Wednesday, November 3, 2010

Cinta Bertandang Lagi 17


BAB
17

Selamat Pengantin Baru
                       

BIAR betul??!! Dia purpose kau??! Aahhhh….Sarrah!!!” Qistina menjerit apabila cerita Sarrah sampai ke bab Zaid Izlan melutut dan melamar dirinya. Qistina tidak dapat menahan rasa gembiranya lalu dipeluknya Sarrah seerat mungkin. Plannya sudah berjaya tapi tidak disangka itu pula yang akan terjadi.

Kahwin?! Betul – betul tak masuk dalam plan aku semalam. Zaid Izlan ni memang dah maju. Gila berani! Kagum sekejap aku pada dia.

Qistina tumpang gembira untuk Sarrah dan Zaid Izlan. Dia bersyukur kerana akhirnya Sarrah menghentikan juga permainan seksa menyeksa dia terhadap Zaid Izlan.

“ Tak sangka aku yang kau dah nak kahwin, Sarrah. I’m happy for you dear. Very happy indeed.”

Duh! Aku bertunang dengan dia, so tak adalah pelik sangat kalau aku nak kahwin dengan dia. Apalah kau ni. Takkan aku bertunang dengan dia, kahwin dengan orang lain pulak…Hish…dia ni!”

“ Manalah tahu kan. Ada jugak yang jadi macam tu kan. Tapi, apa – apa pun, aku happy sangat.” Tanpa disedari, air matanya jatuh menitis.

Hey, kenapa ni? Janganlah menangis, nanti aku menangis jugak,” Sarrah memujuk Qistina padahal air matanya juga mula bertakung. Dia mengibas – ngibas matanya dengan tangan, tetapi kalau dah namanya perempuan, keluarnya jugak air mata tu, tak kiralah ‘sejantan’ mana atau seganas mana gaya lagaknya.

Kedua – dua mereka mentertawakan diri sendiri. Tiba – tiba pulak jadi jiwang.

“ Tak remajalah kita ni! Benda macam ni pun, nak nangis kan!” Letus lagi ketawa mereka.

“ Biasalah, perempuan! Emosi tak bertempat.” Balas Qistina semula sambil mengesat air matanya.

Babe, aku kahwin je, bukan apa pun. Aku kahwin nanti, aku ajaklah kau sekali. Aku takkan lupakan kau punya…”

Babe! Tak perlu kot ajak aku kahwin sekali. Jemput sudah. Aku bukan nak kahwin dengan Zaid tu pun, tak perlulah nak ajak – ajak kahwin sekali pulak,” Qstina melawak, meskipun dia amat faham akan apa yang dimaksudkan oleh Sarah sebenarnya.

“ Pergi mati boleh tak? Aku ajak kau tu samalah maksudnya dengan jemput, invitation to be exact. Ajak, jemput. Takkan tak faham kot?”

Sarrah bangun dari katilnya. “Kau pakai lawa – lawa, jalan gedik – gedik sikit macam Mastura selalu buat tu, lepas tu makan – makan my nasi minyak and lepas tu kau cabutlah! Habis!” Sarrah membebel sambil dia membuat gaya berjalan Mastura.

“Bukannya ajak kau share laki dengan aku, sengal!” Sarrah membebel sambil membuat pusingan tiga ratus enam puluh darjah. Natijahnya, tergolek dia di atas lantai.  Qistina turut jatuh berguling juga. Berguling mentertawakan Sarrah.

“ Cacatlah kau ni.  Tak ada kerja ! Kau tu bukan Mastura. Memanglah tergolek kalau kau pusing macam tu!” Qistina ketawa lagi sambil mengesat tubir matanya yang mula berair semula akibat terlalu kuat ketawa. Mereka berdua duduk bersila di tepi katil sambil terus melayan perasaan.


NAYM bersyukur kerana akhirnya tuhan memakbulkan juga doanya. Mereka sekeluarga kini bersatu semula dan sekarang sibuk dengan persiapan perkahwinan Sarrah. Dia sendiri sangat terkejut dengan penerimaan ibu terhadap Iman dan Balqis. Jika dia mengetahui semua tiu, tidak mungkin dia membawa diri lama – lama di Australia itu. Sekarang pun, dia sedang mengusahakan untuk bertukar ke Malaysia semula.


