Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 3

BAB
3


Pening…


            Tiga tahun yang lalu…


            MAJLIS pertunangan Maisarrah Imelda dan Zaid Izlan berlangsung dalam keadaan yang sederhana tetapi tetap diraikan dengan meriah. Ramai tetamu yang hadir ke majlis mereka termasuklah sanak saudara yang dating dari jauh dan dekat serta sahabat handai keluarga mereka berdua.

            Namun perasaan Sarrah tidaklah segembira ataupun semeriah suasana sekelilingnya. Pedih, takut…Semuanya ada, bercampur aduk, menyenakkan hati dan fikirannya kini.

            Di hatinya ada sekelumit rasa tidak senang dan benci dengan apa yang sedang berlangsung di sekelilingnya, lebih – lebih lagi dengan keadaannya sekarang. Dia benci pada dirinya yang cukup cilik berpura – pura di hadapan seluruh keluarga dan tetamu. Tetapi semua itu bukan kehendak hatinya. Dia terpaksa.

            Sarrah tetap mengagahkan juga dirinya untuk memberikan senyuman dan memaniskan muka setiap kali ucapan tahniah dan selamat dihulurkan kepadanya, bertentangan sekali dengan gelodak perasaan yang melanda dirinya kini. Dia menepuk – nepuk dadanya yang dirasakan sebu semacam.

            “ Sabarlah wahai hati. Lakukan ini demi ibu dan baba and for Aunty Munirah sekali. You love her, right? So just do this for Aunty Munirah andFor ibu also.” Sarrah cuba memujuk hati.

            “ Aiseyman…Nasib…Nasib…” Sarrah mengeluh panjang.

            Tiba – tiba bahunya dicuit dari belakang. Dia berpaling dan dilihatnya Umairah bersama Aunty Lina, well, sudah semestinya mereka datang dengan penuh glamour.

            Amboi! Pakai baju fesyen stok tak hengat dunia! Apakah! Baju berambu kiri kanan depan belakang weyh! Barang kemas tak payah cakap lah. Macam kedai emas bergerak dah rupanya. Hohoho…Seram mak tengok!

            Sarrah menjulingkan matanya ke atas tetapi cepat – cepat pula dia menampal senyuman plastik di bibirnya.

            “ Untungnya kau dah dapat Lan…Tahniah ye Sarrah.” Umairah memberi ucapan tahniah sambil mereka berpelukan.

            Sarrah hanya mengangguk. Kejap lagi tu, mulalah mulut laser dia tu. Nak ganti mulut laser Era kot!

            “ Tahniah ye Sarrah…” Ucap Aunty Lina pula.

            “ Murah rezeki kamu. Dahlah family Lan tu kaya. Senang hidup kamu nanti. Boleh goyang kaki je…” Tambah Aunty Lina lagi.

            Bukan goyang kaki aje. Nak goyang gerudi macam Inul pun boleh tau tapi ada aku kisah semua tu?! Lan kaya? So what! Mak tak hadap duit dia okey! Hati aku ni merana sakit jiwa.

            “ Itulah. Kalau aku yang dapat Lan tu, memang aku tak lepas. Pakej lengkap gitu tapi nak buat macam mana kan, dia tak nak aku.” Balas Umairah pula.

            Tahu takpe…Jawab Sarrah di dalam hatinya, geram.

            “ Eh, lawalah baju kau ni. Tempah ek? Kat mana? Kalau aku nak bertunang ke, kahwin ken anti, bolehlah aku pergi kat tempat kau ni. Lawa kan mama baju Sarrah ni?”

            “ Berapa ribu kau tempah baju ni Sarrah?” Tanya Aunty Lina lagi padanya.

“ Entah! Aunty Munirah dengan ibu yang buat. Sarrah main sarung aje.”

            “ Erm…Bertuah kau! Dapat mak mertua kaya!”

            Sarrah menahan rasa loya tekaknya. Sakit hati pun ada jugak. Terpaksa dia terus tersengih sambil membuat muka ketat. Ikutkan hati, mahu aje bagi penangan wanita tapi harap mereka berdua tu mak cik dengan sepupu, so sabar ajelah. Ada ke patut cakap macam tu kat majlis pertunangan orang?! Motif sangat!

            Dua beranak ni memanglah! Kat mata tu asyik bling bling aje yang nampak. Duit…Duit… Semua benda nak ukur dengan harga! Eh, aku pun tak heranlah dengan duit Lan or dengan duit Aunty Munirah tu tapi hati aku ni yang sakit tau! Kau orang tahu apa! Memanjang dok bercerita pasal Gucci, Prada, Fendi…Macam tak ada benda lain dalam dunia ni. Erm…apa – apa ajelah! Asal kau orang bahagia.!

