Saturday, February 5, 2011

Cinta Bertandang Lagi 28


BAB
28


Selamat?? Pengantin Baru II….


“ ADAM…”

Langkah Adam tiba – tiba terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Lambat – lambat sahaja dia berpaling.

“ Kamu nak masuk bilik tu, bawalah Mel ni sekali, hah. Janganlah solo aje…” Puan Salma menegur anaknya itu kerana dilihat laju sahaja anaknya itu menonong untuk masuk ke biliknya sehingga dibiarkan isterinya itu terkontang – kanting seorang diri. Sudahlah sepanjang perjalanan balik dari masjid tadi, sepatah pun tiada dibualkan antara mereka. Sekarang pun, Adam masih juga kelihatan liat untuk berbuat baik pada Imelda.

Imelda tersenyum pendek. Tidak tahu hendak berbuat apa dalam keadaan sebegini. Kekok pula rasanya.

“ Pergilah kamu berdua masuk sekali. Berehat dulu.” Puan Salma memberitahu lagi sambil memberi isyarat dengan matanya.

Dengan muka yang jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati, Adam terpaksa juga menghulurkan tangannya pada Imelda. Semuanya dilakukan demi menjayakan  lakonan pada mamanya, sekadar mahu memuaskan hati mamanya itu. Jika itu yang dimahukan oleh mamanya, maka itu jugalah yang akan dipersembahkan.

Imelda terkejut melihat huluran tangan Adam. Tidak pula dia menyangka yang Adam akan mengikut cakap mamanya itu.

Teragak – agak sahaja dia menyambut huluran tangan Adam itu. Seiring, mereka berjalan ke arah bilik Adam. Puan Salma pula berlalu masuk ke biliknya sendiri.

Sebaik sahaja tangannya memulas tombol pintu dan kakinya melangkah masuk, Adam terus melepaskan pegangan tangannya pada Imelda. Dengusan kasar keluar dari mulutnya. Matanya langsung tidak mahu melihat Imelda.

 Imelda langsung tidak terkejut dengan apa yang berlaku. Memang sudah dijangka akan ada perkara seperti itu dari Adam. Dia melabuhkan punggung di atas katil. Dibiarkan sahaja Adam dengan perasaan marahnya itu.

Malas aku nak layan mamat sewel macam tu. Nanti aku pun boleh naik sewel! Huh! Kalau aku tak fikirkan kemungkinan rahim aku ni berisi benih kau disebabkan peristiwa malam tu, memang aku tak akan gila macam ni, kahwin dengan kau, tahu tak?! Imelda menjerit geram di dalam hati.

Matanya meliar melihat keadaan sekeliling bilik itu. Bilik di mana sejarah hitam itu berlaku. Bilik masih yang sama namun segala hiasan dalamnya sudah berubah.

Mungkin ini kerja Aunty Salma. Mungkin dia tak nak aku ingat lagi pada benda tu lagi. Imelda sekadar meneka di dalam hati.

 Adam membuka pintu almarinya. Dia mengambil sehelai t-shirt dan dicampakkannya ke atas katil. Dengan selamba, dia terus menanggalkan baju Melayunya dan disarungkan dengan t-shirt yang baru diambilnya. Dipadankan pula dengan sehelai jeans yang agak lusuh rupanya. Dia menukar pakaiannya seolah – olah tiada sesiapa yang sedang memerhati. Tergesa – gesa sahaja dia melakukan itu semua.

“ Abang nak pergi mana?” Imelda yang dari tadi asyik menjadi pemerhati akhirnya membuka mulutnya apabila melihat Adam sedang sibuk bersiap – siap

“ Huh? Abang?” Adam segera menoleh ke arah Imelda.

So, is that what you’re going to call me? Really? Abang?” Adam ketawa kecil, seakan mengejek.

Imelda tidak sempat menjawab apabila Adam bersuara lagi.

You know what? It really sounds weird hearing that from you.” Adam menambah lagi dengan nada yang masih sinis.

