Monday, November 29, 2010

Kisah Kasih Mutiara 5

BAB
5


            “ THANK you for the money, dear. Kalau ada apa – apa nanti, I’ll call you back! Kirim salam I pada Chinta!” Hilai tawa Anas kedengaran di hujung telefon. Sambil itu, dia mencium – cium cek lima puluh ribu yang baru dihantar kepadanya melalui Pak Alam, driver bekas isterinya itu. Terus dia menelefon Balqish untuk meluahkan rasa penghargaannya. Dia pasti, setakat lima puluh ribu, takkan luak pun duit si Balqish itu.

            “ Sekarang, bolehlah kita beraya di kota London…” Tutur Anas lagi sambil mencium belakang Angie. Haruman tubuh wanita itu menggetarkan perasaannya semula. Angie ketawa kegelian bila Anas meneruskan lagi perbuatannya. Terus dia berpaling dan memeluk erat lelaki itu.

           
            BALQISH menghempaskan gagang telefon dengan sekuat hati. Membara hatinya apabila mendengar suara sinis Anas, malah lelaki itu juga berani untuk bermain – main dengan nama anak mereka. Memang dasar lelaki kurang ajar!

            Lima puluh ribu! Lima puluh ribu! Itu nilai yang diminta oleh Anas dan dia terpaksa menurut demi Chinta dan juga Tiara kerana dia tahu lelaki itu akan mengancam keselamatan mereka. Tetapi sampai bila? Sampai bila dia harus mengikut telunjuk lelaki itu. Sekarang lima puluh ribu, nanti – nanti berapa pula yang dimahunya?! Bukan duit menjadi persoalannya sekarang tetapi dia tidak mahu hidupnya terus diinjak – injak oleh lelaki itu.

            “ Kak?!”

            Balqish terus mengangkat muka melihat ke muka pintu.

            “ Eh, tak apalah…” Tiara tidak jadi masuk apabila melihat mata Balqis merah. Terus dia menutup semula pintu. Menyesal pula kerana tidak mengetuk pintu terlebih dahulu tadi. Dia mengetuk kepalanya berulang kali, memarahi diri sendiri kerana sesuka hati main terjah masuk tetapi kenapa pulak kak Balqis menangis ni? Tiara mula berfikir sendiri.

            “ Mak!” Tiara tiba terjerit apabila pintu tempat dia bersandar dibuka dari dalam oleh Balqish.

            “ Masuk Tiara. Akak ada benda sikit nak cakap dengan Tiara…”

            Tiara terus bergetar resah. Alamak! Nak kena marah ke ni? Aku ada buat salah ke? Kenapa serius sangat pulak kak Balqish ni? Alamak…Alamak…Alamak! Tiara terus menjerit – jerit di dalam hati sambil kakinya perlahan – lahan melangkah masuk ke dalam. Kedua tangannya disusun di hadapan seakan mahu bernasyid dan mukanya ditundukkan. Dia berdiri tegak di hadapan Balqis. Dia rela menerima hukuman.

            “ Haih Tiara, awak nak bernasyid ke? Kenapa berdiri macam tu pulak?” Terhenti langkahan Tariq apabila melihat Tiara dalam keadaan sebegitu. Dengan muka dah macam duit seposen berkarat, memang dia yang melihat ni, jadi kesian juga dibuatnya.

            “ Hie! Sengaja kan!” Tiara mengangkat tangan dengan jemarinya dikepal kuat. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengetuk – ngetuk kepala mamat tarzan.

Kenapalah dia ni selalu muncul pada saat – saat aku tengah memalukan diri sendiri? Pulak tu, tak habis – habis nak bahan aku! Hish! Memang jealous tengok aku happy kan?! Kalaulah membunuh tu tak salah dari segi agama dan undang – undang, lama dah aku cincang mamat ni lumat – lumat! Geram tau! Tiara mengomel panjang di dalam hati.

Balqish tersenyum sendiri melihat dua orang sahabat dan keluarga rapatnya itu bergaduh. Apa nak jadi dengan mereka berdua tu pun, tak tahulah. Asal jumpa aje, mesti nak gaduh.

“ Tariq, Tiara…Duduk. I ada benda nak cakap sikit.”

Mendengar suara Balqish, kedua – dua mereka seakan baru tersedar dari lamunan. Cepat – cepat mereka mencapai kerusi di hadapan meja Balqis namun kedua – dua mereka mencapai kerusi yang sama pula.

“ Hish! Tepilah, orang chop kerusi ni dulu.” Tiara menolak – nolak badan Tariq dengan sikunya. Tangannya masih memegang erat kerusi pilihannya tadi.

“ Chop? Tak ada pun saya nampak nama awak tulis kat situ. Tak kira! Saya yang dapat dulu, so saya nak jugak kerusi ni!” Tariq juga tidak mahu mengalah. Ini dah melihatkan soal hidup dan mati ni. Mana boleh sesenang itu dia hendak mengalah pada perempuan singa bernama Tiara ni.

Tiara menggetap bibir. “ Saya punyalah!”

“ Saya punya!” Balas Tariq lagi dengan tangannya cuba menarik kerusi itu padanya.

“ Eh, dah – dahlah tu. Senang – senang, kita duduk kat sofa sana tu!” Balqish terpaksa meleraikan mereka berdua. Kalau dibiarkan, entah apa jadinya nanti. Pening kepala dibuatnya bila nak melayan kepala angin Tariq dengan Tiara ni. Kalau si Tiara tu, normallah sikit sebab memang perangai dia kebudak – budakan sikit tapi Tariq? Umur dah nak masuk tiga puluh tapi masih buat perangai berebut kerusi dengan Tiara. Tak tahu nak mengalah ke? Tapi persoalan yang lagi best nak tanya mereka berdua sekarang ni, ialah kenapa nak sangat kerusi tu? Padahal kerusi yang satu lagi tu sebijik sama dengan yang direbutkan tu. Haih, tak tahulah. Sungguh dia tidak faham dengan perangai mereka berdua itu.

“ Aik, kali ni tak nak berebut kerusi dengan saya ke? Mehlah sini, nak duduk atas riba saya pun boleh…” Usik Tariq sambil menepuk – nepuk pehanya, tanda mempelawa Tiara.

Tiara sudah menjeling tajam.

“ Tariq, be serius please…” Rendah nada suara yang dituturkan Balqish.

Whatever you say, boss…” Tariq akhirnya akur. Tahu yang Balqish sudah mula serius. Sudah pasti Balqish ada sesuatu yang penting ingin dibincangkan memandangkan dia dan Tiara dipanggil secara mendadak seperti ini.

 “ I nak minta tolong you berdua ni…”

“ Tolong apa kak? Macam serius aje bunyinya…”

Balqish tersenyum. “ You guys janji dengan I, yang you guys akan tolong jagakan Chinta untuk I.”

Tiara mengusap dagu, membuat gaya seakan tengah berfikir. “ Bukan memang itu skop kerja saya ke akak? Tapi, kalau bukan sebab kerja pun, saya sanggup nak jaga Chinta tu…No hallah punya!”

Tetapi lain pula yang dirasakan Tariq. Pelik bila Balqish tiba – tiba bersikap sebegini rupa. “ You ni ada apa – apa ke Balqish? Cuba terus – terang, tak payah nak berdalih macam ni…”

Tiara terus memandang Encik Tariq. Itulah kali pertama dia melihat wajah  Encik Tariq sebegitu serius. Dia berkalih melihat Balqish pula namun Balqish hanya beriak selamba bila ditujah oleh Encik Tariq tadi. Eh, ada apa – apa yang aku tak tahu ke ni? Tiara sudah mula menggaru kepala. Confiuslah jugak dibuatnya kalau macam ni.
       
            “ Mana ada I berdalih ke apa, saja je I nak pesan. Tak boleh ke?” Balqish masih bernada tenang. Dia tidak mahu gelodak jiwanya terpancar pada wajah dan pertuturannya. Biarlah dia sendiri yang merasakannya namun dia harus menyampaikan amanat yang satu ini. Hatinya terus mendesak supaya dia melakukan ini semua.

            “ Dah tu, yang you nak berpesan bagai ni apa? Peliklah…”

            “ Tak ada apa – apalah Tariq, Tiara. Saja I nak pesan, tak boleh ke?”

            “ Boleh tu boleh tapi…”

            “ Ingat tau apa yang I cakap ni…” Balqish terus memotong.

            “ Jaga Chinta baik – baik and jaga company ni baik – baik. Jangan sampai jatuh ke tangan orang yang bukan – bukan. Manalah tahu kan…”

            “ Argh…Apa – apalah Balqish.” Tariq bingkas bangun. Setakat si Balqish mahu merepek semacam ini, dia malas hendak melayan. Dia meluru keluar.

            Balqish tidak mampu berkata apa dan Tiara sudah termangu sendiri. Sikit pun dia tidak faham dengan apa yang baru terjadi.

            “ Kak, apa ni? Kenapa Encik Tariq tiba – tiba emo macam tu pulak?” Tiara sudah mula tidak senang duduk. Benci betul dengan benda – benda yang susah nak faham macam ni.

            “ Biarlah dia tu, dia marah dengan akak kot. Tapi Tiara ingat tau apa yang akak cakap tadi…Jangan lupa.” Balqish masih belum puas mengingatkan. Tentang Tariq pula, pandai – pandailah dia menguruskannya nanti.

           
            TARIQ menguatkan lagi kelajuan air-cond keretanya sambil terus memandu tanpa hala tuju yang tetap. Sebenarnya dia sekadar mahu menenangkan fikiran. Hatinya risau memikirkan kata – kata Balqish tadi. Apa sebenarnya dimaksudkan Balqish dengan kata – katanya itu?


            “ KAK Balqish!” Tiara sudah menempik kuat. Enjin motor sudah dihidupkan, tinggal nak merempit aje lagi ni. Mana kak Balqish ni, orang dah tak sabar nak merempit ni…Alahai…Cepatlah!

            “ Kak Balqish!” Kali ini, Tiara menjerit dengan sepenuh kudrat yang ada. Rasa nak terputus urat tekak pun ada tapi bayang kak Balqish tetap tak muncul – muncul.

            “ Ya Allah Ya Tuhanku…” Mak Cik Timah mengucap panjang sambil mengurut dada. Diangkatnya semula tudung periuk yang tercampak dek terperanjant dengan jeritan anak daranya tadi.

            “ Bertuah punya Tiara. Apekebendenye yang dia nak sampai dok terpekik terlolong macam pontianak tu? Ada jugak aku tangankan budak tu nanti. Dah besar gajah pun dok terjerit – jerit lagi. Buat malu aku aje…” Mak cik Timah membebel panjang sambil tangannya ligat mengacau gulai tempoyak ikan patin di dalam periuk.

            Balqish tersenyum sahaja mendengar bebelan emak Tiara itu. Dia terus sahaja memotong ulam kacang botol untuk dibuat kerabu selepas ini. Sengaja dia memekakkan telinga, tidak mempedulikan jeritan Tiara memanggilnya.

            “ Kak Balqish….” Kali ini, suara Tiara masih lagi kuat namun sudah berirama bagai.

            “ Balqish, pergilah tengok si Tiara tu nak apa. Mak dah rimas dok mendengar dia menjerit dari tadi. Tinggallah benda tu, nanti mak habiskan.”

            “ Eh, tak apalah mak, sikit je lagi ni. Tiara tu boleh tunggu. Kita  tengok sampai bila dia nak menjerit macam tu…”

            “ Ooo, Balqish memang sengaja nak mainkan dia ye…”

            “ Kak Balqish!”

            “ Hish budak ini! Eh, Balqish, pergilah kamu. Mak serabut. Pergi tengok si Tiara tu!” Mak cik Timah terpaksa juga menghalau Balqish keluar dari dapur dan terkocoh – kocohlah si Balqish keluar ke depan rumah. Terburai tawa melihat muka Tiara yang sudah cemberut di atas motor.

            “ Akak! Mana akak pergi? Puas Tiara panggil tadi… Nak ikut ke tak ni? Kata nak merempit…”

            Balqish menyarung selipar dan merapati Tiara. Dia melihat motor yang akan dinaikinya itu. Warna biru dengan mentol bulat kat depan. Eh, dah lama betul motor ni. Selamat ke nak naik?

            Don’t worry la akak, nampak je lama, tapi ini horse power dia, baik punya! Tak payah takutlah…” Ujar Tiara lagi sambil mula mencuba untuk menghidupkan enjin motor milik arwah abahnya itu semula.

            PELEPHOOF….PELEPHOOF…PELE…PHOOFFF!!!

            Mata Balqish sudah membulat bila melihat asap berkepul – kepul keluar dari belakang motor itu. Bunyi dia pun dah seram habis.

            “ Hehehe…” Seperti biasa, Tiara menggulum senyuman trademarknya. Hendak terkucil sahaja tawanya bila melihat muka cuak Balqish tadi.

