Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 9,10

BAB
9


Ku T’lah Jatuh Cinta…


PUKUL lapan empat puluh lima minit malam.

Tak ada lagi?!!

Sarrah mula berapi.

Tak apa… Relaks…Tunggu lagi. Kita bagi dia peluang lagi. Satu je lagi peluang. It won’t hurt you by waiting for few minutes more, right?

Sabar ye Sarrah. Kejap – kejap lagi sampailah dia tu. Mana tahu dia pergi masjid ke tadi kan? Kita mesti fikir positif, jangan fikir yang bukan - bukan. Dia pergi masjid tu. Sarrah terus mencipta alasan untuk kelewatan Zaid Izlan demi menyejukkan hatinya yang bila – bila masa sahaja boleh meletup.

Pukul sembilan setengah. Lan still tak muncul-muncul lagi.  Aik?! Melampaulah ni. Dah sejam lambat dari apa yang dijanji. Kata nak datang jemput aku pukul lapan setengah tapi ni dah pukul sembilan lebih kot!

Satu jam sudah berlalu. Jangankan orangnya, batang hidung pun tak nampak! Bayang orang langsung tak ada! Asap kereta tak ada! Bunyi deru enjin pun tak ada nak dengar.

Hampeh betul punya tunang! Macam ni dia buat perangai on our first date after bertunang?! Memang melampau!

Aku dah setuju nak keluar ni pun kira mujur tau, tapi berani dia buat aku menunggu?! Memang nak kenalah dia ni! Angin! Aku memang angin!

“ Nak tunggu berapa lama lagi ni?” Sarrah seakan mahu menjerit. Kepalanya rasa berdenyut – denyut akibat menahan marah.

 Lagi sejam? Lagi lima jam?! Hantu betullah mamat ni! Memang sengaja nak uji kesabaran aku yang tak seberapa ni.

Eeii!!!! Marahnya aku!”

Kalau ye pun nak datang lambat, kurang – kurangnya telefonlah aku kat sini. Beritahu yang dia lambat sikit ke apa tapi ni tidak! Sengal! Dah tahu hidup kat abad kedua puluh satu ni, pandai – pandailah guna teknologi yang ada tu. Handphone yang ada tu buat apa?! Hiasan?!

“ Aku marahlah ni!” Sarrah menjerit, melepaskan geram.

Sarrah terus mundar – mandir sambil mendengar lagu dari  music player di handphonenya, cuba menyejukkan hatinya yang semakin membara itu.

Satu lagu dah habis. Dengar lagu lainlah pulak.Tak pe…Tak pe…Sabar.


LAGU kelima pun dah habis tapi dia still tak muncul – muncul lagi?! Alahai sayang….Mana kau ni?!

Aku ni pun satu kes juga. Kata tak nak keluar, tapi kau duduk juga menunggu mamat tu kat luar ni. Konon kesian kalau dia duduk tunggu aku kat sini tapi penyudahnya, aku pulak yang kena tunggu dia. Kurang asam betul!! Geramnya!! Sarrah memperlahankan lagu pada music playernya itu. Dari hendak menenangkan hati, dia terasa semakin marah apabila mendengarkan semua lagu itu. Buat serabutkan kepalanya sahaja.

“ Nyamuk ni pun kan …satu hal lagi. Hish! Nama aje nyamuk universiti, tapi tak belajar, tak ada sivik! Tak sekolah! Asyik gigit aku je. Carilah orang lain pulak yang nak digigit. Bukannya aku aje manusia yang ada kat UTP ni!”

 “ Hishhhh……Bengangnya saya……!!!” Sarrah mengaru lengannya yang baru menjadi santapan nyamuk – nyamuk di situ sambil mulutnya masih terus membebel.

“ Marahnya…Kenapa dia buat aku macam ni…” Sarrah menyapu air mata yang mula meleleh keluar kerana terlalu geram mengenangkan Zaid Izlan yang masih tidak kunjung tiba.
           
