Saturday, February 5, 2011

Cinta Bertandang Lagi 29


BAB
29


Baby love….


PANDANGAN Imelda tiba – tiba teralih pada kalendar meja yang berada tidak jauh darinya. Melihatkan tarikh – tarikh di kalendar itu, otaknya terus sahaja ligat berfikir dan mengira. Matanya terus sahaja membulat dan tangannya segera melekap pada perutnya.

Hish! Tak boleh! Takkan!” Imelda bingkas bangun. Dia segera berlalu ke dapur, cuba mengalihkan perhatiannya dari apa yang mula terbayang di fikirannya.

Imelda menghenyakkan punggung ke atas sofa sambil air jus orennya diletakkan di atas meja di hadapannya. Dia terus memikirkan kemungkinan yang dari tadi asyik bermain di kepalanya. Dia tiba – tiba ketawa.

“ Takkan….Takkan….” Berulang kali dia mengulang perkataan yang sama sambil diselang – selikan dengan dengusan dan ketawa kecil. Kepalanya digeleng – geleng, cuba menafikan segala yang sedang bersarang di kepalanya sekarang.

“ Tapi benda tu dah jadi almost sebulan lepas and period aku pulak still tak datang – datang….Dah seminggu lambat.”

“ Apa yang kau duduk membebel sorang – sorang ni?” Kedatangan Adam mengembalikan Imelda ke alam realiti.

“ Dah gila ke?” Adam bertanya lagi dengan tangannya laju sahaja mengambil air oren yang terhidang di atas meja di hadapannya. Laju sahaja dia meneguk air itu.

Imelda menjeling tajam, mengikut setiap gerak perlakuan Adam.

Siapa yang tak gila kalau kena duduk dengan orang gila macam kau ni?! Ceh! Suka – suka hati aje ambil air aku!

“ Tak ada apa – apalah. Tak payah kau nak susah – susah nak tahu.”

“ Oh! Tak susah pun, saja je aku tanya!” Jawab Adam semula sambil tersengih.

Imelda menjeling Adam dengan hujung matanya. “ Suka – suka hati kan ambil air aku! Kalau nak, pergilah ambil sendiri kat peti tu…Tengok tu, dah tinggal separuh.”

“ Hish, kedekut betul! Dengan laki sendiri pun berkira. Nah, ambillah balik!” Adam menghulurkan semula gelas di tangannya.

Imelda mencebik! Laki tak laki, ada saya kisah?! Imelda menolak tangan Adam yang menghulurkan gelas air kepadanya.“ Tak nak aku! Bekas kau! Ambillah semua!”

“ Pulak?! Eh, dapat pahala tau seorang isteri tu makan atau minum dari bekas suaminya…” Balas Adam semula dan terus meneguk habis baki air di dalam gelas itu. Kata tak nak kan? Aku bedal jelah semua!

Kening Imelda serta – merta terjungkit. “ Wah, tahu jugak kau pasal agama ni kan?” Imelda selamba memerli dan Adam hanya terdiam.

“ Kau tahu masak tak?” Adam melencong topik perbincangan mereka sambil dia terus duduk bersandar, rapat dengan Imelda sehingga peha mereka bersentuhan.

Imelda terus menjauhkan dirinya dari Adam. Sengaja kan nak ambil kesempatan! Kalau lelaki tu, memang lelaki jugaklah! Gatal! Mama keluar jumpa kawan, so tak perlu kot nak berlakon rapat ke apa.

“ Kau buat apa hari ni? Tak pergi kelas?” Tanya Adam lagi dengan penuh santun dan sopan. Cuba mencari topik perbualan dengan isterinya itu.

Imelda mula membuat muka. Mamat ni, semakin hari semakin pelik. Demam ke? Asal banyak pulak dia bercakap dengan aku sekarang ni? Dulu punyalah kerek, tapi sekarang….hurm, baik! Tapi, baik ada makna tu…

“ Kenapa tanya aku pandai masak ke tak?”

“ Tak…Kebelakangan ni, aku asyik mengidam nak makan tomyam aje. Tak tahu kenapa. Kau tahu buat tak? Masakkan untuk aku boleh?”

Mengidam? Erk! Apakah?! Kebetulan ke? Ke dia tahu apa – apa ni? Oh my god!!!

“ Oit, dah sampai bulan ke?” Adam mengegarkan bahu Imelda yang jauh termenung.

