Wednesday, March 16, 2011

Cinta Bertandang Lagi 35


BAB
35

IMELDA mengangkat kepalanya sambil memandang wajah Adam disebelahnya. Dia tersenyum. Kali ini dia yakin. Dia ingin meneruskan perkahwinannya dengan Adam. Bukan kerana kesian mahupun rasa simpati tetapi kerana rasa kasih yang telah berputik di hatinya. Sampai bila dia harus menafikan perasaannya yang sudah mula wujud untuk Adam. Dia mahu Adam bersamanya dan dia mahu Adam sentiasa di sampingnya.

Pemergian mama betul- betul membuka mata hatinya. Dia sendiri sedih dengan kehilangan mama yang menjadi mangsa rompakan tetapi dia juga sangat terluka melihat Adam yang tidak terurus dan menjeruk perasaan sentiasa selepas itu. Dan sejujurnya, dia teramat merindui suara Adam di dalam rumah itu. Dia rindukan gelak tawa dan usikan Adam. Apa lagi hendak digelarkan semua itu jika bukan cinta?

Imelda melihat jam di atas meja di tepi katil. Dia segera bangun. Fikirnya mahu mandi terlebih dahulu, solat dan kemudiannya menyediakan makan malam.

“ Asalnya nak pergi jalan – jalan kan, tapi dah jadi benda lain pula…” Bebel Imelda sendirian sambil matanya melirik, memandang Adam yang tiba – tiba mengalihkan posisi tidurnya, mengiring tetapi masih nyenyak tidurnya. Dia tersenyum lagi.

“ Tak apalah, lepas mandi, kita kejut dia…” Tambah Imelda lagi terus mencapai tuala dan berjalan ke bilik air.


ADAM menyeka air matanya yang hampir tumpah. Di dalam hati, dia mengucap syukur. Bersyukur yang dia tidak keseorangan selepas pemergian mama. Bersyukur kerana Imelda masih ada di sampingnya dan Imelda akhirnya mahu menerima dirinya.

Di hati, Adam mula menyimpan tekad baru. Jika dia betul – betul mahu membina keluarga dengan Imelda, mahu mendampingi Imelda, dia harus berubah. Berubah dan membaiki dirinya supaya sama layak dengan Imelda. Imelda terlalu baik dan dia berjanji yang dia tidak sesekali anda mensia – siakan Imelda dan untuk itu, dia mesti berubah!


IMELDA mencuba sup yang baru direnehnya.

“ Erm…lulus! Boleh bagi orang makan.” Dia segera mengambil mangkuk dan dituangkan sup ayam kedalamnya.

“ Ah…Panas…Panas…” Imelda cepat – cepat memegang cuping telinganya, cuba menghilangkan rasa hangat yang menjalar di tangannya.

“ Mujur sempat kau ni sampai ke meja, kalau tak, rezeki lantailah jawabnya…” Imelda terus mengomel sendirian.

“ Hai, cakap sorang – sorang nampak?! Sihat ke tak ni?”

“ Eh, dah siap dah?” Imelda tersenyum melihat Adam. Lega juga kerana Adam tidak lagi kelihatan sedih. Dia sudah kembali kepada Adam yang dulu. Cuma satu tugasnya sekarang. Menggemukkan badan yang sudah kurus itu.

Then, I’ll definitely have my Adam back! Imelda berbisik di dalam hati.

Adam menarik kerusi dan segera duduk. Dia melihat juadah yang terhidang di hadapannya.

“ Wah, nampak macam sedap tapi boleh makan ke ni? Macam tak yakin je pulak!”

“ Eh, see the leg lah! Ingat orang tak boleh masak ke?” Imelda meninggikan dirinya dengan cuba mengangkat bahunya lebih tinggi.

I’ve seen more than the leg, dear…” Selamba sahaja Adam menuturkan kata – katanya itu.

Imelda terus terdiam dengan mukanya merona kemerahan. Namun, melihatkan reaksi Adam yang masih bersahaja, dia membiarkan sahaja perkara itu berlalu.

“ Dahlah, jom makan.”

“ Erm…sedap!”  Adam menjungkitkan keningnya apabila sudu yang berisi kuah sup ayam Imelda mencecah masuk ke dalam mulut.

