Monday, November 1, 2010

Season, Reason & Lifetime - REASON


REASON…

HAI!” Suatu suara di hadapan Nia mengejutkannya. Di antara dua tempat duduk di dalam bas ekspres itu, terjojol muka seorang lelaki berkaca mata dan tengah tersengih padanya. Nia buat tak tahu tetapi Aishah di sebelahnya  seakan mahu melayan.

            “ Kau Aishah kan, budak SMK Seksyen 18, Shah Alam, kelas Umar?” Tanya mamat di hadapan itu kepada Aishah.

            “ Eh, bukan. Kita dari MRSM Pontian.” Balas Aishah semula dengan dahi berkerut seribu. Nia sudah hendak ketawa tetapi dia segara menahan. Punyalah beria mamat tu buat intro, alik – alik si Aishah ni cakap macam tu pulak. Hahaha… Nia malas ambil pusing, dia mahu menyambung tidur. Ada dua jam lagi sebelum sampai ke universiti mereka. Mamat tu? Dia tegur Aishah, bukan aku, so bukan masalah aku!

            “ Alah, maksud aku sebelum kau pindah pergi MRSM lah. Kau sekolah situ dulu kan?” Lelaki itu masih bertanya.

            “ Eh, mana tahu ni? Kita kenal ke?” Aishah sudah buat muka pelik. Rasa takut pun ada.

            “ Aku sekolah situ jugak dulu. Kita sama kelaslah, kau tak ingat ke muka aku?”

            Aishah memanjangkan lehernya, cuba melihat wajah lelaki yang menegurnya itu.

            “ Tak nampaklah, gelap. Tapi apa nama kau ek?” Aishah bertanya semula.

            “ Aku Ashykal, tapi orang panggil aku Ash je and kawan aku yang sebelah ni nama dia Izwan.”

            “ Oo…Aku Aishah and kawan aku ni Nia.” Nia masih membuat muka selamba walaupun namanya disebut. Dia tidak minat mahu berkenalan dengan mamat yang tidak berkaitan dengannya.

            Nia membiarkan sahaja Ashykal dan Aishah bertukar – tukar cerita. Di dalam hati, dia meminta untuk cepat sampai. Jam di tangan dilihat semula. Hampir pukul 11. Hati Nia lega apabila ternampak papan tanda keluar ke Simpang Pulai.

            “ Dah nak sampai…” Bisik Nia sendiri. Dia sebenarnya terlalu penat pada hari itu. Ingatkan balik ke rumah mak ciknya di Damansara, dapatlah dia merehatkan diri tapi lagi penat adalah. Tak lekat kat rumah tapi best jugak jalan – jalan and shopping.

            “ Eh, dah nak sampai lah. Aishah, meh sini nombor telefon kau. Boleh juga kita borak – borak lagi lepas ni.” Mamat bernama Ash itu meminta dari Aishah dan Aishah dengan senang hatinya memberi. Kata dah satu kampus kan, senanglah nak lepak sama – sama ke apa selepas ini.
            “ Kawan kau kat sebelah tu?”

            Dahi Nia sudah berkerut. Apakah? Kenapa nak nombor aku pulak ni? Apa pulak kaitan aku dengan mamat berdua ni? Meskipun hatinya masih lagi tertanya – tanya akan niat Ash meminta nombornya, dia juga dengan selambanya memberi. Kenapa? Dia sendiri pun tidak pasti akan sebabnya.

            “ Weyh Ash! Tolonglah bawakan beg Nia ni. Beg dia berat tu, ada laptop.” Pekik Aishah tiba – tiba, cuba menarik perhatian Ash dan Izwan yang sudah agak jauh kedepan.

 Nia segera menyinggung Aishah. Perempuan ni memanglah! Bila masa pulak aku minta tolong? Tak mati pun kalau bawa beg ada laptop ni tapi kalau ada orang nak tolong, apa salahnya. Hehehe…Lagipun, nak berjalan kaki dari gate sampai ke hostel tu dengan membawa beg macam ni, boleh rebeh bahu aku ni dibuatnya.

Tetapi harapan hanya tinggal harapan.

            “ Alah, beg aku pun berat jugak. Biar ajelah dia bawak sendiri.” Balas Ash semula dengan tersenyum lebar, konon membuat muka innocent comel.

            Mata Nia terus membulat. Gila straight forward mamat ni cakap tak nak tolong. Langsung tak gentleman. Pangkah besar – besar. You definitely out of my MMG list. Dan, untuk pengetahuan umum, MMG is Marriage Material Guy. Dan mamat bernama Ashykal itu memang tak masuk book!

~~~~~~~

            ASHYKAL menggosok matanya berulang kali. Rasa mengantuknya tadi terus hilang. Biar betul?!

            “ Eh, kelas kita gabung dengan budak civil ke?” Ashykal bertanya pada Faez di sebelahnya. Matanya terus segar apabila ternampak kelibat yang amat dikenalinya.

            “ A’ah, kita gabung dengan budak civil tuk kelas ni for the next two months. Kan Dr. Josephine cuti bersalin. Apa, kau tak bukak e-learning ke?”

            “ Tak.” Senang sahaja dia menjawab tetapi yang pasti, selepas ini, dia tidak akan skip kelas yang satu ini. Alasan untuk dia datang ke kelas semakin kuat. Nia!

