Monday, February 14, 2011

Cinta Bertandang Lagi 32


BAB
32


ADAM menggaru – garu mukanya berulang kali namun garuannya terhenti tiba – tiba apabila jari – jemarinya tersentuh dengan sesuatu. Berusaha dia membuka matanya. Dia mengambil benda yang berada di mukanya dan dibawa dekat pada matanya, cuba mencari gerangan benda yang dipegangnya itu.

“ Tangan?” Adam segera mencelikkan matanya seluas mungkin. Dilihat Imelda gagah sahaja mendaratkan hampir keseluruhan badan dia ke atas badannya. Dia tesenyum sinis. Kali ini memang matanya sudah terbuka habis, menikmati pemandangan di hadapannya. Sedikit pun dia tidak terasa untuk mengubah keadaan mereka sekarang.

Dalam dia menikmati suasana pagi yang dirasakan begitu indah itu, telinganya tiba – tiba sahaja menangkap bunyi derap tapak kaki menghampiri bilik mereka dan diikuti pula dengan bunyi ketukan yang bertalu pada pintu mereka.

“ Adam?” Suara Puan Salma memecah keheningan pagi di rumah mereka.

Yes mama!”

“ Dah bangun pun. Boleh mama masuk?”

Belum sempat pun Adam menjawab pertanyaan mamanya itu, pintu bilik mereka telah pun terbuka luas.

Adam hanya duduk tersengih di atas katilnya samil mencuba untuk mengejutkan Imelda yang masih nyenyak tidur di sebelahnya.

“ Lah, tidur lagi ke?”

“ Siapa?” Dengan suara yang serak, Imelda bertanya. Adam dan Puan Salma segera mengalih pandangan ke arah Imelda.

Imelda tiba – tiba mengangkat mukanya dan ditalakan terus pandangannya pada muka pintu.

 “ Mamalah ni.” Puan Salma menjawab sambil mencuba untuk menyembunyikan tawanya.

“ Huh?” Imelda sekadar mengangguk. Dia masih lagi dalam keadaan mamai. Imelda memandang kawasan sekitarnya. Perkara pertama yang disedarinya adalah Adam. Adam yang berada di sebelahnya dalam keadaan yang tidak berbaju. Mata Imelda terus terbeliak luas.

Adam menyedari riak muka Imelda yang berubah itu. Sebelum sempat Imelda berbuat apa – apa yang gila, dia segera menarik Imelda ke dalam pelukannya.

“ Mama nak apa?” Tanya Adam kepada Puan Salma sambil cuba berlagak selamba dengan Imelda masih berada dalam pelukannya. Imelda pula terpaksa senyum. Dia mencuba untuk memaniskan muka di sebalik rupa dan rambutnya yang berserabai itu.

“ Ni, mama nak beritahu. Nanti siap – siap cepat, kita ada lunch date dengan papa.”

“ Okey!” Adam menjawab dengan nada suara yang yakin dan penuh ceria.

“ Erm…Tak apalah kalau macam tu. Mama keluar dululah ye… Siap – siap tau!”

Adam dan Imelda serentak mengangguk dan Puan Salma terus berlalu meninggalkan mereka berdua semula.

Sebaik sahaja pintu mereka tertutup semula, Imelda segea menjarakkan diri lalu menendang Adam sehingga jatuh ke bawah.

“ Aduh!” Adam menjerit kesakitan. “ What was that for?!” Soal Adam semula dalam nada menjeritnya. Kali ini, sudah masuk dua kali dia ditendang jatuh dari katil oleh Imelda.

“ Macam mana kau boleh ada atas katil ni, hah? Bukan ke aku dah cakap semalam?”

Kali ini, senyuman sinis terukir di bibir Adam.

“ Hah, senyum pulak dia! Memang kau sengaja kan?! Hish! Mengada! Sengaja nak ambil kesempatan!” Kali ini, Imelda melempar bantal ke arah Adam namun dapat disambut oleh Adam dengan baik.

“ Eleh, padahal dia suka aku ada atas katil tu. Peluk orang sampai langsung tak nak lepas. Mujur aku tak mati sesak nafas.”

Kali ini, muka Imelda merona merah.

“ Lagipun, kira okeylah aku ada atas katil tadi. Elok pulak kan mama singgah bilik kita hari ni. Kalau dia tengok aku tidur atas sofa tu, macam mana? Entah apa yang dia fikir nanti. Betul tak? Betul tak?”

