Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 1

BAB
1



Ku Bahagia…

Beberapa bulan yang lalu…

ABANG nak Sarrah janji dengan abang suatu benda.” Suaminya tiba – tiba bersuara, padahal dari tadi dia asyik mengelamun aje, melihat ke luar. Serius pula nadanya kali ini namun bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.

Sarrah yang sedang asyik membaca novel terus menghentikan pembacaan apabila suaminya itu mula membuka mulut.

Akhirnya, hendak juga dia bercakap, ingatkan lidah dalam mulut tu dah kena gigit tadi. Dari balik sampailah sekarang, baru inilah dia nak buka mulut.

Tapi dia ni serius ke nak bercakap? Sarrah tiba – tiba teragak – agak.

Entah – entah nak mainkan aku ni… Lagi – lagi bila dia tersengih macam tu. Aku kenal sangat senyuman yang itu.

Sarrah menjungkitkan keningnya. Dia memandang suaminya itu dengan hujung matanya namun mukanya masih lagi cuba ditutup dengan novel yang tidak lagi dibacanya itu. Dia cuba membaca reaksi yang terpapar di wajah suaminya itu.

Aiseyman… This is not good. I smell something wrong somewhere. Adalah tu dia nak berlipurlara. Entah apalah pulak ceritanya kali ini.

“ Abang nak cakap apa?” Sarrah cuba beriak biasa, konon tidak mengesyaki apa – apa. Namun suaminya itu masih juga meneruskan senyumannya yang penuh muslihat itu.

Bengang Sarrah dibuatnya apabila melihatnya gelagat suaminya itu. Masih mahu bermain chak khun chak dengannya. Sengaja membuat dia tertunggu – tunggu.

Mujurlah dia tu laki aku, kalau tak, lama dah dapat flykick! Huh!

Tengok tu! Dia boleh dok tersenyum lagi…Ingat awak tu masuk pertandingan Hero Remaja ke?! Ceh! Stress aku dibuatnya!

“Abang nak cakap apa ni?” Tanya Sarrah lagi. Sabarnya semakin menghilang.

“ Sabar…” Sepatah sahaja yang keluar dari mulut suaminya.

Sarrah membulatkan mata. Not the word yang aku nak dengar!

Sarrah memandang lagi suaminya itu walhal sang suami masih lagi dalam mode slow and steadynya.

Suami aku sorang ni sengallah. Kata nak suruh janji tapi sampai sekarang, sepatah apa pun tak cakap. Geram! Nak jadi drama king pulak dia! Haish! Sabar ajelah.

Mujur kita ni jarang jumpa, kalau tak memang aku mogok lah.

Hanya pada hujung minggu sahaja mereka dapat berjumpa. Itupun harus bergantung juga pada kelapangan suaminya pula. Sarrah pula memang tak ada masalah. Lapang sokmo gitu!

Belajar pada tahun akhir membolehkan Sarrah mempunyai banyak masa lapang. Dia tidak terlalu terikat pada kuliah kerana kebanyakkan kerja yang harus dia selesaikan sekarang adalah projek tahun akhirnya. Jika dua hari pertama dalam setiap minggu dia sibuk tetapi pada hari – hari seterusnya, dia sudah free. Kadang – kadang, ada juga Sarrah terniat hendak ke Sarawak untuk menemui suaminya namun terus sahaja dilarang keras oleh suaminya itu. Hendak tak hendak, Sarrah harus juga menunggu suaminya mempunyai masa lapang, barulah mereka akan berjumpa. Begitulah rutin mereka selepas mereka berkahwin. Sorang di timur, sorang lagi di barat. Ini bukan figure of speech ke apa. Ini betul – betul kejadian. Eceh, tiba – tiba rasa macam Ani dalam Pendekar Bujang Lapok pulak.

Terpaksalah dia membiasakan diri dengan keadaan sebegitu sekurang – kurangnya sehinggalah dia habis belajar nanti, selepas itu barulah mereka akan memikirkan semula keadaan mereka berdua itu.

