Monday, October 18, 2010

Kisah Kasih Mutiara 1

BAB
1


            MUTIARA berdiri di hadapan rumah agam yang dirasakan begitu luar biasa besarnya itu. Dia terus menutup mulutnya yang tiba – tiba terlopong luas. Patutlah sekuriti bagai nak rak aje kat sini. Kena soal bagai apa tadi waktu kat pondok sekuriti. Sampai IC aku yang rupa zaman tok kaduk tu pun dia orang nak hold! Cet! Rasa nak terjun lombong je tadi waktu nak pas IC aku kat pakcik tu. Kalau dia gelak tadi, memang sah dia makan kasut aku tapi dia pandang pun tidak! Ambil IC aku. Lepas tu campak dalam bekas Tupperware warna purple yang ada kat atas meja dia and terus halau aku balik naik teksi semula. Okey, whateverlah anda! Malas nak layan!

            Mata Mutiara meliar semula melihat rumah – rumah yang lain yang ada di kawasan perumahan Kota Kemuning itu, lantas membuatkan dia menggeleng kepala.

“ Uish, kalaulah rumah aku besar macam ni, mahunya kena pakai golf cart nak bergerak ke sana sini. Jenuh kalau nak berjalan weyh…” Mutiara menggerutu sendiri.

            Tapi boleh ke aku nak kerja kat sini? Macam seram aje. Aiseyh! Tapi kalau tak cuba mana kau nak tahu kan? Lagipun, kau dah lama sangat menganggur. Mak kat kampung tu pun dah bising. Lepas tu, sewa rumah bulan ni pun nak kena bayar. Nak kerja kat pasaraya tu pulak, nanti kena kacau dengan mamat pyscho Harun tu lagi. Hishh…Hentam jelah labu. Cuba aje. Dapat ke tak, lain punya cerita.

   “ Tiara, relaks! Tarik nafas dalam – dalam. Kau mesti boleh! Chaiyok!” Mutiara menarik nafas sambil matanya dipejam rapat. Kononnya mahu menyedut oksigen sebanyak mungkin untuk dihantar terus ke otak, bagi fresh terus gitu. Hah, itu ajaran cikgu Daud yang ajar Sains waktu darjah enam dulu. Kalau tak percaya, cubalah buat!

            “ Erm…Cik? Cik?” Pak Samad mula menggaru kepala apabila wanita di hadapannya itu masih tidak memberikan respons setelah begitu banyak kali dipanggil. Dia melihat lagi wanita muda di hadapannya itu. Dilihatnya mata perempuan itu terkatup rapat dengan mulutnya terkumat – kamit. Hish! Tengah menurun ke apa ni?

            “ Cik!” Terpaksa juga Pak Samad menaikkan oktaf suaranya.

            “ Opocot mak engkau jatuh tergolek!” Terjerit Mutiara di situ apabila dia tiba – tiba dijerkah. Dia mengurut dadanya berulang kali sambil mengucap panjang.

            “ Kus semangat saya! Pak cik ni pun, kalau ye pun, bagilah salam ke apa. Terkejut saya dibuatnya. Mujur tak naik atas terus!”

            “ Eh, dah banyak kali pak cik panggil cik, tapi cik aje yang tak menyahut. Lepas tu, pak cik tengok cik ni dok berdiri kat situ, dengan mata tertutup, mulut dok terkumat – kamit. Apa cik tengah menurun ke?”

            “ Hish pak cik! Menurun apanya pulak. Bukannya saya ada bela jin ke apa. Erm…Pak cik tak nak bagi saya masuk ke? Panas dok berdiri lama kat luar ni.” Selamba Mutiara menuturkan kata – kata.

            “ Eh, nak masuk? Cik ni siapa dan apa urusan cik datang sini? Pak cik bukan boleh bagi sebarangan orang masuk.”

            “ Ye tak ye jugak. Hehehe…” Mutiara tersengih sekejap di situ. Suka – suka hati dia aje nak masuk rumah orang. Kau gila ke apa Tiara?! Logiklah sikit.

