Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 14

BAB
14


Kenangan Terindah….


AIRIEL baru hendak membuat pusingan untuk pulang ke bloknya apabila keretanya tiba – tiba ditahan. Ada ‘makhluk asing’ berdiri di hadapan keretanya.
           
  Oit!! Nak mati ke?!!” Airiel menjerit dengan mengeluarkan kepala pada cermin keretanya. Nyaris tersangkut kaca matanya pada cermin kereta kerana pergerakannya yang tergesa – gesa.
           
Sarrah tersengih – sengih sambil menggigit kuku. Hendak ketawa pun ada melihat reaksi Airiel itu. Sebenarnya, dia masih ada satu lagi hajat yang belum ditunaikan.Dia ingin meminta satu lagi pertolongan dengan Airiel. Sudah tidak dapat ditahan – tahan akan hajatnya yang satu itu dan Airiel mesti juga menolongnya. Kalau tidak, berduka laralah dia pada malam itu.
           
“ Kau nak apa? Kenapa tak masuk lagi?” Dikeluarkan kesemua kepalanya melalui tingkap.

“ Takkan dah rindu aku kot? Baru sekejap  aku pergi.” Airiel bertanya lagi dan kali ini dia terus melangkah keluar dari keretanya apabila Sarrah masih tidak berganjak.

Cukuplah drama untuk malam ini ooi... Aku nak balik tidur ni…

Tidak pula dia menyedari bagaimana Sarrah boleh berada di hadapan keretanya. Seingat dia, Sarrah tadi sudah mula berjalan masuk ke blok apartmennya.

Sarrah merapati Airiel sambil tangannya menggosok – gosok perutnya.
           
Pandangan Airiel jatuh pada perut Sarrah. Berkerut dahinya, cuba memproses maklumat yang cuba disampaikan oleh Sarrah.

“ Kenapa you ni? You dah pregnant ke?” Airiel dengan selamba bertanya. Suaranya yang agak tinggi seakan sengaja mahu mengundang pehatian.

Terbuntang mata Sarrah mendengarnya. Rahang bawahnya tiba – tiba terasa seperti hilang skru, terus ternganga seluas alam. Terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Airiel.

 Belum sempat Sarrah membalas, Airiel menyambung lagi.

You janganlah buat I panik. I ni tak ready lagi nak jadi papa. Adeh…. Takkan sekali tu je kita buat terus jadi kot?” Airiel mula panik, mundar – mandir sambil mengerutkan dahi dan jari jemarinya turut naik mengurut dahi, meneruskan lagi dramanya. Peluh dingin mula menitis.

“Bukan ke I dah pakai protection at that time, macam mana boleh ada jugak ni? You jugak yang bagi I benda tu kan?” Airiel terus – terusan membebel, membuka penglipurlaranya.

“ Entah – entah you dah sabotaj benda tu tak?”

Mendengarkan itu, mulut Sarrah semakin luas nganganya.

Oit! Agak – agaklah kalau nak buat lawak pun. Apa kes buat skandal liar pulak ni?!” Namun, jeritan Sarrah langsung tidak diendahkan Airiel.

“ Memang you sabotaj kan? Kan?”

Melampau tahap moksya mamat ni! Hati Sarrah mendidih mendengarkan kata – kata Airiel yang langsung tidak bertapis itu. Pandai – pandai aje buat cerita! Mangkuk hayun punya member! Tak boleh pakai betullah.

Airiel tiba – tiba duduk di bahu jalan sambil memegang dahinya, seakan – akan sedang berfikir.

Sarrah menjungkitkan keningnya melihatkan lakonan Airiel itu. Dia mencekak pinggang, memerhati Airiel yang masih berlakon dengan jayanya.

“ Habis tu, apa kita nak buat ni sayang? You dah beritahu ke family you?” Airiel merapati semula Sarrah. Dia memegang dan menggoyang – goyangkan bahu Sarrah, cuba  meminta penjelasan.

Sarrah sudah hilang sabar dengan lakonan Airiel yang masih beterusan. Dia menampar bahu Airiel sekuat hati.

“Aduh!” Kuat suara Airiel menjerit kesakitan tapi sekejap sahaja sakitnya itu.

 “ Sayang, kenapa ni?” Airiel menggunakan nada suara yang memujuk.