~~~~~~~

            HAH, Ash lagi ke tu?” Tanya Amni, roommate Nia apabila melihat Nia galak membalas SMS sambil berguling di atas katil.

            “ Yelah, aku nak mesej dengan siapa laginya. Dia ajelah.”

            “ Kau orang ada apa – apa ke? Aku tengok kau orang rapat semacam aje…” Amni cuba menebak. Yelah. Dari berYM berjam – jam, tutup laptop, terjun atas katil, lepas tu sambung SMS pulak. Dah macam orang bercinta gayanya.

            “ Tak adalah. Bukan kita orang ada apa – apa pun tapi apa yang aku boleh cakap, Ash tu macam kawan lelaki yang paling rapat yang pernah aku ada setakat ni. Kau tahu kan macam mana aku dengan lelaki. Aku fobia. Dia orang ni depan je baik, tapi kat belakang, mulut macam puaka! Aku dah terkena sekali, aku serik! Sebab tu aku memilih sikit kalau nak berkawan dengan lelaki ni…” Balas Nia semula sambil perbuatan Redzal padanya dulu terus menerpa di ingatan. Argh! Perit!

            “ Dah tu, Ash tak macam tu ke?” Tanya Amni lagi, sekadar mahu menduga Nia.

            “ Entah! Dia tak macam tu kot…” Sambung Nia lagi.

            “ Kau tak nak bagi dia peluang ke? Kes kau dengan Redzal dah lama berlalu kan. Takkan kau nak lepaskan Ash semata – mata fobia kau tu? Rugilah Nia…Aku tengok Ash tu macam baik aje orangnya. Alim pun alim. Rajin jemaah kat masjid tu…” Amni cuba menyakinkan Nia lagi. Dia tahu kisah Nia dan Redzal dahulu dan pada pendapatnya, hal itu kecil sahaja sebenarnya tetapi mungkin dia tidak mengalaminya, jadi dia tidak tahu apa sebenarnya yang dirasakan oleh Nia pada ketika itu. Tetapi, takkan kerana hal lama itu, Nia mahu menutup pintu hatinya buat selama – lamanya?! Dia tahu yang Ash memang sukakan Nia tetapi roomatenya yang seorang ini memang keras kepala! Masih buat – buat tak faham hint yang mamat tu beri.

            “ Apa kau cakap ni Amni? Bagi dia peluang apa pulak ni? Mana ada dia cakap dia nakkan aku ke apa. Kau ni! Dah terlebih – lebih pulak fikir. Kita orang kawan jelah.” Nia tertawa sendiri. Rommatenya ini tak habis – habis mahu mencarikan teman lelaki untuknya. Katanya, tak best bila tengok aku solo lagi sedangkan dia sudah berpunya.

            “ Nia, aku dengan Ayden pun start macam tu la dulu. Mula – mula mesej bagai nak rak and then, dari situlah dia proceed to the next level. Hah, ini kenapa muncung tiba – tiba pulak ni?”

            “ Huh?! Ash ni, tak reply lagi mesej aku. Mesti dah tidur ni! Hish, dia ni kan, kalau nak tidur tu, cakaplah. Ni tak! Tinggal orang hanging macam ni aje…Dah banyak kali tau dia buat aku macam ni!” Nia mula mahu membebel. Phone di tangannya dicampak jauh. Sakit hati. Dah tiga malam berturut – turut Ash buat dia macam ini. Hish! Memang nak kena mamat tu!

            Amni sudah menggeleng kepala. Stress sampai macam tu sekali sebab ‘kawan’ tu tak reply mesej?! Itu macam stail aku angin bila Ayden tak balas mesej aku je…
           
            “ Nia, kalau kau fobia dengan lelaki sangat, kenapa kau nak terima berkawan dengan Ash pulak?”

            Nia berfikir panjang sebelum menjawab soalan Amni. “ Entah, aku pun tak tahu kenapa. Dia muncul entah dari mana and terus hulurkan salam persahabatan dan aku terus aje terima. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku rasa, tuhan nak tolong aku jugak kot ubat ‘penyakit’ fobia dengan lelaki aku ni. Hehehe…” Nia teringat waktu mula – mula dia berkawan dengan Ash. Masing – masing main miscall tapi lepas tu beralih pulak pada YM and sms, sampailah sekarang pun still jugak macam tu. Entah macam mana, boleh pula mereka menjadi rapat.