And it really weird to know that you are that Sarrah, my cousin. Funny right? How we…” Jari telunjuknya bersilih ganti menunjuk antara dirinya dan Imelda.

“…cousins ending up being husband and wife. I didn’t know anything about you but reallyI didn’t know that life can be so much fun.”

Meaning?” Imelda bertanya semula pada sepupu yang kini bergelar suaminya itu. Tidak faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Adam.

Adam tiba – tiba mendekati Imelda dan memegang kedua – dua belah tangan Imelda. Dia mendekatkan mukanya pada muka Imelda.

Imelda memberanikan diri untuk membalas pandangan mata Adam padanya meskipun hatinya sudah mula bergetar dengan hebatnya.

Adam tiba – tiba mengangkat tangan Imelda sehingga berada pada aras yang sama dengan bibirnya lalu dikucupnya tangan itu di kedua belah.

Imelda mati kutu. Dia kaku di tempatnya. Tidak tahu akan apa tujuan Adam berbuat demikian.

Adam tersenyum lagi sambil pegangannya pada tangan Imelda dilepaskan. Lucu melihatkan rupa Imelda itu.

That is the maximum of my touch towards you. Once is enough and there will be no more of that happening, ever again.” Adam menjungkitkan keningnya, cuba membawa Imelda pada malam kejadian itu berlaku dengan menunjukkan ke arah katil yang kini kepunyaan mereka berdua. Meskipun dia langsung tidak mengingati kejadian itu, tapi dia tidak menafikan yang perkara itu sememangnya telah berlaku. Meskipun butir – butir malam itu masih lagi kabur, namun dia tahu, Imelda memang berada dengannya pada malam itu. Dan untuk itu, dia telah berkorban dengan bersetuju untuk mengahwini Maisarrah Imelda.

Either I’m sober or not, I will not touch you!” Jari – jemari Adam menyentuh lembut pipi Imelda namun segera ditepis oleh Imelda. Dahi Imelda terus berkerut. Riak mukanya berubah terus. Hatinya menjadi panas mendengar kata – kata Adam itu.

Wanna know why?” Adam sengaja bertanya lagi pada Imelda namun dia tidak mengharapkan jawapan balas kerana dia sendiri akan memberikan jawapan.

Because you’re not really  my type!”

Kali ini, Imelda tidak dapat menahan berangnya. Bengang dengan sikap sinis Adam yang masih lagi berterusan.

Well, news flash Mr Adam Mikhail. You’re not my type either. So don’t worry a thing, because I will never come to you. Either I’m alive or dead!!! Never!!!” Imelda terus menghamburkan lahar amarahnya yang ditahan semenjak tadi.

Good then!” Adam membalas semula, dengan nada yang sama digunakan oleh Imelda padanya.

Just remember Maisarrah Imelda. This house is just the set, the whole world is the audience and we are the actors. This is just a show! A show! Remember that! Just take care of your feelings. Don’t you ever fall in love with me!” Adam sempat memberi ingatan yang berupa sindiran pada Imelda sebelum dia mencapai topi besbolnya dan terus meluru keluar dari bilik itu.

Imelda menghentakkan kakinya berulang kali. Hatinya sebal dengan apa yang baru berlaku.

Don’t worry! Aku takkan jatuh cinta pada hantu macam kau tu!” Dia melepaskan tumbukan pada tilam yang didudukinya itu, sekadar mahu melepaskan geram yang berbuku di dalam hati. Dia bangun semula dan mengambil bagasinya di tepi katil. Dia mengeluarkan sehelai t-shirt dan sepasang seluar pendek paras lutut. Baju kebaya krim yang dipakainya untuk majlis akad nikah tadi segera ditanggal dan dimasukkan ke dalam beg plastik. Baju itu harus dihantar ke dobi dahulu sebelum dipulangkan semula pada Khalida. Semuanya dibuat dalam masa yang begitu singkat sampaikan baju nikah pun kena pinjam tapi tak kisahlah. Bukannya kahwin dengan orang yang disukai pun sampai nak buat persiapan yang beria – ia.

