Sunday, November 7, 2010

Cinta Bertandang Lagi 18

BAB
18

*  Sampai Syurga…


“ ABANG selalu dan akan sentiasa sayangkan Sarrah, sampai bila - bila.” Bayangan Zaid Izlan yang berpakaian serba putih berdiri di hadapannya. Senyuman terukir di bibirnya sambil matanya terus menatap Sarrah dengan pandangan yang sayu.

Sarrah cuba mengejar namun bayangan itu semakin menjauh dan perlahan – lahan menghilang.

“ ABANG!”

Jeritan Sarrah mengejutkan Naym dan Iman yang dari tadi setia menunggu adik mereka untuk sedarkan diri.

Lan juga yang dipanggilnya. Naym segera memandang ibunya, memikirkan cara untuk menghadapinya adiknya itu.

Puan Larasati menyeka air matanya. Ya Allah, hebatnya dugaanMu. Suaminya pergi mengejut, meninggal dalam tidur. Dan kini, Zaid Izlan…

“ Adik, abang ada kat sini. Jangan takut. Abang ada di sini.” Naym memegang tangan adiknya, cuba menenangkan Sarrah sambil cuba memberikan sokongan kepada adiknya itu.

“ Abang, mana abang Lan? Kenapa…kenapa Sarrah ada kat sini? Mana abang Lan, Sarrah nak jumpa abang Lan.” Bertubi – tubi soalan muntah dari mulut Sarrah namun satu pun tidak mendapat balasan. Dia memandang ibu dan kakak iparnya namun mereka juga sekadar menundukkan kepala mereka. Sarrah gelisah. Dia tidak faham dengan apa yang terjadi dengan dirinya sekarang.

“ Sarrah sayang, bawa mengucap nak. Ingat tuhan banyak – banyak.” Puan Larasati pula cuba memujuk anaknya itu.

“ Kenapa ni ibu? Kenapa semua orang macam ni? Sarrah tak fahamlah. Sarrah nak jumpa abang Lan, mana abang Lan?” Sarrah bertanya lagi namun nada suaranya mula berubah sedikit. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang mereka semua cuba sampaikan kepadanya.

“ Abang, abang Lan mana? Kak Iman?”

“ Adik, Lan dah tak ada nak, Lan dah tak ada...” Sayu ibunya memberitahu anaknya itu. Air matanya mula menitis.

“ Ibu tipu!” suara Sarrah memetir.

“ Abang Lan mana boleh tinggalkan Sarrah. Dia dah janji nak balik. Dia mesti balik! Dia takkan tipu Sarrah!” Sarrah terus memberontak. Akalnya tidak dapat menerima berita yang disampaikan oleh ibunya itu.

Tak mungkin! Tak mungkin Lan tinggalkan dia.

“ Adik! Ingat dik. Lan dah meninggal tiga hari lepas. Adik sendiri yang pergi buat pengecaman mayat dia dulu. Adik sendiri yang menghantar dia ke tanah perkuburan. Adik tengok semua tu. Takkan adik dah lupa?!” Naym menjawab dengan suara yang tinggi juga. Dia mahu menyedarkan adiknya itu. Adiknya itu perlu belajar menerima hakikat walau sepahit mana pun hakikat itu. Dia tidak akan dapat terus lari dari perkara ini buat selamanya. Kenyataannya, suami adiknya itu,  Zaid Izlan memang sudah meninggal dunia!

“ Abang tipu! Abang tipu….Sarrah tak percaya. Abang sengaja tipu Sarrah….” Ronta Sarrah lagi. Dia menutup telinganya. Dia tidak mahu mendengar kata – kata abangnya itu. Abangnya sengaja mahu mengusik dirinya. Dia tahu abangnya itu tidak serius.

Abang Naym sengaja nak main – main dengan aku.

 Namun akal fikirannya seperti tidak bersetuju sahaja dengan pendapat hatinya. Suara dan raut muka abangnya tidak menunjukkan bahawa abangnya itu sedang bergurau malahan muka ibu dan kak Iman pun sama. Muka dia orang semua tidak menunjukkan yang mereka sedang bergurau.

“ Abang tipu Sarrah……Semua orang tipu….. Bagi balik suami Sarrah. Bagi balik suami Sarrah. Sarrah nak abang Lan…” Sarrah mula menangis semula. Dia rebah di dalam pelukan abangnya, mengongoi menangis semahu - mahunya.