Allah! Dia nak bikin onar lagilah tu! Apakah mamat ni?! Nak berlakon pun, agak – agaklah. Dahlah cakap tu macam nak beritahu semua orang. Gila ke? Kalau orang fikir bukan – bukan nanti, tak ke jadi masalah lain pulak nanti?

Dipijaknya lagi kaki kiri Airiel dengan tumit kasutnya kerana terlalu geram.

“ Aduh!! Weyh!! Sakitlah! Ini memang tak boleh tahan! Sakit….” Airiel menjerit sambil segera memegang hujung kasutnya. Terlompat – lompat Airiel sambil cuba mencari keseimbangan. Dia akhirnya menyokong badannya pada keretanya.

“ Sakit!!!” Dahi Airiel berkerut seribu, menahan pedih di kakinya.

Sarrah memandang Airiel yang terkinja – kinja itu dengan hanya hujung matanya.

“ Rasakan! Padan muka kau! Nak lagi?” Tanya Sarrah kembali dan laju sahaja Airiel menggelengkan kepala.

“ Apa ni sayang? Pembawakan budak ke? Sakit tau!” Airiel masih lagi mahu mengusik.

Terjegil mata Sarrah di situ.Tak habis lagi?! “ Airiel, kau memang nak kena ek?” Sarrah mula menyuakan penumbuknya. Airiel cepat – cepat mengangkat kedua – dua tangannya, tanda menyerah kalah.

  Relakslah kawan.” Dia menepuk – nepuk bahu Sarrah.

“ Cakap pasal pregnant pun sensitif ke? Tak betul ke apa yang aku cakap? Betul you tak pregnant ni?”

“Airiel!!!”

Airiel sudah lari menyelamatkan diri sambil ketawa terbahak – bahak.

“ Suka hati kau aje cakap aku ni pregnant. Gila! Siapa nak mengandungkan anak kau?! Aku tak cukup sewel lagilah.” Sarrah membalas sambil menjelirkan lidahnya. Kasutnya sudah berada di tangan. Silap – silap hari bulan, ada jugak mamat ni makan kasut aku ni. Sabar ajelah dia ni.

 Airiel tersengih. Berjaya juga hasratnya untuk melihat Sarrah ketawa semula. Meskipun sakit bahunya akibat penangan tangan Sarah, tetapi semuanya berbaloi, asalkan dia dapat melihat senyuman terukir semula di bibir Sarrah.

Airiel berjalan merapati Sarrah semula.

“ Kau ni, takkan kena jadi sewel dulu baru boleh jadi mak pada anak – anak aku kot? Bila kahwin, kau boleh maintain aje, happy aje bersanding and kau boleh act glamour for that day, tapi takkan bila pregnant aje, kau terus jadi sewel pulak gitu?” Airiel masih mengusik.

Muka Sarrah terasa panas. Kapilari mukanya mengembang. Darah mengepam dengan laju ke mukanya. Jantungnya dirasakan terpaksa membuat kerja overtime, mengepam darah sebanyak mungkin ke otaknya supaya dia terus mampu berdiri tanpa terjatuh.

Airiel senyum sinis. Puas hatinya melihat muka Sarrah menjadi merah padam.

“ Aku laparlah.” Mengabaikan rasa marah di hati, Sarrah menerangkan keadaan sebenar, kenapa dia mengusap – usap perutnya. Isyarat yang diharapkan terus difahami Airiel tapi lain pula yang jadi.

Baby dalam perut tu lapar ke?” Airiel bertanya semula, sengaja. Dia masih belum habis bermain.

 OIT!!! Nak mati ke? Akulah yang lapar. Tak ada baby ke apa ke !” Sarrah menjerit di situ.

Bahu Airiel turun naik. Dia menekup mulut dengan kedua tangannya, cuba menyembunyikan tawa, kalau tak mahu si Sarrah tu belasah dia pulak. Airiel menarik nafas dalam – dalam.

“ Lapar kak? Pukul dua belas lebih ni pun kau lapar lagi ke?” Airiel bertanya semula. Dia melihat jam tangannya sambil menggeleng – geleng kepalanya.

Well, dah aku lapar, nak buat macam mana... Lagipun, ada ke kaitan lapar dengan pukul berapa sekarang?”

