Monday, February 14, 2011

Cinta Bertandang Lagi 33


BAB
33


Datang dan Pergi…


“ MAK AII!!! Comelnya baby kau Haykal!” Imelda terus mengambil bayi itu dari katil kecilnya.

Confirm ke ni anak kau? Bukan kau culik anak orang lain ke ni?”

Haish! Itu biadap tu…” Mencerlung mata Haykal melihat si penanya soalan. Imelda mula terasa dirinya mengecil.

Aku salah cakap ke? Kasar sangat ke tadi? Hati Imelda mula menggetus resah.

“ Apa?! Ingat gen aku ni tak boleh perform ke?” Jawapan selamba Haykal mencetus tawa yang lain. Lambat – lambat sahaja Imelda tersenyum. Di dalam hati dia mengucap lega.

“ Erm…kau orang dah ada cadangan nak beri nama apa pada baby ni?” Kali ini Adam pula bertanya sambil terus bermain – main dengan bayi Haykal yang berada dalam dukungan Imelda.

“ Nama? Lupalah pulak aku pasal tu. Aku dengan Khalida memang tak fikir apa – apa lagi untuk nama dia. Kau orang ada apa – apa idea tak?”

“ Nama anak kau, takkan kita orang pulak yang nak bagi?!” Rehan pula menyampuk.

“ Tak apa, kami tak kisah. Lagipun, baby tu baby kau orang jugak! Nanti, kau orang semua jugak yang akan jaga dia.” Khalida melihat wajah – wajah di hadapannya, namun jelas kelihatan rupa mereka yang masih tidak yakin dengan apa yang baru dikatakan tadi.

“ Betul, aku dengan Haykal tak kisah. Kalau ada apa – apa cadangan, beritahulah. Boleh kita sama – sama pertimbangkan. ”

“ Hah, bini aku dah bagi lampu hijau, so kau orang tak payah risaulah. Silalah bagi idea – idea yang gempak untuk nama anak aku ni. Borang penyertaan boleh dihantar mulai hari ini dan akan ditutup sejam kemudian. No terms and conditions apply! No registration fee also!”

“ Kau ni kan, cubalah serius sikit. Kadang – kadang, aku naik musykil tau! Kau ni dah ready ke belum nak jadi bapak budak? Perangai still jugak senget! Entah apa – apa aje!” Kali ini, Aisha pula membidas Haykal.

“ Alah, takkan aku kena jadi serius pulak bila aku dah jadi bapak? Menangis anak aku tu nanti kalau dia tahu aku ni seorang yang membosankan tau! Biarlah aku dengan hidup aku macam ni hah…Hah, semua orang suka dan bahagia. Tak gitu?!”

Aisha hanya mencemik.

“ Hah, lagi satu! Mulai hari ni, aku lantik kau orang berempat jadi ayah angkat and mak angkat pada anak aku ni, boleh?”

Belum sempat sesiapa menjawab, Haykal menyambung lagi.

“ Mak ayah angkat yang pertama are Adam and Imelda...”

“ Aik?! Bagi sebab sikit. Kenapa bukan aku dengan Rehan jadi yang pertama?” Aisha tiba – tiba manyampuk dengan nada yang seakan – akan merajuk.

 “ Sebab dia orang yang dah kahwin dulu, kau tak lagi! So, duduk diam – diam. Jangan nak banyak soal pulak. Siapa suruh tak kahwin – kahwin lagi sampai sekarang?! Hah! Padan muka kau!”

“ Okey, alasan diterima!” Jawab Aisha semula sambil tersengih, bukan dia benar – benar merajuk pun. Sekadar mahu mengusik Haykal.

Ralit Khalida memerhati bayinya yang berada di dalam pangkuan Imelda. Tersenyum lagi apabila melihat Adam yang turut sama asyik melayan di sisi Imelda.

“ Nampak comel je kau orang dua bila ada budak sekali. Bila lagi nak timang anak sendiri pulak?” Tanpa sedar, Khalida mengutarakan soalan cepumas itu pada Imelda dan Adam.

Adam terus kaku terdiam. Imelda pula mati kutu. Imelda bertukar – tukar pandangan dengan Adam. Masing – masing mengharapkan salah seorang daripada mereka mampu untuk memberikan jawapan yang terbaik untuk soalan itu.

“ Entah. Biarlah kita orang berdua dulu. Kalau dah ada orang ketiga pula nanti, dah tak romantik pulak kan.” Adam mengalah. Dia merelakan diri untuk menjawab soalan Khalida itu meskipun hakikat sebenar jauh lebih rumit dari apa yang baru dia ucapkan.

