Tuesday, November 2, 2010

Kisah Kasih Mutiara 3

BAB
3


            “ AKAK! Betul ke apa yang Encik Tariq ni cakap?” Suara Tiara meninggi namun nadanya sudah seakan bayi yang merengek. Dia memandang muka Balqish mengharapkan yang Balqish akan memberikan jawapan yang ingin dia dengari.

            “ Apa yang Tariq beritahu Tiara?” Tidak tahu hujung dan pangkal, Balqish bertanya semula, tidak mahu terburu – buru  membuat andaian sendiri.

            “ Encik Tariq cakap yang kak Balqish ajak dia sekali balik kampung saya raya tahun ni… Tapi Tiara tak nak dia ada sekali! Apa ni kak?” Tiara seakan sudah mahu menangis gayanya. Baik tak payah sambut raya kalau mamat tarzan ni ada sekali. Baik kenduri arwah aje. Kenduri arwah aku! Sebab memang aku akan mati sakit hati kalau dia ada sekali. Hish! Tak nak!

            Balqish terus mengetap bibir melihat Tariq yang sudah mengekek ketawa. Hish! Dia ni pun satu! Tak habis – habis nak mengenakan Tiara ni.

            “ Mana ada akak ajak dia balik sekali. Sengaja dia nak kenakan Tiara tu…” Tukas Balqish semula sambil menjeling Tariq yang disebelahnya.

            “ Aduh…Aduh…Kau patut tengok muka dia Balqish, waktu aku cakap yang aku nak ikut dia balik kampung tadi. Hahaha…” Tariq menekan – nekan perut. Dia belum habis mentertawakan Tiara. Memang bestlah mengenakan si Tiara ni. Syok!

            “ Tapi, betullah ek akak nak ikut saya balik raya tahun ni?” Kali ini, Tiara terus berubah nada. Manja sambil menguis – nguis hujung baju Balqish.

            “ Sudi tak Tiara nak terima kehadiran akak dengan Chinta nanti? Kalau tak, tak apalah…”

            “ Eh, sudi…Sudi…” Cepat – cepat Tiara menjawab. “ Of course Tiara nak akak datang rumah. Tiara. Ramai – ramai baru best raya nanti. Hehehe…”

            “ Dah tu, saya ni, awak tak sudi terima ke? Boleh saya meramaikan lagi orang kat rumah awak tu. Kata best raya kalau macam tu…” Tutur Tariq lagi, masih mahu mengusik Tiara.

            Erk! Muka Tiara sudah merah padam macam baru lepas sembelit dua jam dalam tandas. “ Encik Tariq tak payah sibuk! Tak sudi saya nak jemput Encik Tariq balik kampung saya. Huh! Kalau kat mana – mana pun, raya ke tak, asal Encik Tariq tak ada je, mesti best!” Balas Tiara sambil terus memalingkan muka. Tak kuasa dia hendak menjemput mamat tarzan tu balik kampung dia sekali. Buat habis beras aje nanti.

            Tariq ketawa besar lagi. “ Eleh, saya pun tak nak balik kampung awak tu…Kalau raya, kampung saya lagi grand dari kampung awak tu…”

            Eh! Apakah?! Ceh! Cover linelah tu. Blahlah! Tiara pun sudah malas mahu melayan mamat tarzan itu merepek. Biarlah dia cakap sorang – sorang. Tak ada hasil layan dia tu.

            “ Akak, tak nak lunch? Jom makan sekali, laparlah…” Ajak Tiara lagi kepada Balqish. Mamat tarzan di sebelahnya diabaikan. Sengaja.

            Balqish sudah buat muka. Nyanyuk ke apa Tiara ni?! Tariq bantai gelak semula.

“ Hish, apa Tiara merepek ni! Kan bulan puasa ni! Apa nak lunch pulak ni…” Balas Balqis semula sambil ketawa. Kalut betullah si Tiara ni.

“ Hehehe…Lupa pulak sekarang ni bulan puasa…” Tiara hanya mampu tersengih. Macam manalah boleh lupa pulak ni. Sungguh tidak sihat anda ni Tiara.

“ Tak puasalah tu…” Sengaja Tariq menuduh.