“ Nak tahu something tak? Tiba – tiba aku lagi rela kau pregnant pulak dari kau cakap kau lapar. Susahlah macam ni.” Itu komen yang keluar dari mulut Airiel.

“ Airiel!!” Sarrah menjerit. Dia geram kerana Airiel masih lagi hendak main – main padahal perutnya sudah mula berdondang sayang.

“ Aku serius ni. Janganlah main – main lagi! Dahlah tu!” Sarrah mula memuncung.

Airiel tersenyum lagi melihatkan rupa Sarrah yang marah itu. Comel. “ Habis tu, ini kau nak aku bawa kau pergi makanlah ye?” Airiel bertanya lagi, meminta kepastian. Sarrah hanya menjawab pertanyaan Airiel dengan mengangguk seperti anak kecil.
           
“ Perempuan…perempuan. Memang aku tak faham dan memang aku tak nak faham pun . Sebab itulah aku solo sampai sekarang. Nak layan kau sorang pun, aku rasa macam nak kena migrain tau. Cuba bayangkan kalau nak layan awek? Boleh arwah aku dibuatnya!” Airiel membebel sambil membaiki kedudukan cermin matanya sambil terus diperhatikan oleh Sarrah.
           
“ Dah, naik kereta cepat. Kita pergi makan kat Taman Maju, tempat biasa. Aku belanja.”

Mendengarkan itu, Sarrah melonjak gembira, bertepuk tangan seperti budak kecil yang diberi aiskrim. Ingin sahaja dia memeluk Airiel kerana sanggup melayan kerenahnya.
           
“ Kaulah boyfriend yang paling aku sayang sekali dalam dunia ni. Love you darling! Muahh!” Sarrah memberikan flying kiss lagi sambil mengenyitkan matanya kepada Airiel.

Airiel hanya tersengih sambil tangannya menolak lagi cermin matanya kepada kedudukan yang asal.
           
Tidak sampai beberapa minit, mereka sampai ke tempat makan biasa mereka, Deli Planet. Di sinilah tempat mereka selalu menghabiskan masa terutama pada malam – malam mereka habis test. Release tension.
           
“ Kau nak makan apa? Aku ikut pilihan kau aje. Kau order.” Airiel memberitahu Sarrah.
           
Sarrah tersenyum. Senyum yang amat dikenali Airiel.

Habislah aku! Mesti nak ketuk aku habis – habis ni. Pantang dapat peluang, mesti kau nak manfaatkan sepenuhnya. So like Maisarrah Imelda.  Airiel berkata – kata sendiri di dalam hati.
           
“ Betul ni aku yang order? Betul ni? Kau jangan menyesal tau. Lagi satu, kau kena makan apa yang aku order. Kalau tak, putus member!” Sarrah mengugut. Tapi Sarrah tahu yang Airiel akan makan apa sahaja yang diberi. Dia pun spesies yang kuat makan seperti dirinya juga. Hampir semua kawan – kawan mereka tahu yang mereka berdua memang kuat makan tetapi badan tidak pernah nak naik pun. Kes Airiel biasalah, tak pelik sangat sebab dia atlet bola keranjang universiti tetapi bagi kes Sarrahlah  yang amat menyakitkan hati orang lain terutamanya Qistina. Makanlah berapa banyak pun, bergelen – gelen pun, badan Sarrah tetap maintain meskipun dia bukanlah atlet apatah lagi rajin bersenam. Berat badan Sarrah memang susah untuk naik.
           
“ Kak!” Sarrah menjerit memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Di fikirannya sudah teratur menu – menu yang ingin dia order.
           
“ Kak, bagi nasi putih dua, tomyam campur dua orang makan, telur bungkus, kalian ikan masin, ayam masak kunyit dengan dua fresh orange.” Lancar sekali Sarrah menyebut menu – menu tersebut samentara pelayan itu tekun mencatatkan segala pesanan yang disebut tadi. Airiel pula sudah terbeliak biji mata mendengarkan semua makanan yang dipesan oleh Sarrah itu.
           
“ Ewah makcik, kenduri ke? Order macam sepuluh orang nak makan. Mentang – mentanglah aku yang nak bayar. Banyak cantik muka hang! Siapa nak habiskan semua benda tu?!” Airiel membebel lagi sebaik sahaja pelayan tersebut meninggalkan meja mereka.
           
“ Siapa yang nak makan banyak – banyak macam tu? Lagipun ini supper, bukannya dinner!” Airiel terus lagi membebel macam burung tercabut ekor namun kali ini dengan nada yang lebih lembut kerana tidak mahu mengundang mata – mata di sekitar mereka memandang ke arah mereka.
           
Aik, kata nak belanja, lepas tu, siap suruh aku lagi yang order. Bila aku order, kau bising pulak. You’re so confuse man!” Sarrah mengherotkan mulutnya,. Dia naik panas dengan kerenah Airiel.
           
“ Memanglah aku nak belanja and aku suruh kau orderkan tapi…”

“ Tahu tak…” Tiba – tiba Sarrah mencelah menyebabkan Airiel terus termangu.

“… dari tadi lagi, kau ni asyik membebel. Penat tau nak kena dengar. Ini kau ikhlas ke tidak nak belanja aku ni?” Sarrah membalas lagi. Sakit telinga dia mendengar Airiel membebel.

 Kalahkan nenek tua aje! Sejak dari dalam kereta lagi, asyik duk pot…pet...pot...pet..Benci aku!

            “ Ini ikhlas ke tidak nak belanja aku ni?” Sarrah bertanya lagi.

“ Erm….Kalau tak ikhlas atau memang tak sanggup, tak apalah. Biar aku sendiri yang bayar. Aku yang makan banyak kan. Lagipun inilah dinner aku. Aku mana ambil dinner lagi tadi. Tak pun, kalau susah sangat, panggillah balik waiter tu, mintak cancel semua benda. Dah, habis cerita! Balik je sudah.” Sarrah mula merajuk. Panjang sejengkal muncungnya.
           
“ Alamak, dia merajuk pulak. Yelah…yelah. Aku main – main ajelah tadi. Makanlah berapa banyak kau nak makan pun. Aku yang bayar. Abang sanggup, Pah! Kan aku dah cakap aku nak belanja.” Airiel cuba menjernihkan keadaan. Bersalah pula rasanya kerana asyik membebel dari tadi. Lagi satu, buruk betul dia melihat muncung Sarrah yang  mengalahkan muncung platypus, haiwan mamalia yang menyerupai itik.
           
“ Lagipun, aku rasa aku nak jadi pemurah malam ni. Rasa macam nak belanja orang gitu. Kau tak dinner lagikan? Tak apa, makanlah banyak – banyak ye... CIMB Bank dekat aje.” Airiel mengangkat – angkat kening tanda berbangga dengan diri sendiri selain cuba melawak. Dia ingin menjernihkan semula keadaan.

Sarrah  hanya mencemik dengan pandangan yang meluat. Perasan! Geli anak tekak! Lawak tak jadi! Dah lapuk!

“Aku dah belanja ni, cubalah senyum sikit. Senyum tiga.” Airiel menggayakan senyuman selebar – lebarnya ala – ala model ubat gigi.

Sarrah hanya menurut. Dia senyum selebar yang mungkin. Dia juga malas hendak merajuk lama – lama dengan Airiel. Ingin dia menghilangkan rasa marah terhadap Zaid Izlan dengan melayan kerenah Airiel.

Airiel hanya menyakitkan hati yang best. Zaid Izlan menyakitkan hati yang menusuk kalbu. Kejam!

Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan dihidangkan di hadapan mereka. Aroma semerbak menusuk deria selera mereka. Tanpa melengah masa, masing – masing mula ‘membuka langkah’, memenuhi kehendak tembolok mereka yang lama berkeroncong dari tadi.
           
Airiel memandang Sarrah yang sedang makan dengan khusyuknya tanpa sedikitpun menyedari perbuatannya yang sedang mencuri pandang kepada dirinya. Dia suka memandang mata Sarrah yang sedikit bujur yang bersembunyi di sebalik cermin matanya. Entah apa mimpinya, Sarrah memakai kaca matanya pada malam itu, perbuatan yang biasanya amat dibenci, leceh katanya. Dan rambutnya, panjang dan lembut dihembus bayu malam. Hanya Qistina dan Sarrah sahaja sahabat perempuan yang mampu dia berkawan rapat, selebihnya kawan – kawannya adalah lelaki. Bagi dirinya, kedua – dua mereka berfikiran terbuka dan mudah dibawa berkawan, selesa. Perempuan yang lain, kebanyakkannya hanya nak mengikis sahaja.
           
