Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 2

BAB
2


Gerimis Menyinsing


TERSENYUM Sarrah apabila mengingatkan hal itu semula. Mujurlah selepas itu, seperti yang sudah disangkakan, mood Qistina sudah kembali normal.

Thank god for that sebab kalau dia buat hal lagi, memang tak tahu nak letak muka ni kat mana.

Pandangannnya beralih semula kepada suaminya yang sedang asyik bersenang lenang di atas katil.

“ Beritahulah Sarrah, macam mana abang boleh dapat tahu?” Sarrah menggoyang – goyangkan lengan suaminya. Tak mungkin dia akan melepaskan suaminya begitu sahaja.

Manalah tahu kalau si Qistina yang buka cerita. Dia tu bukannya boleh dipakai sangat janjinya.

Namun, si suami masih juga tidak mahu membuka mulut.

“ Penatlah Sarrah nak Tanya banyak kali macam ni. Beritahulah cepat…Macam mana abang tahu ni?” Ada orang beritahu ke?” Sarrah merayu – rayu lagi.

“ Eh, ada orang lain yang dah tahu ke pasal ni?” Suaminya terus membuka mulut. Pelik dengan ayat yang digunakan oleh isterinya tadi, seolah – olah ada orang lain yang tahu selain dirinya. Lagi pula, dari mana pula dia nak tahu jika tak ada orang lain yang tahu.

“ Eh…Mana ada! Mana ada!” Sarrah cepat – cepat menafikannya.

“ Abanglah orang pertama yang Sarrah nak beritahu. Yang lain tu belum lagi. Kenalah beritahu abang dulu kan…” Sarrah  menungkas lagi.

Memang betullah suaminya yang pertama diberitahutetapi Qistina orang pertama yang tahu tanpa perlu diberitahu, betullah kan? Dah dia ada sekali waktu doktor tu beritahu, so secara teknikalnya, doktor tulah yang beritahu dia, bukan aku. Betullah kan?! Sarrah cuba menjustifikasikan keadaannya, demi mengurangkan rasa bersalah yang tiba – tiba ada bersarang di hatinya.

Si suami membuat muka selamba, menerima sahaja apa  yang dikatakan oleh si isteri.

“ Hah! Jangan nak mengelak! Beritahu cepat! Mana abang tahu ni?” Sarrah terus – menerus mendesak. Pandai pulak suaminya mengubah topic.

“ Abang teka.”

Itu sahaja jawapan suaminya. Sarrah termangu sendiri.

Just as simple as that??

Mangai…Biar betul?

“ Abang teka?” Tanya Sarrah lagi, tidak percaya.

“ Tipulah. Really, beritahulah Sarrah macam mana abang tahu?” Sarrah terus mendesak. Dia tidak puas hati.

Takkan main serkap jarang je kot? Terror benar laki aku ni. Bila masa pulak jadi nujum pak belalang ni?

Dia nak tahu jugak. Kalau Qistina yang membocorkan rahsia, siaplah dia pagi esok. Tahulah dia nak buat apa dengan minah sorang tu. Memang tak boleh simpan rahsia langsung!

“ Semalam waktu abang peluk Sarrah, abang rasa bahagian perut bawah Sarrah keras semacam and kulit saying jadi macam tegang gitu. Then, that idea of you being pregnant just appeared. Like that!” Jawab si suami lagi sambil memetik jari. Berusaha dia menahan dirinya dari terlepas tawa.

Ewah, pandai aje aku kelentong bini aku ni, elok – elok aje bendi ni keluar dari mulut aku. Entah dia percaya ke tidak tapi nak buat macam mana, memang aku teka pun. Manalah tahu dia terus mengiakan. Rasa terkejut sampai nak tergolek  tadi, tapi kena cool beb.

Kalau tak…

Hish…Tak sanggup aku nak bayangkan apa yang dia akan buat. Bukan boleh kira sangat isterinya yang sorang ni. Macam – macam yang boleh die lakukan jika dia mula hilang kawalan.