“ Hish!” Tiara sudah berdesis, panas hati dengan Tariq yang masih tidak habis – habis mahu mengenakannya. Ikutkan hati, mahu aje dia mengetuk kepala mamat tarzan tu. Sabar ajelah!

“ Tak apalah. Tiara still nak keluar jugak. Amik angin sikit. Semak asyik duduk kat sini sebab ada serangga perosak kat sebelah ni! ” Tukas Tiara lagi dengan matanya mengerling ke arah Tariq namun Tariq langsung tidak terusik. Riak wajahnya masih lagi selamba dan rileks.

Bye akak!” Tiara melambai gembira pada Balqish.

            Sebaik sahaja Tiara berlalu dari pandangan, Balqish yang sudah mencekak pinggang memandang Tariq. Berdongkol marah di dalam hatinya. Ingatkan apalah sebab si Tiara tu menjerit tadi. Rupa – rupanya kawannya yang seorang ini yang membuat dajal. Tak habis – habis!

            “ What? Aku tak buat apa – apa pun…”  Tariq terus masuk dalam mode mempertahankan diri sebelum Balqish mahu ‘membasuhnya’ lagi.

            “ Aaaaahhhhh!!!!!!”

            Berdesup Tariq dan Balqish berlari apabila mendengar jeritan Tiara itu.

            “ Kenapa Tiara?” Balqish terus bertanya meskipun nafasnya masih turun naik akibat tiba – tiba pecut berlari tadi. Tariq disebelahnya pula sudah bantai gelak sampai terduduk – duduk dia di situ.
            Sempat Tiara meniup bang rambutnya. Berbakul – bakul dia menyumpah mulutnya yang menjerit tadi tapi apa nak buat, dah terlepas! Tapi kenapa mesti mamat tarzan tu melihat aku dalam keadaan yang sangat memalukan ni! Hish! Geramnya!

            “ Lah, macam mana boleh jatuh ni Tiara?” Perlahan – lahan Balqish menuruni tangga menghampiri Tiara yang seakan sudah melekat di dinding itu. Perlahan – lahan dia cuba menarik Tiara supaya kembali ke posisi yang kurang menyakitkan. Meskipun mahu ketawa, dia terus menahan demi menjaga hati Tiara.
           
            Tiara menjeling mamat tarzan yang masih tidak berhenti ketawa lagi. “ Bukannya nak tolong, lagi ketawakan orang adalah! Blahlah!” Tiara melepaskan rasa marahnya.

            Tariq terus menjojolkan biji matanya. Balqish mula terus menekup mulutnya yang tiba – tiba ternganga luas. Tidak pernah dia melihat Tiara semarah itu apatah lagi meninggikan suara seperti itu tadi.

            Tiara menyapu air matanya yang tiba – tiba sahaja mengalir laju. Sedih, marah, semuanya ada. Yang penting sekali, sakit. Kakinya pedih.

            Balqish menarik sedikit seluar Tiara yang sudah terkoyak sehingga ke paras lutut. Terkejut dibuatnya apabila melihat darah merah pekat mengalir keluar dari luka di betis Tiara. Serta – merta tangan Tiara menahan tangan Balqis dari terus mengusik lukanya itu. Mukanya berkerut – kerut menahan sakit.

            “ Ya Allah Tiara! Banyaknya darah!” Balqish sudah mengucap panjang. Ingatkan jatuh biasa sahaja tetapi kalau dah berdarah sampai macam ni sekali, memang parah rupanya. Calaran di kaki Tiara agak dalam menyebabkan darah merah mengalir tanpa henti.

            “ Mana?! Mana?!” Tariq yang tadinya asyik ketawa kini disebelah Tiara. Memanjang lehernya cuba melihat di mana luka Tiara apabila tangan Tiara menahan dirinya.

            “ Jangan nak sibuklah!” Tutur Tiara lagi dengan nada yang marah. Tengah – tengah dia sakit macam ni, memang dia tidak kuasa mahu melayan perangai senget Tariq. Baik nyah jauh – jauh dari nak menyakitkan hatinya lagi. Kalau tak, mahunya dia melalak di situ jugak.

            “ Saya nak sibuk jugak!” Tegas Tariq semula lantas menepis tangan Tiara yang menolaknya tadi.

