Tuesday, April 12, 2011

Cinta Bertandang Lagi 39


39


Bang!


“ MACAM mana keluar dengan budak – budak tu tadi? Dia orang tak buat hal ke?” Tanya Iman pada Imelda. Ada juga difikirnya tadi. Takkan anak – anaknya itu tak buat hal pulak? Pelik kerana tak ada pula Imelda bercerita apa – apa padanya.
           
Tak buat hal ke budak – budak tu tadi? Lagi – lagi si Qalif tu. Suka sangat buat hal kalau dibawanya berjalan. Okey ke keluar tadi? Macam – macam persoalan timbul di hati Iman.
           
“ Okey je. Tak ada pun dia orang buat hal ke apa.” Imelda menjawab dengan selamba. Tak mungkin dia akan menceritakan hal yang sebenarnya pada abang dan kakaknya itu.
           
Tak pasal – pasal nak perli aku nanti kalau dia tahu cerita sebenarnya. Dari sakit hati kena perli, baik tak payah beritahu, lagi senang! Imelda mengomel sendirian.
           
“ Ini adik balik sini, nak duduk berapa lama?” Naym bertanya pula pada Imelda. Mungkin dia mahu mengambil cuti dan pergi bercuti, alang – alang adiknya juga berada di sini, bolehlah dia mebuat rancangan nanti.
           
“ Adik ingat nak duduk sebulan or something macam tu, tapi bila ingatkan Kathleen yang tengah sarat tu, macam tak sampai hati pulak. Entahlah, tengoklah dulu macam mana nanti.” Imelda menjawab sambil terus menyuakan ais krim Haagen Daaz ke dalam mulutnya.

“ Alah, risaukan Kathleen atau risaukan cik abang dia tu sebenarnya? Yelah,  nak ditinggalkan lama – lama kan…” Laju sahaja Iman ‘mencucuk’ jarum.
           
Imelda terus tersenyum. “ Hah, itu pun risau juga sebenarnya.” Tanpa segan – silu, Imelda terus mengiakan usikan kakaknya itu.
           
Ralit Naym memandang adiknya itu.
           
“ Kuat betullah adik ni makan. Dah nak habis dah satu tab ais krim tu dia kerjakan. Pelahap betul. Mengidam ke apa adik ni?”
           
Imelda terkaku. Nyaris terlucut sudu yang dipegangnya. Terus dia memandang abangnya itu namun dia terus lega apabila abangnya itu terus menonton berita tetapi pandangannya singah pula pada Kak Iman dan ibu di situ. Lupa pula yang kak Iman dan ibu masih berada di ruang tamu itu bersama mereka. Dia tersenyum melihat kedua mereka namun ibu dan kak Iman langsung tidak mengalihkan pandangan daripada dirinya.
           
Imelda terus tersenyum. Dia mati kutu.
           
Kantoi! Getus hati Imelda.
           
Perlahan – lahan dia meletakkan tab ais krim ke atas meja dan mula mengorak langkah menaiki tangga untuk ke biliknya. Dia tahu yang kak Iman dan ibu masih lagi memerhatikan dirinya namun dia malas ambil pusing. Terus sahaja dia melangkah laju.
           
 Imelda melepaskan mengahnya sambil merehatkan diri di atas katil. Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk dari luar.
           
“ Erm…aku dah agak.” Imelda tidak dapat menahan rasa lucu.
           
Dia bangun dan terus membuka pintu. Ibu dan kak Iman berdiri di muka pintu.
           
“ Adik dah agak ibu dengan kak Iman mesti nak tanya punya, masuklah. Adik cerita…”
           
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, laju sahaja Iman dan Puan Larasati melangkah masuk.
           
Sempat Imelda menangkap serba – sedikit perbualan mereka.
           
“ Kan ibu dah cakap, adik memang mengandung! Iman tak nak percaya cakap ibu.” Tukas Puan Larasati pada menantunya. Imelda terus tersenyum. Dua – dua macam mami jarum. Boleh pulak masing – masing duduk bergosip pasal dirinya.