Air muka Sarrah masih penuh dengan tanda Tanya. Kepalanya ligat, cuba menafsir apa yang baru didengarinya tadi.

“ Sarrah pun, waktu abang peluk Sarrah, Sarrah tak sedar pun. Tidur mati. Letih sangat agaknya. Mujur abang yang peluk kan, kalau hantu yang peluk macam mana?” sang suami cuba lagi mengusik, mengalih topic, mengelak daripada menjawab pertanyaan isterinya.

Sarrah terus mencubit peha suaminya itu..

Sarrah naik geram. Lain yang ditanya tetapi lain pula yang dijawab. Nak mengelaklah tu. Pandai!

Sarrah menjeling lagi.

“ Abang just came with that hypothesis. Really. So, pagi ni abang cakaplah. Mana tahu Sarrah terus mengiakan. Abang teka aje, betul!” Suaminya masih lagi berusaha menyakinkan Sarrah dengan ceritanya. Dia memang hanya serkap jarang sahaja tadi tetapi serkapannya ternyata mengena apabila isterinya terus mengiakannya tadi.

Erm…very scientific and very specific.” Sarrah menjungkit – jungkitkan keningnya.

Suaminya hanya menjungkitkan bahu sambil terus mengangguk – anggukkan kepala.

Hypothesis??! Erm… Impressive!” Sarrah meyindir lagi suaminya itu.

Takkanlah macam itu sahaja suaminya dapat meneka keadaan sebenar dirinya. Namun dia tidak menafikannya. Memang sejak kebelakangan ini dia sering sahaja letih dan perkara yang sering muncul dalam kepalanya adalah katil. Tidur siang menjadi tabiatnya sekarang. Tidur pada waktu malam lagilah, memang tidur mati. Tak sedar pun apa yang terjadi di sekelilingnya. Tapi takkanlah dah ada perubahan yang ketara pada fizikalnya? Baru je masuk sebulan kot. Argh! Apa – apa ajelah! Tak kuasa aku nak fakir lebih – lebih pulak! Buat serabut kepala aje.

“ Kalau tak silap Sarrahlah kan, Sarrah rasa abng ni kerja sebagai jurutera. Kawan – kawan abang yang Sarrah kenal pun sama spesies macam abang jugak, the engineers. Sarrah tak tahu pulak yang abang boleh buat part time as medical officer kat sana. Takkan macam itu aje abang dah tahu?” Sarrah menyoal balik sambil diselitkan perlian kepada suaminya itu.

Suaminya masih lagi tersenyum. Dibiarkan Sarrah dengan apa sahaja yang mahu dikatakan.

“ Betul ke ni?” Tanya Sarrah lagi.

“ Really? Just by a few changes of my physical? Hebat pulak suami Sarrah ni ek.” Sarrah menyindir lagi suaminya. Dia sedikit terkejut dan masih tidak percaya yang suaminya hanya meneka sahaja.

Sarrah mencerlung tajam memandang suaminya yang kali ini berpura – pura membelek novel yang dibacanya tadi.

Novel di tangan terus dicampak ke tepi bila melihat Sarrah semakin menghampirinya.

“ Sarrah jangan tak tahu pulak, abang ni kan pelajar terbaik Biologi waktu kat sekolah dulu and almost all the details about pregnancy and hal – hal perempuan itu abang still ingat tau. At the very tip of my fingers! Everything!” Suaminya masih lagi mahu menabur cerita dongengnya.

“ Cuma abang lagi minat engineering dari medic, jadi sebab itulah abang jadi engineer bukan doktor tapi abang rasa abang boleh jadi a very good doctor. A very good gynaecologist.  Nasib baik abang jadi jurutera kan? Tak adalah Sarrah nak risau kalau – kalau ada orang nak mengurat abang.” Suaminya mengusik lagi.

Sarrah mencemik. Poyo!

“ Alah, pandailah abang bagi alasan ye.” Sarrah mencubit lengan suaminya itu tetapi kali ini dengan lebih kuat. Geram sangat.

