Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 13

BAB
13


* Doushite Kimi Wo Suki Ni Natta Shimattandarou


            “ AIRIEL, datang ambil aku. Sekarang jugak!” Bentak Sarrah. Keras sahaja suaranya. Marahnya dilepaskan pada Airiel. Dimakinya Airiel sekuat hati meskipun niat asalnya hendak meminta bantuan Airiel.

Nasiblah kaulah labu.

Sarrah mengomel sendiri. Hatinya masih sakit mengenangkan semua yang sudah terjadi hari ni.
           
Itulah kau.Tadi Qistina nak tunggu, kau suruh dia balik dulu konon nak temankan si Lan. Sekarang kau pulak yang tercongok kat sini macam orang bodoh. Orang baru niat nak buat baik pada tunang sendiri tapi kita pulak yang diperbodohkan. Suka hati aje mamat itu. Tunggulah nanti. Hish!!! Geramnya!!!
           
Airiel menjauhkan telefon dari telinganya. Sakit telinganya apabila dijerit sebegitu rupa. Dia menguak rambutnya ke belakang sambil mengambil cermin matanya di tepi bantalnya. Setelah memastikan tiada kecederaan yang dialami sama ada dari segi mental atau fizikal, barulah dia mendekatkan semula telinganya pada telefonnya. Hajatnya memang untuk memaki semula manusia yang menjerit padanya tadi.

 Ingat dia aje yang boleh maki – maki orang? Suka – suka hati aje! Siaplah kau, memang nak kena ni!

“ Oit perempuan! Yang kau ni tiba – tiba telefon aku malam – malam buta and lepas itu siap maki aku apa hal?! Unsenonohable betul! Gila ke apa?!” Airiel menengking semula Sarrah. Sudahlah tidurnya diganggu lepas itu siap dia dimaki hamun pula.

Hendak minta tolong pun tapi takkan macam ini kot caranya?! Tak beradab langsung! Aci main terjah aje… Mujur kawan, kalau tak, aku dah letak telefon ni. Tak adanya aku nak layan kau lagi.
           
“ Kau marah aku Airiel? Kau marah aku ke?” Suara Sarrah semakin menjauh.

“ Sampai hati kau Airiel buat aku macam ni..” Sarrah terus merengek dan mula menangis.

“ Ai…Airiel…ma...marah…ke…Sorsorry….” Sarrah tergagap – gagap. Rasa marahnya menyebabkan dia rasa ingin menangis. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya terembes keluar. Dia menangis semahu – mahunya, sekuat yang mungkin, melepaskan rasa geram di hati.
           
Dia nangis? Biar betul?! Airiel terkejut.
           
“ Sarrah?” Namun hanya tangisan yang semakin kuat yang menyapa telinganya lagi.

Sarrah betul – betul menangis??! Huh?!!

“ Sarrah, kenapa ni?” Airiel bertanya lagi.

Mangai…biar betul telinga aku ni?! Airiel mengorek – ngorek telinganya dengan hujung jari. Dia mula tidak senang duduk. Terus terbuka luas matanya apabila mendengar suara Sarrah yang menangis itu. Mengantuknya tadi terus hilang entah ke mana.
           
Erk…Sarrah…Sarrah…janganlah nangis lagi weyh... Relakslah. Aku bukan maki kau betul – betul pun tadi.” Airiel cuba memulihkan keadaan.

“ Kau macam tak biasa aje dengan aku. Kau okey kan? Ini kau berlakon aje kan? Kan?!”
           
Mendengarkan itu semua, esakan Sarrah menjadi semakin kuat. Sarrah seakan membebel pada Airiel namun suaranya ditenggelamkan oleh suara esakkannya sendiri. Apa yang dia bebelkan langsung tidak jelas pada pendengaran Airiel. Pertanyaan Aireil tadi pula dibiarkan sahaja tidak berjawab.
           
“ Okey…okey… aku ambil kau.” Airiel terus membuat keputusan tanpa mempedulikan apa cerita Sarrah sebab memang sepatah haram pun dia tak faham.