Imelda segera mengambil wuduk dan menunaikan solat Zuhur. Usai solat, dia lantas berbaring di atas katil. Badan dan mindanya terlalu penat dengan apa yang perlu dihadapinya sekarang. Tidak sampai beberapa ketika, Imelda sudah pun terlelap.


“ SEDAP tidur?” Soal Adam kepada Imelda sambil mengelap rambutnya yang masih basah.

Memang sedap gila aku tidur, lagi – lagi bila kau tak ada dalam bilik ni! Aman aje rasanya!

Tetapi kata – kata itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja. Tidak pula terluah pada Adam.

Imelda menggosok – gosok matanya berulang kali. Terkejut dia melihat Adam yang bertuala keluar dari bilik air. Segera dia mengalihkan pandangannya. Laju sahaja dia mengeluarkan dirinya dari keempukan katil itu apabila menyedari dia bersendirian bersama Adam lagi. Hatinya masih sakit dengan kejadian tengahari tadi. Tidak ingin dia berlama - lamaan di bilik ini, takut jika hatinya bertambah parah menahan rasa dan amarah.

Seems like you’re enjoying the bed already.” Adam cuba menambahkan rencah pada usikannya namun Imelda langsung tidak memberikan apa –apa reaksi. Dia hanya menjungkitkan bahu.

Oit, kau nak pergi mana pulak tu?” Adam bertanya lagi apabila melihat Imelda menghala ke arah pintu.

“ Perlu ke aku beritahu kau aku nak pergi mana? Rumah ni luas, banyak tempat lain aku boleh lepak dari duduk melanguk dalam bilik ni dengan kau! Tak adalah aku kacau kau kan? Kau mesti lagi suka kan bila aku tak ada? Sibuk je!” Imelda membidas Adam dengan jawapannya yang berbisa. Sindiran dan perlian diselang – seli dalam jawapannya pada Adam. Dia mahu membalas dendam akan sakit hatinya sedikit demi sedikit. Dia menyambung semula niatnya untuk meloloskan diri dari bilik itu.

“ Oo… Aku hargai sangat niat baik kau terhadap aku, tapi mama suruh kita bersiap. Kita ada dinner nanti, with others.”

Imelda berpaling semula ke belakang.
Define others.” Imelda berpeluk tubuh sambil terus menyandarkan badannya pada pintu. Cuba dia bersabar demi mendengar jawapan keluar dari mulut Adam.

Others. You knowYour brother, Haykal and wife, Rehan and Aisha and also mama. And of course, we, the newly wed.”

Adam tiba - tiba mendapat satu akal jahat. Dia berpusing ke belakang supaya dia betul – betul mengadap Imelda.

Dahi Imelda berkerut seribu. Apa pulak yang mamat ni nak buat?

Imelda terus menunggu.

Adam tiba – tiba sahaja menanggalkan ikatan tuala pada pinggangnya. Imelda dengan lajunya menutup muka dengan kedua belah tangannya. Lama dia berbuat begitu sehinggalah dia mendengar tawa Adam yang berdekah – dekah. Perlahan – lahan dia mengalihkan tangan dari mukanya.

Dia mengucap lega di dalam hati. Mangkuk hayun punya laki! Sengaja buat aku cuak! Ingatkan over exposure dah tadi. Cet!

 Adam bukanlah dalam keadaan yang sedang difikirkannya tadi. Meskipun belum berpakaian lengkap, sekurang – kurangnya Adam tidak lupa memakai boxernya.

Muka Imelda menjeruk. Geram apabila dia dimain – mainkan sebegitu rupa.

Adam memegang perutnya yang senak akibat terlalu kuat ketawa.
           
You should see your face just now. It was priceless!” Ketawa Adam masih lagi tidak berhenti. Memang sengaja dia berbuat begitu tadi. sengaja mahu mengenakan Imelda.
           
