Tuesday, November 9, 2010

Kisah Kasih Mutiara 4


BAB
4


HISH, tepi…Tepi…Tepi!” Cepat – cepat Tiara menepis tangan Tariq sebaik sahaja kakinya mencecah lantai. Rimas! Tak habis – habis nak dukung orang ke hulu, ke hilir! Ingat orang tak boleh jalan sendiri ke apa?!

“ Eei, awak ni!” Tangan Tariq terangkat sikit. Tiara sudah ke belakang.

Bahasa tubuh Tariq tadi mengelirukan Tiara. Mamat ni nak pukul aku ke? “ Encik Tariq nak pukul saya ke?” Persoalan di dalam hati terus diluahkan.

Riak wajah Tariq serta – merta berubah. “ Pukul? Kenapa pulak saya nak pukul awak?”

“ Tu…Yang Encik Tariq angkat tangan tu kenapa? Nak pukul saya kan? Yelah, sebab saya ni suka melawan sangat kan…Manalah tahu…”

“ Ooo, jadi awak tahulah yang awak ni keras kepala, suka melawan, kepala hantu, tak dengar cakap…”

“ Eh, chop!” Tiara terus memotong. “ Sebelum Encik Tariq menambahkan lagi pahala saya dan menambahkan dosa kering Encik Tariq dengan mengutuk saya, baik Encik Tariq berhenti dan balik sajalah.” Tangan Tiara menunjuk ke arah muka pintu.

Dengan kening terjungkit – jungkit, Tiara masih lagi berdiri di muka pintu meminta Tariq memahami akan isyaratnya supaya keluar dan terus balik tetapi Tariq masih membuat muka ketat.

“ Saya…Tak nak…Balik!” Bisik Tariq ke telinga Tiara, perlahan. Senyuman nakal terukir di wajahnya dan dia terus sahaja melangkah masuk ke ruang tamu Villa Chinta itu.

 Tiara tegak di situ. Dia terus mengurut dadanya yang tiba – tiba bergetar hebat tadi.

Gila lelaki ni! Tak habis – habis nak duga hati aku! Hish! Perosak hati dan perasaan betullah dia ni! Tak suka! Tak suka! Tak suka! Tiara menguak rambutnya berulang kali. Melompat – lompat dia di situ melayan hatinya yang serabut bagai. Rasa nak gila dah melayan perangai tak sihat bosnya yang satu itu.

“ Hah, itu kenapa tu? Dah naik hantu ke bulan – bulan puasa ni?”

Tiara terus keras. Perlahan – lahan dia menoleh ke arah suara itu. Dia mengetap bibir, geram! Argh, apa kau buat ni Tiara?! Lupa ke yang mamat tarzan tu still ada kat sini? Yang kau buat perangai monyet tak cukup zat ni kenapa?! Hish!

Tariq yang elok bersandar di dinding tangga ralit memerhatikan segala tingkah dan laku Tiara semenjak tadi. Cute! Suka dia melihat Tiara. Kalau sehari dia tidak mengusik Tiara, rasa tidak lengkap pula harinya.

“ Eh, Tiara, Tariq. Tak kerja ke? Dua – dua ada kat sini?” Tegur Mak Anum yang tiba – tiba muncul dari arah dapur. Sedang dia membuat kerja di dapur tadi, terdengar pula suara Tariq dan Tiara. Melihat jam di dinding, masih terlalu awal untuk mereka pulang dari pejabat tapi memang mereka berdua ada di ruang tamu apabila dia keluar untuk melihat tadi.

“ Keluar awal Mak Anum.” Jawab Tariq. “ Ada orang tu tak reti nak berjalan, sampai bergolek kat tangga tu hah…” Tambah Tariq lagi sambil bibirnya memuncung menunjuk ke arah Tiara. Serta – merta mata Mak Anum berkalih ke Tiara dan jelas di penglihatannya akan balutan yang ada pada kaki Tiara.

