Friday, April 8, 2011

Cinta Bertandang Lagi 38


38


I Go Crazy Because of You…


CHRISTINA tersenyum puas. Rancangannya untuk mendapatkan Adam sudah bermula. Peringkat pertama sudah dilaksanakan. Adam kini di dalam gengamannya.
           
It’s not that easy to get rid of me, Adam. If you’re not going to be with me, then I wouldn’t let you be with anybody.”
           
Christina menopang dagunya sambil merenung gambar – gambar dia bersama Adam dahulu. Dibiarkan gambar – gambar mereka itu bertaburan di sekelilingnya. Dia puas melihat semua itu. Dia pasti, suatu hari nanti, Adam tetap akan kembali ke pangkuannya juga.

Satu gambar menarik minatnya. Dia mengambil gambar itu dan merapatkannya ke muka.
           
“ Adam dear, how I miss our time together before…”

“ I still love you, baby. Don’t you love me?” Air mata Christina tiba – tiba merembes keluar.
           
Argh!” Christina tiba – tiba menjerit. Dicampakkan gambar – gambar yang berada di sekelilingnya itu.
           
“ I hate you Adam! Why did you leave me, hah?” Christina menjerit lagi pada gambar – gambar Adam yang berada di situ.
           
Christina tiba – tiba menangis semula.
           
Baby…Baby…. I miss you so much! Don’t you miss me too, baby?” Dia terus bermonolog sendirian.
           
Christina bingkas bangun. Dia mencapai remote control di atas meja dan menghenyakkan punggung ke atas sofa pula. Dia menekan punat ‘play’ pada remote di tangannya itu.
           
Saat dia bersama Adam ketika menyambut ulang tahun mereka yang pertama di Madrid terlayar di televisyen rumahnya itu. Christina tersenyum puas.
           
This is why you could’nt just push me away. I have this.” Christina bercakap dengan dirinya lagi dengan diselangi tawa dan tangisannya.


“ SAMPAI bila Mel nak mogok dengan abang ni? Sampai bila Mel tak nak cakap dengan abang ni, hah?” Adam memandang belakang tubuh Imelda. Imelda masih lagi tidak mahu melihat wajahnya apatah lagi mahu bercakap dengannya.
           
“ Mel, takkanlah pasal hal yang kecil macam tu pun, Mel nak buat perangai macam ni? Tolonglah…”
           
Hal kecil?! Buat orang tertunggu – tunggu sampai berjam – jam. Telefon pun tidak. Lepas tu, bila datang, boleh pulak buat macam tak ada apa – apa yang jadi! Logik ke kalau aku tak marah?! Siapa – siapa yang ada kat tempat aku pun akan marah! Menunggu sambil berlapar. Sampai pengsan pulak tu. Mahu aku tak marah! Imelda berkata – kata dengan dirinya. Dia masih tidak berpuas hati. Adam masih juga tidak mahu menjelaskan sebab dia terlewat semalam.
           
“ I’ve said I’m sorry. I’m very sorry. What else do you want me to do? Mel nak abang berlutut depan Mel ke?” Namun, Imelda masih kaku di tempatnya.

“ Okey, abang berlutut, abang minta maaf...”
           
“ Jangan mengadalah! Nak berlutut apa pulak ni?” Imelda segera berpaling.
           
“ Dah tu, Mel nak abang buat apa? Mel still tak nak cakap dengan abang ke? “ Adam merenung wajah polos isterinya itu.
           
Please, punish me or do anything you want but please do not torture abang by not saying anything. It’s killing me!”
           
Air mata Imelda menitis perlahan – lahan. Hatinya lembut juga. Tidak mampu dia hendak marahkan suaminya itu lagi.
           
Adam cepat – cepat mendapatkan Imelda. Dia memeluk erat Imelda.
           
I’m very sorry to do things like that to you yesterday. I’m really sorry tapi abang janji, abang tak akan buat macam tu lagi.
           
“ Boleh ke?” Imelda tiba – tiba bersuara, meskipun suaranya kedengaran serak.
           
Adam memadang Imelda, menunggu apa yang mahu dikatakan lagi oleh isterinya itu.
           
“…Because your previous performance doesn’t really show that kind of potential, hubby…”
“ Hey, don’t push it, wifey…” Adam pula membalas.

Serentak, tawa mereka meletus.

So, we’re pregnant…” Senyuman Adam terukir lebar setiap kali teringat yang mereka bakal menjadi ibu bapa kelak.

Yes, we’re going to have a baby, soon.” Imelda membiarkan sahaja Adam melekapkan tangan pada perutnya yang masih tidak menunjukkan apa – apa perubahan itu.

“ Memang Mel marah sangat dengan abang ek? Pasal semalam tu?” Adam sengaja bertanya lagi.

