Wednesday, March 9, 2011

Cinta Bertandang Lagi 34


BAB
34


Kasih Tercipta…


IMELDA merenung kawasan sekeliling di dalam rumahnya itu. Kosong. Sepi. Dia melihat pula jam di atas meja belajarnya itu. Tiba – tiba dia mengukir senyuman, terkenangkan kisah lama.

“ Biasanya, pada waktu macam ni, mesti tengah tengok ulangan soap opera dengan mama.” Imelda menyapu air mata yang tiba – tiba tumpah di pipinya.

“ Ahh, Mel. Kau tak boleh macam ni. Dah hampir tiga bulan mama pergi. Kau kena kuat. Ingat yang kau kena tolong Adam. “ Imelda mengingatkan dirinya semula.

Telefon bimbitnya tiba – tiba bergetar. Imelda mengambilnya lalu melihat nama yang terlayar di skrin.

Not now Khaled…” Tanpa berfikir panjang, Imelda terus sahaja mematikan telefon bimbit itu dan dicampaknya telefon itu ke atas katil.

Imelda meletakkan semula pennya.

“ Dia tu satu lagi masalah! Arghhh!!! Serabut perut dibuatnya!” Imelda mencapai MoMo yang berada tidak jauh darinya.

“ Tak faham Bahasa Melayu ke? Orang dah cakap orang tak nak, orang tak naklah kan! Kan MoMo kan?” Imelda membebel lagi.

“ Aku ni bini orang! Gila ke ajak aku kahwin?! Sengal! Selekeh! Typical unhealthy – minded guys!” Imelda terus menyumpah apabila terkenangkan kejadian beberapa hari yang lepas. Tiba – tiba sahaja si Khaled itu melamarnya. Kalau tidak difikirkan tentang suasana sekeliling ketika itu, mahu sahaja dia menempeleng Khaled di situ juga. Tak ada logik punya orang! Semenjak kejadian itu, dia memang tidak kuasa hendak bersua muka dengan Khaled.

It’s over. I’m done! Kawan pun aku tak nak dah! Lantaklah apa nak jadi pun yang pasti aku tak nak dah jumpa mamat tu sampai bila – bila. EiihhPyscho!”

  Dia cuba menyambung semula penulisannya namun langsung dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Bermacam yang dia sedang fikirkan. Adam, Khaled, hal belajar…and macam – macamlah lagi. Pemergian mengejut mama telah mengubah pelbagai keadaan dan perancangannya.

Argh! Tensionnya mula naik ke kepala.

Imelda tersentak apabila mendengar pintu luar dihempas dengan begitu kuat. Dia segera berlari keluar untuk melihat keadaan di luar. Hatinya tiba – tiba diraut pilu apabila melihatkan raut wajah Adam yang tidak bermaya melangkah masuk lalu menghenyakkan tubuhnya ke atas sofa.

“ Adam…” Imelda cuba memanggil Adam, namun tiada balasan. Imelda mendekatkan lagi dirinya dengan Adam.

“ Adam…Kau nak makan? Boleh aku siapkan. Nak?” Imelda bertanya sambil terus sahaja dia mengambil tempat di sebelah Adam namun dia tetap juga berhati – hati menjaga jarak antara mereka. Pemergian mama tetap tidak mengubah keadaan mereka yang sedia ada namun walau apa pun, Adam tetap suaminya, dan dia harus membantu Adam pada saat – saat sebegini.

Adam terus membuka matanya semula apabila terdengar suara Imelda di sebelahnya.

“ Tak apa, aku tak ada seleralah.” Adam bingkas bangun dan terus masuk ke biliknya.

Imelda meneleku, merenung lantai. Memang itulah jawapan yang akan diberikan oleh Adam setiap kali dia bertanya.  Dia risau melihatkan perubahan Adam. Adam tidak lagi banyak bercakap seperti dahulu. Dirinya juga nampak seperti tidak terurus. Wajahnya jelas cengkung dan misai dan juga janggutnya juga dibiarkan sahaja tumbuh tanpa diurus dengan sebaik mungkin.