Imelda mencebik. Geram kerana ada betulnya dalam apa yang dikatakan oleh Adam itu.

“ Tapi still, kau tak patut naik atas katil. Tapi kenapa kau naik jugak?! Jahatlah kau ni!”

“ Dah tu, badan aku sakit tidur atas sofa tu. Ditambahnya lagi dengan tendangan kau tadi, memang parah aku tau! Kau tak kesian kat aku ke?” Adam cuba membuktikan kata – katanya dengan riak wajahnya juga. Dia membuat muka kesiannya pada Imelda, kononnya mahu membeli simpati Imelda.

Blahlah kau! Tak payah susah – susah nak berlakon! Tak terkesan pun!” Imelda terus bangun, mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Malas mahu menyakitkan hatinya lagi dengan melayan perangai gila Adam tu. Buat sakit jiwa je!

I guess I’m getting used to you being around me, Maisarrah Imelda.” Adam memberitahu dirinya sendiri di hadapan cermin. Lama dia berdiri di hadapan cerminnya itu sementara menunggu Imelda keluar dari bilik air. Sambil itu juga, dia berfiir tentang keadaan dirinya sekarang.

Tiba – tiba Adam mengangguk – angguk berulang kali. Dia tersenyum penuh makna. Matanya kini tertumpu pada patung lembu Imelda yang ditinggalkan di atas katil. Dia mengambilnya dan meletakkannya di atas ribanya.

I know why I’m being like this.”  Adam mula berkata – kata dengan Momo kepunyaan Imelda.

I’m addicted to you. Totally addicted to you, Mrs Adam!” Dia menyambung kata sambil menepuk muka Momo sekuat hatinya.
           

“ MAMA cakap kita nak lunch dengan papa? Papa kau ada kat sini ke?” Imelda bertanya pada Adam sambil cuba mengenakan eyeliner pada bahagian matanya.

Guess so…” Lemah sahaja Adam menjawab.

“ Aduh!” Imelda tiba – tiba menjerit.

Adam bingkas bangun dan terus merapati Imelda.

“ Kenapa?” Adam bertanya, kali ini dengan nada suara yang jelas menunjukkan kerisauannya.

“ Ni hah…” Imelda menunjukkan batang pensel yang berada di tangan kanannya sambil tangannya yang satu lagi menggosok – gosok matanya yang mula berair.

“ Aku pelik tau dengan perempuan ni…Kenapa mesti nak cucuk mata tu dengan batang pensel ni? Kan sekarang dah berair mata tu…Hish! Menyusahkan je tau!”

“ Kau ni kan! Nak tolong ke nak membebel?!” Imelda mula menyinga. Matanya kini sangat pedih tidak terkata. Menyebabkan dia lagi tiada mood untuk melayan Adam merepek.

“ Tak nak tolong, sudah! Pergi jauh – jauh! Lagi nak sakitkan hati orang adalah! Hish! Pergilah!” Imelda menolak Adam dengan tangannya namun Adam langsung tidak berginjak dari tempat dia berdiri.

Eyeliner dikatakan pensel. Entah pape jer!

“ Lah, sensitif betullah kau ni. Oh, lupa! Kau ‘cuti’ kan? I should be expecting all these mood swings of yours…”

Imelda menjeling lagi.

“ Yelah sayang intan payung…Mari sini, aku tolong.” Adam menarik Imelda merapatinya. Dia membongkokkan sedikit badannya supaya berada pada paras yang sama dengan muka Imelda. Dia membuka mata kiri Imelda dengan menggunakan dua jarinya dan ditiup mata itu perlahan – lahan.
           
“ Okey dah sikit?”
           
Imelda diam, tidak menjawab pertanyaan Adam. Matanya kini tertumpu pada mata Adam yang turut sama melihat padanya. Masing – masing diam.

Adam merapatkan lagi mukanya dengan muka Imelda. Matanya beralih dari mata Imelda ke bibirnya pula. Ibu jarinya menyentuh lembut bibir mungil Imelda. Dia meneruskan lagi perbuatannya itu apabila melihatkan tiada bantahan dari Imelda.
           
“ Adam!”
           
Kedua mereka tersentak. Imelda cepat – cepat menjarakkan dirinya dari Adam. Dia berpaling semula mengadap cermin dan berlagak seperti tiada apa yang terjadi.
           
Adam tiba – tiba tertunduk sambil ketawa kecil. Dia mencekak pinggang, memikirkan apa yang terjadi tadi.
           
