Tuesday, October 19, 2010

Cinta Bertandang Lagi 16

BAB 
16
Aku Cinta Padamu…


            Berulang kali ku mencuba memujuk dirimu
            Cuba menjernihkan
            Pertelingkahan antara kita berdua
            Kau hilang dan terus membisu
            Memikirkan cara nak menghukum aku
            Atas kesilapanku menduakan dirimu
            Maafkan aku…

Ditutup terus radio keretanya.

Sengal! Macam tak ada lagu lain je nak dimainkan. Terasa aku. Macam betul – betul nak memerli aku aje.

Janjiku, lagu nyanyian kumpulan Sofaz tiba – tiba begitu memberi kesan pada dirinya. Itu yang dapat dirasakan. Alangkah mudah dan bahagia kehidupan dirinya jika Sarrah terus memaafkan kesalahannya selepas mendengarkan lagu ini tetapi Sarrah tetap Sarrah, keras hati semacam, tidak semudah itu memuntahkan kata – kata maaf. Dia sudah buntu. Bejat kepalanya memikirkan cara apa lagi yang harus dan perlu dia lakukan untuk memujuk Sarrah.

Perkara yang dilakukan memanglah melampau tapi bukanlah dia bermain kayu tiga atau curang sehingga perlu untuk Sarrah marah sebegini rupa. Hampir sebulan telah berlalu namun Sarrah masih tidak lagi mengendahkan panggilan mahupun mesej – mesej yang diberi. Tidak faham akan apa kehendak atau kemahuan sebenar Sarrah.

Namun, dia tidak boleh berputus asa. Walau apa pun yang terjadi, dia harus bersemuka dengan Sarrah. Selain ingin menjernihkan keadaan antara mereka, pertemuan itu juga penting bagi dirinya. Jika tidak, mahu dia menjadi gila, kerana asyik terbeban dengan hal ini.


SARRAH pelik. Hatinya gundah. Mungkin juga  rindu adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan isi hatinya pada ketika ini. Sudah tiga hari dia tidak menerima panggilan mahupun mesej – mesej dari Zaid Izlan. Dia sudah terbiasa dengan habit dirinya menerima mesej dari Lan tapi terus aje delete dan menerima panggilan dari Lan tetapi terus reject. Hakikatnya, dia memang tertunggu – tunggu akan panggilan dari Zaid Izlan. Namun, kerana ego dirinya, dia masih tidak mahu bercakap dengan Zaid Izlan. Kadang – kadang dia merasakan diri dia seperti keanak – anakan kerana bersikap demikian  tetapi dia hanya mahu menguji sejauh mana Zaid Izlan akan berusaha untuk memujuk dirinya.

Tiga hari berlalu sepi tanpa gangguan daripada Zaid Izlan yang dinanti oleh Sarrah. Sudah berputus asa ke Zaid Izlan terhadap dirinya?


WHAT do you think you’ re doing? Let me go!! Sarrah meronta sambil cuba menarik tangannya namun tidak juga dapat lepas. Pegangan lelaki itu sungguh kejap. Kudratnya yang tak seberapa itu tidak mampu melawan.

“Sakitlah!! Lepas boleh tak?!” Tiada balasan. Lelaki itu tidak juga mempedulikan permintaannya.

Oit!! Awak ni tak faham bahasa ke, hah?! Orang cakap lepas, lepaslah!” Sarrah menjerit lagi, minta dilepaskan.

 Walau apa sahaja usaha yang dilakukan untuk melepaskan diri namun mamat di hadapannya ini tetap juga berjalan terus tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
           
“ Masuk.” Suara manusia yang mengheretnya tadi memberi arahan sambil pintu kereta dibuka untuknya.
           
“ Kalau ye pun nak suruh orang masuk, lepaslah tangan awak tu dulu!” Sarrah mendengus sambil menarik tangannya dengan kasar sejurus sahaja tangan yang memegangnya tadi mulai melonggar.

Tak ada sivik betul! Macam orang tinggal dalam hutan aje! Suruh orang masuk tapi tangan tak nak lepas. Dahlah heret anak dara orang macam anak kerbau, nanti report dekat baba, baru tahu! Baru padan muka! 

Huh! Sengal! Benci!
           