“ Meh sini saya bawak pergi klinik!” Tiara tidak sempat membantah apabila Tariq sudah mengangkatnya dan kini dia berada dalam kendongan Tariq. Mukanya sudah memerah, malu.

            “ Erk, boleh tak tolong saya?” Tanya Tariq semula apabila dia tiba – tiba berhenti berjalan setelah beberapa langkah. Dia menghela nafas panjang.

            “ Boleh tak letakkan tangan awak kat leher saya? Awak tu bukannya ringan sangat tapi kalau awak letak tangan awak kat leher saya, bolehlah jugak saya berusaha nak tampung awak…”

            Tiara mengetap bibir mungilnya. Suka hati cakap aku gemuk! Takpe…Takpe…ada hari, aku balas! Aku ingat!

Meskipun hatinya memberontak marah, namun dia mengikut sahaja permintaan Tariq itu. Kedua tangannya kini memaut erat pada leher Tariq. Tariq pula tersenyum puas. Entah kenapa, hatinya berbunga bahagia. Tiba – tiba dia suka dengan keadaan mereka sekarang.

            Balqish termangu sendiri apabila dia ditinggalkan oleh Tariq yang sedang membawa Tiara menuruni tangga. Dahinya berkerut, keningnya macam nak bercantum dan mulutnya sudah mengherot ke kiri dan kanan melihat adegan romantis di hadapannya tadi. Akhirnya dia sekadar menjungkitkan bahu tetapi dia tahu yang Tariq langsung tidak memaksudkan apa yang dia katakan tadi.

            “ Tariq…Tariq…Mulut kata tak nak, tapi hati tu nak. Ingat aku tak nampak ke? Cet!” Balqish tersenyum sendiri sementara dia berlalu semula ke ruang pejabatnya. Fikirnya mahu mengikut sekali Tariq dan Tiara ke hospital. Dia mengambil beg tangannya dan terus berjalan menuju ke lif. Ada juga terfikir mengapa Tiara tadi tidak menggunakan lif tapi kalau benda dah nak jadi, nak buat macam mana kan? Pintu lif terbuka dan Balqish tiba - tiba terkaku di situ.

“ Anas!”

            “ Hai Balqish! Long time no see…”


            “ DOKTOR, macam mana dengan isteri saya?”

            Tiara sudah buat muka sambil mencebik. Dia menjeling Encik Tariq. Apakah? Suka – suka hati tabal aku jadi bini dia! Hish, tak ingin aku nak berlakikan dia! Tak ada hasil! Ceh! Tariq pula tersenyum suka. Lagi Tiara marah padanya, lagi galak dia mahu mengusik.
             
            “ Erm…Luka isteri encik ni agak dalam jadi saya terpaksa jahitlah luka dia.” Balas doktor itu semula.

            “ Hah?! Jahit?” Tiara terjerit di situ.

            “ Eh, takpe…Takpe…” Tiara sudah tergesa – gesa bangun. Seram sejuk jadinya bila doktor tu cakap nak jahit luka dia. Jatuh tangga je pun, apa sampai nak jahit – jahit? Tak nak! Aku tak nak!

“ Biar saya ubat sendiri aje. Rumah saya ada berlambak minyak gamat, mak saya bekal dari kampung. Balik rumah nanti saya terus sapu minyak gamat. Confirm baik lepas dua tiga hari.” Tambah Tiara lagi sambil dia kelam kabut cuba menyarungkan kasutnya. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari bilik rawatan itu apabila Tariq tiba – tiba mencempungnya dari belakang.

“ Encik Tariq! Apa ni?! Saya tak naklah!” Tiara sudah meronta – ronta dalam dukungan Tariq sementara Tariq membawanya semula ke katil dan mendudukkan Tiara di situ. Dia berdiri di situ sambil memeluk tubuh. Matanya menjengil tajam melihat Tiara.

“ Jangan nak mengada. Duduk sini diam – diam. Biar doktor tu jahit luka kaki awak tu.” Tutur Tariq dengan nada tegas.

“ Ingat tu luka main pondok – pondok ke? Aci sapu minyak gamat je bagi baik? Dalam tau luka kat kaki awak tu!” Tambah Tariq semula.