“ Adam?!” Suara Puan Salma kedengaran lagi.

Talk about a very nice timing, mama! Adam bercakap dengan dirinya sendiri. Geram dengan mamanya yang tiba – tiba kacau daun! Hish!

Yes mama!” Adam menjawab sambil menggetap bibirnya. Dia berjalan ke arah pintu dan tombol pintu dipulas keras.
           
“ Dah siap?”

Adam tidak menjawab. Dia sekadar membuka pintunya lebih luas dan menunjukkan Imelda yang masih berada di depan cermin.
           
“ Adam dah siap?” Puan Salma bertanya pada anak lelakinya itu.
           
Adam sekadar menjungkitkan bahu dan mendepakan tangannya.
           
Puan Salma melihat Adam dari bawah ke atas. Dilihat anaknya itu sudah siap berstokin pun. Hanya tinggal menantunya sahaja.
           
Puan Salma tersenyum.
           
“ Mama turun dulu. Mama tunggu kamu berdua kat restoran tu nanti.” Puan Salam memberitahu Adam sambil menggosok lembut lengan anaknya itu. Dia menarik Adam ke dalam pelukannya.
           
“ Mama sayang Adam tau!”
           
Adam membuat muka pelik. Apahal pulak mama ni? Tiba – tiba aje…Getus Adam di dalam hati.
           
“ Mel, mama pergi dulu ye…” Puan Salma turut memberitahu pada Imelda. Imelda sekadar menganggukkan kepalanya.
           
“ Mari sini…” Puan Salma memanggil Imelda sambil mendepakan tangannya.
           
Muka Imelda jelas menunjukkan reaksi terkejut namun dia hanya menurut sahaja.
           
“ Jaga diri elok – elok ye…”
           
“ Apa mama ni?” Adam tiba – tiba menyampuk.

“ Pesan macam – macam pulak kat kita orang padahal kejap lagi kita jumpa balik. Apalah mama ni…”

Hish kamu ni! Suka hati mamalah…” Puan Salma menampar bahu Adam.

“ Cuba jangan menyampuk bila mama tengah bercakap... Memanglah dia ni. Perangai tak ubah – ubah!”

“ Entahlah, cuba jangan menyampuk bila orang tengah bercakap!” Imelda pula menyambung sekaligus mengambil peluang untuk membidas Adam.

Adam membuat muka jengkelnya. Dia menjungkitkan hujung bibirnya berulang kali.

“ Eleh, marahlah konon! Ingat orang takut ke?” Imelda mengangkat tangan kanannya, kononnya mahu mempertahankan dirinya dari Adam. Sempat juga dia menjelirkan lidahnya pada Adam.

Puan Salma tersenyum melihat kemesraan anak menantunya itu. Memang tidak salah keputusannya dahulu. Adam juga telah menunjukkan banyak perubahan, tidak lagi perengus dan pemarah seperti dahulu. Kini anaknya itu lebih banyak tersenyum dan ketawa.
           
“ Mama pergi dulu ni. Nanti jangan lambat pulak tau!” Puan Salma sempat mengingatkan lagi Adam dan Imelda sebelum terus beredar keluar.

“ Hah! Cepatlah siap! Termenung pulak dia!” Adam sengaja menjerkah Imelda. Imelda yang tersentak apabila dijerkah sedemikian rupa tiba – tiba terloncat.

Ketawa Adam berdekah – dekah kedengaran. Dia memegang perut, cuba menahan senak akibat terlalu kuat ketawa.

“ Jahatlah kau ni!” Imelda sempat memukul dada Adam sekuat hatinya sebelum berlalu masuk ke bilik semula.

Ketawa Adam masih bersisa meskipun sakit di dadanya mula terasa.


ADAM dan Imelda baru sahaja hendak melangkah keluar dari apartmen mereka apabila telefon bimbit Adam tiba – tiba berbunyi. Nama mama terlayar di skrin telefonnya.

Yes mama, we’re coming.” Adam cepat – cepat memberitahu terlebih dahulu sebelum dia dileteri oleh mamanya itu.

It’s not that lah sayang. Bad news…”

Bad news?”

Imelda cuba bertanya pada Adam dengan pelbagai isyarat namun Adam hanya mengangkat jari telunjuknya, meminta Imelda supaya menunggu.

“ Papa tak jadi nak datang, so cancellah lunch date kita tu.”