Imelda memandang muka suaminya itu.

Of course Mel marah. Takkan suka pulak. Janji nak datang tapi tak muncul – muncul. Siapa tak geram. Dah tu, call pun tak. Bila orang call, dia pulak tak angkat. What do you think, dear? Wouldn’t you be mad if you were me? Would you be happy instead?” Imelda memandang lagi muka Adam sambil mengelip – ngelipkan matanya berulang kali.

Adam tersenyum. Dieratkan lagi pelukannya pada isterinya itu.

Yeah, if I were you, I would be freaking mad too…Sorry…So sorry for you have to go all that.” Adam mencium dahi isterinya itu dengan rasa bersalah masih terus bersarang di hati.

“ Dahlah, tak apalah. Benda dah lepas.” Imelda memujuk.

“ Ini abang buat macam ni pun, Mel dah marah gila. Kalau abang buat hal yang lagi teruk macam manalah nanti ek?” Adam bertanya semula, sekadar menguji.

I told you before. If you do something that is unforgiveable, I’ll leave you, remember?”

Adam mengangguk. Mana mungkin dia melupakan janji yang diikat oleh dia dan Imelda di saat hubungan mereka baru sahaja baik.

Fikiran Adam melayang jauh. Teringatkan kejadian dengan Christina semalam. Apa yang akan terjadi pada rumahtangganya jika perkara itu terbongkar? Mampukah Imelda menerima semua itu nanti?

Adam hanya mampu berharap. Berharap yang hari itu tidak akan tiba.


“ABANG, jom balik.”

Adam memandang Imelda dengan muka berkerut.

“ Balik? Nak balik mana? Bukan kita memang nak balik rumah dah ke ni?” Tawanya meletus sekali dengan soalan yang baru diajukan semula pada Imelda.

Imelda memuncung. “ Memanglah kita nak balik rumah ni tapi ini Mel tengah cakap balik yang lain. Balik Malaysia. Tak nak ke? Jomlah balik, abang…” Imelda memaut lengan Adam sambil cuba memujuk.

“ Lagi – lagi Mel dah pregnant ni. Mesti semua orang kat Malaysia suka bila tahu berita ni.” Tambah Imelda lagi.

“ Boleh je kan Mel call beritahu.”

Imelda memandang Adam dengan riak yang tidak percaya.

“ Senang je kan abang cakap. Kenapa tak call aje, beritahu?” Imelda mengajuk semula apa yang dikatakan oleh Adam tadi. Hatinya sebal. Adam seakan – akan langsung tidak mengambil kira perasaannya dalam hal ini.

Adam mengeluh. Tahu yang Imelda kini sedang marah.

Look, sayang. Bukannya abang tak nak balik tapi sayang pun tahu kan yang abang have to work on this new project…” Tapi Imelda sedikit pun tidak mendengar apa yang cuba diterangkan oleh Adam padanya. Dia memejamkan matanya rapat – rapat.

Come on, Mel. Please understand. Don’t do this to me…” Adam diserbu rasa bersalah apabila melihat air mata Imelda mula mengalir meskipun matanya terkatup rapat.

Imelda segera memalingkan tubuh membelakangkan Adam. Dia memandang kereta yang lalu – lalang sambil fikirannya mula melayang jauh. Dia malas untuk mendengar apa sahaja alasan yang mahu diberi oleh Adam. Tawar hatinya dengan sikap Adam yang sambil lewa itu. Langsung tidak mengambil kira hati dan perasaannya. Mudah sahaja bercakap.

Sambil memandu, sekali - sekala Adam mengerling juga ke arah Imelda di sebelahnya. Buntu dia memikirkan keadaan mereka kini. Hal kecil pun boleh menyebabkan mereka berselisih pendapat. Sikap Imelda yang semakin sensitif selepas mengandung ini pula terus memburukkan keadaan. Kepalanya bejat. Tidak tahu mahu berbuat apa lagi tapi yang pasti dia harus bersabar melayan kerenah Imelda.

Sepatah kata pun tidak diucapkan sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah. Hanya lagu – lagu dari radio sahaja menemani perjalanan mereka berdua dengan kedua mereka melayan perasaan masing – masing.


“ MEL…” Selembut mungkin dia memanggil Imelda.

Imelda masih membeku di atas katil. Panggilan Adam tidak dipedulikan.

Okay, we can go back to Malaysia…”

Imelda serta – merta bangun dan mengadap Adam. Air matanya terus diseka. Senyuman mula terukir di bibir.

“…but you have to go first without me.”

Mendengarkan itu, senyuman Imelda serta – merta mengendur kembali. Dia menundukkan kepalanya ke lantai sambil menguis – nguis selipar alasnya.