Imelda menarik nafas dalam – dalam.

“ Tak boleh! Dia tak boleh macam ni!” Imelda membuat nekad.

“ Sampai bila kau nak macam ni Adam? I’m not gonna be here for you forever. Kau kena sedar. You have to move on! That’s it! Moving on, Adam Mikhail!”

“ Adam!” Imelda terus meluru masuk ke bilik Adam. Dilihat Adam terbaring di atas katil tanpa menukar pakaiannya yang tadi.

“ Jom!” Imelda menarik tangan Adam namun Adam hanya membatukan diri di atas katil. Sedikitpun dia tidak mahu berganjak.

If you cherish even a little bit of our memory together, please…”

Adam membuka matanya. Wajah yang dahulunya terserlah serinya kini kelihatan cengkung dan lesu.

What Mel?! Can you just leave me alone here?” Meskipun lembut, namun ada nada ketegasannya di situ.

Imelda tersenyum. Sekurang – kurangnya, Adam masih mahu memberikan respon padanya.

Adam masih boleh ‘dipulihkan’. He just need a little help and a bit of energy booster. That, I can help him with. It’s the least I can do. Imelda berkata – kata dengan dirinya.

Okay, that’s a start, dear. Come on, bangun!” Imelda menggunakan seluruh kudratnya untuk menarik Adam untuk bangun. Adam akhirnya bangun, namun punggungnya masih lagi ‘melekat’ pada tilamnya.

“ Bangunlah…” Imelda menarik lagi dan kali ini Adam terpaksa menurut. Imelda menolak Adam sehingga mereka sampai ke muka pintu bilik air. Mereka masuk berdua ke dalam bilik air itu. Imelda mendudukkan Adam pada toilet seat yang ada di situ. Dia mencapai shaver cream yang ada pada kabinet di situ. Dipicit di atas telapak tangannya dan dia mula menyapunya pada sekitar bahagian dagu dan leher Adam.

“ Mel, apa ni?” Adam cuba menepis namun Imelda tetap juga meneruskan perbuatannya.

Hish, cuba duduk diam sikit! Just sit tight, will you?! Banyak songehlah awak ni…” Imelda membebel sambil menggetap bibir.

Melihatkan Imelda yang begitu bersemangat, Adam hanya mampu membiarkan sahaja.

“ Aku tak pernah buat benda – benda macam ni, so kalau sakit, beritahu tau…” Imelda mula menggerakkan shaver di tangannya di sekitar muka Adam.

Adam membiarkan sahaja Imelda dengan kerjanya. Setiap tingkah laku Imelda menjadi santapan matanya. Sedikitpun dia tidak mengalihkan pandangannya dari Imelda.

“ Apa pandang – pandang? Ada hutang ke?” Imelda beriak ceria, cuba menaikkan mood di antara mereka. Getaran hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu.

“ Kenapa kau nak buat semua ni?” Adam tiba – tiba bertanya pada Imelda di hadapannya.

Imelda langsung memberhentikan kerjanya dan dia bertukar pandangan dengan Adam.

“ Saja!”  Imelda cuba berlagak selamba. Dia meneruskan semula kerjanya.

Adam tiba – tiba sahaja menangkap tangan Imelda. “ Kenapa?” Adam mengulang semula pertanyaannya.

Imelda melepaskan tangannya dari pegangan Adam sebelum menjawab pertanyaan Adam. Dia menarik nafas dalam – dalam.

I just want my roomate to look handsome and macho. I like the way my roomate used to look like before. I miss that arrogant, over confident Adam Mikhail. And I miss to have fights with him.” Tanpa disedari, air mata mula berladung di tubir matanya. Cepat – cepat dia menyekanya.

