Thursday, February 10, 2011

Cinta Bertandang Lagi 30


BAB
30


          HARI ini sudah masuk hari ketiga Imelda tidak bercakap dengannya semenjak hal yang terjadi hari itu. Dan mujurlah juga mama tidak banyak menyoal, jika tidak, mahu juga dia pening mahu menerangkan hal yang sebenarnya pada mama sedangkan dia sendiri juga tidak tahu hujung pangkal akan kenapa Imelda bereaksi sebegitu rupa.

Adam mengelap rambutnya yang masih basah. Sempat juga dia mencuri pandang kepada Imelda tetapi seperti biasa, dia hanyalah halimunan pada Imelda, langsung tidak dipedulikan.

Haish, sampai bila nak teruskan perang dingin ni? Langsung tak bercakap, bertegur sapa. Sepatah yang aku tanya, sepatah jugalah dia menjawab. Sampai bila nak macam ni?!

Adam melirik pandang ke arah Imelda yang begitu asyik membaca novel di atas katil tanpa sedikit pun memberi perhatiannya kepada dirinya. Dia membuka pintu almari dan mengeluarkan pajama bewarna hitam dan terus menyarungkannya ke badan. Dia menoleh lagi, cuba melihat jika Imelda ada mencuri – curi pandang padanya ketika dia cuba bersiap tetapi harapan tinggal harapan.

Adam melangkah perlahan – lahan ke arah katil dan terus baring di sebelah Imelda. Dia mengalihkan bantal golek yang menjadi pemisah antara mereka dan terus merapatkan dirinya dengan Imelda.

“ Hish, apa ni? Rimaslah! Duduk jauh – jauh, boleh tak?” Imelda terus mengomel dan menolak Adam jauh darinya dengan menggunakan MoMo. Terus dia membelakangkan Adam.

Adam menarik semula Imelda. Novel di tangan Imelda dirampas dan terus dicampak ke lantai. MoMo juga menjadi mangsa lemparan Adam.

“ Hey! Apa ni?” Imelda memukul dada Adam.

Adam tidak peduli lagi. Terus dia menarik Imelda ke dalam pelukannya. Dengan erat dan kuat dia memeluk Imelda.

“ Adam! Apa ni?” Imelda sudah mula berasa tidak senang hati.

Adam nak buat macam dulu lagi ke? Ya Allah! Jangan! Tolong jangan! Air mata mula mencurah laju, mengalir panas di pipi Imelda.

“ Mel, kau nangis?” Adam menjarakkan semula dirinya dengan Imelda. Dilihat Imelda terus terhingut – hingut dengan air matanya semakin deras mengalir.

“ Mel…Mel…sorry. Aku tak niat apa – apa pun. Aku…aku…I just want to talk….”

            Bila Adam melonggarkan pelukannya, terus Imelda bangun dari katil dan menjauhkan diri dari Adam.

             Dia cuba menenangkan diri dengan menarik nafas dalam – dalam. Melihatkan rupa Adam itu, dia tahu Adam tidak bermaksudkan apa – apa dengan perbuatannya tadi dan untuk itu, Imelda memaafkan Adam.

“ Kalau betul pun nak cakap, tak perlu kot nak buat macam tu…” Balas Imelda semula sambil menyapu air mata yang melelah di pipi. Dia kini dapat bernafas semula setelah berada jauh sedikit dari Adam.

            But you never listen! God, Mel! Kenapa kau buat aku macam ni?! Aku boleh jadi gila tau kalau macam ni selalu!” Adam menumbuk tilam dan meraup muka berkali – kali.

            Imelda berkerut dahi, tidak faham apa yang cuba disampaikan Adam.

            “ Apa kau cakap ni? Apa pulak yang aku dah buat pada kau?!” Tanya Imelda semula.

            About the baby…” Sambung Adam pula.

            What about the baby? There’s no baby here…” Imelda cepat menyampuk. Argh! Kenapa hal ini juga yang hendak dia bicarakan?!

            What if there is a baby?” Tanya Adam lagi.

            There won’t be any baby!” Kali ini Imelda sudah seakan menjerit. Dia tidak mahu membincangkan hal ini.

            Damn you Mel!” Adam tiba – tiba bangun. Terus dia mendapatkan Imelda semula. Kejap dia memegang lengan Imelda.
           
            Imelda cuba melawan, cuba melepaskan gengaman Adam pada tangannya namun kudrat Adam ternyata lebih kuat.