“ Sar…rah nak…nak…abang Lan…Sar…rah…tak..kuat…Jangan…ting…tinggal Sarrah…” Sarrah tersedu sedan. Perasaannya tak terkeluar dengan kata – kata.

“ Tak apa adik…Let it all out….Abang ada kat sini.” Lembut suara Naym cuba memujuk. 

Esak Sarrah semakin kuat.

“ Sarrah masih teringatkan abang Lan…” Sayu Sarrah bersuara.

“ Abang Lan…” Wajahnya disembamkan ke dada Naym. Sarrah  menangis sekuat hatinya. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi kenyataan itu lagi sekali. Serentak dengan itu, segala yang terjadi padanya mula menjengah kotak fikirannya semula.


“ SARRAH, mari ikut abang pergi hospital. Ada hal sikit.” Naym menarik adiknya dan terus mereka memboloskan diri masing – masing ke dalam kereta. Sarrah hanya mengikut sahaja tanpa banyak soal. Kalau tak nak ikut pun, terpaksa juga sebab dah kena tarik pun. Mujurlah pakaiannya boleh juga dibuat tontonan umum. Sengaja dia mendandan dirinya tadi untuk menyambut kepulangan Zaid Izlan. Dia ingin tampil cantik di hadapan suaminya itu. Tak kisahlah jika dia perlu menemani abangnya ke hospital. Mungkin hanya sekejap sahaja mereka ke hospital dan selepas itu mereka akan terus bergegas untuk pulang semula.

Naym memandang adiknya yang asyik melayan perasaan dengan melihat pemandangan melalui tingkap Nissan Muranonya. Kalaulah adiknya itu tahu apa yang terjadi, mesti dia tidak akan berlagak setenang ini.

Naym pening! Dia tidak tahu bagaimana dia hendak memberitahu berita itu kepada adiknya itu. Semestinya perkara itu akan memberikan tamparan yang besar jika perkara itu benar – benar terjadi, lebih – lebih lagi dalam keadaan adiknya yang sedang berbadan dua itu.

“ Doktor Naym, helikopter dah menunggu di bahagian bumbung hospital. Saya akan iringi doktor sampai ke atas.” Seorang pengawal merapati mereka sebaik sahaja Nissan Muranonya memasuki lobi hospital. Naym hanya mengangguk, faham dengan apa yang baru didengarinya itu.

“ Abang, ada apa ni?  Kenapa kecoh – kecoh ni? Helikopter? Kenapa sampai ada helikopter pulak ni?” Sarrah pelik kerana tiba – tiba pula ada helikopter. Macam ada kecemasan negara aje.

“ Kita nak pergi mana ni sebenarnya? ” Tanya Sarrah kepada abangnya sementara abangnya masih menarik tangannya.

“ Abang, kita kena balik cepatlah sebab nanti abang Lan nak balik pulak. Adik nak sambut dia nanti. Dia dah cakap semalam yang dia sampai tengahari ni so adik nak tunggu dialah. Adik tak nak pergi mana – mana. Jomlah balik. Kita balik ye?” Sarrah memberitahu kepada abangnya lagi. Mungkin abangnya lupa yang Zaid Izlan akan pulang hari ni untuk kenduri arwah baba namun kata – katanya tidak mendatangkan sebarang kesan. Naym masih lagi memegang tangannya dan menarik supaya terus mengikut.

“ Abang…” Meleret suara Sarrah memanggil abangnya itu namun apa dayanya mahu melawan.

Dalam terpaksa, Sarrah terpaksa menurut. Dia hanya mengikut sahaja langkah abangnya itu namun sekarang dia mulai bingung. Dia bingung dengan apa yang sedang terjadi di sekelilingnya sekarang ini. Ke mana mereka hendak pergi sebenarnya?

Langkah abangnya semakin laju sehingga dia mulai mengah. Tercungap – cungap dia, cuba mengikut langkahan abangnya yang laju namun akhirnya dia terpaksa mengalah juga. Dia terpaksa berhenti dan dengan segera dia melepaskan pautan tangan abangnya. Dia perlu berhenti untuk mengambil nafas.

We’re going to Sarawak. I tell you more after this. Please, not now! Mari ikut abang!” Naym kembali menarik tangannya semula.

