Thursday, February 3, 2011

Cinta Bertandang Lagi 27


BAB
27


Hanya Kau Yang Mampu…


“ NO WAY! I’m not going to marry her! Never!” Adam bangun sambil terus kakinya menendang kerusi kecil yang berada di depannya. Berang sungguh dengan apa yang dikatakan oleh ibunya.

“ Mama…Mama…” Adam bercekak pinggang sambil masih cuba untuk menahan gelora marah yang mulai merajai dirinya.

You’ve got to be kidding me, right? You’re not serius, right?”

Puan Salma hanya berpeluk tubuh melihat amarah Adam. Sedikit pun dia tidak kisah dengan apa sahaja yang dilakukan anaknya itu. Kali ini, dia akan memastikan Adam mengikut cakapnya dan bukan yang sebaliknya terjadi. Tidak lagi dia akan mengalah dengan kehendak dan kerenah Adam.  Setelah dia melihat keadaan Imelda tadi, hatinya telah tekad. Adam mesti bertanggungjawab!

No, I’m not kidding. I’m super serius about this thing.” Meskipun lembut, bunga – bunga ketegasan turut disematkan pada kata – katanya.

“ Mama?!”

What mama? Mama takkan mengalah lagi dengan Adam. Kali ni, Adam mesti ikut cakap mama.”

And if I not doing it?” Adam seakan mencabar mamanya dengan bertanyakan soalan begitu.

“ Kalau Adam tak nak buat?” Dengan sinis, Puan Salam mengajuk anaknya semula.

Adam memberanikan diri memandang terus pada mamanya.

First...” Jari telunjuk diangkat sama serentak dengan apa yang bakal dikhabarkan pada Adam.

“…I’ll take the car.” Puan Salma mula menguntum senyuman apabila melihat rupa Adam yang terkejut. Kali ini, tidak lagi dia akan berbelas kasihan pada anaknya itu. Adam perlu diajar.

Then I’ll take this apartment and…” Muka Adam mula menunjukkan riak keresahan. Dia tahu yang dia tidak akan menyukai apa yang bakal dikatakan oleh mamanya selepas ini.

“ …no more allowance, young man. You’ll have to work to earn every dollar. Got it?” 

“ Mama…mama…mama tak serius ni kan? You just playing tricks with me, right?”

Puan Salma masih duduk sambil berpeluk tubuh, tanpa langsung bereaksi pada soalan Adam itu.

“ Haha…you’ve got me there! Adam hampir – hampir percaya yang mama memang nak buat macam tu kat Adam tapi… you’re not, right?”

Puan Salma hanya menjungkitkan bahunya. Kali ini, dia pasti yang anaknya itu tahu yang dia tidak main – main dengan apa yang telah dikatakan tadi. Sememangnya, dia maksudkan setiap patah kata yang keluar dari mulutnya.

“ Mama!” Adam segera datang dan melutut di hadapan mamanya.

Why you’re doing this to me, mama? Why do you have to make me do this, mama? I really don’t want to do it, please…” Adam seakan meracau dengan mukanya disembamkan di atas peha mamanya.

Puan Salma mengusap kepala anaknya itu. Rasa sedih mula menggigit jiwa melihatkan keadaan Adam sebegitu namun dia tidak boleh berpatah arah sekarang. Dia harus kuat dan tekad dengan keputusannya demi kebaikan Adam dan juga Maisarrah Imelda.

“ Adam, mama buat macam tu semua untuk kebaikan Adam. Kali ni je…Mama merayu dengan Adam, tolonglah buat apa yang mama suruh.” Puan Salma cuba memujuk Adam.

“ Tapi…Tapi Adam tak nak kahwin lagi.”

Puan Salma memegang dagu Adam dan diarahkan muka Adam supaya betul – betul mengadap mukanya.

“ Beritahu mama. Kenapa Adam tak nak kahwin lagi? Apa yang susah sangat sampai Adam nak buat perangai macam ni sekali? Lagipun, Adam kena bertanggungjawab dengan apa yang Adam dah buat pada Imelda…Kalau Imelda mengandung disebabkan Adam, macam mana? Adam nak biarkan dia terkontang – kanting seorang diri disebabkan salah Adam yang satu tu?!”

“ Adam…Adam…”  Teragak – agak Adam, cuba memberikan jawapan pada mamanya namun dia tidak mampu memberikan apa – apa sebab. Dia langsung tidak pernah memikirkan akan hal itu. Kahwin? Perkataan itu tidak pernah langsung ada dalam kamus kehidupannya setakat ini dan kini tiba – tiba sahaja dirinya dihentam dengan perkataan itu. Memang otaknya menjadi bejat terus.

Adam terus membisu seribu bahasa. Memang dia mampu membalas apa yang dikatakan oleh mamanya itu.

