Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 5

BAB
5


 Mama, I Love You…
                                               

TIDAK lama kemudian, Encik Radzwill dan Zaid Izlan yang telah selesai makan bangun meninggalkan meja makan dan terus beralih ke ruang tamu, meninggalkan Sarrah bersama ibunya. Peluang itu digunakan sebaiknya oleh Puan Larasati untuk ‘membasuh’ Sarrah.

Opss! Matilah beta! Ibunda beta sudah nak meleter. Baik beta cabutlah dulu!” Sarrah yang sudah dapat menganggak apa yang bakal dilakukan ibunya, segera mahu melarikan diri dari ibunya namun dia sedikit sahaja terlambat. Dia baru sahaja mula mengorak langkah perlahan – perlahan apabila telinganya tiba – tiba ditarik dari belakang.

“ Aduh…aduh..ibu, sakitlah!” Tangannya segera memegang tangan ibunya yang masih berada di cuping telinganya, cuba menahan daripada ibunya melakukan further damage pada telinga.

“ Mana aci main tarik – tarik telinga macam ni, sakitlah ibu.” Sarrah merengek seakan anak kecil, cuba bermanja dengan ibunya. Mana tahu ibunya mungkin akan melepaskan tangan dari telinganya itu.

“ Anakanda bonda ni nak pergi mana pulak? Marilah duduk sini dengan bonda. Bonda ada hal sikit nak cakap ni. Jangan pandai – pandai nak lari dulu ye.” Puan Larasati melayan sahaja kerenah Sarrah. Dihenyakkan Sarrah ke atas kerusi meja makan mereka. Sarrah hanya duduk terkulat sambil menggosok – gosok telinganya.

Boleh tahan jugak penangan ibu ni. Sakit gila telinga aku dibuatnya!

Lama tak kena kan. Bila kena, perghh…mantap! Perit habis! Berair mata aku dibuatnya. Kalau ditarik lama lagi, mesti boleh putus punya!

“Sarrah, ibu tak suka Sarrah cakap macam itu pada Lan…”

And here we go againjingle bell starts ringing! Sarrah menbulatkan matanya sambil menengadah siling. Telinganya sudah siap sedia ditadah, rela menerima apa jua yang akan datang.

“….hormatlah sikit dia tu, lagipun dia dah nak jadi tunang kamu.” Puan Larasati mula ‘membasuh’ Sarrah sedikit demi sedikit dengan tangannya terus ligat mengemas meja sambil ditolong oleh Mak Mah.
“Mungkin kalau jodoh kamu berdua panjang, insyaAllah kamu berdua jadi suami isteri pulak nanti.” Tangannya mengangkat bekas yang berisi nasi tadi

“ Kalau boleh, belajar – belajarlah dari sekarang hormatkan dia. Bukannya kamu boleh cakap dengan dia macam kamu berdua buat selama ini, macam kawan. Sekarang dia dah nak jadi laki kamu, kenalah cakap elok – elok, ada tatatertibnya.” Tangan ibu mengangkat pula teko berisi air milo dan kemudiannya jag yang berisi jus oren pula. Diletakkan semua itu di atas dulang yang dipegang oleh Mak Mah.

“ Ibu tak pernah ajar anak-anak ibu cakap macam itu…”

Sarrah menjulingkan matanya sambil mendongakkan kepalanya ke atas...Lagi! Memanglah ibu tak ajar. Ibu bapa kat dunia ni mana ada ajar anak dia orang cakap macam itu. Alahai ibu ni. Kita orang yang bergelar anak – anak ini yang mencari inisiatif  untuk belajar sendiri,  for self defense di kala hati ini lara atau duka! Huhuhu…Betul tak?

“…. dengan siapa-siapa apatah lagi kalau dengan saudara mara kita.” Puan Larasati menegur lagi dengan tangannya kali ini mengelap meja pula.

“ Tak berkenan betul ibu dengan cara kamu bercakap dengan dia tadi.”

Kali ini Sarrah membuat riak muka terkejut. Kalau ibu suka, Sarrah pun terkejut. La…La…La…

Mak Mah yang memerhati dari tadi, berusaha menahan gelak. Gaya macam nak terkucil dah aku tengok. Sarrah menahan perut sambil ketawa tanpa suara.

“….Macam kamu sengaja nak cari gaduh dengan dia, sengaja nak malukan dia. Dia ada buat apa – apa salah ke pada kamu tu?!”