            “ SARRAH, cuba tengok siapa tu.” Qistina menghalakan jarinya ke arah meja sekuriti yang terletak di tengah – tengah di antara Chancellor Hall dengan IRC. Sarrah dan Airiel pun terus mengalihkan pandangan mereka ke arah yang  ditunjuk Qistina namun mereka berbalas pandangan sesama sendiri pula selepas itu. Rasanya tiada apa – apa yang menarik pun di situ.
           
“ Kenapanya? Ada siapa kat situ? Ada Yusry KRU ke?” Sarrah menggaru kepalanya, bingung dengan apa yang cuba disampaikan oleh Qistina.
           
Mata Sarrah meliar lagi, cuba mencari kalau – kalau ada selebriti di kalangan mereka sehingga Qistina beria – ria menyuruh dia mencari.
Boleh jadi juga kalau Yusry KRU yang datang sebab memang mamat tu pernah datang sini dulu. Manalah tahu kalau dia tiba – tiba nak buat lawatan muhibbah lagi sekali. Untung – untung kali ni bolehlah minta autograph dan ambil gambar dengan dia sekali.

“ Aku tengok ada beberapa orang mamat je kat situ. Apa yang specialnya?” Sarrah masih tidak dapat menangkap akan apa atau siapa yang Qistina cuba tunjukkan. Telah pun dia membesarkan biji matanya untuk cuba mencari namun dia masih tidak tahu akan apa yang perlu dicarinya. Satu perkara yang pasti,Yusry KRU memang tak ada di situ, jadi siapa yang harus dilihatnya?
           
“ Itu, yang pakai t-shirt pink yang berdiri sebelah pakcik guard tu. Cuba tengok betul –betul, takkan kau tak kenal kot?” Qistina menerangkan ciri – ciri akan orang yang dimaksudkan.

Panjang leher Sarrah dan Airiel, cuba mencari wajah dan rupa manusia yang dikatakan oleh Sarrah.

Siapalah orangnya ni, menyusahkan betullah! Orang dah lapar ni tapi nak kena cari pulak! Hish….Lepas tu ada ke patut pakai baju pink?! Orang lelaki pakai baju pink?! Duhhh….. LAME!

Kalau rupa macam Lee Dong Wok, tak apa, aku boleh jugak terima kau pakai baju pink, tapi kalau rupa macam Amitabh Bachchan, memang siaplah kau! Menyusahkan betul!

Sarrah mengomel di dalam hati dengan matanya yang masih meliar mencari siapa gerangan yang berbaju pink.
           
 What the?! Bulat mata Sarrah melihat pemandangan di hadapannya.

 Mamat tu tengah bergerak ke sini dan aku memang tak nak jumpa dia!!! Not now or ever       !  Alamak! Time to cabut!

Jom balik!” Sarrah terus menarik tangan Qistina dan berjalan ke arah yang bertentangan dengan jalan yang sepatutnya mereka ambil.
           
Oit!! Nak pergi mana tu? Kereta aku dekat sinilah.” Airiel menjerit namun Sarrah terus menonong ke hadapan dengan tangannya masih menarik sekali Qistina bersamanya.

Tiada pilihan, Airiel terpaksalah mengikut Sarrah dan Qistina.
           
Sarrah nampak akan siapa yang Qistina cuba tunjukkan. Zaid Izlan! What a very pleasant surprise! Disebabkan itu, dia segera mahu cabut dari situ tetapi sebenarnya dia ingin sangat Zaid Izlan ada di belakang mengejarnya.
Hipokrit? Memang aku hipokrit!

Sarrah hendak menoleh sekali lagi namun pertimbangan akal warasnya menghalang dia dari berbuat demikian.

 Datanglah. Please come for me. Takkan Sarrah yang nak pergi pada Lan kot. Please, datang.

Sarrah meminta – minta di dalam hatinya. Dirasakan dirinya tersangat poyo pada ketika ini  tapi peduli apa, maruah tetap mahu dijaga tapi rasa hati ini juga harus diberi perhatian yang sewajarnya.

 Malulah kalau dia yang selama ini membentak – bentak marahkan Zaid Izlan dan tiba – tiba pula sekarang dia yang mengalah. Lagipun, Zaid Izlan is the first one to be blame for all this mess. Kalau dia tak kenakan aku dulu, tak adalah aku nak buat perangai macam ni. Sarrah masih tetap membela dirinya sendiri.

Tiba – tiba tangan kirinya yang membawa beberapa buku disentap dari belakang. Bertaburan bukunya di atas lantai. Ouch! Sakitnya! Dia menjerit di dalam hati. Kepalanya mula berasap. “ Ini memang dah melampau! Sakitlah mangkuk!” Sarrah seolah – olah mahu menjerit di situ.

Bulat mata Zaid Izlan apabila mendengar pangkat baru yang diberikan Sarrah padanya. “ Panggil aku mangkuk?! Suka hati kau aje kan! Dahlah buat aku tunggu lama – lama. Sekarang ni aku tak kira! Kau kena ikut aku jugak! Settle semua benda malam ni jugak!”

Sarrah terpempan. Tidak pernah dia melihat rupa Zaid Izlan yang ini. Dia mengalih pandangannya semula pada Qistina dan Airiel namun kedua mereka laju sahaja menjungkitkan bahu.

Don’t worry pasal buku – buku kau ni. Aku bawa balik nanti bila aku balik dari makan dengan Airiel and one more thing, good luck my dear!! Have fun!” Qistina sempat melaung kepada Sarrah. Hanya sayup – sayup sahaja kedengaran pada telinga Sarrah namun dia masih dapat menangkap bait – baitnya..

Tak boleh pakai punya kawan! Aku dah macam ni pun, dia boleh buat tak tahu lagi. Buku tu lagi penting ke dari kawan kau orang ni?!

Sarrah menjerit di dalam hati. Malu pula jika dia mahu menjerit betul - betul di sini kerana sudah pastinya nanti akan mengundang mata – mata melihat ke arah mereka. Lagipun, bukan keadaannya darurat sangat.  Meskipun begitu, dia sebenarnya suka dan sangat gembira kerana manusia di hadapannya ini datang mengambil dirinya. Hehehhee…. Tapi, Qis dengan Airiel memang tak boleh pakai! Tak boleh harap betul! Siaplah dua – dua nanti bila aku jumpa. Eeii…Geramnya!!
“ KITA  pergi makan nak?” Zaid Izlan akhirnya membuka mulut. Dilihatnya Sarrah masih memegang sambil menggosok – gosok pergelangan tangan kirinya. Tempat itu nampak merah. Mungkin dia telah menarik Sarrah dengan agak kuat tadi.

“ Sakit lagi ke?” Tergagap – gagap soalan itu dilontarkan. Rasa bersalah mula menyelinap ke dalam dirinya.

“ Tak adalah. Sedap sangat. Lain kali nak buat apa pulak?! Dulu buat dahi Sarrah, lepas tu tangan, nanti nak buat apa pulak?!!” Sarrah menempelak Zaid Izlan. Amarah yang ditahan dari tadi dihambur keluar.
           
“ Lan suka buat Sarrah marah kan? Lan buat Sarrah risau. Lan buat Sarrah rimas! Lan buat Sarrah tertunggu – tunggu!” Sarrah seperti hilang pertimbangan.

“ Sarrah tak sukalah Lan buat Sarrah macam ni! Lan ingat Sarrah ni apa?! Sarrah tak senang hati waktu dapat tahu Lan kemalangan. Jantung Sarrah rasa macam kena rentap tapi bila Sarrah sampai, Lan tipu Sarrah pulak. Sarrah sedih sangat tau! Sedih!” Sarrah meluahkan segala yang terbuku di dalam hati. Risaunya, marahnya dan segala – segalanya.

“ Apa yang Lan nak Sarrah buat?! Sarrah penat dengan segala macam perangai Lan ni. Lan ingat Sarrah suka ke buat Lan macam tu? Ignoring your messages and all your calls?!” Sarrah tidak dapat menahan rasa hati. Air mata mula merembes keluar.

“ Do you actually believe that I’m mad at you?! And for that long?! God…you’re such… Urghh….” Sarrah tidak dapat meneruskan kata – katanya kerana terlalu geram dengan Zaid Izlan yang terlalu lurus bendul itu.
           