“ Tapi, saya tak nak…”

“ Ahh…Jangan nak ngada – ngada. Dengar cakap saya.” Laju sahaja Tariq memotong. Apa punya degillah perempuan nama Siti Mutiara ni? Kat klinik ni pun, still nak buat perangai keras kepala ke?

Tiara cuba bangun namun Tariq terlebih dahulu bersedia. Cepat – cepat dia memegang bahu Tiara, menahannya dari bangun.

“ Duduk!”

“ Tak nak!” Tiara masih melawan.

“ Saya cium kang!” Tariq sudah mula mengugut.

“ Tak boleh cium! Haram!” Balas Tiara pula. Suka – suka hati dia aje nak cium anak dara orang. Aku saman kang!

“ Mana awak belajar haram cium isteri waktu bulan puasa? Makruh sudah…” Leret sahaja Tariq membalas dengan senyuman nakal terukir di bibir apabila melihat muka Tiara yang sudah merah padam.

“ Eh, haramlah sebab saya bukannya…”

“ Erm…Encik Tariq, macam mana sekarang ni?” Ada suara lain yang tiba – tiba menyampuk perbalahan mereka. Serentak, kedua – dua mereka berpaling ke belakang.

Doktor Ali yang dari tadi memerhatikan pertelagahan mereka terpaksa masuk campur kerana ada pesakit lain yang masih menunggu. Dia menggaru – garu kepala. Tiba – tiba merasa kekok untuk berasa di tengah – tengah perbalahan Tariq dan Tiara walhal dia berada di kliniknya sendiri.

Tiara dan Tariq tertunduk malu. Masing – masing kalau dah bergaduh tak mengira tempat sampai orang sekeliling pun dibuatnya seperti tak ada. Adess! Malu…Malu!

“ Doktor buatlah apa yang patut pada isteri saya ni…”

Tiara terus berpaling, melihat terus ke muka Tariq. Berusaha dia mencuba meraih simpati Tariq. Dia takut. Dia tidak mahu dijahit. Sakit! Tak nak! Air matanya sudah mula meleleh di pipi. Sekejap sahaja, Tiara sudah tersedu – sedan.

Sedih pula hati Tariq apabila melihat Tiara dalam keadaan sebegitu. Rasa bersalah juga ada kerana terlalu berkeras dengan Tiara tadi. Tiara takut dijahit rupanya. Ingatkan sengaja buat – buat keras kepala tadi.

“ Awak takut ye?” Takut Tariq lagi, tetapi kali ini dengan nada yang lebih lembut.

Tiara mengangguk perlahan namun kepalanya masih ditundukkan. Malu kerana menangis macam budak - budak! Tapi takut jugak!

“ Tak apa, saya kan ada. Janganlah takut. Nah, pegang lengan saya.” Tariq menghulurkan lengan tangan kanannya.

Tiara masih terkebil – kebil melihat Tariq yang berdiri dekat dengannya. Lambat – lambat dia menyangkutkan tangannya pada lengan yang dihulur Tariq tadi.

“ Nak pegang sampai tak nak lepas pun tak apa…” Sempat lagi Tariq mengusik.

“ Doktor, you may proceed.” Tutur Tariq kepada Doktor Ali selepas dia pasti yang Tiara sudah bertenang semula.

Doktor Ali menyapu alkohol pada betis Tiara sebelum membiusnya. Tiara terjerit kecil apabila jarum mula memcecah kulitnya. Tanpa disedari, dia meramas kuat lengan Tariq kerana terlalu takut.

Tariq sudah menyeringai kesakitan namun riak mukanya cuba dibiasakan, tidak mahu Tiara nampak akan kelemahannya tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya lengan dia sekarang.

“ Auwww!!!” Tariq sudah menjerit. Terhenti sekejap kerja Doktor Ali kerana terkejut tetapi dia tidak berlama, terus menyambung kembali kerja menjahitnya. Segera Tariq melepaskan lengannya dari pegangan Tiara. Meskipun berlapik, tetapi dia tak tertahan mahu menahan cengkaman Tiara yang kuat itu untuk lebih lama lagi. Terus dia mengerling ke arah Tiara.

            Hish perempuan ni! Kuku tu macam Wolverine dah! Nak bagi tembus kulit aku ke apa? Sakit gila! Tariq membebel di dalam hati. Tangan kirinya menggosok – gosok tempat yang dipegang Tiara tadi.