Sarrah mematikan niatnya untuk bertanya lebih lanjut apabila mendengar abangnya berkata demikian. Nampaknya, terpaksalah dia bertahan untuk sedikit waktu lagi.

 Belum sempat pun dia bertanya, abangnya telah mematikan ayatnya terlebih dahulu. Tetapi Sarawak?

Jantung Sarrah bagai disentap. Sarawak?! Zaid Izlan ada di sana! Kenapa dengan dia? Ada apa – apa ke yang terjadi pada dia?

“ Abang, kenapa Sarawak? Ada apa – apa jadi pada abang Lan ke?” Sarrah bertanya pada abangnya.

“ Abang?” Sarrah memandang wajah abangnya namun abangnya masih juga diam.

Hati Sarrah mula tidak berasa tenang. Perjalanan ke Sarawak yang mengambil masa sejam lebih itu dirasakan terlalu lama. Sarrah tidak sedap hati. Dia ingin segera sampai ke Sarawak. Dia ingin berjumpa dengan suaminya dan memastikan sendiri keadaan suaminya itu.


HELIKOPTER yang mereka naiki mendarat di atas sebuah bangunan yang kelihatan seperti hospital. Hati Sarrah semakin kurang senang. Kakinya berat untuk terus melangkah namun abang Naym terus memimpin tangannya. Mereka berdua terus melangkah dengan ditemani oleh beberapa lelaki yang berpakaian segak, berkot hitam dan dengan jelas lambang PETRONAS tertera pada pin tali leher mereka. Sarrah membuat andaian bahawa mereka ini juga adalah kakitangan PETRONAS seperti suaminya juga tetapi di mana Zaid Izlan? Kenapa dia tidak berada bersama – sama mereka ini?

Mereka sampai ke wad kecemasan. Keadaan yang agak kelam kabut di situ tiba – tiba merimaskan Sarrah. Dia tidak pernah suka untuk ke hospital kerana baginya tempat itu adalah tempat yang tidak baik dan menyeramkan. Pelbagai perkara buruk yang berlaku di sini. Meskipun bukan pada dirinya tetapi berlaku kepada orang lain. Dia tidak berasa senang untuk berlama – lamaan di sini. Kalau boleh, dia mahu segera meninggalkan tempat ini namun abang Naymnya menghalang dia dari berbuat demikian. Dirinya awal – awal lagi sudah dikunci dan dia tidak dapat melepaskan diri walhal telah banyak kali dia mencuba.

“ Hai, I’m Doktor Naym and this is my sister, Sarrah. Kami ke sini untuk proses pengecaman mayat.”

Kata – kata terakhir abang Naym bagaikan halilintar yang membelah corong pendengaran Sarrah.

Mayat?

“ Abang, mayat siapa kita nak kena cam ni? Sarrah tak nak masuklah. Abang masuk sorang – soranglah!” Sarah menarik tangannya dari pegangan abangnya. Seram dia jadinya apabila mendengar perkataan mayat. Lepasnya hanya sekejap. Laju sahaja tangan abang Naym menangkap pergelangan tangannya semula. Pegangan abangnya itu ternyata amat kejap. Dia tidak mampu untuk meloloskan tangannya meskipun abangnya itu masih bercakap – cakap dengan doktor yang berada di situ. Pegangan abangnya ternyata amat kejap. Langsung tidak dapat dilepaskan tangannya.

“ Abang! Kenapa ni? Lepaslah! Apa pegang – pegang ni?! Adik tak sukalah!” Sarrah terus meronta minta dilepaskan namun abangnya masih tidak mahu melepaskannya.

 “ Abang! Adik cakap adik tak nak, adik tak naklah! Susah sangat ke abang nak faham?!” Sarrah mula menangis sementara terus berusaha melepaskan diri dari abangnya. Dia tidak suka dengan apa yang sedang berlaku ini. Dia berasa sangat tidak selesa. Dia tidak suka untuk berada di dalam situasi sebegini.

“ Abang, adik mengandung ni. Tak eloklah masuk tengok benda – benda macam tu. Abang…pleaselah, adik tak nak masuk dalam sana tu. Please…” rayu Sarrah lagi pada abangnya. Dia merengek lagi minta dilepaskan. Dia tidak peduli lagi biarpun tindakannya itu mula mengundang mata – mata di sekeliling ke arah mereka. Dia tidak mahu masuk ke dalam bilik itu! Dia tidak peduli! Yang pasti dia tidak sesekali ingin menjejakkan kaki ke tempat itu. Biarlah abangnya sahaja yang melakukannya.