“ Sarrah benci Lan sebab buat Sarrah jadi macam ni…”

Zaid Izlan terus menekan brek dan memberhentikan kereta. Dia membawa Sarrah keluar dari keretanya. Sempat dia melilau melihat sekeliling tetapi dia sendiri juga kurang pasti di mana mereka berada tetapi dia tidak peduli. Hal ini perlu diselesaikan sekarang juga. Tempat dan masa tidak lagi menjadi faktor utama yang perlu diberi perhatian.
           
Sarrah masih tersedu – sedan. Entah mengapa dia menjadi begitu cengeng pada malam itu.  

Zaid Izlan terkedu melihat reaksi mendadak Sarrah. Reaksi yang tidak sama sekali dijangka. Namun, di hatinya bercambah bunga - bunga harapan yang telah lama dinantinya. Reaksi Sarrah ini menunjukkan bahawa di hati Sarrah, he is someone and he has a special place in her heart.

  Air mata Sarrah tiba – tiba kering melihatkan apa yang ada di hadapannya sekarang. Zaid Izlan melutut di hadapannnya, with a bouquet of white tulips!! Wah! Macam mimpi!
           
“ Sarrah, first sekali abang nak minta maaf atas apa yang abang telah lakukan pada Sarrah. I’m very sorry. Really sorry. Please, jangan nangis sayang. Abang tak suka tengok Sarrah menangis macam ni. It makes me sad too.”

Sarrah terkedu! Air matanya pun terus dirasakan kering! Sarrah serta – merta berhenti menangis.

 Abang?!! Dia gelarkan diri dia abang?!! Romantiknya… Ngee…tapi kenapa satu badan  ni meremang pulak?? Eihhh…geli! Tolong!!!

 Sarrah menggosok – gosok badannya. Kedinginan malam mula menyengat dirinya. Tidak tahu sama ada badannya memang meremang kerana kesejukkan malam  ataupun disebabkan oleh ayat – ayat bunga  Zaid Izlan.
           
“ Sarrah, will you marry me?”
           
 Sarrah terpempan. Hendak tumbang sahaja rasanya, tetapi mujur dia masih lagi bertapak pada bumi yang nyata.  Biar betul?! Dia tidak menyangka soalan itu pula yang akan keluar. Apa nak buat ni?! Somebody?!! Need some help here!!! Sarrah terus kaku di tempatnya.
           
Erm… Sarrah, jawablah cepat. Lutut abang ni dah mula sakit.” Zaid Izlan mengadu sambil membaiki posisi dia melutut. Sudah lama dia melutut, dari mukadimah berbunga – bunga sehinggalah soalan kahwin tu keluar. Lututnya sudah kematu dan sakit. Seluarnya juga sudah basah, terkena embun malam.
           
“ La…Kalau dah sakit, bangun ajelah. Lagipun,  Sarrah tak suruh pun Lan melutut.” Sarrah cuba beriak selamba, mahu menghilangkan getaran di hatinya juga.

Zaid Izlan mengeluh panjang sambil menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Tapi, apa jawapan Sarrah?” Zaid Izlan bertanya lagi. Dia ingin tahu kata putus Sarrah pada masa itu juga. Dia tidak peduli. Dia harus tahu pada malam itu juga.
           
“ Abang takkan bangun kalau Sarrah tak cakap ya.”  Zaid Izlan menambah lagi. Dia benar – benar berharap jawapan yang akan diucapkan oleh Sarrah adalah jawapan yang dia nanti – nantikan.
           
Sarrah tidak dapat lagi menahan perasaan. Hatinya berbunga bahagia. Hanya satu nama yang telah bertakhta di hatinya sekarang.  Zaid Izlan Azlan, you’re are the one! 

Sarrah malu – malu mengangguk. Dia setuju menerima lamaran Zaid Izlan. Lagipun, dia memang tunang kepada lelaki ini, maka sudah tentulah lelaki ini juga yang akan dikahwininya nanti.
“ Betul ni?” Zaid Izlan bertanya lagi, meminta kepastian. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, mungkin itu permainan matanya jadi dia ingin mendengar Sarrah meluahkan sendiri. Dia ingin mendengar suara Sarrah.