“ Huh! Yelah tu! Tengoklah tu! Tup tup nanti, kita dapat berita yang orang tu berisi pulak kan! Hah, siapa tahu kan! Terkenan!” Rehan tiba – tiba ‘mencucuk’ jarum, cuba menghangatkan suasana.
Mata Imelda terus menjengil apabila mendengar kata – kata Rehan itu. 

Gila ke?! Anak dengan Adam?! Hidup aku dengan dia pun masih lagi kucar – kacir, ini nak tambah dengan baby pulak! Memang cari nahaslah tu! Tak ada kerja, saja nak cari kerja!

Imelda tersenyum sendiri sambil pandangan jatuh pada anak Haykal yang didukungnya. Kelakar pula rasanya apabila membayangkan wujudnya bayi antara dia dan Adam.

“ Aisha, ambillah pulak budak ni. Dah lenguh dah tangan aku ni. Lagipun, aku nak pergi ambil angin sekejap. Tolong ek…” Imelda menghulurkan bayi dalam dakapannya itu namun Adam pula yang beria – ia mahu mengambil bayi itu dari tangannya.

“ Eh…Eh…boleh ke nak pegang budak ni?” Imelda teragak – agak mahu menyerahkan bayi kecil itu pada Adam.

“ Alah, biarlah dia belajar macam mana nak pegang budak. Bila lagi nak cari pengalaman kan?” Rehan pula cuba untuk menyakat.

“ Bagilah dia. Tadi kau kata nak keluar. Pergilah, kejap – kejap lagi aku ikut kau. Jangan risaulah. Takkanlah aku nak jatuhkan budak tu pulak?” Adam menyakinkan lagi Imelda sebelum Imelda menyerahkan juga bayi itu pada Adam.

“ Aku keluar dulu ek?”

“ Pergilah. Don’t worry, kejap lagi aku hantar pulak suami kau ni. Pergilah…Pergi…”

Sorry ek…Nanti aku datang balik.”

Don’t worry Mel. Aku tahu kau memang bermasalah sikit datang kat tempat – tempat macam ni kan?” Haykal tersenyum. Faham sangat dengan penyakit ‘alergi’ Imelda bila sahaja mereka berada di hospital.

Just go. Take some fresh air…Nanti, kau datanglah sini balik kan?”

Imelda tersenyum.

Haykal memang baik. Pujian Imelda hanya bergema di dalam hatinya sahaja.


IMELDA memerhati kawasan sekeliling. Dapat dia melihat pelbagai rupa dan perasaan yang dipamerkan dari orang – orang di sekitarnya.
Imelda mengeluh lagi sambil menggeleng – gelengkan kepalanya. Dia sangat tidak menyukai kawasan hospital atau kawasan – kawasan yang berkaitan dengannya. Semuanya hanya memberikan gambaran buruk.

Segala pengalaman pahit mula bermain di fikirannya setiap kali dia berada di kawasan seperti ini. Kematian Zaid Izlan dan juga kematian bayinya. Tiada satu pun antara perkara itu mahu diingatinya kembali. Jika bukan kerana Haykal dan Khalida, tidak ingin dia menjejakkan kaki di tempat ini lagi.

Lamunan Imelda tiba – tiba terhenti apabila berlaku kekecohan di bahagian pintu depan hospital itu. Mata Imelda terus – menerus mengikut adegan cemas di hadapannya. Dia cuba memasang telinga dan Imelda dapat menangkap serba – sedikit yang sedang dikatakan oleh staf – staf medikal di situ.

Entah mengapa, bagai ditarik – tarik, Imelda terus melangkah mengikut mangsa itu ke kawasan ER. Hatinya tersentap apabila pakaian yang dipakai oleh mangsa itu. Dia seakan kenal namun untuk mengesahkan lagi gusar di hatinya, dia merapatkan lagi dirinya pada mangsa itu.

Melihat mangsa yang terbaring di atas katil itu, membuatkan Imelda hilang kata – kata. Imelda tidak mampu untuk berlama lagi. Dia terus berlari meninggalkan kawasan itu.

“ Adam! Adam! Aku kena beritahu Adam!” Imelda menekan punat lif berulang kali.

“ Cepatlah!” Imelda tidak lagi mampu bertenang. Air matanya laju merembes keluar.

Imelda berlari keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Dia berlari lagi menuju ke arah wad yang menempatkan Haykal dan Khalida.

“ Adam…Adam…Please be there! Please…” Imelda terus – menerus berdoa di dalam hatinya.

“ Adam!” Suara Imelda sedikit menjerit sejurus sahaja pintu wad dibukanya.

Adam terus meluru mendapatkan Imelda apabila melihatkan keadaan Imelda yang kalut itu.

“ Mama…mama…” Putus – putus bicara Imelda kerana dia masih tercungap – cungap.