Beep! Telefonnya tiba – tiba berbunyi minta diangkat.

Oit mak kau jatuh tergolek!” Sarrah sampai melatah akibat terkejut.

“Kurang ajar punya phone. Lama hidup ke? Buat terkejut aku je. Biadap betul!” Sarrah membebel pada telefon yang masih mendendangkan lagu Hate That I Love You nyanyian Neyo dan Rihanna.

Sarrah!!!!!Ada ke patut cakap dengan telefon? Kesian betullah kau ni! Satu suara menjerit di dalam kepalanya. 

Dia memandang pada skrin telefonnya. Nombor yang terlayar di skrin telefonnya itu  tidak pula Sarrah mengenalinya. 

“Siapalah yang call aku ni? Tak ada pulak dalam contact list aku ni pun. Susah betul kalau jadi orang glamour ni.” Sarrah masih mengomel sebelum menjawab panggilan tersebut.
           
“Hello, siapa ni? Nak apa?” tanya Sarrah separuh menjerit. Marah terhadap Lan yang still tak muncul-muncul tu dilepaskan kepada pemanggil telefon itu. Tidak pula dia mengenali pemanggilnya tapi dia sudah tak ambil peduli. Suka hati sahaja dia meninggikan suaranya.
           
Kisah apa aku. Lantak kau! Ambik sebijik! Dihamburkan sahaja amarahnya keada pemanggil itu.
           
“Sarrah, ni Man. Man nak beritahu pasal Lan ni.”

Eh, chop! Man? Man mana pulak ni? Lain yang aku tunggu, lain pulak yang aku dapat. Sarrah mengerutkan keningnya sambil cuba mencerakinkan ingatannya supaya tertumpu pada makhluk yang bernama Man ni.

 Oh, okey. Dia rupanya! Well, maybe….bukannya aku ingat sangat pun dia yang mana satu.
           
“ Hah, mana Lan ? Dah puas Sarrah tunggu kat sini. Dia kata nak jumpa Sarrah malam ni tapi dia tak datang-datang lagi. Man ada jumpa dia tak?” Sarrah terus bertanya pasal Lan pada makhluk tuhan bernama Man itu.

Sementara itu, Sarrah cuba lagi untuk mengingat semula muka si Man ini. Ryzman ke? Kalau dia, mamat inilah yang Zaid Izlan bawa pada majlis pertunangan mereka meskipun sebelum itu Sarrah sudah meminta kerjasamanya untuk tidak menjemput sesiapa daripada universiti mereka. Yelah kot! Kisah apa aku dia ni siapa kan? Duh
           
“Sarrah, Lan kat hospital sekarang ni. Dia kemalangan tadi waktu balik dari Ipoh.
Kereta dia rempuh pembahagi jalan and I guess it is quite bad. Sarrah, I’m afraid he maybe cannot make it.”
           
Sarrah terjelepuk mendengarkan perkara itu. Huh?!

“ Sarrah?” Ryzman cuba memanggil Sarrah apabila Sarrah tiba - tiba diam.

Biar betul? Lan kemalangan? And it’s bad?

 Tipu!

Sarrah cuba mengumpulkan kekuatan diri. Dia mahu memastikan tentang apa yang didengarinya tadi.

Mungkin si Ryzman ni nak mainkan aku aje, bukannya betul – betul pun benda ni. Bukan boleh percaya sangat mamat ni!

 Sarrah menarik nafas dalam – dalam, cuba menenangkan hatinya, mengembalikan fikirannya untuk menjadi waras semula tetapi apabila memikirkan kemungkinan yang dia sedang dipermainkan oleh Ryzman, dia tiba – tiba naik marah. Tahu sangat perangai Ryzman yang tak betul tu. Mamat itu memang suka sangat memperbodohkan orang dan mungkin kali ini, dia pula yang menjadi mangsa!