Oit, apa kau buat? Renung – renung, tengok – tengok, pandang - pandang. Apa?! Nak makan aku ke?” Sarrah tiba – tiba menjerkah Airiel.

“ Jolok mata tu kang!” Sarrah mengangkat garpunya. Dia tahu yang Airiel memerhati dirinya. Mulanya, dia tidak ambil peduli. Dia terus mengadap juadah di hadapannya tetapi apabila Airiel masih juga begitu, idea jahat mula menyinggah. Terus sahaja dia ‘menerjah’ Airiel.

Airiel yang terkejut dengan jerkahan Sarrah it uterus menyedut jusnya laju – laju.

Shruttt.....shruttt….Penyudahnya, dia tersedak di situ. Terbatuk – batuk sambil menepuk – nepuk dadanya.
           
Ceh….dasar penjahat betul! Airiel sempat menyumpah Sarrah di dalam hatinya.

“ Tak senonoh punya anak dara! Ada ke jerkah orang bila tengah makan. Pakcik Radz tak ajar ke anak dara dia sorang ni?” Merah padam mukanya menahan malu. Mujurlah malam menyelamatkan dirinya. Dapat jugak nak disembunyikan mukanya itu.
           
Sarrah membuat muka toya, tanda tidak kisah. Tidak sedikit pun terusik dengan ‘makian’ Airiel. Semuanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
           
            “ Kau tak nak cerita apa – apa ke pada aku? Anything?” Airiel cuba mengorek cerita dari Sarrah. Nak tahu jugak kenapa Sarrah boleh berada di hospital dan kenapa dia menangis tadi. Sewaktu mengambil Sarrah tadi, dia masih dapat melihat sisa – sisa air mata pada birai mata Sarrah. Dia ingin tahu siapa yang sanggup membuat Sarrah menitiskan air mata.
           
“ Cerita apa?” Sarrah buat – buat bodoh, konon tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Airiel.

“ Asal? Kau ada gosip terbaru ke nak kongsi dengan aku? Kau dah ada makwe? Siapa?” Sarrah pura - pura excited. Sengaja dia melencong dari topik yang cuba dibuka oleh Airiel. Geram di hatinya masih berbekas. Amarahnya baru hendak reda. Jika boleh, malam itu dia malas dan tidak mahu mengulang siaran tentang apa pun yang telah  terjadi pada sesiapa mahupun pada Airiel ataupun Qistina, sahabat karibnya sendiri..
           
“ Kita tengah cakap pasal dia, pandai dia melencong, mengelak. Tak apalah. Kalau ada apa – apa, you can always count on me. I’m always here for you.” Airiel menyambung semula makan sedangkan Sarrah tiba – tiba berhenti makan apabila dia habis berkata – kata.

Ini nak marah aku ke apa ni? Airiel mulai cuak dengan Sarrah yang masih tidak menukar riak wajahnya itu.
           
“ Wah Airiel! Aku terharu kaw – kaw weyh! Sweetnyer kau! Semakin hari aku semakin sayang pada kau. Kaulah kawan aku paling best! Muah!” Sarrah memberi flying kiss kepada Airiel dan Airiel segera menangkap dan melekapkannya pada dadanya. Melihat Airiel berbuat demikian, pecah pula tawa Sarrah. Tawa Sarrah kemudiannya disambut Airiel. Mereka berdua ketawa dengan sekuat hati. Penat Sarrah menahan perutnya apabila mendengarkan lawak – lawak Airiel. Ada – ada sahaja.
           
Oit! Aku bosanlah, so aku nak main teka – tekilah pulak.”

Ek eleh kau ni. Tak remaja betullah! Ada ke patut nak main teka – teki malam – malam buta ni?”

“ Alah, layan  jelah permintaan kawan kau ni. Susah sangat ke?”

“ Yelah…Yelah.. Apa – apa ajelah Encik Airiel ooi…” Terpaksa juga Sarrah melayan kepala kawannya yang sorang itu.

“ Okey, antara ikan, ketam dengan sotong, siapa yang menang bila tiga – tiga binatang ni berlumba berenang ke depan?”

            “ Erm…mestilah ikan!” Sarrah menjawab dengan penuh yakinnya.
           
“ Kenapa ikan?” Airiel bertanya lagi.
           
“ Sebab dia ikanlah. Ikanlah yang paling terror berenang.”
           
“ Salah sama sekali. Saya minta maaf Cik Maisarrah Imelda, jawapan anda hampir betul tapi alasan yang diberikan adalah agak kurang releven. Anda baru sahaja kehilangan ringgit Malaysia sepuluh ribu. Perjalanan anda terhenti setakat ini sahaja..” Airiel mengajuk serba sedikit dialog Jalaluddin Hassan di dalam rancangan Who Wants To be A Millionaire.

“ Kurang releven? Blahlah kau! Pergi mati boleh tak? Sekejap pun jadilah. Sekejap je, please……. Ayat tak boleh tahan. Poyo!” Sarrah ketawa.Gila betul kalau dilayannya si mamat senget ni.

 “ Kau nak aku pergi mati? Okey, aku mati sekejap.”Airiel memejam mata dan berdengkur tetapi hanya seketika sahaja.

“ Okey, aku dah mati dah tadi. Puas hati?” Airiel bertanya lagi.

 Sarrah hanya mampu menggelengkan kepalanya melihatkan perangai Airiel itu. Terus disuapkan kuah tomyam itu ke dalam mulutnya.

 “ Okeylah, biar aku beritahu sebab dia. Cuba kau fikir balik. Ketam kan bergerak ke sisi dia, sotong pulak bergerak ke belakang and ikan aje yang berenang ke depan, so memang ikanlah yang menang kan? Sebab dia je yang pergi ke depan, yang lain – lain tu entah ke mananya pergi. Betul tak apa yang aku cakap ni? Betul tak?”

Sarrah membuat muka berfikir. Dia cuba menghadam maklumat yang cuba disampaikan. “ Yelah, betul jugak apa yang kau cakap. Kenapalah aku ni tak terfikirkan jawapan macam tu kan?” Sarrah ketawa lagi.

“ Airiel…Airiel…Kelakarlah kau ni! Teka teki pun nak bagi yang sivik – sivik. Siap ada fakta lagi. Skema betul!” Sarrah menepuk – nepuk bahu Airiel, lucu mengenangkan soalan yang mudah tetapi masih tidak dapat dijawabnya.

Airiel yang sedang meneguk minumannya, tersedak apabila tangan Sarrah tiba – tiba menepuk belakangnya pula. Nyaris tersembur air yang diminumnya.

Perempuan ni kan, ganas betullah! Tak nampak ke orang tengah minum ni. Boleh pulak dia pergi tepuk belakang aku. Tak ada sivik sungguh!

Dia melihat Sarrah semula. Macam manalah aku boleh ada kawan macam perempuan ni. Kasar semacam! Kasarnya mengalahkan anak jantan! Mujurlah rambut tu masih panjang, muka pun ada berhias dengan make up and reti juga nak bergaya feminin, kalau tak, memang orang dah cakap yang kau ni anak jantan tau!

Mereka berdua terus berbual – bual tanpa sedikit pun menyentuh topik tentang Zaid Izlan atau apa – apa sahaja yang berkaitan dengan nama manusia itu. Itulah syarat yang awal – awal lagi dietapkan oleh Sarrah. Mereka bersantai di kedai makan itu sehingga pukul dua lebih. Bila pekerja restoran itu mula hendak mengemas dan mula membuat isyarat sakit tekak dia, barulah masing – masing tersedar dari perbualan kosong mereka dan mereka pun membayar, eh bukan mereka, tetapi Airiel yang membayar semuanya sebab dia dah janji kan. Mereka pun terus mengangkat punggung, meninggalkan kedai itu.

Airiel menghantar Sarrah pulang dan tiada lagi drama daripada Sarrah mahupun Airiel. Selepas memastikan Sarrah telah masuk ke dalam blok apartmennya, barulah Airiel beredar dari kawasan blok itu. Memori malam ini akan tesemat kukuh di ingatannya.

Ingatannya singgah semula kepada Sarrah.

Be strong, Sarrah. You know that you can always count on me.” Perlahan sahaja Airiel berkata – kata, mengharapkan angin malam akan menyampaikannya kepada Sarrah.

No comments:

Post a Comment