“ Tahu…Aku tahu…Tapi bahan – bahan dia tak adalah. Lagipun, mama kan ada. Biarlah mama yang buat. Mama punya tomyam beribu kali ganda lagi sedap dari aku buat…”

“ Tak nak! Hari tu, aku dah makan yang mama buat. Tapi still tak dapat puaskan tekak aku ni hah. Maybe nak merasa air tangan kau jugak kot…”

“ Hish! Mengadalah kau ni! Air tangan, buah tangan! Ada aku kisah?! Takde…Takde…”

“ Alah, bolehlah…Bolehlah….Please…..” Adam terus merayu sambil menggesel – geselkan kepalanya di bahu Imelda.

Please….” Adam memuncungkan mulut sambil kedua tangannya disatukan, terus merayu manja.

Erk! Rasa jengkel dan geli tidak terkata terus berputik di hati Imelda. Apakah mamat ni buat perangai macam budak tak cukup umur ni?! Hish! Geli! Tak sesuai, okey!

“ Yelah…Yelah…Nanti aku buatkan. Dah, sekarang pergi duduk jauh – jauh…Rimas!” Imelda terus menolak kepala Adam yang selamba sesuka hati menjadikan pehanya sebagai bantal.

“ Aik…Tak naklah nanti. Hari ni jugaklah buat. Dah lama tau aku teringin…” Bantah Adam semula. Dia masih tidak mahu mengalihkan kepalanya.

“ Hish, kan dah cakap tadi, tak ada bahan. Nak buat macam mana?!” Imelda memandang muka Adam yang dirasakan begitu kecil aje sekarang ni. Orang dah nak buatkan pun dah kira mujur, tapi still nak demand lebih – lebih?! Banyak cekadak anda!

Ada jugak aku tumbuk lumat – lumat mamat ni nanti. Hish! Sehari kalau tak kacau aku, tak sah!

“ Cium sikit!” Adam laju mengangkat mukanya dan bibirnya menyentuh lembut bibir Imelda. Geram dia melihat muka comel Imelda yang berada begitu rapat dengannya.

Imelda terpegun, terkaku terus di tempat duduknya. Adam pula terus bangun dan berdiri sedikit jauh dari Imelda.

“ Jahat!” Imelda mencampakkan bantal yang sempat dicapai tangannya, tepat mengenai perut Adam.

“ Buatlah lagi kalau berani! Memang sengaja kan?! Hish, tengoklah! Tunggulah!” Imelda mengugut lagi.

“ Aik, jangan cabar! Setakat kena lempar dengan bantal ni sebab cium kau, lebih dari tu pun aku boleh terima, okey! Aku sanggup. Lagipun, apa sangatlah perempuan cekeding macam kau tu boleh buat pada aku yang gagah lagi perkasa ni…” Balas Adam sambil menjungkitkan keningnya. Otot di dada digerak – gerakkan. Bonjolan di lengan juga turut ditayang. Inilah hasil kalau selalu ke gym.

  Bantal dilempar Imelda tadi dilambung – lambung dan hatinya teramat suka melihat muka Imelda yang terus merah menahan rasa. Marahlah tu…
Besides, hari – hari kita tidur sekatil. Cuba kau fikir. Aku ni boleh aje nak buat lebih dari cium kau tapi aku tak buat kan?” Ujar Adam lagi.

“ Tapi…Adalah sekali dua tu aku terpaksa alihkan kaki kau yang sedap mendarat atas dada aku tapi itu tak kira sentuhlah sebab kalau aku tak buat macam tu, mungkin aku dah mati sebab kering nafas. You know what, for a small girl like you, your leg sure weight a ton…”

Apakah dia ni?! Motif mengutuk aku sekarang?! Rasa marak terus membuak – buak di hati Imelda.

Adam belum puas lagi mengusik Imelda. “ Or maybe I should do something more than a kiss after this? Is that what you want?”

Hidung Imelda kembang – kempis mendengar kata – kata Adam. Ya, memang selama ini mereka tidur sekatil kerana since the first day lagi, Adam dah cakap yang dia takkan menyentuh Imelda dan Imelda berpegang kuat pada kata – kata itu , tapi apa hal pulak sekarang ni?! Ini dah jadi kes lain ni…

So here, I’m the one who’re supposed to be blackmailing you instead of you blackmailing me, my dear...Think again Mel, think carefully before you try to that to me…”

Imelda menarik nafas dalam – dalam. Okey, kau nak lawan ye…Fine! Bring it on!

And let’s see here….Who’s the one that kisses my hand and said that was his maximum touch towards me? That he never touches me ever because I’m not his type or… something? Are you taking back all that now? Are you like, crazily and deeply in love with me already?” Imelda bijak menyusun hujah, tidak mudah melatah bila diduga Adam. Jika Adam pandai memusing bicara, dia lebih hebat membelit kata.

