Wednesday, October 13, 2010

Season, Reason & Lifetime - SEASON

SEASON

“ HAYKAL, macam mana nak kahwin?”

Haykal nyaris tersembur air di dalam mulutnya apabila mendengar soalan Redzal itu. Apa tanya soalan luar silibus tiba – tiba ni?

“ Apa yang susahnya? Kau cari calon, ajak kahwin. Kalau dia nak, jumpa tok kadi, lepas tu kahwinlah!”

Terangguk – angguk Redzal mendengar jawapan Haykal.

Eh, serius pulak mamat ni. Aku main – main je tadi tapi dia siap boleh angguk – angguk lagi. Itu lagi buat Haykal jadi pelik.

“ Oit, kau ni buat suspens akulah. Gaya kau cakap, macam kau nak kahwin je. Apa? Kau dah ada calon ke?” Tanya Haykal semula.

“ Ada tu ada, tapi dia tak ada kat sini. Aku pun tak tahulah dia nak ke tak kahwin dengan aku. Lagipun, kita orang dah tak bercakap hampir lima tahun dah.”

Haykal mula garu kepala dengan dahinya sudah berkerut seribu. Pelik ni.

“ Apa kau cakap ni weyh? Aku sikit pun tak faham. Kau nak ajak perempuan ni kahwin, tapi kau dah lima tahun tak cakap dengan dia. Lepas tu kau cakap dia tak ada kat sini. Kat mana pulak dianya? Macam mana tu? Hish…Serius aku tak faham. Cuba story sikit kat aku ni.”

“ Argh… Kau tak payah tahu lagi. Nanti, bila – bila, aku beritahunya.” Redzal terus bangun dan meninggalkan kafe itu. Dia melayan pemikirannya. Ingatannya terus melayang mengingati mesej Facebook yang diterimanya tiga hari yang lepas.

~~~~~~~

            LINK Facebook ditekan.

            “ Eh, ada mesej. Siapa pulak ek?” Redzal menggugam sendiri.

            ‘ I’ll be arriving in London on Tuesday. Will wait for you in front of your college at 10 am on Thursday. See you there…’

            Mesej yang pendek namun mampu membuat jantung Redzal berdegup kencang seketika.

Nia nak datang London? Tapi kenapa nak jumpa aku pulak?

~~~~~~~

HOW’S your flight, dear?” Tanya Aunty Aida pada Nia Zalikha, anak saudaranya yang baru sampai dari Malaysia. Sengaja dia mengajak Nia menemaninya di London ini. Dan Nia yang sedang cuti semester selama dua bulan menerima pelawaan mak ciknya itu dengan senang hati. Lagipun, semua expenses ditanggung, takkan tak pergi kot? Bila lagi nak jalan – jalan kat London ni kan?

Okay, but very long and tiring. Itulah first time Nia naik plane berbelas jam.” Nia menjawab dengan senyuman terukir di bibir. Matanya terus meliar melihat kawasan sekeliling Lapangan Terbang Heathrow itu.

Come, I’ll take you home. Rehat dulu, hilangkan jetlagged then baru kita borak – borak, okey?” Aunty Aida menarik Nia ke dalam pelukannya sambil menolok troli berisi bagasi Nia.

“ Aunty tak kerja ke?”

No, aunty cuti hari ni tapi the next following days, I’ll be busy. Minggu depan baru aunty dapat cuti.”

Nia terangguk – angguk mendengar penjelasan mak ciknya itu. Aunty Aida sudah tinggal di London hampir tiga puluh tahun, bekerja as a surgeon and she’s not married. Tak tahu kenapa. So, kita orang anak saudaranya yang berduyun – duyun nilah yang selalu datang melawatnya di sini ataupun Aunty Aida sendiri balik ke Malaysia.

“ Hariz mana aunty? Tak nampak pun…” Tanya Nia semula.

“ Erm…Sekarang kan tengah semester break. Dia keluar dengan Laleesa dialah. Itu pun, dengar cerita nak pergi Madrid next week. Sambut dia orang punya third year anniversary kat sana.”