            “ Apa – apalah kau orang dua ni. Asalkan bahagia, sudah…Tapi kalau ada apa – apa update, jangan tak beritahu aku pulak ek!” Itu kata akhir dari Amni sebelum dia menyambung study dan Nia masih dengan hatinya yang berdongkol marah dengan Ash. Tahulah dia mahu mengajar Ash esok. Nak mogok dengan mamat tu!

~~~~~~~

ash.nor: oit! bufday kau kan luse? Nak apa2 x?

nznr   : erk? Cmne ko tahu n kenapa baik hati sangat nak bagi? Kite x meminta pun, tp
           kalo nak bg, boleh aje…(^_^)…

ash.nor: eleh, ckp jelah terus terang yg ko nak…cet! malu – malu kambing plak! Tedy  
             bear okey x?

nznr : apa ni bgtau nk bg ape?! X surprise r…tapi tedy bear?! Nak2…Nak2…(*_*)…

ash.nor : sukenyerr die..alah2..comel..

nznr : erk! Uwekss! x perlu kot…gelis!!

ash.nor : ala, baru nak manje2..u ni..x sporting la…

            Nia tersenyum. Dah mula dah penyakit ‘gatal’ dia tu. Dari beraku kau, sekarang I you pulak. Nia faham sangat akan isyarat itu!

Okey, jom kita main jugak!

nznr : alah u, u merajuk ke? Jgnlh ek..i gurau2 je td…

ash.nor : ok, x perlu! Aku pun geli jgk!

nznr : hahahaha…sekejap je penyakit gile kau hari ni…bese, lg lame..

ash.nor : hahaha…x boleh biasakan diri sgt. Nti slh fhm…orng ingt kite skandal plak..

nznr : klau kite bkn skandal dah tu kite ni ape?kawan?

ash.nor: kite ni…kite ni…teman. Teman tp mesra tp up sket…(*_^)

            Kening Nia terjungkit sedikit membaca ayat Ash yang satu itu. Teman tapi mesra tapi up sikit? Macam mana tu…

ash.nor: pg luse, kite breakfast sekali. Bleh aku pas skli  hadiah kau..pukul 8, ok?

nznr : uik? Nak mkn sekali? Kate xmau skandal…nti orng jumpe, cmne?

ash.nor: argh…x kisahlah! Kau nak ke x tedy bear ko?

nznr : nak2…aku nak yg besar tau…yg kecik2 x maen r..

ash.nor : ye, yg besar…I tau…nyway, I dah ngantuk r…

nznr : oo, ok then, nite!

ash.nor : nite je? Gudnite kiss?

nznr : eish...u ni gedik la! Tido jela…

ash.nor : ala, u kn tau I xleh tido klo x dpt gudnite kiss dr u...plizzz…

            Nia tersenyum lagi. Entah mengapa, hatinya berbunga bahagia. Suka meskipun dia tahu yang Ash hanya bergurau dengannya.

nznr : muahhhhhhhh!!!! Enuf?

ash.nor : hehehe…yup, enuf 4 2nite…tq dear…gud nite n sweet dream..luv u!!

            Nia mengibas mukanya dengan fail subjek Highway dia. Berdebar – debar pula rasa hati dibuatnya.

            Uish! Mamat ni! Mampu aje cakap macam tu!  

nznr : ok, gud nite 2 u 2…sweet dream…salam!

ash.nor : salam…

~~~~~~~

            Nia sampai di tempat yang dijanjinya tepat pukul lapan. Dia mengambil tempat di meja yang paling hujung dan berdekatan dengan tingkap. Senang untuk melihat kelibat Ash nanti namun setelah sepuluh minit menunggu, bayang Ash masih belum kelihatan. Nia sudah mula mengetuk – ngetuk meja dengan buku limanya membayangkan muka Ash di situ. Janji apa ni? Entah – entah dia sengaja mainkan aku tak? Entah – entah dia tengah syok ketawakan aku dengan geng – geng dia…Tapi…Takkan Ash macam tu jugak….

            “ Hish, gatalnya telinga aku. Mesti si Nia tu dok menyumpah aku sebab lambat…” Omel Ashykal sambil terus berlari – lari anak dari hostelnya menuju ke kafe. Macam manalah dia boleh terlajak tidur pulak. Ini semua gara – gara balik lambat dari Ipoh semalam. Lepas tengok movie, boleh pulak budak – budak tu nak layan shisha. Cet, tak pasal – pasal aku terlepas Subuh, lambat jumpa Nia. Mintak – mintak Nia still tunggu kat situ.

            “ Assalamualaikum…Sorry, aku lambat. Terlajak tidur.” Ash terus mengambil tempat di hadapan Nia sambil cuba mengambil nafas. Lega melihat Nia masih berada di tempat yang dijanjikan. Kakinya dilunjurkan sedikit. Sakit kerana salah tergeliat tadi.

            Nia cepat – cepat menyapu air matanya, takut kalau - kalau Ash perasan. Dia menoleh pula ke kiri dan kanan Ash. Terus dahinya berkerut apabila tidak ketemu dengan apa yang sedang di carinya.

            “ Kenapa dengan kaki tu?” Nia terus bertanya apabila melihat Ash terhincut – hincut berjalan ke arahnya tadi. Misteri teddy bear ‘halimunannya’ didiamkan dahulu.

            “ Entah, tadi bangun, macam biasalah kan, aku menggeliat tapi lepas tu ada bunyi ‘pop’ kuat dari lutut and sampai sekarang dia sakit. Bengkaklah sikit.”

            “ Eh, tak jumpa doktor ke?” Suara Nia mula kedengaran cemas.

            “ Ek, concern jugak kau dengan aku. Dah start sayangkan aku ke?” Ash sengaja mengubah topik. Matanya memandang tepat muka Nia.

            Nia merasakan mukanya panas. “ Ish, tak kuasa aku nak sayang kau. Memanglah concern, kawan kan! Sebab tu aku tanya. Tak boleh ke?”

            “ Alah, malu – malu pulak. Tak apa, aku faham isi hati kau. Aku faham…” Nia menjulingkan mata. Perasan!

            “ Eh, kau datang ni, melenggang aje ke? Mana teddy bear aku?”

            Apa – apa pun, Ash tersengih comel dahulu. “ Hah, ada kisah di sebalik itu tapi sebelum tu, jom kita beli makanan dulu, aku lapar. Kau belanja ek?”