Adam terbatuk tiba – tiba. Wah, jangan diperlekehkan si Imelda Maisarrah ni. Sekali sekala, pandai juga dia menyengat ye…

And you sure have the memory. Every each of it. Which one do you remember the most? The kiss or… the kiss?”

You think?!” Imelda membuat muka jengkel. Ayat tak boleh blah! Memang dasar kasanova!

ErmStill, I have all the power hereI’m the guy, I’m the husband and I have all the say here…” Sebenarnya Adam sudah kehabisan modal mahu berhujah tetapi dia suka bila Imelda banyak bercakap dengannya. Dia suka mendengar suara Imelda. Disebabkan itu jugalah, dia sering mencari gaduh dengan Imelda. Itu satu – satunya cara Imelda akan membuka suara kepadanya.
Bluek! Jahat! Male chauvinist! Gender discrimination! Poyo! Yang kuat membuli yang lemah! Jahat! Jahat! Jahat!” Bertubi – tubi kata – kata tidak puas hati dihamburkan pada Adam.

Whatever!” Adam malas mahu bertekak lagi.

“ Dah lah, nak masuk bilik!”

“ Lah, merajuk ke? Janganlah macam tu!”

Langkah Imelda terhenti seketika. “ Apa barang merajuk dengan kau! Tak ada hasil!”

“ Kenapa? Nak ada hasil ke? Nak aku pujuk ke? Aku terror bab memujuk perempuan ni…Jom masuk bilik sama – sama…” Adam melirik nakal.

“ Hish!” Imelda berdesis geram sambil mengetap bibir geram!

“ Dah tu, nak buat apa kat bilik tu? Temanlah aku kat sini…”

“ Kata nak makan tomyam, kenalah pergi beli barang kan? Tak nak tomyam kau ke?”

“ Dah tu, jomlah pergi beli barang. Yang kau nak masuk bilik tu kenapa?” Tukas Adam semula.

“ Takkan nak pakai macam ni kot?”

“ Okey aje….” Adam melihat Imelda dari atas hingga bawah. T-shirt dengan short.

“ Kau pakai lawa – lawa, aku pulak serabai kusut macam ni. Tak nak aku!”

“ Kau tetap cantik di mata aku Mel….” Puji Adam dengan nada meleret, entah ikhlas atau tidak.

Imelda mencebik. “ Cantik?! Nampak ni?” Imelda menyuakan buku limanya.

“ Tunggu, kalau nak aku ikut. Kalau tak, pergi sendiri, beli barang sendiri and masak sendiri, nak?”

Fine, aku tunggu. Lagipun, aku tahu, kau nak jaga air muka suami kau ni kan? Mencantikkan diri kau untuk aku kan?” Ujar Adam lagi.

Whatever! Tak nak dengar! Cakaplah sorang – sorang…Merepeklah sorang – sorang…” Imelda menutup kedua – dua telinganya dengan tangan dan terus berlalu ke biliknya.

Adam tersenyum sahaja. Di dalam hati, dia mengakui yang dia mula menyenangi kehadiran Imelda di sisinya.


“ NAK aku tolong?”

“ Tolong? Boleh, tolong duduk diam – diam kat situ, jangan kacau aku!” Balas Imelda sambil tangannya terus lincah memotong sayur – sayuran yang hendak dimasukkan ke dalam tomyam itu nanti.

“ Ceh, garang! Aku tanya je pun…” Bebel Adam seorang diri. Dia menarik kerusi dan terus duduk, memerhatikan Imelda bekerja di dapur.

“ Eh, tak pakai apron ke? Kotorlah baju tu nanti…” Adam tiba – tiba bersuara lagi.

“ Hish, bisinglah kau ni! Ada aje nak cakap kan?! Takde…Takde…Tak sempat dah nak pakai! Lagipun tangan kotor ni…” Imelda menunjukkan tangannya yang berlendir mencuci ayam.

“ Jangan buat susah, benda yang senang…” Adam mengambil apron di dalam laci dan berjalan mendekati Imelda.

“ Meh sini aku pakaikan…”

Imelda terpaksa mengikut. Dia berdiri tegak dengan senduk masih di tangan sementara menunggu Adam memakaikan apron kepadanya. Hatinya mula berdetak pantas apabila Adam berdiri rapat di belakangnya dan desah nafas Adam menderu di lehernya. Terasa beberapa saat Adam berada dekat dengannya seakan lambat berlalu.

