Sunday, February 13, 2011

Cinta Bertandang Lagi 31


BAB
31


“ KENAPA kau tidur kat luar semalam? Kenapa tak tidur kat dalam?” Tanya Imelda pada Adam yang masih terpisat – pisat di atas sofa. Pelik juga bila melihat Adam tiada di sebelahnya tadi. Ingatkan bangun awal, rupa – rupanya ada sahaja dia tidur di atas sofa, siap berdengkur lagi.

“ Saja…” Jawab Adam, acuh tak acuh. Dia bingkas bangun sambil mengangkat mangkuk meggi semalam yang masih tidak berbasuh, dibawa ke sinki.

“ Eh, takpe! Biar aku basuh!” Imelda cuba mengambil mangkuk di tangan Adam namun Adam langsung tidak melepaskan tangan.

“ Tak apa! Aku boleh buat!”

Imelda membuntuti Adam ke dapur, berasa pelik dengan sikap Adam yang tiba – tiba ‘berangin’ pagi ini. Kenapa Adam macam takde mood je ni? Cakap dengan aku pun macam tak ikhlas je. Takkan dia terasa kot pasal apa yang aku cakap semalam?

“ Adam…” Panggil Imelda lagi.

“ Erm…”

“ Kau marah ke? Kau marah ke aku cakap macam tu semalam?”

Adam menarik nafas dalam – dalam. Pili air dipulas laju.

Can’t we just drop the subject already? Fine! There’s no baby! You damn happy about it and I’m fine! What else to talk about yesterday?!” Tukas Adam semula sambil menghempas kasar mangkuk yang baru dibasuhnya tadi.

Imelda terus tersentak! Apa ni?! Kenapa nak cakap kasar macam tu?

Sorry Mel. Aku tak niat nak tengking kau tadi. Sorry, it just that aku pening sikit…”

Imelda buru – buru mendapatkan Adam. Terus dia meletakkan telapak tangannya pada dahi Adam dan dahinya sendiri. “ Kau sakit ke? Demam ke? Ada muntah – muntah lagi ke?”

Adam menarik tangan Imelda dari terus menyentuh dahinya. “ No, I’m fine!”

Maybe I just need some sleep and rest…” Tambah Adam lagi sambil terus berjalan lagi menuju ke bilik. Imelda laju mengikut di belakang namun langkahannya terhenti bila Adam terus menghempaskan pintu sebelum dia sempat masuk.

Imelda tidak jadi masuk. Dia terus ke ruang tamu, dan tv dipasang namun fikirannya terus kacau memikirkan sikap Adam yang tiba – tiba dingin dengannya.


“ AISHA!” Dari jauh lagi, Imelda sudah berteriak sakan bila melihat kelibat Aisha. Terus dia berlari – lari anak mendapatkan kawannya itu. Ada berita yang mahu dikongsi.

“ Kenapa tengok aku sampai macam tu sekali?” Imelda bertanya semula pada Aisha dengan senyuman masih lagi melebar di bibirnya.

“ Hai, suka hati nampak. Kenapa ni senyum – senyum? Ada apa – apa ke?” Aisha menangguhkan dahulu tujuan sebenar dia mencari Imelda apabila melihat rupa Imelda yang ceria semacam itu.

“ Ada apa – apa berita gembira ke?” Aisha cuba memancing lagi. Namun Imelda laju sahaja menggeleng. Kali ini dia tertawa pula, membiarkan sahaja Aisha yang terkebil – kebil memandangnya. Sememangnya hari ini, dia berasa sangat gembira. Terasa hatinya begitu lapang, tidak lagi sesak seperti sebelumnya.

“ Aisha! Aku happy sangat ni!” Imelda tiba  tiba memeluk Aisha sambil terus melompat – lompat girang.

Yes! I can see that very much clearly…”

“ Kau tahu kan kenapa aku setuju kahwin dengan Adam dulu?” Imelda mula mahu membuka cerita.

And what’s about it…” Aisha tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Imelda

“ Aku tak pregnant, Aisha! Apa yang aku takutkan akhirnya tak terjadi. Lega sangat aku, babe!” Imelda melaungkan berita itu sekuat mungkin  di hadapan Aisha.

Aisha langsung melepaskan tangannya dari genggaman menyebabkan Imelda serta – merta berhenti dari menjerit gembira di situ.

“ Lah, kenapa ni?” Imelda segera bertanya apabila melihat mood kawannya itu tiba – tiba sahaja berubah.

And you’re happy about it? How’s Adam then?” Aisha menjawab sambil mengeluh.
“ Kenapa dengan Adam? Of courselah dia pun okey kan bila aku tak pregnant.” Balas Imelda lagi sambil tersenyum pendek.

And you’re sure that he’s okey with it?”

“ Apa yang kau nak cakap ni Aisha?”