Ada! Siapa suruh dia masuk meminang Sarrah?! Siapa suruh dia sengaja nak kucar kacirkan hidup Sarrah?! Sungguh tak remaja mamat tu sebab nak kahwin dengan sepupu sendiri ! Tak berkembang betul hidup! Ibu tahu nak merapatkan hubungan keluarga aje. Hati Sarrah ni ibu tak fikir pun! Tapi chop! Ini ayat underrated punya! Tidak diluluskan untuk disiarkan. Kalau tak, aku kena pancung! Tet! Mati aku!

Sarrah mahu menjawab tetapi biarlah. Tadah ajelah telinga ni mendengarkan segala bebelan ibu. Tak susah mana pun setakat dengar bebelan compare dengan apa mamat tu buat pada aku! Huh! Kalau ada sepuluh kali lagi ada sesi nak kena makan sekali dengan dia, aku buat macam tu jugak tiap – tiap kali! Biar padan muka dia! Dia buat hidup aku kucar kacir, aku buat hidup dia seribu kali ganda derita! Tengoklah nanti!

“ Lan tadi diam je waktu kamu kutuk sindir dia tapi ibu tengok kamu makin galak nak kenakan dia bila dia tak melawan kan?!” Puan Larasati membebel lagi.

Sarrah sekadar mencemik, langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Rasa puas lagi ada!

Panjang lebar dia berkhutbah kepada Sarrah. Marah sungguh hatinya apabila mengingatkan cara percakapan Sarrah kepada Lan tadi. Sakit hati betul! Bertuah punya anak! Asyik nak buat perangai aje.Minta – mintalah lepas ditegur ni, dah pandai sikit! Kalau tak, tak tahulah nak cakap apa lagi.

“ Sarrah dengar tak apa yang ibu cakap ni?” Kali ini, Puan Larasati berhenti dan mengalihkan pandangannya kepada anak gadisnya itu. Pelik juga dibuatnya apabila sedikitpun Sarrah tidak melawan sepanjang dia bercakap tadi. Namun, dia segera menyambung semula kerjanya apabila melihat Sarrah hanya sekadar mengelip – ngelipkan matanya.

Dengarlah tu agaknya. Puan Larasati membuat andaian sendiri.

“ Hebatlah ibu ni. Tengah – tengah membebel tu, tangan ibu ligat aje buat kerja. Tengok tu! Mulut dan tangan boleh bergerak serentak.” Sarrah asyik memerhatikan tangan ibunya yang laju bergerak tanpa menyedari muka Puan Larasati yang mula berubah riak.

“ Mulut tengah bercakap tapi pinggan tu dah masuk dalam dulang. Lepas tu mangkuk tu pulak. Yang masuk Perghhh…. Memang terrorlah ibu ni, kagum Sarrah ada ibu macam ibu.” Sarrah memuji ibunya. Matanya terus meliar melihat perbuatan ibunya mengemas meja itu tadi. Sengaja dia memekakkan telinga sewaktu ibunya membebel tadi meskipun ada sedikit kata – kata ibunya yang terkesan di hati. Malas dia hendak melayan apatah lagi hendak memberi perhatian. Cukuplah sekadar menadah telinganya mendengarkan semua perkara itu yang sememangnya membuatkan kepala otaknya semakin sesak.

“ Sarrah! Kamu dengar tak apa yang ibu cakap tadi?” Suara Puan Larasati memetir, menyoal anaknya itu sambil mencekak pinggang. Kain buruk ditangannya dihempas ke atas meja. Geram sungguh rasa hatinya. Sia – sia sahaja dia berleter tadi jika sedikit pun tidak melekat di hati anaknya itu.

Lain yang kita cakap, tapi lain pula yang dia ambil tahu. Bertuah punya budak! Puan Larasati mengeluh panjang mengenangkan perangai anak perempuannya ini. Ada – ada sahaja.

Sarrah mencebik, geram!

“Ibu ni, Lan tak kisah pun bila Sarrah cakap macam itu, dia diam aje, langsung tak melawan tapi ibu pulak yang bising lebih – lebih. Macam Lan tu anak ibu, bukannya Sarrah. Asyik bela dia aje.”

“ Lagipun, memang macam tulah cara Sarrah cakap dengan Lan selama ini. Nak buat macam mana lagi?! Takkanlah sebab Lan nak jadi tunang Sarrah, Sarrah kena tukar cara Sarrah kot.” Sarrah membalas lagi.

Sejak nak ditunangkan ni, hampir semua tingkahnya menjadi salah. Ibunya pula asyik memihak kepada Zaid Izlan. Apa yang dia buat, semuanya tidak kena pada pandangan ibunya. Semuanya salah.

Sarrah mengeluh lagi. Dia mengibas – ngibas mukanya dengan surat khabar yang diambilnya dari bakul di tepi meja. Panas jugak hati aku ni bila kena fire aje! Semuanya gara –gara mamat tu. Tak ada orang ke nak fire dia?!

Sebabkan dia, tak pasal – pasal aku dapat ceramah free. Tengoklah nanti macam mana aku balas!

“ Mujur dengar juga apa yang ibu cakapkan tadi, kalau tak, malam ni juga ibu kahwinkan kamu berdua!” Puan Larasati sengaja mengugut.

Terjegil mata Sarrah mendengarkan itu.

Biar betul?! Buat lawak terlampau pulak ibu ni. Jangan…

“Okeylah ibu, Sarrah nak gerak dulu ni dengan Lan. Lan dah tunggu lama tu. Naklah jaga hati bakal tunang jugak kan.” Sarrah mengalah akhirnya.

Baik jangan diduga lagi kesabaran ibu ni. Kalau tak, memang betul aku kena kahwin malam ni jugak! Niaya!

“ Untung-untung nanti jadi suami pulak, tak gitu? Dia kan your next favourite menantu, oh my dear mother!” Sarrah mengerling ibunya sambil menghadiahkan ciuman di pipi kiri ibunya. Sengaja dia cuba memprovok ibunya semula dengan memainkan watak anak mithali yang sedia menurut segala arahan ibunya. Tidak sedikit pun dia menunjukkan dirinya melatah kerana apa yang dicakapkan oleh ibunya tadi.

Ingat ibu aje yang boleh buat Sarrah melatah? Sarrah pun boleh tau. Sarrah memuji dirinya sendiri.

Sarrah suka hati melihatkan muka ibunya yang berubah apabila diperli sebegitu.

Macam nak marah tapi sempat lagi control. Alahai ibu…kelakarlah awak ni! Sarrah mengekek mengetawakan ibunya diam – diam.

 Perliannya itu dibalas dengan jelingan tajam Puan Larasati.

“Aduh ibu! ‘ Mengancam’ betullah ibu ni. Jelinganmu sungguhlah tajam!” Sarrah menggunakan tangannya untuk menutup matanya, sengaja berlakon untuk menyakitkan hati ibunya.

“Janganlah jeling Sarrah sampai macam itu sekali. Menusuk kalbu tau ibu. Patutlah baba sayang sangat pada ibu. Tiap – tiap hari kena ‘tusuk’.” Sarrah mengusik lagi ibunya.

Hish budak ini! Ada – ada aje. Cepat pergi tu. Lan dah lama tunggu.” Puan Larasati cuba menampar bahu anaknya itu tetapi berjaya dielak Sarrah dengan jayanya. Hehehe… Sudah tahu akan ‘senjata’ ibunya yang satu itu. Yang cubit telinga tadi tu dia tidak sempat nak mengelak selain menerima sahaja serangan ibu tapi no more! Not for the second time! Enough is enough! Eceh…Tak boleh blah kau Sarrah.

Sarrah tersenyum sendiri.

“ Yelah ibu. Cepat pergi cepatlah Sarrah balik nanti. Tak naklah Sarrah keluar lama-lama dengan Lan. Nanti takut ada apa – apa jadi pulak kan. Ibu pun nanti risaukan menantu ibu tu kan. Manalah tau kan, kalau tiba – tiba Sarrah nak campak dia masuk dalam sungai kan…”

Sarrah sempat mengekek dengan kata – katanya yang baru keluar dari mulutnya itu. Tak sangka ada idea yang bagus boleh muncul di kepalanya pada saat – saat genting macam ni.
“….kalau Sarrah pergi awal ni, adalah sikit masa nak buat benda – benda jahat nanti….Hehehe… Nak rapatkan silaturrahim kan…” Sekali lagi dia sengaja mengenakan ibunya.

Mata Puan Larasati mencerlung lagi.

 “ Comellah ibu ni, sebab tu Sarrah sayang sangat kat ibu tau. Okeylah, assalamualaikum ibu, Sarrah pergi dulu ye…” Sarrah menyalami dan mencium pipi ibunya. Puan Larasati membiarkan sahaja apa yang dikatakan oleh Sarrah tadi berlalu begitu sahaja. Tahu anaknya itu sengaja hendak menguji kesabarannya dia.

Melihatkan yang Sarrah sudah siap, Zaid Izlan pun segera bangun dan meminta diri dan berlalu bersama Sarrah tetapi tiba – tiba sahaja Sarrah berpatah balik. Terpinga – pinga Zaid Izlan dibuatnya.