“ Kau jangan nangis dulu. Janganlah buat aku gelabah Sarrah ooi...” Airiel semakin resah.

Memang Sarrah betul – betul tengah menangis ni. Perempuan tu bukannya main – main. Alahai, kenapalah dia macam ni pulak? Memanglah perempuan ni!

“ Nangislah puas – puas lepas aku datang nanti, please…. Aku sanggup teman kau menangis sampai pagi pun. Sekarang ni, cuba kau beritahu aku kau ada dekat mana ni?” Airiel cuba menenangkan Sarrah dan dirinya juga. Gelabah juga jadinya apabila kawannya seorang ni menangis terlebih – lebih macam ni. Dia cuba untuk memujuk Sarrah.
           
“ Hos…pi..tal…Pa..kar…Ipoh.” Sarrah berusaha memberitahu meskipun masih tersedu sedan.

 Entah mengapa air mata aku ni tidak mahu berhenti pula. Tiba – tiba sensitif pulak aku ni. Apa barang ni?

Sarrah masih menunggu reaksi dari Airiel namun Airiel masih lagi diam.

Hish… susah betullah nak sampaikan maklumat pada Airiel ni. Tak dapat tangkap ke apa yang aku cakap tadi?

Mamat ni pulak dahlah dari jenis manusia yang blur tahap giga. Mintak – mintaklah kau dapat tangkap apa yang aku cakapkan tadi Airiel ooi... Tak larat aku nak mengulang banyak kali.

 Berusaha memfokuskan gegendang telinga pada telefon bimbitnya, Airiel akhirnya dapat juga menangkap apa yang dikatakan oleh Sarrah meskipun suara Sarrah masih tenggelam timbul, bercampur aduk dengan esakan tangisnya.
           
“ Hah?!!”

“ Hah?!” Sarrah turut terkejut.

“ Kau buat apa kat hospital?! Dah malam dah ni?” Airiel terkejut apabila otaknya selesai memproses maklumat yang diterimanya tadi.
           
  Lambat betul kau punya terkejut. Kenapa lampi pulak mamat  ni? Baru sekarang kau nak HAH?!!! Lembap betul! Sarrah sempat mengomel.

“ Tak apa. Duduk diam – diam kat situ. Tunggu aku tau. Tunggu aku datang. Jangan pergi mana- mana.” Berulang kali Airiel memesan kepada Sarrah sebelum memutuskan talian. Airiel segera bersiap dan bergegas turun tanpa memberitahu pada roomatenya, Khairul yang terpinga – pinga melihat Airiel yang terburu – buru itu.
           
Airiel memandu dengan laju. Perjalanan ke bandar Ipoh yang biasanya mengambil masa tiga puluh lima minit menjadi dua puluh minit sahaja. Mana tak cepat sampainya kalau bawa seratus dua puluh sejam. Kalau ada pak cik misai malam ni, jawabnya memang melayang duit aku nak kena bayar saman.

Airiel membelok ke kiri masuk ke perkarangan Hospital Pakar Ipoh. Semakin keretanya menghampiri bahagian ruangan hadapan hospital, semakin jelas Airiel dapat melihat suatu lembaga yang pastinya perempuan yang sedang duduk bercangkung dengan rambut yang kusut masai, terperosok di satu sudut. Dia meninggikan lampu keretanya ke arah lembaga itu dan lembaga itu segera mengangkat mukanya.
           
Airiel tersentak ke belakang.

Huish! Gila! Perempuan ni memanglah! Bertuah sungguh! Hilang nyawa aku sekejap.” Airiel menarik nafas dalam – dalam.
“ Ingatkan hantu tadi, minah tu rupanya. Sengal betullah perempuan ni!” Airiel mengurut dadanya, menghilangkan debaran dadanya yang berdegup kencang sebentar tadi.

“Apa hallah dia duduk macam itu rupa?” Airiel menjengah lagi.
           
Sarrah yang terus dapat mengecam kereta Airiel apabila dia disuluh tadi, mula melangkah ke arah kereta tersebut. Mulutnya terkumat kamit menyumpah Airiel kerana menyuluh dirinya tadi. Dia terus masuk ke dalam kereta Airiel meskipun tidak dijemput atau apa.
           