“ You know what? Totally hate seeing him like this. That’s why I’m doing all this. Nanti aku dapat balik my roomate! Sebab…Sebab aku nak dia balik. I want that Adam back…”  Imelda cepat – cepat mengubah nada. Tidak mahu Adam membaca perasaannya di kala itu.

Adam hanya diam mendengarkan jawapan Imelda. Dia juga merindui Adam Mikhail yang lama itu. Namun, di mana dia harus mencari?!

 Mama already took that Adam with her to her grave. I can’t never be the same Adam. Not without her around.

“ Hah, dah siap pun!” Suara Imelda terus mengejutkan Adam dari lamunannya sebentar tadi. Dia memandang Imelda semula.

 Imelda membawakan cermin dan diletakkan di hadapan Adam namun Adam tidak menunjukkan apa – apa reaksi tentang rupa barunya itu. Namun Imelda juga tidak mahu berputus asa.

“ Okey, never mind that! Sekarang ni, kau pergi mandi pulak, aku tunggu dekat sini. Cepat!” Imelda menarik Adam bangun dan ditolak Adam masuk ke dalam kawasan bilik mandi. Imelda terus sahaja memalingkan tubuhnya membelakangkan Adam.

Imelda mahu menoleh ke belakang apabila telah sekian lama, dia masih tidak mendengar apa – apa bunyi, namun dia segera membatalkan niatnya itu apabila bunyi air pancuran mula kedengaran.

Imelda tersenyum lagi.

Lepas ni, after dia siap mandi, aku nak bawa dia pergi makan, and then we go take a stroll. Erm…That would be really nice. Imelda berkira – kira sendiri.

Adam membiarkan air yang mencurah – curah itu membasahi dirinya. Sekali sekali dia menoleh ke luar. Dia melihat Imelda masih juga setia menunggu. Dia mengeluh panjang.

Imelda mengubah letak kakinya.

Letih juga bila menunggu orang ni. Biasa orang yang tunggu kita tapi bila sekali sekala kena tunggu orang ni, haih, letih! Memang macam ni ek rasanya?! Imelda mengomel seorang diri, cuba untuk mengisi masanya yang terluang.

Adam membuka t-shirt yang mulai lencun di badannya dan dicampak ke tepi. Pandangannya kembali pada Imelda. Dilihatnya Imelda masih mundar – mandir di tempatnya. Air pancuran terus dibiarkan terpasang. Sliding door dibuka. Dia tiba – tiba menarik Imelda masuk.

“ Adam…Apa ni?” Imelda meronta di dalam pelukan Adam. Dia keliru dengan apa yang sedang terjadi. Imelda terus resah di tempatnya. Dia mulai basah kuyup dengan air yang mencurah dan juga air dari tubuh Adam.

“ Adam…Tak mahulah macam ni…” Imelda cuba untuk menolak Adam. Sedaya upaya dia mahu melepaskan diri dari dakapan Adam.
 Mel…Jangan tinggalkan aku. Please…” Bisikan Adam berlagu lembut di telinga Imelda.

“ Adam…”

“ Mel, please…” Pelukannya pada Imelda terus dieratkan.

Imelda akhirnya merelakan sahaja keadaan di antara mereka itu. Dia membalas semula pelukan Adam padanya.

~~~~~~~
do comment all dearest reader~~

4 comments:

  1. kesian ka t adam,harap mel dapat buat adam jadi baik balik...huhu..mandi same-same ek....

    ReplyDelete
  2. yup...sian adam...hope kak eira cpt sambung ae...

    ReplyDelete
  3. kehilangan org yg disayangi..mmg memerlukan kekuatan dan sokongan org yg kuat di sekeliling kita..tapi yg penting org tu sendiri kena berubah..tabik spring kat emelda..yg ada untuk membri semangat kat adam yg hilang punca utk hidup..apa apa tahniah..menunggu utk n3...

    ReplyDelete
  4. darl~ bila siri 35 :S da x tahan :S

    ReplyDelete