“ Eh, lupalah pulak Sarrah nak salam dengan baba. Excited sangat nak keluar dengan menantu ibu kan,” Sarrah menyindir lagi ibunya sambil mengenyitkan mata pada babanya. Ketawa  Encik Radzwill terus meletus melihatkan anaknya itu galak ‘menjolok’ isterinya itu.

“ Sempat lagi usik ibu dia tu. Hish…budak ini…” Balas Encik Radzwill sambil pipinya dicium oleh puterinya itu di kedua – dua belah. Tawanya masih bersisa. Anak daranya ini memang nakal. Suka bermacam – macam.

“ Lain kali buat lagi…Biar sampai menangis ibu kamu tu. Jangan lupa ajak baba. Baba mesti joinlah!” Encik Radzwill berbisik pada telinga anaknya.
           
Sarrah tersenyum nakal.

Wah! Green light! Big boss pun nak joint venture ni! Mantaplah baba aku sorang ni!

Baba aku ni memang best. Kepala dia memang sama dengan aku. Rasanya memang aku dapat gen – gen tak sihat ni dari babalah kot. Kalau ibu, tak adanya aku nak jadi macam ni. Betul tak? Mesti serius semacam aje aku jadinya. Hish...tak sangguplah saya! Bosan hidup nanti. Ibu, no offence ek!

“ Nanti kita buat sama – sama ye baba. Biar Sarrah plan dulu nak buat apa, okey?”

Encik Radzwill terus ketawa mendengar balasan anaknya itu. Puan Larasati pula pura – pura tidak mendengar.

 Puan Larasati dan Encik Radzwill membuntuti mereka dan melihat kereta mereka berlalu sehinggalah hilang dari pandangan mata mereka.

“Abang, saya risaulah tengok Sarrah tu. Semalam marah-marah, hari ni boleh pulak dia suka-suka tapi suka yang menyakitkan hati saya ni. Ada ke patut buat perangai macam tu dengan si Lan tu? Sakit sangat hati saya ni,” Puan Larasati mengurut-ngurut dadanya.

 Encik Radzwill memandang isterinya itu dengan hujung matanya.

“ Kenapa awak pandang saya macam tu?” Pelik Puan Larasati melihatkan pandangan suaminya seperti itu.

“ Awak nak risau apanya Cik Ti ooi! Awak juga yang nak anak kita itu bertunang, yang sekarang ni awak nak risau lebih – lebih pulak, kenapa?” Tempelak Encik Radzwil.

“ Lagipun, bukannya dia keluar dengan orang yang kita tak kenal, dengan bakal anak menantu kesayangan awak jugak!” Sempat Encik Radzwill memerli isterinya itu. teringat istilah menantu kesayangan yang ditujukan kepada Zaid Izlan yang digunakan Sarrah tadi.

“ Biarlah mereka berdua tu. Pandai-pandailah nanti tu. Nak berdamai ke…Nak berperang ke…Suka hatilah. Masing – masing dah besar. Lagipun, Zaid itu anak buah kita jugak. Kalau dia buat apa – apa pada anak dara awak tu, senang aje kan kita nak cari. Serbu aje rumah Munirah tu.” Encik Radzwill lantas menyambung  membaca akhbarnya dan membiarkan isterinya sendirian, yang terus mencemik apabila dibidas sebegitu.

Kita nak minta tolong dia sedapkan hati ni sikit tapi kita pula yang ditibainya. Sakit hati betul! Nak marah jugak kalau macam ni aje selalunya. Puan Larasati terus mengomel.

Ada ke patut cakap macam tu pulak? Anak buat perangai pelik, tapi dia boleh relaks aje, duduk diam baca paper dia macam tak ada apa - apa. Geram betul! Dimanjakan sangat budak yang seorang tu. Nanti naik minyak pulak dia. Sekarang pun dah cukup degil tu!

Puan Larasati mendengus kerana sedikit marah dengan sikap suaminya itu.

Bapa dengan anak sama aje. Degil!

Bukan Zaid Izlan yang dirisaukan tapi anak daranya itu yang dirisaukan. Dia sudah mengenali pekerti Zaid Izlan dan dia tahu yang Zaid Izlan tidak akan membuat perkara yang bukan – bukan. Maisarrah Imelda yang mengundang gusar di hatinya. Entah apa angin yang dia ‘bawa’ nanti bila bersama berdua dengan Zaid Izlan itu.

Ya Allah, kau perhatikanlah anakku yang seorang itu. Janganlah dia menyusahkan Zaid Izlan dengan perangainya yang bukan – bukan, doa Puan Larasati di dalam hati.
                                                        


No comments:

Post a Comment