GOD! Which part that I said before that you don’t understand, Chris?” Soal Adam, separuh menjerit. Dia masih berusaha untuk bersabar mengadap Christina yang masih lagi mengganggu hidupnya.
           
Everything! I don’t understand everything. What is it so difficult with what I suggest? Every man loves to have more women in his life.”
           
“ I’m not every man, Christina.”
           
Kali ini, Christina ketawa besar. Lucu mendengar kata – kata Adam yang satu itu.
           
Mencerlung mata Adam memandang Christina. Hatinya membuak dengan kemarahan yang tak berkesudahann pada Christina.
           
Who you’re trying to kid here, Adam? Me? Not that every man? Really?” Sempat Christina menyindir Adam.
           
Please Chris. I’m so sick and tired of all your games here. Can we talk about whatever you want to talk in some other time?”
           
Kening Christina serta – merta terjungkit.
           
Some other time? So what? You can brush me off again like you did before? I don’t think so, Adam.”
           
Fine!” Adam tiba – tiba mengalah.
           
You said you want to talk. Let’s talk then. I’m all ears.”
           
Christina tidak menyembunyikan rasa sukanya dengan sikap Adam itu.
           
How’s your lovely wife doing?”
           
She’s fine. In fact, we’re going to have a baby soon.”
           
Adam perasan riak wajah Christina yang tiba – tiba berubah apabila perkataan ‘baby’ keluar dari mulutnya tadi.
           
Oh… congratulations then.” Christina cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.
           
But, will she be happy when she know about us later?” Christina mula memainkan kadnya. Tidak semudah itu dia akan goyah pada Adam. Tidak mungkin dia akan membiarkan Adam begitu sahaja.
           
Kali ini, Adam tidak lagi mampu menyembunyikan rasa berangnya.

Us?! What us?! There’s no us anymore! Get real Christina! For god’s sake!” Adam membalas lagi dengan penuh rasa jengkel.
           
There…Is…No…Us…Anymore, understand?” Adam menyebut satu – satu, berharapkan yang Christina akan faham.
           
Then, what about this?” Christina melemparkan satu bungkusan sampul ke arah Adam. Adam segera mengambilnya. Terketar – ketar tangan Adam apabila melihat kandungan isi sampul surat itu.
           
These mean nothing now. Mel wouldn’t be hurt by all these pictures. She knew how I was like before. She won’t be affected by this nonsense of yours.” Adam yakin yang isterinya tidak akan terusik dengan gambar – gambarnya itu. Imelda lebih mengenali dirinya. Itu adalah Adam yang lama, bukan Adam, suami kepada Imelda sekarang.

Oh really?!” Christina masih bernada sinis.
           
Then, how about our live video in Madrid? During our second anniversary, remember?”
           
Kali ini, Adam tidak mempunyai jawapan untuk diberikan pada Christina. Dia terkaku di tempatnya. Dia mengepal jari – jemarinya, cuba bertahan dengan kesabarannya yang ternayata semakin menipis.
           
Christina puas. Dia tahu dia sedang memenangi permainan yang dia mulakan ini. Adam diam, langsung tidak membalas. Dia tahu Adam kini tidak mungkin akan terlepas dari genggamannya.
           
Okay, let just say, your wife going to be a good wife, forgive you and all that and whatsoever, but would the world be nice to you too, just like your wife did?What about your career then?”
           
“ What do you mean by that, Chris?”
           
Just imagine Adam. An engineer of a multi-million dollar company got caught in a sex tape? Wouldn’t that would make an excellent headline?”
           
“ Are you blackmailing me now, Chris?”
           
Oh no, my dear. Don’t take it that way. Think it as a preposition.” Christina tersenyum lagi. Dia menang!
           
Adam terduduk. “ Then, what do you want me do, Christina?”
           
Simple! Let’s get back together. And you can keep Imelda as your wife. I don’t mind that!”