Lagipun, memang dia datang sini nak jemput aku, kan?
           
Huh! Biadap betul! Ada ke patut suluh – suluh orang macam itu. Itu mujur aku, kalau orang lain, mahunya kau kena lanyak. Itu boleh dikira mengganggu ketenteraman awam tau!” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Sarrah apabila dia melangkah masuk ke dalam kereta Airiel. Dihamburkan segala amarah yang terpendam, dicampur dengan rasa bengangnya terhadap Zaid Izlan yang masih lagi bersisa kepada Airiel di sebelahnya.
                       
“Ewah perempuan sorang ni!” Airiel menjeling Sarrah di sebelahnya.

“ Dia tu yang ganggu ketenteraman aku, tak nak ambil kira pulak!” Tempelak Airiel kembali. Berapi telinganya saat mendengar suara Sarrah yang mengalahkan suara Charlotte Church itu. Nak meletup rasa dadanya menahan marah.

“ Tak sedar dek untung betul dia ni! Tak habis – habis kerja dia yang asyik nak maki orang! Bukan nak ucap terima kasih ke apa. Ceh! Ada kang aku tinggal kat sini ni nanti, baru kau tahu! ” Airiel membebel sambil menghidupkan semula enjin keretanya lalu meluncur laju meninggalkan hospital tersebut. Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia marah terhadap Sarrah.
           
Sarrah terus mampu tersengih. Terasa pulak apabila mendengar kata – kata Airiel tadi tapi dia malas hendak ambil peduli sangat. Malas dia hendak melawan semula. Tak mahu bergaduh. Tak ada mood. Penat dah maki orang tadi. Biarlah dia diam sahaja kali ini.
           
Melihatkan Sarrah yang masih membekukan diri, Airiel bersuara semula, cuba memecahkan suasana sunyi sepi yang menyelubunyi mereka.
           
“ Lagi satu aku nak tanya ni. Kenapa kau duduk macam itu tadi? Tahu pulak  marah bila kena suluh.” Airiel mencemik. Sarrah pula menjeling tajam.

“ Betul apa! Dah kau duduk macam itu, tengah – tengah malam pulak tu, aku pun suluhlah dulu. Manalah tahu kalau – kalau hantu ke, mayat ‘terlepas’ ke. Kalau termasuk dalam mana – mana kategori yang disebut tadi, tak ke niaya aku nanti?!” Airiel membebel lagi apabila dia masih tidak dilayan.

Perempuan ni kan, penat aku bercakap, tapi dia sikit pun tak buka mulut. Bosanlah kalau aku sorang – sorang je yang cakap.
           
“ Dahlah kau ni pakai baju warna putih. Lagi ada gaya macam nak jadi ‘kawan – kawan’ yang aku sebut tadi.” Airiel menambah lagi.

Kali ini, Sarrah memuncungkan mulutnya, menarik muka, bosan.

Sarrah menjeling Airiel. Hish! Ikutkan hati aku, mahunya aku cekik – cekik kau ni.
           
 Sarrah menghembuskan nafas panjang, mengeluh. Dia penat sangat. Tidak larat lagi dia hendak melayan bebelan Airiel.

Lagipun, kenapalah hari ni dia kuat betul membebel ni? Penat telinga aku ni nak mendengarnya. Membebel mengalahkan nenek aku! Kenapa dengan dia ni? Sarrah bertanya di dalam hati.

“ Yelah darling, I’m so sorry about things just now, and the way I talked to you, I know that I’m being rude and one more thing, thank you so much for picking me up here.” Sarrah memberikan flying kiss kepada Airiel. ‘Bersinar – sinar’ mata Sarrah mengucapkan kata – kata tersebut. Sengaja mahu menambat hati Airiel. Lagipun, rasa bersalah ada merenggut hatinya, tapi sikit ajelah.
           
“ Hah, macam itulah. Barulah sejuk hati I ni. Cair sekejap. Kalau you selalu macam ni, hari – hari I jatuh cinta pada you tau! So, my sweetheart, kita nak ke mana ini?”

