Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 6

BAB


                            
Jika Kau Fikirkan Kau Boleh…


“ LAN, Lan betul – betul serius ke nak teruskan majlis kita ni? Tak nak fikir lama sikit ke?”

Itulah soalan yang pertama keluar dari mulut Sarrah apabila mereka melangkah masuk ke dalam kereta. Duduk sahaja Sarrah terus mengajukan soalan yang tak habis-habis berlegar-legar di ruang fikiran sepanjang malam tadi. Memang bejat kepalanya malam tadi apabila memikirkan bala yang menimpa dirinya. Walau apa pun yang terjadi, dia mesti juga berusaha memujuk Zaid Izlan untuk menukar fikiran. Paling tidak pun, menangguhkan dahulu niatnya itu.

Takkanlah Zaid Izlan ni tak ada teman istimewa kat kampus tu?

Tak pun takkanlah dia langsung tak ada awek kat luar kot? Suci betullah kalau macam tu pak cik oii….!

Kenapalah dia boleh setuju nak bertunang pulak ni? Desperado ke apa mamat ni? Nak kata dia ni tak hensem, okey je aku tengok tapi memang tak ada ke? Hish…..Musykillah aku kalau macam tu.

Tapi apabila diingat-ingat, tak pernah pulak aku nampak si Lan ni rapat dengan mana-mana perempuan kat UTP tu.

Sarrah mengomel sendirian.

Ke dia ni syok kat aku dari dulu lagi? And sebab tu dia tak ada awek sampai sekarang? Betul ke macam tu? Sarrah tiba – tiba membuat tafsirannya sendiri

Itulah, lain kali janganlah mesra alam sangat dengan dia, kan dia dah salah faham dan sekarang dia dah betul-betul sangkut kat kau. Kau ni dahlah ‘international seducer’ yang berjaya, kan dah ada yang jadi mangsa. Sarrah menggumam lagi di dalam hatinya.

Tapi bila pulaknya aku mesra alam dengan dia? Sepatah haram pun tak pernah nak keluar dari mulut dia ni, apatah lagi kalau nak berborak! Aku pun tak suka nak layan orang yang kurang bercakap ni.

            Zaid Izlan hanya tersenyum mendengar pertanyaan Sarrah itu tadi. Sengaja dibiarkan Sarrah tertunggu-tunggu jawapan darinya. Sekali sekala, dia memandang Sarrah, melihat Sarrah yang mengomel pada dirinya sendiri. Asyik sungguh sehingga tidak sedar dirinya sedang diperhatikan.

Sudah diagak yang soalan itu pasti akan diajukan oleh Sarrah setelah melihat kerenah Sarrah ketika bersarapan tadi.

Apabila melihat Sarrah yang tidak senang duduk di sebelahnya, asyik berkisar sahaja duduknya, barulah dia memulakan bicara.

 “ Betullah kita nak bertunang, kan? Takkan Lan nak main-main benda-benda macam ni kot. Ini kan hal masa depan. Lagipun, takkanlah Lan nak membujang sampai tua kan? So, Lan kenalah cari calon dari sekarang.” Zaid Izlan cuba bernada ceria, beriak selamba, cuba memancing perhatian Sarrah semula.

“Kalau Lan main-main, tak pasal-pasal pulak nanti Lan kena pancung dengan mama Lan and ibu long.” Zaid Izlan menjawab lagi sambil ketawa.

Melihat reaksi Sarrah yang terkulat mendengarkan jawapan Zaid Izlan. Dia menjeling lagi Zaid Izlan yang galak ketawa itu dengan hati yang sebal.

Ewah...mamat ni! Boleh ketawa pulak dia. Aku bagi flyingkick nanti baru terdiam agaknya! Aku tengah runsing nak ditunangkan dengan dia, tapi dia boleh senyum-senyum kambing pulak. Ada jugak orang yang makan kasut hari ni kan. Orang lain makan nasi tapi dia ni makan kasut berulam stoking nanti kang.

 Geramnya dia mendengar tawa Lan yang masih lagi bersisa.

This is about my damn life and it is definitely not a laughing matter!