Sewaktu suaminya pulang semalam, Sarrah sudah pun tertidur di atas sofa, terlalu penat menunggu. Apabila sedar pada keesokan hari, dilihat dirinya sudah di atas katil dan suaminya ada di sebelah sedang nyenyak tidur. Tidak mahu mengganggu, dia bangun perlahan – lahan dan turun untuk menyiapkan sarapan mengharapkan mereka dapat bertukar – tukar cerita seperti dahulu.

Namun, lain yang diharap, lain pula yang jadi. Suaminya tidak pula banyak bercakap, tidak banyak yang diperkatakan. Satu yang ditanya, satu jugaklah yang dijawabnya.

Lantaklah! Orang tak nak cakap, aku lagi tak nak layan!

Tanda protes, Sarrah sengaja tidak mahu melayan suaminya itu. Dia duduk sahaja membaca novel.

Sarrah mengeluh. Dia yang nak mogok tapi akhirnya dia juga yang kena buka mulut dahulu.

“ Abang! Nak suruh Sarrah janji apa ni?” Tanya Sarrah semula, separuh menjerit.

Aku jugak yang kena mula dulu. Sarrah berkata – kata dengan dirinya sendiri.

“Adalah abang nak Sarrah janji dengan abang satu benda ni…”

Lega! Nak jugak bercakap akhirnya. Asyik diam aje dari tadi. Geram jugak aku dibuatnya. Desak banyak kali baru nak buka mulut. Bermacam yang difikirkan tadi apabila suasana diam menyelubungi mereka namun dia malas mengingati apa yang difikirkan di dalam kepalanya tadi.

Sejak pagi lagi, Sarrah memang pelik dengan sikap suaminya yang dirasakan luar biasa diamnya. Dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembacaannya tadi kerana asyik memikirkan sikap suaminya yang dirasakan pelik yang teramat itu. Tapi itu tadi, sekarang tak dah.

Sarrah merenung raut wajah suaminya itu. Dia tersenyum sendiri. Sayang Sarrah pada suaminya itu tidak dapat digambarkan dengan kata – kata. Lelaki yang dahulunya tidak pernah kena pada seleranya, yang sering mengelakkan diri dari dirinya dan yang selalu menyakitkan hatinya kini dengan rasminya bergelar suaminya. Siapa yang dapat menyangka takdir yang ditentukan tuhan untuk hambaNya. Pahit hanya pada mulanya, namun selepas itu, segala – galanya yang mereka lalui adalah indah belaka, itupun dengan izinNya juga. Dia amat bersyukur dengan segala kurniaan Ilahi terhadap mereka setakat ini.

“ Abang nak Sarrah janji dengan abang yang Sarrah akan jaga diri Sarrah dan anak kita dengan baik – baik. Janji dengan abang yang Sarrah akan berikan dia pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya dan jangan sesekali …”

Sarrah terus membuka langkah, menjauhkan diri dari suaminya itu sebelum suaminya sempat habis bercakap. Dia amat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh suaminya itu. Dilihat suaminya itu seperti hantu pocong tengah cakap hai pada dia. Terkejut!

Anak?!! Anak mana pulak ni? For sure bukan anak kucing kan?

Tapi……

Macam mana suaminya boleh tahu pulak?

“ Anak? Anak apa pulak ni?” Sarrah cuba mengawal suaranya yang mula bergetar.

Suaminya tersenyum lagi melihat gaya Sarrah yang tiba – tiba kalut itu. Dia segera menarik Sarrah ke dalam pangkuannya. Sarrah cuba untuk melepaskan diri, namun apalah sangat dayanya jika dibandingkan dengan kudrat lelaki suaminya itu. Sarrah akhirnya terpaksa mengalah.

Suaminya memang dah tahu kot. Biarlah…

“ Mana abang boleh tahu ni?” Sarrah memukul lembut dada suaminya. Namun, seperti biasa, suaminya menjawab pertanyaannya itu dengan senyuman sahaja.

“ Abang ni…teruklah! Sarrah baru nak bagi surprise tapi dia dah tahu pulak. Tak best betul!” Sarrah memuncung, merajuk. Dia baru ingin mengejutkan suaminya dengan berita kehamilannya namun suaminya sudah mengetahuinya terlebih dahulu. Hilang semua idea surprise yang telah dirancangnya sebelum ini.

“ Jadi betullah Sarrah pregnant ni? Betul – betul pregnant?” Suaminya bertanya kembali. Mukanya menunjukkan riak gembira dan berbahagia dengan berita itu.

Alah, pura – pura tanyalah pulak dia ni. Marahnya saya!

Takkan boleh nak tipu pulak kalau bab – bab mengandung pulak?! Ada ke patut tanya macam itu?!

“ Betullah. Takkan Sarrah nak tipu pulak. Mana ada nak pregnant olok – olok pulak! Lagipun abang dah tahu kan, lagi mahu tanya Sarrah, sengaja je.” Sarrah mula merajuk.

“ Lagipun, manalah sempat Sarrah nak tipu kalau betul Sarrah nak tipu abang pun. Sarrah kan dah mengaku awal – awal tadi. Dah terlepas cakap pun.”

Suaminya tersenyum. Betul juga tekaannya kali ini. Dia sangat gembira dengan berita ini. Naluri hatinya ternyata betul.

“ Thank you sayang for this lovely bless. Abang happy dan bersyukur sangat.”

Sarrah tersenyum mendengar ucapan yang keluar dari mulut suaminya itu.

“ Abang akan jadi ayah tak lama lagi sayang.” Suaminya memeluk dirinya semula, kali ini dengan lebih erat.

“ Mesti best kalau kita dapat baby boy kan sayang.”

Tangan Sarrah mengusap wajah suaminya itu. ” Abang ni, awal lagilah kalau kita nak tahu gender baby kita ni.” Sarrah ketawa kecil, lucu melihat telatah suaminya yang tidak sabar – sabar itu.

“ Sarrah pun baru dapat tahu dua hari lepas. Baru nak masuk sebulan ni, mana ada apa – apa tanda lagi. Sabar ye abang. Nanti kita check jantina dia sama – sama. Abang teman Sarrah buat next checkup nanti, boleh?” Sarrah mendongak, memandang suaminya, sambil bertanya.

Suaminya hanya mengangguk, senyuman terus terukir di bibirnya. Dia mengikut sahaja saranan isterinya itu.

“ Minta – mintalah abang sempat tengok dia, anak kita ni.” Suaminya mengusap perut Sarrah yang masih kempis itu.

“Abang takut kalau – kalau abang tak dapat peluang tu.” Suaminya tiba – tiba sahaja mengeluh. Seperti melepaskan sesuatu yang berat yang membelenggu fikirinnya sejak kebelakangan ini. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia berkeadaan seperti itu.

Thank you sayang. I love you very much.” Suaminya memeluk dirinya lagi dengan lebih erat dan menghadiahkan ciuman di dahinya, perkara yang jarang dilakukannya semenjak hari pernikahan mereka.

Terbit rasa bahagia di hati Sarrah meskipun dia rasa sedikit pelik dengan apa yang diluahkankan oleh suaminya tadi. Berbaur kegusaran sahaja nadanya tadi.

By the way, mana abang tahu Sarrah pregnant?” Sarrah bertanya kembali. Gelodak hatinya akan perubahan aneh suaminya itu cuba dihindar sejauh mungkin dengan mengubah hala tuju perbualan mereka.

Suaminya mula menjauhkan diri dengan senyuman nakal terukir di bibirnya. Dia berdehem – dehem, sambil cuba memberikan senyuman yang paling manis kepada isterinya itu.

“ Hah, abang jangan nak mengelak.” Sarrah seperti dapat membaca apa yang mahu dibuat oleh suaminya itu.

“ Abang kena beritahu Sarrah jugak! Mana abang dapat tahu pasal Sarrah pregnant ni?” Sarrah seolah – olah membentak, bertanya soalan yang sama lagi apabila suaminya masih membiarkan soalannya tidak berjawab. Dia kenal akan senyuman dan rupa suaminya yang licik tu.

Muka yang penuh dengan rencana dan senyuman itu! Dan gigi itu! Hah! Memang sah! Memang dia ada menyembunyikan sesuatu.

Suaminya terus tersenyum lagi melihatkan muka Sarrah yang mula memuncung. Lagi galak dia mahu hendak menyakat isterinya itu. Sengaja lagi dia membiarkan soalan isterinya itu, sengaja mahu membuat dia tertunggu – tunggu. Memang itu adalah cara kesukaannya untuk mengusik isterinya itu.

Sakitnya hati aku bila dia buat muka macam itu! Sarrah mengomel lagi.

Namun, dia masih berasa pelik kerana berita kehamilannya itu masih belum diberitahu pada sesiapa melainkan pada Qistina, itupun kerana Qistina turut menemani dirinya ke klinik.

Kesihatannya yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor, itupun setelah didesak berulang kali oleh Qistina. Perkara yang disampaikan oleh doktor di klinik itu memang tidak disangka oleh Sarrah tetapi tidak bagi Qistina, sebab agakkan memang terus mengena. Kawannya itu berlainan sangat reaksinya. Melonjak gembira kawannya itu apabila doktor mengesahkan dirinya hamil, macam dia pula yang disahkan hamil.

TAK perlu kot kau nak bergembira sangat macam ni. Macam kau pulak yang pregnant ye! Terkinja – kinja macam siamang hilang akal aje.” Sarrah menegur Qistina sejurus mereka keluar dari bilik rawatan itu.

Qistina tersenyum tidak habis – habis sambil terus melompat – lompat kecil, cuba berlagak comel. Dia tidak dapat menahan rasa excitednya apabila telahannya tadi ternyata betul. Hendak sahaja dia memeluk doktor yang memberitahu khabar yang gembira itu tadi tetapi akalnya yang masih lagi waras berfungsi, melarang dia dari berbuat begitu.

Doktor tu lelaki, aku ni perempuan. Lain – lain spesies so tak bolehlah nak peluk suka – suka hati aje. Kalau peluk, tak pasal –pasal nanti ada skandal pulak! Niaya! Ini Malaysia bukannya negara mat salih tu so kenalah aku behave, kan? Kan?

Sarrah menggeleng – geleng kepala melihat Qistina.

Ini yang aku tak nak bawa dia sekali tadi. Mesti macam ini jadinya. Suka buat drama!

Sarrah mengeluh panjang melihat gelagat Qistina itu namun di dalam hatinya, dia turut berbahagia dan gembira dengan berita itu. Meskipun suaminya tiada menemaninya, sekurang – kurangnya sahabatnya yang sorang ini setia berada di sisinya setiap masa namun gaya lagaknya sekarang ini tetap tak boleh diterima!

Sarrah cuba menolak apabila Qistina mahu mengikutnya ke klinik tadi kerana tahu hal ini pasti akan terjadi namun apakan daya dia apabila Qistina tetap juga berkeras ingin mengikut sekali. Terpaksalah juga dia ‘mengangkut’ sekali kawannya itu.

“ Siamang pun siamanglah makcik, aku tak kisah sebab aku happy sangat – sangat. Kawan aku nak jadi mak orang dah!” Qistina menjerit di situ juga sambil terus melompat – lompat. Dengan rambut yang diikat tocang, senyuman yang mengalahkan kerang busuk, dan cermin mata yang baru hari ini dilihatnya, rupa Qistina memang mengalahkan budak syndrome down. Budak – budak tu jauh lebih comel dari apa yang dilihat pada Qistina sekarang.

Malu…malu… Semua mata tertumpu pada mereka. Sarrah tidak tahu mana lagi hendak dicampak mukanya itu.

“ Dia bukan kawan saya.” Sarrah memberitahu pakcik tua yang kebetulan lalu di sebelah mereka. Niatnya memang sengaja hendak menyakat Qistina, cuba memalukan Qistina di depan pakcik Cina tu sekaligus cuba beriak selamba kerana dia terpaksa berada berdekatan dengan Qistina.

“ Chi sing! Bising la lu dua.” Pakcik tua tu memarahi Sarrah pula. Lagi tebal muka ni dibuatnya.

Ingat nak tutup malu tapi kita yang kena pulak!

Huh! Sengal! Blah lah! Sarrah membuat muka.

Garang pulak dia! Tak sporting langsung! Orang main – main je pun! Tak perlu kot nak emosi sampai macam tu sekali. Apalah pakcik tu?!