“ Fuyoo…Grand sambut anniversary sampai ke Madrid.”

“ Biasalah Hariz, macamlah Nia tak kenal kan..” Balas Aunty Aida sambil tersenyum.

Tanpa disedari, sampai juga mereka ke rumah Aunty Aida yang terletak di Byron Hill Road, Harrow. Nia berhenti seketika di hadapan rumah itu, mengamati pemandangan sekeliling.

“ Eh, ada pokok epallah. Aunty tanam ke?” Nia tiba – tiba jadi excited bila kali pertama melihat pokok epal di depan matanya. Putik – putik bunga juga sudah mula kelihatan.

“ Bukan aunty punya, tapi neighbor atas rumah tu yang punya, tapi kalau ada buahnya, dia bagi je kalau nak ambil.” Aunty Aida menjawab sambil tersenyum. Nampaknya, suka benar Nia datang ke sini. Mungkin selepas ini, dia akan kerap lagi mengajak Nia datang ke sini.

Come, masuk dalam. Letak kasut kat sebelah tu and sarung selipas alas tu. By the way, Nia ada apa – apa plan tak for this week sementara aunty still kena kerja ni? Kalau tak, terpaksalah Nia duduk rumah aje dulu…”

Nia terus tersenyum. Teringat akan mesej yang telah dihantar melalui Facebook kepada Redzal. Ada hutang yang hendak dituntut dari lelaki itu.

“ Ada.”

~~~~~~~

            “ TAKE care dear, ada apa – apa call Hariz tau. Jaga diri tu elok – elok. Jangan buat benda – benda pelik. Ingat sikit, sini London, bukan Malaysia, okey.”

            “ Fine, I will. I’ll take good care of myself. I’ll call you if there is anything. Ya, Nia tau yang ni London bukan Malaysia. Obviously! Tengok sekeliling pun tahu, kot!” Suara Nia meninggi semula.

            “ Bagus, good girl!” Hariz mengusap lembut rambut Nia tetapi selepas itu, sengaja dia mengucar – kacirkan rambut Nia.

            “ Ish, apa ni Hariz?! Penat tau Nia blow tadi.” Nia mengirai – ngiraikan semula rambutnya dengan jari – jarinya. Sehari tak kenakan aku, tak sahlah mamat ni. Dasar sepupu sengal! Cet!

            “ Ingat, kalau ada apa – apa call.”

            Nia menjulingkan mata. Ingat aku ni budak kecik ke nak kena beritahu banyak kali. Tadi dah kena pesan dengan Aunty Aida, sekarang si Hariz ni pun sama buat celaru hidup aku.

            “ Just go already!” Nia terus menghalau Hariz. Sempat dia menangkap suara hilai ketawa Hariz. Suka menyakat aku! Hish! Dia melihat Mini Cooper kepunyaan Hariz berlalu pergi. Dia mengilas jam di tangan.

            “ Nia…” Nia terus menoleh ke belakang bila namanya disebut. Mukanya yang ceria terus keruh. Hatinya terus berombak gelora. Kenangan lama menderu – deru di ingatannya.

            Pang!

            Satu tamparan padu hinggap di pipi Redzal.

~~~~~~~
            “ SAKIT?”

            “ Cik Nia, soalan kau tu, serius tak kelakar, okey?”

            Nia tersengih sendiri. Betul jugak. Apalah aku tanya soalan tak logik macam tu?! Dah kena tampar, mestilah sakit, takkan sedap kot? Dia terus menekan pipi Redzal dengan pek ais yang diminta dari trak ais krim tadi. Redzal hanya membiarkan dengan fikirannya masih bermain – main dengan pelbagai persoalan.

            “ Bagus betul kan cara kau say hai kat aku. A slap to the face. Tak pernah lagi aku dapat, but I guess, there’s always a first time for everything.” Redzal memulakan bicara dengan perangai sinikalnya.