“ Tak ada apa – apalah…”

“ Aisha, macam kau tak tahu aje macam mana keadaan aku dengan Adam. Impossible aku nak ada anak dengan dia. Lagipun, aku setuju untuk kahwin dengan dia pun sebab takutkan yang mungkin aku akan mengandung, tapi sekarang aku dah tak perlu takut akan apa – apa kemungkinan lagi. Tak akan ada apa – apa yang  dapat mengikat aku pada Adam. ”

Imelda tidak mempunyai masalah untuk berterus terang pada Aisha kerana Aisha tahu akan perjanjiannya bersama Adam.

“ Tapi, takkan kau tak nak bagi peluang pada Adam? Maybe if you’re really try to get know him, you would really love him after that. Aku nak sangat tengok kau orang bersama – sama. You guys make such a great couple.”

Imelda medengus kecil mendengarkan kata – kata yang keluar dari mulut Aisha itu.

Happy with Adam?” Nada suara Imelda jelas kedengaran sinis.

Like that would ever happened in this lifetime.”

“ Tapi kau orang dua dah kahwin. Why don’t you guys try to make it work?” Aisha masih lagi cuba menyakinkan sahabatnya itu.

It takes two to tango, Aisha. Kalau aku aje yang berusaha tapi dia tak, tak guna juga. Adam tetap Adam. Tak mungkin dia akan berubah, apatah lagi berubah demi aku. Tidak sesekali perkara itu akan berlaku.” Imelda seakan – seakan cuba menyakinkan dirinya juga dengan pernyataan yang dikeluarkannya itu.

“ Tapi Adam dah banyak berubah. Dia tak macam dulu. Mana ada dia jejakkan kaki ke kelab lagi. Dia tak macam dulu lagi, Mel. Memang Adam dah berubah. Just give him a chance.”
           
Dahi Imelda berkerut mendengar khabar yang satu ini.

Tak pergi kelab? Hati Imelda mula bertanya pada dirinya.

 Dah tu, mana dia pergi tiap – tiap malam? Tetap juga dia balik lewat tiap – tiap malam.

 Sama aje macam dulu. Apa yang berubahnya?

Hati Imelda terus bermain teka – teki.

“ Entahlah Aisha. Biarlah masa aje yang tentukan apa yang akan jadi pada aku dengan dia. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Okeylah, aku kena pergi dulu ni. Aku dah janji nak jumpa dengan Khaled lepas ni.”

“ Khaled? That Pakistani guy?” Aisha bertanya semula. Dia pernah mendengar nama itu namun dia sekadar mahu memastikannya lagi dengan mendengarnya dari mulut Imelda sendiri.

“ Kenapa kau nak jumpa dia?” Aisha bertanya semula pada Imelda setelah masing – masing diam seketika.

Aik, perlu ke aku beritahu kau kenapa kita orang dua nak jumpa?” Imelda menjungkitkan keningnya.

“ Adalah…” Imelda sengaja mahu berahsia.

“ Mel, aku nampak sejak kebelakangan ni kau macam rapat aje dengan mamat tu. Kau orang ada apa – apa ke? Kau suka dia ke?”

I wouldn’t go that far, but maybe… Siapa tahu apa yang jadi nanti kan?” Imelda maish lagi bermain – main kata dengan Aisha.

“ Kau jangan buat perangai Mel. Ingat, kau tu masih isteri orang.” Aisha segera memberikan ingatan pada kawannya itu.

“ Lagipun, tak ke Adam marah kalau dia tahu nanti?” Tambah Aisha lagi.

“ Marah? Kenapa pulak dia nak marah?!” Imelda masih dengan nadanya yang sinis.

We make it very clear that we shall not interfere with each other life so kenapa pulak dia nak marah? Dia boleh kawan dengan siapa – siapa and aku pun boleh pilih dengan siapa aku nak kawan.

“ Tapi Mel…”

“ Dahlah Aisha. Tak payah kau nak cakap apa- apa lagi. Aku tahu tempat aku. Aku sedar dengan tanggungjawab yang aku pikul sekarang. Selagi aku bergelar isteri Adam, aku tahu batas pergaulan aku. Tak akannya aku nak buat benda bukan – bukan. Kau jangan risaulah.” Imelda segera menyampuk terlebih dahulu. Tidak mahu dia mendengar Aisha membebel lebih panjang lagi.

“ Okeylah, aku pergi dulu. Kirim salam kat Rehan nanti ye. Lama tak jumpa dia. See you later then!”


“ GOOD NIGHT, Maisarrah Imelda.” Lembut sahaja kata – kata itu menyapa telinganya.

Imelda tiba – tiba mengeras di perbaringannya. Bulu romanya tiba – tiba menegak. Dia tidak berani mahu memalingkan tubuhnya. Dia hanya berharap bantal peluknya masih di tempat yang sepatutnya dan masih lagi menggariskan kawasan sempadan antara dia dan Adam.

