senonoh macam tadi tu. Aku janji!”

“ Cuba sekali, sekali je, kau ikut aje aku tanpa banyak soal. Boleh tak?” Adam seakan meminta pengertian Imelda. Kalau diikutkan hati, memang tak tahulah apa yang jadi ni. Kalau dua – dua nak berapi, siapa pulak yang nak selesaikan masalah nanti. Betul tak? Jadi, terpaksalah dia mengalah juga dengan fi’il Imelda.

“ Matilah aku kalau asyik ikut cakap kau aje. Entah apa yang kau buat nanti.” Sempat Imelda membalas semula.

Mata Adam terjegil namun dia sudah terlalu penat. Tak larat mahu bertekak dengan Imelda lagi. Dibiarkan sahaja kata – kata Imelda itu. Dia berjalan terlebih dahulu, meninggalkan Imelda di belakang. Dia sudah malas ambil tahu. Kalau perempuan tu nak ikut, pandai – pandailah bangun angkat punggung. Tak larat dah aku nak melayan kerenah kau tu.

Imelda segera bangun apabila melihat Adam telah jauh meninggalkannya. Berlari dia mengejar Adam.

Imelda menepuk bahu Adam sekuat hatinya namun Adam hanya membuat muka tiada perasaannya. Mereka berdua akhirnya berjalan beriringan menuruni kawasan bukit itu dengan kereta Adam dittinggalkan sahaja. Apa yang akan jadi seterusnya, hanya tuhan saja yang tahu. Imelda bulat – bulat menyerahkan nasibnya pada Adam. Di dalam hati, dia berdoa tiada apa yang buruk akan melanda mereka.



Cinta Bertandang Lagi 22

BAB
22

*  Fall For You…


            “ Ni kau nak apa?” Tanya Imelda tanpa langsung memandang pada Adam di sebelahnya. Langsung dia tak ikhlas untuk berada di sini pada saat ini. Dia lebih rela menengadah siling biliknya sementara menunggu matanya untuk terlelap dari duduk bersama Adam pada ketika ini. Ikutkan rasa hatinya, mahu sahaja dia mengangkat punggung. Tetapi, entah mengapa, dia tetap juga berada di situ, menuruti kehendak Adam untuk menemaninya.
           
“ Tak ada apa – apalah. Saja aku nak duduk kat sini layan perasaan. Tengok bintang – bintang.”
           
“ Dah tu, layanlah perasaan kau sorang – sorang. Tak payah nak ada aku kat sini. Aku nak tidur!”
           
Please…” Adam sempat menarik tangan Imelda apabila Imelda tiba – tiba bangun, dan cuba melangkah pergi.

Don’t go…Teman aku malam ni, please…” Lemah sahaja kedengaran suara Adam. Imelda terpana seketika. Tiada lagi kedengaran suaranya yang penuh lagak dan angkuh yang biasa  didengarinya sebelum ini menyebabkan dia tiba – tiba rela untuk berada di situ. Hatinya menarik – narik kakinya untuk terus tinggal dan duduk di situ bersama Adam meskipun tubuhnya mahu segera lari dari situ.
           
Imelda akhirnya duduk semula,.

Thanks!”

Anytime!” Jawab Imelda dengan yakinnya. Spontan sahaja perkataan yang satu itu keluar dari bibirnya.

Dalam kesamaran malam, Imelda dapat melihat Adam mengukir senyum apabila perkataan itu keluar dari mulutnya. Tersedar dia akan apa yang dikatakannya tadi dan dengan laju sahaja mulutnya ditekup sekuat hati.

Anytime?! Kenapa kau ni Mel? Gila ke? Tadi punyalah beria nak pergi tapi cakap anytime pulak?  Bodohnya kau ni Mel! Imelda sempat mengutuk dirinya.

Kesunyian malam menyelubungi suasana sekeliling mereka. Kedua – duanya diam. Tidak seorang pun yang mahu memulakan bicara.

Erm….”

“ Aku…”

Serentak pula Adam dan Imelda bercakap. Masing – masing pula berebut hendak bersuara padahal sudah lama mereka duduk termangu di situ macam orang hilang akal aje. Tapi bila nak cakap, hah, dua – dua sekali nak cakap. .