“ Ark, Mak Anum, mana Chinta?” Cepat – cepat Tiara mengalih cerita sebelum Mak Anum mula membebel atau bertanya tentang kakinya.

Rimas kerana ramai sahaja yang bertanya tentang kakinya hari ini. Kat pejabat tadi pun, dah naik berbuih dah mulut ni nak ulang cerita yang sama.. Takkan kat rumah pun nak buat ulang tayang lagi kot? Ingat ni channel HBO kat Astro tu ke? Oh tidak! Saya penat!  Lagipun, bukannya dia suka – suka nak jatuh tangga pun. Gila ke apa tiba – tiba nak buat sky diving kat tangga tu? So, soalan macam mana boleh jatuh atau kenapa tak hati – hati, sangatlah tidak enak di pendengarannya sekarang, tambah – tambah dengan hatinya yang masih membengkak dengan Encik Tariq yang langsung tak pernah menyenangkan harinya walau sehari. Hish, bertambah – tambah masalah rasanya.

“ Chinta? Ada aje kat atas tu dengan Sayuri.” Beritahu Mak Anum lagi. Niatnya untuk bertanya tadi terus terbantut apabila Tiara terus melencong bicara.

“ Nak pergi kacau Chintalah!” Tiara mula berlari – lari anak menaiki tangga apabila dia tiba – tiba mengaduh kesakitan. Lupa pula yang kakinya yang berbalut.

 Aci main redah aje berlari. Sungguh tidak sedar diri kau ni Tiara. Omel Tiara di dalam hati sementara tangannya berpaut pada birai tangga, menahan pedih di kaki yang seakan menyengat dirinya.

“ Awak ni tak sedar diri kan?”

Tiara menoleh ke belakang, melihat Tariq melangkah menaiki anak tangga menuju ke arahnya. Dia menjulingkan anak mata. Apa lagi ni?

“ Meh sini saya dukung. Saya pun nak pergi tengok Chinta jugak ni...”

Tiara sudah membulat mata. Apakah mamat ni? Mak! Tolong! Tetapi Tiara tidak sempat melarikan diri lagi.

“ Mak Anum!” Tiara terus menjerit meminta bantuan apabila Tariq dengan selambanya mengangkatnya.

            Tariq segera berpaling memandang Mak Anum dengan senyuman terukir di bibir.
“ Jangan risau Mak Anum, saya tak buat apa – apanya kat Tiara ni. Dia ni aje yang mengada – ngada. Padahal dia suka bila saya dukung dia ni…” Sengaja lagi Tariq membakar hati Tiara.

            Mak Anum tidak jadi hendak menegur. Dia hanya mampu menggeleng kepala. Tiara sudah menyumpah seranah di dalam hati.

            And Mak Anum, saya nak buka kat sinilah hari ni. Masak sedap – sedap, please…” Pinta Tariq lagi dengan menayangkan muka yang secomel mungkin.

            “ Mak Anum! Tolong Tiara!” Ronta Tiara lagi. Namun semakin kuat Tiara meronta, semakin kejap Tariq memegangnya.

            “ Mak Anum…Mak Anum…Call JAIS, eh bukan! Nanti kahwin free. Call polis... Polis… Kata ada sex offender kat sini. Cepat Mak Anum…Cepat!” Tiara semakin kalut, tidak selesa dia berlama dalam dukungan Tariq.

            “ Apa – apalah Tiara ooi…Mak Anum nak pergi masak ni…Pandai – pandailah kamu.” Nak terjojol biji mata Tiara melihat Mak Anum menonong sahaja meninggalkan dia. Dia mengeluh panjang. Putus harapan! Dia memandang semula wajah Tariq yang dirasakan begitu dekat dengannya. Hish! Ikutkan hati, nak je aku bom mamat Tarzan ni! Suka – suka hati aje pegang – pegang aku!