            “ Sebenarnya saya datang hendak berjumpa dengan dengan Puan Balqish.”

            “ Ooo, cik datang ni nak interview untuk jawatan pembantu Puan Balqish ye?”

            “ Hah, betullah tu. Ni semua sijil saya…” Mutiara mula menyelak fail ditangannya.

            “ Ni sijil SPM saya, PMR, and UPSR pun ada. Lepas tu, ni sijil saya waktu saya masuk koir sekolah dulu, ni pulak sijil waktu saya wakil sekolah untuk pertandingan tulisan cantik masa darjah enam….”

            Pak Samad sudah mahu ketawa melihat teletah Mutiara tetapi dia cepat – cepat memotong sebelum Mutiara terus melalut pasal sijil – sijilnya. “ Cik…Cik…Yang akan interview cik ada kat dalam, Puan Balqish bukan pak cik. Jadi tak perlu nak tunjuk semua ni pada pak cik.”

            “ Oh! Macam tu ek? Hehehe…” Tersengih lagi Tiara di situ. Tiara! Suka cuak tak tentu pasal! Hish!

            “ Cik ikut Ahmad ni, nanti dia tunjukkan kat mana tempat nak interview tu. Pak cik akan maklumkan pada Puan Balqish.”

            Tiara terus mengangguk faham dan pandangannya ditalakan kepada lelaki yang dipanggil Ahmad itu.

            Mudanya! Macam Acap kat kampung pulak! Tiara menggulum senyum namun Ahmad tetap dengan muka ketatnya.

            Aik, asal mamat ni? Menopause ke? Gila serius! Kita senyum stok macam model ubat gigi Darlie, dia boleh buat tak tahu pulak! Cet! Tak nak kawan!

            “ Cik, sila ikut saya!”

            Wow! Sekali suara dia macam Amitabh Bachchan laa…Macho! Aish, pejam mata, bayangkan suara dia tapi bukan dengan muka dia.  Fuyoo…Cair aku!

            “ Cik!”

            “ Ye, saya!” Tersentak Mutiara di situ apabila mendengar suara yang macho tadi bertukar menjadi keras.

            “ Boleh kita gerak sekarang?”

            “ Boleh…Boleh…Sila..Sila..!” Tiara membalas dan terus mengetuk kepalanya. Apa ni Tiara?! Sempat lagi kau berangan waktu – waktu macam ni? Fokuslah weyh!

            “ Errr…Cik?”

            Tiara terus berpaling ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil.

            “ Pertandingan tulisan cantik tu, menang ke?” Tanya Pak Samad sekadar mahu mengusik.

            “ Hehehe…Dapat nombor dua.” Tiara menjawab sambil mengangkat dua jari. Pak Samad terus mengangguk – angguk. Dia tidak dapat menahan rasa lucunya. Terburai tawanya di situ apabila melihat Mutiara. Wanita itu lain dari calon – calon yang telah datang sebelum ini. Ceria dan…Jujur. Mungkin wanita ini akan menepati kriteria yang dikehendaki Puan Balqish. Minta – mintalah macam itu kerana dia sememangnya sudah naik rimas melayan kerenah manusia yang ternyata bermacam ragam.

            “ Cik, boleh kita gerak sekarang?”

            Tiara membulatkan matanya! Dia meniup bangnya ke atas. Hish! Mamat ni memanglah! Tak menyabar. And, itu aje ke perkataan yang dia tahu sebut?! ‘ Cik, boleh kita gerak’! Ceh! Tiara mengajuk cara dan raut wajah Ahmad. Dibuatnya semua itu dihadapan Ahmad. Sengaja, namun seperti biasalah. Kalau dah dasar stone cold tu, memang stone cold jugaklah.

            “ Pak cik, saya pergi dulu. Doakan saya ye…Babai!” Tiara melambai – lambai Pak Samad yang tegak berdiri di pagar besar rumah itu dan terus mengekori langkah Ahmad selepas itu.