Mereka diam semula. Kedua – duanya kaku di tempat duduk masing – masing. Adam tiba – tiba sahaja mengeluh panjang dengan kuatnya sehingga Imelda tergerak untuk menoleh ke sebelah. Adam bersandar di sofanya dengan fikirannya melayang entah ke mana. Entah apa yang menyampuknya pada malam itu, Imelda turut menyandarkan tubuhnya, meniru perbuatan Adam. Dapat dia merasakan seakan – akan Adam dibelenggu masalah dan dia teringin untuk membantu sedaya yang mungkin. Sejahat mana pun Adam sekarang, dia tetap ahli keluarganya biarpun Adam mungkin tidak mengetahuinya namun Imelda tidak sampai hati untuk melihat Adam dalam keadaan yang sebegini.

“ Kau pernah hilang orang yang kau sayang tak?” Suara Adam tiba – tiba memecah diam di antara mereka. Pandangan Adam terus terarah pada Imelda. Pada mulanya, dahi Imelda berkerut juga apabila soalan itu ditujukan padanya namun dia terus sahaja tersenyum selepas itu.

Meskipun keadaan sekeliling gelap namun Adam tetap dapat melihat muka Imelda dengan jelas pada ketika itu.

“ Kenapa kau senyum? Pelik sangat ke soalan yang aku tanya ni?” Adam melihat perempuan di sebelahnya ini dengan muka yang penuh dengan tanda  tanya.

Imelda segera menggelengkan kepalanya.

“ Dah tu, kenapa kau senyum?” Tanya Adam lagi.

“ Lah, tak boleh ke kalau aku nak senyum? Kan senyum tu sedekah?” Senyuman lebar masih lagi tertampal di mukanya . Soalan Adam terus dibiarkan tidak berjawab.

Adam diam semula, tenggelam dalam fikirannya. Tiba – tiba dirasakan seperti ada benda di telinganya dan segera dia berpaling. Tangannya laju menangkap tangan Imelda yang pada ketika itu cuba meletakkan sesuatu di telinganya.

“ Kau nak buat apa ni?” Tanya Adam lagi tanpa melepaskan pegangannya pada tangan Imelda. Kepalanya sedikit dijauhkan dari apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Imelda pada telinganya.

“ Aku nak jawab soalan kau ni.” Selamba sahaja Imelda menjawab. Mukanya langsung dibiarkan tidak berperasaan.
“ Apa kaitan dengan apa yang kau buat ni dengan nak jawab soalan aku?” Tangannya terus erat memegang pergelangan Imelda.

Just let me do it, then you know it. Banyak songeh pulak dia! Ikut jelah!” Dan dengan itu, Imelda melepaskan tangannya seraya menyambung semula perbuatannya sebelum dihalang oleh Adam tadi. Dia meletakkan satu earphone pada telinga kanan Adam dan satu lagi pada telinga sebelah kirinya pula.

“ Nah, dengar lagu ni. Hopefully, you got the answer to your q!” Tambah Imelda lagi sebelum dia menyandarkan semula badannya.

Adam hanya terdiam bila mendengar kata – kata Imelda itu.

Jawapan?! Macam mana lagu ni boleh ada kaitan dengan jawapan? Lagipun apa yang aku tanya tadi? Adam tergaru – garu kepalanya. Namun, dia kemudiannya hanya menjungkitkan bahunya dan cuba menumpukan perhatian pada lagu yang sedang beralun merdu di telinganya.

“ Dah!” Tangan Imelda segera menarik earphonenya dari telinga Adam. Tersentak Adam dibuatnya.

“ Apa hal pulak ni?”Adam mendengus geram. Nak bunuh orang ke apa?! Tak habis – habis nak buat orang terkejut!

“ Aku tanya, kau dah dapat jawapan pada soalan yang kau tanya aku tadi?” Imelda menjawab tanpa mahu mengambil kira dengusan Adam tadi. Lagipun, memang sengaja dia berbuat demikian. Balas dendam sebab dia buat aku terkejut sampai tergolek tadi. Imelda tersengih. Puas hati!

“ Jawapan pebende pulak?!”

“ Lah, kau ni tak faham – faham lagi ke? Takkan lampi betul kau ni?!” Imelda dengan selambanya mengutuk Adam. Terkebil Adam di situ dibuatnya.