“ Hurm…Why am I not surprised by that? Papa selalu macam tu. He’s good at giving people hope and then rip it away at once! Getting used to it by now.”

“ Janganlah macam tu sayang. Adam tahu kan papa tu busy. Maybe lain kalilah kita jumpa dia nanti…”

“ Dia tahu ke hal yang Adam dah kahwin ni?” Adam tiba – tiba teringatkan tentang status dirinya sekarang lantas dia bertanya semula pada mamanya itu.

“ Mestilah dia tahu. Sebab tulah dia nak jumpa kita, nak kenal dengan menantu dia, tapi nak buat macam mana kan, papa tiba – tiba ada hal pulak.” Puan Salma cuba menerangkan hal bekas suaminya itu sebaik mungkin untuk tidak memburukkan lagi keadaan yang memang sudah tidak berapa baik antara anak dan bekas suaminya itu.

“ Tak kisahlah mama. Adam tak kisah. Dah biasa sangat dengan semua alasan papa bagi. Tak ada benda baru dah. Erm… mama kat mana ni?” Adam segera mahu mengubah topik. Tidak mahu dia merosakkan moodnya pada hari itu disebabkan hal papanya.

I’m going to the market right now. Mama rasa nak lunch kat rumahlah. Tiba – tiba aje mama terasa nak memasak pulak. Adam setuju kalau kita makan kat rumah aje?”

“ Adam okey aje. Lagipun, Mel kan ada? Boleh dia tolong mama nanti…” Adam sempat menjeling ke arah Imelda.

“ Okeylah kalau macam tu. Dear, I have to hang up first because I’m driving right now. See you at home, okey?”

“ Okey boss! See you later then!”

Adam mematikan telefon bimbitnya dan segera mencari kelibat Imelda. Dilihatnya Imelda berada di hujung koridor mereka sambil tengah bercakap dengan seseorang melalui telefonnya. Adam berjalan perlaha – lahan mendekati Imelda.

Imelda yang menyedari kedatangan Adam, dengan segeranya dia menamatkan perbualannya. Handfonenya dimasukkan semula ke dalam tas tangannya. Pandangannya terus beralih pada Adam yang kini betul – betul berdiri di hadapannya.

“ Kenapa tadi? Siap yang call?”

“ Mama. Dia cakap tak jadi lunch dengan papa, sebab papa tiba – tiba ada hal pulak.”

Imelda mengangguk – angguk sahaja. “ So, macam mana ni?”

“ Duduk rumah jelah kita, let’s make babies, nak?”

Nak terbuntang mata Imelda mendengarkan kata – kata Adam. Gila?!

“ Nak?”

Not in the time being…” Imelda menjawab dengan tenang.

“ Oo, so you’ll consider about it in the future, right? I can hope then?” Tanya Adam lagi, terkejut bila medengar jawapan Imelda itu. Secepat itu Imelda mahu menerima dirinya?!

Imelda menarik lengan Adam. “ Don’t push it, Adam. Let us take things slow…Now, just go home first, okay?”


HURM…dah tengok baby Haykal?”

“ Hah?! Baby Haykal?! Khalida dah bersalin ke?” 

Adam terus menjauhkan telinganya, terkejut dengan jeritan Imelda yang tiba – tiba itu.

“ Kenapa kau tak beritahu aku awal – awal lagi? Bila? Kat mana? Baby boy ke girl?”

“ Kau nak baby boy ke baby girl? Come, let’s make one now! I’m in the mood…” Adam memandang Imelda dengan senyuman nakal menguntum di bibir.

Imelda menjeling Adam. Hish! Mamat ni! Nak kena telan ke? Mengada!

Oit!!” Imelda mula hilang sabar. Tak habis – habis nak merepek! Ingat aku nak terima bulat – bulat ke bila kau cakap yang kau dah berubah and nakkan hubungan ini menjadi. Hell not! Not that fast! Berapa kali nak cakap, baru dia ni nak faham?! Hish!

OitOit…Ingat kau tengah cakap dengan kawan kau ke?! Aku ni suami kau, cubalah panggil dengan panggilan yang baik sikit. Ini tidak! Kasar memanjang.” Adam tiba – tiba mengomel.

Imelda mencemik! Sejak bila pulak kau kisah?! Dulu cakap kita ni hidup macam  roomate, tak payah nak formal sangat. Bila aku panggil dia abang dulu, dia yang gatal telinga, perli aku balik! Sekarang, dia mengungkit cakap aku ni kasar pulak?!