Imelda memegang tengkuknya. Sakit kepala dibuatnya melayan monyet yang seekor ni.
                       
You have to wait longer if you want to see more than that. But that is depending on your behaviour. So, kalau nak tengok, reti – retilah dengar cakap suami kan….”

            Imelda terus menjuihkan bibir. Apakah dia ni? Gilo ko apo? Aku nak tengok more than that? Ingat aku ni putus fius ke, macam kau? Ngee…Tak apalah… No, thank you!
           
Adam tersenyum apabila melihat muka Imelda yang masam mengalahkan cuka itu.
                       
“ Siap – siaplah cepat. Aku tunggu kat luar. Tapi ingat, our show. Give your best performance tonight. It important to convince others that we are already in good terms especially to mama and your brother.” Ujar Adam lagi seraya mengambil botol perfume Hugo Boss dan menyemburnya di sekitar lehernya.
           
Imelda mengibas – ngibaskan tangannya di sekitar mukanya. Bau haruman itu mula meresapi ke seluruh bilik dan menusuk ke hidungnya.
           
Get use to it, babe!” Adam ketawa kecil melihat reaksi Imelda.

At least, as long as we’re living together. Nah, sambut ni!” Adam melemparkan tualanya pada Imelda. Meskipun Imelda tidak bersedia, namun dia dapat juga menangkap dengan baik. Dia memegang tuala yang basah itu dengan hujung jarinya.
           
“ Yang itu, kau tolong letakkan kat tempat dia and tuala kau, kau boleh ambil dalam almari ni. Baju – baju kau pun, kau dah boleh susun dah. Aku dah sediakan ruang untuk kau. Barang make up kau pun boleh letak atas meja tu. Aku tak kisah. Just help yourself!”
           
Imelda mencemik. Bila pulak dia sediakan semua ni? Waktu aku tengah tidur tadi ke? Baik hatilah pulak dia.

Ah! Imelda! Bangun! Jangan nak berangan. Remember! This is just a show!

One more thing. Don’t get use of me being this nice to you. Aku cuma nak kita hidup dalam keadaan yang selesa. Anggap je aku ni macam housemate kau. Macam kau dengan Aisha dulu. Nothing’s change. Okey?” Adam tiba – tiba mengenyitkan matanya.

Imelda mengerutkan dahinya lagi.

Apahal mamat ni? Cacat ke? Ceria semacam pulak dia. Main kenyit – kenyit mata lagi! Cucuk mata tu kang, baru kau tahu! Tadi mulut, punyalah berbisa. Sekarang tiba – tiba buat baik pulak…Apakah?

Imelda memandang Adam lagi dengan hujung matanya.

“ Siap cepat, jangan biar orang tunggu lama – lama.” Sempat Adam mengingatkan semula Imelda sebelum dia segera meloloskan diri dari biliknya sendiri tanpa sempat Imelda membalas. Di balik pintu itu, dia tersenyum lagi.

Hish! Geram aku!” Imelda menjerit geram sambil menghempaskan pintu bilik air dengan kuat. Sengaja mahu menunjukkan rasa marahnya.

Puan Salma mengurut dada. Terkejut dengan bunyi yang kuat datang dari bilik anaknya itu.

“ Kenapa tu Adam?” Puan Salma bertanya pada Adam yang sibuk menekan punat remote control televisyen tanpa mahu tetap pada satu siaran.
Adam berpaling mengadap mamanya sambil tersengih.

“ Entah! Mel marah kot sebab tadi Adam ada usik dia. Hehehe…” Adam ketawa pendek dengan tumpuannya diberikan semula dalam usaha mencari cerita yang best sementara menunggu Imelda bersiap.

Puan Salma menguntum senyum. Lega melihat Adam senyum lagi. Lega juga kerana anak dan menantunya itu ada berinteraksi sesama mereka.


TANPA ragu – ragu, Adam dengan selambanya melingkarkan tangannya pada pinggang Imelda sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari kereta. Ditariknya tubuh Imelda supaya dekat dengan tubuhnya. Pegangannya pada pinggang Imelda juga semakin erat.