“ Sarrah!” suara Naym memetir.

“ Masuk, ikut abang. Kita kena cam sama ada mangsa di dalam tu adalah Lan ataupun tak.” Lembut semula suara Naym, cuba memujuk adiknya. Kehadiran adiknya amat penting dalam proses pengecaman kerana adiknya itu adalah isteri kepada Zaid Izlan.

“ Abang…adik takut.” Sarrah terpaksa mengalah. Badannya mulai lemah longlai. Lututnya terasa lembik. Dia tidak mampu untuk terus melangkah, dia takut dengan apa yang bakal dihadapinya nanti.

Naym memimpin adiknya masuk ke bilik mayat. Perlahan – lahan Sarrah melangkah, mengharapkan dia akan sedar dari mimpi ngeri ini namun abangnya terus membawa dia memasuki bilik mayat tersebut dan dia dibawa menghampiri sekujur tubuh yang diselimuti dengan kain putih.

Sarrah memaut kejap lengan abangnya dan melindungi mukanya di belakang bahu abangnya yang agak bidang itu. Dia tidak mahu melihat mayat itu. Tak kisahlah walau siapa pun orangnya.

Seorang atendan hospital menyelak kain putih yang menutupi tubuh itu. Dibuka kain itu sehingga ke paras bahu mangsa.

Situasi itu tidak lagi asing pada Naym. Perkara itu memang sudah biasa dihadapinya. Sebagai seorang doktor, dia sudah biasa dengan keadaan ini namun kali ini perasaannya amat berbeza. Mayat dihadapannya ini bukanlah orang asing pada dirinya.

“Encik, kami perlukan pengesahan isteri kepada mangsa. Sila minta dia melakukan pengecaman untuk membolehkan kami melakukan prosedur – prosedur yang seterusnya,” pinta atendan yang berada di situ. Pengesahan Naym seorang sahaja tidak mencukupi. Dia memerlukan pengesahan orang yang paling rapat dengan mangsa dan dalam hal ini ialah Sarrah kerana Sarrah adalah isteri kepada mangsa.

“ Boleh tak kalau adik saya ini dikecualikan?” Naym tiba – tiba berubah fikiran.

“ Saya tak rasa dia mampu untuk melakukannya. Lagipun, dia hamil. Saya takut hal ini akan menjejaskan kesihatannya nanti.” Naym cuba meminta pengecualian untuk adiknya. Dia tahu ini mungkin tamparan yang terbesar untuk Sarrah dan ini mungkin tidak baik untuk diri adiknya yang sedang hamil itu. Dia takut jika adiknya itu tidak mampu menghadapinya.

“ Maaf encik, ini semua adalah prosedur. Saya tidak ada kuasa untuk mengubah apa – apa.”

“ Prosedur apa ni? Kenapa nak cerewet sangat! Cukuplah saya sebagai abang dia yang buat pengecaman!” Naym mulai berang.

“ Maaf encik, saya hanya menurut arahan dari pihak atasan. Lagipun, ini adalah prosedur khas. Kami hanya menjalankan tugas. Harap mendapat kerjasama yang sepenuhnya.” Petugas di situ menjawab dengan begitu tenang sekali, seperti sedikitpun tidak terusik dengan tengkingan Naym tadi. Mungkin dia sudah lali menghadapi situasi seperti ini agaknya.

Naym berisghtifar. Dia menarik nafas panjang. Tiba – tiba sahaja dia boleh naik angin di situ dan itu tak sepatutnya berlaku. Jika dia sendiri tidak kuat untuk menghadapi dugaan ini, pada siapa lagi adiknya ini mahu menggantung harapan kelak?

Naym mengeluh panjang.

“ Sarrah, tolong abang Sarrah. Tolonglah tengok arwah untuk kali ini aje.” Naym memujuk lagi dan dia membawa adiknya mengadap tubuh yang terkujur itu.

Dalam terpaksa, Sarrah membuka matanya dan serentak itu juga dia terjelepuk ke lantai.

