Wednesday, December 15, 2010

Cinta Bertandang Lagi 20


BAB
20

                                   
A Thousand Miles…


            “ OIT Haykal! Perempuan – perempuan tu dah bangun ke?” Tanya Adam kepada Haykal yang sedang sibuk memunggah barangnya masuk ke dalam kereta.
           
“ Perempuan mana pulak ni?” Tanya Haykal semula tanpa memandang muka Adam. Dia masih cuba menyusan barang – barang ke dalam bonet keretanya supaya muat untuk barang – barang budak – budak yang lain nanti.

            “ Alahai mamat ni! Kau ada ajak perempuan lain lagi ke? Perempuan mana laginya? Yang berdua tulah!”
           
“ Entah! Kau tanyalah Rehan. Yang aku tahu, Khalida memang dah siaplah. Tadi baru je aku call dia…” Jawab Haykal sambil bibirnya mengukir senyuman.
           
Adam mencebik.

Khalida…Khalida…Khalida…Tak de nama lain ke? Nak sakit otak dah aku ni asyik dengar kau menyebut nama minah tu. Asal sebut je nama perempuan tu, kau boleh tersengih terus. Dulu, dengan perempuan lain, tak ada pulak kau macam tu. Memang kau dah angau sangat dengan perempuan tu agaknya.

Adam tiba – tiba membebel sendirian. Perkara kecil pun mampu sahaja merosakkan mood dia pada hari ini. Semua ini gara – gara Haykal. Kalau tak, memang dia tak kuasa nak ikut trip mereka ini.
           
“ Rehan! Dah siap ke dia orang tu?” Tanya Adam kepada Rehan pula.

“ Aku dah call Aisha tadi. Dia orang dah siap dah, tunggu kita datang je.”

Terangguk – angguk Adam mendengarnya.
           
“ Tak boleh ke aku pergi dulu? Jumpa kat sana je nanti?” Adam cuba memberikan cadangan. Tak payahlah dia susah – susah nak menunggu perempuan – perempuan yang lain tu. Leceh je…
           
“ Kau jangan nak mengada – ngada!” Rehan terus me‘reject’ cadangan Adam tanpa berfikir dua kali.

“ Mana muat nak letak perempuan bertiga tu dalam kereta aku! Sempitlah nanti dia orang tu nak duduk so, kereta kau nak kena pakai jugak!  Demi keselesaan mereka bersama.” Haykal terus membangkang sambil tersengih, kelakar pula mendengar ayatnya sendiri.
           
Adam menjuihkan bibir. “ Dah tu, siapa naik kereta siapa nanti?” Tanya Adam lagi.
           
“ Tak pe. Kau tak payah nak fikir – fikir lagi. Kita pergi sana dulu and then baru kita adjust tempat duduk. Dah, jomlah kita gerak!” Rehan sekilas memandang jam di tangan sebelum terus masuk ke perut kereta Adam dan mereka mengikut kereta Haykal menuju ke rumah Khalida dahulu dan kemudiannya barulah mereka ke rumah Aisha.
           

            “ AKU ingatkan perempuan aje yang selalu lambat, tapi sekarang lelaki pulak yang lambat! Buat apa? Make up ke?” Imelda melihat jam di tangannya. Mukanya mulai keruh.

Dahlah kena bangun punya awal, tapi orang yang datang menjemputnya tak juga sampai – sampai. Angin juga aku dibuatnya. Nasib baik nak pergi Blue Mountains, tempat yang memang aku nak pergi sangat – sangat! Kalau tak, harapanlah aku nak bangkit awal – awal pagi macam ni, tidur lagi baik tau!

Imelda mengerling pandangan ke arah Aisha. Dilihatnya Aisha mundar – mandir di depan pintu.
           
“ Apa kata kau cuba call Rehan, tanya dia orang kat mana. Lambat lagi ke nak sampai? Aku ni, bila kena tunggu orang macam ni, aku cepat jadi stress tau!”

Imelda terus mengomel sambil cuba membelek – belek majalah yang entah zaman bila keluarannya. Cuba mengisi masanya yang terlebih lapang itu dengan apa sahaja yang mampu mengalihkan ingatannya pada mangkuk – mangkuk tingkat yang entah di mana batang hidungnya. Janji pukul tujuh setengah tapi ni dah pukul lapan setengah, jangankan orangnya, bulu hidung pun tak nampak lagi ni!
           
“ Aku dah call tadi. Dia orang tengah ambil kawan Haykal tadi. Ni tengah on da way la kot. Kejap lagi sampailah tu. Sabarlah sikit.” Aisha mengetap bibir. Dia sendiri tidak pasti pukul berapa dia orang tu akan sampai. Dia pun main agak – agak aje.
           
Ping!!!!!

“ Oit mak engkau jatuh meletup!!!” Majalah di tangan Imelda terlepas dan tercampak entah kemana.
           
Imelda mengurut dada. Memang dasar mangkuk hayun! Aci main hon aje. Sengal!
 “ Itu dia orang kot.” Aisha memberitahu Imelda namun Imelda hanya mencemik sahaja.
           
            “ Jomlah kita bawa turun beg – beg ni, tak adalah nak buang masa sangat nanti.” Aisha memberi usul dan nampaknya dipersetujui Imelda apabila Imelda turut bangun dan mula mengangkat begnya di tangan kanan dan Momo di sebelah kirinya.
           
“ Lah, MoMo pun kau nak bawa ke?” Tanya Aisha lagi sambil tangannya mula mengunci pintu rumah mereka.
           
“ Mestilah kena bawa! Dia pun nak tengok Blue Mountains jugak. Lagipun, aku tak boleh nak tidur kalau tak ada dia!”
           
“ Yelah…Yelah… Tak kisahlah! Dah, jom turun. Dia orang dah tunggu tu.” Terkocoh – kocoh mereka menuruni tangga. Aisha bernasib baik apabila Rehan muncul dan menolong Aisha membawa beg – beg.
           
“ Aku ni, kau tak nak tolong ke?” Tanya Imelda dengan selambanya.
           
Automatik, langkahan Rehan terhenti apabila mendengar suara Imelda.

“ Dah penuhlah tangan aku ni.” Balas Rehan lagi. Memang dia tak dapat nak menolong namun Imelda seakan tidak mengerti. Dia menggeleng – gelengkan kepalanya apabila melihat muka seposen yang dibuat Imelda.

“Kejap, aku panggil orang tolong kau.”

Mendengarkan itu, muka Imelda kembali ceria.
           
“ Adam!!!” Rehan menjerit memanggil Adam yang duduk bertenggek di tepi keretanya. Pandangan Imelda terus jatuh pada manusia yang bernama Adam itu.
           
Alah, pehal pulak kau pergi panggil mamat tu? Takkannya dia tu nak tolong aku kot?! Harapanlah…

Imelda terus membuat spekulasi di dalam hatinya namun dia tahu yang spekulasinya itu memang betul punya.
           
“ Tolong naik jap. Angkatkan beg Mel ni.” Tambah Rehan lagi namun Adam hanya membuat muka toya, seakan – akan tidak mendengar jeritan Rehan.
           
Kan betul apa yang aku cakap. Memang dunia ni nak kiamat la kalau dia datang naik atas ni. Huh!
           
 “ Tak payahlah susah – susah! Biar aje aku angkat sendiri! Susah nak harapkan lelaki zaman sekarang ni.” Jerit Imelda dengan kuat, mengharapkan makhluk asing yang tengah bertenggek di kereta berwarna silver tu mendengarnya.

“ Tak semuanya baik macam kau Rehan…” Tambah Imelda lagi dengan matanya melirik ke bawah, cuba melihat reaksi Adam namun dia hampa, tapi tak kisahlah. Memang dia tak mengharap mana pun. Adam masih juga membuat muka dono sahaja.
           
Rehan hanya tersenyum mendengar kata – kata Imelda itu.
           
“ Bagi sinilah beg kau tu. Biar aku angkatkan.” Haykal yang tiba – tiba muncul berbaik hati untuk mengangkat beg Imelda. Mungkin dia mendengar jeritan Rehan tadi.
           
“ Kau jugak yang boleh diharap!!!” Imelda bercakap seperti Haykal beribu batu jauhnya dari dia. Terpaksa Haykal menjauhkan diri beberapa kaki dari Imelda sambil menutup telinganya.
           
“ Apa hal kau ni jerit – jerit? Kalau ye pun nak puji, tak payahlah jerit macam nak buat pengumuman je.” Bidas Haykal semula. Tangannya menggosok – gosok kedua – dua telinganya. Bingit telinga dia dibuatnya apabila Imelda menjerit tadi. Imelda pula hanya tersengih sahaja sambil membuat muka ketat apabila melihat muka Haykal yang kelat itu. MoMo dipegang makin erat.

Haykal mengerling pada MoMo yang dikelek Imelda. Dia hanya mampu menggeleng kepala.
           
Terkedek – kedek Imelda melangkah mengikut Haykal namun brek kecemasan tiba – tiba ditekan. Langkahannya terhenti. Ternganga mulut Imelda apabila melihat Haykal terus sahaja membawa begnya ke arah kereta Adam manakala beg Aisha dibawa ke kereta yang lagi satu.

Apa hal ni? Kenapa beg aku dengan beg Aisha lain – lain pulak jalannya? Tolonglah jangan jadi macam apa yang otak aku tengah fikirkan sekarang ni! Takkan aku nak kena naik kereta dengan mamat tu kot? Alahai… Niayalah hidup aku kalau macam tu!