            Sarrah mengerling Airiel dengan hujung matanya. Tiba – tiba terlebih manja pulak. Apa kes?! Aku backhand kang, baru kau tahu!
           
Aik pakcik! Lebih – lebih pulak kau kan. Nak pergi mana lagi?! Balik kampus la! Ke kau nak kidnap aku pergi mana – mana?” Sarrah bertanya sambil mengangkat kening kirinya ala – ala Ziana Zain. Kecut perut juga dibuatnya dengan sikap luar biasa Airiel itu tetapi dia mencuba sebaik mungkin untuk berlagak seperti biasa.

Takkan Airiel nak buat something dekat aku kot?! Jangan…simpang malaikat empat puluh empat!!! Lelaki sebelah aku ni memang lelaki, and pastinya aku tak mampu nak melawan kalau dia nak buat apa – apa pada aku. Hisshhh….niaya!
           
“ Aku tanya ajelah. Manalah tahu kalau kau nak ‘melancong’ ke mana – mana ke, menenangkan hati yang duka lara. Aku rela menjadi tour guide tak berlesen untuk kau. Special for you! Kalau setakat Ipoh ni, small the pieces lah! Semua jalan kat Ipoh ni, semuanya dah dalam tangan aku tau!” Airiel membalas semula dengan beria – ia tetapi dilihat Sarrah hanya menunduk, tidak memberi sebarang reaksi kepadanya.

Nampaknya niatnya untuk menggembirakan Sarrah tidak terlalu berjaya. Sarrah mungkin masih lagi terbeban dengan apa sahaja yang mengganggu fikirannya meskipun dia mencuba sedaya upaya untuk menyembunyikannya. Riak muka Sarrah jelas menunjukkan segala – galanya.

Airiel menganggap Sarrah tidak menyetujui cadangannya tadi apabila Sarrah tidak menjawab pertanyaannya.

Hendak ditanya atau tak kenapa dia menangis tadi? Dalam telefon tadi, menangis punyalah kuat, beria – ia tapi sekarang dah okey aje. Muka cool aje tapi tidak seceria seperti biasa.. Tapi dah boleh maki orang macam biasa dia buat and that is a good sign, right?! Nothing much to worry then.

Lagipun dia buat apa kat hospital malam – malam macam ni tadi? Ada orang sakit ke? Atau dia yang sakit? Tapi, kalau dia sakit, dia sakit apa pulak? Kenapa Qis tak beritahu aku apa – apa pun?

Airiel mencuri pandang pada Sarrah di sebelahnya.
           
Mereka berdua diam membisu sepanjang perjalanan pulang. Suasana sekeliling mereka hanya diselangi dengan lagu – lagu yang dimainkan oleh stesen radio Hitz.fm.
           
“ Okey, kita dah sampai pun...” Airiel memberitahu sambil membelok masuk ke kawasan parking V5.

“ Hah mak cik, pergilah balik tidur! Mesti katil kau dah rindu sangat kat kau tu,” Airiel menjerkah Sarrah setelah memberhentikan kereta di hadapan village kediaman Sarrah. Sambil – sambil itu, kepalanya memanjang cuba mencari kawasan parking.

Sarrah baru tersedar yang mereka sudah pun sampai apabila Airiel bersuara tadi. Terlalu asyik dia melayan rasa hati.
           
Thanks a lot Airiel. Kaulah kawan aku dunia akhirat. Sayang kau!” Sarrah memberikan flying kiss lagi sebelum keluar dari kereta.
           
Time macam ini barulah kau nak mengaku sayang kan... Bagi flying kisses lagi. Macam nilah kawan.” Airiel membebel seorang diri selepas Sarrah keluar. Sudah biasa dengan perangai dan ‘angin’ sahabatnya itu.
           
Baik betul dia hari ni…. Tapi baik? Baik ada makna tu…

*Doushite Kimi Mo Suki Ni nAtte Shimattandarou ( Why Did I Have To Fall In Love With You ) - TVXQ                  

No comments:

Post a Comment