            Shall we go to our room now, wifey?” Tutur Tariq lagi dengan nada yang menggoda.

            “ Nampak ni?” Tiara menyuakan penumbuknya. Bukan satu, tetapi dua! Dan Tariq terus ketawa berdekah – dekah sambil kakinya menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

            Mengata lagi aku ni sex offender. Kang aku buat betul – betul, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah tapi kan Tariq, kau nak ke dengan si Tiara ni?

            Tariq menyoal dirinya lagi sambil matanya melihat Tiara di dalam dukungannya namun laju sahaja dia menggelengkan kepala selepas itu. Rupa Tiara yang bengis dan menjeling tajam padanya terus melekat kuat di ingatannya

            Aku suka dia, tapi bukan suka yang macam tu. Aku suka nak mengusik dia aje. Itu aje. That’s it! Nothing more, nothing less!


            BALQISH meletakkan sikat di tangannya ke atas meja. Fikirannya yang melayang mengingatkan ugutan Anas tadi serta merta lenyap apabila mendengar suara Tariq dan Tiara, silih berganti di luar biliknya. Segera dia menyapu sisa – sisa air mata yang mungkin masih ada di wajahnya. Dia menarik nafas dalam – dalam sebelum memulas tombol pintu biliknya.

            “ Eh, kak Balqis pun ada kat rumah jugak?”

            Tersenyum sahaja Balqish apabila mendengar soalan Tiara itu. Dia terus sahaja  menghenyakkan punggung di atas sofa di sebelah Tiara. Seronok melihat Chinta yang galak ketawa apabila sesekali diagah Tiara dan Tariq. Hilang seketika rasanya masalah – masalah yang menggunung di pundak Balqis apabila melihat semua itu namun ugutan Anas tadi masih terngiang – ngiang di pendengarannya.

            “ Tiara, macam mana dengan kaki tu?” Balqis dipagut rasa bersalah apabila melihat balutan di kaki Tiara. Disebabkan dia, Tiara yang mendapat bahana. Semuanya gara – gara fizikal mereka yang agak sama, ditambah pula dengan angkara bekas suaminya yang tiba – tiba muncul setelah bertahun menghilangkan diri.

            Balqish terus dihurung resah lagi apabila memikirkan Tiara. Jika Anas benar - benar memaksudkan apa yang dikatakannya tadi, bermakna bukan dia dan Chinta sahaja yang dalam bahaya, Tiara juga. Dia pasti Anas tidak bermain – main dengan kata – katanya dan kerana itu, dia cukup takut.

            “ Kak?”

            Balqish tersentak.

            “ Akak okey ke ni?” Tanya Tiara lagi.

            “ Yelah. You okey ke tak ni Balqish? Muka you pucat semacam aje…” Tokok Tariq pula. Tiara terus menjeling. Sibuk! Orang cakap, dia pun nak cakap!

            Tariq mengetap bibir. Apa?!

            Balqish tersenyum melihat Tariq dan Tiara. “ You guys ni, asyik bergaduh je kan? Jangan buat selalu, silap – silap hari bulan, jadi teman sekatil pulak kan…” Balqish sengaja menggiat.

            “ Tak nak I! Ngeri nak tidur dengan singa!” Laju Tariq membalas.

            Tiara buat muka selamba. “ Dia tak nak, orang lagi tak ingin. Ceh! Lagipun, kita dah ada orang yang nak, okey?”

            Riak wajah Tariq serta – merta berubah. Berdehem dia beberapa kali di situ, terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Balqis sudah berfikir panjang.
            “ Maksud Tiara apa?” Balqis cuba mencungkil cerita.

            “ Erm…Mana boleh beritahu! Eh, dah pukul enam lebih dah?! OMG, Tiara tak Asar lagi.” Tiara bingkas bangun dan Chinta dihulurkan kepada Balqis semula.

            “ Eh, stop!”