Guys are very good at talking! Menyampah betul!

“ Orang lelaki memang macam tu, gatal. Kalau bab – bab yang itu, memang budak laki jadi terror semacam. Tiba – tiba jadi gifted, genius. Kalau Tanya pasal fotosintesis ke, pembiakkan tumbuhan ke, mesti semua orang diam. Tiba – tiba semua tunduk kepala, tak berani angkat muka sebab takut kena soal. Entah apa – apa aje!” sarrah membidas kembali.

Sarrah mengimbau kembali zaman persekolahannya dahulu. Memang itulah yang terjadi. Teringat pula satu soalan yang pernah diberi kepada mereka di dalam kelas dahulu. Soalan tentang kitar haid diberi oleh Puan Zaiton, guru Biologi mereka untuk dijawab. Mereka disuruh mengira tarikh haidnya yang seterusnya berdasarkan tarikh haid yang diberi.

Sedangkan mereka yang perempuan masih lagi terkial – kial mengira, classmates lelakinya pula sudah ramai mengangkat tangan ingin menjawab dan ternyata jawapan yang mereka berikan memang betul.

Kalau difikirkan balik, memanglah soalan itu macam senang aje sebab masa SPM boleh aje jawab tetapi kenapa budak – budak lelaki lebih cepat mengira dari mereka?

Amazing kan?!

Patutlah lagi ramai lelaki daripada perempuan yang jadi doktor sakit puan kat Malaysia ni.

Suaminya turut tersenyum. Betul apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Situasi yang sama juga berlaku di sekolahnya dahulu dan dia juga salah satu daripada golongan yang tiba – tiba muncul sabagai top student dalam subjek Biologi, padahal subjek itu bukanlah subjek kegemarannya pun. 

Memang pelajar perempuan yang selalu score dalam subjek tu. Subjek Biologi tu subjek yang kena banyak membaca, memang budak perempuanlah yang lagi pandai Cuma apabila sampai kepada bab pembiakan manusia itu sahaja, mereka menjadi begitu berminat, sangat berminat dan sekaligus dapat score, dan kalahkan semua budak perempuan. Seronok woo

“ Apa – apalah saying. Tak kisahlah apa yang jadi dulu, tapi apa yang abang cakapkan tadi Sarrah mesti ingat sampai bila – bila, sampai abang tak ada pun Sarrah kena ingat jugak!”

Sarrah ketawa mendengarkan nada suaminya yang tiba – tiba serius dan tegas itu.

“ Eh, ketawa pulak dia.”

Tawa Sarrah semakin kuat melihatkan riak wajah suaminya. Masih juga serius.

Tiba – tib aje tukar mood. Apa hal pulak ni?

“ Abang betul – betul ni tau. Sarrah jangan lupa pulak.” Suaminya bertegas semula apabila melihatkan isterinya masih  lagi ketawa sakan tidak mengambil serius sahaja dengan pesanannya yang diberikan tadi.

“ Sarrah mesti janji dengan abang. Janji yang Sarrah takkan sesekali melupakan pesanan abang ni. Anak inilah satu – satunya tanda yang abang akan tinggal untuk Sarrah bila abang dah tiada nanti.” Suaminya bercakap lagi sambil tangannya melekap, dan mengusap – usap perut Sarrah. Dia berbahagia dengan kurniaan tuhan pada dirinya dan isteri namun dia sendiri masih tidak pasti sama ada dia akan mendapat peluang untuk menatap wajah anaknya itu nanti. Entah mengapa hatinya seakan – akan sering mendesak diri dan fikirannya dengan pertanyaan – pertanyaan yang sedemikian rupa.

Adakah sempat  untuk dirinya untuk menatap wajah anaknya itu nanti? Adakah sempat untuk dia memegang anaknya itu nanti.

Entahlah, dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan – soalan yang sering menujah benaknya sejak kebelakangan ini.