“ Kenapa pula kena macam tu? Tak boleh ke kita balik sekali?” Tanya Imelda semula. Perlahan sahaja suara yang keluar dari mulutnya. Sebalik mungkin dia mencuba untuk tidak menangis.

Adam tersenyum. Comel pula melihat isterinya dalam keadaan yang sebegitu rupa. Dia melabuhkan punggung ke atas katil, di sebelah isterinya itu. Erat dia memeluk Imelda dari belakang. Imelda sekadar membiarkan sahaja tindakan suaminya itu.

I have to go to Shanghai for three weeks and abang rasa dalam masa tiga minggu abang tak ada tu, baik Mel balik Malaysia kan? Sekurang – kurangnya abang tahu ada jugak orang yang boleh tengok – tengokkan Mel bila abang tak ada nanti.”

“ Dah tu nanti, abang balik tak Malaysia nanti?”

“ Baliklah sayang. Takkan nak tinggalkan Mel kat sana sorang – sorang? Lama – lama pulak tu. Mati abang nanti rindukan Mel…”

“ Tapi bila exactly abang nak datang Malaysia then?”

After abang balik dari Shanghai, give me about three days to settle things here, then abang baliklah Malaysia, okey?”

Senyuman lebar Imelda terukir kembali. Dia mencium pipi suaminya itu.

“ Sayang abang!”

“ Sekarang baru nak sayang? Tadi marah – marah je….”

Imelda menjegilkan mata.

“ Orang dah sayang dia balik pun, kira mujur tau! Jangan nak demand pulak!” Balas Imelda lagi.


“ ABANG!” Imelda menjerit memanggil abangnya sambil berlari – lari anak mendapatkan abangnya itu.

Naym terhenyak ke belakang sedikit apabila adiknya itu datang menerpa dan memeluknya.

“ Ehem…Akak ni tak nak dipeluk? Abang Naym je?”

“ Kak Iman ni…Mestilah peluk jugak. Rindu tau!” Imelda memeluk kakak iparnya itu pula.

“ Adik sihat?” Tanya Iman pada Imelda.

“ Okey je…” Imelda tersenyum lagi.

“ Adam balik bila sini?” Kali ini, Naym pula yang bertanya.

Maybe three weeks from now. Dia kat Shanghai sekarang.”

Naym mengangguk mendengar jawapan adiknya itu. Tiba – tiba , mereka diam di situ.

“ Eh, jomlah balik. Ibu dah tunggu kat rumah tu. Tak sabar dia nak jumpa adik.” Iman segera menolak troli beg Imelda sambil mereka bertiga beriringan berjalan menuju ke valet parking di luar.


“ MAMI SU!” Qalif dan Balqis berlari dan laju sahaja meluru ke arah Imelda. Erat mereka memeluk emak saudara mereka yang sudah lama tidak ketemu itu.

“ Amboi, laju aje bila nampak mami su dia. Dari dalam kereta lagi dah bising mereka berdua tu…” Iman memberitahu sambil meletakkan kunci kereta ke dalam laci.

Tersenyum Imelda mendengar kata – kata kakak iparnya itu.

“ Wah, dah besar anak saudara mami su ni hah…Handsome, cantik…” Dia memeluk cium Qalif dan Balqis. Lama sungguh rasanya tidak berjumpa mereka. Sekejap sungguh masa berlalu.

“ Mami su, suami mami su mana? Dia tak ikut balik sekali ke?” Tanya Qalif tiba – tiba.

Dengan tidak semena – mena, Balqis terus menyiku adiknya itu.

“ Apa kakak ni? Sengaja je..” Marah betul Qalif pada kakaknya itu. Tiba – tiba aje, dia disiku.

“ Betullah Qalif tanya mami su pasal suami mami su kan? Kalau tak, nak panggil apa pulak? Hish…Jahatlah kakak ni…” Bibir Qalif terus panjang sejengkal. Marahnya pada Balqis masih lagi bersisa.

Imelda tertawa melihat teletah Qalif dah Balqis itu. Iman yang turut memandang hanya sekadar menggelengkan kepala.

“ Suami mami su balik sini lagi tiga minggu. Sekarang ni, dia ada kerja di China. Nanti dia datang sini, bolehlah Balqis dengan Qalif jumpa dia.”

Terangguk – angguk kedua beradik itu mendengar penjelasan mami su mereka.

“ Tapi kan mami su, Balqis dengan Qalif nak kena panggil apa suami mami su tu?”

Kali ini, tawa Imelda dan Imelda serentak meletus.

Itu ke sebab disikunya si Qalif tadi? Masing – masing tak tahu nak panggil Adam apa rupanya.

