Sunday, May 1, 2011

Cinta Bertandang Lagi 42


BAB
42

Beberapa minggu kemudian…


“ ABANG, tolonglah beritahu saya mana Imelda pergi. Dah berminggu – minggu saya cari, saya call, tapi tak dapat – dapat. Saya dah tak tahu nak cari dia kat mana lagi. Tolonglah saya abang. Beritahulah mana Imelda sekarang…” Adam terus merayu, entah untuk kali ke berapa.
             
Naym memandang Adam dengan perasaan yang bercampur baur. Salah tanggapannya pada Adam dahulu. Fikirnya, Adam akan mampu membahagiakan adiknya hingga ke akhir hayat namun ternyata dia silap menafsir siapa Adam. Adam tetap Adam. Imelda telah bermain dengan api, dah sekarang adiknya itu terpaksa menanggung bahananya.
           
 Disebabkan itu, rasa marah pada Adam membuak – buak di hati Naym. Kalau diikutkan hatinya yang sedang membara sekarang, mahu aje ditumbuknya muka Adam itu.
           
“ Kau memang tak tahu malu kan?!”
           
Adam tersentak. Iman tergamam.

“ Lepas apa yang kau buat pada adik aku, kau masih berani nak tunjukkan muka kau kat sini, hah?!”

Naym mula menujal bahu Adam menyebabkan Adam terkebelakang.

Iman segera menarik Naym, cuba menyabarkan suaminya itu.

Naym mendengus kasar.

“ Eh, baliklah Adam. Adik aku dah tak ingin nak tengok muka kau. Kau tahu tak?!”

Naym terus membentak kasar.

“ Abang, tolonglah saya. Apa yang terjadi…Semua tu salah faham. Saya boleh jelaskan apa…”

“ Salah faham kau cakap?!” Suara Naym memetir lagi.

“ Adik aku nampak kau tidur dengan perempuan lain dengan mata kepala dia sendiri. Itu kau cakap salah faham?!”

Kolar baju Adam ditarik kasar. Penumbuk Naym hanya beberapa inci sahaja lagi dari muka Adam.

“ Abang… Anak – anak dengar nanti.”

Iman terus menarik tangan Naym. Dia meleraikan Adam dari cengkaman Naym. Tidak mahu jika Adam dan Naym mula bertumbuk di sini.

Naym menarik nafas dalam – dalam. Dia beristighfar, cuba membuang amarah yang merajai dirinya sekarang. Dia melirik pandangan kepada Adam semula.

“ Eh, sudah – sudahlah. Kau baliklah. Imelda tak ada pun kat sini.”

“ Habis tu, mana dia pergi? Abang, kakak..beritahulah saya mana Imelda. Saya merayu sangat.”

“ Kau ingat aku ni gila ke?!” Suara Naym meninggi semula apabila dia terus didesak Adam.

Iman terus cuba menenangkan Naym namun bagi Naym, selagi Adam masih berada di depan matanya, tak mungkin dia mampu bertenang.

“ Hish, aku takkan beritahu kau mana adik aku pergi. Baik kau balik sebelum aku naik angin lagi.” Naym mula memberi amaran. Kali ini, dia tidak akan teragak – agak lagi.

Adam masih tidak berputus asa. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, Naym terlebih dahulu memotong.

“ Pergi! Pergi sebelum aku naik gila! Kau tak layak untuk adik aku! Pergi!”

Adam terpaksa juga mengalah.

Dia memandang lagi pada Iman namun Iman hanya membuat isyarat, meminta dia meninggalkan rumah mereka. Dalam keadaan begitu, dia juga tidak mampu menolong Adam.

Adam melangkah dengan hati yang berat. Imelda masih juga tidak dijumpai. Hampir sebulan dia mencari  namun tidak juga ketemu.

“ Mel…”


HAYKAL menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
           
Argh! Kalut!”
           
Dia mencari – cari lampin untuk dipakaikan pada Dija.
           
Aku rasa aku dah beli semalam tapi mana pulak perginya? Ghaib pulak! Pelik.
           
Dia melihat ke seluruh ruangan rumahnya. Penuh dengan kotak – kotak. Sana kotak, sini kotak.

Aiyak!
           