            Adam menarik nafas dalam – dalam, cuba mengawal perasaannya yang mula  bercampur – baur. Perlahan – lahan, dia membuka mulut semula.

“ Mel, kau pernah terfikir pasal anak tak?” Tanya Adam lagi sambil terus melepaskan pegangannya pada Imelda. Dia kini sudah mampu bertenang sedikit. Dia duduk di sebelah Imelda sementara menunggu Imelda memberikan jawapannya.

            Of course ada aku fikirkan hal tu! Anak?! Semua perempuan yang dah berkahwin inginkan anak. Bukan ke itu memang harapan setiap perempuan yang dah berkahwin? To have a  family of her own…”

            Hati Adam terus berbunga mendengar jawapan Imelda itu namun bahagianya tidak singgah lama bila Imelda terus menyambung kata.

            “ Aku cakap ni, kau jangan marah ye, or ambil hati ke apa…” Imelda memaut lengan Adam sebelum meletakkan kepalanya di situ.

            “ Aku nak anak, nak sangat – sangat…But I don’t think I want to do it with you…”

            Bagaikan ditusuk belati, hati Adam tersiat dengan kata – kata Imelda yang itu. Dia memejamkan mata, cuba menghalang air mata yang seakan sudah mahu tumpah. Demi Tuhan, hatinya terluka yang amat pada saat ini.

            “ Kenapa, aku ni teruk sangat ke?? Adam cuba bernada biasa, tidak mahu Imelda perasan akan perubahannya.

            Imelda tertawa sendiri. “ You know yourself better, hubby…”

            No, please…Do tell. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri…”

            Imelda mengangkat semula kepalanya dan terus mengadap Adam. Dia menatap wajah Adam buat beberapa ketika.

            Adam cuba membuat muka selamba walaupun hatinya sudah meraung hiba. Dia ingin mendengar apa yang ingin dikatakan Imelda. Dia ingin tahu bagaimana pandangan Imelda kepadanya selama ini.

            “ Macam mana nak cakap ek?” Imelda berjeda lagi.

            Adam menjungkit bahu. “ I don’t know, you tell me…”

            “ Adam, kau akan selalu jadi kau…Adam! Adam yang macam sekarang ni. Aku tak rasa yang kau akan berubah dalam masa terdekat ni, apatah lagi berubah demi aku. Siapalah aku pada hati kau kan…A mere nobody… Keadaan yang buat kita macam ni, it’s not like we’re planning to get married at the first place.”

            “ Lagipun, perkahwinan kita ni kan sementara sahaja. Babies wil make it difficult for us in the future. You know, bila tiba masa kita berpisah, bawa haluan masing – masing…”

            “ Tapi, kau tak fikir yang aku boleh jadi seorang ayah yang baik?”

            Imelda tersenyum. Dia memegang kedua belah pipi Adam. Meskipun, dia tidak mempunyai perasaan cinta kepada Adam, namun kasih seorang isteri kepada suami tetap ada. Dia menghormati Adam dan dia bersyukur dengan jagaan dan perhatian yang diberikan Adam kepadanya selama ini meskipun dia tidak menjangkakan semua itu akan datang dari Adam. I used to have crush for this guy before, for god’s sake!
           
            Nope, you’re not going to be a good father…”

            Not now, at least.” Imelda cepat – cepat menyambung sebelum Adam salah faham.

            But when the time comes, with the women that you truly loves, I know you’re going to do just great.” Imelda mencubit lembut pipi Adam.

            Adam mengeluh panjang sambil terangguk – angguk. Beribu macam persoalan terus bermain di fikiran.

            Dia mendengus sendiri. Macam itu rupanya aku pada pandangan Imelda. God, I hate this feeling of being useless and hopeless. Aku hanya seorang lelaki yang rosak, tak matang, tak boleh diharap dan tidak cukup baik pada dia. Tapi apa aku nak buat bila aku dah jatuh cinta dengan kau!

            “ Adam, kau tak marah kan dengan apa yang aku cakap tadi?” Imelda memandang Adam semula bila Adam sedikitpun tidak bersuara. Marah ke dia? Terasa hati ke?

            Adam cuba mengumpul segala kekuatan. Jika dia mahu Imelda terus berada di sisinya, dia harus berterus terang. Ya, mungkin dia tidak harus berlengah lagi. Dia mesti berterus – terang akan perasaannya yang sebenar.