“ Abang! Kenapa dengan abang Lan? Kenapa dia macam tu?” jerit Sarrah sekuat – kuatnya. Dia terus dapat mengecam wajah yang membiru itu. Meskipun mukanya penuh dengan luka kebakaran, namun dia masih mampu mengecam rupa suaminya itu. Parut di kening kiri suaminya itu lagi mengesahkan gerangan tubuh yang kaku terbaring itu.
           
Naym memapah adiknya keluar dari  bilik mayat itu.

            “ Abang…apa semua ni abang......Kenapa semua benda ni nak terjadi pada adik? Adik tak kuat…abang…” Sarrah masih mengongoi di dalam pelukan abangnya.
           
“ Baba baru je tinggalkan adik, sekarang abang Lan pula. Macam mana lagi adik nak hidup lepas ni? Abang…..tolong adik….” rintihan Sarrah semakin kuat. Rintihan sayu Sarrah memedihkan hati Naym. Dia memeluk erat adiknya itu, cuba untuk memberikan kekuatan yang amat diperlukan oleh adiknya pada ketika ini. Sebak hatinya melihat adiknya itu.

Mengapa semua ini harus terjadi pada adiknya yang masih kecil ini? Mengapa mesti dia diduga sebegini hebat?

Ya Allah! Hebatnya dugaanMu ini….

“ Adik?! Adik?!” Naym mula memanggil Sarrah apabila dia tidak mendengar tangisan Sarrah lagi namun tiada jawapan.

Sarrah terkulai di dalam pelukannya.


NAYM  memandang adiknya yang masih lagi tidak sedarkan diri itu. Sarrah terpaksa dimasukkan ke wad kerana bimbang keadaannya pada masa ini akan mengancam kandungannya.

Naym melangkah keluar dan dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan pegawai penyiasatan nahas helikopter yang telah meragut nyawa adik iparnya dan juga penumpangnya yang lain beserta juruterbangnya sekali.

“ Erm…Saya Naym Mukhriz, salah seorang ahli keluarga yang terlibat dalam nahas helikopter di Miri. Boleh saya berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab dalam kes ini?” Naym bertanya pada salah seorang pegawai yang ada di situ.

“ Saya yang menguruskan kes itu. Ada apa – apa yang boleh saya bantu? Tapi sebelum itu, takziah dari saya,”

Erm…terima kasih. Encik….”

“ Mustapha.” Naym menyambut huluran tangan lelaki itu.

“ Encik Mustapha, boleh saya nak minta sedikit maklumat dari pihak encik tentang nahas ini? Itupun, jika encik boleh berkongsi maklumatnya dan saya amat menghargainya. Saya perlu tahu perkara sebenar yang menyebabkan nahas tersebut.”

“ Encik Naym, segala – galanya masih dalam penyiasatan tetapi apa yang dapat saya simpulkan setakat ini, nahas itu adalah disebabkan masalah cuaca selain mungkin disebabkan oleh juruterbang itu sendiri tetapi that human error is quite a minor one. The helicopter is being conducted in a very unsafed condition, that is during the heavy rain and all the lighting was there at that time. That is the most probable cause but still, everything is being investigated.”

Naym mengangguk – angguk sahaja mendengar penerangan yang diberi oleh pegawai itu.

“ Don’t worry, we’ll let you know if there any new development on the case. Sekali lagi, takziah saya ucapkan atas kehilangan keluarga encik,” Encik Mustapha menghulurkan tangan yang kemudian disambut oleh Naym.

Anyway Encik Naym, saya terpaksa pergi dulu. Ada perkara yang harus saya uruskan lagi. ”

“ Oh, okey, terima atas maklumat yang encik berikan tadi. It helps, a lot.”


“ DAN selepas itu, adik terus mendiamkan diri. Adik tak cakap apa – apa dengan siapa – siapa pun. Adik terus membatukan diri. Sepanjang upacara pengkebumian arwah, adik sedikitpun tidak menangis.”

“ Adik berlagak tenang sehinggalah arwah disemadikan namun abang tahu apa yang adik rasakan pada ketika itu.”

“ Tapi kenapa adik tahan?! Kenapa tak luahkan semua yang adik rasakan?! Kenapa nak pendam semua sakit adik tu?!”

Tiada apa yang mampu Sarrah ungkapkan. Hanya air matanya sahaja yang terus menerus tumpah.