“ Ini kalau Jabatan Kebajikan Masyarakat datang, mahunya dia orang ambil Dija. Ingat aku tak kompeten nak jaga Dija. Tengoklah rumah ni, macam sarang tikus!”
           
Haykal terus membebel sendiri sambil tangannya mengangkat kotak yang terbalik di tepi kabinet dapur.
           
“ Lah, sini rupanya.”
           
Haykal mengangkat beg plastik yang mengandungi lampin pakai buang dan juga susu formula untuk Dija.
           
Dia membawa bungkusan lampin itu ke biliknya. Dilihatnya Dija ralit bermain dengan mainannya. Sekali sekala, dapat Haykal mendengar tawa anaknya itu.
           
Haykal mengangkat Dija dan Dija diletakkan di atas katilnya. Mahu menukar lampin Dija. Mujurlah anaknya itu jenis yang tidak meragam. Tak adalah susah dia mahu menguruskan Dija sebab dia sendiri pun masih tidak terurus lagi.
           
Sudah sebulan dia pulang ke Malaysia. Dia membeli rumah di Desa Sri Hartamas untuk dia tinggal bersama Dija. Mamanya ada meminta untuk menjaga Dija, tetapi Haykal terus bulat – bulat menolak. Buat masa sekarang, dia tidak boleh berpisah lama dengan puterinya itu dan disebabkan itu juga, dia msih belum melaporkan diri di syarikat papanya. Mujurlah papa dan mamanya memahami keadaan dirinya buat masa kini.
           
“ Siap dah anak papa! Wangi!” Haykal mengucup lembut pipi Dija. Mengekek Dija apabila dibuat begitu.
           
Haykal meraba mukanya. Dia melihat bayangan di cermin.
           
Patutlah dia ketawa. Geli kot dengan muka aku yang berjambang panjang ni.

“ Nanti kita pergi rumah nenek ye…Bagi papa siap dulu.”

Bagai memahami apa yang dikatakan oleh Haykal, Dija diam di tempatnya. Asyik bermain dengan mainan di tangannya.


ARGH!”
           
Adam menjerit geram. Dia mencampakkan pen di tangannya tadi sejauh mungkin. Dia mundar – mandir di dalam biliknya.
           
Ini tak boleh jadi! Aku memang boleh naik gila macam ni. Macam mana aku nak buat kerja kalau dalam kepala aku ni asyik teringatkan Imelda?!
           
Adam meraup mukanya berulang kali.
           
Adam membuka laci mejanya. Dia memandang sampul surat berwarna putih yang berada di atas timbunan dokumen – dokumen procument minggu lepas. Adam mengambil sampul itu.
           
Maybe aku patut teruskan aje apa yang aku nak ni.” Ujar Adam sambil memegang sampul surat tadi.

“ Aku pasti selagi aku tak dapat cari Imelda, tak mungkin aku dapat tumpukan perhatian dalam kerja kat sini.”
           
Adam bingkas bangun dan terus melangkah menuju ke bilik Mr Richard.
           
Yes Adam, anything?”
           
Richard memandang Adam dengan senyuman terukir di bibir.
           
Adam mula diserang perasaan bersalah.
           
Macam mana aku nak beritahu Richard? Mesti dia kecewa nanti.
           
Adam mula menimbang – nimbang keputusannya tadi.
           
Argh! Lantaklah! Bukannya aku boleh buat kerja kalau aku ada kat sini pun.
           
Nothing much, Richard. I just want to give this.” Adam meletakkan sampul itu tadi ke atas meja Richard.
           
Resignation letter?”

Adam hanya mengangguk.
           
May I ask why?” Tanya Richard semula kepada Adam.

Namun belum sempat Adam menjawab, Richard bersuara semula.

You’re one hell of an engineer, Adam. Why quit now?!” Tanya Richard lagi. Semua dokumen yang bertimbun di atas mejanya terus dialih ke tepi. Segala tumpuan kini diberikan kepada Adam.

Just domestic problems…That’s it.”

“ That’s it?! And you want to quit because of that?!” Tanya Richard dengan nada yang tidak percaya.