            Kening Nia hampir nak bercantum. “ Kenapa pulak aku nak belanja kau?”

            “ Yelah, adillah kan. Aku dah belikan hadiah birthday kau, kau belanjalah pulak aku makan. Aiyoo, saya ni pun student lagi, duit mana ada banyak maa…” Balas Ash semula.

            Nia terangguk – angguk. Memang mamat ni lain dari yang lain. Kalau lelaki lain punyalah nak tunjuk macho, mesti nak belanja kawan perempuan ke apa tapi dia ni tak. Lagi mintak belanja adalah. Ke dia tak anggap aku ni kawan perempuan dia? Erk!

 “ Okey, fair. Aku belanja. Next time, kau pulak!”

            “ Hehehe…Kalau ada next time.” Ash tersengih kerang busuk sambil tangannya mengambil tiga biji karipap dan air Milo yang telah diordernya tadi. Mereka berjalan semula ke meja mereka.

            So, mana hadiah aku?” Nia meminta lagi.

            “ Jap…” Ash terus meraba poket kirinya dan terus meletakkan isinya ke atas meja.

            “ Wow! ‘Besarnya’! Macam mana aku nak bawak balik bilik nanti lepas ni? Berat gila ni…”

            Ash mencebik. Amboi! Perli kaw – kaw nampak!

            Sorrylah, aku janji nak belikan yang besar tapi ini pulak yang aku beli. Tak apa, aku ganti lain tahun ek...”

            “ Erm…tak apalah. Malas nak menaruh harapan lagi. Nanti kecewa. Anyway, thank you for this. I appreciate it very much.” Nia mengambil patung kecil berwarna merah itu. Cukup – cukup dengan saiz tapak tangannya, mungkin kecil sedikit. Siap ada tongkat sakti bentuk love lagi. Okey, cute!

            “ Aku janji aku tebus balik next year. Aku memang nak beli yang besar tapi susah gilalah semalam.”

            “ Kenapa pulak?” Tanya Nia semula.

            “ Yelah, aku masuklah S&J dekat Jusco tu, sekali geng – geng aku yang berlima tu pun masuk sekali. Asyik mengekor aku aje. Aku baru ingat nak beli senyap – senyap lepas tu simpan terus kat kereta. Tapi sebab dia orang ada sepanjang masa, aku cekau je yang mana muat dengan poket seluar aku. Hah, itulah dia.” Mulut Ash memuncung menunjuk pada patung di tangan Nia.

            “ Oo…Sebab tak nak skandal semua kan, sebab tu nak beli senyap – senyap ek, tapi tak boleh sebab ada dia orang semua?”

            “ Hah, pandai pun kau! Baguslah kau ni Nia. Ini yang buat aku makin sayang kat kau ni…” Sambung Ash lagi sementara tangannya terus mencapai phone Nia dan mengambil patung hadiahnya tadi. Dia menyangkutkan patung itu pada phone Nia.

            Cute kan?” Tanya Ash lagi.

            “ Aku pun ada satu. Tada…” Ash mengeluarkan phonenya dari poket seluar. Nia melihat ada patung yang serupa yang tergantung pada telefon itu cuma berlainan warna sahaja.

            “ Okey, that is so cheesy. Ada couple doll pulak letak kat phone…” Omel Nia semula. Dahlah jenama telefon tu dah sama, ini nak letak patung yang sama jugak?! Erk, so cheesy okay!

            “ Kenapa, you tak suka ke dear?” Mata Ash melirik pandang pada Nia.

            Nia malas melayan Ash merepek lagi. Macam ni gayanya teman tapi mesra?! Hish, kalau tak kuat hati, mahunya cair. “ Eh, dahlah. Aku janji nak keluar dengan roommate aku pulak lepas ni.” Beritahu Nia lagi.

Muka Ash terus berubah. “ Betul ni, sayang?”

Erk! Apa ni Ash?! Hati Nia seakan mahu menjerit. “ Tak ada apa – apa dah kan? Aku balik dulu ek and thank you untuk patung ni..” Nia terus mengubah topik, tetapi memang betul pun alasannya itu. Dia memang ada berjanji hendak keluar dengan Amni selepas ni.

            Ash sekadar mengangguk. Tahu yang Nia tidak mahu melayannya. Nia bingkas bangun sambil melihat jam di tangan.

            “ Nia…” Nia segera menoleh ke belakang semula, melihat Ash yang masih duduk di meja mereka tadi.