Ces! Berani kau panggil aku lampi! Lama hidup ke perempuan ni?! Dada Adam turun naik, menahan gelora marahnya.

“ Apa relevennya lagu yang kau bagi aku dengar tadi dengan soalan yang aku tanya?!” Tanya Adam sambil mencekak pinggannya. Lama sudah dia berdiri, jauh dari Imelda sebelum dia berbuat apa – apa pada Imelda. Kalau hilang sabarnya, mahu habis dia kerjakan perempuan di depannya ini nanti.

Imelda mengeluh panjang sambil menggeleng – gelengkan kepalanya. Tak percaya dia dengan apa yang sedang dia buat bersama dengan orang yang sedikitpun tidak menyelerakan pada dirinya. Lama Imelda berjeda sebelum dia membuka mulutnya semula.
“ Tadi kau tanya aku kan sama ada aku pernah hilang orang yang aku sayang ke tak, kan?” Tanya Imelda semula dan dengan  laju Adam terus mengangguk.

And, lagu tadi tu jawapan akulah!”

Adam masih membuat muka blur. Memang dia tak faham langsung. Apa kaitan lagu 3 Doors Down tadi tu dengan soalan aku? Ingat aku ni tukang tilik ke? Boleh aje nak tafsir apa saja yang kau fikirkan dalam kepala kau tu dengan dengar lagu tu je?!

Kali ini Imelda mengeluh panjang, dengan sekuat yang mungkin. Bengang juga dibuatnya bila cakap dengan orang yang tak faham – faham ni!

“ Hah! Kau jangan nak buat muka dengan aku!” Adam cepat – cepat memotong sebelum Imelda sempat memakinya dengan apa sahaja yang bakal keluar dari mulutnya yang bersedia untuk terbuka itu.

“ Kita dua cakap bahasa yang lain - lain. Kau cakap bahasa itik, aku pulak cakap bahasa ayam so don’t expect me to get what you’re trying to convey just now! It’s not that aku ni sengaja nak buat bodoh macam ni, tapi memang aku tak faham pun!” Dalam satu nafas, Adam menhamburkan semuanya. Lega bila semua yang dirasakan tadi dapat dilepaskan dari dadanya. Giliran Imelda pula yang terpaku di tempat duduknya.

Betul jugak apa yang mamat ni cakap. Takkanlah aku nak harapkan dia rasa apa yang aku rasa bila dengar lagu tu kan? Apalah kau ni! Marah Imelda pada dirinya sendiri kerana kebodohannya sendiri.

Dia tersengih semula memandang Adam.

See what I mean now!” Adam membalas lagi dengan muka yang penuh puas! Tahu pun yang kau tu salah!

“ Yelah…Yelah…Kau yang betul! Memang salah aku! Aku yang lampi rupa – rupanya.” Imelda mengangkat kedua – dua tangannya, tanda mengalah dan mengaku salah.

Adam duduk semula di sofa, bersebelahan dengan Imelda. Rasanya, dia dapat mengawal perasaannya jika Imelda terus berperangai baik seperti sekarang ni.

“ Aku hilang tiga orang yang aku sayang dalam masa satu tahun, tapi bukan pada waktu yang samalah.” Imelda memula bicara dengan nada suara yang langsung selamba.

 Adam hanya terus menunggu untuk kata – kata Imelda yang seterusnya meskipun dia sebenarnya turut terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Dia tidak tahu mahu berkata apa dan kepalanya masih lagi cuba menyimpan maklumat yang baru didapatinya itu.

“ Benda ni jadi dua tahun lepas.” Imelda menyambung lagi dengan pandangan tertumpu terus  ke hadapan.

“ Semua yang pergi tu, semua lelaki – lelaki yang penting dalam hidup aku.” Ucapan Imelda yang satu ini terus menarik hati kecil Adam.

Lelaki? Menarik! Adam terus memandang Imelda di sebelahnya. Pernyataan yang baru didengarinya itu amat menarik hatinya untuk mengetahui kisah hidup insan yang di sebelahnya ini namun apa yang singgah di mata Adam amat mengejutkan.

Matanya berkaca!

Adam mulai bingung. Apa yang aku dah buat ni?! Adam?! Kenapa pulak perempuan ni nak tangkap syahdu pulak ni? Biar betul! Aku tak suka betul bila  perempuan menangis. Memang tak reti aku nak handle.