“ Encik Man, or whoever you are! Kau jangan nak main – main dengan aku! Pasal nyawa orang kau jangan nak dibawa bergurau weyh!” Sarrah naik angin. Dia bengang. Dia pasti yang Ryzman sengaja mahu mengenakannya.

“ Sarrah, Man betul – betul ni, takkan Man nak main – main pulak kot?!” Ryzman mulai cuak. Dia menelan air liurnya.

Memanglah aku betul – betul. Aku betul – betul tengah menipu perempuan ni!

Ryzman menepuk dahi.

Perghh…aku memang parah lepas ni. Rasa menyesal dan takut datang, bersilih ganti. Tapi dah buat. Mana boleh nak berhenti separuh jalan pulak!

Habislah kau Ryzman Shah! Confirm minah ni akan cari aku sampai lubang kubur bila dia dapat tahu hal yang sebenarnya nanti. Hal yang aku ni menipu dia pasal tunang dia tu! Confirm punyalah aku kena! Minah ni dahlah brutal. Mati…Memang aku mati lepas ni. Menyesal aku!

Tapi tak apa, aku buat semua ni demi kau Lan. Aku mati pun lepas ni tak apalah. Kalau kau tak hargai kawan yang super best macam aku ni, tak tahulah aku nak cakap apa lagi.

“ Man cakap betul ni, tolonglah percaya! Man tak main – main! Sarrah datanglah sini cepat, Ipoh Specialist. You should be with him now. He needs you here.” Ryzman menambah lagi dengan nada suara yang amat meyakinkan. Lakonannya dirasakan memang teramat hebat. Rosyam Nor pun kalah agaknya.

 Dia perlu memastikan Sarrah betul – betul percaya dengan ceritanya dan akan terus datang ke hospital dan dari situ, pandai – pandailah Zaid Izlan mengambil alih pula. Kerja dia habis di sini sahaja, buat masa inilah. Sekiranya Zaid Izlan memerlukannya lagi selepas ini, dia pasti ada dan dia sanggup membantu sedaya upayanya. Memang ini adalah kerja sampingannya. Menyatukan dua jiwa yang berantakkan.

 Eceh….ayat tak boleh blah! Diri sendiri pun tak ada awek kot. Tapi nak pulak berlagak macam diri tu pro dalam hal kasih berkasihan ni. Ces! Tak sedar dirilah kau ni Ryzman!
Sarrah menjadi bingung. Telefon dibiarkan tersadai sahaja di tepinya, membiarkan juga Ryzman di talian. Air matanya laju mengalir. Dia menangis tersedu sedan di bawah pokok itu sendirian.

Mujurlah ada Lia yang kebetulan mahu keluar ketika itu. Sarrah yang menangis itu dibawa masuk ke dalam rumah. Cuba ditenangkan namun Sarrah masih juga kaku, tidak memberikan sedikit reaksi langsung. Qistina yang sedang menyiapkan assignmentnya segera mendapatkan Sarrah apabila diberitahu Lia. Dia terkejut melihatkan keadaan Sarrah seperti itu.
           
“Qis, Lan...bawa aku jumpa Lan…. Please Qis… Bawa aku jumpa dia….” Pinta Sarrah sambil memeluk Qistina. Tersedu - sedan Sarrah menangis sambil pelukannya kepada Qistina menjadi semakin erat. Dia takut akan apa yang didengarnya sebentar tadi. Dia sangat takut jika apa – apa yang buruk terjadi pada tunangnya itu.

Qistina pelik. Takut pun ada.

Sarrah menangis? And this bad? Kenapa? I wonder why…..

Sebelum ni punyalah pantang nak sebut nama Lan, sekarang ni menangis-nangis nak jumpa dia pulak?! Siap sebut – sebut nama mamat tu pulak !

“Okey…okey…., tapi Sarrah, kau kena relaks dulu, beritahu aku dulu apa yang dah jadi ni, Lan kat mana, apa jadi kat dia. Kenapa kau jadi macam ni?”