Oh, come on Richard. If it’s not serious, I wouldn’t quit. It’s about my wife and I really need time to deal with it.” Adam terus menghenyakkan punggung ke atas sofa yang ada di dalam pejabat Richard itu. Dia meraup mukanya berulang kali. Fikirannya makin serabut dari hari ke hari dan disebabkan itu, dia berasa lebih baik dia berhenti kerja sahaja.

I’m thinking about going back to Malaysia and settle there for good. From there, I’ll start everything back.”

“ Dude, are you serious about this? Have you really think about it?”

“ My wife’s not here so there’s no point of staying. She’s not here, mama also not here. I have nobody here, even my friend have also went back to Malaysia…I…I’ve got nothing to make me stay here any longer. Richard…”

“ But Adam, why don’t you just ask for a transfer? We do have branch in Malaysia, you know…You don’t have to quit…” Richard masih lagi cuba memujuk Adam. Kalau boleh dia tidak mahu kehilangan one of his best engineer. Sudah dianggap Adam seperti anaknya sendiri bahkan dia sendiri memang berkawan baik dengan ibu Adam dahulu.

I know that Richard, but…I…I…don’t think I can work for the time being. It’s all just…Argh!”    

Cool it down, Adam… Cool it down…” Richard menepuk – nepuk bahu Adam. Cuba untuk menenangkan Adam.

That woman, Christina. She really make my life hell! If I wasn’t because of her, Imelda won’t left and I wouldn’t be like this!” I really wish for her to die, really! Die!” Adam tiba – tiba meluahkan rasa marahnya yang berbuku di dada pada Richard.

“ I don’t think I can work like this, and that’s why I’m quitting, Richard. I really need a break.”

Richard tiba – tiba bangun. Adam segera berkalih pandangan, mengadap Richard. Dia amat mengharapkan yang Richard akan memahami permasalahannya dan tidak memanjangkan lagi hal ini dengan bertanyakan seribu satu soalan.

If that’s the case, I cannot say anything anymore. So, I guess this letter came  with a month-time notice, right?”

Adam segera mengangguk. Dia menghulurkan tangan dan tangannya segera disambut Richard.

Thank you for everything, man. I really appreciate for all the things that you have done to me so far. Thank you…”

No big deal, dude! That’s the least I can do for you and your mum.”

Adam hanya tersenyum lemah bila ibunya disebut oleh Richard. Dia tahu yang Richard memang sudah lama menyimpan hati pada ibunya namun ibunya terus setia pada  papanya hingga ke akhir hayatnya dan itu yang membuatkan rasa benci pada papanya bertambah – tambah. Hari pengebumian ibunya juga, papanya masih sibuk dengan business meeting.

Dia tidak faham apa yang dilihat oleh ibu pada papanya. Entah. Mungkin itu yang dinamakan cinta.

Richard pula hanya bertepuk sebelah tangan dan terus membujang sehingga kini.

“ Mel, mana Mel pergi?” Adam terus bermonolog sendirian. Perlahan – lahan dia menuju ke pejabatnya semula apabila namanya dipanggil semula. Terus dia berpaling semula. Dilihat Richard berdiri di muka pintu pejabatnya.

Good luck kid, on finding your wife. You can always come to me for help. You know you can always count on me.”

Adam mengangkat ibu jarinya, menunjukkan tanda okey pada Richard.

Dia kemudiannya terus melangkah dan mengambil kotak di belakang pantry dan membawanya masuk ke dalam pejabatnya. Kalau boleh, dia mahu mengemas kesemuanya hari ini juga. Dia mahu pulang ke Malaysia secepat yang mungkin dan mencari Imelda semula.


IMELDA menarik nafas dalam – dalam kemudian memnghembuskannya perlahan – lahan. Dia melihat lautan yang terhampar luas di hadapannya. Tenang.

Kalaulah aku mampu untuk mendapat ketenangang yang sebegini.

Imelda menyeka air matanya yang tiba – tiba meleleh panas di pipi.

“ Ya Allah, kenapa kau ni, Sarrah Imelda? Suka tangkap syahdu pulak! Hish!” Imelda mengibas – ngibas mukanya dengan tangan. Segala ingatan sedih segera dicampak jauh – jauh.

Dia mengalihkan pandangannya pada dua orang kanak – kanak lelaki yang asyik bermain – main dengan ombak – ombak kecil di tepi pantai. Kelihatan juga, seorang perempuan berjalan tidak jauh di belakang mereka. Mungkin memerhatikan mereka untuk memastikan keselamatan mereka.