Kenapa pulak dengan mamat ni? Apakah buat suara serak – serak macam tu pulak. Pagi tadi mood macam angin rebut, sekarang ni terlebih baik pulak. Haish! Tak boleh jadi!

Imelda sabar, rileks! Jangan panik. Jangan fikir bukan – bukan!

Imelda cuba mencelikkan matanya seluas mungkin, takut jika ada gerakan yang lain daripada Adam namun setelah beberapa ketika dia menunggu, tetap juga tiada tindak balas dari Adam. Imelda akhirnya memberanikan juga dirinya, lantas memusingkan badannya ke sebelah kanannya. Dia menarik nafas lega. Adam telah pun lena. Dadanya berombak lembut, mengikut rentak nafas perlahannya.

“ Kau ni, Mel…Risau tak bertempat. Tak ada apa – apalah.” Imelda segera mengingatkan dirinya semula.

He just said to try make this marriage works, doesn’t mean yang dia akan sentuh kau, not until kau sendiri yang izinkan dia…” Imelda mengomel lagi. Teringatkan akan peristiwa tadi.


“ MEL, stay with me, will you?”

Hampir terlucut mug di tangan Imelda apabila mendengar kata – kata Adam itu. Terkebil – kebil dia memandang Adam tetapi dia tersenyum semula selepas itu.

“ Kau dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Adam tidak mudah melatah. “ Kenapa? Kalau aku cakap yang aku dah jatuh cinta dengan kau, baru kau nak stay ke?”

Maybe…”
Then, aku mengaku yang aku dah jatuh cinta dengan kau! Will you stay by my side, please…” Tutur Adam lagi dengan riak wajah yang serius.

Imelda terdiam lagi. Lama dia menatap wajah Adam, cuba mencari keikhlasan di wajah lelaki itu.

“ Wah! *Chicha!” Imelda menepuk – nepuk dadanya.

“ Pandai kau buat lawak kan, Adam. For a second, you got me there! Wahhh!” Tawa Imelda meletus lagi, cuba mengawal hatinya yang mula bergetar laju.

Up to you kalau kau fikir yang aku melawak. But, as I said just now. I want you by my side. I want you in my life. Not for now only, but for forever. I want to be the only guy in your life…I want you to want meI want you to be the mother to my babies…”

“ Tapi..Tapi…” Imelda mulai semput nafas. Terkejut dengan pengakuan Adam yang tiba – tiba ini.

Tapi don’t worry! Aku takkan sentuh kau tanpa keizinan kau. That thing will only happened if you let me, if you want me to…”

Imelda tidak sanggup lagi berlama – lama di situ dan terus mendengar kata – kata yang bakal keluar lagi dari mulut Adam selepas ini. Dia memandang Adam sekilas dan terus berlari masuk ke bilik.

Dia duduk di atas katil sambil memegang dadanya. Hatinya berdebar – debar setiap kali mengingati kata – kata Adam tadi.

“ Apa yang Adam buat ni? Apa yang dia nak dari aku! Takkan dia dah betul – betul jatuh cinta dengan aku? Tapi, tadi aku tanya, dia tak mengaku pun. Ke dia ada cakap? Tapi dia macam cakap kalau…Tapi, apa yang dia cakap lepas tu…”

Argh! Fikiran Imelda semakin kusut jadinya. Dia terus menarik semula selimut menutupi badannya, fikirnya mahu cepat – cepat tidur sebelum Adam masuk ke bilik nanti.


ADAM perlahan – lahan mengangkat bantal peluk yang memisahkan mereka berdua. Dia menarik nafas lega apabila melihatkan tiada reaksi. Perlahan – lahan dia merapatkan badannya pada belakang Imelda. Tanpa teragak – agak, dia menyelinapkan tangannya ke dalam selimut Imelda dan meletakkan tangannya pada pinggang Imelda.

Imelda tidak jadi mahu melelapkan mata. Tiba – tiba dia merasakan ada pergerakan di sebelahnya namun dia hanya membiarkan sahaja. Mungkin itu perasaan dia tetapi tidak untuk kali kedua. Dia dapat merasakan bantal di antara mereka dialihkan. Dia menunggu, mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh Adam.

“ Nah! Ambil ni!” Imelda menghadiahkan kakinya ke perut Adam apabila tangan Adam mendarat di atas pinggangnya tadi. Tendangannya itu menyebabkan Adam terpelanting ke belakang dan akhirnya jatuh dari katil mereka.

“ Padan muka kau! Siapa suruh kacau aku, huh?! Konon takkan sentuh aku tanpa izin aku tapi….” Imelda terus menghidupkan lampu meja dan memandang Adam yang mengerang kesakitan di atas lantai.