“ Beritahu aku Sarrah, apa yang dah jadi ni...” Namun pertanyaan Qistina dijawab dengan tangisan Sarrah yang semakin menggila.

  “Please, stop crying, for god sake! Jangan buat aku risau macam ni. Cuba beritahu aku apa yang dah jadi ni?!” Qistina mula meninggikan suaranya, marah jadinya kerana Sarrah masih tidak henti – henti menangis.

Dia cuba menenangkan Sarrah sementara tangannya segera mencapai sweater dan kunci keretanya di dalam drawer. Dia mengalah! Tak mampu lagi hendak bertanya pada Sarrah akan hal yang sebenar terjadi.

“Qis, bawa aku pergi hospital Qis. Nanti aku beritahu semua kat kau. Please, tolong drive laju sikit. Aku takut kalau apa – apa jadi kat dia and aku tak sempat jumpa dia….” Sarrah meminta pada Qis sejurus sahaja mereka melangkah masuk ke dalam kereta.

Qistina hanya mengangguk, menurut tanpa banyak soal.
           
Takutlah sangat, tapi suruh orang drive laju - laju, tak takut pulak! Apa bendalah yang ditakutkan sangat tu?

Dia melirik melihat Sarrah di sebelahnya.

Pelik betul perempuan sorang ni! Tahu nak menangis aje! Tak nak pulak tu cerita kat kita apa yang dah jadi. Mujurlah aku ni faham sangat dengan perangai kau tu, ikut aje kehendak kau. Pulak tu, suruh orang drive laju – laju tapi cakap dia takut la pulak ! Kita nak pergi hospital tapi kalau laju sangat, nanti kita pula yang end up masuk hospital. Kes niaya tu, tahu tak?!

Tapi mesti Sarrah betul – betul risau pasal Lan ni sampai macam ni gayanya dia menangis.

Tapi, teruk sangat ke si Lan tu accident ? Well, kalau betullah dia accident kan...Aku ni teka aje sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya jadi kat mamat tu. Nak tanya kat dia ni tapi takut minah ni menangis lagi kuat pulak. Satu kerjalah pulak nanti nak memujuk dia.

Haish...masalah betullah !

Qistina memandang sekilas pada Sarrah di sebelahnya. Dilihat Sarrah masih tersedu sedan meskipun tangisannya tidak lagi sekuat seperti tadi.

Erm.....Miss Maisarrah Imelda, I guess you’re falling for him.


BAB
10


Tak Ada Logika


SARRAH, would you do the honour of becoming my wife? I promise I will love and care you with all my heart, I will always be with you no matter what may come between us, only death can separate us.” Adam Mikhail melutut di hadapannya sambil menghulurkan bunga plastik yang entah dari mana disambarnya.

Terhenti langkahan Sarrah.

Mak terkejut you... Apakah maknanya semua ini? Sarrah menyimpul senyuman.

Ewah…cantiknya bunga tu. Manalah kau dapat bunga tu ye? Habis bunga Aunty Salma dalam rumah ni. Semuanya habis dirosakkan oleh ‘makhluk perosak’ di hadapannya ini.

Hajatnya hendak turun dan breakfast, bahkan sudah terbayang di matanya, a toast with strawberry jam and a glass of milo, yummy… tetapi tiba – tiba selera dan langkahnya tersekat disebabkan munculnya alien di hadapannya.

“ Dia buat perangai pelik dia dah…” Perlahan Sarrah menggetus sendiri.

Sarrah melihat Adam yang masih lagi melutut di hadapannya. Dia menggeleng – gelengkan kepala. Dia menguak rambutnya ke belakang berulang kali. Pening juga dibuatnya.Ada aje cerita baru, lakonan baru yang hendak dipersembahkan. Depan tangga pulak tu. Tak ada tempat lain ke?

Nak buat ‘drama kasih - kekasih’ la tu. Dahlah ayat ala – ala cerita orang putih dekat altar, reciting vows. Cubalah cari ayat berunsur ketimuran sikit, barulah sedap sikit telinga ni nak mendengarnya.