Erm..Haykal, aku naik kereta dengan kau orang semua kan?” Teragak – agak Imelda bertanya kepada Haykal, takut mendengarkan jawapan Haykal yang seterusnya.

Haykal menjungkit kening sambil tersenyum. Tangannya laju sahaja memasukkan beg  Imelda ke dalam but kereta Adam.
           
Sorrylah sayang. Hari ni you kena naik kereta dengan Adam.”

Imelda terus membeliakkan matanya. “ Alah, kenapa aku kena naik kereta dengan mamat ni pulak? Tak naklah aku!” Imelda memeluk tubuh. Mukanya mulai keruh.
Adam menjeling tajam kepada perempuan di sebelahnya itu.

Ek eleh, kecoh! Kerek pulak perempuan ni! Ingat aku nak ke sangat bagi orang macam kau naik kereta aku?! Gumam Adam lagi sambil matanya turun naik melihat perempuan di sebelahnya dari atas hingga bawah. Dan dia membuat keputusan yang dia sikit pun tak berkenan dengan perempuan itu walaupun dia akui yang wajah perempuan ini sememangnya sedap dipandang. Cantik tapi hati batu! Buat apa?!
           
“ Mana muat nak masuk ramai – ramai dalam kereta aku ni….” Haykal cuba menerangkan keadaan. “ Aku dengan Khalida dah kat depan and kat belakang dah ada Rehan dengan Aisha pulak.”

“ Alah, lagipun Adam sorang je tu, kalau kau ikut dia sekurang – kurangnya ada jugak teman dia nak berbual nanti. Tak adalah dia bosan sangat dalam perjalananan nanti.”
           
“ Eh, aku tak kisah kalau sorang – sorang pun.” Adam cepat – cepat memotong tanpa mempedulikan jelingan orang di sebelahnya.

“ Sebenarnya, lagi aman hidup aku kalau macam ni je, sorang – sorang je...Tak perlu nak ada orang meneman…” Datar sahaja Adam bersuara semula. Jawapannya itu tadi lagi membangkitkan marah di dalam hati Imelda yang sudah pun berapi dari awal pagi lagi.
           
“ Ah! Kau jangan nak mengada – ngadalah Adam.” Haykal cepat – cepat menyampuk.
           
“ Aisha! Jom teman aku!” Ajak Imelda sebelum mereka semua melangkah masuk ke dalam kereta. Laju sahaja dia menarik lengan Aisha.

 Masing – masing terhenti, tidak jadi lagi untuk masuk ke dalam kereta apabila Imelda masih lagi membuat perangainya.
           
Aisha hanya menggeleng kepala. “ Kau nak suruh aku duduk mana kalau kau nak aku ikut kau? Atas bumbung?! Nak suruh aku buat iklan syampu ke, bagi rambut aku menerawang macam hantu polong? Gitu? Cuba kau tengok sikit mamat ni bawa kereta apa.” Balas Aisha sambil matanya memberi isyarat kepada Imelda supaya menoleh ke belakang.

Imelda terus lipat maut, berpusing ke belakang.

Mangai!!! Mazda RX8?!! Warna silver lagi tu! Pergh! Canggih betul kereta mamat ni! Baru dia menyedari kereta apa yang dipandu oleh Adam. Sebelum ini, tak adalah pula dia mahu mengambil tahu.

“ Dia takkan bagi lebih dari dua orang naik kereta dia tu. Kereta mahallah katakan….” Aisha cuba memperli namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh Adam.

Lagipun, memang betul apa yang dikatakan Aisha itu. Not more than two can get in the car! Itu syarat yang paling utama and everybody knows it already!

“ Lagipun, takkan aku nak tinggalkan Rehan sorang – sorang pulak kat sini, kan?!” Aisha mengelipkan matanya berulang kali, cuba beriak comel, mengharapkan Imelda akan faham akan situasinya namun hanya membuat tekak Imelda kembang melihatkan gayanya itu. Mukanya masih lagi kelat seperti awal tadi.

 Aisha menghela nafasnya. “ Okeylah, pandai – pandailah kau orang laki bini nak settlekan masalah rumahtangga kau orang ye. Bye – bye sayang!” Aisha memberikan flying kiss kepada Adam dan Imelda dan terus hilang ke dalam kereta Haykal. Imelda memandang kereta Haykal berlalu dengan hati yang rawan dengan perasaan geram.

Hish! Ada jugak aku bom kereta tu nanti! Kau orang memang sengaja nak kenakan aku!!! Imelda menjerit di dalam hatinya.

Shall we?” Adam tiba – tiba sahaja bersuara sambil tangannya membuka pintu kereta di sebelah pemandu. Imelda berjalan perlahan – lahan, melangkah dengan hati yang sebal.

“ Sejak bila jadi valet yang bertauliah ni?” Perli Imelda pada Adam sebelum masuk ke dalam kereta itu namun Adam sekadar memekakkan telinga dan terus menutup pintu kereta.

Perempuan ni memanglah! Aku cakap baik – baik, tapi dia balas macam nak telan orang! Apalah masalah dia yang buat dia macam tak puas hati aje dengan aku? Adam cuba berfikir namun tindakannya itu hanya sekejap cuma. It’s not worth the time to think about woman who are not emotionally stable!

Whatever! I don’t care!” Dia mengajuk ayat yang sering kali diulang oleh Imelda sambil membuat mimik muka yang penuh jengkel.

Adam masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin kereta dan mula memakai tali pinggang keledarnya. Dia menoleh ke sebelah, cuba melihat jika orang sebelahnya itu melakukan perkara yang sama dengan dia atau tak.

Erm…kak! Pakailah tali pinggang kereta tu kalau sayang nyawa. Ke nak aku tolong pakaikan untuk kau?” Sinis sahaja Adam menuturkan setiap baris kata.
           
Pandai jugak cakap Bahasa Melayu. Imelda mengomel sendiri.

“ Tahu pakai ke tak tu? Nak aku pakaikan jugak ke?” Tanya Adam lagi dengan nada menyindir.
           
“ Tak pe, orang dah belajar macam mana nak pakai tali pinggang keledar ni dari orang yang lagi beradab waktu kat Malaysia dulu. Tak payah nak susah – susah tolong pakaikan.” Balas Imelda dengan kasar.

Erm….pandai melawan. Ingatkan minah ni jenis minah yang pasif tapi rupanya tak. HurmI like it!  Adam tersenyum di dalam hati sendirian.  

Adam memandang kiri dan kanannya apabila dia tiba – tiba sahaja menekan minyak dengan mendadak menyebabkan Imelda terhenyak ke belakang. MoMonya pula terlepas dari pegangan dan sudah terpelanting ke bawah. Adam membalas jelingan tajam Imelda dengan senyuman plastik yang ditampal ke mukanya. Memang sengaja dia berbuat seperti itu tadi. Terbalas juga dendamnya, sedikit demi sedikit.
           
Told you to wear the seatbelt. It’s really for your own good dear. You see now what it is use for, don’t you?.” Adam mengenyitkan matanya pada Imelda sebelum dia terus memecut dan membiarkan sahaja perempuan di sebelah melayan perasaan dengan patung lembunya itu.
           
Dah besar panjang pun, nak berteman dengan patung lagi. Ingat comel sangatlah tu! Adam hanya mampu menggelengkan kepala apabila matanya sempat melirik ke orang di sebelahnya. Dilihatnya perempuan yang dipanggil Mel oleh kawan – kawannya itu asyik bercakap – cakap dengan patung lembunya itu.
           
Harap – harap kau tak tiba – tiba naik gila dalam kereta ni sudah! Adam berharap di dalam hatinya. Takut kalau tiba – tiba dia sakit, matilah aku! Maklumlah kan, apa – apa aje boleh jadi dengan orang yang cakap dengan lembu ni…
           

IMELDA tersedar dari lenanya apabila terasa kereta yang dinaikinya itu berhenti. Dia terpisat – pisat seraya menggosok kedua matanya dengan jari telunjuknya.

Dah sampai ke? Imelda bertanya pada dirinya sendiri. Dia terus memandang kerusi di sebelahnya. Kosong. Dia bingkas bangun dan keluar dari kereta itu. Dilihat Aisha tengah bercakap – cakap dengan Khalida sementara Rehan dan Haykal pula mengangkat barang – barang mereka keluar dari kereta. Dia cuba mencari kelibat Adam, namun tidak juga ketemu.

Mana pulak mamat tu pergi? But on second thought, kenapa aku nak ambil tahu pulak?! Lantaklah! Peduli apa aku dengan dia tu.

Imelda bersandar pada kereta itu dan sekali sekala dia memusingkan badannya ke kiri dan kanan selain menggeliat, cuba melegakan tubuh badannya yang lenguh akibat terlalu lama duduk bertapa di dalam kereta tadi.  Memanglah dia menaiki kereta mewah, tapi entahlah. Mungkin kerana dia asyik membekukan diri ketika bersama Adam tadi. Memang dia keras sahaja di dalam kereta sepanjang perjalanan mereka. Sikit pergerakan pun tak ada. Tak tahulah kenapa tapi memang tak selesa langsunglah naik kereta dengan orang yang kita tak suka! Nak cramp badan aku dibuatnya!

Mujurlah lepas jugak aku nak bernafas dalam kereta tu, kalau tak, mahunya mati kering aku tadi.