“ Kau tahu siapa yang lelaki – lelaki tu?” Tanya Imelda sambil memalingkan mukanya supaya betul – betul mengadap Adam.

“ Memanglah kau tak tahu kan?!” Imelda ketawa sendiri. Lucu dengan soalan yang ditanyakan tadi.

Adam terus terkumpal – kumpil di situ. Hatinya mula tidak senang dengan segala perlakuan Imelda pada ketika ini. Kenapa dengan perempuan ni? Tadi nak menangis, tapi sekarang dia ketawa pulak. Sihat ke tak ni?

“ Arwah baba, abang and baby…Dia orang…Dia orang semua dah pergi tinggalkan aku…” Lirih sahaja suara Imelda. Kepalanya segera ditundukkan.

Dari tepi, Adam dapat melihat titis – titis air mata Imelda jatuh pada patung lembunya yang berada di ribanya. Tanpa berfikir panjang, dia terus menarik Imelda ke dalam pelukannya.

“ Mula – mula baba, lepas tu abang Lan and baby pun sama. Satu – satu tinggalkan aku…” Imelda mula menangis di dalam pelukan Adam.

Baby tu….” Imelda tersedu – sedan.

“….baby tu je satu – satunya kenangan arwah tapi aku tak pandai jaga dia! Aku hilang jugak dia….”

“ Aku careless! Aku tak jaga baby tu betul – betul. Aku…Aku…”

“ Dah…dah…jangan nangis lagi! Please….” Tanpa dia sedari, dia berusaha untuk memujuk Imelda. Dia menggunakan nada suara yang selembut mungkin. Rasa bersalah bertubi – tubi menyinggah dirinya. Kesal tidak terkata kerana dia yang memulakan topik itu. Terkial – kial tangannya menepuk – nepuk bahu Imelda, mencuba sedaya upaya untuk menenangkan Imelda.

Please…Tak perlu kau nak cerita semua benda ni pada aku. Sorry that I ever bring it up! 

Maisng – masing membiarkan perasaan dan hati mereka damai dengan angin malam bertiup perlahan apabila Adam tiba – tiba dapat merasakan Imelda mengeras dalam pelukannya. Sendunya juga tiba – tiba terhenti. Mungkin Imelda mula tersedar dengan apa yang sedang terjadi antara mereka.

Imelda terdiam. Dia tiba – tiba kaku. Matanya mulai bergerak ke kiri dan kanan, cuba melihat keadan sekeliling.

Adam! Dengan sepantas mungkin, dia menarik badannya keluar dari pelukan Adam. Dia segera menjarakkan diri dari Adam sambil tangannya cuba mengeringkan air matanya yang masih bersisa.

Adam berdehem, cuba menghilangkan rasa janggal di antara mereka.

Imelda terus bangun, tidak mampu lagi rasanya dia hendak berlama – lama di situ. Imelda segera berlalu, menuju ke biliknya.

Night!” Sempat Adam menjerit pada Imelda namun sedikitpun Imelda tidak berpaling. Yang kedengaran hanyalah bunyi hempasan pintu selepas itu.

Adam menghela nafasnya. Dia melihat jam di dinding namun fikirannya masih lagi terlekat dengan apa yang terjadi tadi.

So, that’s it about you…” Adam berkata pada dirinya sendiri.

 “…well, maybe not all of it, but still, I’m getting to know you…better! I guess…” Adam tersenyum sendiri.

Bila diingatkan apa yang terjadi tadi, memang dia tidak percaya dengan apa yang telah dia buat pada Imelda.

Kenapa aku peluk dia tadi?! Dan kenapa dia boleh biar je aku buat macam tu?! Tapi…betul ke apa yang aku dengar tadi? Baby? Abang? Siapa mereka semua tu?

“ Tapi, kenapa dada aku ni berdegup kencang sangat sekarang ni?” Soal Adam pada dirinya sendiri dengan tangannya menggosok – gosok dada. Dia menarik nafas dalam – dalam sambil cuba menyingkirkan segala permainan hati yang berlegar- legar di ruang fikirannya.

