Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 15

BAB
15


*Sorry, Sorry…


            HAMPIR dua minggu sudah berlalu selepas kes kemalangan Zaid Izlan dan selama itulah juga Sarrah tidak berhubung dengan Zaid Izlan. Berpuluh sms dan panggilan dibuat oleh Zaid Izlan tetapi tidak juga  Sarrah diendahkan. Disebabkan berada dalam program pengajian dan tahun pengajian yang berbeza, hal ini menyukarkan lagi untuk mereka bertemu. Kalau terserempak, Sarrah akan cepat – cepat melarikan diri. Keadaan dirinya yang masih begantung pada tongkat untuk bergerak lagi menyukarkan keadaaan.
           
“ Hello? Sarrah…Sarrah, listen firstdon’t…”
           
Pup!!! Talian diputuskan. Dia reject lagi call aku. Zaid Izlan mengeluh.
           
“ Kenapa? Dia reject lagi call kau?” Fariz bertanya pada Zaid Izlan.

“ Bukan aje call, mesej aku pun dia tak pernah nak layan!”

“ Nasib badanlah brother!” Sudah berkali – kali dia melihat housematenya itu bersama – sama telefonnya, semenjak keluar dari hospital lagi. Ke mana – mana sahaja mereka pergi, dia tidak pernah berenggang dengan telefonnya. Dari lecture hall, ke lab dan sampailah ke rumah dan dari Ryzman, barulah dia tahu kisah sebenarnya. Punca sebenar Zaid Izlan ‘kemaruk’ sangat dengan telefonnya. Rupanya tengah berusaha minta diampunkan oleh tunang tersayang.
                       
Zaid Izlan hanya mampu mengeluh. Hampir semua housematenya sudah mengetahui drama sebabak yang terjadi di hospital and thanks to Ryzman for that. Dia yang menjadi perencana utama kepada drama tersebut dan dia jugalah menjadi ‘radio buruk’,menyampaikan cerita kepada semua di dalam rumahnya.
           
“ Memang padan muka kau. Siapa yang tak mengamuk kalau kena tipu macam itu. Kalau aku, silap – silap hari bulan, aku minta putus tunang.” Fariz ketawa terbahak – bahak. Hanya itu sahaja yang mampu dia buat, mentertawakan nasib Zaid Izlan. Salah dia juga. Diikutnya lagi idea gila si Ryzman. Memang cari nahaslah.
           
“ Kau ni kan. Mulut main lepas aje. Bukan nak menolong, tapi nak patahkan semangat aku aje. Dahlah, jangan kacau aku!” Zaid Izlan mula naik angin. Sensitif betul kalau – kalau bab putus tunang ini disebut. Dia mati akal. Tidak tahu hendak berbuat macam mana lagi. Memang dia akan frust gila – gila kalau tiba – tiba Sarrah minta ikatan mereka diputuskan.
           
“ Hello?” Zaid Izlan menjawab telefonnya yang tiba – tiba berbunyi. Dia amat berharap yang panggilan itu adalah dari Sarrah namun sudah tentulah mustahil.
           
“ Lan, mama ni. Lan macam mana? Dah okey? Kaki macam mana?” Puan Munirah bertanya, bertubi – tubi soalan dilontarkan. Risau di hatinya tidak pernah surut semenjak dia mendapat tahu Zaid Izlan mendapat kecelakaan, itupun selepas menyoal siasat Zaid Iskandar. Dia telah mendengar perbualan Zaid Iskandar dengan abangnya beberapa hari yang lalu. Terkejut besar dia apabila mendapat tahu tentang kemalangan yang dialami Zaid Izlan. Seperti hendak gugur sahaja jantungnya apabila mendengarnya. Marah pun ada sebab anaknya berdua itu berpakat merahsiakan hal itu dari dirinya.
           
“ Lan okey aje mama. Ini nombor siapa pulak  yang mama pakai? Lan tak kenal pun.” Zaid Izlan bertanya ibunya. Pelik kerana nombor itu tiada dalam contact numbernya. Takkan mamanya itu menukar nombornya lagi?
           
“ Ini phone adik kamulah. Phone mama kan rosak baru – baru ni. Mama hantar baiki. Sayang nak tukar baru. Kamu tak ada ke nombor dia yang ini?” Puan Munirah bertanya balik kepada anaknya.
           
“ Is ni tukar nombor lagilah ni. Tak habis – habis tukar. Menyusahkan betullah dia tu mama!” Zaid Izlan meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sikap adiknya yang suka menukar nombor telefonnya itu amat menyusahkan. Susahlah jika mahu menelefonnya adiknya itu jika berlaku apa – apa hal kecemasan nanti.

“Itulah, siapa suruh jadi kasanova sangat, semua jenis perempuan dia sapu! Lepas tu, asyik kena kacaulah jawabnya. Penyudahnya, asyik bertukar nombor.” Zaid Izlan membebel pula pasal adiknya yang seorang itu.

Perangai mereka memang amat jauh berbeza, bagaikan langit dengan bumi, jauh panggang dari api. Zaid Iskandar seperti mempunyai charm yang tersendiri terutamanya dengan kaum Hawa manakala dia pula lebih senyap. Adiknya itu mampu menarik pelbagai jenis perempuan, dari perempuan yang terlebih kain sampailah perempuan yang kainnya teramat kurang. Meskipun tidak satu pun daripada perempuan itu yang dia benar - benar berkenan tetapi tetap juga dilayan dengan penuh macho dan gentlemannya. Entah perangai macam tu dapat dari siapalah. Tiba – tiba ada gen sesat dalam badan dia tu.
           
“ Biarlah adik kamu itu. Dia dah biasa dengan cara macam itu. Selagi dia tak buat apa – apa dengan mana – mana anak dara orang, mama tak kisah. Pandai – pandailah dia settlekan masalah dia itu nanti.” Puan Munirah membalas.

“ Sekarang ini ibu nak tahu apa dah jadi dengan kamu. Dah selesai ke masalah kamu dengan Sarrah tu?”
           
“ Ini…ini Lan tengah nak settlekanlah mama,” jawab Zaid Izlan tergagap – gagap. Dia sedang membuat persediaan mental dan fizikal kerana dia tahu bahawa dia akan menerima ‘ceramah percuma’ daripada mamanya. Sekarang ini, pada bila – bila masa sahaja. Tunggu ajelah. Sikit je lagi.
           
“ Belum selesai lagi?!!” Puan Munirah sedikit menjerit namun disebabkan frekuensi suaranya yang tinggi, jeritan itu dirasakan terlalu nyaring sehingga Zaid Izlan terpaksa menjauhkan telinga daripada telefonnya.
           
“ Lan, dah nak masuk tiga minggu ni, tapi still kamu tak dapat pujuk dia? Apa kamu buat ni?” Puan Munirah menggeleng – geleng kepala mengenangkan sikap anaknya yang lambat bertindak itu. Lain benar kalau nak dibandingkan dengan anaknya yang seorang lagi tapi yang itu terlampau advanced pulak.

“Itulah, siapa suruh kamu pandai – pandai pergi perbodohkan Sarrah sampai macam itu sekali? Kalau mama kat tempat dia, mama dah cekik kamu waktu itu jugak! Inipun mama tak tengok kamu lagi sejak kamu accident. Mama suruh balik tapi kamu tak nak. Siap kamu bila balik nanti! Kenalah ubat dengan mama nanti!” Puan Munirah melepaskan amarahnya.

“ Alah mama, janganlah macam ini. Bukan Lan tak buat apa – apa nak pujuk Sarrah, tapi Sarrah tu yang susah sangat. Tiga minggu ni, macam – macam yang Lan dah buat, tapi satu apa pun dia tak layan. Ini Lan tengah try lagilah.” Zaid Izlan mengadu kepada mamanya, mengharapkan simpati mamanya. Dia amat berharap yang mamanya juga akan memahami keadaan dirinya.

Then try harder!!” Lain yang diharap, lain pula yang dia dapat.

“ Mama tak kira. Baik kamu pujuk menantu mama tu. Kalau tak, siap kamu nanti,” ugut Puan Munirah sebelum terus memutuskan talian.

“ Hello?? Hello mama??”

Aik?! Dah letak phone? Ewah...Dah maju mama ni. Macam Sarrah jugak perangainya. Bila marah aje, suka letak phone macam itu aje, buat orang termangu kat sini.
Orang perempuan memang macam ini ke? Very unpredictable yet somehow predictable jugak. Sama aje perangainya. Sikit – sikit nak hang up, sikit – sikit nak emosi, entah apa – apa aje. Huh!

And one more thing, what’s with women dengan mencekik ni? Sikit – sikit nak cekik, tak faham betul! Perempuan….Perempuan….Ada dia orang, hidup susah, tapi kalau tak ada pun susah jugak.


SUDAH kali ke berapa Zaid Izlan menelefon, dia sendiri sudah hilang kira. Mesejnya pula, bila sampai, terus sahaja dipadam tanpa membacanya terlebih dahulu. Setiap kali Zaid Izlan telefon, dia akan terus merejectnya. Sengaja dia ingin mengajar Zaid Izlan.

  Biar padan muka dia! Rasakan! Suka – suka hati aje mainkan aku! Ingat aku ni anak patung ke? Sesuki hati aje dia gula – gulakan aku. Benci!

“ Itu Lan lagi ke?” Qistina bertanya apabila mendengar telefon Sarrah yang berbunyi tadi namun hanya seketika sahaja telefon itu berbunyi. Tahulah dia yang Sarrah terus mereject panggilan tersebut dah hanya pada seorang sahaja dia akan berbuat sebegitu, iaitu pada makhluk tuhan yang bernama Zaid Izlan.

Sarrah hanya mengganguk, mengiakan sahaja pertanyaan Qistina dan meneruskan lagi pembacaannya.

“ Ya Allah, kau ini Sarrah. Sampai bila kau nak layan dia macam itu? Tak ke kau rasa kejam kalau terus – menerus buat dia macam itu? Dah macam apa aku tengok dia tu. Serabut semacam. Kesianlah sikit kat dia tu.” Qistina cuba memujuk Sarrah yang dari tadi khusyuk membelek – belek majalah Remaja yang baru dibelinya semalam.

Nampaknya kata – kata dia tadi, sedikitpun tidak diberikan perhatian oleh Sarrah. Makin asyik dia menatap majalah itu. Akibat terlalu sakit hati kerana pertanyaannya diabaikan tadi, dirampasnya majalah Remaja itu daripada tangan Sarrah.

“ Hei! Aku tengah….” Sarrah belum habis cakap lagi apabila matanya mengikut hayunan tangan Qistina yang ringan sahaja mencampakkan majalah itu ke atas mejanya.

“ Habis itu, apa yang dia buat kat aku waktu kat hospital hari itu, tak kejam ke? Senang –senang aje ke nak maafkan dia lepas dia buat aku macam tu, hah?!” Sarrah bersuara juga akhirnya sambil dia bangun dan mengambil kembali majalah kegemarannya itu.

 Tak habis – habis dengan isu Zaid Izlan! Kembang tekak aku mendengarkan nama mamat kurang sivik tu! Sakit hati! Pergi mati jelah dia tu! Kalau ada pun, asyik nak jahanamkan hidup aku. Menyampah aku dengan orang yang macam tu!

“ Itu memanglah. Aku pun akuilah yang apa yang dia buat pada kau tu memang melampau dan tak patut sangat - sangat. Tapi bukan ke orang yang patut kau marah here is Ryzman? Dia kan yang bagi idea tu pada Lan? Kalau dia tak bagi idea macam tu, takkanlah Lan tiba – tiba nak buat macam tu kat kau? Dia manalah tahu nak buat benda – benda macam ni. Jadi kat sini, kau tak bolehlah nak salahkan Lan sorang je.”

Qistina cuba membersihkan nama Zaid Izlan dengan mengaitkan nama Ryzman. Memang patut pun kalau nak libatkan mamat tu sekali dalam hal ni. Dia sebenarnya geram dengan Ryzman kerana disebabkan mamat itulah, mereka berdua ini berantakkan.

“ Okeylah, kalau kau nak maafkan Lan…”  Qistina terjeda. Tidak dihabiskan ayatnya  apabila melihat mata Sarrah tiba – tiba mencerlung ke arahnya. 

“ Okey…okey, fine. Let me rephrase apa yang aku nak cakap tadi. Maksud aku tadi, konon – kononlah kau nak maafkan dia kan, kau nak dia buat apa?” Qistina menjelaskan soalannya supaya tidak menimbulkan ‘angin monsoon’ Sarrah.

Sarrah bangun dari perbaringannya dan meletak majalahnya ke tepi. Dia tersenyum.

“ Kalau dia nak aku maafkan dia, mula – mula sekali aku nak dia melutut, ala – ala macam melamar dalam cerita orang putih tu sambil bagi aku bunga tulip putih. Kalau dia buat macam itu, lepas tu, maybe aku baru pertimbangkan untuk maafkan dia.” Sarrah cuba membayangkan Zaid Izlan berbuat begitu demi dia. Ketawa besar dia apabila imej tersebut terbentang di ruang fikirannya.