“ Kan betul. Memang orang boleh masak tau! See…”

Yeah?! See the leg, right? But I’ve seen all, remember?!” Adam menyampuk lagi.

Imelda menggetap bibir.

Hish! Sengaja kan?!” Imelda mengangkat sudu supnya, geram dengan Adam yang tak habis – habis mengungkit hal itu.

Adam ketawa besar.

“ Lah, malu ke?” Adam galak menggiat lagi. Dia mencuit manja hidung Imelda.

“ Dahlah! Makan tu. Penat je orang masak.” Imelda mula memuncung.

Adam tersenyum. Sesungguhnya, tuhan masih menyayangi dirinya dengan mengurniakan Imelda di sisinya.
           
Adam mencapai tangan Imelda dan digengam erat tangan itu. Imelda memandang Adam dengan pandangan seribu pertanyaan.
           
“ Terima kasih sebab sudi bersama aku after apa yang jadi dulu tu. And terima kasih bila kau tetap ada bersama aku bila mama pergi dulu. Aku tak tahu apa yang akan jadi kat aku kalau kau tak ada waktu…”
           
Shh…tak apa. Tak payah kau nak cakap apa – apa. Dah jadi tanggungjawab aku dah…” Imelda tersenyum, cuba menyenangkan hati Adam. Dia tahu Adam masih dibelenggu dengan pelbagai masalah dan dia tidak mahu menjadi salah satu dari bebanan Adam. Sebolehnya, dia mahu menolong Adam. Berada di samping Adam is the least that she can do for him.
           
“ Dahlah tu, makan cepat. Penat tau masak. Nanti sejuk pulak lauk tu.” Perlahan – lahan Imelda menarik tangannya dari pegangan Adam.

Adam tersenyum semula.

Kini dia semakin yakin. Memang ada hikmahnya dia dipaksa berkahwin dengan Imelda. Mamanya memang tidak salah memilih. Dia berjanji dengan dirinya sendiri. Tidak sesekali dia akan mensia – siakan hidup Imelda.

Dia mengambil semula tangan Imelda lalu mengucup jari jemari isterinya itu dengan hati yang penuh ikhlas.

I promise that I’ll change, for good…”

Hope you can keep that promise, hubby…”

Adam memandang Imelda, menunggu apa yang mahu diucapkan seterusnya oleh isterinya itu.

“…because based on your previous record, it doesn’t really shows that kind of potential.”

Hey, don’t push it, wifey…”

Fine, we’ll see!” Imelda menjawab kembali sambil seakan – akan menyuarakan cabarannya pada Adam.


IMELDA tersenyum lagi untuk entah kali ke berapa. Kebelakangan ini, hidupnya dirasakan penuh dengan warna. Adam semakin pulih semangatnya dan mereka banyak habiskan masa bersama.
           
“ Hai kak! Senyum sampai ke telinga nampak. Bahagia sangat ke?” Tanya Aisha, sengaja ‘mencucuk’. Mahu juga dia mengorek cerita dari sahabatnya yang satu ini.
           
Imelda tersenyum lagi. Memang dia bahagia.

So, apa cerita?” Aisha sudah mula melabuhkan punggung di sebelah Imelda. Telinga sudah dipasang seluas mungkin
           
“ Cerita apa? Cerita Korea? Cerita Jepun? Cerita Hindustan? Mana satu kau nak tahu? Yang lagi penting, apa yang kau nak tahu?”
           
Mulut Aisha terus herot – berot. Sempat lagi tu nak loyar buruk dengan aku! Cet!
           
“ Alah, all the good, hot stuffs. Takkan tak ada kot? Aku tengok kau dengan Adam sekarang ni macam belangkas aje. Tak boleh nak berenggang langsung.”
           
Imelda tersengih lagi.
           
“ Sudah – sudahlah tersengih macam kerang busuk tu. Meremang aku! Orang kemaruk cinta pun tak macam kau ni tau! Hish…”
           
Whatever! Kau jealous!”

“ Apakah?! Aku jealous?! Dengan kau dan Adam?! Tolonglah! Tak kuasa tau! Aku dengan Rehan way passed that phase, okay! Tak perlu nak berkepit selalu, tak macam orang tu…”

Huh?! Way passed that phase?! What phase? Kalahkan aku dengan Adam ke? Like husband and wife?” Soalan Imelda keluar bertubi – tubi. Imelda memandang sahabatnya itu dengan pandangan penuh tersirat.