            Let’s us get serious…”

~~~~~~~

            Hati Nia makin serabut. Fikirannya terus bercelaru. Sudah hampir seminggu dia tidak mengendahkan Ash. Sekali – sekala ada dia ternampak kelibat Ash yang masih terhincut – hincut datang ke kelas. Hatinya menjerit - jerit mahu bertanya khabar namun seperti ada sesuatu yang menyekatnya.

Nia masih tidak dapat memberi kata putus kepada Ash. Perbuatan Redzal padanya dulu masih menghantui dirinya. Bermacam persoalan bermain di fikirannya. Macam mana kalau Ashykal juga seperti Redzal? Dia takut jika persahabatan mereka yang baru terjalin ini musnah jika hatinya menerima Ashykal sepenuhnya kerana dia tersangat senang dan suka berdampingan dengan Ash. Dia takut dengan perubahan yang bakal mendatang jika dia membuka hatinya kepada Ash. Dia mahu menerima Ashykal tetapi…Argh! Ini semuanya gara – gara Redzal. Disebabkan dia, aku jadi ragu – ragu dengan lelaki. Damn you Redzal!
Nia akhirnya memberanikan diri untuk menelefon Ash. Tidak lama dia menunggu apabila suara Ash terus menyapa pendengarannya.

“ Aku ingatkan kau dah tak nak kawan dengan aku. Seminggu kau abaikan aku, Nia…”

Nia tidak mengendahkan apa yang baru dikatakan Ash tadi. Dia harus fokus. Ada perkara lain yang harus diberitahu kepada Ash. “ Erm…Kaki kau sakit lagi ke? Tak jumpa doktor ke?”

“ Dah dua kali jumpa, second time jumpa sebab nak ambil ubat lagi. Bengkak tak surut – surut. Ini pun aku kat klinik lagi.”

“ Eh, kau buat apa lagi kat klinik?” Tanya Nia lagi.

“ Hehehe…Segan pulak nak beritahu.”

“ Hish, gedik la kau ni. Sejak bila pulak jadi penyegan ni? Beritahu jelah.”

“ Hehehe… Aku kat klinik sebab doktor nak cucuk aku.” Beritahu Ash pula.

“ Lah, itu je? Ingatkan apa la tadi sampai nak segan.” Tukas Nia semula.

“ Masalahnya, doktor nak cucuk aku kat bontot ni hah…” Nia terus menekup mulut.

“ Hah, Ketawa...Ketawa…Kelakar sangat kan? Aku pun dah naik segan tapi nak buat macam mana kan? Aku tengah berkain pelikat ni, lepas ni, nak landing sekejap kat sini pulak. Hoho, ada alasan ponteng kelas…”

“ Kenapa pulak nak kena tidur kat klinik tu pulak? Balik jelah bilik, dekat je kan?”

“ Tak, masalahnya…Doktor ni nak tengok bengkak kat lutut aku ni after dua jam dia suntik, so nak senangkan cerita, dia suruhlah aku tidur sini.”

“ Bunyi macam serius je sakit kau ni, padahal kau salah menggeliat aje. Dah beritahu parents kau?”

“ Dah, nanti cuti ni ibu aku ambil, nak bawa aku jumpa pakar kat sana. Kau tahu kan ibu aku macam mana…”

Nia mengangguk – angguk. Selalu juga Ash menceritakan perihal keluarganya. Meskipun Ash adalah anak ketiga dari lima beradik, tetapi disebabkan dia selalu dan mudah jatuh sakit, dialah yang sering mendapat perhatian lebih dari ibunya. Sampai nak sambung belajar ke Mesir pun ibunya melarang.
“ Erm…Ash, pasal hari tu, kau tahu kan kisah aku dengan Redzal? Aku…Aku…”

Never mind Nia…You take as much time as you need. I’ll will always wait for your answer…” Tenang Ash berkata – kata.

“ Ash, aku…”

“ Erm, dengar cerita kau nak pergi London, betul ke?” Ash cepat – cepat memotong. Dia tidak mahu Nia terbeban dengan permintaannya pada hari itu dan memberikannya jawapan yang terburu – buru.

“ Eh, mana tahu ni?” Nia sudah terkejut.

“ Aku tahu banyak pasal kau Nia, kau aje yang tak tahu…Hehehe…”

“ Hish, kau ni! Macam stalker dah bunyinya.”

“ Aku stalk kau je…” Ash tersengih lagi.

“ Ash, aku janji lepas aku balik dari London, aku bagi jawapan yang kau nak tu…Okey?”

“ Kau pasti kau akan beri jawapan yang aku nak, Nia?” Ash cuba bermain kata dengan Nia.

“ Ash, don’t push it or aku tak nak cakap dengan kau sampai bila – bila.” Nia sudah mula mengugut.

“ Okey…Okey…Fine. Jangan seksa aku macam tu Nia. Ini seminggu pun, aku bagai nak naik gila dah.”

“ Hah, tahu pun. So, jangan nak mengada – ngada okey. Eh, aku nak pergi kelas dah ni. Babai! And take good care of yourself!” Dan Nia terus memutuskan talian. Ash pula termangu sendiri. Tidak sempat dia mahu menyambung kata.

“ Laju betul perempuan tu kalau bab nak mengelak!”

Nia tersenyum puas. Rasa ringan hatinya sekarang kerana sudah memberitahu apa yang perlu kepada Ash. Sekarang, dia hanya perlu menumpukan perhatian kepada kelas dan final exam yang tinggal lagi dua minggu. Selepas itu, London! Here I come! And Redzal, you just wait. Aku datang nak bayar hutang. Dan Ash, I’ve already have an answer for that but I’ll just wait for final confirmation after London. Thank you Ash, for really understanding me and giving me time...

“ Nia! Cepatlah! Tunggu apa laginya tu!” Zati sudah menjerit memanggilnya.

Yes, coming!”

~~~~~~~

            NIA, kau tak dengar cerita apa – apa ke dari Ash?” Amni sudah tidak dapat menahan lagi perasaan ingin tahunya. Sudah kecoh di kalangan batch mereka cerita tentang Ashykal. Mungkin melalui Nia, dia akan mengetahui cerita yang lebih lanjut dan tepat.