Tidak lama selepas itu, setelah puas dia menggeliat, Imelda berjalan menghampiri Aisha.

 “ Lama dah ke kita sampai?” Imelda lantas bertanya kepada Aisha. Lehernya memanjang seakan – akan cuba mencari sesuatu ataupun mencari seseorang.

“ Adalah dalam lima belas minit.” Khalida tolong jawabkan pertanyaan Imelda itu. Imelda berterima kasih dengan memberikan senyuman manisnya. Dia menarik Aisha jauh dari Khalida. Ingin bertanyakan sesuatu.

“ Mamat tu mana?” Imelda bertanya dengan suara separuh berbisik. Macam takut sahaja jika ada yang mendengar.

“ Mamat mana pulak ni?” Aisha memandang muka Imelda dengan penuh tanda tanya. Aci tanya aje. Sebutlah nama mamat yang mana satu. Ada tiga orang mamat kat sini. Itu tak masuk lagi mamat – mamat salih yang memang dah ada kat sini. Mel….Mel…

Hish kau ni kan! Sengaja ek? Aku korek mata tu kang, baru tahu! Adamlah! Mamat mana laginya yang aku nak tanya?!” Imelda akhirnya mengalah namun tetap dengan suaranya yang keras. Sakit hatinya dengan perangai Aisha yang itu.

“ Oh, dia ke?” Aisha mengoyak senyuman.

“ Ingatkan kau dah lupa nama dia…” Dengan sinis Aisha membalas lagi. Sengaja memperli kawannya itu. Bukannya dia tidak faham dengan soalan Imelda tadi, tetapi sengaja buat – buat  tak faham.

“ Entah. Aku pun tak sure dia pergi mana. Maybe jalan – jalan ambil angin kot.” Aisha membuat andaian sendiri.

“ Maklumlah, dalam kereta tadi mesti banyak angin kus – kus aje yang terlepas kan.” Sempat Aisha memerli.

Imelda menjeling tajam.

Ada orang nak mati! Aku cekik kau nanti, baru kau tahu, cik Aisha ooi…. Ada aje nak kenakan aku! Motif!

“ Okeylah, aku nak pergi tolong dia orang ni bawa naik barang – barang ke atas. By the way, you should enjoy the view darling while waiting for Adam. It’s really nice here…

Imelda terus berpusing tiga ratus enam puluh darjah di tempat dia berdiri sebaik sahaja Aisha menghilang diri bersama mereka yang lain. Ingin dia melihat keadaan sekelilingnya.

 Subhanallah…cantiknya! Dia lipat maut ke belakang pula, cuba melihat nama tempat yang akan mereka tinggal untuk dua hari yang akan datang setelah puas mencuci mata dengan ciptaan tuhan yang maha indah.

Matanya sekan mahu terjojol! Mangai!!! Peppers Fairmont Resort! Ini almost five stars punya resort. Mahal ni seyh… Siapa mampu nak bayar kalau macam ni?! Dada Imelda mula berombak.

Kalau share pun, still boleh berlubang poket aku ni nanti! Adeh…. Matilah saya macam ni. Nak buat macam mana ni? Pelbagai pertanyaan mula mengetuk kotak fikiran Imelda.

Kenapalah dia orang ni pilih tempat yang high standard sangat. Aku ni student lagi, manalah nak ada duit berkepuk dalam poket ni!

Don’t worry! All is being sponsored by Haykal!” Bagaikan membaca fikiran Imelda, dengan tiba – tiba sahaja ada suara bercakap di belakang Imelda yang lantas membuatkan Imelda berpusing ke belakang.

Ngeee……Mak enon kau! Rapatnya! Kalau tak, selamat aku! Imelda melangkah setapak ke belakang, cuba menjarakkan diri daripada makhluk di depannya itu apabila tapak kakinya tiba – tiba sahaja terpijak batu.

Aaaa!!!! Imelda menjerit sambil menutup matanya. Badannya mula hilang imbangan.

Aduhai! Selamatlah belakang aku jadi santapan tanah! Reseptor sakitnya telah pun bersedia dengan sakit yang bakal datang namun Imelda membuka semula matanya apabila dirasakan badannya seakan – akan terapung di udara. Dia tergamam dengan apa yang singgah di matanya. Muka Adam begitu rapat dengan mukanya. Imelda terus memejamkan mata, kaku dalam dakapan Adam, tidak tahu apa yang mahu dilakukan.

I really think that you’re alright but don’t you think you want to get up now? Cause my hand is hurting…” Suara lelaki itu bagaikan kejutan elektrik yang menyerang segala saraf dalam badan Imelda yang meminta supaya dia segera bertindak balas.  Imelda terus melepaskan diri dari cengkaman tangan Adam. Terkial – kial dia membaiki letak bajunya.

Thanks!” Ucap Imelda sepatah tanpa sedikit pun memandang muka Adam. Malunya tidak terkata.

You’re most welcome! But really…you could use a little less of your weight…” Adam membuat komen yang berunsurkan provokasi, sengaja.

Imelda terus berpusing mengadap muka Adam dengan matanya mencerlung. Panas hati mendengar ucapan sinis Adam.

Apakah mamat ni? Itu memang unnecessary komen! Tak perlu kot nak buat aku hot!

Aa….nanti! You can keep your anger for me later on and I promise I will entertain it equally! Now, just spare me all the tantrums!” Adam mengangkat tangannya ke arah muka Imelda saat mulut Imelda baru sahaja hendak terbuka.

Imelda menarik nafas dalam – dalam. Takpe…takpe… Aku sabar dulu.

“ Sekarang, let’s get our things and go upstairs! They all have been waiting for us already.” Dan Adam terus sahaja berlalu menuju ke arah keretanya setelah habis berkata - kata, meninggalkan Imelda sendiri. Imelda menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati.


            IMELDA menghenyakkan punggungnya di atas sofa lembut di ruang tamu bilik yang mereka sewa. Yang lain – lain juga duduk terkulai, melayan fikiran masing – masing. Beg – beg mereka diletakkan bersama di satu sudut.

Mata Imelda baru sahaja hendak terpejam apabila Haykal tiba – tiba bangun. Lepas tu Rehan pula dan diikuti pula oleh Adam. Imelda terus sahaja segar, tidak jadi dia hendak melelapkan mata walau barang sekejap apabila melihatkan kelakuan mereka bertiga itu.
           
Hish! Macam manalah aku boleh ikut malaun – malaun ni datang sini? Buatnya dia orang ni buat apa – apa nanti, tak ke niaya kami yang bertiga ni? Adeh

Rasa kesal mula menerpa diri. Terasa dirinya gila kerana bersetuju mereka semua ini untuk datang ke sini.
           
“ Memanglah kau ni Imelda! Sengaja cari nahas!” Imelda mengetuk kepalanya tanpa menyedari perbuatannya itu menarik perhatian Adam.
           
Adam menyiku Haykal, menyuruh dia menala pandangannya ke arah Imelda.
           
Oit kak! Ada masalah mental ke? Kenapa diketuknya kepala tu?”

Imelda terus menyembunyikan tangannya apabila ditegur sebegitu. Dia cuba mencari suara sumbang yang berbunyi itu. Pandangannya meliar dan terus melekat pada dua orang makhluk yang sedang bertenggek pada balkoni di luar.
           
Haykal hanya tersengih dan Adam pula hanya membuat muka ketat dia yang kononnya comel tu.

Melihatkan rupa mamat berdua itu, Imelda jadi malas hendak ambil tahu. Dia sebaliknya mengejutkan Aisha yang mula ber‘romantik’ tidur di atas bahu Khalida.
           
“ Apa kau ni? Orang nak tidur la…” Aisha terpisat - pisat namun cepat sahaja kepalanya kembali lentok ke bahu Khalida.

“ Itulah aku nak tanya ni…Macam mana kita nak tidur nanti? Ada dua bilik je kot…” Imelda menggoyang – goyangkan semula Aisha.

Ada betulnya apa yang Imelda cakap tadi. Macam mana aturan tidur nanti? Tapi kalau fikir logik pun, mestilah yang satu tu bilik lelaki and yang satu lagi tu bilik perempuan, kan?  
           
“ Adam…” Aisha menjerit memanggil Adam namun Haykal dan juga Rehan turut   berpaling ke arah mereka. Serentak.

 “ Ni, Imelda nak tanya ni…”
           
Hati Imelda rasanya seperti hendak meletup dengan tindakan Aisha.

Yang dipanggil mamat tu kenapa?! Pandai – pandai je… Sengaja nak susahkan hidup aku!
           
Err…macam mana nak tidur nanti? Bilik ada dua je ni…” Teragak – agak Imelda bertanya tanpa langsung mengangkat mukanya. Malas mahu bertentang mata dengan mamat kerek itu, takut hatinya sakit semula mengingatkan apa yang terjadi di luar tadi.
           
Mendengarkan soalan itu, Adam menala pandangan kepada Imelda dan kemudiannya pada Haykal. Rehan juga memandang Haykal. Kedua – duanya mengisyaratkan kepada Haykal supaya menjadi jurucakap mereka.
           
“ Hah…ingatkan tak nak tahu tadi…” Haykal yang faham akan isyarat Rehan dan Adam mula bersuara.
           
“ Macam ni ceritanya…” Pada saat ini, kesemua lima wajah memandang Haykal dengan penuh konsentrasi.
           