“ Kenapa dengan mama? Kenapa?” Adam memaut erat bahu Imelda, cuba untuk menampung Imelda yang mulai lemah.

Aisha, Rehan, Haykal dan Khalida yang masih terpinga – pinga dengan apa yang terjadi, hanya mampu memerhati dari belakang.

“ Mel…Mel…Beritahu aku, kenapa dengan mama?” Adam terus mendesak Imelda. Hatinya mula tidak senang. Fikirannya mula ditujah pelbagai persoalan.

“ Ikut aku!” Dengan kekuatan yang masih berbaki dalam dirinya, Imelda menarik tangan Adam dan mereka keluar bersama dari bilik itu.

“ Apa dah jadi sebenarnya ni?” Haykal bertanya pada kawan – kawannya yang masih tinggal di bilik itu.

“ Aku pun tak tahu tapi yang pasti ada kaitan dengan Aunty Salma.” Aisha meluahkan pendapatnya.

“ Tak apa, aku nak pergi ikut dia orang. Aku takut kalau jadi apa – apa nanti. Jom, Aisha.”

“ Nanti, kalau ada apa – apa, beritahu aku ek. Aku tunggu kat sini.” Haykal sempat menitipkan pesanan sebelum mereka berdua itu keluar meninggalkan mereka.

“ Kalau betullah ada kaitan dengan Aunty Salma, minta – mintalah tak ada apa – apa yang buruk jadi dekat Aunty. Takut Ida tengok Mel tadi.”

“ Abang pun minta macam tu jugak. Tak apalah, kita tunggu je khabar dari Rehan nanti.” Haykal memeluk isterinya itu sambil menghadiahkan kucupan di dahi. Hatinya turut gusar memikirkan kemungkinan yang terjadi pada Aunty Salma namun dia harus berada di sini menemani isteri dan bayinya. Buat masa ini, dia hanya mampu untuk mendoakan yang terbaik sahaja.


ADAM menyingkap tabir itu dengan kuat.

Time of death, 2.05 pm.” Kain putih langsung diangkat menutupi mangsa dan mereka terus sahaja meninggalkan kawasan itu.

“ Mama!” Adam terus meluru ke arah tubuh yang terbaring kaku di atas katil itu.

I’m sorry, sir. But you cannot be here. Only…”

I’m her son!” Jerit Adam di situ sambil merentap tangannya dari pegangan staf yang cuba membawanya keluar tadi.

I’m her son!” Pekikan Adam kali ini mengejutkan semua yang berada di situ. Staf medikal yang tadinya berada dekat dengan Adam, segera menjauhkan diri.

Meskipun agak terkejut, Imelda masih mampu berfikiran rasional. Dia segera menganggukkan kepalanya sedikit pada staf tadi, tanda meminta maaf atas tindakan Adam.

Adam bertukar – tukar pandangan dengan Imelda, seakan meminta pengertian. Imelda sudah tidak berdaya menahan air matanya dari jatuh.

“ Mama…Mama…bangun mama! Jangan takutkan Adam macam ni! Bangun mama! Bangun….” Adam mengoyang – goyangkan tubuh kaku mamanya. Dia memeluk erat tubuh mamanya itu.

Air mata Imelda terus merembes keluar dengan lajunya apabila melihat reaksi Adam yang sebegitu rupa.

“ Mel…Mel…” Adam tiba – tiba memanggil nama Imelda. Dia bangun dan terus sahaja  mendapatkan Imelda.

“ Kejut mama, please... Tolong aku kejut mama.” Adam menarik Imelda supaya merapati mama.

“ Tolong aku kejutkan mama…” Rayu Adam lagi, namun Imelda hanya berdiri kaku di tempatnya. Dia tidak mampu mahu berbuat apa – apa.

“ Mel…Tolong aku Mel…” Adam kembali mengongoi seperti anak kecil. Dia masih lagi memegang erat tangan mamanya.

Hati Imelda dihurung rasa hiba yang tidak terhingga. Tidak pernah dia melihat keadaan Adam yang sebegitu lemah.

“ Adam…” Imelda menyapa lembut sambil tangannya memaut pada lengan Adam.

“ Mel…” Adam memandang Imelda dengan mata yang bergenang dan air mata yang masih mencurah – curah.

“ Mama…” Adam tiba – tiba memeluk Imelda dengan erat sambil menangis sepuas hatinya.

“ Mel!” Rehan dan Aisha tiba – tiba muncul.

Aisha menekup mulutnya apabila melihat gerangan yang terbaring di katil di hadapannya.

“ Mama dah tak ada! Mama…” Tiada lagi rasa malu yang menghalangnya. Esakan Adam seakan tidak ada noktahnya. Pelukannya pada Imelda semakin erat.