Adam menarik nafas dalam – dalam, mencium haruman badan Imelda. “ You smells nice…” Imelda cepat berpaling sebelum sempat Adam menghabiskan kata – katanya.

That’s why you have to wear the apron so that kau tak bau macam ayam lepas ni…Kan?” Pandai Adam melencong kata. Gelora di hati yang bergetar hebat sebentar tadi segera dikawal.

Dirasakan Adam begitu kecil pada saat itu. Geram dengan sikap Adam yang teramat luar biasa sekarang. Kata – kata dia, perbuatan dia…Argh! So confusing!

Adam duduk kembali di tempatnya. Matanya tidak lepas dari memandang Imelda. Diperhatikan Imelda yang kelihatan begitu comel ‘beraksi’ di dapur, diteman periuk, senduk dan sinki dan lain - lain. Everything seems so perfect here, now!

“ Tiba – tiba comel aje aku tengok kau pakai apron tu. Maybe I should buy one for me, blue colour…Boleh kita pakai sama – sama and masak sama – sama lepas ni…”
 
Imelda menjulingkan mata ke atas bila mendengar kata – kata Adam itu. “ Oh god, apakah semua ini?! Aku yang banyak tengok cerita Korea, kenapa kau pulak yang lebih – lebih cheesy ni…Aaaahhh!!! *Picosso…Picosso...Chicha! Apakah pakai couple apron! Aaahhh!!!”

Adam ketawa besar mendengar balasan Imelda. “ Kata tengok sekali kan?!”

“ Tak ajak pun kau. Kau tu yang menyibuk nak tengok…” Tambah Imelda pula.

Whatever! Tapi kan, banyak juga rupanya line – line and action untuk menawan hati perempuan yang boleh kita belajar dari cerita Korea ni…Kagum aku dengan dia orang, confirm semua perempuan kat sana happy – happy kan, sebab semua lelaki kat sana cheesy, kan?”

“ Sebab tu aku berangan nak kahwin dengan laki Korea tapi…” Imelda berjeda sambil menjeling ke arah Adam. Tapi aku sangkut degan kau! Huh!

“ Hahaha…Sorry that I’m not Korean, but I’m the most handsome guy here and you got me, you should be feeling lucky lah wifey….And if you want me to be cheesy macam mamat – mamat Korea tu, I’ll try my best to be the cheesiest…”

Imelda menjuih bibir. “ Lucky? *buhsun!” Omel Imelda lagi sambil mencampakkan sayuran yang dipotongnya tadi ke dalam periuk.

“ Kau tahu tak apa yang aku suka?”

“ Perempuan cantik?” Imelda memandang Adam sekilas dengan senyuman sinis tertampal di bibir.

            Muka Adam serta merta mengeruh mendengar jawapan Imelda. “ Fine, besides that…”

            Mengaku jugak! “ Apa?” Imelda teruskan melayan sahaja. Seronok jugalah bila ada teman berbual kat dapur ni.

            I love the back view of you doing dishes and when you’re cooking. And I would really love to see the look on your face when you wait for me to have a taste on your food…It would be a very lovely scene, kan?”

            Hati Imelda bagai terhenti. Buat seketika, hatinya benar – benar tersentuh dengan kata – kata Adam itu tadi tetapi dia cepat –cepat berpijak ke dunia yang nyata semula.

            Oh my god, Adam! You are so being corrupted by all those Korean dramas. Seriously, hubby deareat, you are so not watching any of those after this…”

            Adam tersenyum. “ At least I get to hear you call me hubby dearest….”

            Imelda terdiam lagi.


            “ ERM, sedapnya bau. Imelda masak apa?”

            “ Eh, mama. Marilah makan sekali, ni Mel masakkan tomyam.” Ujar Adam kepada mamanya lagi.

            “ Aik, bukan ke hari tu baru mama masakkan tomyam? Hari ni tomyam lagi?” Puan Salma mengambil tempat di meja makan.

            “ Entah Adam ni ma…Beria dia memaksa Mel masak tadi…Tak tahu kenapa.” Tambah Imelda pula sambil mengisi nasi ke pinggan Adam dan Puan Salma. Tersenyum sahaja Puan Salma mendengarnya.

            “ Wah, tak sabar nak makan…” Adam mula menyenduk kuah tomyam ke dalam mangkuknya. Sudu sup terus di

            “ Bismillah dulu….” Puan Salma mengingatkan semula.