“ Kisahnya bermula dengan….”
Straight to the point la…” Cepat – cepat dipotong oleh Adam dan Imelda, serentak. Kedua – dua mereka saling memandang namun hanya seketika sebelum masing – masing membuat muka ketat, seakan – akan tiada apa – apa yang berlaku tadi.
           
Haykal terkumpal – kampil apabila percakapannya dipotong lagi namun di dalam hati dia ketawa girang
           
“ Yelah…aku cakap terus terang ni. Aku dengan Khalida dalam bilik tu and Rehan dengan Aisha dalam bilik satu lagi. Okey guys?”

            Pertanyaan selamba Haykal itu disambut gelak tawa oleh semua kecuali Adam dan Imelda yang kaku, langsung tidak bereaksi.

Oit mangkuk! Aku ni kau nak campak mana pulak?” Adam bersuara semula sekaligus memecah segala tawa yang memenuhi ruang itu tadi. Kini, semuanya berpaling mengadap Adam. Aisha, Rehan dan Khalida masing – masing memegang perut, cuba untuk tidak melepaskan tawa.
           
Rehan saling berbalas pandangan dengan Aisha. Aisha hanya menjungkitkan bahunya.
                       
“ Yang itu, aku dah fikirkan. Kau tak payah nak risau.” Haykal membalas sambil menepuk bahu Adam. Adam memandang muka Haykal dengan dahinya yang masih berkerut seribu.
           
“ Kau nampak sofa yang cantik lagi empuk ni?” Tanya Haykal semula kepada Adam.
           
“ Dah tu, kenapanya dengan sofa tu?” Adam bertanya semula dengan suara yang kasar.
           
“ Apa lagi, kau dengan Mel tidur sinilah!” Haykal memberitahu lantas ketawa dengan sekuat hatinya. Yang lain juga turut ketawa sekali. Muka Imelda merona merah. Hatinya mula berapi.
           
“ Kau jangan nak main – main Haykal!” Jeritan Imelda yang memetir terus mendiamkan mereka semua. Haykal  memandang Imelda sambil menggaru – garu kepalanya.
           
Adeh….kenapalah dia ni selalu ingat aku ni serius? Bukannya aku maksudkan semua yang aku cakap tu. Aku main – main je pun…Alahai Cik Imelda sayang…
           
“ Mel…” Aisha cuba memujuk Imelda namun Imelda terus menarik lengannya dari pegangan Aisha. Khalida pula langsung tidak berani mahu dekat dengan Imelda.
           
“ Mel…janganlah marah. Aku main – main je tadi. Bukannya aku serius pun.” Haykal memulakan kata dengan penuh berhati – hati.
           
“ Sebenarnya bilik yang tu untuk kau orang bertiga, and bilik yang lagi satu untuk kami bertiga…”
           
“ Cakaplah awal – awal. Tak adalah kita nak dengar hantu menjerit pulak tadi.” Adam meluku kepala Haykal sambil terus berlalu masuk ke bilik yang dimaksudkan. Begnya diambil dan pintu terus ditutup. Imelda juga turut berbuat perkara yang sama namun tak adalah dia meluku kepala siapa – siapa. Dia mengambil begnya dan terus masuk ke bilik yang satu lagi. Pintu dihempas dengan sekuat hati.

Haykal menggosok kepalanya. Dia memandang yang lain – lain dan mereka hanya menjungkitkan bahu dan membuat muka.

Sunday, December 5, 2010

Kisah Kasih Mutiara 6


BAB
6


            TIARA, apa buat perangai macam tu? Bangun!”

            “ Tak nak!” Selamba Tiara melawan cakap emaknya.

            Haaa….Sangat stress aku kalau macam ni! Apa dia buat kat sini?! Tiara sudah mahu naik meroyan. Dia terus merengek – rengek di atas lantai.

Perangai tak matured ke?! Hah, biar orang nak cakap apa! Aku nak guling ke, bergolek ke…Aku punya suka. Rumah aku, so aku berkuasa. Tak kira! Mamat tarzan tu kena keluar juga.

            Balqish membiarkan sahaja Tiara menggila sendiri di depan pintu sementara dia terus mengambil tempat di sebelah Tariq. Maisarah sudah terkekek ketawa melihat perangai kakaknya yang tak betul tu. Mak cik Timah sudah tidak tahu mahu berkata apa.

            Tiara tiba – tiba berdiri di atas kakinya. Dia berjalan laju ke arah Tariq. “ Encik Tariq, bangun!”

            Mak cik Timah, Maisara dan Balqish memandang dengan penuh debaran, menanti apa yang mahu dibuat oleh Tiara kepada Tariq. Masing – masing menahan nafas.

            Tariq menoleh melihat Tiara di belakangnya. “ Fuyoo…Ni baru macam singa, rambut pergh…Lawa!”

            Tiara menjulingkan matanya ke atas, cuba melihat keadaan rambutnya. Ek!

Dikirai rambutnya dengan jari cepat – cepat. Bang di dahi dibetulkan semula sambil ditiup – tiup.

Better! Now, Encik Tariq, up!”

Okay, I’m up, now what?”

Tiara tergamam seketika. Pelik kerana mudah sahaja Encik Tariq mengikut arahannya tadi. Laju pulak tu.

Now out…”

“ Erm…Saya tak nak keluar!”

Now, ini baru Encik Tariq yang aku kenal. Degil, kepala batu and selalu cari pasal dengan aku! Tiara menyinsing lengan t-shirtnya tinggi – tinggi.
“ Tak nak keluar ye? Takpe, biar saya tolong!” Dia terus menolak Tariq. Kedua – dua telapak tangannya sudah dibelakang Tariq, berusaha menolak Tariq yang semestinya cuba melawan dengan mengeraskan diri dia di situ. Kepala kerusi dipegang erat. Tapak kaki ibarat sudah dipaku padu ke tanah namun kudrat Tiara bukan sebarangan.

“ Encik Tariq ingat saya cekeding macam ni tak kuat ke?” Suka hati Tiara apabila melihat mamat tarzannya sudah mula berginjak dari tempatnya. Selangkah, dua langkah dan banyak langkah selepas itu.

“ Erm…” Tariq membiarkan Tiara bahagia dengan sangkaannya itu. Kalau dikuatkan tekadnya, memang sampai ke Subuh, belum tentu si Tiara tu dapat menggerakkannya tapi where’s the fun in that, kan?

Bunyi beduk diketuk tiba menyapa pendengaran dan diikuti pula dengan azan Maghrib. Tariq terus berhenti dan berpaling mengadap Tiara.

“ Dah azan, kita berbuka dulu ye, lepas ni, kita main lagi…Abang janji adik comel!” Tariq menepuk lembut kepala Tiara sebelum terus melangkah menuju ke meja makan semula.

Tiara mencekak pinggang. Bang di kepala ditiup semula, membetulkan letak rambutnya, kemudian dia cepat – cepat lari ke meja makan. Kerusi yang ditarik oleh Tariq sebentar tadi dirampas semula.

“ Ini tempat saya!” Ujar Tiara semula kepada Tariq yang termangu bila dia diperlakukan sebegitu tadi.

Tariq menjungkit bahu. “ Whatever!” Dan dia mengambil tempat di sebelah Tiara. Tiara baru hendak bersuara lagi namun dia mendiamkan sahaja bila melihat jelingan Mak cik Timah. Serta – merta dia duduk.


TIARA mengetuk kepalanya sambil masih terus menggelengkan kepala berulang kali, cuba membuang segala yang terhinggap di benak fikirannya sekarang. Namun, bila bayangan itu mula menghilang dari wayang fikirannya, suara lelaki itu pula beralun lunak di pendengarannya.

“ Hish, Tiara! Apa masalah kau ni? Baru sekali dia jadi imam solat, kau dah cair ke? Hish, jangan buat gila Tiara! Jangan…”

“ Haih, tu apa pasal dok cakap sorang – sorang tu? Cepatlah, orang dah nak pergi dah ni…” Mak cik Timah mengomel lagi. Mana tidaknya, bila semua sudah bersiap hendak ke surau, anak daranya yang sorang itu duduk bercakap seorang diri di atas kerusi.

Seperti biasa, Tiara menggulum senyuman trademarknya. Hanya dia, emak dan argh… mamat tarzan tu! Si Maisarah memang cuti and kak Balqish pulak, timing dia baik punya. Habis buka, saat mamat tarzan ni ada kat rumahlah dia nak cuti kan…Aiseyh!

Mereka bertiga jalan beriring menuju ke surau kampung mereka. Bukan mereka bertiga sahaja, bahkan ramai lagi jiran tetangga yang turut sama. Masih ramai lagi yang turun menunaikan solat terawikh meskipun tinggal sehari sahaja lagi berpuasa.

“ Terima kasihlah mak cik sebab terima sudi kehadiran saya kat sini…”

Tiara mencemik! Aku tak sudi! Bluekk!

Mak cik Timah tersenyum, “ Panggil mak je…”

Tiara terus menjeling. Apa mak ni? Habis semua orang nak tabal jadi anak ke? Kak Balqis cukuplah, yang nak suruh mamat tarzan ni sekali, kenapa?

“ Boleh ke? Nanti ada orang marah pulak…” Perlahan Tariq membalas, menuju terus pada Tiara.

Memang aku marah! “ Pedulilah dia tu…” Jawab Mak cik Timah semula.

Nak tercabut mata dibuatnya bila emaknya sendiri tidak mahu menangkan dia. Alih – alih, dia juga yang ditempelak semula.