            Tariq yang baru sahaja hendak bangun terduduk semula. Dia memandang Tiara semula dengan wajah yang kebingungan.

            “ Saya boleh jalan sendiri. Tak payah Encik Tariq susah – susah nak angkat lambung saya…”

            Tariq mendengus kecil. Kepalanya diraut berulang kali. “ Siapa kata saya nak angkat awak? Saya nak pergi toilet, tak boleh ke?”

            Tiara terjelir lidah, spontan! Malu sekejap. “ Er…Toilet? Hah, sila…Sila…”

            “ Dah tu Tiara, awak tak nak bagi saya lalu ke?” Teguran Tariq mengejutkan semula Tiara yang tiba terkaku di hadapan Tariq. Serta – merta dia menginjak ke tepi.

            Balqish memerhati dari belakang. Dapat dia melihat muka Tariq yang jelas memaparkan rasa hatinya yang sudah semestinya kacau bilau selepas mendengar kata – kata Tiara tadi. Dia mengalih pandangannya pada Chinta di atas ribanya.

            Balqish tersenyum sendiri. “ Chinta nak tak Uncle Tariq jadi papa Chinta? Tapi bukan untuk ibulah, untuk mama Tiara, nak?”

            Chinta mengekek ketawa. “ Anak ibu suka ye?” Dia mencium pipi anaknya itu sepuas – puasnya.

            “ Tapi Uncle Tariq tu degillah sayang. Tak nak mengaku yang dia suka dekat mama Tiara, macamlah ibu tak tahu. Ibu nak buat macam mana ye?” Balqish bertanya lagi pada si kecilnya itu dan Chinta hanya tersenyum sambil mempamerkan dua batang gigi kecil yang baru tumbuh di gusi bawahnya.

            “ Pandai – pandailah ibu nanti kan?” Tambah Balqish lagi sebelum menyerahkan semula Chinta kepada Sayuri kerana waktu berbuka semakin hampir. Perlahan – lahan dia menuruni tangga. Akal fikirannya masih memikirkan hal berkenaan Anas.

            Argh! Kenapa lelaki itu mesti hadir semula merenggut kebahagiaannya kini? 

            “ Tariq!” Balqish menegur Tariq yang dilihatnya termenung panjang di atas sofa.

            “ Termenung nampak? Susah hati ke?”

            Berkerut dahi Tariq mendengar soalan Balqish. “ Susah hati? Kenapa pulak I nak susah hati? You ni, merepeklah Qish!” Balas Tariq semula sambil berkisar di tempat duduknya.

            Senyuman Balqish terus melebar. Tariq hanya akan memanggilnya dengan nama Qish bila sahaja dia tengah berbohong ataupun susah hati. That is his tell dan jelas sekali Tariq tidak sedar akan tabiatnya yang satu ini.

            “ Pasal Tiara. You okay?”

            Tariq ketawa lagi. “ Hai, dia yang jatuh sampai berjahit bagai, bukannya I. Haruslah I okay kan?”

            You know what I mean, Tariq…”

Kali ini Tariq mati kata. Dia tidak membalas kata – kata Balqis.

            “ Tariq, I need you to set up an appointment with Syeikh Ali, as soon as possible.”

            Balqish terus mendapat perhatian penuh Tariq. “ Kenapa you nak jumpa dengan dia? Ada apa – apa hal legal yang you nak settlekan ke?” Tariq bertanya semula. Pelik kerana tiba – tiba sahaja Balqish mahu berjumpa dengan Syeikh Ali, peguam syarikat mereka kerana kebiasaannya, dia yang dipertanggungjawab untuk berurusan dengan Syeikh Ali apabila melibatkan hal – hal perundangan syarikat.

            There’s something I need to do…”

Balqish sudah membuat keputusan. Jika betul Anas cuba mengancam keselamatan keluarganya, maka hal tersebut tidak boleh dipandang ringan. Dia harus bersedia lebih awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

No comments:

Post a Comment