            “ Ya, betul. Sarrah terima.” Sarrah akhirnya menjawab pertanyaan Zaid Izlan sambil mengambil bunga tulip putih yang sekian lama dipegang oleh Zaid Izlan. Macam dalam mimpi sahaja. Apa yang diimpikan, itulah yang terjadi.
           
Zaid Izlan segera bangun dan memeluk Sarrah. Terlalu gembira. Dia tidak menyangka yang Sarrah akan bersetuju untuk menjadi miliknya. Milik mutlak dirinya tidak lama lagi.Tidak akan dia melepaskan Sarrah walau apa pun yang terjadi.

 Sarrah terkejut dengan tindakan drastik Zaid Izlan. Sudahlah mereka berada entah di mana, malam pula tu. Sarrah tidak selesa dengan keadaan mereka yang berpelukan itu.
           
“ Lan, can you please let me go? It’s really not a very comfortable position, lagi – lagi kita kat tempat yang macam ni,” pinta Sarrah dengan nada suara yang menggeletar. Takut pula dengan kelakuan Zaid Izlan.
           
Oops!! Sorry. Excited pulak! Hehehhehe……” Zaid Izlan tertawa kecil, kekok sahaja bunyi tawanya itu kerana dia cuba untuk menghilangkan rasa cuak di hatinya apabila mengingatkan kelakuannya yang tadi itu.

Sarrah memandang Zaid Izlan dengan raut wajah yang tidak puas hati. “ Sengaja ambil kesempatan pulak kan?”

“ Eh tak! Betul! Abang mintak maaf!” Zaid Izlan mengangkat kedua belah tangannya dan terus menjarakkan dirinya dengan Sarrah.

“ Abang tak ada niat nak buat apa – apa pun pada Sarrah. Really sorry! ‘Terlajak’ sekejap tadi sebab happy sangat.” Zaid Izlan terkulat – kulat, sambil menggaru – garu kepalanya, malu dengan perbuatannya sendiri.
           
  Sarrah hanya tersenyum sambil mengangguk. Dia menggetap bibirnya. Dia tidak tahu hendak berkata apa dalam situasi mereka sekarang. Kekok sangat dirasakannya.

“ Lan, kita pergi makan nak tak? Sarrah lapar sangat ni.” Sarrah membuang semua perasaan malu dan mengajak Zaid Izlan makan. Dia rasa dia yang harus bertindak terlebih dahulu. Kalau hendak ditunggukan Zaid Izlan, berzamanlah jawabnya. Mesti dah habis melayang semangat dia waktu purpose tadi, jadi Sarah yang harus memulakan langkah. Lagi pula, perutnya sudah berdondang sayang minta diisi. Kalau nak diambil kira perasaan malu, jawabnya, berlaparlah dia malam ini.

“ Boleh juga, abang pun dah lapar ni. Jom.” Zaid Izlan mengajak Sarrah dengan dia membukakan pintu kereta untuk Sarrah seperti seorang lelaki budiman.
“ Sarrah, boleh tak abang nak minta satu benda?” Radio segera diperlahankan supaya perbualan mereka tidak terganggu.
           
“ Lan nak minta apa?” Tanya Sarrah semula dengan suara yang paling lembut pernah dia keluarkan.

Ngee…Kalau Qis dengan Airiel dengar suara aku macam ni gaya, mahunya setahun aku kena bahan!
           
“ Boleh tak kalau abang nak dengar Sarrah panggil abang dengan panggilan abang?” pinta Zaid Izlan, lembut.
           
“ Abang?” Perkataan itu akhirnya muntah dari mulut Sarrah.

Ya Allah! Rasa lidah macam nak tergeliat aje. Lama – lama macam ni, boleh patah lidah aku biarpun lidah ini tak ada tulang. Damn! Sarrah melawak di dalam hati. Pelik pulak rasanya hendak membahasakan Zaid Izlan sebagai abang. Serius! Kelakar sangatlah! Tak sesuai langsung!
           
Sounds nice bila perkataan tu keluar dari mulut Sarrah. Hopefully it stays.” Zaid Izlan tersenyum memandang Sarrah. Sarrah pula tertunduk malu. Pandangannya kini tertumpu pada tulip putih di atas ribanya, tidak berani bertentang mata dengan Zaid Izlan.
           