Langkahan Imelda terhenti apabila terasa ada tangan merayap di pinggangnya. Tanpa sempat dia berbuat apa – apa, badannya juga ditarik rapat. Bau wangian Adam kini dapat dihidu dengan lebih kuat. Deru nafas Adam juga dapat dirasakan di pipinya. Tanpa dilihat oleh mama, dia cuba menepis tangan Adam.

ShhRemember, it’s part of the script. So just follow, will you?” Adam berbisik pada telinga Imelda sambil menghadiahkan senyuman apabila pandangan mama singgah kepada mereka. Imelda turut berlakon sama. Dia juga turut membalas senyuman pada mamanya itu.

Will you get your hands off me?!” Imelda mengetap bibir, geram. Sempat dia memberikan jelingan maut kepada Adam namun Adam hanya membuat muka selamba kodoknya. Imelda cuba mengawal riak muka sebaik mungkin supaya tingkah lakunya tidak menimbulkan curiga mama.

Why? I’m your husband, right? I can do more than this.” Dia mengalihkan tangannya. Diletakkan tangannya di atas punggung Imelda. Sengaja mahu mengusik.

Muka Imelda merah padam. Malu bercampur marah. Segera dia mengalihkan tangan Adam dari pungung ke pinggangnya semula.

But this is acting of course!” Dia membiarkan tangannya berada di tempat yang dibenarkan Imelda iaitu di pinggangnya.

Just bear with it and be professional.” Adam menambah lagi dalam keadaan masih berbisik.

Acting your head! Suka hati kau aje, kan!” Imelda masih cuba melepaskan pinggangnya dari tangan Adam tetapi dia tiba – tiba sahaja cepat mengubah tindakannya. Dia konon – kononnya menyambut baik sikap manja Adam padanya. Dia tersenyum sambil tangannya mengusap tangan Adam yang berada di pinggangnya.
“ Apa kamu berdua ni?” Pandangannya silih berganti antara Adam dan Imelda. Pelik dia melihat mereka berdua.

“ Dari tadi mama tengok asyik berbisik aje. Apa yang kamu berdua cakapkan?” Puan Salma berhenti seketika. Segera dia bertanya apabila asyik mendengar soh seh soh seh di belakangnya ketika mereka berjalan.

“ Oo…Mama curi – curi dengar ye…Pandai ye mama sekarang ni…” Adam sengaja mengenakan mamanya. Terus merah padam muka Puan Salma apabila Adam mengusiknya begitu. Tidak jadi dia hendak bertanya lebih lanjut. 

See, senang je nak alihkan perhatian mama. Just act like we’re a happy couple. That’s all. No more, no less!”

Imelda menjeling tajam ke arah Adam. Bengang dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Adam meneruskan lagi lakonan cemerlangnya. Dia menarik kerusi untuk Imelda sebelum mengambil tempat duduknya. Rehan dan Aisha melihat aksi mereka berdua dengan mata terkebil – kebil. Haykal masih tidak senang dengan apa yang dilihatnya, namun dia cuba untuk mengawal rasa curiganya. Puan Salma dan Naym pula menguntum senyum, senang melihat kemesraan mereka berdua. Rehan menjeling – jeling pada pasangan pengantin baru yang duduk bersebelahan dengannya itu. Sesekali senyuman lebar menghiasi bibirnya.

“ Naym nak balik bila?” Puan Salma membuka bicara ketika mereka semua sedang menikmati dessert.

“ Naym kena balik esok, aunty. Tak boleh nak cuti lama – lama sebab Naym baru je ambil cuti lama hari tu.”

Puan Salma mengangguk faham.

