Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 4

BAB
4



Cinta Gila….


TEPAT pukul sepuluh pagi Zaid Izlan telah sampai dan terpacak di hadapan rumah ibu saudaranya. Jarang dia nak bangkit awal-awal macam ini kalau di rumah. Jangan haraplah. Mati hidup semula pun belum tentu dia nak buat macam ini. Macam tunggu kucing bertanduk ataupun tunggu monyet nak bertelur, memang mustahil melainkan dengan kuasa tuhanlah. Itu dah lain cerita lah pulak, tak masuk kat sini pulak kan?

Kebiasaannya, selepas selesai menunaikan solat Subuh dia akan tidur semula sehinggalah matahari tegak, barulah dia akan bangun itupun selepas mendengar jeritan soprano mamanya yang mampu mengalahkan Charlotte Church tetapi pada hari ini, disebabkan Sarrah, bangkit sebelum subuh pun dia sanggup, lebih dari itu pun lagi dia sanggup.

Anything for you, Sarrah. Hehehe….

Zaid Izlan bermalam di rumah sahabat karibnya, Ryzman. Walaupun jarak antara rumah Ryzman dan rumah Sarrah tidak jauh mana, tidak pula dia bermalam di rumah ibu saudaranya itu kerana berasa kekok dan segan, lebih-lebih lagi dengan Sarrah. Mungkin kerana mereka akan bertunang tak lama lagi. Lain macam sahaja rasanya. Lagipun dia seperti dapat merasakan penerimaan Sarrah apabila mengetahui perkara ini.

Mesti perempuan tu terkejut gila badak! Tiba – tiba nak kena bertunang. Dengan aku pulak tu! Mahunya ribut kat dalam rumah tu. Kesian pak long dengan ibu long nak kena berdepan dengan monster tu.

Zaid Izlan tersenyum lebar apabila dia cuba membayangkan reaksi Sarrah. Dia yakin yang Sarrah pasti akan mengamuk besar apabila mengetahui perkara ini. Sudah masak sangat dengan perangai Sarrah yang kepala angin itu. Jika ada perkara yang berlaku di luar kawalan dia, mesti perempuan itu mengamuk sakan dan Zaid Izlan amat pasti yang hal ini sememangnya di luar kawalan Sarrah.

Hehehe…sorry…lorry…strawberry! Nak buat macam mana kalau hati ini sudah tersangkut padamu. Lautan api akan aku renangi, lurah mahupun gaung sanggup kuturuni. Segalanya hanya untukmu wahai juwita kesayanganku Sarrah!

Cewah…ayat tak boleh blah!” Zaid Izlan ketawa sendiri.

Gila aku jadinya bila memikirkan si Sarrah ni. Kalau selalu diamalkan, confirm dalam masa sebulan lebih, aku dah pergi ‘melancong’ kat Tanjung Rambutan, dah tak jauh dah tu dari kampus aku. Paling kurang, aku dah jadi penghuni tetap kat sana. Hishh…minta jauh. Aku tak kahwin lagi woo…

Zaid Izlan tersenyum lagi.

Akhirnya doa dan hajatnya untuk bersama Sarrah dimakbulkan tuhan. Sudah lama dia memendam perasaannya terhadap Sarrah. Apabila dia hampir menamatkan zaman persekolahannya, perasaan itu semakin kuat menyebabkan dia sering menjauhkan diri daripada Sarrah lebih – lebih lagi apabila Sarrah berkunjung ke rumahnya atau sebaliknya. Walaupun dia telah memasuki universiti selepas itu, ingatannya pada Sarrah masih dan terus kukuh. sehingga kini. Pandangannya tidak pernah mahu jatuh pada mana – mana perempuan lain meskipun kawan – kawannya ada cuba ‘memancing’ seorang dua untuk dirinya. Maisarrah Imelda sahajalah yang sentiasa  ada di hati dan fikirannya dan tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengubah hakikat itu.


GOOD MORNING Lan. Lan buat apa kat dapur ni? Mana yang lain- lain? Adam? Is? Tak ada ke?” Sarrah menegur  abang sepupunya itu sambil mengambil mug dan mula membancuh air Milo kesukaannya.

Teringin pula dia bersembang dengan Lan. Sudah lama dia tidak berbual-bual dengan Lan. Asyik-asyik mengelak aje. Agaknya Lan sudah kekok dengan dia. Dulu waktu kecik-kecik, bolehlah nak bertepuk tampar tapi sekarang, segan woo... Padahal jarak usia antara mereka tidak jauh mana, hanya dua tahun. Tapi sekarang masing-masing dah macam mak and bapak orang. Lanlah yang paling obvious. Siap dengan jambang dan misai lagi, bulu dada pun ada, banyak pulak tu, macam orang utan.

Sarrah tersenyum sendiri. Diletakkan balang berisi Milo ke dalam kabinet semula. Dia menggeleng – gelengkan kepala apabila teringatkan pasal hal bulu ni. Lan…Lan…

Dah tahu banyak bulu tapi tak reti – reti nak pakai baju, nak ditayang buat tontonan umum ke? Tapi, kita family kan? Tak kisahlah la ek. Hentam ajelah.

Tapi still…geli! Kadang – kadang tu, tak tergamak mahu ditatap oleh mataku yang sungguh cantik dan berseri ini!

Idea kurang sihat tiba – tiba datang menyinggah kepala Sarrah.

Masa nilah masa yang paling sesuai aku usik Lan, hehehe…..Berdasarkan sejarah kejayaan aku sebelum ini, dia mesti gelabah habislah.

Huhuhu…Habislah kau Zaid Izlan Azlan. Tanduk jinku telah keluar. Siaplah kau aku akan kerjakan.

 Sarrah ketawa jahat di dalam hatinya.

Lan mencuri – curi pandang Sarrah. Entah mengapa dia memang cepat panik kalau dengan perempuan tapi dengan Sarrah lagilah, lemah sendi satu badan. Lutut pun tiba-tiba jadi longgar. Rasa nak demam pun ada. Jantung ni berdengup punyalah kencang. Hebat betul penangan sepupunya yang seorang ini.

“Erm..morning Sarrah.” Zaid Izlan cuba bernada biasa, menyembunyikan debaran di dada.

“ Semua orang dah siap breakfast. Lan breakfast sorang-soranglah jawapnya, tak ada orang teman.” Dia memaniskan muka dengan mengukir senyuman.

“ Kita ni bukanlah between the early birds kan, macam yang lain – lain tu, so Lan sorang jelah.” Dia cuba membalas sapaan Sarrah sebaik mungkin tanpa menunjukkan kegelabahannya, cuba untuk mewujudkan suasana mesra namun hatinya mula gundah gelana, tidak tenang.

Dia mengunyah laju-laju roti bakarnya, cuba menghabiskannya secepat mungkin dan dapatlah dia melarikan diri dari situ. Disebabkan menguyah terlalu laju, nyaris dia tercekik menyebabkan dia tersedak. Segera ditepuk-tepuk dadanya, terbatuk -terbatuk. Air disuakan ke mulut, diteguk beberapa kali  dan barulah batuknya tadi berkurangan. Sarrah yang sedar akan kegelabahan Lan, ketawa kecil. Dibiarkan sahaja Lan tanpa ada rasa ingin menolong.

Sarrah…Sarrah…Buat benda jahat ni memang best kan?

Sarrah bercakap dengan kepala hantu yang mula merasuk dirinya itu, mengangguk sendirian sambil ketawa.

Dia merenung Zaid Izlan lama – lama lagi dan dilihat Lan memang sudah tidak senang duduk di tempatnya.

Yes! Dah berjaya! Dia gelabah lagi…

Sarrah meneguk air Milonya sambil cuba menyembunyikan tawanya.

Aduh, seronoknya rasa hati. Syok gila bila dapat mengusik orang ni. Mamat ni pun satu hal. Kenapalah senang sangat nak gelabah? Dengan aku je pun, bukan Miss World agak keluar ke apa…Duhh

Anyway, tak apalah Sarrah, Lan pun nak siap-siap ni, nak jumpa kawan tengahari nanti. Okey, bye dear. See you later then!”

Zaid Izlan segera menghabiskan saki-baki minumannya dan  terus meninggalkan Sarrah seorang diri di situ. Dia gelabah. Panik menyerang dengan tiba - tiba. Entah mengapa hatinya berdegup kencang setiap kali berhadapan dengan Sarrah apatah lagi jika mereka berdua-duaan seperti itu tadi. Disebabkan itulah dia sengaja memberi alasan untuk keluar dan segera beredar dari situ. Dibiarkan Sarrah termangu seorang diri di situ meskipun ada sekelumit rasa bersalah terbit di hati kecilnya.

Sorry Sarrah.” Kata - kata yang hanya terlafaz perlahan dari mulutnya dan sudah tentulah  hanya didengari oleh dirinya sahaja dan dia terus berlalu menuju ke biliknya.

Aik?!! Dia pergi macam tu aje?!” Terpinga Sarrah dibuatnya dengan tindakan sepupunya itu.

“ Lan, janganlah tinggal Sarah seorang kat sini.” Sarrah sedikit menjerit, geram. Tetapi kata-katanya langsung tidak disahut dan Zaid Izlan terus sahaja berlalu meskipun Sarrah tahu yang memang dia terdengar akan laungan Sarrah itu.

“Kurang asam jawa punya orang!  Tak apa, nanti tengoklah, Sarrah balas! Ingat dia sorang je ke yang boleh buat macam tu?!” Sarrah mengepal tangannya.

“ Sarrah mesti balas punya! Sarrah ingat Lan buat Sarrah macam ini. Hish…benci!! Benci! Benci! Tak ada sivik punya orang!”

                                                                                          
 “LAN, buat apa termenung dalam kereta tu? Duduk bertapa ke?” Laungan Pak Long Radz mengejutkan Zaid Izlan dari lamunannya. Dia segera beristighfar. Jauh dia mengelamun, mengingati semula kenangan lama yang masih segar di ingatannya. Dia segera  mematikan enjin keretanya dan bergerak menuju ke arah pak longnya yang masih lagi sibuk membelai bunga – bunga kesayangannya.

“Hah, ini kenapa pulak tersenyum-senyum ni?” Pelik dia melihat anak saudaranya yang seorang ini. Tak lama lagi akan bergelar anak menantunya pula.

Lagi pak long cakap macam tu, lagi aku nak senyum lebar – lebar. Hehehe

“ Buat apalah kamu dalam kereta tu sampai pak long panggil banyak kali baru dia nak dengar. Hish, budak ini!” Pak Long Radz menepuk-nepuk bahu Zaid Izlan. Pemuda di hadapannya ini telah pun dianggap sebagai anaknya sendiri. Sejak kematian arwah Azlan, dia rasa bertanggungjawab pula terhadap kebajikan Zaid izlan dan Zaid Iskandar. Kedua – dua mereka tidak pernah diabaikan sekalipun mereka berada jauh dari pandangan mata. Kepada Munirah, sering dia menanya khabar kedua beradik itu.

“Ingat orang mana ni?” Pak Long Radz bertanya lagi sambil kening kirinya sedikit terangkat. Zaid Izlan hanya diam. Matanya terus meliar ke dalam.

“Orang lain ke atau orang yang kat dalam tu?” Pak Long Radz bertanya lagi.

Tersenyum sumbing Zaid Izlan mendengar pertanyaan pak longnya itu. Macam tahu – tahu aje pak cik aku ni.

“ Tak buat apalah.Teringatkan mimpi Lan malam tadi, pak long.” Zaid Izlan tiba – tiba mendapat akal untuk mengenakan pak ciknya itu.

“ Lan mimpi…” Zaid Izlan merapatkan dirinya dengan pak ciknya itu.

“… ada orang masuk meminang  Lan. Tapi Lan tak nak, dia merayu-rayu lagi tapi Lan tolak jugak sebab Lan teringatkan orang kat dalam tu,” ujar Zaid Izlan sambil ketawa dan menunjukkan jarinya ke dalam.

“Siapa? Ibu Long kamu ke?” Pak Long Radz memanjangkan leher ke arah yang ditunjukkan Zaid Izlan, cuba dicari gerangan yang dimaksudkan oleh anak saudaranya itu, tetapi si Larasati, isterinya itu sahaja yang kelihatan.

 “Kamu jangan Lan, yang itu Pak Long punya. Pak Long tak nak share dengan siapa-siapa,” Pak Long Radz menjawab dalam nada berseloroh. Tahu sebenarnya siapa yang dimaksudkan oleh Zaid Izlan.

Zaid Izlan ketawa besar mendengarkan jawapan pak longnya itu.

“ Memang Lan nak yang itu pun. Pandai pak long teka. Mana tahu ni? Pak long intip Lan waktu Lan pergi dating dengan dia ye? Pandai ye pak long, dah maju…Dah maju…”

“Sudahlah. Ada – ada aje point kamu nak kenakan Pak Long balik. Kamu  kalau mengarut, sama macam Sarrah, macam-macam yang keluar sampai Pak Long pun terikut-ikut. Jomlah kita breakfast dulu. Ibu Long kamu dah masak tu. Nanti dia ingat pak long mengurat anak dara sebelah rumah ini pulak. Lama sangat dah pak long kat luar ni.”

Mereka berdua pamit ke meja makan. Apabila menghampiri ibu longnya, Zaid Izlan segera mencucuk pinggang ibu longnya itu.

Opocot, mak engkau kahwin lagi semalam bercerai berai...” Habis melatah orang tua tu dibuat Zaid Izlan.

“ Hish, ibu long ni. Apa jenis melatahlah tu? Dah kahwin, pastu bercerai pulak. Ish…Ish…Ish…” Zaid Izlan mentertawakan ibu saudaranya itu. Pantang dicucuk sikit, mesti akan melatah. Berterabur habis.

“Kalau ye pun mama nak kahwin lagi, mesti ibu long dengan pak long dah pergi kan ke majlis mama?” Zaid Izlan mengusik lagi ibu longnya. Bahunya turun naik lagi, cuba menahan tawa di hati.

“ Bertuah punya budak. Ada ke dia pergi cucuk ibu long? Siap perli lagi tu. Banyak cantik kamu. Memang nak kena ni.” Dicubitnya sisi bahu Zaid Izlan meskipun Zaid Izlan cuba mengelak.

“ Mujur tak tumpah nasi ni, kalau tak, siap kamu! Pandai aje mengusik ibu long, bagi makan senduk ni baru tahu!” Puan Larasati mengangkat senduk nasi ke arah muka Zaid Izlan.

Bahu Zaid Izlan terhingut – hingut menahan tawa.

Suka hati Zaid Izlan melayan Pak Long Radz dan ibu longnya. Pak Long Radz amat dia sayang. Ibu long pula amat dikasihinya seperti kasih pada ibunya sendiri. Sayang Zaid Izlan pada Pak Long Radz seperti sayang pada ayahnya sendiri. Pak Long Radzlah tempat Lan menumpang kasih setelah pemergian arwah ayahnya ketika berumur dua belas tahun.

Bagi Zaid Izlan, rumah Ibu Long and Pak Long Radz sentiasa menjadi tempat kegemaran dia dan saudara mara yang lain untuk berkumpul. Selalunya gathering bagi family mereka akan dibuat di sini. Tak kiralah apa acaranya. Pada hari raya mahupun pada hari-hari keramaian yang lain. Mungkin sebab kedua-dua pak long dengan ibu long merupakan anak sulung dalam keluarga mereka dan telah menjadi kebiasaan mereka untuk berkumpul di rumah saudara yang paling tua ataupun disebabkan oleh masakan Ibu Long yang memang sedap. Lagipula, Pak Long Radz memang jenis yang tak kisah dan selalu sporting dengan anak-anak saudara dan adik-beradik dia. Entahlah, dia sendiri tidak tahu apa sebab yang sebenarnya, tetapi Pak Long Radz dengan Ibu Long memang teramat istimewa di hatinya.

Morning ibu morning baba,” jerit Sarrah yang tiba – tiba muncul berlari-lari anak menuruni tangga.

“ Ya Allah anak dara aku yang seorang ni. Bertuah betul! Babanya, tengoklah budak ini!” Puan Larasati seakan mahu menjerit melihat anak daranya itu berlari menuruni tangga. Gerun dia melihatnya.

“ Dari kecil sampailah dah tua bangka macam ni pun, suka lagi buat perangai macam tu, suka sangat berlari kat tangga tu. Berapa kali ibu nak cakap? Nak pesan? Naik berbuih mulut ibu ni nak cakap banyak kali!”

“ Ibu ni, pagi – pagi lagi dah jadi jingle bell. Penatlah Sarrah kalau hari – hari macam ni.” Sarrah memuncung. Matahari tak habis naik lagi tapi dia sudah dileteri. Hari – hari pun macam ni. Memang penat!

Jingle bell…jingle bell, asyik membebel!” Sarrah menukar lirik lagu Krimas itu kepada lirik buatannya sendiri yang ditujukan khas kepada ibunya.

Mencerlung Puan Larasati memandang anaknya itu.

“ Alah ibu ni….Bukannya apa sangat pun. Tengok Sarrah ni, mana jadi apa – apa pun, okey aje,” Sarrah  memberikan pose maut kepada ibunya untuk menunjukkan bahawa dirinya tidak mengalami kecederaan parah dengan berlari di tangga itu tadi.

Puan Larasati hanya menjeling, malas hendak melayan anak daranya itu berdrama.

“Relakslah ibuku sayang, muah! Morning kiss for you!” Sarrah membalas lagi sambil menghadiahkan ciuman di pipi ibunya.

“ Mak Mah, Sarrah nak jus oren.  Mak Mah tolong buatkan boleh? ” Sarrah meminta pada Mak Mah. Mak Mah yang telah lama menjaga dia dan Abang Naym, semenjak dia kecil lagi. Mak Mah ibarat ibunya yang kedua, tetap disayangi dan dihormati seperti mana hormatnya Sarrah pada ibu dan baba.

Sarrah  mengambil tempat di sebelah ibunya, berhadapan dengan Lan yang tidak ingin dipandang langsung. Sengaja dia berbuat begitu.  Zaid Izlan di hadapannya itu dianggap tidak pernah wujud dalam hidupnya. Biarlah dia menikmati harapannya itu untuk beberapa ketika.

Mak Mah segera berlalu ke dapur untuk menyiapkan jus permintaan Sarrah. Sempat juga Mak Mah berdehem kecil, memberikan isyarat mata kepada Puan Larasati setelah melihatkan gelagat Sarrah itu. Faham sangat akan gaya dan perilaku Sarrah apabila berdepan dengan masalahnya. Berlagak cool macam tak ada apa – apa langsung yang membelenggu fikiran tetapi di wajahnya, tergambar semua isi hatinya.
           
Sarrah melihat manusia di hadapannya.

Ingat handsome sangatlah tu! Duduk tersenyum macam apa aje kat situ??!! Hish… Sarrah terus mengomel sebaik sahaja dia melihat muka Zaid Izlan tersembul di meja makan. ‘ Angin mosoon’nya terus datang tanpa perlu diundang.

Pagi – pagi dah tercongok kat sini, tak ada kerja lain ke mamat ni? Asyik kacau rumah tangga orang aje!

Tapi bila difikir balik, dia memang datang sini sebab ada kerja kan? Dia kena bawa aku keluar hari ni. Sarrah tiba – tiba teringat apa yang dikatakan ibunya semalam.

Aduh, memang tak syok langsung! Hidupku tidak bermakna lagi.

Sarah mencuri pandang pada Zaid Izlan lagi.

Waaa…..Kena keluar dengan mamat poyo ini! Tolong!!! Tak nak! Tak nak! Tak nak!

Morning Sarrah, my dearest and prettiest cousin! You look very fresh this morning…. Tidur lena ek malam tadi? Mimpikan Lan ke malam tadi?” Lan memulakan bicara dengan senyuman yang mempamerkan barisan giginya yang dirasakan Sarrah tidak seberapa putih tu.

Fresh? Ingat aku ni daging ke sampai boleh tahu aku ni fresh ke tidak? Mimpikan kau?! Sorry, I hate nightmares!

“ Erm..tengok tu! Betullah tu.” Puan Larasati tiba – tiba menyampuk, cuba menggiat Lan dengan anak daranya itu.

Zaid Izlan tertunduk sambil bibirnya mengoyak senyuman. Sarrah  melirik pandangan yang penuh jengkel.
           
Pelik gila aku! Apakah mamat ni jadi macam ni tiba – tiba? Barang malu – malu kambinglah pulak dia! Kalahkan anak dara. Hish! Geli aku!

Sarrah memandang Zaid Izlan tepat pada mukanya sambil matanya terkebil – kebil.

Bush kena tembak ke semalam? Dunia nak kiamat ke?Atau aku ni yang dah gila? Aku berhalusinasi ke ni?!

Sarrah terkebil – kebil lagi.

Betul ke apa yang aku tengok ni?! Sarrah cuba menggosok – gosok matanya pula. Ajaib!

Apalah mamat ni mimpi malam tadi? Stok tiba – tiba tegur aku dengan penuh kemesraan dan keceriaan, mabuk ke apa ni? Lepas tu, bila ibu cakap macam tu, boleh pulak dia sipu – sipu malu macam pengantin Hindustan pulak! Ceh! Loya tekak mak!

Sarrah bingung sekejap. Tidak pernah dia melihat perwatakan Zaid Izlan yang satu ini.

Better than before tapi menyeramkan. ‘ Mesra alam’ sangat! Sarrah tiba – tiba naik meremang.

Erm…minum jus je ke? Sarrah kan dah kurus tapi takkan minum jus lagi pagi-pagi macam ni, nanti sakit perut pulak. Sarrah nak diet ke?” Lan mengusik lagi apabila melihat Mak Mah meletakkan jus oren di hadapan Sarrah.

Tersedak Sarrah mendengarkan usikan Zaid Izlan tu. Pedih hidungnya kerana air oren yang terus dihirupnya tadi masuk ke salur trakeanya.

Mamat ni memang buat lawaklah! Sengal! Sempat Sarrah memaki hamun Zaid Izlan di dalam hati sambil menyapu air oren yang masih melekat di mukanya. Kalau ibu aku dah buat nasi goreng tu, takkan aku nak tengok aje? Motif! Of course aku nak mencekik nasi ni! Duhh

 Sarrah terus membuat muka selamba tiada perasaan meskipun hidungnya itu perit tidak terkata akibat air oren itu. Geram dan marah Sarrah tentang hal pertunangan mereka masih lagi bersarang di hatinya menyebabkan Sarrah mahu terus berdiam diri, cuba menahan rasa marahnya yang semakin bertambah setiap saat melihatkan muka mamat yang satu itu.

 “ Sarrah okey?” Zaid Izlan tiba – tiba bertanya apabila dia melihat muka Sarrah yang tiba – tiba merah.

Sarrah menjawab dengan memberikan senyuman plastik.

Ewah…. Sedapnya bercakap! Kau dah buat aku tersedak, lepas tu tanya aku okey ke tak. Kalau kau, kau okey ke?!

Mangkuk betul! Sengaja nak buat aku stress!

Pagi-pagi lagi nak buat aku panas. Hilang mood aku terus. Dulu kalau nak cakap dengan aku punyalah susah, macam ada emas permata dalam mulut tu. Aku jugak yang nak kena mulakan dulu tapi sekarang, senang – senang aje dia buka mulut. Kan baik, kalau kau diam je macam dulu. Aman hidup aku ni tau!

Sarrah menjeling tajam. Geram di hatinya bertambah – tambah melihatkan rupa Zaid Izlan yang tersenyum lebar itu.

Excitedlah tu nak bertunang dengan aku.

Sarrah membebel seorang diri. Mulutnya terkumat kamit dan tanpa disedarinya, Zaid Izlan ralit memerhatikan setiap tingkah lakunya.

“Lan nak juga ke?” Sarrah mengerling ke arah Zaid Izlan. Gelasnya dihulu, tetapi laju juga dia menarik semula tangannya.

 Zaid izlan terkumpal – kampil. Boleh pulak minah ni main – main dengan aku!

“Kalau nak Sarrah buatkan tapi Lan mesti tak nak kan, tu kan dah minum, sedap air kopi ibu buat kan? Tapi kalau nak juga, buat sendirilah. Tak kuasa Sarrah nak melayan!” Sarrah memandang muka Zaid Izlan dengan muka yang penuh ‘indah berseri’. Seri pengantin pun kalah agaknya kalau hendak dibandingkan dengan mukanya pada waktu itu.

Sarrah tersenym sendiri. Puas hatinya dapat mengenakan Zaid Izlan. Dia bagai terlupa yang ibu dan babanya juga berada di situ. Yang penting, dia memang sakit hati dengan Zaid Izlan dan sakitnya itu harus dilepaskan.

Control sikit beb, kalau marah pun, jangan tunjuk dulu, kita kena buat reverse psychcology, act cool walaupun hati ni dah berapi sampai tahap giga.

Puan Larasati memandang tajam ke arah Sarrah, tidak suka dengan kata-kata Sarrah yang dirasakan kurang sopan itu.

Datang dah  ‘angin monsoon’ dia. Habis semua benda nak dipalitkan dengan angina kus – kus dia tu! Ada ke patut cakap dengan orang macam itu?!! Kenapalah perangai anak dara aku yang sorang ni lain benar dari anak orang lain? Apalah aku buat waktu aku mengandungkan dia dulu ni?

Sarrah yang sedar dan faham akan makna yang disampaikan oleh  pandangan ibunya itu segera tertunduk., sedar akan kesilapannya tapi peduli apa, janji hatinya puas.

Sorry ibu….. but no sorry for you Mr Zaid Izlan! Padan muka lagi ada. You totally deserve that one! Kacau daun aje, macam tak ada tempat lain aje nak buat semak. Sini jugak dia cari! So,  rasalah ubat!

Pagi aku tak aman lagi macam dulu dengan kehadiranmu, ‘mamee monster’! Sarrah sempat lagi bermonolog.

Zaid Izlan hanya mampu tersenyum mendengar segala omelan Sarrah. Terhibur juga hatinya. Dia dapat menangkap maksud Sarrah tadi, tetapi segera dipujuk hatinya supaya bertenang.

Relaks Zaid Izlan. Minah ni tengah mengalami perubahan emosi yang agak drastik, so memang dia tak stabil sikit. Kita tak boleh marah – marah. Kita kena cool je dulu.

Zaid Izlan masih mampu berlagak tenang. Dia sedikit pun tidak terasa dengan apa yang dikatakan oleh Sarrah itu.Dia akan cuba memujuk dan menawan hati Sarrah perlahan - lahan. Dia tahu lambat laun hati Sarrah akan terbuka juga untuk menerima dirinya. Biar masa sahaja yang menentukannya nanti.

No comments:

Post a Comment