            “ Tak apalah, aunty dengan Umairah ni pun nak pergi jumpa Datuk Halim pulak, ada benda sikit nak cakap. Once again, tahniah ye saying…Moga kamu berdua sampai ke jinjang pelamin.

            Leher Sarrah rasa seperti dijerut apabila mendengarkan ucapan yang terakhir itu.

            Kahwin? Satu – satulah dulu. Itu, nanti – nantilah. Mahu sakit jiwa aku nanti.

            Sarrah kembali memikirkan kemungkinan dirinya hidup bersama Lan pada suatu ketika nanti.

            Boleh ke? Fikir Sarrah lagi sambil melihat Aunty Lina dan Umairah terkedek – kedek berjalan menuju ke arah pak ciknya, Datuk Halim. Erm…Bisnes apalah pulak tu dia nak propose kat Uncle Halim tu…
           
            Tapi kahwin dengan Lan? Mungkinkah Lan adalah prince charming yang dinantikan selama ini, yang sering diimpikannya sebelum ini?

            Sarrah…Sarrah…A thing to ponder for the rest of your single, solo life yang tinggal beberapa bulan aje lagi. Lepas tu kau nak ponder apa pulak, Sarrah? How to be a good wife and mother? Aisey… Nak memikirkannya aje den dah naik goli weyh! Ngee

            Mungkinkah? Mungkinkah bersama, dua jiwa ini…Dalam mencari cinta sejati…

            Cewah, Sarrah! Jangan nak berdrama okey?! Stok syahdu Anuar zain pulak. Cet!

            “ Tapi itulah! Kau sendiri jugak yang gila nak setuju dengan semua ini. Siapa suruh? Konon nak tunjuk hebatlah. Cakap berapi stok tak hengat dunia!” Sarrah berbaring sambil menengadah mukanya mengadap siling bilikya.

            Baju yang tersarung di badan dilihat semula.

            Lantaklah nak jadi apa dengan baju ni. Tuning je pun, bukannya apa – apa sangat kalau baju aku ni rosak pun kan?”

            “ Nak godalah, pujuklah tapi habuk pun tada! Sekarang, apa dah jadi? Padan muka kau!” Sarrah terus mengomel.

            Dia kemudiannya bingkas bangun dan berdiri di hadapan cermin sambil mengutuk bayangan dirinya di hadapan cermin biliknya itu.

            Semenjak pagi, hatinya asyik berdebar – debar. Dag Dig Dug gitu. Teringin juga untuk bercerita, berkongsi perasaan tetapi tiada sesiapa pula di sisi. Abang Naym tiada malahan kawan – kawan dari pihak dia dan tunangannya pun tiada. Tidak dijemput. Bagi dirinya, biarlah hal pertunangan itu dirahsiakan terlebih dahulu daripada sahabat handainya. Dia masih perlukan masa untuk dia bertenang dan menyesuaikan dirinya untuk  menghadapi ‘masalah terbaru’ diriya iaitu bergelar tunangan orang! Tunangan Zaid Izlan pulak tu! Huh! Seram!

            Sarrah berdiri lagi di hadapan cermin besar yang tergantung di penjuru dinding biliknya itu. Dapat dilihat dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Membelek – belek dirinya yang sudah dihias selain cuba untuk menghilangkan rasa gementarnya. Diperhatikan juga baju dan seluruh perhiasan yang tersarung pada tubuhnya kini.

            “ Cantik jugak aku nikan bila didandan macam ni gaya. Rasa macam model baju pengantin pun ada bila tengok aku pakai baju ni. Cun beb! Boleh ganti Maya Karin ni.”

            Sarrah memandang dirinya. Pecah tawanya bila memikirkan keadaannya yang bercakap seorang diri di sini dan memuji diri sendiri.

            Orang gila pun boleh jadi lagi gila kalau tengok aku ni.

            Semuanya untuk menghilangkan perasaan bercamur baur yang bersarang di dalam hatinya itu.

            Dia dapat merasakan bahawa semua orang akan mempunyai perasaan gembira apabila bersatu dengan orang yang dicintai namun semuanya tiada makna yang istimewa bagi dirinya. Bukan ini yang diimpikan oleh dia. Bukan ini perasaan yang diharapkan ketika dia berangan – angan memikirkan hari pertunangannya dahulu.