“ Cepatnya abang nak balik. Tak boleh ke abang tunggu lama lagi? Alah, sehari dua aje. Bolehlah…” Imelda cuba memujuk abangnya untuk tinggal lebih lama. Dia memerlukan teman untuk berbicara dan mengadu nasib lebih – lebih lagi dalam keadaannya sekarang. Dia boleh berkongsi apa sahaja dengan abangnya itu. Sekurang – kurangnya, dia mahu abangnya itu tahu akan apa sebenarnya yang terjadi dan mengapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Adam. Dia tidak mahu abangnya mendengar apa yang telah terjadi melainkan hal itu datang dari mulutnya sendiri.

“ Alah, adik dah bersuami pun. Kalau ada apa – apa, Adam kan ada sekarang. Abang ni dah tak diperlukan sekarang ni. Yelah, dah dapat gading bertuah, tanduk lama ni dah tak guna lah kan…” Kata – kata Naym mengundang tawa semua sementara muka Imelda terus cemberut.

Adam meletakkan tangannya di atas peha Imelda, konon – konon mahu mencuba untuk memujuk isterinya itu.

“ Aduh!” Adam tiba – tiba mengaduh sakit. Jeritannya itu mengundang semua mata ke arahnya.

“ Kenapa Adam? Sakit ke?” Puan Salma cepat – cepat bertanya apabila melihat anaknya itu seperti dalam kesakitan. Rehan dan Aisha pula sedang cuba sedaya upaya untuk menahan tawa. Mereka berdua tahu sebab kepada jeritan Adam.

“ Tak ada…Tak ada apa – apalah mama.” Adam cepat – cepat menggelengkan kepalanya. Dia memandang Imelda yang sedang tersenyum lebar di sebelahnya.

Dengan muka yang tertampal senyuman plastik, Imelda mendekatkan kepalanya pada Adam.

“ Kau nak lagi ke? Buatlah lagi macam tu kalau nak rasa lagi. Aku boleh aje nak bagi.” Imelda sempat memberi amaran kepada Adam sambil bibirnya menggetap geram. Marah betul rasanya apabila tangan Adam tiba – tiba sahaja mendarat di atas pehanya tadi. Memang mamat tu sengaja nak cari nahas.

Padan muka kau! Rasakan!

 Adam hanya tersenyum mendengarkan kata – kata Imelda itu. Dia berusaha membuat muka selamba kerana mereka berdua masih menjadi perhatian ramai di situ. Dia menggosok – gosok kakinya pada seluar di bahagian betisnya, cuba untuk menghilangkan rasa pedih akibat dipijak oleh tumit kasut Imelda tadi. Semuanya gara – gara dia menggatal meletakkan tangannya di atas peha Imelda tadi.

“ Apa?!” Adam berasa tidak puas hati dengan Rehan. Dia melepaskan geram pada kawannya itu apabila melihat Rehan masih lagi tidak habis – habis mentertawakan dirinya.


“ ADIK…” Lembut Naym memanggil adiknya itu. Ada sesuatu yang ingin dikatakan pada adiknya itu.

Imelda melangkah datang ke arah abangnya dengan seukir senyuman. Lega kerana akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari lakonannya bersama Adam.

Dasar lelaki! Tak habis – habis nak ambil kesempatan aje. Imelda sempat menyumpah Adam dalam dia mengorak langkah ke arah Abang Naym.

“ Adik…” Naym cuba untuk memaniskan muka meskipun di hatinya kini bersarang seribu macam soalan. Dia meletakkan tangannya di atas bahu Imelda dan memeluk erat adiknya iu.
So, macam mana?”

“ Macam mana apa?” Imelda menyoal semula abangnya. Tidak faham akan apa yang dimaksudkan oleh abangnya itu.

“ Adam. Macam mana dengan dia? Memang adik suka dia ke? Memang adik ada plan nak kahwin dengan dia ke sebelum ni? Macam tu ke?”

Imelda ketawa kecil mendengar soalan – soalan abangnya itu.

“ Bukan ke abang sepatutnya tanya soalan – soalan macam ni sebelum abang nikahkan adik dengan Adam tadi pagi tadi? Tanya sekarang buat apa? Dah tak ada maknanya, abang…”

“ Adik…” Suara Naym mula mengeras. Dia tidak senang mendengarkan nada yang digunakan oleh adiknya itu.