Why do I have to marry her? Can’t we just let this thing go? Besides, it normal here…I mean what happened between me and her. It’s totally normal here.” Adam masih cuba menegakkan benang yang basah. Dia masih mahu mencuba nasib.

Puan Salma mengurut dada sambil berishtigfar panjang apabila mendengar kata – kata anaknya itu. Inilah perkara yang paling ditakutinya. Anaknya itu sudah tidak kenal dah tahu akan hukum hakam Islam kerana terlalu mengikut budaya tempatan di sini. Dia yakin, hanya dengan cara ini sahaja dia akan mampu menarik Adam semula sebelum Adam hanyut dengan lebih jauh. Menjodohkan Adam dengan Maisarrah Imelda adalah satu – satu jalannya. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada Adam jika Adam berkahwin dengan gadis dari bumi asing ini.  Pasti dia akan kehilangan anaknya itu.  Sekurang – kurangnya, jika Adam bersama Maisarrah Imelda, dia tahu yang anaknya itu masih boleh diselamatkan.

Puan Salma menarik nafas panjang. “ Adam…It might be normal to people around here but it is not normal in our culture, our faith…” Puan Salma masih mahu berlembut. Berhati – hati dia menutur setiap baris kata supaya mampu untuk dia ‘menguasai’ anaknya itu nanti.

“ Tapi mama…” Adam cuba untuk menyampuk namun segera ditahan oleh Puan Salma.

“ Dengar dulu apa yang mama nak cakap.” Kali ini, Puan Salma mula bertegas. Terlalu lama dia berlembut dengan Adam tetapi cukuplah setakat ini sahaja. Anaknya itu perlu disedarkan.

You’re already drifted away too far, sayang.” Pipi Adam dielus lembut. Sesungguhnya, dia amat menyayangi anaknya itu.

“ Sebelum Adam jadi lagi jauh dari mama, dari agama, mama terpaksa buat semua ni. It’s really for your own good. Mama takut kalau – kalau Adam dah tak kenal adat budaya kita lagi. Jadi ini adalah usaha mama untuk selamatkan Adam. Mama buat semua ni sebab mama sayang sangat dengan anak mama ni. You’re understand that, my dear?”

“ Apa – apalah mama.” Adam tiba – tiba sahaja bangun.

“ Adam ikut ajelah apa yang mama nak. Adam dah tak kisahlah apa nak jadi sekarang ni. Biarlah.” Dia langsung tidak memandang muka mamanya di waktu dia mengeluarkan kata – katanya itu. Hatinya sebal.

Ah! Sesungguhnya mama memang pandai berkata - kata. Aku kalah! Aku memang tak boleh nak buat apa – apa selain ikut aje cakap dia. Adam bermain kata dengan hatinya sendiri.

“ Adam nak pergi mana pulak tu?” Laju Puan Salma bertanya apabila melihat Adam mengambil kunci keretanya dan mula melangkah ke arah pintu keluar.

“ Mama, I just need a time alone.”

“ Adam…”

Don’t worry. I’ll be back. I promise.” Seakan membaca fikiran mamanya, Adam segera menghilangkan curiga Puan Salma.

Puan Salma mengangguk faham. Dibiarkan sahaja Adam keluar. Pasti anaknya itu mahukan masa untuk bersendiri demi cuba menerima segala apa yang diberitahu padanya hari ini. Tetapi, jauh di sudut hati, dia pasti yang anaknya itu akan menurut kehendaknya nanti. Dia tahu yang Adam masih lagi anaknya yang mendengar kata cuba kali ini Adam sudah tersalah langkah, dan dia sebagai ibu, tidak akan membiarkan Adam terus lari dari tanggungjawabnya.

Dia telah berjanji yang dia sama sekali tidak akan membenarkan Adam mensia – siakan Maisarrah Imelda dan disebabkan itu jugalah dia berani menyakinkan Imelda untuk berkahwin dengan Adam. Dan dia akan memastikan hubungan mereka itu bukan sekadar di atas kertas, perkahwinan mereka akan berhasil, dan akan terus kekal sampai bila – bila.


PUAN Salma menyeka air matanya dari terus mengalir.

“ Maafkan mama sebab buat Adam macam ni. Tapi mama buat semua ni untuk kebaikan Adam. Percayalah.” Kata – kata itu hanya bergema di dalam hatinya sendiri.

 Sekarang ini, hampir semuanya selesai. Adam juga sudah berjaya diyakinkan. Dia hanya perlu memikirkan bagaimana hendak memanggil Naym semula ke sini tanpa menimbulkan syak wasangka mereka ke atas perkahwinan Maisarrah Imelda dan Adam yang bakal diadakan nanti.

2 comments:

  1. kenapa post kat blog lambat dari p2u???

    ReplyDelete
  2. hehhe...jrng sket nk update kt blog ni...tp dun wory...
    lepas ni update kat sini dulu b4 p2u~~~

    ReplyDelete