Mereka sampai ke tempat yang dituju, Restoran Selasih. Tempat itu baru bagi Sarrah tetapi tidak bagi Zaid Izlan. Di sinilah tempat dia dan kawan – kawannya suka lepak sambil menonton siaran langsung EPL saban malam.

Meskipun lapar, Sarrah tidak terasa hendak makan pula. Makanan di hadapannya yang dipesan tadi tidak lagi dapat menarik seleranya. Seleranya mati. Perutnya memulas. Entah mengapa, dia begitu berdebar – debar padahal Zaid Izlan berlagak biasa sahaja. Zaid Izlan yang banyak bercakap sementara dia pula lebih selesa menjadi pendengar.    Mereka pulang semula ke kampus ketika jam sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi.

“ Sarrah, thank you for this lovely night.” Zaid Izlan tersenyum manis sambil memandang Sarrah.

Sarrah hanya menggangguk dan menghadiahkan senyuman sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

            “ Love you sayang!” Sarrah sempat menangkap bait – bait terakhir yang Zaid Izlan cuba sampaikan sebelum keretanya terus memecut meninggalkan kawasan blok apartment Sarrah.

Sarrah tersenyum sendirian. Rasa bahagia terus berbunga di hati. Dia melihat kereta Zaid Izlan berlalu.
I love you too.” Tetapi kata – kata itu hanya Sarrah sahaja dengari. Tidak mungkin secepat itu ingin dia melafazkan di hadapan Zaid Izlan.

“ I love you?! Mujur kau tak cakap depan dia tadi kan?!” Satu suara bergema di benak Sarrah.

Of course! Gila ke nak cakap kat dia?! Malu la beb!” Satu suara yang lain pula menjawab.

Tiba – tiba ingatannya kembali lagi kepada Zaid Izlan. Adakah mampu untuk dia mengucapkan kata – kata itu di hadapan Zaid Izlan? Entahlah…buat masa sekarang, dia sendiri tidak tahu akan jawapan kepada persoalannya itu. Mungkin hari – hari yang seterusnya akan memberikan jawapan. Who knows, right?

“Mana Qistina ni? Dah tak sabar – sabar nak kongsi cerita tergempar abad ini tapi dia tak ada pulak. Kecewanya saya….” Sarrah mencemik sedih walau sebenarnya dia tidaklah sesedih mana pun.

Sarrah bangun semula sambil memeluk MoMo. Masih memikirkan perkara yang terjadi tadi dan juga Qistina yang masih belum lagi pulang.

Erm…Maju! Ingatkan aku aje tapi Qistina lagi advanced rupanya! Pergi makan takkanlah sampai dua jam lebih kot? Dah pukul berapa ni?” Sarrah membebel lagi.
           
Argh! Tak kisahlah kau nak balik pukul berapa makcik, asalkan tahu balik. Mentang – mentanglah dah tak ada kelas minggu ni, kerja asyik nak me‘lagha’ aje. Kalau pagi nanti aku tengok kau tak ada atas katil ni, siap kau!” Sarrah membebel pada patung Spongebob yang terletak di sisi bantal Qistina.

 “ Airiel ni pun satu. Bawa anak dara orang pergi manalah tu? Dah malam dah ni. Nanti aku report kat pakcik Qaleeb, baru kau tahu!” Sarrah menggeleng –geleng kepala.

Meskipun Airiel adalah sahabatnya yang rapat, tetapi dia tetap makhluk tuhan yang bergelar lelaki! Sarrah tetap risau akan keselamatan sahabatnya yang bergelar perempuan itu. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Semuanya sengal! Kecuali Zaid Izlan.

Sarah terus mengekek sendirian. Dalam dia mengutuk kaum Adam sempat pula dia membela tunangnya pula, padahal tunangnya itu adalah makhluk yang bergelar lelaki juga. Apakah tandanya itu? Dia sudah angau!

“ Tolong! Aku dah angau!” Sarrah menjerit perlahan. Dia masih lagi mengekek. Hendak menjerit sekuat hati, melepaskan rasa suka hatinya itu tetapi takut mengejutkan housematesnya yang lain pula. Buat malu aje nanti.

No comments:

Post a Comment