“ You do know that it is impossible, right?”
           
Then, make it possible!”      
           
Adam terus mendiamkan diri. Dia buntu. Tidak tahu mahu berbuat apa. Dia benci dengan keadaannya sekarang yang tidak mampu berbuat apa – apa.
           
Christina bangun. Dia berjalan merapati tempat duduk Adam. Terus Christina membongkok dan berbisik sesuatu ke telinga Adam.
           
You know love, deep down in your heart Adam, you do want me back in your life.”
           
Adam melirik pandangan ke arah Christina.

Gila perempuan ni! Tak faham – faham bahasa! Obses tak bertempat!
           
Adam memandang Christina yang mula melangkah pergi dari pejabatnya. Sekali – sekala, Adam tidak dapat menyembunyikan tawanya. Tidak faham dari mana Christina mendapat keyakinan untuk mengatakan yang dia masih memahukan Christina dalam hidupnya. Dia cukup berbahagia hidup bersama Imelda dan dia sangat pasti yang dia tidak memerlukan perempuan gila seperti Christina untuk menghuru – harakan rumah tangganya tapi dia sedang bingung sekarang. Dia pasti yang Christina tidak akan melepaskan dirinya semudah itu. Rumah tangganya dah juga kerjayanya, kini di tangan Christina. Bila – bila sahaja, Christina boleh memusnahkan kedua – duanya.
           
Damn, I hate you, Christina.” Adam melepaskan tumbukannya ke atas meja.
                                                                                                                    

LAMUNAN Adam terus terhenti apabila mendengar pengumuman untuk panggilan terakhir bagi penumpang pesawat China Eastern Airlines dari Shanghai ke New South Wales.
                                                                                                                    
Sudah hampir sebulan kejadian dia bersama Christina di pejabat itu berlalu namun Adam masih tidak dapat melupakan perkara itu begitu sahaja. Dia tahu yang Christina mampu menghancurkan hidup dia dan juga Imelda. Dia amat mengenali Christina dan dia tahu Christina bukanlah jenis yang akan mengalah. Tetapi sudah sebulan juga dia tidak mendengar apa – apa khabar berita dari Christina. Mungkin itu adalah perkara yang baik buat dirinya untuk masa sekarang.
                                                                                                                    
Adam mengambil keputusan untuk melupakan dahulu perkara itu buat sementara waktu. Tidak berbaloi rasanya tidak dia menghabiskan masa memikirkan hal Christina. Dia amat rindukan Imelda. Sudah tiga minggu dia di Shanghai dan sudah tiga minggu jugalah Imelda berada di Malaysia.                  

Tidak sabar dia mahu ke Malaysia berjumpa dengan isterinya itu namun dia harus pulang ke pejabatnya dahulu untuk membentangkan laporannya kepada Mr Richard dan juga pada lembaga pengarah yang lain.
                                                                                                                    
Adam mengenakan seat beltnya sementara pandangannya ditalakan pada pramugari yang sedang memberi penerangan tentang keselamatan di hujung kabin. Tidak lama selepas itu, Adam sudah pun terlena dengan ingatannya kuat kepada Imelda.

~~~~~~~
Christina mmg x main - main 2.....
tp betul ke die nk Adam or just nak Adam berpisah ngn Imelda....??
Haish, gilo2 si Chris ni kan...heheh~~~

3 comments:

  1. huhuhu...nak Adam dgn Mel...buang la Christina tu..huhuuhu

    ReplyDelete
  2. yerp...
    buang christina tu...
    kita bakor~kita bakor~

    ReplyDelete
  3. bakor?!!!
    sy setuju tp nti!!!
    byk lg onar die nk buat tu...slagi die x dpt pe yg die nk, slagi tu die xkn berputus asa....
    lgpun, ADAM n MEL doesn't evolve around themselves aje...
    we'll b seeing more HAYKAL n say hi to QISTINA nanti....
    stay tuned, uols!!!
    n tq 4 reading n followin CBL~~~

    ReplyDelete