Hahaha…apa yang lawak sangat?” Sarrah mula panas hati.

“Lan yang nak cari calon tapi kenapalah dalam banyak-banyak orang, Sarrah yang Lan pilih? Am I your last resort? Don’t you have any other eligible bachelorettes in your mind, Mr Zaid Izlan Azlan?”  Suara Sarrah pula meninggi meskipun dia cuba mengawalnya.

Mendengarkan semua itu, Zaid Izlan lagi ketawa besar.

“Lan, Sarrah  tengah serius tapi Lan main-main pulak. Janganlah ketawa Lan.” Sarrah menarik-narik sisi baju Lan, ala – ala manja gitu.

Kalau boleh, kalau diikut rasa hati, tak adanya aku nak jadi perempuan ayu macam ni. Hendak sahaja dicekik – cekik si Lan itu. Tetapi, semua ini perlu demi strateginya memujuk Lan untuk membatalkan majlis mereka sekaligus melupakan terus niat gilanya itu. Tetapi Zaid Izlan masih lagi ketawa, tidak henti – henti.

Kurang sivik betul. Orang cakap serius tapi dia ketawa pulak!

 “Lan tak ada teman special ke kat kampus? Lan dah nak habis  study dah ni kan, takkan Lan tak jumpa sorang calon pun sepanjang lima tahun Lan kat sana. Waktu Lan pergi internship kat Miri dulu ke? Takkan tak jumpa kot? Tak ada sangkut dengan mana – mana minah Sarawak?” Sarah bertanya lagi, mendesak Zaid Izlan. 

“Sarrah tak nak orang kata Sarrah rampas hak milik orang  nanti. Lagipun, hal-hal tunang ni bukan benda main-main Lan. Tu macam dah nak kahwin tau.” Serius sahaja nada Sarrah menuturkan setiap kata – kata itu tadi. Sengaja menggunakan pendekatan reverse pyschology. Menggunakan watak perempuan yang mungkin menanti Zaid Izlan dan menunjukkan konon – kononnya dia tidak mahu menghancurkan harapan perempuan yang belum tentu wujud atau tidak itu.

“ Ibu dengan Aunty Munirah mesti cakap pasal kahwin pulak. Itu lagi susah nanti. Nanti mesti sebut pasal cucu pulak. Tak ke bala besar tu?” Sarrah terus membebel dengan bersungguh - sungguh sambil mengharapkan yang Lan juga akan memahami situasinya. Situasi yang mereka akan hadapi jika hal pertunangan mereka ini diteruskan juga.
           
Sarrah terus merenung sepasang mata milik Zaid Izlan sementara menunggu jawapan. Di sisi matanya itu terdapat satu parut yang amat dia kenali. Kerana dirinyalah Lan mendapat parut itu. Semuanya gara - gara dia teringin hendak makan buah rambutan gading. Dipaksanya Lan panjat pokok rambutan di belakang rumah nenek mereka. Sarrah tahu yang Lan memang tidak biasa memanjat pokok, maklumlah Lan kan mamat belia, skema lagi bersivik. Disebabkan itu, lagilah Sarrah hendak membuli Lan. Lan pula hanya menurut tanpa sedikitpun membantah. Belum tinggi mana dipanjatnya, Lan sudah tergelincir dan jatuh, sebijik macam buah nangka gugur. Lucu gila kalau diingatkan semula.

Akibatnya, kepalanya luka dan dia menerima lima jahitan. Tetapi Lan tidak pernah memberitahu hal itu pada sesiapa. Dia hanya mengatakan yang dia terjatuh. Sedikit pun tidak disebut nama Sarrah. Dia juga tidak tahu kenapa Zaid Izlan melindungi dirinya pada masa itu.

Lamunan Sarrah terhenti apabila Zaid Izlan tiba-tiba sahaja menekan brek dan terus berhenti di bahu jalan. Hampir sahaja kepala Sarrah terhantuk pada dashboard kereta itu akibat tindakan Lan itu namun dia sempat juga menahan dengan tangannya, dapat dielakkan badannya dari melekap terus pada dashboard kereta Zaid Izlan. Zaid  Izlan pula terus mengalihkan kedudukannya supaya dia betul – betul mengadap Sarrah dan terus dia memegang tangan Sarrah.
           