 “ Mel, aku ada benda nak beritahu kau ni…”

            “ Jap, hold that first! Sakit perut…” Imelda terus berlari ke toilet. Perutnya tiba – tiba memulas, rasa tidak selesa.

Adam menghela nafas. Di saat dia sudah dapat mengumpul keberanian untuk berterus terang kepada Imelda, ada sahaja hal yang mendatang, membantutkan hasratnya.

“ Argh!!!!!”

Adam terus tersentak mendengar pekikan Imelda dari dalam bilik air.

“ Mel! Mel! Apa jadi? Buka pintu ni Mel! Mel!!!” Bertalu – talu Adam mengetuk pintu bilik air itu. Hatinya terus berdetak resah.

Pintu dibuka laju dari dalam dan Imelda elok sahaja berdiri di hadapannya dengan senyuman melebar terukir di bibir.

“ Kau okey?” Tanya Adam lagi, takut jika ada Imelda terluka di mana – mana.

“ Adam!!!” Jerit Imelda lagi sambil terus melompat naik ke atas Adam.

Urgh! Mujur Adam sempat mengimbangkan dirinya. Jika tidak, mahu sahaja mereka berdua jatuh terjelepuk ke atas lantai.

Imelda terus bersorak gembira. Tidak pernah dia segembira ini bila periodnya datang. “ Adam! Aku period! Yeay! Aku tak pregnant! Yahooooo!!!”

Adam terpana lagi, tersenyum kelat. Imelda dikendong erat, kalau boleh sedikitpun dia tidak mahu melepaskannya meskipun hatinya kini terus terluka, berdarah.

 You’re that happy for not being pregnant with my kid, eh? I guess, I am a really bad guy after all…Getus hati Adam lagi.

Imelda memandang muka Adam semula. “ Kau happy kan? Kau lega kan?”

Adam mengiakan sahaja walhal hatinya berkeras ingin menidakkannya. Pada saat ini, dia tidak mampu berkata apa.

Now things can go back to normal…Oh my god, leganya aku…” Imelda cepat – cepat turun, tersedar yang dia sudah terlebih teruja hinggakan melompat naik ke atas Adam.

Keadaan sekeliling sunyi tiba – tiba bila tiada seorang pun antara mereka yang bersuara bila Imelda yang mula membuka mulut terlebih dahulu.

“ Lepas ni kita sambung tengok cerita hari tu, nak tak? Sambil tu aku masakkan meggi, kita share, okey? Tiba – tiba rasa lapar pulak.” Tutur Imelda lagi sambil menggosok – gosok perutnya.

Suara Adam bagai tersekat di kerongkongnya. Dia mengangguk lagi.

“ Kau tunggu kat luar, kejap lagi aku datang…”

Dan Adam melangkah lemah, keluar dari bilik tidur mereka.

ADAM melihat lagi wajah Imelda yang sudah lena di sisinya. Dia mengambil remote control dan menekan punat ‘pause’ dan terus membiarkan tv itu dalam standby mode. Cerita Lovers in Paris itu dibiarkan pada episod empat dahulu pada malam ini. Sedikitpun dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada jalan cerita itu tadi, sekadar melayan celoteh dan komen yang dibuat Imelda yang sangat tidak berpuas hati pada watak hero cerita itu.

Berhati – hati dia mengangkat dan mencempung Imelda. Lambat – lambat juga dia melangkah ke kamar tidur mereka, cuba membeli masa untuk menatap rapat wajah yang mula bertakhta di hatinya namun dia tahu, dia tidak setanding Imelda untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan wanita itu. Dia lelaki yang jahat, tidak baik. Dia tidak cukup bagus untuk mendampingi Imelda.

Imelda diletakkan perlahan – lahan di atas katil. Duvet ditarik dan dia menutupi tubuh Imelda hingga ke paras pinggang.

Adam duduk di sisi katil sambil menatap wajah Imelda. Hatinya seakan tenang menatap wajah Imelda yang sedang nyenyak tidur itu tetapi hatinya tiba – tiba menjadi sayu. Air matanya tiba – tiba tumpah. Masih terngiang – ngiang kata – kata Imelda kepadanya tadi.

I want to have baby, but I don’t think I want to do it with you

Good night, sweet dream…” Adam mengucup lembut dahi Imelda. Lampu meja dimatikan dan dia menutup kembali pintu bilik, membiarkan Imelda tidur bersendirian.

No comments:

Post a Comment