“ Entah, nak panggil apa ek? Balqis dengan Qalif ada apa – apa cadangan?” Imelda bertanya semula pada kedua mereka.

Qalif memegang dagunya sambil berfikir.

“ Mami su dah panggil mami su, kalau husband mami su, panggil papa su lah…” Balqis memberitahu buah fikirannya.

“ Eh, tak boleh!” Cepat – cepat Qalif memotong.

 Imelda membiarkan sahaja, ralit dia melayan anak buahnya itu.

“ Kalau papa su, nanti kalau nak panggil laju – laju, jadi pasu nanti…”

Ketawa Imelda dan Iman meletus lagi. Terbahak – bahak mereka tertawa. Qalif dan Balqis juga mengekek sekali.

“ Senang – senang…” Imelda mula bersuara sambil dia cuba menyeka air mata yang keluar sebab terlalu kuat ketawa.

“…Panggil jelah ayah su. Okey?”

Balqis dan Qalif diam seketika namun tidak lama kemudian, kedua – dua mereka mengangguk semula.

“ Sudah – sudahlah tu, pergi naik mandi. Lepas tu, turun makan.” Iman menyuruh kedua anaknya itu naik ke bilik mereka masing – masing. Cepat – cepat sahaja mereka bergerak apabila mendengar suara ibu mereka.

“ Kak, ibu dengan abang mana?” Tanya Imelda pada kakaknya itu. Semenjak tadi, tak nampak pula kelibat abang dan ibunya.

“ Abang bawa ibu pergi buat check up.”

Terangguk –angguk Imelda mendengar balasan kakaknya itu. Memang dari dulu lagi, abang Naym memang selalu membawa ibu untuk regular check up. Erm, kalau dah doktor tu, memang macam tulah perangainya. Health conscious memanjang.


“ ABANG, akak, esok kalau adik nak bawa Balqis dengan Qalif keluar sekali dengan adik, boleh tak?”

Naym dan Iman terus bertukar pandangan dan terus mereka tertawa selepas itu. Puan Larasati juga turut ikut tertawa.

“ Lah, apa pulak yang kelakarnya... Orang nak bawa anak – anak dia orang keluar, dia ketawa berdekah – dekah pula…” Imelda terus mengomel. Tidak faham dengan apa yang sedang abang, kakak dan ibunya tertawakan.

“ Boleh ke adik nak handle budak berdua tu? Susah tau…Haru adik nanti dibuatnya.” Naym seakan – akan memberi amaran tentang perilaku anak – anaknya. Sebagai bapa mereka, dia lebih tahu macam mana kerenah dan perangai anaknya yang berdua itu.

Imelda mencebik mendengar kata- kata abangnya itu. Takkanlah teruk sangat kot? Imelda mengomel lagi.

“ Eh, mencebik pula dia. Abang beritahu ni. Nanti tak pasal – pasal pulak terkejut bila bawa dia orang esok nanti.”

“ Alah, susah mana sangat nak layan Balqis dengan Qalif tu? Budak – budak, layan jelah.” Imelda menjawab dengan yakin.

“ Hah, yelah tu. Adik tak rasa lagi macam mana dia orang berdua tu. Lagi – lagi bila abang dengan kakak tak ada sekali dengan dia orang. Naik kepala nanti tu…” Kali ini, Iman pula menambah.

“ Abang dengan kakak ni…Macam tak bagi aje adik nak bawa Balqis dengan Qalif keluar…” Imelda mula berjauh hati. Macam – macam pula abang dengan kakaknya ini.

“ Lah, bukan tak nak bagi, tapi…”

“ Alah…Biarlah kalau dia nak bawa sangat. Boleh jugak nak belajar macam mana nak jaga budak. Nanti – nanti bila dah ada anak sendiri, kena tahu jugak.” Ujar Puan Larasati pula.

“ Okey, up to you then. Pandai – pandailah adik nak hidup esok. Jangan menyesal pulak.” Naym tidak mahu bercakap panjang lagi. Biar adiknya itu mendapat first hand experience sendiri dalam nak menangani kerenah Balqis dan Qalif.

Imelda sekadar menjungkitkan bahu.

Takkanlah susah sangat nak mengawal anak – anak buahnya nanti? Fikir Imelda sendirian.

Alah, anggap macam practice nak jaga baby dalam perut ni! Tambah Imelda lagi sambil terus mengusap perutnya. Dia tersenyum sambil hatinya merindui wajah ayah anak yang dikandungnya itu.


3 comments:

  1. oh tidak!!jangan la Adam dgn Mel berpisah pasal Christina jahat tu...

    ReplyDelete
  2. haisy...br nak bahgia da dtg bala...

    ReplyDelete
  3. tu la...byk dugaan aje...
    xpe2...

    ReplyDelete