Tiba – tiba Sarrah tertawa sendirian. Dirasakan dirinya pula yang bermasalah. Kerana Qistina, tak pasal – pasal pula dia hendak marahkan pak cik tadi.

Memang patut aku yang kena. Siapa suruh aku pergi kacau dia tadi?

Sarrah…Sarrah…Kau ni memanglah! Senget juga kadang – kadang.

“ Oit perempuan! Sudahlah tu, jom balik.” Sarrah memanggil Qistina namun tidak juga dia dilayan. Qistina masih juga duduk tersengih seorang diri di bangku klinik itu sambil membebel – bebel seorang diri.

Sudah! Apa jadi dengan minah tu? Cakap sorang – sorang pulak dia. Dah gila ke kak?! Beira – ia dia excited sampai macam tu sekali rupanya! Tak perlu kot!

Penyudahnya, Sarrah menarik Qistina keluar dari klinik itu. Baik mereka keluar cepat – cepat, kalau tidak entah apa lagi yang akan dibuat oleh minah senget sorang ni. Malu tak perlu cakap lagi lah. Ini dah malu tahap dewa dah ni. Minah ni memang kurang sivik. Logik dia pun entah ke mana hilangnya.

Pada Qistina juga, dia sudah meminta agar perkara itu dirahsiakan terlebih dahulu daripada pengetahuan sesiapa. Sudah tahu sangat akan perangai Qistina yang suka menyampaikan cerita – cerita yang panas lagi sensasi dan dia pasti, berita kehamilan ni memang cukup sensasi lebih – lebih lagi apabila dicanangkan oleh si Qistina ni.

“ Alah, aku baru plan nak beritahu family aku. Family aku je, aku janji aku tak beritahu siapa – siapa pun. Aku janji, please…bolehlah…” Qistina terus merayu sambil tangannya menarik – narik hujung baju Sarrah.

Sarrah masih lagi diam.

“ Parents aku kan kenal sangat dengan kau, even waktu kau kahwin dulu pun dia orang datang tau, even jauh – jauh pun. Aku pasti sangat dia orang nak sangat tahu pasal perkembangan terbaru diri kau and this is news, right? Latest one!”.” Qistina merayu- rayu, masih cuba menyakinkan Sarrah lagi.

Pandailah kau nak guna alasan family kau tapi nanti habis pada semua kau canangkan cerita ni. Bukan aku tak kenal kau. Hish… tak boleh jugak!

Sarrah merencana sendiri, menimbang baik buruk jika dia memberi keizinan kepada Qistina untuk ‘menjual’ ceritanya itu tetapi dapat dirasakan lebih banyak perkara buruk akan terjadi berbanding perkara baik, lebih – lebih lagi jika hal itu keluar dari mulut Qistina. Entah apa yang akan ditokok tambah nanti.

So the answer is definitely NO!! ‘Niat baik’ Qistina itu tidak boleh diizinkan, tidak sama sekali.

“ Banyaklah kau! Kalau macam itu, Airiel tu family kau jugaklah ek?” Sarrah mengambil peluang mengenakan Qistina dengan menggunakan nama Airiel.

Bila sahaja nama Airiel disebut, riak muka Qistina terus berubah, keruh!

“ Sebab aku tahu sangat, bila kau tahu, lambat laun si Airiel pun akan tahu jugak. Kau orang berdua ni memang tak boleh sorok apa – apa pun kan?” Sarrah mengalihkan pandangannya kepada Qistina di sebelahnya buat seketika. Suka hatinya apabila melihat Qistina diam termangu seperti itu.

“ Semua benda kau orang dua mesti nak kongsi, mengalahkan laki bini! Mengalahkan aku dengan hubby aku lagi tu! Habis semua benda kau cerita.” Sarrah menghentam Qistina lagi.

Asyik aku aje kan yang kau ‘gulakan’. Sekarang, kau pulak yang kena. Rasakan! Padan muka!

Memang dia sengaja menempelak Qistina dengan menggunakan nama Airiel tadi. Dia tahu yang Airiel adalah kelemahan Qistina namun itu masih lagi dalam tekaan dia sahaja. Tapi tak mengapa, dia mesti mencuba nasib.

Qistina memandang Sarrah dengan muka yang tidak percaya. Terbeliak kedua biji matanya. Dirasakan seperti hendak keluar sahaja biji matanya itu tetapi mujur soket matanya masih kukuh memegang matanya itu, jika tidak, memang berteraburlah matanya itu kerana mendengarkan telahan Sarrah yang teramatlah betul itu.

Macam mana minah ni tahu apa yang aku nak buat? Macam dia tahu aje yang aku mesti beritahu pada Airiel.

Hish! Sengal betul!

“ The answer is still no!” Serius sahaja nada Sarrah, sekaligus memotong kata – kata yang belum lagi sempat keluar dari mulut Qistina.

Qistina menutup mulutnya semula. Tidak sempat dia mahu membalas, Sarrah bersuara semula. Dia terpaksa menadahkan telinga.

“ Don’t you dare to tell anybody about this!” Sarrah memandang Qistina dengan muka yang penuh dengan kemenangan. Dia tahu yang tekaannya tadi memang tepat dan sebab itu jugalah Qistina tidak lagi melawan cakapnya apabila nama dia digandingkan bersama nama Airiel. Memang itu adalah salah satu kelemahannya sekarang dan sekali sekala, akan dimanipulasikan kelemahan Qistina itu.

Ada peluang nak kenakan orang, mana boleh kita lepaskan! Betul tak?

“ Eleh, perangai macam artis. Nak main sorok – sorok pulak, mengada! Poyo! Menyampah!” Qistina mencebir.

“ Apa kau cakap Qis? Aku dengar tau.”

“ Eh, kau dengar ke aku cakap apa tadi? Sorrylah, aku memang sengaja!” Qistina menjelirkan lidah kepada Sarrah, tanda protes.

Sarrah hanya menggeleng kepala mengenangkan perangai senget Qistina.

Macam budak – budak!

“ Merajuklah konon.” Sarrah membuat mimik muka mengejek Qistina.

Qistina masih tidak mengendahkan Sarrah.

“ Merajuklah! Badan dah besar macam anak gajah, nak main merajuk lagi, huh! Sengal!” Sarah membalas semula. Malas dia hendak melayan songeh Qistina yang satu ini. Dia tahu rajuk Qistina tidak akan lama dan mahu dibiarkan sahaja. Sakit kepala sahaja jika hendak melayan manusia yang seorang ini.

Qistina tiba – tiba senyum melebar. Dia memandang Sarrah dengan senyuman yang masih melekat di kuntum bibirnya.

“ Hah! Kau ni apa hal pulak? Apa kes senyum – senyum semacam ni? Makruh tahu tak?!” Sarrah mulai jengkel dengan riak muka Qistina itu. Entah apalah yang sedang bermain di fikiran mangkuk sorang ni.

“ Sarrah! Baru aku perasan satu bendalah !” Suara Qistina bernada nakal.

“ Apa?” Soal Sarrah semula.

Qistina tersengih lagi. ” Kau bunting pelaminlah sayang….Huish ! Baru nak masuk dua bulan kau dengan Lan kahwin, tapi dah melekat ! Hebatlah hasil kerja anda berdua ! Huhuhuhuhu…. Kagum aku dengan kau !”

“ Mesti kau dengan Lan rajin berusaha kan ?!” Qistina menambah lagi sambil cuba menahan ketawa. Sarrah pula sudah tidak tahu di mana lagi dia hendak menyorokkan mukanya itu.

Dia memalingkan mukanya ke luar tingkap sementara telinganya masih lagi dapat menangkap kekekan tawa Qistina yang masih bersisa.

Tak habis – habis lagi ke ?

Adusss !!!

Malu betul !

Diam – diam sudahlah ! Tak perlulah kot nak cakap terang – terang !

Berusaha ?

Wah ! Pilihan bahasa yang sangat sedap didengari !

Mangkuk hayun punya orang!

Hish……malunya saya………. !!!! Ini yang rasa macam nak terjun lombong aje ni ! Asyik aku aje yang kena kan ?!

           Aku yang nak kenakan orang tapi last – last, aku jugak yang kena ! Cet

No comments:

Post a Comment