“ Kau gila?!” Suara Aisha tiba – tiba naik satu oktaf.

“ Sesosial aku pun, seliar mana pun aku, aku tak bagi benda tu tau! Huh! Sorry man! Kalau nak, tunggu kahwin lah sister!”

Good…Good…” Imelda menepuk – nepuk bahu Aisha.

“ Bagus kawan aku ni…” Tepukan Imelda semakin kuat. Sengaja.

Aisha segera menepis.

“ Kau ni nak bunuh aku ke?” Aisha menggetus geram sambil terbatuk – batuk. Senak dada dia dibuatnya.

“ Boleh benak anak orang kau buat macam tu tau! Ketuk aku macam apa entah…Hish!”

Hehehe…Janganlah marah. Sekali sekala bergurau.”

“ Banyaklah kau bergurau!”

“ Lah, kau betul – betul marahkan aku ke ni?” Imelda mula cuak. Mungkin dia terlalu kasar dengan Aisha tadi.

“ Hah, tahu takut. Aku pun gurau jugak! Hehehe…Ingat aku betul – betul marah ke?”

“ Mangkuk punya kawan!”

Aih, dahlah. Jangan nak merepek pulak. Ni, aku nak tanya sikit.” Aisha memulakan mode kepohnya.

“ Apa?” Imelda turut menghidupkan mode mami jarumnya.

“ Kau belajar dah nak habis. Adam pun tinggal beberapa bulan aje lagi. Macam mana nanti kau orang dua?”

“ Macam mana apa pulak?” Imelda bertanya kembali. Tidak faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Aisha.

“ Yelah, lepas kau orang dua dah habis belajar nanti, kau orang dua nak duduk mana? Sini ke atau nak balik Malaysia?”

“ Mestilah balik Malaysia!” Imelda menjawab dengan penuh yakin.

“ Tapi bukan ke Adam pernah cakap dulu yang dia takkan balik Malaysia lagi?” Aisha tiba – tiba mengingatkan Imelda semula akan apa yang pernah Adam khabarkan pada mereka dahulu.

Imelda termenung panjang.

“ Tapi, kalau nak duduk sini pun, bukannya kami ada siapa – siapa pun.”

“ Entahlah. Rasanya, aku kena bincang dulu dengan dia nanti. Ahh! Nanti – nantilah. Aku malas nak serabutkan kepala dengan fikirkan benda – benda macam ni. Biarlah dulu.”

Aisha sekadar menjungkitkan bahu mndengarkan jawapan Imelda.

Well, I’m just asking. Sorry if it means to intrude your privacy. Didn’t mean to.”

No,you’re not, but thank you again for reminding me about this. Aku pun dah lupa pulak pasal hal ni, mujur kau ingatkan.”

Hey, that’s what friends are for, right?

Imelda menguntum senyum.

Hah! I like this kind of smile. It doesn’t have…” Aisha berjeda. Cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bayangan yang sedang bermain di kepalanya.

“… corny feeling to it!”

Aisha senyum mengejek.

“ Ada – adalah kau ni!”

Letus ketawa mereka di situ.

~~~~~~~
adakah Adam & Imelda akan terus bahagia selepas ini? ke ada bnde lain pulak?
aiseyh...stay tuned~~~(^o^)

4 comments:

  1. adam namo balik msia? pastu gaduh? OMG~ baru nak bahgia~ kasi la bahgia lama sket~ iskkk~ PEACE~ heheh

    ReplyDelete
  2. cpt la smbg...x sbr nk tggu next n3...:-)

    ReplyDelete
  3. cpt la sambung kak oii...haha
    dah lama tunggu...
    x nak psg chatbox kew???

    ReplyDelete
  4. hahhah, skrng mmg seyes bz....
    tp akn try gak upload new en3 evry week...since p2u dah down (down ke?)
    erk, chatbox? aiyoo, sy ini udahlah noob psl blog ni...hehehe....nti bile dah free, kite try la wat...heheheh~~~~

    n keep supporting CBL uols~~~

    # erk, td dh beli abg khai tomboy, nti nk beli cinta dr istana plak...tp nape stil x jumpe2 akulah cinderalla??!!! korng jumpe x....
    n x sbr tgu M.A.I.D..(@_@)

    ReplyDelete