Mujurlah aku ini dah kebal dan kalis dengan segala ayat dia ni, dah tak lut, kalau tak, mahu jugak aku cair dengan godaan ‘syaitan’ di depan mata ni.

Sarrah mengebilkan matanya berulang kali sambil berpusing-pusing ke kiri dan kanan dan bermain-main dengan jarinya.

Ingat dia je yang boleh berlakon?

Dia meletakkan hujung jari telunjuknya di tepi bibir, memikirkan apa langkah seterusnya yang patut dilakukan.

Ini Maisarrah Imelda Radzwill tau. Bukan calang – calang orang kalau nak diajak ‘mengarut’ atau berlakon ni. The best in the field tau.

Of course my dear, Adam. I would love to be your wife but first, my awful unwedded husband, can you please put on something that quite nice to see when you are purposing? Sarrah membuat pose diva di hadapan Adam sambil mengangkat kening double jerknya, sengaja mengejek Adam.

Not with this Bugs Bunny boxer, okay? You’re so…” Sarrah membuat lagak seperti sedang berfikir dengan ibu jari dan telunjuknya diletakkan di bahagian dagunya.

“…not cute at all, you know that?” Sarrah menjawab dengan selamba sambil terus mencekak pinggang.

Dilihat hidung Adam mula kembang kempis.

Peduli apa aku. Ambik kau. Pagi-pagi dah angau, sewel. Tahulah baru balik dari overseas. Tapi tak perlulah kot nak buat perangai macam ni. Gentlemanlah sangat. Ini Timur, bukan Barat lagi dah. Tiba – tiba buat soap opera pulak! Sengal!

“Alah, Sarrah ni tak sporting la. Macam tak biasa je dengan Adam. Orang saja nak mesra-mesra sebab lama tak jumpa, tapi dia tibai pulak kita. Ada ke patut?”

Belum sempat Sarrah menyampuk, Adam menyambung balik.

“Tak patut…tak patut.” Adam menggeleng – geleng kepalanya sambil bangun dari posisi melututnya tadi. Dia segera menuruni tangga dalam keadaan merajuk.

“ And one more thing. Adam memang tak cute tapi handsome and manis je.” Dia mengenyitkan matanya kepada Sarrah, cuba menyerlahkan karisma dirinya yang konon- kononnya telah menundukkan banyak perempuan.

Rahang Sarrah seperti hendak terjatuh! Matanya tidak mahu berhenti dari mengelip.

Ya Allah….perasannya mamat ni!

“Aduh! Oksigen please! Ventilator please! I cannot breathe here. Ada manusia perasan mencemarkan udara. Tolong...tolong…somebody!” Sarrah berpaut pada pasu tinggi di sebelahnya, dengan tangannya tergapai – gapai seolah – olah dia sedang lemas di lautan.

 Geli hati mendengarnya. Perasan! Ingat dia tu hot sangat ke?!

 Adam memandangnya dengan muka seperti singa lapar, tapi silapnya, dia tak nampak macam singa sebab dia pakai boxer Bugs Bunny! Hahaha

Comellah tu konon.

Sarrah cuba lagi  menahan ketawa namun terburai juga tawanya. Hendak sahaja dia terguling-guling di situ apabila memandang muka Adam yang merah padam menahan marah.

Tahan malu pun ada kot, marah tu satu hal tapi malu tu...... banyak punya hal! I dropped his water face kan!

Hahaha…Berair-air mata Sarrah kerana ketawa terlalu kuat.

Sarrah menyapu matanya yang berair akibat terlalu banyak ketawa. Dilihatnya muka Adam masih lagi menjeruk.

“ Padan muka!” Sarrah terus menempelak Adam.

“ Adam dah sewel ke? Tak ada kerja! Pulak tu, bagi bunga plastik je and pakai boxer pulak itu. Apa kes? Dari orang nak terima lamaran dia tu, boleh jadi reject Adam tu tau.” Sarrah mengesat  lagi matanya yang masih lagi berair.

Tersengih sahaja Adam mendengar sepupunya itu membebel.

Lama dah tak jumpa minah ni. Setahun lebih. Dulu kecil sikit sampailah sekarang, kecil jugaklah tapi dah jadi cun. Comel!

Mereka berdua memang rapat. Mungkin disebabkan oleh jarak umur mereka yang tidak jauh berbeza. Hanya beza setahun atau lebih tepat lagi hanya enam bulan. Adam dilahirkan pada penghujung tahun dan Sarrah pula pada pertengahan tahun yang berikutnya. Sejak kecil, mereka berdua rapat selain daripada Zaid Izlan dan abang Naym yang turut menjadi geng mereka.

Meskipun usia Adam dan Sarrah terus menginjak, namun perhubungan mereka terus rapat, hanya Zaid Izlan sahaja seperti menjauhkan diri daripada Sarrah, tetapi dengan Adam, hubungan mereka masih macam biasa. Rapat.

“Okeylah, disebabkan Adam hari ini baik hati, Sarrah dimaafkan sebab ketawakan Adam tadi. Hope you have your good time laughing your head off. Jarang  Adam nak buat free show macam tu tau. Sarrah sorang je yang dapat. Tak ke Sarrah rasa macam Sarrah tu sangat – sangat bertuah?”

“Bertuah?” Sarrah membuat riak muka pelik tahap giga.

Ceh! Bertuah apanya.” Sarrah menjuihkan bibir.

“Tak ada maknanya bertuah. Ni malang teramat malang tau. Lepas ini Sarrah kena mandi bunga agaknya sebab nak tolak bala.” Bidas Sarrah semula.

“ Kalau body lawa macam Keanu Reeves, sedap jugak Sarrah nak cuci mata tapi ni badan berlekuk, bersimpang macam…”

Sarrah tidak meneruskan ayatnya apabila mata Adam mencerlung memandangnya. Terpaksa dimatikan ayatnya tadi jika dia mahu terus hidup, sekurang – kurangnya untuk hari ni.

Sengaja Sarrah hendak mengejek Adam padahal hakikatnya, susuk tubuh Adam jauh lebih sedap untuk dipandang kalau nak dibandingkan dengan Zaid Izlan. Keanu Reeves lain ceritalah. Lan dengan Adam tu memang not anyway near to that guy.

Adam sangat rajin mengikut mamanya ke gym. Conscious sangat pasal penampilannya sampai kadang kala dirasakan mengalahkan perempuan. Mamanya pun tak macam tu rasanya.

Masalah Adam dalam penampilannya cuma satu aje. Dia ni macam bantut sedikit. Pendek la bagi seorang lelaki. Kesian kan?!

Mujur dia tu tinggi dari aku, kalau tak terus jatuh saham, sebab pendek dari perempuan. Sarrah mengomen.

Kalau tak, nak bawa dia jalan sama - sama pun malu.

“Jomlah  Sarrah, kita pergi breakfast. Panggillah Lan sekali.”

Sarrah membuat muka toya apabila nama Zaid Izlan disebut namun mukanya segera kembali normal apabila Adam memandangnya semula.

“ Nanti tolong buatkan Adam Nescafe susu ye.” Adam meminta dengan suara yang manja.

Sarrah membuat muka tiada perasaan, tak tergoda dengan lenggok manja Adam walau sedikit. Menyampah lagi ada. Dah jelak melihat perangai Adam yang mengada – ngada itu.

“Lan!!!” Sarrah menjerit tiba - tiba. Dia menjerit sekuat hati padahal bilik tempat Zaid Izlan tidur tu tak adalah jauh mana pun dengan tempat dia tengah berdiri sekarang ni. Dia memanggil Zaid Izlan, sekadar cukup syarat.

Sunyi. Tiada suara yang menyahut balas.