            Suapan Adam terhenti sebelum sempat sudu mencecah mulutnya. Matanya melirik memandang Imelda yang seakan menunggu saat dia merasa hasil air tangannya itu.

            And I would really love to see the look on your face when you wait for me to have a taste on your food…’

            Imelda terus mengalihkan pandangannya bila mengingatkan semula perbualannya dengan Adam tadi. Tahu akan maksud pandangan Adam kepadanya tadi.

            Tetapi, apa yang dibayangkan Imelda, lain pula yang jadinya. Sebaik sahaja Adam merasa masakannya, Adam terus sahaja berlari ke sinki.

            Puan Salma dan Imelda mengekori Adam dengan pandangan matanya. Kenapa pulak ni?

            Puan Salam terus menyudu sup tomyam Imelda. Dia memandang menantunya itu. “ Sedap je Mel….”
            Adam kembali ke meja makan dengan muka yang pucat. Tekaknya terus terasa perit.

            “ Kenapa Adam?” Tanya Puan Salma, risau.

            “ Entah, Adam pun tak tahu. Sejak semalam lagi, Adam muntah – muntah macam ni. Habis perit rasa tekak ni…”

            “ Awak salah makan ke?” Kali ini Imelda pula yang bertanya. And, bila mama ada, tak boleh pakai aku kau, kena guna saya awak, so jangan terkejut, okey?

            “ Entah…” Jawab Adam sepatah dengan tangannya mula menyudu semula kuah tomyam tadi.

            “ Eh, tak payahlah makan. Nanti muntah lagi…” Imelda laju sahaja menarik mangkuk sup itu dari Adam.

            Adam terkebil – kebil memandang Imelda. “ Eh, saya dah mengidam nak makan tomyam, bagi ajelah. Mana aci halang – halang ni…”

            “ Orang cakap jangan, janganlah! Makan lain kali…” Imelda masih berkeras.

            “ Nanti, saya buatkan bubur…Bubur saya buat lagi sedap dari tomyam ni…” Kali ini, Imelda cuba mengumpan Adam pula.

            “ Tak nak! Nak tomyam jugak!” Adam juga terus berdegil.

            “ Hish, macam budak keciklah awak ni…Orang cakap…”

            “ Mel! Mel dah datang bulan ke bulan ni?” Puan Salma tiba – tiba mencelah perbalahan mereka.

            Imelda tergamam. “ Er…” Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Perlu ke beritahu mama yang dia dah lambat seminggu?

            “ Tak, belum lagi…” Adam pula yang tolong menjawab.

            Imelda terus mengetap bibir. Pandai – pandai pulak mamat ni tolong menjawab.
 “ Hish, mana awak tahu?”

            “ Saya tahulah, sebab saya tak pernah tengok awak miss solat since hari kita kahwin and that was what, almost a month ago or maybe… more?”

            Terangguk – angguk Puan Salma yang mendengar. “ Mel tak ada rasa tak sedap badan? Muntah – muntah ke, pening ke?”

            Imelda laju menggeleng. Haish, dia seperti sudah dapat menganggak ke mana arah tuju perbualan mereka ini

            Maybe Mel tak, tapi Adam rasa. Pening, muntah, tak sedap badan…Semua ada…” Sekali lagi, Adam juga yang menyampuk.

            Puan Salma serta – merta senyum melebar.

            “ Kenapa mama tiba – tiba senyum ni?” Adam bertanya semula bila melihat mamanya tersenyum simpul dengan pandangan bersilih ganti memandang dia dan Imelda.

            “ Imelda mengandung kot…”

            “ Hah, mengandung?!” Adam terus tersentak mendengar telahan mamanya itu.

            Imelda sudah terketak – ketar menahan rasa di hati.

“ Mel?” Adam memaut lembut bahu Imelda.

“ Tak, tak mungkin!” Imelda menolak kasar tangan Adam yang sedang memaut bahunya itu.

“ Tak nak! Mel tak nak!” Imelda menggeleng – gelengkan kepala berulang kali. Air matanya mula bergenang sebelum dia bingkas bangun dan berlari terus ke biliknya.

            Pang! Pintu bilik dihempas kuat.

            Puan Salma memandang dengan rasa terkejut yang amat. Tidak faham dengan apa yang baru berlaku.

 Rasa hati Adam yang tiba melonjak gembira tadi terus pudar dan luntur apabila melihat reaksi Imelda yang sebegitu rupa. Fahamlah kini dia akan isi hati Imelda tentang hal yang satu itu.

Dia mengeluh panjang di situ.

No comments:

Post a Comment