Naym mengeluh lagi. Dia menceritakan semula kepada adiknya itu. Dia tahu adiknya itu sengaja mahu memadamkan memori pahit itu dari ingatannya namun tidak bermakna adiknya itu boleh melarikan diri dari perkara yang sebenar.

“ Semalam, adik tiba – tiba aje pengsan. Itu yang adik ada di sini. Mujur kandungan adik baik – baik sahaja. Doktor cakap adik tertekan sangat and you’re very weak. You did skip your meal, aren’t you?” Naym cuba meneka.

Sarrah hanya tunduk, diam.

Memang betul apa yang dikatakan abangnya itu. Dia seakan – akan lupa pada kandungannya itu kerana terlalu mengenangkan arwah suaminya.

“ Jagalah diri adik demi kandungan adik tu. Itu sahaja peninggalan arwah pada  adik sekarang.” Naym berpesan lagi.

“ Kalau adik tidak sayangkan diri adik tapi sekurang – kurangnya fikirkan anak adik itu. Adik mesti teruskan hidup demi anak dalam kandungan adik tu!” Puan Larasati pula bersuara. Pedih akan kehilangan suaminya masih belum lagi surut tetapi musibah lain pula yang melanda keluarganya. Demi anaknya itu, dia perlu menguatkan diri. Dia harus tabah demi anaknya ini.

Sarrah mengusap perutnya yang semakin membesar itu. Tidak berapa lama lagi dia akan melahirkan namun hatinya sayu. Anaknya ini awal – awal lagi sudah bergelar anak yatim dan dia pula…. Dia tidak lagi mempunyai seorang insan yang bergelar suami yang akan berada di sisinya sekarang.

“ Tapi tadi Sarrah mimpikan abang Lan.” Sarrah tiba – tiba bersuara semula, menarik semula perhatian seluruh kaum keluarga kepadanya.

 “ Sarrah mimpi apa?” Abangnya bertanya semula padanya.

“ Tak ada apa – apa sangat.” Sarrah cuba bernada biasa namun dia tetap tidak mampu menahan rasa.

“ Dia cuma cakap yang dia sayangkan Sarrah. Tu je.” Sarrah sebak semula. Air matanya menitis lagi.

Ya Allah hati! Kenapa lemah sangat kau hari ni?! Sarrah cuba menyeka air mata yang mula mengalir keluar namun akhirnya dia meraup muka sepenuhnya, menangis lagi buat kesekian kali.

Puan Larasati merapati lalu memeluk puterinya itu. Dia faham perasaan yang dilalui oleh anaknya itu. Terlalu muda untuk anaknya itu menerima dugaan dan ujian seberat ini namun Allah itu Maha Berkuasa. Tidak akan diuji umatnya itu dengan sesuatu yang tidak mampu dijalaninya. Terpulang kepada kita bagaimana kita mahu menghadapinya. Dia akan sentiasa menemani puterinya ini untuk menjalani dugaan Allah yang hebat ini.

“ Sarrah, ingat Allah sayang. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya nanti.” Puan Larasati cuba memujuk Sarrah yang masih lagi menangis dalam pelukanya.

“ Kita sama – sama doakan kesejahteraan baba dengan Lan. Moga – moga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kita buat macam tu ye sayang?” Puan Larasati masih tdak putus – putus memujuk puteri tunggalnya. Dia tahu dah amat memahami derita puterinya itu.

Sarrah mengangguk sahaja mendengarkan kata – kata ibunya.


RUPANYA bayangan abang tadi tu khayalan sahaja. Patutlah abang terus sahaja pergi tinggalkan Sarrah biarpun banyak kali Sarrah panggil tadi.

Abang sememangnya telah pergi, pergi untuk selama - lamanya. Abang dah tinggalkan Sarrah…

Seperti baba, abang pun pergi menyahut panggilan Ilahi dan Sarrah tahu yang Sarrah harus redha dengan semua ni. Sarrah  harus menguatkan diri demi baby Sarrah  ini.

 “ Sarrah janji yang Sarah akan jaga baby kita ni baik – baik dan Sarrah janji yang Sarrah takkan menangis lagi. You can count on me for this. Sarrah janji!” Sarrah membuat janji pada dirinya demi arwah suaminya.

Sarrah memasang nekad. Dia harus kuat. Dia harus bangkit.

* Sampai Syurga – Faizal Tahir

No comments:

Post a Comment