“ Ni mak nak tanya sikit, kenapa Tariq tiba – tiba nak beraya kat sini? Kat kampung tak ada orang dah ke?” Mak cik Timah bertanya lagi. Balqish tadi tidak bercerita panjang dan dia pula lupa hendak bertanya lebih lanjut.

Tariq tersenyum, “ Biasanya, tiap – tiap tahun saya balik kampung kat Johor tu, tapi kali ni mak ayah saya terpaksa pergi Sarawak sebab kakak saya bersalin malam tadi. Lepas tu, saya ingat nak beraya dengan Balqish aje tapi baru teringat yang Balqish ikut balik kampung Tiara, so dengan muka tak tahu malunya, saya call lah Balqish and Balqish pun beritahu mak kan?”

Mak cik Timah mengangguk faham. Tiara pula sudah bergelodak perut dibuatnya. Mak? Hai, senangnya dia panggil mak aku mak kan? Tak kekok langsung! Memang mamat tarzan tak tahu malu! Cet! Tiara terus mengomel geram di dalam hati.

Lagipun, tak ada rumah saudara mara yang lain ke sampai rumah aku jugak yang dia nak terjah?! Sengaja! Memang dia sengaja datang nak rosakkan hari raya aku! Argh! Benci kau!

“ Hah, cukup – cukuplah mengumpat dalam hati tu. Ni, kita nak buat amal ibadat ni, jaga perangai tu sikit…” Tutur Mak cik Timah semula saat langkah mereka menghampiri kawasan surau.

Dush! Amik kau! Kena sebijik! Itulah penangan Mak cik Timah. Sekali dia sound, hah! Haru! Tiara terkedu sendiri.


“ EH, mana mak?” Tariq yang dari tadi duduk menunggu di tepi pagar terus bertanya apabila melihat hanya Tiara sahaja berjalan ke arahnya.

“ Kaki mak cramp tadi kat dalam, lepas tu mak tumpanglah naik kereta kak Senah, balik…”

“ Dah tu, kenapa awak tak ikut sama?” Tanya Tariq lagi sambil mereka beriringan keluar dari kawasan laman surau.

Ek eleh mamat ni! Banyak tanya pulak dia! Ingat aku nak sangat ke jalan balik dengan kau! Ni pun, mak suruh tau, kalau tak…Harapanlah! Jalan sorang – sorang balik rumah! Hish!

“ Mak suruh saya ikut Encik Tariq balik, takut – takut Encik Tariq sesat ke…Kena culik ke…Kena makan rimau ke…”

“ Eh, ada rimau ke?”

“ Ada kot…” Tiara menjawab malas.

“ Ara!” Tiara terus berpaling ke belakang bila mendengar suara yang sangat biasa di pendengarannya itu.

Buru – buru lelaki itu berjalan menghampiri Tariq dan Tiara.

“ Abang Epy!” Suara Tiara melonjak gembira.

“ Ara sihat?” Tanya Hanafi lagi.

“ Ara sihat aje, abang bila sampai?” Tanya Tiara semula. Tariq di sebelah pula hanya terdiam kaku, sementara dia terus mengamati lelaki yang dipanggil abang Epy itu. Di hatinya mula menggunung pelbagai persoalan dan ada sedikit rasa cemburu menyinggah. Cemburu kerana Tiara kelihatannya begitu ceria dan gembira di samping lelaki itu dan mereka seakan sangat rapat antara satu sama lain.

“ Abang baru je sampai petang tadi. Ni Tariq ye?” Hanafi menghulurkan tangan untuk bersalam.

“ Eh, mana tahu?” Tanya Tariq lantas menyambut huluran tangan lelaki itu.

“ Mak beritahu tadi, nampak dia waktu Kak Senah nak keluar surau tadi dengan anak – anak. Itu yang dia suruh temankan Tiara jugak ni…Tak elok kan jalan berdua malam – malam macam ni…”

Tariq mengangguk – anggukkan kepala. “ Aku Hanafi by the way…”

            “ Faeez Tariq…Tapi panggil Tariq aje.” Ujar Tariq lagi.

“ Bos Tiara ye…”

“ A’ah, lebih kuranglah but not directly. Kau dengan Tiara pulak…erm…” Tariq teragak – agak mahu bertanya.

  “ Abang Epy nanti singgahlah rumah, mak ada buat kuih sikit petang tadi. Boleh bawak balik bagi Mak Esah sekali…” Tiara tiba – tiba menyampuk, menyekat Hanafi yang baru sahaja mahu menjawab pertanyaan Tariq tadi.


EPY, nah bawak balik bagi mak kamu sekali dengan kuih tu…” Mak cik Timah menghulurkan dua ikat daun ketupat palas yang sudah siap dianyam kepada Hanafi.

“ Mak, bagi sarung aje? Isi tak ada ke?” Seloroh Hanafi, cuba mengusik Mak cik Timah.

“ Kamu nak makan isi, datanglah rumah raya nanti…” Balas Mak cik Timah semula.

“ Eh, mesti Epy datang punya. Erm…Takpelah mak, Epy nak minta diri dulu.”

“ Hah, kirim salam kat mak kamu semua ye…”

“ Abang, hati – hati ye…” Pesan Tiara pula, lembut dengan wajahnya terukir senyuman manis. Epy sekadar menganggukkan kepala sebelum berjalan balik ke rumahnya yang terletak selang beberapa rumah dari rumah Tiara. Balqish dan Tariq yang dari tadi asyik menganyam ketupat, terus mengangkat kepala. Dilihatnya terus pada Tiara. Kemudian, mereka bertukar pandangan sesama sendiri.

  Maisarah yang dari tadi duduk memerhati, ketawa kecil melihat muka blur Balqish dan Tariq. Mesti dia tidak tahu siapa abang Epy pada keluarga mereka.

 “ Pssst…Akak dengan abang tak tahu ke?” Maisarah cuba berbisik dengan mereka berdua.

“ Tahu apa?” Balqish sudah tertarik. Tariq juga sudah memanjangkan leher, cuba untuk tumpang sekaki.

“ Abang Epy dengan kak Tiara tu…”

“ Hah, dari tadi lagi abang nak tanya…” Tariq tidak bersembunyi lagi. Terang – terangan dia menyatakan rasa ingin tahunya tentang perkaitan Tiara dengan Hanafi.

“ Dia orang tu…”

“ Sarah! Jangan nak bukak cerita…” Tiara yang datang entah dari mana, tiba bersuara. Ingatkan masih lagi bermadu asrama dengan abang Epy dia. Ceh! Maisarah terpaksa menutup mulutnya.

“ Sarah, beritahulah…” Desak Balqish semula apabila Tiara menghilang ke dapur.  

Sarah melirik pandang ke dapur. “ Tak boleh, nanti kak Tiara marah Sarah. Tanya ajelah kak Tiara nanti…”

Tariq mati kutu. Terpaksa lagi dia memendamkan rasa ingin tahunya itu. Nampak sangat jika dia terlalu mendesak nanti. Argh, biarlah. Peduli apa aku kalau Tiara nak kahwin dengan mamat tu sekalipun, kan?

“ Eh, ni ketupat jenis apa kamu anyam ni Tariq?” Mak cik Timah mengangkat beberapa daun palas yang sudah siap dianyam di sebelah Tariq. Lain bentuknya. Bukan segi empat macam yang selalu nampak.

“ Tu panggil ketupat bawang mak…Banyak lagi bentuk yang boleh buat tapi saya tak ingat sangat nak buat macam mana dah…Kalau ayah saya, lagi banyak bentuk dia boleh buat…”

“ Memang kamu belajar ke Tariq?” Tanya Mak cik Timah lagi dengan rasa kagum yang masih terselit pada suaranya.

“ Mak, kalau anak lelaki Johor tak tahu nak buat semua benda ni, jangan mengaku orang Johorlah….”

“ Ooo…Macam tu ye abang Tariq?” Maisarah yang tadi asyik mendengar ikut sama masuk berbual.

Tariq mengangguk – angguk. “ Kalau kat kampung abang, orang lelaki yang selalu buat kerja menganyam ni…”

“ Mak, kopi…” Tiara datang dengan membawa dulang berisi air kopi dengan sepinggan karipap panas.

“ Wah, sedap ni. Kopi o dengan karipap panas…” Tariq yang melihat sudah kecur air liur.

“ Minum dulu…Mak nak kemas semua ni bagi bersih…” Mak cik Timah mengutip sarung ketupat palas yang sudah siap dianyam dan diletakkan di dalam besen kecil. Daun – daun yang berlebihan dikutip dan dikumpulkan setempat.

“ Biar Balqish tolong.”

“ Wah, sedaplah air kopi awak. Beli kat Starbucks ek?” Tariq sudah mula menyakat Tiara yang sedang mengutip leretan – leretan daun kelapa palas yang berciciran di beranda rumahnya itu. Maisarah yang mendengar terus menutup mulut. Tiara menjeling geram namun dia malas mahu membalas.

Sabar Tiara, sabar. Dia sengaja nak cari pasal tu. Kopi aku disamakan dengan kopi Starbucks?! Hello, kopi aku lagi up, okey! Biar…Biar je dia tu. Jangan dilayannya orang tak sihat macam tu, buat sakit jiwa je nanti.

Tariq melunjurkan kaki sambil terus menyisip kopi. Digigit perlahan karipap yang baru sahaja digoreng, fresh dari kuali gitu. Erm, sedap!