“TARIK nafas dalam – dalam, hembus…tarik lagi…hembus….”

Push Sarrah….Push lagi…”

“ Kepala otak kau Sarrah! Main – main lagi! Mabuk ke apa?! Cuba serius sikit!” Sarrah mengetuk kepalanya dengan buku limanya, marah dengan kepalanya yang masih lagi boleh bermain – main dengan dirinya di saat – saat yang genting seperti ini.

Sarrah mengeluh panjang. Maisarrah Imelda....kenapa dengan kau ni? Kahwin aje, bukannya susah sangat pun kan?! Bukan kau yang nak kena akad dengan tok kadi tu nanti, cuba bertenang sikit….haish… Harulah kau ni!

“Sarrah, kenapa kau ni gelabah sangat ni?” Qis tiba – tiba memuntahkan soalan apabila dia melihat Sarrah serba tidak kena sahaja di tempat duduknya.

“ Tak boleh duduk diam ke? Serabut aje aku tengok!” Dari tadi lagi dia sudah memerhatikan gelagat sahabatnya itu dan nampak gayanya memang dia tak senang duduk langsunglah. Gelisah semacam aje.
“ Qis, tolong aku! Aku tak nak kahwin boleh tak? Aku dah takut sangat ni.” Sarrah memeluk erat Qistina. Sememangnya dia amat takut akan saat dia akan dinikahkan sebentar lagi. Jantungnya dirasakan berdegup dengan begitu kencang. Nafasnya turun naik, tidak menentu. Kepala dia mula dirasakan berpusing.

 “ Helo, lepaskan aku boleh tak makcik?” Qistina menepuk – nepuk belakang Sarrah.

 “Nak aku mati sebab tak cukup oksigen ke?” Qistina menempelak Sarrah tanpa mempedulikan rengekan Sarrah yang dibuat – buat itu namun langsung tidak ada reaksi dari Sarrah. Qistina mengeluh. Pendekatan alternatif diperlukan.

“ Sayang, habislah rosak baju aku nanti, terkena make up kau tu.” Namun, tiada juga respons dari Sarrah.

Hish….dia ni…Lepaslah!” Pinta Qistina, separuh menjerit namun Sarrah makin menguatkan pelukannya.

“ Ya Allah, apa nak jadi kau ni? Kahwin je pun. Apa yang nak ditakutkan sangat?” Bidas Qistina apabila dia berjaya juga meleraikan pelukan Sarrah pada dirinya. Kali ini, dia berdiri jauh sedikit daripada Sarrah, takut jika – jika dia ditarik semula oleh kawannya itu.

“ Kau cakap senanglah tapi aku ini yang kena kahwin tau! Kau tahu apa. Bukan kau yang nak kena kahwin !” Sarrah sempat membalas.

Qistina mengjengilkan mata kepada Sarrah. Kita pulak yang di’fire’nya. Hish! Ada jugak aku tampar minah ni nanti! Gedik pulak dia! Sabar jelah…

“ Cara kau cakap macam kau kena paksa kahwin aje. Bukan kau ke yang gatal nak kahwin? Ingatkan dah ready zahir dan batin tapi rupanya kecut perut jugak…..cit!” Qistina menempelak lagi Sarrah, sengaja mahu mengusik, namun Sarrah tidak membalas provokkannya itu.

“ Kalau kau tak nak kahwin, aku boleh ambil alih. Baju aku ni pun dah masuk tema, merah dan putih. Sesuailah kan?” Qistina cuba berseloroh pula kerana provokkannya tadi tidak menjadi.

 Mendengarkan itu, muka Sarrah terus berubah riak. Mengecil mata dia memandang tajam pada Qistina yang sedang tersenyum lebar.

Bunyi paluan kompang mula kedengaran menandakan kedatangan pihak lelaki. Paluan kompang yang pada mulanya hanya sayup – sayup sahaja mulai jelas kedengaran menunjukan mereka semakin menghampiri. 

“ Alamak! Qis, tolong aku! Lan dah sampai tu. Apa aku nak buat ni?” Sarrah kembali mundar – mandir di ruangan biliknya itu. Dia kembali menjadi gelisah. Peluh dingin merintik keluar dari dahinya.

Pecah terus tawa Qistina melihatkan telatah sahabatnya itu. Dia menjenguk keluar melalui tingkap di bilik Sarrah. Ternampak Ryzman juga ada bersama Zaid Izlan. Airiel pun ada.

“ Wah Sarrah! Tiba – tiba aku tengok bakal suami kau tu hensem hari ni. Biasanya dia tak macam tu pun. Jatuh cinta aku sekejap…” Sengaja Qistina berkata sebegitu untuk melihat reaksi Sarrah dan seperti sudah dijangka, Sarrah menghadiahkan jelingannya yang paling tajam padanya. Lagi Qistina ketawa besar.

“ Jantung aku ni macam nak meletup dah ni, tapi kau boleh ketawa pulak! Apa yang kelakar sangat? Bukannya aku buat lawak pun!” Mendengarkan itu, tambah kuat tawa Qistina. Dia menekan – nekan perut, cuba menahan senak.

Hish….bukannya nak tolong aku….Asyik ketawa aje! Tak boleh pakai punya kawan! Apa yang kelakar sangatnya pun tak tahulah.”

“ Kau tanya apa yang kelakar? Kau yang buat lawak jadi aku ketawalah. Lucu betul tengok kau ni.” Sarrah merengus. Pelik sangat ke kalau aku gelabah? Aku nak kahwin, mestilah aku berdebar – debar. Huh! Sengal! Itupun takkanlah susah sangat nak faham kot?! Tak apa, tunggulah masa kau yang nak kahwin nanti. Entah – entah dia lagi teruk nanti! Tak boleh pakai punya kawan!

Qistina menghabiskan tawanya yang masih bersisa. Dia menarik nafas panjang sebelum dia memulakan sesi kaunselingnya bersama Sarrah. Sarrah memang memerlukan bantuannya sekarang.

“ Maisarrah Imelda Radzwill, mari sini dan dengar apa aku nak cakap ni.” Qistina menghentikan Sarrah yang dari tadi asyik mundar mandir dan membawa Sarah mengadap dirinya.

“ Aku tahu kau bukan risaukan Lan, tapi kau risaukan keupayaan diri kau, betul tak? Kau risau sama ada kau mampu untuk menjadi isteri yang baik untuk dia atau tidak? Kan? Itu yang membebankan fikiran kau sekarang? Betul tak?” Qistina memandang muka Sarrah.

Sarrah mengangguk. Dia kagum pula dengan sahabatnya ini.  Sememangnya kau amat mengenali aku, Qistina. Meskipun aku tak cakap walau sepatah pun, kau tahu apa yang terbuku di hati aku ini. Bertuahnya kau kerana mempunyai kawan yang baik dan istimewa macam aku ini. Hihiihhi……

Qistina tersenyum. Memang betul agakkannya tadi.

“ Aku tahu aku ini memang tak ada pengalaman apa – apa pun, tapi ini sajalah yang mampu aku berikan, my very own opinion.”

Qistina dan Sarrah mengambil tempat di sisi katil pengantin. Berhati – hati mereka mengambil tempat supaya tidak merosakan taburan bunga – bunga mawar merah yang telah diletakkan di atas katil yang cadarnya berwarna putih gading itu. Gandingan kedua – dua warna itu memang menarik dan berjaya menghasilkan suasana romantis untuk kedua – dua mempelai ini nanti.

“ Percayalah cakap aku ini. Selama aku kenal kau, aku tahu kau seorang yang kuat dan sememangnya seorang yang bertanggungjawab. Memang kadang – kadang perangai kau macam tak boleh diterima masyarakat umum…” Sarrah ketawa kecil mendengarkan ayat Qistina yang satu itu.

“ …tapi bila ia melibatkan orang yang kau sayangi, segila mana pun perangai kau, kau akan sentiasa cuba menjaga hati orang yang kau sayang sebaik mungkin sebab kau sangat sayangkan dia.”

“ Trust me on this. You’re going to be just great, dear. Just follow the current and you’ll be okay.” Qsitina memeluk erat Sarrah setelah habis membebel. Hatinya tiba – tiba menjadi sayu. Matanya mula bergenang. Hatinya tiba – tiba pula terasa sebak.

“ Terima kasih Qis sebab selalu ada dengan aku selama ini. Aku sayang kau! Sayang kau sangat – sangat. Kaulah kawan aku dunia akhirat.” Air mata Sarrah tumpah juga meskipun cuba ditahan. Hatinya sangat terharu dengan sikap Qistina yang tersangat prihatin akan dirinya itu.

Oit, jangan menangislah. Nanti pak andam kau marah pula.” Qistina cepat – cepat mengelap air mata Sarrah. Berhati – hati dia melakukannya supaya tidak merosakkan solekan Sarrah.

“ Kalau dia tahu kau menangis, tak pasal – pasal nanti dia buat drama. Habis seisi rumah ni kena dengar dia menjerit. Kau bukan tak tahu, suara dia tu dahlah macam Ning Baizura, ala – ala soprano gitu. Pekak telinga ni kalau kena dengar dia menjerit nanti.” Qistina membebel sambil meniru cara si Sally itu bercakap.

Mereka sama – sama ketawa apabila mengingatkan pak andam yang mendandan Sarrah. Waktu mula – mula kenal seminggu yang lepas pun, pak andam tu dah boleh mula nak buat kecoh. Pecah perut mereka melihatkan gaya ‘minah’ tu. Nama dalam kad pengenalannya Selamat tapi panggil Sally aje. Nak glamour gitu. Elok pula nama yang dipilihnya itu sama dengan anak Uncle Chong yang tinggal di sebelah rumahnya itu tapi senang je nak bezakan mereka berdua tu kan? Jelas kot perbezaan antara dua orang tu. Mana yang asli dan mana yang palsu.

Qistina ketawa lagi apabila mengingatkan mamat itu.

Muka boleh tahan cute tapi macam itu pula perangainya, kalau tak aku ni pun boleh tangkap cintan tau! Aku memang confirmlah yang si Sally ni kalau jadi lelaki tulen, memang hot catchlah tapi….nak buat macam mana kan? Sally ke Selamat ke, tak kisahlah. Asalkan kau selamatlah labu….

YuhuuGirls!” Panjang umur! Baru aje disebut –sebut, terus gerangannya sampai.

Melenggang – lenggok si Sally itu melangkah masuk ke bilik pengantin untuk melihat pengantin dengan pengapitnya itu. Niatnya ingin membawa Sarrah ke ruang nikah memandangkan pengantin lelaki telah pun menunggu.

“ Hah! Pengantin perempuan kita ni dah ready ke nak kahwin?” Suara soprano memecahkan sepi di bilik itu meskipun bayangan muka masih belum kelihatan sepenuhnya.

“ Yang pengantin lelaki tu…”

“ Ya Allah, kau menangis ke cik Sarrah ooi?” Frekuensi suara Sally mula meninggi melihatkan butir – butir air mata yang masih ada di tubir mata Sarrah dan matanya rasa nak tersembul apabila melihat Qistina pula terkulat cuba untuk mengeringkan sisa – sisa air mata sahabatnya itu dengan sebaik mungkin.

“ Apa kau dah buat dengan pengantin aku ni hah? Hieeee…….” Sally mengetuk bahu Qistina dengan kipas tangannya yang berbulu – bulu itu dengan tisu di tangan Qistina turut dirampas.

“ Penat – penat aku make up lawa – lawa, dia menangis pula. Ni tak nikah lagi, kalau dah selesai semuanya nanti, mahunya banjir agaknya rumah ni dibuatnya. Habissss…habisss…..” bebel Sally dengan tangannya ligat membaiki semula make up Sarrah.

“ Mujur aku sempat masuk, kalau tak, mahunya hancur semua make up ni. Kau ni memanglah! Ingatkan jadi pengapit tu, kau tolonglah jugak jaga kawan kau ni, tapi boleh pulak kau buat dia menangis! How come you ni!” Sally membuat gaya seakan – akan dunianya runtuh menindih dirinya.

“ Mati aku nanti. Hiee….. Perempuan – perempuan ni kan, memang suka susahkan aku! Hishhhhhh…….. ” Sally mengeluarkan suara paling ‘ayu’nya dengan harakat yang begitu panjang..

Hish! Gelabah betullah dia ni! Aku bunuh mamat a.k.a minah ni! Cekik bagi diam terus! Bising betul ! Qistina membuat gaya hendak mencekik Sally. Geram betul dia dibuatnya dengan si Sally ni.

“ Kalau make up kau nanti buruk, macam mana? Orang salahkan aku jugak nanti tau. Hello, you tak boleh ke tolong jaga reputasi I. I tolong you make up lawa – lawa and you pun tolonglah act lawa – lawa jugak. Duh…Itu pun nak kena beritahu ke?”

Mata Qistina bagai nak terkeluar mendengarkan bebelan si Sally. Sarrah pula hanya menjungkitkan bahu sambil tertawa.

Benda kecil pun nak kecoh ke?! Kecoh betul mamat ni! Eh! Mamat ke? Ke minah? Hish! Aku pun naik confuse dengan orang macam ni! Qistina terus mengomel sendirian.

Sarrah memandang Qistina dengan hujung matanya sambil eye liner disapukan semula pada bawah matanya dan entah apa – apa lagi yang dilakukan oleh Sally kepada mukanya. Dapatlah dia melihat semula muka sahabatnya itu dengan hujung matanya. Muka Qistina ternyata menunjukkan bahawa dia tersangat marahkan si Sally itu.

 Kau orang berdua ni memang dari awal lagi tak boleh nak masuk. Tak tahulah kenapa. Tapi pandai - pandailah kau nak bertahan dengan si Sally ni ye kak Qistina ooi... Aku memang tak dapat nak tolonglah.


“ ZAID IZLAN BIN AZLAN, aku nikahkan dikau dengan Maisarrah Imelda Binti Radzwill, berwalikan aku sebagai bapanya, dengan mas kahwinnya  tujuh puluh ringgit tunai.” Encik Radzwill mengucapkan lafaz ijabnya.

“ Aku terima nikahnya Maisarrah Imelda Binti Radzwill dengan mas kahwinnya tujuh puluh ringgit, tunai.” Zaid Izlan lancar melafazkannya dalam satu nafas. Meskipun berdebar kerana bapa mertuanya sendiri yang menikahkan mereka, dia berjaya juga melepasi apa yang dikatakan oleh dia dan rakan – rakannya dahulu sebagai saat untuk memperlihatkan ke‘macho’an seseorang lelaki itu. Ternyata dia telah membuktikan kepada kawan – kawannya yang berada di majlisnya itu bahawa dia sememangnya macho kerana dengan satu lafaz sahaja, Maisarrah Imelda kini sah bergelar isterinya.

Zaid Izlan mengambil nafas panjang, menenangkan dirinya sebelum upacara membatalkan air sembahyang bermula. Sekali lagi pandangannya jatuh pada Sarrah. Hatinya berdegup laju. Ternyata Sarrah mampu membuatkan dia jatuh cinta setiap kali dia memandang wajah suri hidupnya itu. Sarrah memang tidak pernah gagal menggoda dirinya dengan wajahnya yang menenangkan hati itu.


            AIR mata Sarrah tumpah sebaik sahaja bibir Zaid Izlan singgah di dahinya. Hatinya tiba – tiba menjadi sebak dan syahdu. Lelaki yang dahulunya hanya bergelar abang sepupu kini telah bertukar status. Lelaki itu adalah suaminya kini. Insan yang akan bersama – sama dirinya sepanjang waktu dalam melayari bahtera kehidupan kelak.

  Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan segala kurniaan yang melimpahi dirinya sekarang. Kesihatan baba semakin baik, abang juga sudah berbaik dengan ibu dan kini dia sudah pun bergelar isteri kepada lelaki yang terbaik di dunia. Dia memang seorang yang bertuah dan dia amat berterima kasih dengan segala pemberian ini. Sesungguhnya Allah telah memberikan segala yang diimpikannya selama ini.

 Kini hanya satu perkara sahaja yang dia amat harapkan. Dia berharap dan berdoa agar  bahagianya yang sedang dikecapinya kini bukanlah hanya untuk sementara dan akan terus kekal buat selamanya.


APA macam? Macho tak aku tadi?” Zaid Izlan bertanya pada Ryzman yang berdiri disebelahnya. Maklumlah, tukang pengapit kenalah duduk berkepit dengan pengantin kan?!

“ Macho pekebendenya kau ni? Tiba – tiba aje. Ni kes nak perasanlah ni!” Ryzman mencemik, menyampah pulak tiba – tiba. 

Ini mesti nak refer pada bet yang dia orang buat hari tu. Ceh! Tunggulah bila aku yang kahwin nanti. Ingat kau sorang je ke yang boleh perform?!

Ryzman memandang lagi muka Zaid Izlan dengan hujung matanya sambil tangannya terus mengipas. Menyampah pula apabila melihatkan muka Zaid Izlan yang masih lagi tersengih – sengih.

“ Ceh, kau jealouslah tu. Mengaku jelah yang aku memang macho habis hari ni… Hehehehe… Memang pun kan? Kan?!” Zaid Izlan bertanya lagi. Dia mengekek perlahan melihatkan Ryzman yang sengaja tidak mempedulikan dia.

One more thing, I want that guitar. Janji tetap janji, bro!”

“ Aku tahulah!”

Sarrah menjeling ke arah Zaid Izlan. Dilihatnya dua sahabat itu asyik sok sek…sok sek dari tadi.

Atas pelamin pun kau orang nak buat lawak ke? Mangkuk hayun betullah kau orang ni kan! Entah apalah yang dia orang dua merepek tu. Sarrah menyumpah geram di dalam hati sambil terus – menerus dia menghadiahkan senyuman yang semanis mungkin pada hadirin yang berada di hadapannya.


TAHNIAH Sarrah and Lan! Moga kau orang berdua kekal sampai ke akhir hayat, hujung nyawa...” Geng – geng rumah Sarrah datang bersalaman dengan pengantin sebelum mereka pulang ke kampus semula dengan semuanya tidak putus – putus mengucapkan tahniah dan ucap selamat kepada mereka berdua. Airiel pula sudah lama balik. Hanya sekejap sahaja dia singgah. Katanya dia harus pulang. Dia terpaksa menghadirkan diri ke satu majlis untuk mewakili ayahnya yang masih berada di luar negara.

Tiba – tiba Qistina menyinggung lengan Sarrah sambil menunjukkan Sarrah pada seseorang yang semakin menghampiri mereka dengan ekor matanya. Sarrah menoleh kepada gerangan yang ditunjukkan dan dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Erm…Natasha! Sarrah mengomel di dalam hati.
           
“ Hai Lan!” Tasha menegur Zaid Izlan tanpa mempedulikan Sarrah yang berdiri sebelahnya. Dibuatnya Sarrah seperti tidak wujud sahaja.

Zaid Izlan dan Ryzman mula tidak senang duduk. Kedua – duanya seakan – akan mati kutu. Masing – masing memandang sesama sendiri.

“ You buat apa kat sini?” Tanya Tasha lagi.

Bodoh ke apa perempuan ni? Tak nampak ke dia tu pakai baju apa? Lagi mahu tanya ke? Qistina mendengus di dalam hati. Ryzman dan Zaid Izlan tegak dirinya. Mereka juga tidak faham akan soalan yang ditanyakan oleh Tasha tadi.

“ Dia ni tanya siapa? Aku ke kau?” Ryzman bertanya pada Zaid Izlan dengan gigi atas dan bawahnya bersatu dan terus ditayangkan kepada umum.

“ Tanya kau kot. Takkan tanya aku. Lagipun, lagi terang dan bersuluh kan yang aku ni kat sini sebab kahwin.” Zaid Izlan menjawab dengan cara yang sama dilakukan oleh Ryzman tadi. Kedua – dua mereka seakan – akan mati akal hendak melayan Natasha lebih – lebih lagi apabila Sarrah ada sekali di sini.
           
“ Sampai hati you tak tunggu I kan! You kahwin dulu hah!”Tasha menolak  manja dada Zaid Izlan tanpa mendapatkan jawapan soalannnya tadi namun Zaid Izlan langsung tidak melakukan apa – apa untuk menghalang perbuatan Tasha itu.
           