            “ Tak sampai seminggu lagi kita balik, so aku tak sempat nak buat apa – apa. Kalau nak pergi kelas pun, tak ada terserempak dengan dia. YM pun tak and call pun tidak. Kenapa kau tanya? Ada apa – apa ke?”

“ Aku harap kau sabar ek, dengan apa yang aku nak beritahu kau ni.”

“ Hish, kau ni Amni. Tiba – tiba cakap macam ni, macam ada orang mati aje. Janganlah main – main.”

“ Nia, aku betul – betul ni. Ada benda aku nak cakap pasal Ash ni…”

Jantung Nia terus berdetak resah bila nama Ash disebut. Terus dia mengadap Amni untuk mendengar apa yang bakal roomatenya itu ceritakan.

“ Tadi, Dr. Singh ada masuk kelas aku. Kau tahu kan dia Director of Undergraduates jugak kan…”

Nia segera mengangguk.

“ Dia cerita yang tadi ada parents of one student of Mechanical Engineering datang. Parents student tu datang sebab nak beritahu yang anak dia orang terpaksa tangguhkan pengajian sebab disahkan mengidap kanser tulang and student tu nama dia…Nama dia Ashykal…”

Nia bingkas bangun! Telefon dicapai dan terus dia meluru keluar.

“ Nia! Kau nak ke mana tu?” Jerit Amni apabila melihat Nia terburu – buru keluar.

Just leave me alone! I need time!” Dan Nia terus berlari keluar. Dia masih tidak mempercayai akan apa yang baru didengarinya tadi. Ash? Kanser tulang? Ya Allah, dugaan jenis apakah ini, Ya Allah! Nia menangis sepuas hatinya. Sekali – sekala, dia cuba mendail nombor Ash, namun tetap tidak beroleh jawapan.

~~~~~~~

             SUDAH hampir lima bulan Nia tidak mendengar khabar dari Ashykal. Dia cuba mendengar cerita Ash dari kawan – kawan satu course Ashykal. Memandangkan tidak ramai yang mengetahui perkaitan dia dengan Ash, tidak ada antara mereka yang mahu melibatkan dia dalam segala perkembangan Ash. Nia hampir berputus asa. Jika Ash sendiri sudah menolak dirinya, apa lagi yang mampu dia lakukan. Dia penat sudah mahu menanya khabar Ash dari orang lain dan bukan dari Ash sendiri. Mahu gila rasanya tetapi satu panggilan pada awal bulan Mei mengembalikan semula kegembiraan di hati Nia.

            “ Hai, awak! Dengar cerita dah ada pakwe baru. Megat ek nama dia?”

            Ash! Hati Nia menjerit gembira. Air matanya tumpah kerana terlalu suka mendengar suara Ash.

            “ A’ah, nama dia Megat. Youlah, tinggalkan I macam tu aje. I pun cari yang lainlah.”

            “ Erm…Sampai hati you kan! Tak call pun I. Sms pun tidak. Lama tau I tunggu.” Balas Ash semula dengan suara yang melirih. Konon – kononnya berjauh hati.

            “ Eh, I pulak! You tu! I call, I sms, tapi pernah ke you angkat? Balas mesej I? I ni macam orang gila tau fikirkan you tu…You okey ke tak? You sakit macam mana? How’s  your treatment going… Tapi kau…Kau…”

            “ Eh, eh…Nia! Kau menangis ke?”

            Of course aku menangis! Aku macam orang gila tau fikirkan kau!”

            “ Nia…Please, jangan nangis. Sorry, aku tak niat pun nak buat kau macam tu. Tapi…Tapi aku perlukan masa. Aku terkejut sangat waktu aku dapat tahu. Aku tak beritahu pada siapa – siapa pun…”

            “ Habis tu, kau macam mana dah sekarang?” Tanya Nia lagi sambil dia masih tersedu – sedan.

            “ Kalau ye pun nak tanya, kesatlah dulu air mata tu…Hingus pun dah nak meleleh dah tu…”

            Nia tertawa sendiri. Tahu aje si Ashykal ni. Tengah sakit tu pun, still nak kenakan orang!          

            “ Nia…” Lembut suara Ash memanggil Nia kali ini.

            “ Apa?!” Nia sengaja menjawab dengan suara gagahnya.

            “ Aku sayangkan kau. Sayang sangat – sangat. Walau apa pun yang terjadi lepas ni, aku tetap sayangkan kau, sepenuh jiwa aku!” Ashykal meluahkan isi hatinya dengan begitu ikhlas. Terlalu lama dia memendam rasa dan terlalu lama juga dia menjauhkan diri dari Nia.

            Nia menyapu air matanya yang belum mahu berhenti. “ Gelilah kau ni! Jiwang pulak!”

            “ Apa – apalah Nia ooi…Jiwang ke, sawang ke…Yang penting, aku dah cakap apa yang sepatutnya aku beritahu kau lama dulu.”

            “ Thanks Ash, for everything…For telling me all this…And I want to give the answer to your proposal before. I want to say yes!”

            “ Sayang, after apa yang aku cakap tadi, kau ingat aku tak dapat agak ke jawapan kau? Alahai Nia…Kau ni, kelakarlah…” Ash tidak dapat menahan lagi. Terburai tawanya di situ.

            “ Ashykal!”