“ Karipap ni, awak beli yang frozen punya ek? Lepas tu goreng?” Tariq sengaja lagi memprovok Tiara meskipun dia tahu yang karipap itu sebenarnya hasil tangan Tiara. Mahu melihat, sampai bila Tiara mahu mendiamkan diri tidak melawan.

Tiara diam lagi. Tariq tidak puas hati. Kenapa Tiara tidak melawan pula kali ni? Alahai…Bosanlah kalau macam ni.

“ Sarah, kenapa dengan kakak Sarah ni? Senggugut ke?” Tariq beralih pada Maisarah pula bila Tiara tidak mahu melayannya.

“ Entah, kakak tu selalu je buat perangai macam tu…”

“ Ooo…” Terangguk – angguk Tariq.

“ Abang Epy dengan kakak Sarah ni ada apa – apa ke?” Tanya Tariq lagi kepada Sarah.

“ Erk…” Sarah tidak berani menjawab apabila panahan mata kakaknya tepat menuju padanya.

“ Kenapa sibuk nak tahu?” Tiara tidak mahu berdiam lagi.

“ Dah tu, kenapa susah sangat nak beritahu?”

“ Eh, saya punya pasallah nak beritahu ke tak! Yang Encik Tariq sibuk nak tahu tu kenapa?”

“ Saja…” Pendek balasan Tariq.

“ Erm, Tariq…” Mak cik Timah perlahan – lahan duduk menyimpuh di sebelah Maisarah setelah siap semua kerjaannya di dapur tadi.

“ Mak, makan…” Pelawa Tariq kepada Mak cik Timah tetapi Mak cik Timah terus menggeleng kepala.

“ Puas dah mak makan karipap si Tiara ni buat…Erm, ni mak nak cakap sikit. Mak dah panggil si Atan, anak Kak Senah kau datang ambil kejap lagi…Tariq tidur rumah dia. Tak payah nak risau apa. Laki Kak Senah tu anak sepupu abahnya Tiara. Lepas tu, anak – anak dia pulak semuanya laki takde perempuan. Mak bukan apa, rumah mak ni semua perempuan, ada anak dara pulak tu, tak elok kalau Tariq tidur sini…Boleh ye?”

“ Tariq ikut aje mak…”

“ Tapi kalau nak tidur kat beranda ni pun boleh je…” Leret Tiara cuba mengenakan Tariq.

“ Kenapa? Awak nak temankan saya ke Tiara?”

Erk! Adoi! Nak kenakan dia, dia kenakan aku balik! Cet! “ Mak, Tiara masuklah dulu. Nak tidur…” Tiara sudah malu jadi dia mahu cepat – cepat melarikan diri dari situ.

“ Sarah pun sekalilah mak…” Sarah turut bangun dan mengikut kakaknya.

“ Erm…biarlah mak temankan Tariq dulu sementara menunggu si Atan tu…” Tutur Mak cik Timah semula sambil tersenyum pada Tariq. Suka dia melihat anak muda itu. Hendak dipadankan dengan Tiara, dah bertunang pula. Dah nak kahwin dah pun. Dengan Sarah? Erm, kecil lagi budaknya, tak tahu apa. Tak apalah, dijadikan anak angkat pun, dia sudah cukup bertuah.

“ Mak, Tiara dengan Hanafi tu, ada apa – apa ke?” Tariq memberanikan diri untuk bertanya.

“ Lah, Tiara tak beritahu ke? Hanafi tu tunang dia hah. Dah dekat tiga tahun dia orang bertunang, insyaAllah tahun depan kahwin kot…”

Tariq tergamam seketika. Terkejut. Dia seakan sudah mampu mengagak bila melihat kemesraan mereka berdua tadi tetapi kenapa hatinya tetap terasa sakit yang amat?!

Cinta Bertandang Lagi 19


BAB
19


* I’m A Survivor…


Dua tahun berlalu…..


“ HAH! Berangan lagi!” Jerkahan Aisha yang tiba – tiba muncul itu mengejutkan Mel.

Terkejut Imelda dibuatnya bila dijerkah sebegitu rupa. Rasa nak tercabut aje jantung namun dia tak kuasa hendak marah pada Aisha lantas dia membiarkan sahaja.

“ Mel, aku selalu tengok kau ni asyik termenung. Kenapa ek? Kau teringatkan family kau ke? Or kau memang ada apa – apa masalah?” Aisha bertanya sambil mengambil tempat di sebelah Sarrah atau sekarang lebih dikenali sebagai Imelda.

Semenjak menjejak kaki ke negara Down Under ini kira – kira beberapa bulan yang lalu, Sarrah mula menggunakan nama Imelda. Dia mahu memulakan hidup baru dan untuk itu dia memerlukan identiti yang baru. Nama Sarrah terlalu banyak mendatangkan keperitan dalam hidupnya sebelum ini. Dia perlu meletakkan semua tragedi yang telah berlaku itu jauh dari ingatannya dan untuk itu dia memperkenalkan watak Imelda bagi dirinya.

New name, new friends and new for everything  for a start towards a new whole life.

 “ Kenapa?! Kau nak apa?” Imelda mendengus geram kerana ketenteramannya terus hilang bila si Aisha ini datang ‘menyerangnya’. Malas dia mahu menjawab pertanyaan Aisha tadi.

“ Erk…” Aisha sudah teragak – agak bila melihat mood Imelda yang ‘berangin’ semacam itu.

“ Sebenarnya aku datang sini sebab….” Perbualan mereka tiba – tiba terganggu apabila kedengaran suara perempuan menjerit.

“ Siapa yang menjerit tu? Tak sedar ke ni library?” Aisha mengomel sambil memanjangkan leher, cuba melihat gerangan yang sedang membuat drama itu.

I hate you! Damn you Adam! Don’t let me see you ever again or I’ll kill you! Bastard!” Seorang perempuan berambut brunette dengan pakaian yang sememangnya seksi habis menyumpah seorang lelaki yang kelihatan tenang dan selamba sahaja berdiri di situ seolah – olah makian itu bukan ditujukan kepadanya. Sedikitpun dia tidak terusik dengan kata – kata jelik perempuan itu terhadap dirinya. Perempuan itu pula terus berlalu dan masih terkumat – kamit meneruskan sumpah seranahnya.

 Huh! No wonderlah. Adam and another girls and….another break up I guess… Mesti sebab dia dah jumpa awek barulah tu.” Aisha duduk semula di tempatnya tadi.

Ceh! Perempuan mana yang tak bengang kalau dapat laki macam itu, tukar perempuan macam tukar baju aje, tapi mujurlah abang Rehan I bukan macam tu.” Aisha membuat komennya sendiri setelah melihatkan drama yang baru dipersembahkan itu.

“Siapa yang tidak kenal dengan Adam Mikhail? Borned in Malaysia but grew up here in Australia and manages to captured a girl’s heart just by his charms and wonderful wits. Naughthy boy but still brilliant and very athletic but still my abang Rehan is the best in the world.” Aisha masih meneruskan bebelannya sehingga Imelda mula naik rimas.

Imelda mencebir dengan pandangan yang penuh dengan rasa meluat. Meluat dengan apa yang dikatakan oleh Aisha itu tadi.
           
" Kau tahu tak, itu awek Adam yang nombor berapa ? Kalau tak silap akulah, maybe she’s the third for this month aje. Gila kan Adam tu ? Boleh aje dia buat perangai macam tu. Tapi itulah, dia...  

“ Yang kau ni, boleh tak jangan cakap pasal mamat tu? Aku tak suka tau! Lepas tu, tak habis – habis nak compare dengan Rehan Shahran kau tu! Macamlah dua – dua ketul makhluk alam tu bagus sangat!” Bidas Imelda dengan keras.

“ Sakit telinga tau aku dengar semua benda – benda tu!” Tambah Imelda lagi.

“ Lah, kau ni kan…aku pelik betullah! Kenapa kau ni anti sangat dengan mamat tu? Dia ada buat apa – apa pada kau ke? But, firstly, kau kenal ke dia tu sampai kau nak judge dia yang bukan – bukan ni?”

“ Judging him? I’m not the only one who’re doing that. Besides, it is what he shows to others. Jadi jangan cakap aku nak judge dia ke apa, itu hakikatnya.” Balas Imelda pula. Dia meluahkan apa yang dirasakan terhadap perangai Adam yang langsung dia tidak berkenan itu.

Huh! Nama sahaja orang Melayu, orang Islam tapi tak reti – reti nak jaga perangai, nak jaga adab. Perangai mengalahkan setan! Kaki perempuan! Kaki party! Clubbing! Entah – entah air haram itu juga pernah ditogoknya!

Terkulat Aisha di kerusinya mendengarkan kata – kata Imelda. Memang dia akan kalah kalau mahu becakar mulut dengan Imelda, jadi lebih baik dia mengalah sahaja.
“ Dah! Tak payah nak serabutkan otak nak cakap pasal mamat tu. Buat habis air liur aje,” bebel Imelda lagi sambil matanya mengekori pegerakan dan perbuatan Adam yang makin menyakitkan hati itu.

Boleh pula dia main kenyit – kenyit mata dengan perempuan kulit hitam tu lepas apa yang jadi tadi tu?! Dia ni memanglah! Taste dia dengan perempuan tu memang tahap antarabangsa! Habis semua jenis kaum dan bangsa dia nak kebas, nak bedal! Huh! Tak sedar diri! Lupa daratan! Lupa asal usul!