“Lan! What are you trying to do here? Nak balas dendam ke?” Digosoknya dahi yang hampir mencium dashboard tadi. Bukan kerana sakit, tetapi pening yang datang tiba – tiba akibat terkejut. Digosok dahinya berulang kali dengan kuatnya.

You said  you want to know the truth, right? Lan bertanya sambil ringan sahaja tangannya menggosok-gosok dahi Sarrah yang mula kelihatan merah. Dia merasa bersalah pula kerana menekan brek secara tiba-tiba tadi.

“Okey, but first, sorry about that. Lan jadi a bit dramatik sekejap tapi balas dendam? Lan nak balas dendam pasal apa pulak ni?” Berkerut sekejap dahi Zaid Izlan memikirkan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Sarrah.

“ Sarrah ni macam – macamlah.” Zaid Izlan menggeleng – gelengkan kepalanya.

“Sebenarnya, ingatkan nak bagi Sarrah terkejut sikit je tapi ter‘over’ pulak.”

Mata Sarrah terus membulat! A bit dramatic? A bit?!!

Banyaklah kau punya cekadak! Nak mati ke? Suka – suka hati aje buat anak dara orang macam ni!

Huh…sengal! Putus fius!

Sarrah yang masih terkejut sempat menyumpah tetapi bebelannya yang berlagu di dalam hatinya tadi tiba – tiba terhenti apabila menyedari tangannya dipeganag Zaid Izlan. Malah, dahinya juga turut disentuh.

Ini buat aku naik angina ni! Suka – suka hati pegang – pegang orang! Berani betul mamat ni!

Lama hidup ke? Tangan memang dasar tak ada insurans!

Sarrah membuat muka lagi. Tangannya direntap dari genggaman Zaid Izlan.

Bagi terkejut? Dia kata dia nak bagi aku terkejut??!! Bukan nak bagi terkejut tapi nak bagi orang mati kalau buat macam ini. Melampau betul!

Sarah menarik nafas dalam – dalam.

Tak apa Sarrah, kita relakslah dulu, lagipun aku  teringin pulak nak dengar apa lagi nak disampaikan mamat ni.

“ Lan memang ada insan istimewa yang dah lama bertakhta di hati Lan and dia memang belajar di kampus yang sama dengan kita. Sarrah yang tak pernah tanya pada Lan sebelum ni. Dah lama Lan kenal dia. Rasa-rasanya sejak dia lahir lagi. Lan suka sangat bila dapat tahu yang dia dapat belajar tempat yang sama dengan Lan. Bolehlah Lan tengok-tengok dia selalu. Lan suka tengok cara dia senyum walaupun dia jarang senyum tapi dialah teman special Lan.” Lan tersenyum-senyum apabila menggambarkan gadis pujaan hatinya.

Ewah, ceria betul muka bila cerita pasal awek dia. Penuh semangat. Bersinar – sinar biji mata dia. Macam abang MB bagi manifesto pilihan raya aje. Nak pikat pengundi ke?

“ Rasa-rasanya Sarrah kenal tak?”
           
Tergamam Sarrah apabila dia mendengar nada suara sinis Zaid Izlan itu.

Semacam aje mamat ni…Aku kenal? Apakah? Macam manalah aku nak kenal awek dia pulak? Famous sangat ke awek dia tu sampai semua orang nak kena kenal? Duh

Tapi mamat ini dah ada yang punya. Baguslah macam itu. Berita baik untuk aku. Lepas beban kepala aku tapi chop!

Dia cuba untuk memahami semula apa yang cuba Lan sampaikan, cuba untuk mencantumkan maklumat – maklumat yang baru diterima tadi.

Tapi, aku rasa perkara ni agak kelakarlah pulak kan? Cliché’. Ada juga orang yang Lan kenal dari sejak baby lagi. Mesti Lan ni tua sangat – sangat kalau nak compare dengan makwenya tu. Mesti  rapat habis dengan family perempuan tu tetapi tidak pernah pula Lan menceritakan apa-apa pasal minah ni pada aku.