Hish abang ni! Mestilah adik suka. Kalau tak, takkanlah sampai adik nak kahwin dengan dia pulak kan? Apalah abang ni. Suka tanya soalan yang bukan – bukan.” Imelda cuba berlakon sebaik mungkin di hadapan abangnya. Bila difikirkan semula akan baik dan buruknya, dia mengambil keputusan untuk tidak memberitahu hal yang sebenarnya pada abang Naym.

Ya Allah! Kuatkan hati hambaMu ini.

Lagi elok kalau abang, kak Iman dan ibu tak tahu akan hal yang sebenarnya. Biarlah mereka berfikir yang aku memang mengahwini Adam atas dasar cinta.

 Imelda memandang muka abangnya itu lagi. Rasa berdosa juga kerana terpaksa berbohong kepada insan yang amat disayanginya itu.

Tak apalah abang. Abang dah ada kat sini pun, dah cukup baik untuk adik. Biarlah adik tanggung sorang – sorang je benda ni. Lagipun, tak adalah susah kalau adik dengan Adam berpisah nanti sebab adik tahu yang kami berdua memang tak akan bersama selamanya. Adik lakukan semua ni sebab… Sebab…

“ Adik? Lah, kenapa adik menangis pulak ni?” Naym segera memeluk adiknya itu.

“ Sedih ye abang nak balik esok?”

“ Mel…” Adam cuba memanggil nama Imelda meskipun akal fikirannya melarang dia berbuat demikian namun hatinya bagai ditarik – tarik untuk memujuk Imelda.

“ Dah, jangan menangis lagi. Macam Balqis pulak abang tengok. Malu sikit dengan Adam tu.”

“ Jahat!” Imelda tiba – tiba menolak abangnya itu sehingga abangnya itu terundur beberapa langkah ke belakang.

“ Ada ke samakan orang dengan Balqis pulak?!” Imelda memukul manja abangnya itu sambil mengesat air matanya.

Adam melihat sahaja keintiman kedua beradik itu. Memang dia akui yang Imelda sememangnya rapat dengan abangnya itu. Semenjak kecil lagi, hubungan mereka berdua sangat utuh. Bila dia mengetahui yang Imelda adalah anak ibu long iaitu sepupunya sendiri, bemacam memori zaman kanak – kanak mereka mula bermain di kotak fikirannya. Namun, itu semua dulu. Sekarang ni, semuanya dah berbeza.

Dia dengan hidup dia dan aku dengan cara dan pemikiran aku sendiri. We can’t really get along to each other like we used to when we’re litte kids. It’s really not the same. It just feel…diferent!

Adam seakan – akan mengingatkan dirinya sendiri tentang realiti sebenar keadaan mereka berdua.

“ Mel, jom. Mama dah tunggu tu.”

Pandangannya beralih dari Adam. Dia memandang sayu pada abangnya itu. Tidak sampai hati pula ingin berpisah dengan abangnya itu mengenangkan hidupnya di bumi Australia ini akan bertambah susah selepas ini.

“ Pergilah, mak mertua dah panggil tu. Ingat pesan abang ni. Pandai – pandai jaga diri, jaga suami. Jangan buat perangai yang bukan – bukan lagi.”

Imelda terus menjeling Adam apabila mendengar lelaki itu tiba – tiba ketawa.

Mereka bertiga saling bertukar peluk dan bersalaman sebelum masing – masing berpisah dan mengambil jalan sendiri.

“ Lepaslah tangan tu. Drama dah habislah!” Imelda merentap kasar tangannya dari pegangan Adam sebaik sahaja teksi yang dinaiki abangnya hilang dari pandangan mata.

Fine, anything you said.” Adam menjawab sambil menunjukkan muka bengangnya.

Women!” Tak habis – habis nak emosi tak bertempat! Memang payah! Adam sempat mengomel.

No comments:

Post a Comment