God! You’re totally changed!” Tanpa disedari, perkataan itu terlepas dari mulutnya.

“ Siapa yang dah berubah, Mel? Kau cakap dengan siapa ni?” soal Aisha semula kepada Imelda sambil kepalanya berkalih ke kiri dan kanan, cuba mencari gerangan manusia yang mungkin sedang berbicara dengan kawannya ini namun tiada siapa yang kelihatan.

“ Tak ada apa – apalah. Tak perlu kau tahu! Hah, kau nak cakap apa dengan aku tadi, before semua drama yang  mamat tu start tadi? Sampai ke sini kau cari aku kan. Jarang nak tengok kau ni sampai ke library ni, so apa hal?”

“ Hah, mujur kau ingatkan semula, aku nyaris lupa tadi. Macam ini kisahnya. Malam ini ada birthday party, birthday Haykal.”

“ Oh, really? So?” Imelda menjungkitkan keningnya. Apa kaitan dirinya dengan parti hari jadi Haykal pulak?

“ Dia orang nak celebrate kat tempat yang biasa dia orang lepak tu. Jomlah ikut sekali.”

“ Dia orang? Dia orang?” Imelda menekankan perkataan itu. Ingin benar dia mengetahui siapa yang dimaksudkan oleh Aisha itu meskipun dia seperti sudah dapat mengagak.

“Siapa dia orang tu? Cuba beritahu aku sikit siapa dia orang yang kau maksudkan tu. Manalah tahu kalau – kalau aku kenal kan.” Sinis lagi cara Imelda bertanya. Dia  memandang muka Aisha yang mula berubah riak itu sejurus dia habis meluahkan perkataan terakhirnya itu.

Er….you knowthem. You should know. Kawan – kawan dialah…” Teragak – agak sahaja Aisha menjawab.

“ Kalau ada Haykal, for surelah Rehan and Adam pun akan ada. Dia orang tu semua kan best pals, so mestilah kena ada sekali kan, in all occasions….” Aisha menjawab juga pertanyaan Imelda meskipun dia sedikit ragu - ragu. Nama Adam semestinya akan membuatkan kawannya ini teragak – agak untuk pergi.
So, are you coming? Please…make it happen! Please do come! Aku janji dengan kau yang parti tu mesti best. Kau takan menyesalnya kalau kau ikut sekali…” Aisha memandang Imelda dengan penuh harapan.

“ Datang ye?” Aisha cuba lagi memujuk Imelda. Lengan Imelda dipautnya. Mukanya diturunkan taraf kepada muka yang berharga seposen, berharapkan Imelda akan berlembut hati juga dan akan mengikutnya ke parti itu nanti.

Imelda menarik lengannya namun masih juga kejap dipegang Aisha.

Please…”

Tanpa mempedulikan rayuan Aisha, Imelda menarik tangannya lagi, kali ini dengan lebih kasar dan dia akhirnya berjaya meloloskan tangannya dari pautan erat Aisha.

“ Kau tak nak datang ke?” Lambat – lambat Aisha bertanya lagi.

“ Do you still expect me to show up at that stupid party with all those plastic people going to be there?! You got to be kidding me, Cik Atiq’ Aisha!”

I won’t! Never!” Imelda bingkas bangun. Dia mengemas buku – bukunya dan dia mahu beredar. Sudah tahu yang dia tidak pernah hadap dengan manusia bernama Adam tu, lagi mahu diajak pula. Pasti perangai yang bakal ditunjukkan oleh Adam ketika parti itu mampu untuk membuatkan dia muntah darah. Jadi dari menyeksakan diri, baik aku duduk bilik, tidur! Lagi bagus!

 “Mel! Apa masalah kau ni?” Bahu Imelda tiba – tiba direntap dari belakang. Rupa – rupanya, Aisha dapat juga mengejarnya.

“ Masalah aku? Kau tanya apa masalah aku?” Imelda bertanya dengan nada yang cukup lembut sambil mengukir senyuman kepada sahabatnya itu, senyuman yang sesinis mungkin dan Aisha sememangnya amat kenal dengan senyuman dan riak wajahnya yang satu itu.

“Aku okey aje. Cuma aku tak nak pergi to that stupid party! That’s all and that’s it! Susah sangat ke kau nak terima?!” Imelda mula menyinga, berang dengan Aisha yang masih mahu terus mendesak.

Aisha hanya mampu terkebil – kebil di situ. Dia tidak berani hendak menegur Imelda lagi dalam dia keadaan sebegitu rupa apatah lagi untuk memujuk Imelda untuk pergi bersamanya ke parti hari jadi Haykal.

“ Dah, aku nak balik!” Imelda terus berpusing membelakangkan Aisha dan mula melangkah dengan langkahan yang selaju mungkin, menuruni anak tangga apabila dia tiba – tiba terlanggar seorang lelaki. Habis semua buku – buku yang dipegangnya bertaburan.

Tanpa melihat siapa yang dilanggarnya, Imelda segera membongkok untuk mengutip buku – bukunya. Dia hendak cepat. Banyak lagi kerja yang harus dia diselesaikan. Duduk di library pun tidak lagi menjanjikan keamanan jadi baik dia berkurung di dalam bilik di apartmen mereka.

Hish…siapalah mamat ni? Tak ada adab betul! Ingatkan nak jugalah dia tolong aku angkatkan barang – barang aku tapi ini tidak! Boleh aje dia berdiri di situ, macam tak ada apa – apa yang jadi. Angkuh betullah!” Imelda membebel sambil tangannya ligat mengutip buku – buku dan nota – notanya yang bertaburan.

Selesai mengutip barang – barangnya, Imelda bingkas bangun dan dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Adam Mikhail! Huh! Padanlah angkuh sangat! Hish! Apalah malang sangat nasib aku kena jumpa dia ni lagi?!

Out off the way!” Dengan itu juga Imelda menujah bahu Adam dengan bukunya dan terus berlalu begitu sahaja. Dia meluat melihat Adam Mikhail dan disebabkan itu dia mahu cepat – cepat meninggalkan tempat itu namun tidak tanpa memberi sebarang ‘kenangan’ pada manusia yang melanggarnya tadi. Rasakan! Berlagak sangat. Memang patut pun kena! Menyampah ! Meluat !

What the hell?!” Adam memandang perempuan yang tiba – tiba ‘menyerangnya’ tadi. Dia terus mennyirap! Dasar perempuan! Memang melampau! Emotional tak mengira tempat! Entah apa – apa! Sempat Adam mengomel sambil dia mengambil sebuah buku berwarna hitam yang tertinggal di lantai.

Hey lady! You miss your….”

Sebuah buku hitam berada di tangannya. Mulanya dia ingin memanggil perempuan itu untuk memulangkan buku tersebut namun dia terus mematikan niatnya itu mengenangkan sikap perempuan itu yang kurang beradab dengan dirinya tadi.

You left it, so I guess you should know how to find it…later though…!” Adam menjerit pada perempuan yang semakin menjauh  itu walaupun dia amat pasti yang perempuan itu memang tidak akan mendengar jeritannya itu.


IMELDA menyelongkar seluruh begnya. Dikeluarkan segala isi kandungan di dalam beg itu, ditaburkan segala isinya di atas katil namun tidak juga dia menemukan apa yang dimahukan. Sudah puas dia mencari namun masih juga tiada.

Hish….mana pulak perginya benda alah tu?”

“ Aku tertinggal ke waktu aku pergi library tadi?” Imelda bertanya pada dirinya sendiri. Sudah dicari serata tempat di dalam biliknya itu tapi masih juga tidak ketemu.

“ Tapi aku pasti aku dah bawa balik dah tapi mana pulak pergi ni…..???” Imelda mendengus geram.

Takkan tercicir kot ?” Desir nafas keras keluar dari mulutnya. Sudah puas dia menyelongkar satu biliknya sampai naik lelah dibuatnya namun tetap tak jumpa diarinya itu.

Alah...habislah kalau orang terjumpa. Buatnya dia baca semua benda dalam tu nanti, macam mana?” Imelda menghempaskan badannya ke atas katil. Ditarik bantal goleknya untuk dijadikan alas kepalanya.

Di dalam diari itulah dia mencurahkan segala rasa dan rahsia hatinya. Hampir semua kisah hidupnya tercatat di dalam diari tersebut. Kisah hidupnya selepas kehilangan Zaid Izlan dan bayi mereka tidak berapa lama kemudian semuanya disingkap di dalam diari itu.

Hish…..menyampahnya…..aku….!!!!” Imelda menjerit geram.


SARRAH mengusap perutnya yang semakin membulat itu. Senyuman terukir mekar di bibirnya. Tidak sabar dia menungu kedatangan si kecil itu. Sudah pasti kehidupannya akan lebih bermakna dengan kehadirannya anaknya ini nanti.

Dia masih menunggu gilirannya untuk menjalani medical check up bulanannya. Dia bertegas untuk pergi sendirian meskipun abangnya telah berjanji untuk menemankannya. Kak Iman juga tidak dibenarkan untuk ikut. Sememangnya dia lebih selesa untuk pergi sendirian.

“ Kalau abang ada dengan Sarrah sekarang, mesti kita happy sekarang kan?” Sarrah bercakap sendirian sambil menyeka air matanya yang menitis apabila namanya tiba – tiba dipanggil. Kini gilirannya pula setelah lama dia menunggu.