Tiara menggulum senyumannya trademarknya sambil mulutnya bergerak – gerak mengatakan ‘padan muka’ tanpa mengeluarkan suara.

Hidung Tariq kembang kempis. Bibirnya diketap, geram.

Balas dendam rupanya. Ingatkan betul – betul sakit. Takpe…Takpe…Nanti siaplah kau! Getus Tariq di dalam hati dengan pandangan matanya tidak pernah lepas dari Tiara. Dapat dilihat riak wajah Tiara yang keruh menahan sakit namun dia tahu khidmatnya tak diperlukan. Baik dia jadi pemerhati sahaja, kalau tak mahunya dapat sakit lagi.


“ KAU nak apa datang sini?” Kasar bahasa yang digunakan Balqish namun kalau dengan Anas, sopan dan santun langsung tidak diperlukan. Tidak selepas apa yang lelaki itu sudah lakukan pada dia dahulu.

“ Balqish tak rindu abang ke?” Berlainan dengan Balqish, Anas sangat berlembut dalam tutur bicaranya, mahu mengumpan hati isterinya itu.

“ Rindu?”  Balqish sudah mahu ketawa di situ. Lucu pula mendengar kata – kata yang keluar dari bibir lelaki yang pernah dia berkongsi hati dahulu.

“ Lepas apa yang kau buat pada aku dulu, kau tanya aku rindu pada kau?! Tolonglah Anas, get real!”

Okay then. Let just go straight to the point.” Anas sudah malas bermulut manis. Nampak sangat yang Balqish tidak akan tunduk dengan pujuk dan rayunya. Tidak seperti mana dia menundukkan perempuan – perempuan yang lain dengan kata - katanya.

“  Aku nak duit!”

Balqish terus menjeling Anas dengan hatinya berbuku kemarahan. Bertahun dia ditinggalkan oleh lelaki itu, dan hari ini dia muncul meminta duit?! Melampau! Dasar lelaki tak tahu malu!

Balqish menolak Anas ke tepi, tidak mahu melayan bekas suaminya itu. Dia menekan punat tutup pada lif namun Anas sempat menahan.

“ Eh, apa lagi yang kau nak?! Pergilah!” Tukas Balqish lagi sambil jarinya terus menekan – nekan pada butang yang sama.

“ Kan aku dah cakap, aku nak duit! Bagi aku duit!” Bentak Anas lagi. Kali ini dia sudah mencengkam tangan Balqish dan menolak Balqish ke dinding lif. Dia menahan Balqish dengan tubuh badannya.

Balqish cuba bertenang. “ Kalau aku tak bagi apa kau nak buat?” Tanya Balqish, seolah – olah cuba mencabar Anas.

Anas merapatkan mukanya dengan muka Balqis. Dia memandang tepat ke arah mata Balqish.

Balqish dapat merasakan nafas Anas berdesah di mukanya. Hatinya mula menggeletar ketakutan.

 “ Kau tak nak tahu apa yang aku boleh buat dan jangan kau nak cabar aku sebab aku akan pastikan yang kau akan menyesal!” Balqish tersentak apabila tangan Anas yang satu lagi menepuk kuat dinding lif.
           
“ Kau nampak kan apa yang jadi dengan PA kau tadi…” Meleret sahaja kata – kata yang diucapkan Anas namun impaknya besar pada Balqish.

“ Jadi…Jadi… Kau yang…”

“ Ye, memang aku. Tapi, aku tersalah pula kan? Macam manalah aku boleh tertukar perempuan tu dengan bini aku yang cantik ni…” Jari – jemari Anas terus bermain – main di wajah Balqish.

“ Ingat kata – kata aku ni Balqish. Jangan sesekali kau berani nak melawan aku.” Ugut Anas sekali lagi sebelum berlalu meninggalkan Balqish.

Terasa lemah seluruh sendi tubuh Balqish. Terduduk dia di situ sambil air matanya mula mengalir deras. Ketakutan mencengkam diri. Entah mengapa, dia dapat merasakan  yang Anas tidak bermain – main dengan kata – katanya tadi.

No comments:

Post a Comment