See, dah jerit sekuat hati pun, dia still buat tak layan! Padahal, bukannya jauh sangat sampai suara aku yang seksi ni tak sampai ke telinga dia tu! Sengaja buat tak layan! Blah lah!!! Kau malas nak layan, aku lagi tak ingin nak melayan! Huh! Sia – sia je panggil.

“Biarlah. Malas dah nak terpekik terlolong panggil dia. Kita dua cukuplah. Two is a company and three is already a crowd.” Sarrah sudah naik malas hendak memanggil Zaid Izlan. Dia tahu yang Zaid Izlan memang tidak akan menunjukkan diri selagi dia berada di sini

Adam hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak kisah. Tak apalah kalau Zaid Izlan tak join sekali pun, mungkin tak bangun tidur lagi kot.

Baru sahaja Sarrah hendak memijak anak tangga pertama, kakinya tersadung pada hujung seluarnya sendiri dan Sarrah terjatuh, bergolek. Adam yang baru berjalan untuk ke dapur berpatah balik apabila mendengar bunyi yang kuat. Dia sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia  segera menghampiri Sarrah yang telah terlentang tidak sedarkan diri di atas lantai.

“Sarrah, Sarrah. Are you okay? Answer me. Sarrah okay ke? Please, jangan takutkan Adam.” Adam menggoyang – goyangkan badan Sarrah tetapi Sarrah tidak memberi apa – apa reaksi padanya.

“ Lan!” Adam menjerit memanggil Zaid Izlan.

“Lan, tolong aku. Sarrah ni, something happened to Sarrah, tolong aku.” Adam menjerit pada Lan yang segera datang apabila namanya dipanggil.

“Sarrah, Sarrah. Wake up please. Kenapa ni? Bangunlah! Janganlah takutkan Adam! ” Adam mengoncang-goncangkan lagi bahu Sarrah yang sedang terbaring di atas lantai.

Diam. 

Sarrah mendengar suara Adam berselang-seli dengan suara Lan yang tiba-tiba muncul.

Boleh pulak kau turun ye bila Adam panggil kau. Kenapa aku panggil tadi, kau tak nak turun hah?!

Ingin sahaja dia bertanyakan semua itu pada Zaid Izlan namun pada waktu ini dia tidak mampu, tidak mempunyai tenaga untuk melakukan semua itu. Kepalanya pening,  badannya terasa pedih, seakan – akan dicucuk, pinggangnya pula dirasakan sakit yang teramat.

Suara – suara mereka yang pada mulanya kuat kini semakin lama semakin perlahan pada pendengarannya dan akhirnya suara – suara itu terus hilang, senyap. Semuanya gelap selepas itu.
SARRAH…Sarrah….are you listening?” Qistina menyentuh bahu sahabatnya itu. Entah apa yang sedang difikirkan olehnya.

Lamunan Sarrah terhadap sepupunya yang lagi seorang segera mati.

Ya Allah! Kenapalah pada saat – saat ini dia tiba – tiba teringat pada Adam Mikhail pula? Tiba – tiba sahaja fikiran dia melayang terkenangkan kejadian lima tahun dahulu walhal hatinya masih tidak tenteram memikirkan Zaid Izlan.

Tak logik betullah kau ni! Cuba bertindak ikut keadaan. Kenapa tiba – tiba Adam pulak ni?! Omel suara hati Sarrah padanya.

“Sarrah, what actually happened to Lan? And tell me again why we’re heading to hospital?” Qistina bertanya. Dia tidak senang hati melihat riak suram wajah sahabatnya itu. Dia juga runsing memikirkan kenapa Sarrah hendak berjumpa Zaid Izlan di hospital.

 Zaid Izlan sakit ke?

“Qis, kejam sangat ke aku ni? Kenapa tuhan buat aku macam ni? Kenapa Lan? Kenapa bukan aku?” Sarrah terus tersedu sedan semula. Seperti mahu histeria pun ada. Tiba – tiba sahaja air matanya tumpah lagi lebih – lebih lagi apabila mengenangkan sikapnya pada Zaid Izlan selama ini.

Hakikatnya, dia sebenarnya lebih menyenangi Adam berbanding Lan. Meskipun bertunang dengan Lan, tetapi dia masih mengenangkan Adam. Baginya, Adam adalah cinta pertamanya. Mungkin cinta monyet atau mungkin juga cinta sejati. Dia sendiri tidak pasti. Dia cuba mencari Adam dalam diri Lan. Peribadi Adam mungkin sedikit sebanyak wujud dalam diri Lan kerana mereka berdua amat rapat. Disebabkan itu jugalah dia menerima pertunangan mereka berdua.  Sarrah amat merindui kehadiran Adam. Rasa bersalah mula menghantui dirinya. Sarrah merasakan yang dia mempermainkan perasaan Lan dengan tidak berterus terang dengan Lan, mempergunakan Lan untuk kepentingan dirinya. Menggunakan Lan demi melepaskan rindunya pada Adam.

Macam mana Lan waktu dia dilanggar? Siapa yang tolong dia?

Ya Allah! Kejamnya aku. Kenapa aku sanggup buat macam itu pada dia? Macam mana kalau dia tinggalkan aku? Apa yang harus aku buat?

Sarrah menangis dengan lebih kuat. Rasa takut terus menyelubungi dirinya. Dia takut jika dia akan kehilangan Zaid Izlan.

Qistina yang melihat Sarrah yang seperti sudah hilang kawalan itu segera memberhentikan kereta di sisi jalan. Niatnya ingin menenangkan Sarrah sebelum apa-apa lebih buruk terjadi. Dia sendiri pun tidak tenang untuk meneruskan pemanduan jika Sarrah berkeadaan sebegitu.

“Sarrah, kenapa ni? Jangan buat aku takut macam ni. Kenapa? Apa jadi dengan Lan?” Qistina cuba bertanya sambil menenangkan Sarrah. Dia memeluk Sarrah seerat mungkin. Dia mahu memberikan kekuatan dirinya kepada Sarrah. Dia tidak sanggup melihat Sarrah macam ni. Ini bukan Sarrah yang dia kenal. Sarrah yang di hadapannya kini adalah Sarrah yang selalu bersembunyi di sebalik Sarrah yang ceria dan happy go lucky. Sarrah yang tidak pernah menunjukkan diri dan dia amat takut melihatkan Sarrah yang lemah dan tidak berupaya ini.

Sarrah tidak dapat lagi menahan sendu di hatinya meskipun dicuba. Dia menangis sekuat hati di pelukan Qis. Dicurahkan segala isi hatinya melalui tangisannya. Namun, rahsia hatinya itu masih tersimpan kukuh. Dia tidak bercadang untuk menceritakan pada sesiapa meskipun pada Qistina. Biarlah ia menjadi rahsia.

Setelah beberapa ketika, barulah tangisan Sarrah dapat dikawal. Emosinya juga cuba ditenangkan. Kekuatan diri dikumpul semula.

Melihat keadaan Sarrah yang sudah reda, Qistina berasa lega dan dia menyambung semula pemanduannya ke Hospital Pakar Ipoh meskipun dia masih tidak tahu tujuan mereka ke sana tapi yang pasti, ianya berkait rapat dengan Zaid Izlan.

“ Tolong drive laju sikit ye Qis, please…….” Sarrah meminta lagi kepada Qistina. Dia mahu cepat sampai ke hospital untuk melihat Zaid Izlan.

“ Sabarlah Sarrah, InsyaAllah, nanti kita sampainya sana. Tak ke mananya hospital tu. Kita ni nak sampai sana in one piece and bukan nak jadi the next guest in that hospital kan?” Qistina cuba berseloroh.

Sarrah cuma tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Qistina. Betul juga apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Kalau drive laju sangat nanti, tak pasal – pasal mereka pulak yang masuk hospital.


No comments:

Post a Comment