            Tiara berhenti seketika sambil menadah tangan. “ Ya Allah ya Tuhanku, kau permudahkanlah urusan hambaMu ini, amin!”


            MUTIARA melihat sekelilingi bilik itu sementara menunggu kedatangan Puan Balqish. Terkumpal – kampil dia apabila ditinggalkan Ahmad di bilik itu dengan segelas jus oren tadi. Hanya ekor mata Mutiara sahaja mengikut langkah Ahmad meninggalkannya dan dum! Pintu ditutup rapat. Well, apa yang kau expect, Tiara? Sesi ice breaking dengan stone cold Ahmad tu sementara menunggu Puan Balqish? Huh, fat chance! Bab kata Sheila on 7, berhenti berharaplah Tiara ooi…

“ Erm…Macam library pun ada gaya.” Ujar Mutiara setelah meneliti hiasan dalaman bilik itu. Memang semua rumah orang kaya suka buat bilik macam ni ek? Meja dengan kerusi memang stok pakai kayu habis. Kayu jatilah kot. Lepas tu rak kiri kanan penuh dengan buku. Buku apa, baca ke tidak, itu, tuhan ajelah yang tahu. Desktop pun ada, Apple lagi tu. Memang serba – serbi lawalah. Ada kelas gitu. Kalaulah mak aku dapat rumah macam ni, confirm tak nak keluar rumah sampai tujuh keturunan.

Mutiara bermain – main dengan paperweight yang berbentuk sepasang ikan lumba – lumba apabila namanya tiba – tiba dipanggil.

“ Siti Mutiara?”

“ Ooo mak engkau jatuh tergolek! Uit? Ek? Jangan! Waaa! Hah, selamat!” Paperweight di tangannya terlucut dek kerana terkejut tetapi sempat disambut sebelum menjadi habuan lantai, itupun setelah dia menjadi badut junggling balls sekejap.

“ Hehehe…” Seperti biasa, senyuman di kala waktu awkward macam ni sajalah yang mampu jadi penyelamat.

Balqish menjungkit kening kirinya sambil dia terus melangkah menghampiri Mutiara sebelum terus melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Mutiara. Tanpa berkata apa – apa, terus dia menghulurkan tangan kepada Mutiara.

Tanpa berfikir panjang, Mutiara terus memberi paperweight di tangannya itu. 

“ Bukan benda ni, fail tu.” Tukas Balqish semula. Sengaja dia membuat raut wajah serius, mahu menguji Mutiara walhal hatinya sudah mempunyai first impression yang baik terhadap Mutiara. Seperti kata Pak Mat tadi, memang Mutiara lain dari calon – calon yang datang sebelum ini.

“ Ah, ye…Ye…Fail…Fail…Nah!” Mutiara terus menekup mulut. Adeh, apa ni Tiara! Terkasar bahasa la pulak. Nah kau cakap?! Apa kau ingat dia ni member sepuluh tahun kau ke?

Namun, Balqish seperti tidak terkesan, terus menyelak helaian – helaian fail Mutiara.

Lidah Mutiara seakan diikat saat melihat Puan Balqish. Memang lain dari apa yang dibayangkan sebelum ini. Memang dia jutawan kosmetik terkenal Malaysia tetapi sikapnya yang seakan mengelak perhatian media menyebabkan dia kurang dikenali, low profile gitu. Tak macam produknya Qaseh Cosmetics tu. Mak cik Jah kat kampung aku tu pun sibuk jadi stokis.

Ingatkan rambut tu blonde kembang macam kebanyakan datin atau datuk di Malaysia ini, barang kemas maybe sampai ke lengan atau stok mahu kasi patah leher punya tapi tak. Sikit pun tak ada ciri – ciri yang disebut di atas.

Puan Balqish…Dia…Dia sangat plain, almost normal. Cuma satu je. Dia macam…Aku!

No comments:

Post a Comment