            Nia terus mencemik. Amboi, perli baik punya.

            “ Kau pun sama jugak. Orang bagilah salam ke apa. Ini tidak. Aci main tepuk bahu orang aje…”

            “ Sekurang – kurangnya aku tak tampar orang Cik Nia ooi…”

            “ Fine, sorry then. Tapi still, itu untuk semua yang kau buat pada aku dulu.”

            Kening Redzal terus terangkat. “ Oh, yang mana satu tu? Seingat aku, aku tak pernah buat apa – apa pun pada kau.”

            Ada! Kau rampas keyakinan dan kepercayaan aku kepada insan bergelar lelaki.

            “ Tak ada apa – apalah. Dah, jom! Bawa aku jalan – jalan. Aku lantik kau jadi tour guide tak bergaji aku. Tiga tahun dah kau kat sini, so tunjukkan aku yang kau dah pro dengan tempat – tempat kat sini. Jom!”

            Peliklah perempuan ni. Lima tahun tak jumpa, gila dia dah teruk sampai macam ni sekali ke?. Dulu waktu zaman sekolah pun, mana ada cakap sangat tapi sekarang buat lagak macam kita dua ni best friends terbaik pulak. Apa ni?

            “ Cepatlah! Ke kau tak tahu lagi tempat – tempat kat London ni? Huh! Apa barang kalau macam ni…” Nia mendengus sambil mencemik. Sengaja mahu mencabar ego Redzal dengan berkata sedemikian.

            Redzal terus bangun. Pantang betul bila dia dicabar seperti itu. Terus dia menarik lengan Nia.

            “ Nak sangat kan?! Sekarang ni, ikut je aku, jangan nak banyak soal!”

            Nia tersenyum. Umpannya mengena. Redzal…Redzal…Kau masih juga tak berubah. Ego kau masih lagi seluas lautan.

            “ Don’t worry. I’ll be at my best behaviour. Promise!”

~~~~~~~

            “ KENAPA kau datang London?”

            “ Saja…Cuti!”

            “ Kau duduk mana?”

            “ Rumah mak cik aku.”

            “ Siapa hantar kau tadi?”

            “ Sepupu…”

            “ Sepupu kau duduk sini?”

            “ Dia belajar kat sini.”

            “ Ambil apa?”

            “ Accounting and finance.”

            “ Erm…”

            “ Soalan ke tu? Sebab kalau soalan, aku tak ada jawapan untuk yang itu.” Balas Nia lagi. Banyak betul soalan! Aku ni macam dah kena soal siasat dah!

 Sekali sekala dia melihat orang – orang yang berada di Regent’s Park itu. Ada yang berkayak, ada yang berbasikal dan ada juga yang duduk bersantai di tepi tasik. Musim luruh di sini begitu cantik sekali, dengan cahaya matahari tidak seterik mana. Langkahnya terhenti apabila terlanggar Redzal yang tiba – tiba membuat pit stop di hadapannya.

            “ Oit! Apa ni? Kalau ye pun nak brek, bagilah warning dulu.” Marah Nia pada Redzal. Boleh pulak main berhenti macam tu je. Mujur tak terpeluk dia tadi! Cet!

            Redzal memandang tepat ke muka Nia. Nia mula tidak keruan. Ya, selepas lima tahun, renungan itu masih bisa menggetarkan hatinya. Nia menggawang – gawangkan tangannya di hadapan Redzal namun sedikit pun Redzal tidak mengelipkan mata.

            “ Alamak! Kalau nak lawan renung – renung ni, cakaplah awal – awal! Mana aci kalau macam ni! Kau start dulu!  Tak naklah layan kau! Bye!”

            Namun, Redzal lebih pantas. Tangan Nia direntap terus!

            “ Zal! Apa ni?! Sakitlah!”

            “ I’ve been longing to hear you calling me that.” Balas Redzal dengan senyuman meleret, menggetarkan lagi perasaan Nia yang sememangnya sudah tidak keruan.

            “ Hish! Kau nak apa? Lepaslah!” Semakin kuat rontaan Nia, semakin Radzal merapatkan jarak di antara mereka. Kini, muka mereka betul – betul berhadapan satu sama lain.

            “ Marry me?”

~~~~~~~

            NIA melihat gambar – gambar dia di dalam kamera DXLR yang dipinjam dari Aunty Aida. Ada gambar dengan Robert Pattison, Aishwarya Rai, dengan Queen Elizabeth pun ada. Kalau dah sampai kat Madame Tussauds, mana boleh lepaskan peluang mengambil gambar dengan figura – figura terkenal ni, biarlah walau sekadar patung lilin pun.

            Redzal menggaru kepala. Langsung dia tidak mampu memahami perempuan bernama Nia Zalikha ini. Soalannya dua minggu lepas hanya dijawab dengan senyuman. Lepas tu, seminggu dia menghilang. Ke Scotland bersama mak cik katanya. Tapi pagi ini, Nia muncul semula di hadapan kolejnya, setelah meninggalkan mesej di laman Facebook, minta dibawa berjalan – jalan lagi.  

            “ Nia…” Redzal mencuit bahu Nia yang sedang ralit lagi mengambil gambar patung – patung lilin di situ.

            “ Ye, nak apa?” Nia berpaling dan mengadap wajah celaru Redzal.

            “ Soalan aku hari tu, kau tak ada fikir – fikirkan ke?”

            “ Perlu ke aku fikirkan?”

             Redzal mengurut dada apabila mendengar jawapan Nia itu. Ya Allah, perempuan ini! Betul – betul menguji kesabaran aku.

            “ Dah tu?! Kau ingat aku tanya suka – suka aje ke?” Suara Redzal yang tiba – tiba meninggi mengundang pandangan pengunjung lain yang berada di situ. Nia mengangkat tangan sambil tersengih kepada mereka semua sebelum menarik Redzal keluar dari tempat itu.

            “ Kau ni apa hal? Gila ke? Tak pasal – pasal menjerit! Hish, aku nak jalan – jalan pun tak senang dengan orang macam kau ni!”

            Redzal semakin bengang mendengar kata – kata Nia itu. “ Kalau tak suka nak jalan dengan aku, yang kau cari aku tu kenapa?”

            “ Kalau kau tak nak aku cari kau, abaikan jelah mesej yang aku bagi tu. Bila aku ajak, buat aje tak tahu! Tak payah nak tunjuk muka kat depan kolej tu, tapi kau ada jugak terpacak kat situ kan? Kan?” Balas Nia semula dengan nada menjerit. Ingat dia aje ke yang boleh jerit?! Eh, aku pun boleh, okey!

            “ Aku…Aku…” Redzal tergagap – gagap semula. Yang ini, susah sikit nak jawab.

            “ Apa aku , aku? Argh! Dahlah! Aku nak balik. Terima kasih banyaklah atas semua yang kau buat kat aku selama ni. Tak mampu aku nak balas jasa – jasa kau tu. Dah, aku blah!”

            “ Nia, nanti!” Redzal sempat menghalang Nia dari terus berlalu.

            “ Kau nak apa lagi?”

            “ Nia, listen. Aku betul – betul sukakan kau. Dah lima tahun aku pendam perasaan aku ni. Aku…Aku betul – betul nak kahwin dengan kau! Nia, please… Kahwin dengan aku?”

            Kali ini, Nia sudah tergelak besar. Akhirnya…Akhirnya…

            Dengan tawa yang masih bersisa, Nia membalas. “ Okey, akhirnya! Aku dah dapat apa yang aku nak! But sorry, the feeling’s not mutual! Aku bencikan kau! Aku bencikan kau dengan sepenuh hati aku!” Jari telunjuknya ditujal berulang kali pada dada Redzal.

            “ Kau ni kenapa? Apa salah aku pada kau? Kenapa kau nak benci sangat dengan aku ni?” Tanya Redzal semula.

~~~~~~~

5 tahun yang lalu…


            “ OIT Farish, cuba kau tengok minah tu. Jalan stok nak ayu aje. Ingat aku nak tergoda la tu.”

            Farish bantai gelak kuat – kuat di situ, malahan budak – budak lelaki yang lain di dalam kelas juga turut sama ketawa. Redzal puas hati. Entah kenapa, dia memang suka mengenakan si Nia ni.

            Nia memandang Redzal dengan penuh rasa tidak puas hati. Rasa marah membuak – buak di dada. Kepalanya mula berdenyut – denyut akibat menahan rasa marah yang terlampau sangat. Dia tidak puas hati. Apa masalah lelaki itu dengan aku sehinggakan hari – hari mahu naikkan darah aku? Nia berpatah balik ke tempat duduknya. Dan dia tahu setiap langkahannya diekori oleh pandangan tajam Redzal.

            “ Farish…Farish… Tengok tu, dia buat lagi! Memang stok gedik la perempuan ni. Aku tak suka betul perempuan gedik macam dia ni!” Jari telunjuk Redzal betul – betul diarahkan kepada Nia.

            Nia sudah hilang sabar. Air matanya sudah mengalir meleleh di pipi. Dia bingkas bangun dan terus keluar dari kelas itu. Redzal memang melampau!

~~~~~~~

            “ IS that it? Is that the one yang buat kau benci pada aku sampai ke hari ini? Really? Oh, come on Nia. Grow up! That happened years ago, waktu kita budak – budak sekolah lagi. Benda kecik je tu, takkan sampai sekarang kau ambil hati lagi kot?” Redzal menggeleng kepala. Sungguh dia tidak menyangka perkara lima tahun lepas itu membuatkan Nia menyimpan dendam padanya.

            “ Mungkin kecik bagi kau, tapi itulah yang meninggalkan kesan yang paling dalam, dalam hati aku ni. Kau lelaki pertama yang buat aku menangis. Kau orang pertama yang memalukan aku macam tu. Kau ingat aku senang – senang nak lupakan macam tu je?”

            Redzal cuba bersuara namun Nia masih belum habis lagi.

            “ Lagi satu, sampai sekarang ni aku terfikir, kenapa kau buat aku macam tu dulu? Apa salah aku pada kau? Kenapa mesti kau buat aku macam tu tapi still, until now, I don’t have the answer to that.”

            “ Jadi, kau nak aku buat apa sekarang?” Tanya Redzal semula. Dia bingung, langsung tidak dapat memahami apa yang mahu dituntut oleh Nia daripadanya dengan meluahkan semua itu.

            “ No, kau tak perlu buat apa – apa pun. Aku yang kena bertindak sekarang dan sebab itulah aku ada kat sini, hari ini, di depan kau!”

            “ Ahmad Redzal Razlan, I just want to say that thank you untuk apa yang kau telah buat pada aku! Aku benci kau dan aku benci pada kaum sejenis kau! Aku kena buat macam ni, so that I can continue my life after this sebab, kerana kau, aku jadi fobia dengan lelaki. Aku rasa yang semua lelaki tu jahat. Tapi, ada seorang insan yang sedang menunggu aku, dan aku tidak mungkin akan lepaskan dia hanya kerana fobia aku yang disebabkan kau. And this is the only way that I can be released from my fear of guys. By throwing my years of anguish to the person who caused it. You!” Nia meluahkan segala rasa hati yang terbuku di hati. Dia mengorak langkah meninggalkan Redzal namun Redzal masih tidak mahu berputus asa.

            “ Oh, please Nia. Jangan buat macam ni pada aku. Aku buat macam tu semua sebab aku sukakan kau, tapi aku tak berani nak luahkan pada kau.”

            “ Be real lah Redzal! Kau buat macam tu sebab sukakan aku? Oh, come on lah! You cause me a psychological problem that takes years of theraphy to be cured and now you’re saying you did all that because you like me?! That is really a funny way to say I love you, did you know that?” sindir Nia semula.