Imelda serta – merta tersenyum lantas tangannya mengusap perutnya yang mula menampakkan rupa bentuk yang semakin membulat.

Imelda mula mengira dengan jarinya.

“ Lagi empat bulan. Lagi empat bulan kita jumpa ye baby...”

Hanya anak itu yang menjadi kekuatannya kini. Jika anak ini tiada, tidak tahulah apa yang mungkin terjadi padanya.

Tiba – tiba memori lama mula bermain di kepala Imelda.

Tiga tahun yang lepas, dia pernah melalui perkara seperti ini. Bezanya, dahulu dia ditinggalkan suami tapi sekarang dia yang meninggalkan suaminya.

Imelda tiba – tiba tertawa. Lucu dengan apa yang tertulis oleh takdir untuk dirinya. Selepas tiga tahun, dia berdiri di sini lagi, masih juga mengandung dan masih juga tidak mempunyai suami di sisi.

Mungkin dirinya ditakdirkan untuk tidak bergantung harap pada mana – mana lelaki.

“ Abang Naym jelah kot tempat aku nak bermanja sampai tua…” Imelda melawak sendirian.

Angin Laut China Selatan yang pada mulanya hanya sepoi – sepoi bahasa mula bertiup kencang. Anak – anak kecil yang dilihatnya tadi mula berlari – lari ke arah ibu mereka.

Imelda menarik rapat cardigan yang menutupi badannya sambil mendongak ke langit.

“ Nak hujan…” Fikiran Imelda terus menerawang dan membiarkan sahaja angin menampar lembut pipinya. Dia menyukainya.

Memikirkan masa depannya yang masih kelam mula membuatkan Imelda berasa sedikit takut.

I’m pregnant, husbandless, and jobless. Sampai bila aku nak duduk menempel dengan ibu dan abang? Sampai bila nak menyusahkan dia orang?” Bertubi – tubi soalan ditujukan kepada dirinya sendiri.

Imelda melirik sekilas jam di tangannya.

“ Alamak, pukul lima lebih dah. Mati aku!” Imelda segera mencari kunci keretanya.

Jumpa! Imelda melajukan langkah menuju ke keretanya.

Imelda tiba – tiba menarik nafasnya. Perutnya pula serta – merta mengeluarkan bunyi.

Aiseyman, bau kerepok lekorlah. Laparlah kalau macam ni…” Imelda memegang perutnya. Dia mula berkira – kira.

Nak beli ke tak? Nak beli ke tak?

“ Tak boleh jadi! Kena beli jugak!”

Imelda terus berpatah balik, menuju ke gerai kecil yang menjual kerepok lekor dan cendol di situ.

“ Abang, kerepok tiga ringgit, goreng pisang dua ringgit.” Laju Imelda membuat pesanan.

“ Cukup ke?” Imelda bercakap sendirian lagi. Dia mengira jumlah orang di rumah.

“ Abang Naym pun ada jugak kat rumah ni. Baik beli sekali untuk anak – anak dia juga, buat minum petang.”

“ Abang, bagi sata dua ringgit dengan cendol dua bungkus.” Kecur air liurnya apabila melihat sata yang dipanggang panas – panas di sebelah kuali menggoreng kerepok.

Abang penjual itu terhenti sekejap, namun cepat – cepat dia menyambung semula kerjanya apabila menyedari pandangan semacam Imelda.

Imelda memuncungkan bibir.

Apa hal pandang aku macam tu? Lantak akulah nak beli banyak mana pun. Pandang aku pelik pulak. Cet! Bukan ke lagi banyak orang beli, lagi bagus?

Imelda terkumat – kamit sendiri.

Selesai membuat bayaran, terkocoh – kocoh Imelda menuju ke keretanya semula. Cepat – cepat dia menghidupkan enjin kereta dan memasukkan gear.

“ Mampus aku! Mesti kena bebel dengan ibu ni. Mesti punya!” Imelda terus memecut laju meninggalkan Pantai Batu Hitam. 

~~~~~~~~~
# let's starts anew ek......
MEL without her ADAM.....
HAYKAL without his KHALIDA....
cmne tu~~~


4 comments: