Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 7

BAB
 7

* Strong Baby…


BERTUNANG jugak aku akhirnya. Dalam banyak-banyak spesies lelaki di universiti aku secara khususnya dan di dunia ni secara amnya, aku sangkut dengan si Zaid Izlan jugak, abang sepupu sendiri pulak tu.

Dulu waktu kecik -  kecik, selalu main sama – sama, buat jahat sama – sama tapi sekarang siapalah yang sangka kan, aku nak naik pelamin pulak dengan rakan jenayah aku dulu tu. Aduss….Tragedi betul!

Itu pun kalau jadilah kan nak naik pelamin dengan dia. Siapa tahu nanti buatnya tiba – tiba dia jumpa orang yang dia betul  - betul suka, dia tinggalkan aku pulak kan? Waktu tu, apa kau nak buat Sarrah? Haish……

 Niaya tu!

“ Apa susah? Aku pun cari orang lain jugaklah kan?! Hehehhe…..” Sarrah mengekek sendirian, melayan pemikirannya.

Sarrah tiba – tiba mengeluh panjang.

“ Apalah malang sangat nasib aku ni hah? Pakai cantik-cantik pun tapi kalau kat dalam ni tak happy, buat apa?” Sarrah menepuk - nepuk dadanya.

 “Tapi, tibai jelah labu, dah nasib badan... Lan pun okay what. Kita try jelah ek. He deserve me what. Macam dia cakap, I’m way too precious.” Sarrah bercakap lagi pada dirinya sendiri.

Mundar – mandir dia seorang diri di dalam bilik sementara menunggu saat untuk menyarung cincin. Entah kenapa tiba – tiba dia berdebar pula. Bukan orang asing pun yang akan sarungkan cincin tu, ibu saudaranya jugak tapi kenapa hati ni berdegup kencang?

Adeh…..masalah betullah kau ni Sarrah!

  Tidak lama kemudian, saat yang ditunggu tapi chop! Tunggu ke? Tak jugak! Sarrah dengan berjayanya mampu meng‘ayu’kan diri dengan sebaik mungkin. Aunty Munirah dan ibunya masuk untuk menyarungkan cincin pada jari manisnya. Cincin emas putih yang berukirkan bentuk hati dan dihiasi dengan batuan biru di bahagian atasnya menjadi pilihan Zaid Izlan untuk Sarrah. Sarrah memandang kedua raut wajah yang tersenyum di hadapannya itu. Jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka.
Alangkah bagusnya kalau aku pun mampu merasa segala kegembiraan itu walau untuk sekelumit cuma.

Sarrah menarik nafas dalam - dalam sambil menghadiahkan senyuman kepada ibu dan Aunty Munirah.

Dengan tersarungnya cincin pada jari manis Sarrah, maka  bermulalah episod baru bagi dirinya sebagai tunangan kepada Zaid Izlan. Best atau tidak bergelar tunangan orang, dia sendiri tidak tahu.

Just  wait and see about that Sarrah. Lagipun, kau ada masa enam bulan lagi untuk tentukan segalanya sebelum kau betul – betul diikat oleh Lan. Dalam masa enam bulan nilah yang akan menentukan segalanya, sama ada kau nak teruskan atau nak berhenti setakat ini sahaja.

“ Kenapa cincin tunang ataupun cincin kahwin selalu atau mesti disarungkan pada jari manis dan bukan pada jari – jari yang lain?” Sarrah bertanya pada dirinya sendiri setelah semua tetamu keluar dari biliknya. Bilik yang sesak tadi dirasakan lapang semula. Dirasakan dirinya seperti dapat bernafas semula.

“ Sebab ada orang cakap, pada jari manis ni ada satu pembuluh darah yang bersambungan terus dengan hati. Jadi, dengan menyarungkan cincin dari orang yang tersayang pada jari ni, suatu ikatan dari hati ke hati akan terjalin.” Sarrah menjawab sendiri pertanyaan dia tadi sambil bermain dengan jari manisnya yang sudah tersarung dengan cincin pertunangannya itu.

“ Tapi betul ke?” Sarrah bertanya lagi pada bayangnya di cermin. Dia sendiri masih tidak yakin dengan apa yang dikatakan oleh orang tentang hal itu kerana sesungguhnya, dia tidak merasakan apa – apa pun lagi pada saat cincin itu disarungkan tadi. Sikit pun tak ada!