Cinta Bertandang Lagi 21


BAB
21

                                                           
Here By Me…


            IMELDA mengurut lehernya yang masih tidak hilang lenguhnya semenjak petang tadi. Dia memeluk MoMo di tangan sebelah kiri. Dia memandang Khalida dan Aisha yang sudah lama tersungkur di atas katil. Kedengaran dengkuran halus namun tidak tahu pula akan siapa pemiliknya. Dia pula masih lagi tidak mengantuk. Lagipun, baru pukul sepuluh malam, memang bukan waktu untuk dia tidur lagi meskipun badan terasa begitu penat.
           
Dia menghenyakkan badan di atas katil.

Penat  betul hari ni tapi best! Imelda menggerutu sendirian.

Petang tadi mereka ke Lembah Jamison di Katoomba, antara bandar yang terdapat di Blue Mountains ni selain Leura, Wentworth Falls dan banyak lagi. Di sini, mereka datang untuk melihat The Three Sisters yang sememangnya terkenal di Blue Mountains ini. Three Sisters adalah formasi batuan yang tingginya hampir mencecah sembilan ratus lima puluh meter dan Echo Point adalah salah satu tempat untuk melihat formasi ini dengan lebih jelas lagi. Lagenda Three Sisters mengatakan di tempat ini ada tiga orang adik – beradik perempuan yang tersangat cantik hinggakan menjadi rebutan ramai. Untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah berlaku, ahli sihir kampung mereka telah menukar mereka menjadi batu. Itu yang diceritakan oleh Aisha kepada mereka tadi. Entah dari mana dia tahu cerita tu pun, tak tahulah tapi layan je.

Okey what…walaupun agak tragis. The price to pay for being pretty. Huh, pity!

 Selepas itu, ingatkan nak pergi tengok kangaroo dekat Glenbrook National Park tapi dah tutup pulak waktu tu sebab lama sangat duduk kat Lembah Jamison.
           
Segala perihal penjelahan mereka tadi berputar semula di kepala Imelda namun itu sahaja tempat yang baru mereka pergi untuk hari ni, tak tahu lagi mana destinasi mereka untuk esok hari. Puas dia melayan perasaan seorang diri tetapi matanya masih juga tidak mahu pejam.
           
“ Hai MoMo…kita nak buat apa ni?” Imelda bangun semula dan MoMo diletakan di atas ribanya.

            “ Lepak luarlah, tengok bulan dan bintang. Okey apa layan blues sekali – sekala…” Dan Imelda membawa dirinya keluar dari bilik dan berjalan menuju ke balkoni.           
“ Wah…indahnya malam ini.” Imelda meletakkan punggung di atas kerusi. Setelah berpuas hati dengan letak tubuhnya pada kerusi itu, punat ‘on’ pada MP4nya ditekan dan lagu Here By Me nyanyian 3 Doors Down mula berkumandang di telinganya.
           

            I hope you’re doing fine out there without me
Coz I’m not doing so good without you


            Bait – bait lagu yang didengarinya itu turut memutarkan semula kenangan lalu yang telah lama terpahat di hatinya. Mata Imelda mulai bergenang. Wajah Zaid Izlan  mula tergambar di ruang matanya.

            Sarrah menghenyakkan badan di birai katil. Hatinya sebal. Panas hatinya dengan perbuatan Zaid Izlan tadi. Matanya terus melirik ke arah pintu biliknya apabila terdengar tombol pintu dipulas. Zaid Izlan masuk dengan membawa sebuah gitar bersamanya.
           
“ Ni kenapa pulak ni? Nak buat kugiran jalanan ke?” Sarrah bertanya dengan kasar. Hatinya masih sakit dengan tindakan Zaid Izlan tadi.
           
Dahlah tadi bila kita tengah cakap, dia meluru je keluar, lepas tu datang bawa gitar pulak?! Nak buat apa dengan benda alah tu?! Hish!!! Marahnya!!! Geram! Menyampah!  Sarrah masih membebel, sendirian.
           
“ Bukan nak buat kugiranlah.” Zaid Izlan membalas sambil tergelak.

Ada pulak cakap kita nak buat kugiran. Ingat ni mariachi Mexico ke?

“ Adalah… Abang nak bagi surprise untuk Sarrah.” tambah Zaid Izlan lagi sambil mengenyitkan matanya.

            Kening Sarrah terjungkit sambil dia memeluk tubuh, terus sahaja dia berdiri di hadapan suaminya.