“ Apa – apalah! Kau nak beritahu ke tak? Kalau tak, aku pergi tanya Aisha or Rehan aje, lagi senang! Tak banyak songeh macam sesetengah orang tu.”

“ Perli nampak…” Adam menjeling dengan hujung matanya.

Whatever!” Imelda sudah malas mahu melayan.

“ Alah, sekejaplah! Lepas aku habis makan ni, kita geraklah pergi hospital. Okey?”

Imelda tersenyum semula sambil mengangguk.
Adam cepat – cepat menghabiskan salad buahnya dan mencapai kunci kereta. Mereka beriringan keluar dari apartment mereka bila langkahan Imelda tiba – tiba terhenti.

“ Apa hal lagi ni? Kau ada tinggal apa – apa pulak ke?” Adam cuba bertanya.

“ Bukan!” Imelda cepat sahaja menidakkan pertanyaan Adam.

“ Dah tu? Apa hal pulaknya?”

“ Kata mama nak balik rumah, nak masak lunch tapi kalau kita keluar ni, macam mana dengan mama nanti?”

“ Tak apa! Mama tu kalau shopping, memang lama. Sempatnya kita pergi and balik semula nanti. Bukannya kita nak berlama – lama kat sana.”

Imelda mengangguk sahaja namun langkahannya terhenti lagi sehingga Adam hampir – hampir sahaja mahu tersungkur akibat terlanggar belakang Imelda.

Hish! Mel! Apa hal laginya ni?! Kejap jalan, kejap berhenti.” Adam mula bengang dengan tindakan isterinya itu.

Imelda menggetap bibir, cuba menahan tawa melihat Adam yang terkulat menahan marah.

“ Tak, aku baru teringat.”

“ Teringat apanya lagi?!” Adam masih lagi dalam mode marahnya.

“ Yelah, kita ni nak pergi melawat Haykal and Khalida, tapi takkan kita nak pergi dengan tangan kosong je? Tak eloklah pulak kan…”

“ Dah, tak payah nak serabutkan kepala. Aku dah belikan pun. Ada aje dalam kereta tu. Nanti kau tengoklah.”

Imelda tiba – tiba memandang Adam berulang kali dengan mata yang terkebil – kebil.

“ Apa?!” Adam bertanya lagi namun kali ini dia tidak dapat menyembunyikan tawanya.

“ Adalah tu nak kutuk aku tu…”

“ Tak adalah! Mana ada aku nak kutuk kau! Aku…” Imelda langsung menguntumkan senyuman tanpa menghabiskan ayatnya.

Never expect that you can be thoughtful some time…” Imelda tiba – tiba bersuara semula.

Well, there’s a lot that you don’t know about me, wifey…” Ringkas sahaja balasan Adam namun di hatinya mula berbunga.

Yeah, there’s a lot about you that I don’t know but that’s another story. Just tell me this. What exactly did you buy for the baby?”

“ Aku beli hamper yang lengkap ada semua tu. Baju, baby punya bedak, sabun and semua – semualah. Okey tak?”

“ Erm…Okey.” Ringkas Imelda menjawab.

“ Pandai jugak kau ni ek! Sebab, kalau aku pun, aku pergi beli benda – benda macam tu jugak!” Tambah Imelda lagi.

See the leg lah! Ingat aku ni vain sangat ke?”

Yeah, whatever! Dah, cepat! Nanti lambat pulak kita sampai.”

  Yes madam!”

You know what? When we have our baby nanti, I promise I’ll do anything and give you everything, whatever you want…” Lembut Adam berbisik di telinga Imelda.

Imelda hanya tersenyum.

We’ll see about that, Adam…Bisik Imelda pada dirinya sendiri, tidak sampai hati pula mahu meluahkannya kepada Adam. Biarlah mereka dengan keadaan sebegini dahulu. Simple, with no strings attached. Tapi, boleh ke nak hidup macam tu, Mel? Tanya Imelda semula pada dirinya.

4 comments:

  1. no string attached???
    haha,that movie...
    besh!!!sambung cepat ye...

    ReplyDelete
  2. sambung cepat2 ea..
    tak sabar nak bace

    ReplyDelete
  3. @kita --- best ek cite tu? aiseyh, dah la ashton kutcher...nk kene tgk ni....

    @einaa --- tq sb ikut cite ni

    rjin2 la jenguk kat sini yer~~~:)

    ReplyDelete