Mungkin dia perlu menunggu untuk perkara itu terjadi pada dirinya. Mungkin juga dia harus memberikan masa kepada hubungan mereka yang baru terjalin ini. Siapa tahu, mungkin Zaid Izlan akan dapat juga menundukkan dirinya yang tak berapa ‘sihat’ ini.


PUAN LARASATI amat bersyukur kerana majlis itu berjalan dengan baik dan yang paling penting sekali Sarrah tidak lagi kelihatan memberontak. Dia amat mengharapkan anak gadisnya itu faham akan niat baiknya. Meskipun ada secubit rasa kecewa di hati kerana Naym tidak ada bersama, dibuang jauh-jauh perasaan itu. Bukanlah mahu membuang Naym dari kamus hidupnya tetapi hanya inilah caranya bagi dia meneruskan hidupnya sehari-hari. Pandangannya jatuh kepada puterinya yang begitu asyik membelek – belek cincinnya itu. Bibirnya terkumat kamit. Entah apalah yang masih dibebelkan oleh puterinya itu.


“ QIS sayangku, kau tunggulah bila aku balik nanti, banyak sangat benda aku nak cerita kat kau. Mesti kau terkejut badaknya dengan status baru diri aku ni.” Sarrah ketawa seorang diri sambil membelek – belek cincin yang telah dan insyaAllah akan terus tersarung di jarinya untuk suatu jangka masa yang sudah tentunya penuh dengan dugaan dan cabaran. Kan orang cakap, orang bertunang ni, banyak rintangannya. Sebab itu, ramai yang kahwin terus. Senang kerja!

Sorrylah sebab tak jemput kau ye sayang. Aku tak nak kau buat kecoh kat sini nanti.”

Sarrah tersenyum lagi, teringatkan sahabat karibnya di kampus, Qistina Qaleeb. Bukan sahaja Qis, malah tiada seorang pun teman – teman  dari kampusnya dimaklumkan akan hal pertunangannya. Dia merasakan tidak ada keperluan untuk memberitahu mereka. Pertunangan mengejut. Tak ada apa yang special pun.  Kalau diberitahu nanti, mesti habis kena soal selidik, so baik tak payah beritahu. Dia juga meminta pada Zaid Izlan supaya dia tidak menjemput sesiapa di kalangan sahabat handainya. Dia amat bersyukur kerana Zaid Izlan hanya mengangguk tanpa banyak soal.

 Senang kerja aku. No worries babe!

“ Bertunanglah kau dengan aman dan damainya. Tak ada sesiapa pun yang akan tahu melainkan aku sendiri yang beritahu,” bebel Sarrah dalam hati. Hatinya kini terasa begitu lapang dan lega, well not because the bertunang thing tapi sebab tak ada siapa yang akan tahu pasal hal ini melainkan dia atau Zaid Izlan sendiri yang membuka mulut dan bercerita akan hal ini.

“ Sekarang Cik Maisarrah Imelda, kau kenalah tukar baju sebab nak pergi makan kat luar tu. Takkan kau nak pakai baju ni lagi kan?” Sarrah mengingatkan dirinya supaya menukar baju pertunangannya itu sebelum ke jamuan yang diadakan di halaman rumahnya itu.


            MALAM itu, satu jamuan khas untuk keluarga kedua-dua belah pihak diadakan di halaman rumah Sarrah. Semua ahli keluarga mereka berkumpul di situ kecuali Abang Naym. Aunty Salma dan Adam Mikhail.

Oh God, how much I miss you guys. Wish you all were here, here with me, and be apart with all this thing happenning. Sarrah berbisik pada hati kecilnya.

Dia mengasingkan diri daripada orang ramai di situ. Dia duduk seorang diri di tepi kolam ikan tempat dia, Abang Naym, Adam dan Zaid Izlan selalu berkumpul suatu ketika dahulu, membuat dan melaksanakan komplot jahat mereka.

Seronoknya jika masa itu boleh diputar kembali. Hidup sebagai seorang kanak – kanak memang senang. Riang dan gembira aje tanpa perlu memikirkan tentang kehidupan orang dewasa yang langsung tidak seronok ini. Semua pilihan dan keputusan terletak pada ibu bapa mereka. Tapi itulah kan. Waktu kecik – kecik dulu tak sabar – sabar nak besar tapi bila dah besar nak jadi kecik pulak! Manusia ni memanglah....Tak pernah puas dengan apa yang ada sekarang. Mesti nak ubah jugak.

Tapi jadi budak – budak ni senang. Hidup tu rasa macam tak ada tekanan langsunglah. Bangun, makan, pergi sekolah, main, lepas tu makan lagi and lepas tu main lagi sikit, and  terus masuk tidurlah lepas penat main kan?! Wah! Bahagia betul hidup waktu tu!
           
Tersenyum Sarrah apabila mengingatkan kenangan dahulu ketika mereka masih bersama. Kini, segalanya sudah berubah. Masing – masing sudah pun membawa haluan sendiri, mengikut perjalanan takdir yang telah tersedia untuk mereka dan siapa sangka, takdir dirinya ada bersangkut paut dengan Zaid Izlan.

Zaid Izlan kini adalah sebahagian dari hidupnya. Dia kini telah menjadi tunangan kepada Lan. Dia masih juga tidak dapat melarikan diri daripada Zaid Izlan selepas beberapa ketika ini.

Haih….

Bertuah kan aku ni?

 Abang Naym pula sudah menghilang membawa diri entah ke mana. Adam dan Aunty Salma pulak? Erm… Sudah lama juga tidak mendengar khabar mereka berdua tu.

 Rasanya hampir lima tahun dah aku terputus hubungan dengan dia orang. Well, ibu dengan baba maybe tahu tapi aku memang tak tahu dia orang pergi mana lepas hal itu terbongkar.

 Entah mengapa Sarrah dapat merasakan semua orang seperti cuba merahsiakan pemergian Adam dan Aunty Salma. Tak ada seorang pun yang beritahu dia ke mana Adam dan Aunty Salma pergi selepas kejadian itu.

Rahsia keluarga yang telah lama disimpan tiba-tiba sahaja boleh terbongkar dan telah menjadi skandal besar. Berita – berita mengenainya memenuhi dada – dada majalah dan surat khabar tempatan dan semenjak itulah dia tidak lagi mendengar khabar dari Aunty Salma, apatah lagi dari Adam Mikhail. Khabarnya mereka membawa diri ke luar negara tetapi di mana tempatnya, Sarrah sendiri tidak tahu dan tidak pula dia berani untuk bertanya pada ibu atau baba.
           
Sarrah tersentak apabila bahunya tiba-tiba disentuh dari belakang.

Perghh!!

Nak bunuh aku ke…..?

Nak gugur aje rasanya jantung ni!

Sengal!

Sarrah mengurut dada. Mangkuk hayun betullah! Lambat – lambat dia berpaling ke belakang.

Ingin sahaja dia memaki hamun manusia yang membuatnya terkejut tetapi apabila melihat gerangan yang menyapanya itu, dia bersyukur kerana dia tidak sempat untuk menghamburkan maki hamunnya. Dia bernasib baik kerana mulutnya boleh pula menarik brek tadi.

Nasib baik tak terlepas lagi. Kalau tak, ada jadi perang besar between in laws nanti. Bakal ibu mertuaku bertukar menjadi monster in law, aku pulak jadi macam Jennifer Lopez dalam cerita tu. Gaduh tak habis – habis, macam kucing dengan anjing gitu. Wah, best jugak tu.

Hish, Sarrah! Jangan nak merepek! Betul – betul sikit boleh tak? Cuba serius sikit!
           
“Lah…Aunty rupanya. Sarrah ingatkan siapa tadi. Nasib baik Sarrah tak terterjun masuk dalam kolam ni, kalau tak, mesti aunty dah tak kenal Sarrah tadi.” Sarrah berseloroh sambil Aunty Munirah mengambil tempat di sebelahnya.
           
Aunty Munirah hanya tersenyum mendengar kata – kata Sarrah.

“Sarrah tahu tak, aunty sayang sangat pada Sarrah.”

Pandangan Aunty Munirah padanya dirasakan sangat berlainan pada malam itu namun hatinya segera menepis prasangka buruk yang mahu menyinggah di kepalanya tadi.

“ Aunty dah anggap Sarrah macam anak kandung aunty sendiri. Aunty berterima kasih sangat sebab Sarrah sudi jugak  menerima Izlan.” Aunty Munirah tiba – tiba bersuara dan mengusap rambut Sarrah. Teramat sayang akan diri Sarrah.

            “Sarrah janji satu benda dengan aunty boleh tak?”
           
Gulp! Sarrah mula menelan air liurnya.