Apa pulak yang dia nak buat ni? Tanya Sarrah di dalam hati sambil matanya mengikut sahaja gerakan Zaid Izlan di dalam bilik itu.

“ Abang nak Sarrah duduk kat birai katil tu and try to enjoy this. Hope you’ll like it sayang!” Zaid Izlan mengoyak senyuman lagi. Sarrah hanya menurut arahan suaminya dan matanya meliar mengikut setiap tingkah gerak suaminya. Tiba – tiba dilihatnya  suaminya itu duduk bersila di atas lantai dan mula memetik gitarnya itu.

Dahi Sarrah berkerut seribu.

Buat lawak ke dia ni? Macam ni je ke? Fail kelas setting lah dia ni!
Zaid Izlan memandang muka Sarrah yang masih keruh itu.

“ Tak sesuai ek kalau abang  duduk macam ni?” Tanya dia lagi sambil menggaru – garu kepalanya.

Sarrah hanya diam, langsung dia tidak mahu  menjawab pertanyaan suaminya itu. Zaid Izlan segera bangun dan terus menghilang keluar dari bilik mereka, sekali lagi dia meninggalkan Sarrah seorang diri di dalam bilik itu tetapi tidak lama kemudian dia datang membawa sebuah kerusi tinggi yang diambil dari ruang tamu rumahnya. Dia mengambil tempat di atas kerusi itu dan mula memetik gitarnya semula.

Sarrah mula tersenyum namun senyumannya tidak lama. Marahnya masih ada.

 Macam ni barulah style sayang! Sempat dia memuji di dalam hati. Meskipun marah, dia tetap tidak sabar untuk melihat apa yang akan dicuba oleh suaminya itu, dengan gitar di sisinya, memang dia tertunggu – tunggu akan apa yang akan berlaku.

Sarrah menumpukan perhatian sepenuhnya, cuba menangkap bait yang dimainkan oleh Zaid Izlan apabila Zaid Izlan mula menyanyi.

I hope you’re doing fine out there without me
‘Cause I’m not doing so good without you
Things I thought you never know about me
Were the things I guess you always understood
So how could I have been so blind through all these years
Guess I only see the truth through all these fears
Baby without you

Sarrah tersenyum lebar dan kali ini senyumannya itu tidak lagi cuba disembunyikan dari Zaid Izlan.

Aku tahu lagu ini, rasanya selalu aje mendengar Qistina memekak menyanyikan lagu ni dulu tapi apa ek tajuk dia?

Dia turut mula menyanyi bahagian korusnya, perlahan – lahan. Hanya bibir sahaja yang bergerak, tiada suara yang keluar.

Anything I have in this world and all that I’ll ever be
It can all fall down around me
Just as long as I have you right here by me

Sarrah terdiam semula apabila bahagian korus habis.

Itu je yang aku tahu, hehehe…… Yang lain – lain tu tak habis hafal lagi…Bisik Sarrah sendirian sambil ketawa kecil meletus dari mulutnya. Mujurlah ia tidak didengari oleh suaminya dan dia terus sahaja menumpukan perhatian sepenuhnya semula pada suaminya itu.

I can’t take another day without you
Coz  baby I can’t never make it on my own
I’ve been waiting so long just to hold you
And to be back in your arms where I belong
I’m sorry I can’t always find the words to say
But everything I’ve ever known is swept away
Coz I don’t go along

Anything I have in this world and all that I’ll ever be
It can all fall down around me
Just as long as I have you right here by me

Sarrah bertepuk tangan apabila suaminya habis menyanyi. Kagum dia dengan bakat suaminya ini. Tiada lagi marah di hati. Terharu, cair meleleh – leleh dah hati ni…
                                                                             
“ Tak tahu pulak abang tahu main gitar. Bila belajar main?”

Zaid Izlan tersenyum. “ Ni dah tak marah dah ni?”

Sarrah terus menggelengkan kepalanya tanpa sedikitpun ragu.

“ Pandai abang ek! Bagus betul taktik abang nak cairkan hati Sarrah. Main gitar pulak dia…” Sarrah mencuit manja hidung suaminya.

Zaid Izlan ketawa mendengar komen isterinya.