~~~~~~~~

            SUDAH ramai yang mengucap selamat kepadanya. Ya, hari ini adalah hari lahir Nia tetapi hanya ucapan dari seseorang sahaja yang paling dia harapkan, Ashykal. Tahun lepas, mereka bersarapan sama di pagi hari lahirnya tetapi tahun ini, Nia dan Asykal masing – masing berada di rumah masing – masing.

            Nia melihat jam di dinding biliknya. Sudah hampir pukul dua belas malam tetapi masih lagi tiada call ataupun sms dari Ashykal. Sudah lupakah Ashykal pada hari jadinya? Tetapi hati Nia terus melonjak gembira apabila lagu Maroon 5, She Will Be Loved berdendang dari phonenya. Laju sahaja dia menjawab.

            “ Hai Nia sayang, how are you? Happy birthday dear…” Ashykal mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menelefon Nia hari ini. Sepanjang sebulan ini, penyakitnya sudah semakin kritikal dan dia terpaksa diletakkan dalam pengawasan rapi doktor tetapi tidak satu pun diceritakan kepada Nia. Dia tidak tahu berapa lama lagi dia akan hidup tetapi dia mahu membebankan Nia dengan penyakitnya. Biarlah dia sendiri yang menanggungnya.

            “ Ingatkan dah lupa. Nasib baik ingat! Erm…Mana teddy bear yang kau janjikan tahun lepas. Kata tahun ni nak tebus.”

            Sorry, still tak dapat tunaikan tahun ni. Sorry sangat – sangat…” Suara Asykal kedengaran sebak pada pendengaran Nia. Serta – merta Nia dihurung rasa bersalah. Dia sibuk hendakkan hadiah sedangkan dia tahu yang Ash sedang sakit dan menjalani rawatan.

            “ Eh, takpe! Aku gurau je. Kau wish ni pun aku dah suka sangat tau! Macam mana dengan treatment? Okey?”

            “ Erm…Okey aje. Alhamdullillah.” Serentak itu, air mata Ashykal mengalir keluar dari kelopak matanya. Dia melihat kaki kanannya yang sudah dipotong sehingga paras lutut untuk menghalang kansernya merebak tetapi semuanya sudah terlambat. Okeykah dia selepas apa yang terjadi? Sudah tentunya tidak… Tetapi Nia tidak perlu tahu semua itu.

            “ Boleh aku nak datang lawat kau?” Nia mencuba nasib lagi. Sudah banyak kali dia meminta sebelum ini, namun tidak pernah Ashykal membenarkan.

            “ Jangan Nia!” Seperti yang sudah dijangka Nia, Ashykal masih tidak mengizinkan dia untuk melawat.

            “ Tapi kenapa?! Dah berapa lama tak jumpa kau. Nak ber’web-cam’ pun kau tak mahu.”

            Ashykal mendengar sahaja aduan Nia itu. Sebenarnya dia tidak mahu Nia melihat dia dalam rupa sebegini.  “ Nantilah Nia. InsyaAllah, suatu hari nanti kau lawatlah aku ek.”

            “ Erm…Okey.” Balas Nia semula. Malas mahu memanjangkan hal itu lagi.

            “ Nia, ibu aku dah bising ni. Dia suruh aku rehat dah. Nanti – nanti kita cakap semula ye..”

            “ Eh, janji tau!”

            “ InsyaAllah, kalau dipanjangkan umur. Take care dear. Bye! Assalamualaikum…”

            Dah itulah kali terakhir Nia mendengar suara Ashykal.

~~~~~~~

            NIA sedang asyik menonton Music Bank di KBS World apabila telefonnya bergetar, menandakan ada mesej yang masuk. Nia segera membaca mesej dari kawannya, Ina.

            Kepada sahabat2 muhammad ashykal, diharap dpt menghalalkan mkn minum dan segala kesalahan yg telah beliau lakukan kepada anda. Kami mengharap teramat kemaafan dari anda. Ashykal skrng tenat sgt. Tlg sampaikan mesej ni pd rakan2 yang mengenali beliau. From, keluarga ashykal.

            Menggeletar seluruh tubuh Nia selepas membaca mesej itu. Air matanya mula bergenang. Hatinya seakan direntap. Jantungnya berdegup pantas. Dia segera bangun dan berjalan menuju ke biliknya, tidak mahu adiknya nampak keadaannya sekarang. Dia diam di atas katil dan hatinya tidak putus - putus berdoa untuk keajaiban berlaku. Ashykal sendiri pernah memberitahunya yang dia semakin sembuh jadi apa pula semua ni? Ashykal tenat?! Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini.

 Tidak lama kemudian, telefon Nia bergetar lagi. Dia takut untuk membaca mesej yang baru datang itu tetapi sampai bila dia harus mengelak? Perlahan – lahan dia mencapai telefon yang diletakkan di atas meja belajarnya tadi.

            Salam, shbt kita Ash dah kembali ke rahmatullah. Sama2 sdkhkan alfatihah kpdnya. Esok pagi akan diadakn majlis pengebumian di kediamannya.

            Air mata Nia turun dengan lebatnya. Dia menangis semahu – mahunya. Tidak tahu mahu mengadu kepada siapa lagi dan telefonnya tidak henti – henti berbunyi. Dia tahu itu adalah dari kawan – kawannya yang tahu tentang hubungan dia dengan Ashykal. Tetapi dia tidak mampu hendak menjawab semua itu lagi. Hanya satu orang sahaja yang akan memahami dirinya sekarang. Nia mengambil telefonnya kembali dan segera dia mendail nombor yang sudah lama tersemat di memorinya. Dia tidak menunggu lama apabila panggilannya terus disambung.

            Dengan nada yang teresak – esak, “ Ma, Ash dah meninggal, ma…” Dah, kepada ibunya, Nia meluahkan rasa sedih di hatinya.

