Thursday, October 21, 2010

Kisah Kasih Mutiara 2

BAB
2


        OKEY, maybe ada sikit exaggeration di situ. Tak adalah sama as in sama sebijik macam kembar siam ke apa. Lagipun, last time aku check, mak aku tak ada pulak cakap aku ada kembar or whatsoever. Jadi, adakah ini kes pelanduk dua serupa? Orang cakap ada tujuh orang dalam dunia ni muka sama atau lebih kurang dengan kita. Adakah aku dah jumpa ‘kembar’ aku yang pertama? Erm, mungkin kot.

            Jom kita tengok tang mana yang samanya. Rambut? Panjang dah lebih kurang dah, paras bahu. Warna pun sama hitam, tak ada karat – karat ke apa, cuma aku ada bang dan dia pula belah tepi. Lepas tu, warna kulit pun dah sama, tak putih tak hitam. Sedang – sedang gitu. Aku pakai spek tapi dia tak. Lagi satu, aku ada tahi lalat yang agak besar kat dahi sebelah kiri dan dia? Ada tak? Erm…belum habis tengok lagilah. Nanti kita tengok semula ye kawan – kawan.

           
            “ JADI, Mutiara. Cuba beritahu saya kenapa awak hendakkan kerja ini. Sebab kalau diikutkan kelayakan yang awak ada ini, boleh je awak cari kerja lain. Jadi kerani pun lepas rasanya.”

            Cakap senanglah. Awak kaya. Kita tak. Sob…Sob…Tapi kan, apa pulak kaitan kaya ke tak dengan kerja. Apa, orang tak kaya tak boleh nak kerja ke?! Alahai Tiara, fokus!

            “ Hehehe…” Sebelum apa – apa, Tiara menggulum senyuman trademarknya dahulu.

            “ Pasal kerja tu, saya pun tak tahulah nak cakap apa. Semua tempat yang saya pergi interview, semuanya nakkan calon yang ada pengalaman. Saya yang tak ada pengalaman ni, nak buat macam mana kan? Kalau dia orang tak hire orang yang tak ada pengalaman macam saya ni, macam mana nak ada orang yang berpengalaman kan? Kan?” Mutiara menuding jari ke arah Balqish, cuba meminta sokongan dalam luahan hatinya itu dan Balqish pula terus mengangguk.

            “ Betul…Betul…Betul…” Balqish menyetujui apa yang dikatakan oleh Mutiara. Tak banyak syarikat yang mahu menggaji lepasan ijazah membuat ramai antara mereka menganggur dan mungkin Mutiara adalah salah seorangnya.

“ Eh, macam Upin Ipin pulak. Cute!” Balas Mutiara pula sambil tersenyum lagi.

Balqish sudah membulatkan mata. Memang si Mutiara ini jenis belasah aje segala
benda ke? Memang dia sempoi macam ni ek? Soalan – soalan itu hanya bergema di dalam hatinya.

“ Erm…” Mutiara berjeda sekejap, sekadar mengambil nafas.

            “ Ada banyak sebab saya hendakkan kerja ni. Sebab nombor satu, gaji dia banyak. Hehehe…Boleh bagi duit kat mak saya nanti suruh dia shopping barang dapur ke apa. Lepas tu, bolehlah saya nak bayar sewa rumah saya yang dah dua bulan tertangguh.. Aunty tu dah bagi warning dah. Kalau hujung bulan ni tak bayar lagi, dia nak halau saya keluar. Lepas tu, saya dah tahan dengar mak saya yang asyik membebel setiap kali telefon saya. Dia pun dah bagi warning jugak. Dia cakap, kalau by end of this month saya tak dapat kerja lagi, dia nak saya balik kampung. Tolong dia menoreh. Saya tak nak. Banyak nyamuk, lepas tu kena bangun awal sangat. Lagipun, seramlah nak duduk kat estet tu. Buatnya ada rimau ke apa. Hish! And yang paling penting sekali, saya tak nak kerja balik kat pasaraya kat Kota Damansara tu sebab ada Harun yang pervert tu yang suka kacau saya.” Habis Mutiara bercerita segala benda dalam satu nafas.

“ Tapi… Kalau saya terdesak jugak, maybe saya kerja balik kat situ kot…” Melirih sahaja suara yang keluar dari mulut Mutiara kali ini.

            “ Erm…Dah habis dah cerita awak?” Tanya Balqish semula. Matanya masih tertumpu pada Mutiara yang laju sahaja mengangguk mengiakan pertanyaan dia tadi.

            Inilah kali pertama dia berjumpa dengan orang yang seperti Mutiara. Satu yang kita tanya, sekali dia jawab bukan sepuluh tapi berjela – jela panjangnya. Dah tu, tak ada selindung langsung. Segala benda diceritakan siap dengan perincian sekali. Tidak tahu mahu mengatakan Mutiara ini jujur atau pun hanya lurus semata – mata. Tetapi, walau apa  - apa pun, dia pasti dengan pilihannya kali ini. Mutiara adalah calon yang tepat untuk menjadi pembantu peribadinya dan dia pasti yang Mutiara tidak akan mempunyai masalah untuk menyesuaikan  diri dengan semua orang dan yang paling penting dengan Chinta.

            “ Dah…Dah…Saya dah cerita semua, tak ada apa – apa lagi dah. Itu je…”

            “ Kalau macam tu, bila awak boleh mula dan bila awak boleh pindah masuk sini?” Tanya Balqish semula kepada Mutiara.

            Mutiara memulakan semula aktiviti menggaru kepalanya.“ Erk, saya kena duduk sini ke?”

            “ Yelah, awak tak baca habis ke dalam iklan tu? Ada saya cakap kan?”

            Mutiara terus mati kutu. Ada ke cakap dalam iklan yang aku kena duduk dalam rumah ni? Alamak! Macam mana ni? Suara hati Mutiara mula membuat gelodak.

            Tapi bila fikir balik, syok apa duduk rumah besar macam ni! Oh yeah! Dah tak payah menyempit kat rumah sewa tu and yang paling penting sekali, tak payah bayar sewa. Yes! Hentam jelah labu yang penting, kita dah dapat kerja.


            SEKARANG, sudah hampir setahun Mutiara bekerja dengan Balqish, menjadi pembantu peribadi di rumah dan juga di Qaseh Holdings. Jika di rumah, skop kerjanya banyak berkaitan dengan Chinta Athirah, anak perempuan Balqish yang berusia setahun setengah manakala jika di Qaseh Holdings, dia banyak menguruskan agenda harian Balqish dan juga bertindak sebagai setiausaha Balqish. Bunyi macam banyak aje kan? Tapi seronok. Selain gaji dan benefits yang banyak, Balqish merupakan seorang bos yang sangat baik. Kebajikan Mutiara langsung tidak pernah dilupakan.

            Buktinya? Banyak sangat! Satu, tak payah nak risau pasal tempat tinggal, lepas tu dia juga dapat pakai kereta. Tiara tidak meminta tetapi Balqish yang memaksanya untuk membawa satu. Kereta apa? Mitsubishi Lancer tu. Hah, apa lagi nak mintak?! Terpaksalah juga dia mengambil lesen kereta yang kosnya juga ditanggung beres leh Balqish. Lepas tu, bonus akhir tahun pun dapat, hari raya pun dapat. Memang dia sangat bernasib baik bekerja dengan Balqish. Masih ada juga orang kaya yang pemurah dan sebaik Balqish di dunia ini.


            “ KAK, raya tahun ni jom ikut saya balik kampung saya.”

            “ Kenapa nak akak ikut awak balik pulak? Lagipun, keluarga awak tak kisah ke kalau saya tumpang beraya dengan awak? Nanti, apa pulak kata dia orang…”

            “ Eh, tak adanya dia orang nak kisah ke apa. Ni pun, mak saya yang beria suruh sebab dia nak sangat jumpa dengan akak. Akak kan dah banyak tolong saya selama ni…”

            “ Tak ada apalah semua tu Tiara. Saya dah anggap awak macam adik saya sendiri pun. Chinta pun sukakan awak, kadang – kadang tu jeles pulak saya bila tengok dia lagi rapat dengan awak berbanding saya.”

            Tiara terus tersengih. “ Alah akak ni, dah kata saya ni mama dia…Hehehe…”

            Balqish juga turut tersenyum sementara tangannya ligat mengemas segala dokumen di atas mejanya. Selepas ini mereka harus ke conference room untuk mesyuarat kewangan tahunan Qaseh Holdings dan dia sebagai pengarah urusan, harus mengambil tahu selok belok aliran kewangan syarikatnya itu.

            “ Tiara, awak dah beritahu Encik Tariq pasal meeting pukul dua ni nanti?” Suara Balqish bertukar serius.

            “ Dah, saya dah beritahu dia semalam.”

            Balqish mengangguk sahaja tanpa langsung mengangkat muka. Tiara faham yang itu adalah isyarat bosnya itu untuk tidak diganggu. Perlahan – lahan dia melangkah keluar dari bilik Balqish. Mulut Tiara terkumat – kamit memikirkan alasan yang harus diberitahu pada emaknya nanti jika Balqish tidak mahu balik beraya sekali nanti dan tanpa disedari dia terlanggar seseorang.

            Tiara jatuh terduduk. Dia menggosok dahinya sambil dihatinya berdongkol menahan marah.

Buta ke?! Mujur aku pakai seluar hari ni, kalau aku pakai baju kurung tadi, mahunya aku buat free show tadi.

“ Hish! Siapalah yang…” Tiara tidak jadi menyambung ayatnya apabila melihat gerangan lelaki yang melanggarnya itu.

“ Tiara, awak tak apa – apa? Sorry, saya tak perasaankan awak tadi.” Tariq menghulurkan tangan dan dengan bantuan Tariq, Tiara bangun semula sambil terus membetulkan letak bajunya. Bang rambutnya ditiup dan disusun semula dengan jarinya.

Tiara terus menghentikan perbuatannya itu apabila terdengar ada orang ketawa mengekek di sebelahnya. Dia menjeling lelaki itu.

“ Suka nampak? Raya ke?” Bidas Tiara semula, geram.

“ Tak raya lagi, puasa tak sampai seminggu pun lagi. Awak tu…”

Tiara mencekak pinggang. “ Ye, kenapa dengan saya? Ada apa – apa masalah ke Encik Tariq?”

“ Awak tu, suka betul kan tiup rambut awak tu kan. Sampai bibir tu dah muncung sejengkal jauhnya. Mujur tak kekal terus macam tu kan…”

Tiara mengetap bibir. Argh! Lelaki ini memang suka naikkan darah aku! Harap aje hensem, tapi perangai zero!
           
            Perempuan mana yang tidak akan tertarik apabila kali pertama melihat Faeez Tariq, pengurus kewangan Qaseh Holdings. Dahlah tinggi, kulit tu putih merah, kening lebat, wide shoulders and… let just stop there! Tak payah nak explain lebih – lebih sebab pendek kata, mana – mana perempuan yang dapat dia tu memang bertuahlah...Kot!

 Tiara juga seperti itu juga dahulu. Ada crush pada Faeez Tariq itu tetapi perangai Tariq yang sentiasa mahu cari pasal dengan dia membuatkan crush itu telah dicrashkan, hancur. Lumat! Sudah banyak hal yang berlaku antara mereka yang mengubah pandangan Tiara terhadap Tariq dan yang paling terbaru sekali, hal pagi tadi.

Dah aku dok berlari – lari sambil terjerit - jerit suruh ditahannya lif tu, boleh aje mamat tarzan tu buat tak tahu.  Tak pasal – pasal kena tunggu the next lif and tak pasal – pasal aku kena marah dengan kak Balqis and mamat tu siap boleh ketawa baik punya. Memang sengal!

 Mesti pun si Tariq itu adalah salah seorang pemegang saham dan bos dalam Qaseh Holdings ni, Tiara tidak takut mahu melawan balik. Dia kan PA bos besar. Apa – apa pun, dia tahu kak Balqish akan back up dia. Besar kepala? Oh tidak! Dengan mamat tarzan ni aje dia membesarkan kepala. Dengan orang lain, dia tahu di mana taraf dan tempatnya.

“ Saya nak tiup bang saya ke, nak mulut saya panjang sedepa ke, tak ada kena mengena dengan En Tariq kan? So, apa Encik Tariq nak kisah?”

“ Ooo…Saya kena ambil kisah. Sebab kalau mulut awak yang comel tu panjang sedepa, mesti awak dah jadi buruk. Rugilah saya tak dapat tengok muka awak yang cantik ni hari – hari. Kan?” Sebelum Tariq berlalu, sempat dia mengenyitkan pada kepada Tiara. Bibirnya menggulum senyum.

            Tiara menggigit bibir. Dia menghentak kakinya tanda protes.

            Hish! Benci kau mamat tarzan!

           
            “ APA lagi you buat pada Tiara tu, Tariq? I tengok dia marah betul dengan you. Bila sebut je nama you, terus dia diam.”

            Tariq tersenyum sahaja mendengar komen Balqish. Memang dia suka menyakat Tiara, bukannya dia bermaksud apa – apa pun, sekadar mahu bergurau. Semakin marah Tiara padanya, semakin galak dia mahu mengusik.

            “ I tak buat apa – apa pun. Tadi tu, I tengok dia membebel sorang – sorang lepas keluar dari bilik you, tu yang I saja langgar dia. Mana tahu, dia nak naik angin jugak.”

            “ Hish you ni, sengaja kan cari pasal dengan dia. You nakkan dia ke, Tariq? Kalau nak, I boleh rekomenkan.”

“ Oh, no thank you!” Laju sahaja Tariq menggeleng kepala.

“ Nak bawak bergurau, seronoklah. Tapi kalau nak dibuat makwe, jenuh I nak memujuk nanti. Baik I solo macam ni aje, lagi bagus.” Bial difikirkan kemungkinan dia dengan Tiara pun, bulu romanya sudah berdiri tegak. Memang Tiara tidak ada kurang apa. Tapi perangainya yang kalut dan selalu ‘berangin’ tu, erm…Minus point di situ!

“ Erm…Tiara ajak I balik kampung dia raya ni…”

“ Hah, baliklah. Apa masalahnya? Anas?” Tariq cuba menebak.

“ Anas? Apa kaitan pulak dengan dia?” Suara Balqish terus meninggi apabila nama bekas suaminya disebut.

“ Yelah, manalah tahu dia nak beraya dengan Chinta pulak ke…”

Balqish mendengus. “ Dia nak beraya dengan Chinta? Eh, Tariq, you pun tahu kan dia macam mana. Tak pernah dia nak pedulikan Chinta sejak I mengandungkan Chinta lagi. Apatah lagi nak beraya dengan Chinta. Dia tak pernah nak ambil peduli pasal hidup kami ni…”

Tariq dihimpit rasa bersalah apabila melihat mata Balqish mula bergenang.

Sorry, Balqish. I tak niat nak ingatkan you pasal kisah lama tu.”

“ Hish, tak ada apa – apalah you ni.” Segera Balqish menyeka air matanya tari melimpahi tubir mata.

“ Cuma, kadang tu I sedih. You yang bukan ayahnya Chinta pun sayangkan Chinta macam anak sendiri. Tapi, ayah kandungnya pulak, langsung tak nak ambil peduli. Asyik bertukar perempuan aje…”

Hati Balqish menjadi sayu apabila mengenangkan nasib anaknya itu yang langsung tidak mahu diterima oleh ayahnya sendiri. Dalam keadaan yang sarat mengandung, dia digantung tidak bertali oleh Anas. Dengan Tariqlah dia bergantung harap selepas itu dan sehingga kini, mereka telah menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Banyak dia terhutang budi dengan Tariq kerana Tariqlah yang selalu menyakinkan dia untuk meneruskan perniagaan kosmetiknya sehingga menjadi empayar yang besar seperti hari ini.

“ Tak payahlah cakap pasal Anas tu lagi. Sorry that I ever brought that up. Berbalik pada pelawaan Tiara tu. Daripada you terbiasa beraya di oversea nanti, I cadangkan you terima aje cadangan Tiara tu…”

“ Hai…Perli I nampak…” Balqish menggulum senyum. Tak habis – habis Tariq mahu memerlinya tentang hal dia beraya di Melbourne tahun lepas. Yelah, bukannya dia ada sesiapa di sini. Mak Anum, Pak Samad dengan Ahmad dan Tiara, semuanya sudah pulang ke kampung masing - masing. Dia pula seorang diri di rumah bersama Chinta. Daripada sedih melihat orang lain yang dapat beraya dengan keluarga masing – masing, baik dia menjauhkan diri. Dan sebab itulah, dia membawa diri ke Melbourne tahun lepas.

“ I tak perli, cakap.” Tukas Tariq semula.

“ Yelah, I pun fikir nak terima je cadangan tu.”

“ Kalau I ikut, boleh tak?” Tanya Tariq semula.

“ You serius ke ni?” Mata Balqish sudah mahu terjojol keluar.

“ Hehehe…You gila ke? Mengamuk mak I kat kampung tu kalau I tak balik. Bukannya I dah kahwin ke apa, so memang tak ada sebab I tak balik kampung.”

“ Dah tu, yang you tanya tu kenapa?”

“ Saja.” Tariq tersengih kerang busuk.

“ Eh, kalau I tanya Tiara, okey tak?”

“ Tanya apa?”

“ Pasal I nak ikut dia balik kampung. Agak – agak you, apa reaksi dia?”

“ Kalau dia tak gigit you, dia cekik you or if you’re lucky, you maybe got a smack down by her shoes.”

Urgh! Scary! Better not take my chances then!”

You know it better than me, Tariq…Eh, don’t forget our meeting at two nanti…” Balqish mengingatkan semula Tariq tentang meeting kewangan mereka nanti. Pembahagian bonus dan duit raya untuk pekerja harus dibincangkan.

Yes boss!” Tariq memberi salute hormat sebelum terbongkok – bongkok mengundurkan diri.

Balqish menggeleng kepala. “ Ada – ada ajelah you ni Tariq.”


“ Kak Balqish!” Jeritan Tiara mengejutkan Balqish. Terus dia bangun dari kerusinya dan berlari mendapatkan Tiara.

No comments:

Post a Comment