Wah….bestnya!!!

“ Ewah, dia dah kena buat macam itu, aku ingatkan kau terus maafkan tapi kena pertimbangkan lagi? Demandnya kak…. Kau ni memang dasar putus fius! Kepala otak kau tu kejam betul tau!” Qistina bertanya sambil tangannya cepat mencubit Sarrah, mengejutkan Sarrah dari angan tak jadinya itu.

“ Aduh!! Sakitlah makcik!” Sarrah menepis tangan Qistina yang mencubit lengannya itu.

“ Memanglah kena pertimbangkan. Takkan senang – senang aje nak maafkan dia macam tu je? I have to heal my wounded ego too….” Sarrah tersengih sambil tangannya menggosok – gosok lengannya yang menjadi habuan Qistina tadi.

Sebenarnya hatinya sudah pun mulai sejuk kerana usaha Zaid Izlan yang tidak putus – putus berusaha memujuk dirinya. Dia hanya ingin menunggu sedikit masa sahaja lagi. Dia juga teringin sangat hendak mengetahui keadaan kesihatan Zaid Izlan kerana sudah lama dia tidak bertanya khabar tunangnya itu tetapi kerana mahu menjaga egonya sendiri, dia pura – pura untuk tidak ambil peduli.

Sering sahaja mengelak apabila dia ternampak Zaid Izlan. Dia akan terus memalingkan muka jika dia terserempak dengan Zaid Izlan walau di mana – mana pun. Jika ada di kalangan temannya yang mula membuka cerita tentang Zaid Izlan, sengaja dia memekakkan telinga padahal dalam hatinya, dia tersangat ingin tahu akan apa yang telah terjadi pada tunangnya itu kerana hatinya juga sebenarnya telah mula terpaut kepada Zaid Izlan.

Sebenarnya tidak susah untuk menyayangi insan bernama Zaid Izlan. Dia seorang yang baik, penyabar and sometimes he can be so sweet. Sayangnya bertambah apabila dia mendapat tahu hal sebenar bagaimana Zaid Izlan kemalangan. Ryzman memberitahu segala – segalanya apabila dia datang meminta maaf kepada dirinya sekaligus meminta maaf bagi pihak Zaid Izlan juga. Tersenyum Sarrah apabila mengingati semua itu. Rasa bahagia berbunga di hatinya.

Oit kak! Jauh melancong! Sampai mana dah?” Qistina menepuk peha Sarrah, lantas mengejutkan dia dari lamunannya.

“ Apa kau cakap tadi?” Sarrah bertanya semula pada Qistina.

“ Aku cakap yang kau ni macam bagus sangat ye. Dah suruh orang buat macam – macam tapi still nak consider lepas tu….. Cerewet betullah kau ni! Mengada kau tu kalahkan anak lembu tau!”

Namun Sarrah hanya membuat muka toya. Kata – kata Qistina langusung tidak melekat di hatinya.

Qistina mengalah. Dia hanya mampu menggeleng – geleng kepala, tidak tahu apa lagi mahu dibuat dengan sahabatnya yang seorang itu. Sudah dicubit, tetapi masih boleh tersenyum seorang diri sambil tergosok – gosok lengannya itu seperti orang gila. Rasanya orang gila pun tak macam itu gamaknya. Namun, dalam pada yang sama, di dalam kepalanya, sudah terbentang plan untuk menolong Zaid Izlan. Ingin dia melihat Sarrah berdamai dan berbaik dengan Zaid Izlan. Jika tidak dapat dipujuk Sarrah, dia akan berkomplot sendirian untuk menolong Zaid Izlan. Dia akan dan mesti membantu Zaid Izlan tak kira apa yang terjadi. Dia berasa kasihan dengan Zaid Izlan yang sedang dipermainkan oleh Sarrah. Meskipun perbuatannya agak melampau tapi sepatutnya masih ada ruang untuk kemaafan dan Sarrah tidak patut terus menerus menghukumnya. Dia sebagai kawan kepada kedua mereka, merasa bertanggungjawab untuk menyatukan mereka kembali. Dia mencapai telefon bimbitnya dan segera berlalu meninggalkan Sarrah seorang diri di dalam bilik. Ada perkara yang ingin diselesaikan.



* Sorry, Sorry – Super Junior

No comments:

Post a Comment