~~~~~~~

            SUDAH seminggu Ash meninggalkannya dan sekarang dia harus pulang ke kampusnya semula kerana semester baru akan bermula. Segala kenangan Nia bersama Ash masih segar di ingatannya. Nia tidak pernah lupa untuk menyedekahkan Al – Fatihah kepada arwah namun air matanya masih juga belum mahu kering. Sebelum tidur, dia akan menangis apabila mengenangkan tiada lagi mesej – mesej atau panggilan yang akan datang dari Ash dan setiap kali dia bangun pada hari seterusnya, dia harus mengingatkan dirinya yang Ash sudah tiada lagi. Ya Allah, hebatnya dugaanMu ini…

~~~~~~

            NIA, Izwan suruh aku berikan benda ni pada kau. Katanya, ini pesanan arwah Ash.” Bungkusan kecil di tangan Ina bertukar tangan. Nia tidak berkata apa selain menampal senyuman di bibir, tanda berterima kasih.

            Nia terus duduk di atas katilnya. Beg dan buku – bukunya diletak di kaki katil. Dia melihat bungkusan yang diberi oleh Ina tadi. Matanya mula bergenang lagi. Ingatannya terus kembali kepada Ash.

 Perlahan – lahan dia membuka bungkusan di tangannya itu dan mengeluarkan isi di dalamnya. Sebiji teddy bear dan sepucuk surat. Tersenyum dia melihat teddy bear itu. Dia membuka sampul surat itu dengan cermat supaya tidak mengoyakkan isi dalamnya. Air mata Nia terus mengalir laju apabila membaca baris pertama surat dari Ash.

            Hai Nia…Peace!

Comel tak teddy bear yg aku belikan tu? See, aku tak lupalah janji aku tapi sorilah x dpt nk kasi live kat ko tp macam ini pun oklah kan…hehehe…

Macam mana kau skrng? Rindukan aku ek? Hehehe… I miss u 2 dear…

Sori sb x beritahu kau hal yg sebenar tp aku nak kau simpan kenangan kita dengan gmbrn aku waktu aku sihat, wktu aku tgh hensem aje…sb tu aku x nk kau lawat aku waktu aku sakit…aku sgt x hensem waktu aku sakit…takut kau lari pulak bila nmpk aku macam tu…

Nia tertawa sendiri. Sempat lagi tu! Perasan tak habis – habis!

Nia, aku tau yg kau dah buat apa yg kau nk wktu kau pergi London dulu kan? sb tu kau terima aku kan? Tahu x, suka sgt aku wktu kau cakap ya dulu tu…Rasa mcm kat awang – awangan gitu…

            Tapi Nia, jgn sedih – sedih ye wktu aku dah xde nanti…Jangan lupe
sedekahkan Yassin dan Al-fatihah untuk kawan kau yg sorang ni…And kau nak sgt kan melawat aku, so jgn lupe ziarah aku nanti…Hanya Allah aje yg boleh balas jasa kau nanti…

Aku harap suatu hari nanti kau akan jumpe lelaki yg akan buat kau bahagia…Macam yg aku buat, well at least I think I make u hapy…kau hepy x kwn dgn aku?! Hehehe….Sb aku hepy sgt sepanjang aku berkawan dgn kau…Hope, kau pun rase mcm tu jugak…

Nia terangguk – angguk sendiri. “ Happy sangat. Aku bersyukur sangat dapat berkawan dengan kau, walaupun sekejap sahaja…”

Final words from me, jgn lupekan aku n terima kasih sb sudi berkawan dgn aku, Nia…belajar rajin2 n semoga berbahagia….

p/s : aku tahu kau akan selalu rindukan aku, tp jgn menangis ye…ubt hati
        yg sedih tu dgn selalu mendekatkan diri padaNya

                                                                                                            Ikhlas,
                                                                                                            Ash…

            Entah mengapa, hati Nia berasa lega selepas membaca surah dari Ash itu. Seakan suatu beban sudah hilang dari pundaknya. Nia menoleh pula melihat boardnya di kanan katil. Artikel yang dilihatnya sewaktu penerbangan pulang dari London dahulu ada tertampal di situ.

Jika Redzal itu adalah SEASON, maka Ashykal adalah REASONnya.


            When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you
have expressed.
They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance
and support, to aid you PHYSICALLY, EMOTIONALLY, or SPIRITUALLY
They like a godsend and they are.
They are there for the REASON you need them to be.

Then, without any wrongdoing on your part or at inconvenient time, this person
will say or do something to bring the relationship to an end.

Sometimes, they pass away. Sometimes, they walk away. Sometimes, they act up
and force you to take a stand.

What we must realize is that our need has been met, your desire fulfilled, their
work is done.

The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.


ASHYKAL…” Nia menyapu air matanya yang tumpah lagi untuk kesekian kali.

“ Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari kisah hidup aku…”

~~~~~~~
                       



No comments:

Post a Comment