“ Hai…nak pujuk hati bini, kenalah tahu banyak taktik kan…” Balas Zaid Izlan semula sambil tangannya melingkar pada pinggang Sarrah.

“ Thanks to somebody, I know how to play this song and sing it for you at the right time and at the right moment. I’m really sorry about what happened just now. I’m really am. Abang janji yang abang tak akan buat lagi. I  really love you sayang!” Ciuman tulus dihadiahkan di pipi isterinya, kiri dan kanan.

Sarrah tersenyum. Berbunga hatinya dengan setiap bait kata – kata yang diluahkan oleh  suaminya itu.

“ Tapi kan, bukan ke ada satu rangkap lagi lagu tu?” Sarrah memandang suaminya semula. Meskipun dia tidak menghafal lagu itu tetapi dia pasti lagu itu masih ada satu lagi bahagian. Tidak pula dia mendengar suaminya itu menyanyikan bahagian itu tadi.

Zaid Izlan tersengih sambil menyelak rambutnya ke belakang.
“ Aisey…Ingatkan sayang tak tahu tadi…” Lega juga dia kerana fikirannya isterinya itu tidak lagi terarah pada pergaduhan mereka tadi.

“ Kenapa tinggal part yang last tu?” Tanya Sarrah lagi.

“ Sebab abang tak hafal lirik dia and note dia pun abang tak master lagi…Belum habis berguru lagilah. Belum habis belajar lagi, cikgu dia dah tak de. Hehehhe…”

Sarrah menggeleng – gelengkan kepalanya. Ada – ada ajelah abang ni!

“ But still, it was a good show…and effort!” Puji Sarrah lagi. Pujian ikhlas dari hatinya.

“ Alah! Sayang ni…macam tak tahu pulak! Tengoklah siapa yang main ni! Sham Kamikaze pun boleh gulung tikar tau kalau abang jadi profesional!”

“ Eleh, perasan! Hih, tak malu!” Sarrah menjelirkan lidah pada Zaid Izlan dan Zaid Izlan mula mengejarnya. Akhirnya kedua – duanya terbaring di atas katil dan ketawa dengan sekuat hati.

Imelda menyapu air matanya yang mengalir di pipi. Senyuman terukir di bibir saat mengenangkan kenangan mereka yang satu itu.

“ Sarrah dah tahu part yang abang lupa tu…”

As the day all long I’ve seen
‘Cause I’ve been standing in stair for weeks when you’re not here
I’m sorry I can’t always find the words to say
But anything I’ve ever known is swept away
‘Cause I don’t go along

Dia menyanyikan bahagian terakhir lagu Here By Me itu. Matanya masih lagi berkaca. Hatinya tiba – tiba sayu apabila mengingatkan semua itu semula. Imelda mengeluh panjang.

Hope you’re doing fine out there too sebab baby kita pun dah ada kat sana untuk temankan abang….” Ingatannya turut terarah pada bayinya dahulu.

“ Baby temankan baba kat sana ye…Don’t worry pasal ibu kat sini, ibu okey je….” Lirih suara Imelda. Air matanya mula mencurah – curah namun dia cepat – cepat menyeka, tidak mahu dirinya harus terus dengan kenangan lama.

“ Sarrah, jangan macam ni. Kau kena kuat! Kau dah janji takkan menangis lagi! Ingat janji kau tu!” Imelda memberitahu dirinya lagi. Punat ‘on’ pada MP4nya ditekan semula. Kini, lagu lain pula yang menjadi halwa telinganya. Let Me Go, still by 3 Doors Down.
Imelda memandang MP4nya berulang kali. “ Apa hal asyik lagu band ni je? Tak de lagu lain ke?” Dia cuba melihat nama playlist yang digunakan.

Erm…patutlah MoMo. Playlist boyband, patutlah lagu stok tangkap syahdu je….” Imelda mendengus kecil.

“ Biar jelah ek. Kita layan jelah dulu. Jap - jap lagi adalah lagu lain pulak kan?” Imelda bersandar pada kerusinya. Dia memejamkan mata, cuba menghayati setiap baris lirik apabila tiba – tiba earphone sebelah kirinya jatuh dari telinga.

Erm…3 Doors Down. Best!” Satu suara garau kedengaran dekat di telinga Imelda. Mata Imelda masih terpejam namun dadanya mula berombak kencang. Deru nafas pemilik suara itu dapat dirasai menghembus di pipinya.