            Redzal terpisat – pisat sambil terus menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Manalah dia tahu yang perbuatannya itu membuatkan Nia terganggu hingga sedemikian rupa.

            “ But still, tak boleh ke kau terima aku?” Redzal masih mahu mencuba nasib.

            “ Kan aku dah cakap tadi! Ada orang yang tengah tunggu aku. I’m taken! Tak faham ke?”

            Redzal terdiam lagi. Sukar dia menerima apa yang sedang berlaku sekarang.

            “ Aku dah buat apa yang perlu aku buat dan aku harap yang ini adalah kali terakhir kita berjumpa. Anyway, thank you for everything and sebab sudi temankan aku di sini, but I guess that’s it antara kita.” Dan Redzal termangu sendiri di situ, cuba menghadam dan memahami apa yang sudah berlaku tadi. Segalanya berlaku dengan begitu pantas sekali. Nia datang dan pergi begitu sahaja. Semusim…

Tanpa langsung menoleh ke belakang, Nia terus berlalu pergi dan menuruni tangga tube station Baker’s Street. Dari situ dia terus menaiki tube iaitu keretapi bawah tanah melalui Jubilee Line menuju ke Canning Town untuk bertemu dengan Aunty Aida. Aunty Aida sudah berjanji mahu membawanya ke Harrods. Di fikirannya, masih lagi bermain – main adegan dia dan Redzal tadi.

“ Argh…Lupakan Nia semua tu. You’ve done what you have came for…” Nia memberi kata – kata semangat kepada dirinya sendiri. Dia menyapu air mata yang meleleh panas di pipi. Bayangan Asykal mula menyinggah ingatannya.

Thank you Ashykal for giving me the courage to do all this and for being patient with me…” Nia tersenyum lagi saat mengingatkan Ashykal. Dia pasti yang Ashykal sedang menunggu kepulangannya kali ini. Dia puas dengan apa yang berlaku hari ini. Akhirnya, hutang lama sudah dilangsaikan. Dia kini bebas dari belenggu masalah ciptaan Redzal.

~~~~~~~

            ADA satu artikel yang begitu menarik minat Nia pada ketika ini.

            ‘People come into your life for a season, a reason or a lifetime.
When you know which one it is, you will know what to do for that person.’
            “ Jadi, Redzal yang mana satu?” Nia bertanya pada dirinya sendiri.

            “ Dan, yang mana pula Ashykal?”

Nia meneruskan lagi pembacaannya.

            Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to
share, grow and learn.
They bring you an experience that you never know.
They may teach you something you have never done.
They usually give you an unbelievable amount of joy or even pain.
Believe it, it is real. But only for a SEASON.

“ Redzal buat aku sengsara sampai bertahun – tahun. Trauma zaman sekolah berlarutan sehinggalah aku berjumpa dengan Ashykal. So, Redzal is a SEASON. Kedatangannya hanya semusim, sekadar memberikan aku pengalaman dan pengajaran. Sakitnya memang perit tapi betullah, sakitnya hanya seketika. Tidak mungkin aku nak berjumpa lagi dengan lelaki bernama Ahmad Redzal itu lagi…” Nia membuat penilaian tersendiri. Majalah itu diletakkan di atas riba sambil melihat pemandangan dari tingkap pesawat yang dinaikinya.

“ Ashykal…” Nama itu meniti di bibir Nia Zalikha. Masih ada lima jam sebelum dia menjejak bumi Malaysia setelah sebulan di London. Dia perlu bersabar sebelum dapat berjumpa dengan Asykal semula. Akan diceritakan segala yang telah berlaku sepanjang kunjungannya di London kali ini.

~~~~~~~

# ini adalah bahagian pertama – SEASON
   nantikan sambungan untuk REASON dan LIFETIME dalam hidup Nia selepas ini….
   Terima kasih sebab sudi membaca~~~


           

No comments:

Post a Comment