“ Apa – apalah abang saying ooii…Kalau – kalau Sarrah lupa nanti, abang kan selalu ada untuk ingatkan semua ini pada Sarrah, sama – samalah kita besarkan anak kita ini nanti.” Sarrah mencuit manja hidung suamiya. Di dalam hati dia berdoa agar bahagia ini tidak hanya dating untuk sekejap sahaja. Dia mahu mereka hidup seperti ini untuk selama – lamanya, sehingga ke akhir hayat.

Meskipun kelakuan suaminya pada kebelakangan ini dirasakan pelik tetapi rasa gusar it uterus dibuang jauh – jauh. Tidak mahu memikirkan perkara yang bukan – bukan. Mungkin suaminya ini terlalu merindui dirinya menyebabkan dia berkelakuan seperti ini sekarang,  manja dan menarik semacam namun Sarrah amat menyukai perubahan suaminya ini.

Mereka berdua beriringan ke balkoni bilik mereka. Hujung minggu ini mereka akan menghabiskan masa di rumah mereka di Pahang bersama – sama ibu, baba, abang Naym dan juga kak Iman. Tak lupa juga dengan Balqis Batrisya, anak saudaranya itu.

Mungkin mama dan is juga akan ikut serta jika mereka ada kelapangan. Cadangnya mereka mahu bercuti ke Cherating kerana mereka semua memang sudah terlalu lama tidak berkumpul beramai – ramai dan ini adalah masa yang terbaik untuk Sarrah memberitahu pada seluruh ahli keluarga tentang berita kehamilannya itu.


“ SEKARANG abang dah tak ada. Abang tinggalkan sarrah. Abang dah pergi.” Matanya mula bergenang lagi apabila mengingatkan saat – saat mereka bersama buat kali terakhir itu.

Itulah kali terakhir mereka bertemu muka dan tidak disangka juga itulah juga kali yang penghabisan. Helikopter yang membawa suaminya dan beberapa lagi juruteknik terhempas sejurus sahaja berlepas dari pelantar mereka di Miri. Masalah teknikal dikatakan punca utama nahas yang menimpa suaminya itu.

Sememangnya, Sarrah hilang punca setelah pemergian suaminya itu. Terasa seakan kehidupan ini langsung tidak berlaku adil kepada dirinya namun kudrat kecil yang ada pada dirinya itu tetap digagahkan juga demi anak dalam kandungannya itu. Itulah tanda cinta yang ditinggalkan suaminya buat dirinya. Meskipun hanya sedikit kenangan manis yang tercipta antara mereka, kenangan yang sedikit itulah yang terus tersemat kukuh di hatinya buat selama – lamanya, tidak akan dilupakan sama sekali.

Hatinya masih merintih mengenangkan semua itu.

“ Sarrah akan ingat segala pesanan abang. Sarrah janji Sarrah akan jaga diri Sarrah dan anak kita dengan baik. Sarrah akan jaga kenangan abang ini dengan baik.” Sarrah memegang perutnya.

“ Pergilah abang bersemadi dengan aman. Sarrah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abang di sana. Sarrah janji Sarrah akan teruskan hidup ini demi anak kita. Assalamualaikum.”

Sarrah menghidupkan enjin keretanya dan terus memandu, berlalu pergi dari tanah perkuburan itu yang satu hari nanti juga akan turut menyambut kedatangan dirinya. Dia sedar yang kehidupan ini hanya sementara. Pemergian suaminya adalah bukti yang maut tuhan itu tidak mengenal usia. Jika sudah tiba masanya, tiada apa yang mampu menghalang. Bahagia dirinya juga hanya singgah buat sementara waktu sahaja namun dia redha.

Nekadnya kini hanyalah mahu menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sebaik mungkin. Pesanan suaminya akan dijunjung dan tidak sesekali akan dilupakan. Anaknya itu sahajalah kekuatan dirinya yang tinggal kini. Dia akan meneruskan kehidupan ini demi anaknya itu.

No comments:

Post a Comment