            “ Motor lama, biasalah kalau dia nak kentut buang angin tu….Tapi, mula – mula aje, lepas tu okeylah.” Tiara menyakinkan Balqish bahawa motornya itu selamat untuk dinaiki.

            Lambat – lambat Balqish membawa tubuhnya menaiki motor kapcai yang telah selalu Tiara sebut – sebut dahulu.

            “ Okey, dah ready kak?” Tanya Tiara pada Balqish sementara tangannya memulas – mulas *press di sebelah kanan.
            “ Dah…”

            “ Okey, here we go! Yibaa…Yibaa...Andre, andre…”

            “ Tiaraaaaaa!!!”


            “ KAK, tak habis lagi ke mengumpul nafas? Jomlah balik! Dah nak berbuka ni…” Pap! Tiara memukul nyamuk yang menghisap darah di lengannya. Sempat juga dia memerli Balqis. Yelah, dari atas motor lagi dok menjerit macam langsyuir. Semput nafaslah, putus nafaslah…

            Haih, kak Balqish ni! Tak dengar ke aku cakap apa tadi? Boleh aje dia dok melayan blues tengah sungai tu. Tak ada nyamuk gigit ke?

            “ Akak sukalah duduk sini Tiara…Seronok, rasa aman je…”

            Tiara terus meletakkan pucuk – pucuk muda daun kelapa di tepi motor. Nak menganyam ketupat malam nanti. Yelah, lusa kan dah nak raya.  

Dia duduk pula di sebelah Balqish. “ Akak jangan cakap macam tu depan mak, nanti dia tak kasi kita balik pulak. Tak pasal – pasal kena menoreh getah sekali nanti…”

            Balqish sudah bantai gelak. “ A’ah, lupa pulak akak yang awak lari cari kerja kat KL tu pun sebab tak nak menoreh lah kan?”

            “ Hah, tahu tak pe…”

            “ Tapi, kenapa mak still nak menoreh padahal Tiara dah boleh support family dah sekarang?”

            “ Tiara pun tak tahu kenapa tapi akak tengoklah, mak tu bukannya boleh duduk diam kalau kat rumah tu, ada aje kerja yang dicarinya. Lagipun, Tiara rasa yang mak masih ingatkan arwah abah kot. Sebab tu mak still pergi menoreh bawak motor kapcai abah ni, maklumlah dulu selalu dating naik motor pergi estet tu. Orang nyanyi lagu bersandar pada kenangan kalau ingatkan kekasih hati tapi mak menonggeng naik motor banyak  kenangan ni hah…”

            “ Hish, tak baiklah cakap mak macam tu…Ada ke patut?! Eh, jomlah balik, dah nak berbuka ni.” Balqish bingkas bangun sambil mengibas – ngibas belakangnya dengan punggung.

            “ Ingatkan tak nak balik dah tadi…”

            “ Cepatlah…”

            “ TIARA, cuba bawak elok – elok sikit motor ni! Hish!” Balqish memukul geram bahu Tiara. Sudahlah denai nak ke rumah Tiara tu sempit, boleh pulak dia main bawak motor tu bersimpang – siur dengan jalan denai tu penuh berair dengan lumpur. Jalan besar ada, tapi mengada tak nak guna. Dia yang membonceng menjadi mangsa. Yelah, semua lumpur habis merencik pada bajunya di belakang. Baju putihnya kini bertompok – tompok coklat, dan terima kasih pada Tiara untuk semua itu.

            Tiara tiba brek mengejut. Ada kereta lain berada di laman rumahnya.

            “ Eh, macam kenallah kereta ni Tiara….” Balqish sudah tersenyum lebar. Sengaja dia berkias padahal dia sudah tahu akan kedatangan tetamu baru itu. Bahkan, pada emak juga dia sudah memaklumkannya dan emak juga tidak kisah.

            “ Oh, please! Janganlah ni siapa yang Tiara rasa….” Tiara cepat – cepat menongkat motor kapcai dan berlari masuk ke dapur melalui pintu belakang. Pandangannya terus berlaih ke meja makan. Ada emak, Maisarah dan erk!

            “ Hai Tiara!” Lelaki itu tersengih sambil melambai suka pada Tiara.

            Oh my God! Aku sangat stress!

Dengan tidak semena – mena, Tiara jatuh terjelepuk di muka pintu. “ Mak!!!!”

           
           
*press – accelerator

No comments:

Post a Comment