Sarrah mengambil tas tangannya dan dengan berhati – hati dia berusaha untuk bangun dari kerusinya. Kandungannya yang sudah memasuki bulan keenam agak membataskan pergerakkannya namun dia sudah lali dengan semua itu. Sarrah menarik nafas dalam – dalam. Perlahan – lahan dia berjalan dan melangkah masuk ke bilik pemeriksaan yang berada tidak jauh dari situ.

Sarrah membalas senyuman Dr. Atikah. Wajah yang amat dikenalinya. Siapa sangka bahawa gynaecologistnya ini adalah salah seorang sahabat baik kepada arwah suaminya dahulu kini menjadi kawan baiknya juga. Arwah suaminya yang bertegas menginginkan dia berada di bawah jagaan Dr Atikah menyebabkan mereka sentiasa meluangkan masa bersama dan Atikah jugalah yang berada di sampingnya dahulu pada waktu getir dirinya dahulu.

“ Hai Sarrah! Sihat?” Atikah memulakan bicara dengan nada yang ceria.
“ Macam yang you tengoklah, still surviving...I guess…” Sarrah menjawab lemah. Lama dia mengerutkan dahinya seakan berfikir tetapi dia cepat – cepat menyimpul senyuman semula. Mahu juga ketawa rasanya apabila mengingatkan semula jawapan yang keluar dari mulutnya tadi memandangkan riak muka Atikah yang terus sahaja bertukar tadi.

“ Okey, that is sure something.” Atikah membetulkan duduknya, cuba berlagak biasa dan cuba untuk memahami keadaan sahabatnya itu.

“ Apa – apa jelah you ni! Dah…dah…jangan nak fikir bukan – bukan!” Sarrah cuba mengalihkan perhatian Atikah dari apa yang telah dia katakan tadi.

Okay, now, let’s get to business why we were here. So, how’s the baby? Anything special or new things  happened?

“ Erm…past few days, I can feel the some movements and even few kickings, well sometimes, not always.”

“ Hah! Sekarang pun rasa dia macam gerak – gerak!” Tangan Sarrah terus melekap pada perutnya dan merasai nikmat yang hanya insan bergelar wanita sahaja yang mampu merasainya. Sarrah tersenyum lagi dan kali ini senyumannya melebar panjang. Hatinya berbunga bahagia dengan apa yang sedang dia alami sekarang. Semua dukanya seakan – akan hilang terus dari pundaknya.

Setelah beberapa ketika, pandangan Sarrah tertumpu semula kepada Atikah yang asyik memerhatikan tingkah lakunya dari tadi.

He’s alright to be that way right? You know, the kicking and moving thing. He’s good right???”

“ Oh…absolutely! That means he’s growing perfectly! And about the ‘he’ thing…You tak nak tahu ke gender baby you tu? To confirm it. Tak payahlah asyik nak pakai  heorshe’ je kan.”

“ Eh? Dah boleh tahu ke?” Sarrah bertanya semula dengan nada terkejut. Mukanya menggambarkan perasaan terujanya.

Anytime you want. I can do that for you. I’m the doctor, right?”

“ Bukan dulu you tak nak tahu ke gender baby you ni? So, kenapa boleh tiba – tiba tukar fikiran pulak ni?” Atikah bertanya semula sementara Sarrah mangambil tempatnya di atas katil. Gel jernih disapukan pada perutnya yang membulat itu. Terasa sejuk apabila gel itu mula menyentuh kulit perutnya.

“ Tu dulu, tapi sekarang lain. Entah, tiba – tiba aje I rasa nak tahu. Tak sabar pulak rasanya.”
“ Okey, sekarang ni, you nampak tak this thing yang macam pumping ni?”

Pandangan Sarrah serta merta teralih pada skrin yang berada di sebelahnya tu, melihat pada tempat yang ditunjukkan oleh Atikah.

That’s the baby’s heart.” Atikah tersenyum melihat reaksi Sarrah yang ceria itu.

“ You rasa kan, baby you ni laki ke perempuan?” Atikah sengaja berteka – teki dengan Sarrah sebelum dia memberitahu keputusannya.

“ I tak kisah kalau baby boy or baby girl pun as long the baby is fine tapi arwah nak sangat anak lelaki tapi…. tak tahulah.”

Well, tahniahlah Sarrah. You akan dapat baby boy! Macho and handsome  guy just like the daddy! Hopefully…” Atikah cuba berseloroh.

“ Ye ke?!!” Sarrah bertanya lagi dengan senyuman mula membunga dan terus melebar di bibirnya.

“ Betullah. Takkanlah I nak main – main pulak kot. Doktor mana boleh nak tipu patient dia pulak…Haih…How come laa you ni” Atikah sengaja mahu mengajuk Phua Chu Kang, cuba menceriakan suasana.

Sarrah tersenyum lagi mendengarkan kata – kata Atikah namun pada masa yang sama, airmatanya tidak dapat lagi dibendung untuk tidak menitis.

“ Abang, kita akan dapat anak lelaki, just like what you wished for…..”


“ ASSALAMUALAIKUM……

Sarrah melangkah masuk ke dalam selepas meletakkan flat sandalnya di atas rak kasut. Di situ, tersusun bermacam jenis flat sandal kerana bukan dia sahaja yang memakainya, kak Iman juga turut menggunakannya. Biasalah kan, tu je kasut yang dibenarkan untuk ibu – ibu mengandung di dalam rumah ni. Arahan Abang Naym, nak buat macam mana kan, ikut jelah.

“ Adik dari mana ni?” Puan Larasati yang muncul dari dapur terus bertanya pada Sarrah namun tidak perlu untuk Sarrah menjawab kerana dia sudah tahu Sarrah dari mana. Senaskhah Yassin juga berada di tangan anaknya itu bersama sebiji jag. Tahulah dia bahawa anaknya itu baru sahaja pulang dari tanah perkuburan.
“ Adik pergi ke kubur Lan lagi ye?”

Sarrah hanya mampu tersenyum mendengarkan pertanyaan ibunya itu. Diletakkan jag yang dibawanya di atas meja dan dia terus melangkah ke dapur. Fikirnya mahu menghilangkan haus di tekak.

“ Adik okey ke ni?” Puan Larasati bertanya lagi apabila melihat muka Sarrah yang agak pucat itu.

“ Eh, adik okey jelah ibu. Mana ada apa – apa. Maybe adik penat sikit kot sebab perut ni dah makin besar kan…Nak gerak pun dah susah sikit. Mengah.”

“ Tu la pasal. Janganlah adik asyik keluar sorang – sorang lagi. Ibu risau. Nanti kalau adik nak keluar lagi, beritahu ibu sekali, biar ibu temankan.”

“ Yelah ibu, lepas ni kalau adik nak keluar lagi, adik mesti beritahu ibu ye….”

Puan Larasati masih tidak yakin dengan janji anaknya itu.

“ Dahlah ibu, jangan risau – risau sangat. Tak ada apa – apalah.” Sarrah menggosok – gosok bahu ibunya itu.

“ Okeylah ibu, adik nak naik atas dulu, nak tidur. Hehehe…mengantuklah…”

“ Hah, pergilah naik. Rehat cukup- cukup. Nanti kalau dah masuk waktu, ibu kejutkan.”

Sarrah hanya mengangguk dan segera berlalu. Perlahan – perlahan dia melangkah kerana bahagian bawah perutnya tiba – tiba sahaja terasa agak senak.

Aku ni terlalu letih kot. Mungkin selepas aku tidur nanti, sakit ni akan hilanglah. Tidurlah ubat segala penyakit kan? Sarrah membuat andaiannya sendiri, cuba menyedapkan hatinya.


            SARRAH tiba – tiba terjaga dari tidurnya. Bahagian bawah perutnya rasa seperti dicucuk – cucuk. Pedih. Dia berusaha untuk bangun dari keadaannya yang sedang berbaring dan cuba untuk memasang lampu meja di sebelahnya.
           
Sakit di pangkal rahimnya makin menyucuk. Rasa senak tidak terkata. Sarrah meraba pangkal pehanya dan… darah!
           
“ Ibu…Ibu!” Sarrah menjerit, memanggil ibunya.
           
“ Tolong adik, bu!”

Puan Larasati terkejut melihat keadaan anaknya itu. Darah mula membasahi tempat duduk anaknya itu dan Sarrah mula mengerang kesakitan. Puan Larasati bangun, niatnya mahu mengejutkan Naym.
           
“ Ibu!” Sarrah memanggil ibunya semula.
           
“ Ibu! Ibu!” Sarrah termengah – mengah.

Baby Sarrah! Kenapa dengan baby Sarrah ni?! Ibu…!!” Sarrah menjerit lagi apabila terasa perutnya seperti dicucuk lagi.
           
“ Naym!” Puan Larasati akhirnya menjerit memanggil Naym, tidak berani untuk meninggalkan Sarrah sendirian.
           
           
            IMELDA menyapu air matanya. Dia kehilangan satu – satunya kenangan yang ditinggalkan oleh Zaid Izlan kepadanya.
           
Terlalu perit apabila mengingatkan semua itu semula. Satu persatu orang kesayangannya pergi meninggalkan dirinya namun semua itu telah berlalu. Dia kini sedang menjalani kehidupannya semula, jauh dari segala memori pedihnya.
           
“ Imelda!” Imelda mengejutkan dirinya dari kenangan semalam lantas segera bangun dari pembaringannya.
           
“ Oh diari! Mana kau ni?!” Imelda mencekak pinggang sambil terus berusaha mencari diarinya itu.