Tapi, kalau ada story pun, takkan Lan ni nak cerita kot, nak berbual pun punyalah susah inikan lagi nak ceritakan hal peribadi. Belum cukup sewel lagi mamat ni rasanya nak buat macam itu. Lagipun mamat ni manalah mengamalkan prinsip berkongsi ni.

Apabila Sarrah menyedari yang Lan masih memandang dirinya dengan pandangan yang penuh bermakna dan agak menyeramkan, barulah Sarrah sedar akan apa yang cuba yang disampaikan oleh Zaid Izlan. Dia sedar bahawa teman istimewa yang dimaksudkan oleh Zaid Izlan itu tidak lain dan tidak bukan adalah dirinya sendiri.

Hahaha…lawak of the day. Takkan aku kot?

Aku ke? Biar betul?

Aku merepek je tadi tu…tapi…

Dia cuba menidakkan tekaannya tetapi apabila Lan mengangguk  seperti tahu akan apa yang sedang difikirkan, dia terpaksa menerima hakikat tersebut.

Rupa-rupanya Lan telah lama meminati dirinya.

Adesss….

Menyedari akan hal itu, Sarrah tiba-tiba mati kutu dan segera dia tertunduk. Tersipu.

Full marks for you Sarrah. Tekaan kau betul. Kaulah gadis pujaan Zaid Izlan Azlan selama ini.

Sarrah ingin ketawa sekuat mungkin namun tawanya hanya bergema di dalam hati sahaja. Dia takut jika dia betul – betul ketawa sekuat alam di hadapan Lan, Lan akan terfikir yang dia dah jadi gila pula. Kalau dia fikir aku ni gila sebab masalah mental tak apa tapi aku takut dia fikir aku ni dah gila sebab angaukan dia. Huh! I won’t give you that kind of satisfaction!

Hello…..Orang dah minat kita, kita mestilah kena appreaciate kan…Hehehe… Nanti orang cakap kita tak beradab pulak kan.

 Zaid dapat merasakan yang Sarrah telah memahami apa yang cuba disampaikan lantas dia segera menyambung pemanduannya. Tidak mahu membiarkan masa yang terluang bersama Sarrah terbuang begitu sahaja.

“And one more thing, you are not my last resort, dear. You are way too precious to be anybodys’ last resort.”

Kembang kempis Sarrah mendengar kata-kata Lan itu, sedikit berbangga. Rupa-rupanya diri dia dipuja oleh seseorang dalam diam semenjak sekian lama.

Ewah ! Hebat jugak kau ni Sarah! Ada jugak yang admire kau. Huhuhu….bangga aku sekejap.

Mungkin inilah sebab Lan selalu mengelak dari dirinya dahulu. Memang seram sejuk sahaja apabila bersama dengan orang yang kita suka dan puja. Kan?

“Lan, can I ask you something?”

 Lan terus mengangguk.

“Kenapa dulu Lan selalu mengelak bila jumpa dengan Sarrah?” Sarrah bertanyakan soalan yang telah lama disimpan di dalam hati.

“ Dengan sepupu-sepupu kita yang lain, okey aje Sarrah tengok  Dengan Sarrah je Lan macam tu. Kadang-kadang Sarrah terasa jugak tau. Yelah, bila kita baru je nak cakap dengan dia, dia tiba – tiba lari pulak kan…tinggal orang macam tu je…” Sarrah cuba berbasa basi untuk menghilangkan perasaan canggung yang sedang dia rasakan itu namun nada suaranya tidak seperti yang dia mahukan. Terasa seperti suaranya cuba untuk bermanja - manjaan pulak.

Adeh….

Lan tersenyum. Berbunga hatinya mendengar suara Sarrah yang lain macam lembutnya itu.

Sarrah tertunduk malu melihatkan pandangan Zaid Izlan itu.

Betul lagi agakkannya. Sarrah pasti akan menyoalnya tentang ini. Dia sendiri tahu yang Sarrah memang perasan akan tindakannya yang sering mengelakkan diri dari Sarrah.

“Sarrah betul tak tahu kenapa Lan macam itu? Takkan Sarrah tak faham lagi kot?” Zaid Izlan cuba bermain teka – teki dengan Sarrah.