“ Peluk isteri sendiri pun tak boleh ke?” Adam bangun perlahan – lahan sambil memegang pinggangnya.

“ Tak boleh!” Kali ini, Imelda menjerit geram.

“ Shhh!!!” Adam cepat – cepat menghampiri Imelda dan tangannya segera menekup mulut Imelda. Imelda meronta – ronta minta dilepaskan. Dia memukul – mukul dada Adam bertubi – tubi.

“ Janganlah bising! Nanti mama dengar. Kau nak mama dengar ke?” Adam masih berbisik, cuba mendiamkan Imelda.

Imelda terus berhenti meronta. Lupa pula yang mama ada di rumah mereka hari ni.

Adam melonggarkan tekupan tangannya pada mulut Imelda apabila melihat keadaan Imelda yang mulai tenang namun belum sempat dia melepaskan tangannya, Imelda terlebih dahulu mengigit tangannya.

Adam segera melarikan tangannya sambil menggetap bibir, geram. Dia memandang Imelda yang sedang tersengih.

“ Kau memang sengaja kan?” Adam menyoal semula Imelda sambil mengibas – ngibas tangannya. Tangannya terasa pijar. Dia melihat tangannya itu lagi. Jelas tertampal kesan gigitan Imelda pada tangannya.

Imelda tersenyum lagi. Puas hatinya kerana dapat mengenakan Adam semula.

Ingat kau senang – senang aje nak kenakan aku? Huh! Tak ada maknanya. Ingat aku akan lepaskan kau ke kalau kau sengaja nak usik aku? Padan muka! Ambil ubat! Rasakan! Imelda menyambut kegembiraan kemenangannya.

“ Aku sengaja atau kau yang sengaja cari pasal dulu?” Imelda menyoal semula Adam.

“ Alah, orang nak gurau – gurau pun tak boleh ke?”

Telinga Imelda tiba – tiba berbulu.

Orang? Sejak bila pulak dia bahasakan diri orang pulak ni? Hish…Geli aku! Mamat ni memanglah! Kalau dah sakit tu, memang macam orang gilalah perangai dia.

Imelda meremang kegelian.

“ Hah, nak pergi mana pulak tu?” Cepat Imelda bersuara semula apabila melihat Adam cuba datang ke arah katil mereka.

“ Nak pergi mana lagi? Nak tidurlah. Tak nampak aku nak pergi ke katil ni?” Jawab Adam pula, sengaja bernada sinis.

“ Tak ada!” Imelda serta – merta melebarkan dirinya untuk menguasai keseluruhan katil itu.

“ Apa hal pulak ni? Agak – agaklah! Takkan kau nak conquer katil ni sorang – sorang kot? Tepilah!” Adam cuba menolak Imelda dengan tangannya.

“ Tak ada!” Imelda sempat mengelak dari terkena sentuhan Adam.

“ Malam ni, kau tidur atas sofa, sana tu.” Imelda menjawab sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah hujung bilik mereka.

“ Kalau aku tak nak tidur sana, macam mana? Apa kau nak buat?” Tanya Adam semula sambil mencekak pinggang, cuba menduga Imelda.

“ Kalau kau tak nak, aku jerit. Biar mama tahu apa yang sebenarnya.”

Mata Adam terjegil manakala Imleda tersenyum puas. Tahu yang Adam akan mengalah juga akhirnya, lebih – lebih lagi jika dia melibatkan mama dalam hal mereka. Memang dia yang kan mempunyai kelebihan.

Dia melihat Adam berjalan ke arah sofa. Imelda menolong Adam dengan mencampakkan bantal dan selimutnya ke sofa itu juga. Adam menyambut keduanya dengan muka yang sebal.

“ Jangan tiba – tiba kau merayap naik atas ni pulak ye…” Imelda sempat memberi amaran kepada Adam.

“Kenapa? Kau memang nak aku naik atas ke?”

Imelda membulatkan matanya.

“Okey, fine!” Adam mengangkat kedua tangannya, tanda menyerah.

Imelda terus menarik selimutnya semula. Lampu meja dipadamkan terus.

Adam terus sahaja baring di atas sofa tanpa banyak soal namun di hatinya mula terukir harapan. Dia tahu yang lambat – laun Imelda pasti akan menerimanya juga. Dia hanya perlu terus berusaha menambat dan memikat hati isterinya yang keras itu. Tembok keegoan isterinya itu pasti akan dirobohkan jua nanti.

Dia sudah meluahkan apa yang tersimpan di hati, mungkin dalam nada bersahaja namun dia serius dengan setiap ucap kata yang dilafazkan, dan kini dia hanya perlu melaksanakan kata – katanya. Sedikit demi sedikit, dan perlahan – lahan, Imelda pasti akan jatuh ke tangannya juga.

1 comment: