Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 11,12

BAB
11

 *I Want U I Need U…


SETIBANYA mereka di hospital, Sarrah terus menuju ke kaunter pertanyaan, dan bertanyakan keadaan Lan. Lan baru sahaja ditempatkan di wad biasa setelah dipindahkan dari ICU. Begitulah yang dikatakan oleh nurse pada dirinya.

Sarrah mula menjelaskan segala – gala yang telah terjadi kepada Qistina. Dia meminta supaya Qistina pulang dahulu kerana dia bercadang untuk bermalam di hospital untuk menemani Zaid Izlan. Qistina yang memahami situasi Sarrah hanya menurut sahaja.

Setelah Qistina berlalu, Sarrah melangkah masuk ke bilik Lan di kala Lan masih lagi tidak sedarkan diri. Nyenyak tidurnya. Fikir Sarrah mungkin kesan ubat biusnya masih bersisa menyebabkan Lan masih tidak sedarkan diri.

Sarrah perlahan – lahan mengambil tempat di sebelah Lan. Berhati – hati dia mengambil tempat duduknya. Dia tidak mahu mengejutkan Zaid Izlan dari tidurnya. Dicapai tangan Zaid Izlan dan digenggamnya erat.

“ Lan, sampai hati Lan takutkan Sarrah sampai macam ini sekali. Macam mana boleh jadi macam ni, Lan…? ” Perlahan Sarrah berbisik, meluahkan rasa hatinya yang bercampur rasa itu.

“`Lan nak balas dendam kat Sarrah pun janganlah sampai macam ini sekali! Buatlah benda lain. Date dengan Mona ke, Suria ke, apa ke, asalkan bukan benda macam ni. Sarrah takut Lan. Sarrah takut kalau – kalau Lan tinggalkan Sarrah nanti.” Suara Sarrah yang mulanya tinggi kembali mengendur.

Mengalir air matanya melihat dada Zaid Izlan dihuni pelbagai wayar yang bermacam warna dan dadanya berombak perlahan.

“Harap aje Lan ni sakit, kalau tak Sarrah dah cekik – cekik Lan sebab takutkan Sarrah sampai macam ini sekali.” Sarrah membebel lagi namun kali ini dia sendiri tertawa kecil apabila melihatkan dirinya bercakap seorang diri.

Banyaklah pulak aku cakap kan? Tapi berani cakap banyak bila mamat ni tengah sakit macam ni. Cuba kalau dia ni tengah celik and sihat walafiat aje, tak adanya kau nak bercakap banyak macam ni kan? Sarrah...Sarrah… Penakut jugak kau ni dalam gila – gila kau pun.
“Sampai hati Sarrah nak buat Lan macam itu. Nak cekik Lan? Lan kan tengah sakit ni.” Zaid Izlan tiba – tiba bersuara. Dibuka matanya sebelah untuk melihat reaksi Sarrah sambil tangannya pula menggenggam kemas tangan Sarrah.

“ Eh…Lan dah sedar?” Sarrah mengesat sisa – sisa air matanya. Diangkat kepalanya, menjauhkan mukanya yang tadi berada agak rapat dengan muka Lan. Lega hatinya melihatkan kelopak mata Zaid Izlan yang mula terbuka sedikit demi sedikit itu.

Zaid Izlan tersenyum melihatkan rupa Sarrah yang kalut itu.

Sarrah, you’re so  beautiful!

“Lan dah lama sedar. Bila Lan nampak Sarrah nak masuk tadi, Lan pun tidurlah balik.” Zaid Izlan tersenyum sambil dengan selambanya dia memecahkan rahsianya.

Berkerut dahi Sarrah mendengarkan jawapan Zaid Izlan itu.

Tidur balik?

“Habis tu, Lan memang dah sedar lamalah?” Sarrah bertanya semula. Dia mahu mendapatkan kepastian akan apa yang telah dia dengari tadi dan Zaid Izlan terus mengiakan dengan senyumannya yang terus – menerus melebar.

“ Jadi, Lan dengarlah apa yang Sarrah bebelkan tadi itu?” Sarrah bertanya sambil bercekak pinggang, bangun dari kerusi yang dia duduki yang berada di sisi Zaid Izlan tadi. Dia mula berasa kurang senang melihatkan rupa Zaid Izlan yang sebegitu.

I know that look!

Zaid Izlan hanya mengangguk. Mudah sahaja jawapannya.

So, seriously, Lan memang dengarlah? Every single detail? Everything yang Sarrah cakapkan tadi?” Sarrah bertanya lagi. Mukanya mula memerah, malu memikirkan yang Zaid Izlan mungkin telah mendengar semua yang diucapkan tadi. Memang dia mengharapkan Zaid Izlan untuk memahami apa yang dia cakapkan tadi dan dia juga ingin tahu reaksi Zaid Izlan tetapi dia tidak mengharapkan jawapannya secepat ini. Ini memang di luar kawalannya.

And I hate it when things are beyond my control!

Yes my dear. Every single part of it. Everything that you’ve said just now, I heard them all. Loud and clear!” Zaid Izlan tersenyum lagi. Senyuman yang mula mengundang amarah di hati Sarrah.

“Sayang juga Sarrah dekat Lan ye. Bahagia rasa hati bila dengar Sarrah cakap macam tu kat Lan tadi. Kalau selalu boleh dengar Sarrah cakap macam tu kat Lan, accident banyak kali pun Lan sanggup….” Zaid Izlan mula ketawa.

 Kata – kata terakhir Zaid Izlan itu terus menyalakan api kemarahannya yang dari tadi cuba dikawalnya.

“Zaid Izlan Azlan! How could you do this to me?” Sarrah dah mulai panas hati. Suaranya juga terus meninggi. Geram hatinya tidak terkira apabila melihat Zaid Izlan yang masih boleh ketawa itu.

“ Jadi, wayar – wayar ni semua lakonanlah?” Tangan Sarrah memegang wayar – wayar yang bersambung di antara mesin dengan dada Zaid Izlan. Ikutkan hati, mahu dia menempeleng Zaid Izlan di situ juga. Mahunya dia melibas Zaid Izlan dengan wayar – wayar yang ada di tangannya itu.

Tanpa menunggu jawapan dari Zaid Izlan, Sarrah terus memukul dada Zaid Izlan bertubi – tubi. Geram kerana dirinya dipermainkan. Kalau boleh, mahu ditikam mati Zaid Izlan di situ juga.

Berani betul main – mainkan aku! Sampai hati buat aku macam ni! Aku benci kau! Benci kau!

“Aduh Sarrah! Sakitlah! Jangan pukul kat part ni!” Zaid Izlan cuba melarang Sarrah namun Sarrah seolah – olah tidak mendengarnya. Sarrah berterusan memukul dadanya.

“ Sarrah! Ini bukan main – mainlah. Sakit ni tau!” Zaid Izlan mula menguatkan suaranya. Sarrah yang tersentak mendengarkan suara Zaid Izlan itu segera menjauhkan diri dari Zaid Izlan.

“ Wayar – wayar ini pun bukan tipulah. Doktor memang letak wayar ni, so janganlah sayang usik ye...” Zaid Izlan menahan tangan Sarrah dari terus memukul dadanya. Berpinar dan perit sakit yang dirasakannya. Kalau tak dihalangnya tadi, boleh pengsan semula dibuatnya.

“ Ini seriuslah. Yang last part itu je yang Lan main – main. Takkan nak gurau – gurau dengan tunang sendiri pun tak boleh kot?” Zaid Izlan membuat suara manja, mengharapkan Sarrah tidak akan marah padanya kerana melakukan semua itu.

“ Sekali sekala, bukannya selalu Lan buat macam ni kan?”

Sarrah mula bertenang semula, masih mengekalkan jarak yang selamat dari Zaid Izlan. Tersedar dari keterlanjuran lakunya tadi.

Selamba badak aje aku belasah anak orang. Dalam hospital pulak tu. Memang cari nahas, tapi nak buat macam mana, dah aku geram sangat. Boleh pulak dia buat – buat tidur tadi! Hantu betul! Ada hati nak kenakan aku tu! Cukuplah sekali, tak adanya kali kedua or ketiga lepas ni!

“ Habis itu, yang si Ryzman tu cakap Lan cannot make it tu kenapa? Macam Lan tu nak mati je gayanya...”

Pada mulanya, berkerut juga dahi Zaid Izlan memikirkan kata – kata Sarrah itu namun penyudahnya, dia tersenyum lagi.

“Oh, yang itu. Yang itu pun dalam plan Lan jugaklah.”

Mencerlung mata Sarrah memandang Zaid Izlan.

Dying is also in your damn plan?! Why don’t you just die then?! Just fuck off from here? Lagi senang kan! Terus tanam masuk dalam tanah! Tak payah nak bazirkan duit bayar bil hospital ni!”

Tergaman Zaid Izlan mendengarkan kata – kata yang ‘amat bersopan’ itu keluar dari mulut Sarrah.