Alamak! Kenapa tiba-tiba rasa cuak ni? Suspens aje hati ni dibuatnya. Belum apa – apa dah nak suruh  janji – janji pulak. Mati aku!

Sarrah seperti dapat menangkap janji apa yang ingin dituntut oleh Aunty Munirah.

Nak minta kahwin cepat ke? Or nak cucu cepat - cepat? Or nak disuruh duduk dengan dia nanti bila kita orang dah kahwin nanti?

Sarrah membuat andaian sendiri. Janji yang mana satu yang akan dikhabarkan nanti?

Tapi aku rasa mesti dia nak minta cucu cepat – cepat ni. Matilah saya….

Minta – mintalah bukan. Mati sungguh aku nanti. I still love my ‘singlehood’, tak nak masuk motherhood lagi.

Tapi betul ke istilah singlehood tu wujud? Ah!! Tak kisahlah! Yang penting aku kena relaks dulu. Dengar dulu apa yang Aunty Munirah hendak cakapkan ini. Mungkin dia minta aku berjanji hal yang biasa – biasa sahaja kot. Jangan nak merepek dulu ye Sarrah….

Lambat-lambat sahaja Sarrah mengangguk. Dia memaksa relakan hatinya untuk cuba menunaikan apa sahaja janji yang bakal dituntut oleh bakal ibu mertuanya itu. Dia rela!

Tipah sanggup bang!

Ceh! Sarrah! Merepek lagi! Fokuslah!

Suara dalam kepala Sarrah memarahinya lagi apabila dia mula berdrama lagi tapi nak buat macam mana kan. Dah jadi tabiat semulajadi. Memang jadi macam ni kalau dah nervous.

Aunty Munirah tersenyum lagi.

Hah! Senyum….Senyum ada makna tu. Sarrah memaksa dirinya tersenyum juga apabila melihatkan rupa bakal ibu mertuanya itu.

             “Sarrah janji dengan aunty yang Sarrah akan sentiasa jagakan Izlan untuk aunty. Dialah tempat aunty bergantung harap selain adiknya. Aunty harap Sarah boleh sayang dia macam dia sayang Sarrah. Tolong aunty jaga dia ye? Boleh kan janji yang ni dengan aunty?”
           
Lah, janji yang ni ke? Ingatkan apalah tadi. Dah aku suspens sekejap. Kalau yang ni, small the pieces aje. Dengan rela hati aku menerima tanggungjawab itu.
           
Sarrah akhirnya mampu juga mengukir senyuman di bibirnya.

Nak jaga dia? Kerja mudah sahaja itu. Orang dah besar panjang, bukannya susah sangat nak jaga kan?

Sarrah yakin dia mampu melaksanakan janjinya yang satu ini.

Sarrah melepaskan nafas yang panjang sebelum menganggukkan kepalanya. Auntiy Munirah dengan serta-merta memeluk dirinya.

Di dalam hati, Sarrah berdoa supaya Tuhan memberikan kekuatan pada dirinya untuk menghadapi dugaan terbarunya ini. Meskipun yakin, namun dia tahu bahawa itu adalah suatu petanda tentang tanggungjawab yang bakal dihadapinya apabila dia bergelar isteri Zaid Izlan kelak.
           
Pada masa yang sama, satu lembaga yang berdiri di sudut hujung pagar sedang memerhatikan mereka. Tiba – tiba lembaga itu segera lari, seperti mengetahui kehadirannya mula disedari.
           
Sarrah segera bangun, meleraikan dirinya daripada pelukan Aunty Munirah dan  segera  bergerak ke tempat lembaga itu berada sebentar tadi tetapi tiada sesiapa pula di situ.
           
“ Siapa tu? Jiran – jiran aku ke? Tapi kenapa tak masuk? Dah tu asyik terhendap – hendap pula, macam pencuri pulak gayanya.” Sarrah mengomel sambil menjengah lagi untuk mendapatkan kepastian. Dia pasti yang dia ternampak seseorang di sini sebentar tadi.

“ Mungkin perasaan aku sahaja tadi. Mana ada orang kat situ. Mesti salah tengok ni. Aku penat sangat kot.” Sarrah mengetuk kepalanya yang dirasakan malfunction sedikit sambil cuba menyedapkan hatinya.

Sarrah kembali mendapatkan Aunty Munirah semula dan mereka berdua berjalan menuju ke laman utama di hadapan.

* Strong Baby – Lee Seung Ri ( Big Bang )

No comments:

Post a Comment