I was and still so into you. I always got these kinds of goosebumps when you are near me. That’s why Lan selalu elak Sarrah.”

Ooo, macam itu ke?” Sarrah menyampuk lagi, cuba bernada tenang meskipun di dalam hati melonjak gembira. Suka hati kerana ada jugak orang yang sudi untuk meminati dirinya sampai begitu rupa tapi malangnya orang itu adalah Zaid Izlan, sepupunya sendiri.

Well…tak adalah malang sangat pun. Dia pun hensem jugak kan…..tapi  kuciwa itu adalah….

 Kan bagus kalau orang lain? Tak adalah aku nak sakit otak macam ini sekarang. Nasib…nasib…

Lagipun, risikolah kalau kahwin dengan keluarga sendiri. Buatnya dia tiba – tiba dah tak suka aku nanti, macam mana? Kalaulah bercerai, tak ke niaya? Nanti time hari raya ke, kenduri kahwin ke….mesti jumpa balik and mesti rasa pelik gilalah. Buatnya sempat ada anak, lagi susah! Adeh….

But now, not anymore. No more goosebumps kea pa.  Maybe sebab kita nak tunang dah agaknya. Kalau jodoh panjang, kita kahwin kan,” Lan tersenyum lantas menyedarkan Sarrah dari lamunan panjangnya. Tersenyum lebar Sarrah mendengarnya, tidak tahu mahu membalas apa.

 Zaid Izlan lega. Akhirnya, dia berjaya meluahkan apa yang terpendam selama ini di dalam hatinya. Mujurlah dia mampu menggagahkan dirinya juga.

  “Okey, kalau macam tu, kita just go on jelah dengan majlis tu. Pasal benda yang nak jadi lepas tunang tu nanti, kita just wait and see. Just let  time decides.” Sarrah menjawab dengan penuh yakin. Dia berserah sahaja.

If you think you can handle me, game on then! Aku pun malas dah nak ambil  kisah lagi pasal hal ini. Dia tidak mahu lagi menyerabutkan kepalanya dengan memikirkan hal pertunangan itu, lebih-lebih lagi setelah dia melihatkan keikhlasan Zaid Izlan. Mungkin dia patut memberi peluang pada hubungan mereka dan mungkin juga ada hikmah di sebalik semua ini.

Lagipun, how worse can it be, right? Satu suara di kepala Sarrah cuba menyakinkan Sarrah.

You bet! It can be the  worst ever Sarrah! Satu suara yang lain pula menjawab.Namun, Sarrah tetap tekad dengan keputusannya itu. Dia akan teruskan pertunangan ini. Baginya, Zaid Izlan deserve a chance.

Apa nak jadi, jadilah!

Mereka sampai di East Coast Mall di bandar Kuantan. Pada mulanya, mereka hanya berjalan – jalan tanpa mengetahui apakah barang - barang yang patut mereka beli. Setelah makan tengahari, barulah mereka mula membeli barang yang diperlukan, itupun selepas puas dileteri oleh Puan Larasati apabila mereka menelefon untuk bertanya tadi.

Ibu ni memanglah! Orang tanya pun, dia nak marah! Kang orang tak beli apa – apa, baru dia tahu! Sarrah membebel – bebel di dalam hatinya apabila mendengar lagi ceramah kekeluargaannya oleh ibunya tadi.

Mereka hanya membeli barang-barang yang ringkas sahaja untuk majlis yang akan dilangsungkan. Bagi mereka, memadailah jika hanya bersederhana sahaja kerana kedua-duanya masih lagi belajar. Tidak mahu menyusahkan kedua orang tua mereka itu nanti.

Selepas membeli barang, Sarrah bersetuju menerima pelawaan Lan untuk menonton wayang. Ingin cuba memupuk perasaan mesra di antara mereka. Sarrah memilih untuk menonton cerita kartun.

Kalau aku pilih nak tengok cerita hantu nanti kang, ada pulak aku nak peluk – peluk dia nanti. Baik tak payah. Cerita kartun pun jadilah labu.



No comments:

Post a Comment