Nampaknya, aku dah terjolok sarang ikan pirhana ni, bukan lebah dah ni. Harulah hidup saya!

I give you a damn chance.You better explain all this or else I’ll make sure you go back into the ICU, for real and this time, you’ll die for sure!! Me myself will guarantee that, you jerk!!”

Gulp! Mati aku! Damn! Cuak di dada Zaid Izlan mula melampaui batas normal. Sarrah memang betul – betul marah ni.

“Okey…okey, but first bertenang dulu ye sayang.” Zaid Izlan bangkit sedikit dari tilamnya. Dia bersandar di bantal yang didirikannya. Bersusah payah dia melakukan semua itu dengan sebelah tangan sahaja. Dalam keadaan yang Sarah yang tengah marah itu, dia sendiri tidak berani hendak mengharapkan bantuan dari Sarrah.

Don’t you dare to call me sayang!” Ditariknya bantal yang menampung belakang badan Zaid Izlan. Zaid Izlan yang memang tidak menjangkakan tindakan Sarrah itu, menjerit kesakitan apabila belakangnya menjadi santapan percuma kepada besi kepala katilnya.

And for your information, Sarrah memanglah tengah bertenang ni. Mana Lan nak tahu kan kalau Sarrah ni tengah bertenang ke tak. Yelah, sebab orang tu galak sangat mengenakan orang, sampai tak ingat dunia kan…” Sarrah sempat menyindir.

Zaid Izlan dapat menarik nafas lega sedikit.

Dia dah bahasakan diri dia dengan nama, and that is a good sign! Dah tak ada ‘aku’ atau ‘engkau’ ataupun ‘you’ or ‘I’.

“ Kalau tak, Lan tu memang dah tak lama tau!” Sarrah menyampuk balik sambil melihat Zaid Izlan seakan – akan merintih kesakitan.

Entah betul ke tak tu. Entah – entah sengaja berlakon lagi! Dadanya turun naik, menahan marah. Bantal yang berada di tangannya tadi, hilang entah ke mana. Entah mana dicampaknya bantal itu. Fikirnya, mahu dibaling bantal itu kepada Zaid Izlan lagi tetapi apabila melihatkan keadaan Zaid Izlan yang masih lagi seperti menahan sakit itu, rasa bersalah tiba – tiba menyelinap masuk ke dalam dirinya.

Kejam ke aku buat macam tu tadi?

Huh! Peduli apa! Biar padan dengan muka dia tu!

“ Yang si Ryzman ni pun memang nak kena. Lama sangat dah hidup kot. Nak mati sangat dah agaknya! Pandai – pandai  aje dia bagi idea buat benda – benda sengal macam ni kan? Siaplah dia kalau Sarrah jumpa dia nanti. Sarrah cekik – cekik dia nanti.” Sarah cuba mengalih topik perbualan ke arah Ryzman pula.

“ Pantang nenek moyang Sarrah kalau ada yang menipu Sarrah! Sarrah tak suka tau! Memang sengaja cari nahaslah tu kalau sengaja nak main – mainkan Sarrah. Hish..alergik betul dengan orang macam tu!”

Ek, Sarrah! Bukan ke nenek moyang kita dua ni sama je? Kenapa Sarrah boleh ada pulak pantang yang macam tu? Lan tak ada pun.  Tak tahulah pulak Lan kalau kita ada pantang pasal benda – benda macam tu.”  Zaid Izlan menyampuk tiba – tiba.

Terbuntang mata Sarrah mendengarkan itu semua.

Aik mamat ni! Buat lawak pulak dia. Nak kena flyingkick ke?

 “ Lan tak adalah kisah sangat pun kalau sekali sekala kena tipu. Adatlah tu kan, sekali sekala orang nak mainkan kita pulak. Takkanlah kita aje yang asyik mainkan orang kan?”  tambah Zaid Izlan lagi dengan sedikit sindiran yang sengaja ditujukan khas kepada Sarrah. Dia tahu selama ini hanya Sarrah sahaja yang selalu mengenakan orang dan jarang sekali dia dikenakan jadi ini kiranya salah satu pengajaran untuk tunangnya itu.

Sarrah masih menjelingnya.

“ Lagipun, sekali sekala kena tipu, best apa!”

Lagi tajam pandangan Sarrah kepadanya.

Opss! Aku dah salah cakap…….

Zaid Izlan hanya tersengih. Tersedar yang lawaknya tidak kelakar. Dia hanya menyimbah lagi minyak ke atas api kemarahan Sarrah. Fikirnya mungkin Sarrah akan ketawa tapi taklah pulak. Makin marah adalah. Terkebil – kebil sahaja dia di situ. Mati kutu.

I’ll pretend I never heard that but now explain kenapa nak buat benda macam ni pada Sarrah? Apa motif Lan, hah?”

“ Hah, explainlah. Yang Lan terkebil – kebil lagi tu kenapa? Nak tunggu apa lagi nya?” Sarrah menjerkah balik pada  Zaid Izlan yang masih termenung itu.

Zaid Izlan terkebil – kebil memandang tunangnya itu.

Nak explain pekebende pulak ni?Aku kena cakap apa – apa ke? Bukan ke aku dah habis cerita semua benda kat dia ke tadi? Apa lagi yang aku tertinggal lagi ni?

Adeh….matilah lagi aku lepas ni!

Sarrah memandang Zaid Izlan dengan perasaan yang bercampur baur.

Dia tak peduli lagi. Memang dia marah sangat. Marahnya bertambah lagi apabila mendengarkan lawak Zaid Izlan yang tak jadi tadi tu.

‘ Bukan ke nenek moyang kita sama? ’. Sarrah memimik semula apa yang dikatakan oleh Zaid Izlan tadi. Sakit hatinya tidak terkira apabila mendengarkan kata – kat Zaid Izlan tadi.

 Banyaklah kau sama! Sebelah bapa memang sama tapi sebelah mak, lain – lain! Aku ni ikut pantang yang di sebelah mak! Tak sama sikit pun dengan kau tu! Huh! Ada hati pulak tu nak buat lawak dalam keadaan yang macam ni! Memang tak sedar diri!

Hormatnya pada Zaid Izlan hilang sekelip mata, bermula dengan rasminya pada hari ini. Dia dah tak kuasa lagi hendak menjadi perempuan baik di hadapan Zaid Izlan. Dia tidak kisah lagi apa pandangan Zaid Izlan terhadapnya selepas ini. Kalau nak putus tunang pun dia tak kisah! Lagi dia alu – alukan kalau itu yang Zaid Izlan dimahukan.

Now you’re going to see the other side  of me!

 “Orang nak dengar explaination dia pun dah cukup baik. Lekaslah, kalau tak, Sarrah balik!” Bergema lagi suara Sarrah.

Gulp!
Zaid Izlan menelan air liur buat kali yang ke berapa kali entah. Dia sudah hilang kira. Dia tidak menyangka gurauannya ini akan mengundang amarah Sarrah sebegini rupa.

Ini memang dah parah.

Ini semua kau punya idealah Ryzman. Mangkuk hayun betul! Nak test konon Sarrah sayangkan aku ke tidak. Sekarang ni tak ke niaya?

Manalah kau bila aku perlukan kau wahai si mangkuk hayun Ryzman!

 Mangkuk!! Mangkuk!!!

Zaid Izlan menyumpah  Ryzman di dalam hatinya. Ryzman punya kepala otaklah yang memberi cadangan untuk menguji Sarrah. Dia pula dengan bendulnya hanya menurut.

Jauh di sudut hatinya, dia juga ingin mengetahui perasaan Sarrah terhadap dirinya. Amat ingin tahu. Rasa ingin tahu itu mendera dirinya dari hari ke hari. Asyik tertanya – tanya akan apa sebenarnya yang dirasakan oleh Sarrah. Penerimaan Sarrah terhadap dirinya yang dirasakan agak dingin dan sinis juga turut mendorong dia menerima cadangan berani mati Ryzman. Kehendak hatinya telah mengatasi pertimbangan akalnya. Perasaan Sarrah telah  dia abaikan demi kepentingan dirinya sendiri.

Kenapalah aku ni bodoh sangat?

            Bunyi dentuman pintu yang tiba – tiba mengejutkan Zaid Izlan. Terus matanya meliliau mencari kelibat Sarrah namun tidak ketemu.


* I Want U I Need U – Hwanhee ( Fly To The Sky )


BAB
12

* Because I’m Stupid


ZAID IZLAN keluar awal pagi itu. Dia keluar seorang diri tidak seperti kebiasaannya yang selalu mengajak Ryzman. Dia ingin mencari hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Sarrah pada malam itu dan dia tahu jika dia mengajak Ryzman untuk tujuannya yang ini, sudah pasti dia akan diketawakan sepuas hati sebelum hendak mamat itu menolong dia, jadi lebih baik dia bersendirian sahaja.

 Dia telah menelefon Sarrah dan mengajak Sarrah untuk keluar bersamanya pada malam nanti tanpa sempat Sarrah membalas atau memberi kata putus. Sengaja dia berbuat begitu kerana dia takut jika ajakan dia akan ditolak mentah – mentah oleh Sarrah. Bukan boleh kira sangat angin perempuan tu. Kadang – kadang memang kena buat macam itu.

Setelah puas meronda – ronda di sekitar Ipoh Parade tersebut, dia memutuskan untuk membeli seutas rantai berloket hati untuk Sarrah. Sudah lama disimpan niat hatinya untuk menghadiahkan rantai emas putih kepada Sarrah dan hari ini dia akan dapat melaksanakan hajat hatinya itu.

Sebelum pulang, dia singgah pula di kedai bunga. Dia membeli tiga kuntum bunga tulip putih, bunga kesukaan Sarrah.

Tiga kuntum? Harap – harap dia faham. Gerutu Zaid Izlan sambil mengukir senyum.

Dia ingin menjadikan malam perjumpaan mereka suatu malam yang tidak akan dilupai oleh Sarrah dan menjadi titik mula perhubungan mereka. Dia sudah penat dengan perang dingin yang dilancarkan Sarrah.

Zaid Izlan tersenyum apabila mengingatkan reaksi Sarrah apabila mereka berjumpa di majlis makan pertunangan mereka. Masih kukuh tersemat di ingatannya mimik muka Sarrah yang terus berubah setelah ternampak dirinya. Senyuman manis bertukar menjadi senyuman kelat apatah lagi apabila Sarrah ternampak Ryzman di sebelahnya.


APA – APA sahaja yang berkaitan dengan Sarrah sering membuatkan diriya terhibur dan harinya ceria. Tiada apa yang mampu atau mungkin merosakkan harinya. Begitulah kuatnya pengaruh Sarrah terhadap kehidupannya semenjak kebelakangan ini.

Zaid Izlan sedang cuba mengambil bekas yang berisi rantai untuk Sarrah yang diletakkannya di seat sebelah apabila dia terus hilang kawalan. Motosikal yang muncul secara tiba – tiba menyebabkan dia terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Apabila sedar, dia sudah pun terlantar di atas katil  hospital sambil ditemani Ryzman. Dari mana Ryzman mendapat tahu bahawa dia ditimpa kemalangan, dia sendiri pun tidak tahu.


LAN, alang – alang kau dah kat hospital ni, apa kata kita uji Sarrah, tunang kau tu?” Ryzman menyuakan ideanya yang tiba – tiba muncul di fikirannya. Menarik jugak kan?.

“ Uji? Uji dia pasal apa pulak?” Zaid Izlan tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh Ryzman. Dahinya berkerut seribu.

Ada – ada sahaja mamat ni. Nak uji perempuan tu pasal apa pulak? Kat hospital pulak tu. Dia belajar engineering bukannya medic. Bukannya buat praktikal kat sini sampai nak uji – uji. Tak relevan langsung! Aku ke dia yang baru lepas accident ni? Zaid Izlan terus menggeleng – geleng kepalanya.

Ryzman juga ikut menggelengkan kepala apabila mendengar jawapan kawannya itu. Kecewa pun ada. Haih....

Adeh, kepala kau ni kan, lepas berbalut takkan dah jadi slow kot? Biasanya kalau bab – bab nak kenakan orang ni, kaulah yang paling terror.” Ryzman membidas Zaid Izlan.

“ Hilang taring dah ke brother?” Ditempelak lagi si Zaid Izlan itu.

“ Pak cik, aku betul – betul tak dapat nak tangkap idea durjana kau kali ni. Cuba beritahu terus, terang – terang, tak usah nak putar belit. Kan senang kerja nanti!” Zaid Izlan membalas semula Ryzman. Tinggi sedikit suaranya. Bengang.

Aik! Mamat ni, angin pulak dia…”

“ Yelah, aku tengah sakit ni, kau nak suruh aku main teka – teka pulak! Bengang tau!” Tukas Zaid Izlan lagi.

Ryzman mencebik.

 Orang nak tolong dia rapatkan ukhuwah dia dengan awek dia, dia nak marah pulak. Tak nak tolong kang, baru kau tahu! Ryzman membebel seorang diri.

“ Macam ini idea aku. Kau ni kan dah kat hospital..”

Ek eleh mamat ni! Buat lawak antarabangsa ke?! Well noticedlah, tak nampak ke kaki aku yang berbalut ni?” Zaid Izlan menyampuk sebelum Ryzman sempat membebel habis dengan jarinya menunjukkan ke arah kaki kirinya yang jelas - jelas berbalut. Tiba – tiba dia naik angin bila Ryzman asyik menyebut perkataan ‘hospital’. Disebabkan dia terlantar di sini, di tempat yang bernama ‘HOSPITAL’ inilah, dia terlepas temu janjinya bersama Sarrah.

“ Eh bro! Cuba kau jangan menyampuk! Emo pulak dia! Bagi aku habis cakap dulu,boleh? Aku tak cakap clear, nanti kau pulak naik angin. Lagipun bila orang handsome macam aku tengah cakap, kau orang yang kurang handsome tak boleh menyampuk! Faham?!”

Ryzman mengangkat kening ala – ala The Rock apabila melihat riak muka Zaid Izlan berubah. Mamat ni memang nak cari nahas ke apa?

 “Peace bro!” Ryzman cepat – cepat menjernihkan keadaan sebelum kawannya itu berapi. Niatnya tadi hendak berseloroh sahaja tetapi melihatkan mood Zaid Izlan yang kurang stabil itu, dia segera beralah, tidak mahu memanjangkan lagi.

“ Jangan marah – marah, dengar dulu apa yang aku nak cakap ni, lepas tu baru kau bagi komen, okey?”

“ Kau ada date dengan Sarrah kan malam ni?” Ryzman bertanya pada Zaid Izlan.

“ Perlu ke kau nak ingatkan aku lagi pasal benda tu?!” Tanya Zaid Izlan semula dengan nada menyindir.

“ Tapi aku tak beritahu dia lagi pasal benda ni.” Suara Zaid Izlan tiba – tiba merendah.

“ Mesti perempuan tu mengamuk gila kena tunggu aku. Dude, apa aku nak buat ni? Alahai…Mati aku…”

Ryzman menyeringai melihat kawannya itu.

 “ Relakslah kawan. Biar ajelah dia tunggu. Gelabah macam perempuan pulak! Cuba bawa bertenang. Lagipun, kau kan kat hospital ni. macamlah kau boleh gerak nak pergi jumpa dia.”

“ Gila kau! Punyalah susah kalau nak ajak dia keluar sebelum ni, sekarang bila dah ada peluang, kau nak suruh aku lepas macam itu aje? Nak mampus?” Seperti hendak  terkeluar sahaja biji mata Zaid Izlan. Dia tidak puas hati. Dia tidak mahu Sarrah tertunggu – tunggu. Dia harus memberitahu Sarrah yang dia terpaksa membatalkan janji mereka.

“ Alah, ajak konon. Kau ajak dia ke? Bukan kau boleh dikira memaksa ke? Belum apa – apa lagi, kau dah letak dulu, macam kau yang jawab soalan kau sendiri.” Ryzman mengata lagi Zaid Izlan.

Konon ajak. Padahal paksa. Aku ada kot kat sebelah kau waktu tu. Aku dengar yang kau main cakap aje, minah tu tak sempat jawab, kau dah letak phone. Ajaklah sangat. Alahai, nak berjoget bulu ketiak aku ni. Buat lawak pulak dia.

“ Kalau kau bernasib baik, dia memang ada tunggu kau. Tapi mengikut hipotesis aku, minah tu mesti tengah lepak kat bilik dia. Manalah dia nak layan kau,” tambah Ryzman lagi.

Kepala Zaid Izlan ligat memikirkan sesuatu.

Betul ke apa yang Ryzman cakap?

Ah! Persetankan kau. Kau memang ada PHD tahap giga dengan aku! Perasaan hasad dengki yang terlampau!

“ Mana handphone aku?” Zaid Izlan menghulurkan tangannya, meminta pada Ryzman. Dia ingin menelefon Sarrah. Dia tidak mahu Sarrah tertunggu – tunggu pula. Nanti kalau Sarrah marah, susah pulak hendak dipujuk nanti. Jadi satu kerja pulak dia hendak memujuk perempuan tu.

“ Kau nak call dia? Biar aku yang call. Lagipun, aku tengah rajin ni..” Ryzman menunjukkan phonenya tetapi tidak pula menyerahkannya kepada Zaid Izlan.

“ Berilah sini handphone tu…” Keras suara Zaid Izlan meminta lagi namun sedikitpun tidak dihiraukan oleh Ryzman.

“ Kau! Kau memang sengaja kan! Bagilah sini…Aduh…Aduh…” Zaid Izlan menyeringai kesakitan.

“ Kalau dah sakit tu, buatlah gaya orang sakit. Tak sedar diri pulak. Biarlah aku call dia. Bukannya aku nak mengorat awek kau ke apa. Aku tolong beritahu pun dah kira satu pertolongan untuk kau tau! Cuba bersyukur sikit sebab ada kawan macam aku ni..”

Zaid Izlan merengus geram, namun tiada apa yang boleh dia lakukan lagi.

“ Apa yang kau nak cakap nanti?” Tanya Zaid Izlan semula apabila dilihatnya Ryzman mula menelefon.

“Aku cakap yang kau accident and kau parah, severely injured at head and chest. Kau koma dan mungkin kau tak dapat diselamatkan lagi.” Selamba sahaja Ryzman bercakap. Macam air sungai sahaja dia meluahkan ideanya itu. Lancar tanpa tersangkut!

“ Hah?! Apa kes kau nak cakap macam tu? Kau menyumpah aku ke?! Kuang ajor punye kawan! Memang lama hidup! Amik kau!” Dibalingnya buah epal ke kepala Ryzman tetapi Ryzman bijak mengelak.

Sorry bro, tak kena!” Ryzman ketawa besar, membuat mimik muka, mengejek Zaid Izlan.

“ Kau elok – elok sikit. Aku ni sihat lagi tau. Bukannya kuat sangat aku accident pun. Kaki ni aje yang ‘tersangkut’, yang lain elok lagi ek.” Zaid Izlan menunjukkan kakinya yang berbalut. Dia terkejut dengan sumpahan Ryzman padanya. Tidak faham akan apa tujuan Ryzman hendak mengatakan dirinya sebegitu rupa.

“ Inilah salah satu intipati penting dalam idea durjana aku ni. Penting untuk aku cakap macam itu sebab masa nilah kau nak uji dia sayang atau tak pada kau. Bila aku cakap macam tu, kau tengoklah reaksi dia macam mana.”

Zaid Izlan blur. “ Maksud kau?”

“ Orang perempuan ni, macam ini sahajalah cara kita nak tahu dia saying kita ke tak. Nak tunggu dia cakap? Jawabnya berjanggutlah dulu. Jual mahal tak habis - habis!” Panjang lebar Ryzman menerangkan ideanya sambil tangannya mengetuk – ngetuk balutan kaki sahabatnya itu.

Keras jugak benda ni, kalau baling kat orang ni, mahunya boleh koma setahun!

Brutal  dia ni accident. Sampai kaki tergantung! Hebat! Mujur muka tu tak berbalut, kalau tak, muka kau yang tak handsome mana tu lagi turun sahamnya. Hehehe….. Parahlah kalau benda tu jadi.

“ Dia orang, kaum perempuan ni kalau nak cakap memang susahlah, tapi dia orang tahu macam mana nak tunjuk, tapi secara tak sengajalah. Dalam situasi kronik macam nilah biasa dia tunjuk. Perempuan, bila dia orang panik or something happened to someone they connected with, and in this case, kau adalah tunang dia so somehow connected jugak, they will automatically become irrational, well most of them la and bila dah tak rasional sangat, masa tulah semua benda dalam hati boleh keluar. Kalau kau tak percaya, kau cubalah dulu. Lepas itu, pandai – pandailah kau take over and control the situation.”

Zaid Izlan termenung panjang, memikirkan kata – kata Ryzman. Kagum juga ada tapi sekejap ajelah.

Teliti betul pengamatan Ryzman tentang perempuan ni. Mana dia berguru pun tak tahulah. Entah fatwa mana diciloknya. Tapi, betul juga cakap Ryzman. Sarah tidak pernah menunjukkan apa – apa tanda seperti suka atau sayang selepas hampir  sebulan mereka bertunang. Bila dicall atau disms, acuh tak acuh sahaja jawapannya. Layan pun seperti terpaksa. Dinginnya mengalahkan perang dingin!
Zaid Izlan mengangguk dengan muka tersengih kepada Ryzman. Dia mengangkat kening double jerk. Dia bersetuju dengan apa yang diusulkan oleh Ryzman. Meskipun kejam tapi tetap best. Idea durjana kelas satu punya!

Tahulah Ryzman yang Zaid Izlan bersetuju dengan idea durjana yang diusulkan apabila dia melihat muka tersengih Zaid Izlan. Walaupun dia merasakan berbuat demikian terhadap Sarrah mungkin agak kejam, tetapi ini sahajalah peluang untuk mereka mengetahui perasaan Sarrah sebenar terhadap Zaid Izlan Azlan. Kawannya ini memang memerlukan bantuan dari seseorang dalam hal percintaannya yang tidak berapa bagus seperti percintaan orang lain dan dia sedia menghulurkan bantuan. Siapa lagi nak tolong kalau bukan kawan baik sendiri kan?

           
 “ HOW could you?!” Mata Sarrah mula berair.

“Habis, yang nurse tu cakap yang Lan baru keluar ICU tu macam mana pulak? Dia pun Lan upah sekali ke dalam permainan Lan ni?” Sarrah masih berbaik hati menunggu penjelasan Zaid Izlan yang seterusnya. Dia cuba menurunkan suhu kepanasan hatinya. Dia masih memberikan peluang kepada Zaid Izlan untuk membela dirinya
           
“ ICU?!” Aik?! Cerita versi mana pulak ni? Kenapa aku boleh tak tahu cerita yang ini?  Zaid Izlan pula mula naik pening.

“ Lan mana ada masuk ICU. Nurse tu salah orang kot. Lan tak masuklah ICU. Lan kemalangan sikit aje, tak adalah sampai nak kena masuk ICU. ” Zaid Izlan menjawab dengan lagak yang tenang.

Dia memandang semula Sarrah namun apalah sangat yang mahu diharap. Sudah tentulah muka tunangannya itu tidak seceria mana apatah lagi mahu mengharapkan jawapan dari mulut Sarrah. Mustahillah tu!

Ini mesti kerja si Ryzman. Ryzman!!! Kau betul – betul dah susahkan aku kali ini. 
           
Well, is that all what you have to say?” Sarrah menyambung lagi. Jari jemarinya mula mengurut kepalanya yang sudah terasa pening. Kepalanya terasa  berdenyut – denyut lagi dan kali ini peningnya lebih kuat kerana dia sudah terlalu marah.
           
Matilah aku! Muka minah ni pada saat dan waktu ini amatlah tidak menyenangkan hati. Habislah kau Zaid Izlan! Mampuss!!
           
Zaid Izlan menelan air liurnya, hatinya berdebar menunggu reaksi daripada Sarrah.

“ I think you’ve got your answer now, right Mr Zaid Izlan? By playing me like this? Yes, I do love you, but a love as a sister to her brother and now I am trying to love you as a lover and I need some time for it. Can’t you just wait? Give me a little more time? Kita baru sebulan bertunang, for god’s sake! What do you expect? Treating you as you’re the only one left in the world?? That you are everything to me that matters?!” Suara Sarrah mengendur sambil menghadiahkan senyuman yang sesinis mungkin.

You’re about to be that person, the person that I think that I can love but somehow you just blew it. You’re screwed Mr Zaid Izlan….” Sarrah menambah lagi. Dia sangat  kecewa dengan sikap Zaid Izlan. Ini bukan Zaid Izlan yang dia kenal selama ini. Zaid Izlan tidak sanggup untuk mainkan perasaan dia. Tidak sama sekali menyangka yang Zaid Izlan sanggup berbuat demikian kepada dirinya tetapi….

Sarrah terus menggelengkan kepalanya. Perbuatan Zaid Izlan memang melampau. Dia tidak sanggup lagi. Dia harus berbuat sesuatu untuk mengajar Zaid Izlan.

   Kata – kata Sarrah itu menusuk tajam ke dalam jiwa Zaid Izlan. Dia bungkam di situ juga.

   Ya Allah! Apa yang telah hambamu ini lakukan?
           
  Sarrah menarik nafas dalam – dalam, mengumpul segala kekuatan yang amat dia perlukan ada saat ini.
             
  It’s now or never Sarrah. This is it! You’re definitely done here!

Now, Zaid Izlan Azlan, my dearest and loving fiancée, you just sit here quietly and make sure you’re always just get out of my sight! Goodbye ‘my love’! I don’t want to see you! Ever!” Nada suaranya berubah sekelip mata. Sinis.

 Maisarrah Imelda mengambil begnya di sisi katil Zaid Izlan dan meluru keluar. Pintu bilik dihempas sekuat hati. Langsung tidak menoleh ke belakang lagi. Hatinya geram tidak terkata. Dia perlu keluar sebelum dia hilang kawalan dan mula menyerang ‘serangga perosak perasaan’ yang masih berada di dalam bilik tu.


ZAID IZLAN mengepal tangan, marah dengan kebodohannya sendiri. Kata – kata Sarrah tadi sangat berbekas di hatinya.

Ya, memang dia dah lukakan hati Sarrah.

“ Sarrah, I’m sorry…”
       

* Because I’m Stupid – SS501

No comments:

Post a Comment