Siapa ni Mel? Hantu ke? Dah pukul berapa ni? Alahai… Tapi kenapa aku rasa macam ada orang je kat sebelah aku ni? Imelda masih tidak berani untuk membuka mata.

“ Hai!”

“ Makkkk!!!!!” Imelda tersentak, menjerit dan terus selamat tergolek ke belakang bersama kerusinya.

“ Eh…SorrySorry…Aku tak sengaja! Kau okey?” Adam cepat – cepat membantu Imelda tetapi hanya kerusi sahaja dia tegakkan semula. Imelda pula masih lagi dalam keadaan terbaring di atas lantai. Memang dia hendak menolong tetapi niatnya terbantut. Tidak berani dia hendak berbuat apa – apa, lagi – lagi dengan rupa Imelda yang sebegitu rupa.

Imelda mengurut dadanya berulang kali. Kus semangat! Rasa nak je melayan nyawa aku tadi. Biadap punya makhluk asing hijau! Imelda memandang gerangan yang bersuara. Dia mengecilkan matanya, cuba mengecam empunya diri.

“ Akulah! Adam.” Adam menjawab sambil cuba menolong Imelda bangun. Dia menghulurkan tangan namun hulurannya itu dibiarkan sepi.

“ Allah! Sakitnya pinggang aku!” Imelda mengetuk pinggangnya, cuba menghilangkan sengal pada tulang - temulangnya. Makhluk asing hijau yang masih berada di hadapannya tidak dihiraukan.

Mujur aku pakai pijama, kalau aku pakai baju kelawar ke tadi, tak ke dah jadi kes over exposure tadi?! Hush! Bahaya giler! Mujur…mujur…

Gerakan tangan Imelda tiba – tiba terhenti. Tiba – tiba mindanya teringat pada sesuatu yang asalnya berada dalam tanganya tadi. MoMo! Mana dia? Mana aku campak dia tadi?! Imelda terbongkok – bongkok mencari.

“ Kau cari apa?” Adam bertanya, sekadar berbasa basi namun langsung tidak dipedulikan oleh Imelda.

“ Kau cari ni?” Tanya Adam lagi sambil tangannya menghulurkan sesuatu.

Pertanyaan Adam kali ini menarik minat Imelda dan segera dia mengangkat muka. Tangannya segera menarik MoMo dari pegangan Adam dan terus dipeluknya sekuat mungkin. Dia memandang Adam dengan pandangan membunuhnya.

Sengaja buat aku terbongkok – bongkok mencari padahal dah ada dengan dia! Buat penat aku je. Sengal!

Imelda mula melangkah, menghala ke biliknya apabila Adam memanggilnya semula.

Ada apa lagi mamat ni? Nak cari gaduh ke? Getus hati Imelda lagi. Lambat – lambat sahaja dia berpusing ke belakang.

“ Kau tak nak ni ke?” Pandangan Imelda jatuh pada tangan Adam yang sedang memegang sesuatu.

MP4 aku! Imelda terus meluru ke arah Adam dengan lajunya dan tangannya segera mahu menyambar MP4nya apabila tangan Adam dahulu yang menyambar tangannya pula. Imelda cuba menarik lepas tangannya namun pegangan Adam terlalu kuat.

“ Oit! Lepaslah! Apa pegang – pegang ni?” Imelda berusaha melepaskan pegangan tangan Adam.

“ Duduk dulu. Teman aku. Aku tak boleh nak tidur la...” Pinta Adam dengan sebaik mungkin.

Imelda terkebil – kebil sahaja berdiri di situ dengan dahi berkerut seribu. Suka hati minta aku teman dia…Ingat aku nak sangat ke? Baik aku masuk tidur, lagi best!

Please….” Pinta Adam lagi, seakan merayu.

Imelda akhirnya mengalah dan menghenyakkan punggung di atas sofa dan Adam mengambil tempat di sebelahnya.

Dia memandang sekilas wajah Adam yang tersenyum padanya dan dia membalas senyuman itu semula. Pelik kenapa dia berbuat begitu tapi memang itu yang terjadi.

Mel, kau memang dah gila! Sempat Imelda menggerutu sendiri di dalam hatinya.