“ Mama…”

“ Adam…” Rehan pula cuba untuk menenangkan Adam.

“ Mama aku….Mama aku… Macam mana aku nak hidup lepas ni?” Adam terus meluahkan rasa hatinya.

“ Adam!” Haykal pula datang mendapatkan mereka. Sememangnya dia tidak senang duduk, sebab itu dia keluar juga mencari mereka.

“ Ya Allah! Adam! Kenapa ni?” Haykal terus merapati Adam dan Imelda. Dari luar lagi, dia dapat mendengar suara esakan Adam.

“ Mama…” Lirih suara Imelda, memberitahu.

“ Innalillah…”

Haykal menarik nafas dalam – dalam sebelum mengalihkan semula perhatiannya pada Adam.

“ Sabar Adam! Sesungguhnya Allah lebih sayangkan mama kau. Kau tak boleh macam ni bro, kau kena tabah!”

“ Kal, aku…aku…Aku tak tahu apa aku nak buat lepas ni. Macam mana…. Mama dah tak ada, Kal!”

“ Mel kan ada. Mel mesti jaga kau...Mama kau pun..”

“ Dahlah Kal, tak payahlah kau nak cakap apa – apa lagi. Aku nak keluar! I need time!” Adam menepis tangan Haykal sambil terus sahaja berlalu tanpa sedikitpun berpaling ke belakang.

“ Adam…” Imelda mahu mengikut Adam namun laju sahaja dia dihalang oleh Haykal.

“ Tapi…” Imelda memandang Haykal, cuba meminta pengertian Haykal. Dia juga mahu menjelaskan niat dia mahu mengikuti Adam pada Haykal namun Haykal terlebih dahulu bersuara.

Just leave him. He need his time, alone!” Tegas Haykal menutur kata.

“ Tapi kalau ada apa – apa nanti…” Aisha juga seakan tidak bersetuju dengan tindakan Haykal yang mahu membiarkan Adam seorang diri.

“ Tak, dia takkan buat apa – apanya. Dia akan datang balik nanti. Mama dia still ada di sini. Dia akan balik untuk uruskan semua ni. Kita semua just tunggu and help him cope with all this.”

“ His mother was priceless to him. She was everything. Of course, he’s still in shock but he’ll be back. He’ll definitely coming back. Aku kenal dia.” Tambah Haykal lagi.


LANGKAHAN Imelda longlai sahaja menuju ke apartmentnya. Handphone masih lagi di tangannya. Berkali – kali dia mencuba untuk menelefon telefon bimbit Adam namun tetap juga tidak diangkat. Dia meraba – raba di dalam tas tangannya, cuba mencari kunci namun dia terkejut apabila melihat pintu apartmentnya tidak tertutup rapat.

“ Eh, kita orang tak kunci rumah ke bila keluar tadi?” Imelda bertanya pada dirinya sambil cuba mengingatkan semula namun dia pasti yang pintu mereka memang ditinggalkan dalam keadaan berkunci tadi.

Imelda perlahan – lahan menolak daun pintu dan berhati – hati dia melangkah masuk sambil memikirkan kemungkinan ruamhnya itu dimasuki pencuri namun telahannya salah apabila melihat kawasan sekitar masih kekal seperti yang ditinggalkan dan semua barang masih di tempatnya.

Imelda segera berlalu ke bilik tidurnya, dan semuanya juga teratur. Dia berlalu pula ke bilik mama. Sayup – sayup dia kedengaran satu suara. Seakan – akan esakan.

“ Adam!” Imelda berlari mendapatkan Adam yang terperosok di tepi katil arwah mama sambil memegang erat potret mama.

“ Adam…” Hati Imelda sebak melihatkan keadaan Adam itu. Dia meletakkan tangan pada bahu Adam.

“ Mama dah tak ada, Mel…” Kedengaran getar di hujung suara Adam. Matanya langsung tidak lepas dari menatap potret mama.

“ Adam…” Imelda mati kutu. Sesungguhnya dia mengerti perasaan kehilangan itu namun apa yang mampu dia lakukan sekarang? Apa yang mampu dilakukan untuk Adam?

“ Adam….” Imelda menarik Adam ke dalam pelukannya.

“ I promise everything’s gonna be okay from now on….Janji…”

Meskipun tiada lagi suara esakan yang kuat seperti tadi, namun dia tahu yang Adam sedang menangis apabila merasakan bahu Adam yang terhingut – hingut.

Shhh….Don’t cry, please…” Pujuk Imelda lagi. Imelda juga segera menyeka air matanya sendiri daripada tumpah. Dia harus kuat. Dia harus kuat, sekurang – kurangnya untuk Adam.

No comments:

Post a Comment