Hati Sarah mula membara dengan apa yang dilihatnya. Berbulu mata dibuatnya melihatkan aksi – aksi manja dan gedik Tasha kepada suaminya. Namun, dia masih mahu melihat babak – babak yang seterusnya. Dia tidak mahu ‘melompat’ masuk ke dalam drama itu lagi.
           
“ You…you datang jugak ke? I ingatkan you tak datang tadi.” Teragak – agak Zaid Izlan menuturkan ayat – ayat tersebut. Suaranya serta - merta tersekat lebih – lebih lagi melihatkan pandangan semacam yang ditunjukkan oleh Sarrah.
           
“ Mestilah I datang tengok you. Lagipun I nak tengok, cantik sangat ke orang yang you pilih tu…” Tasha menjawab lagi sambil pandangannya melirik ke arah Sarrah.
           
Tersirap darah Sarrah mendengarkan kata – kata perempuan yang bernama Natasha itu. Mahu sahaja ditampar mulut yang langsung tak ada insurans itu. Dahlah datang kat majlis orang, tapi nak kutuk orang pulak! Tak malu betullah perempuan ni! Tak tahu adab ke? Qistina memandang dengan pandangan jelek kepada Natasha. Memang dari dahulu lagi dia tidak berkenan dengan perangai Natasaha itu. Gedik tak bertempat! Sikit pun tak ubah!
           
Baru sahaja Sarrah mahu membuka mulut, tangan Zaid Izlan cepat – cepat sahaja melingkar pada pinggang Sarah dan membawa Sarrah dekat dengannya.
           
Yes, dia memang cantik! Tak akan ada siapa – siapa yang dapat ganti dia di hati I! And that is for sure! You agree with me that she looks stunning today?!” Tanya Zaid Izlan semula dengan yakinnya.

Ryzman memandang sahabatnya itu dengan penuh rasa kagum. Qistina pula sudah ternganga dengan apa yang dia dengar tadi.
           
Berbunga hati Sarrah mendengarkan kata – kata yang lahir dari bibir Zaid Izlan itu. segala api amarahnya tadi hilang begitu sahaja.
           
Whatever! Anyway tahniah! I pun dah nak balik ni! See you later, perhaps!” Natasha menungkas dengan penuh lagaknya sambil dia sempat menjeling pada Sarrah. Mukanya menunjukkan betapa dia tidak sukakan Sarrah.
           
“ Hah! Baliklah! Tak jumpa lagi pun tak apa! Tak rugi pun aku!” Tanpa sedar, semuanya keluar dari mulut Sarrah. Ryzman, Qistina dan Zaid Izlan sendiri terkebil – kebil memandang Sarrah.
           
“ Apa?! Betullah kan?!” Sarrah bertanya sambil mencuba dengan sebaiknya untuk berlagak tenang. Nak cover malulah konon – kononnya. Dia menjarakkan semula dirinya dari Zaid Izlan.
           
“Tak rugi pun kalau tak jumpa perempuan macam tu. Plastik habis! Hish! Tak kuasa I nak layan tau! Baik I pergi buat manicure ke apa! Huh!” Sarrah mengajuk pula aksi manja gedik Natasha tadi sambil terus mengangkat kaki meninggalkan mereka bertiga di situ.

Zaid Izlan, Ryzman dan Qistina masih lagi terpinga – pinga dengan apa yang baru mereka lalui.
           
 “ Eh…aku pergi dululah ye. Aku masuk cari Sarrahlah ek! Okey, bye!” Qistina pula tergesa – gesa meluru masuk ke dalam rumah. Segan pula apabila dia ditinggalkan sendirian bersama Zaid Izlan dan Ryzman. Sebenarnya dia hendak mencari Sarrah sebab dia mahu meraikan kejayaan mengenakan Natasha tadi. Mana boleh nak celebrate sorang – sorang kan? Lagipun, dia mahu memberi ceramah yang panjang lebar pada kawannya itu tentang komen maut yang dikeluarkan oleh Zaid Izlan tadi.

No comments:

Post a Comment