            Dia tidak mencintai Zaid Izlan. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu majlis itu diadakan. Biarlah hari itu berlalu begitu sahaja seperti hari – hari sebelumnya, aman dan tiada lagi kejutan sehinggalah a few weeks back. Hari – harinya masih lagi aman sehinggalah Zaid Izlan mula ‘mencelah’ dengan rasminya ke dalam hidupnya. Rasa nak lari pun ada jugak. Biar gempar jadinya nanti, dia tak nak ambil peduli tetapi bila difikirkan akan perasaan ibu dan baba, niat gilanya itu segera dimatikan.

            “ Kalau aku lari sekarang, terus kecoh woo, huru hara ibu and baba. Famous satu kampung tu…Tapi sini Bandar bukan kampung, argh! Tapi tak kisahlah.” Sarrah memicit dahinya yang sedikit pening. Yang pasti idea itu tak mungkin dia laksanakan. Akal fikirannya masih waras. Tidak mungkin dia menconteng arang ke muka kedua ibu bapanya.

            Tetapi Lan hanyalah sekadar abang di hatinya dan tidak lebih dari itu. Bagaimana dia harus membuatkan hatinya menerima Zaid Izlan? Bagaimana dia harus menyesuaikan dirinya bila berada bersama dia kelak? Mampukah dirinya untuk melakukan semua itu?

            Alangkah bagusnya jika abang Naym masih ada bersama di sini untuk membantu dirinya, namun abang Naym telah lama pergi. Pergi tanpa meninggalkan sebarang khabar. Masih terngiang – ngiang di telinga Sarrah akan pergaduhannya dengan ibu, dengan baba pun samalah! Meskipun dia sendiri tersepit dengan kehendak ibunya itu, dia juga tidak mahu menyakitkan hati ibu seperti mana yang abang telah lakukan dahulu walaupun dia pasti abangnya langsung tidak berniat untuk melakukan semua itu.

            Bila dikenang semula segala perdebatan akan hal pertunangnya itu, memang hatinya sakit. Semuanya sebab Lan!

            “ IBU, adik tak nak bertunang lagi bu, lagi – lagi dengan Lan. Please ibu. Janganlah paksa adik.” Sarrah cuba memujuk ibunya, berharap yang ibunya mungkin mahu berubah fikiran.

            “ lagipun, dia kana bang sepupu adik, dah macam abang adik sendiri. Dari kecil lagi adik dah kawan dengan dia, buat apa – apa pun sama – sama, takkan tiba – tiba nak kahwin kot? Peliklah ibu. Tak payahlah ibu, tolonglah…” Bertubi – tubi bantahan keluar dari mulut Sarrah.

            Permintaan ibu ketika menelefonnya dua hari lepas yang meminta dirinya untuk pulang disambut baik. Lagipun, dia memang ingin menggunakan masa yang ada untuk merehatkan diri dari suasana kampus dan assignments yang berlambak tapi masalah lain yang lebih serius pula menimpanya.

            Kena tunang kot! Ingat nak buang sikit masalah yang bersarang dalam kepala otak tapai ini dah jadi bersimpul habis, berselirat samapai nak meletup rasanya kepala.

            Tak dapat buat apa – apa dah kalau dah sampai tahap macam ni. Nampak gayanya macam nak kena paksa terima ni!

            Argh…Sakitnya jiwa dan ragaku ini! Sengal!

            Puan Larasati hanya diam mendengarkan keluhan atau amarah anak perempuan tunggalnya itu. Maisarrah Imelda merupakan satu – satunya permata hati bagi dirinya dan suaminya selepas kembar kepada Sarrah meninggal dunia dan Naym pula pergi meninggalkan mereka. Kembar Sarrah, Maisarrah Nastisha menghidap komplikasi jantung dan hanya bertahan selama setahun lebih sahaja selepas dilahirkan. Naym Mukhriz, anak sulungnya pula membawa diri ke Australia bersama isterinya yang tidak tahu akan asal usulnya. Kerana menentang pilihan hati Naym, anaknya itu membawa diri. Kini hanya tinggal Sarrah yang masih belajar di universiti tempatan. Kalau boleh, dia tidak mahu kejadian yang serupa berlaku lagi. Tidak mahu pisang berbuah buat kedua kali. Dia tidak mahu anaknya ini pergi meninggalkannya juga seperti anak – anaknya yang lain.

            Puan Larasati menarik nafas dalam – dalam.

            “ Adik, cuba dengar cakap ibu dulu. Kan adik juga yang cakap yang Lan tu abang sepupu adik, so apa masalahnya? I don’t see any problems here. You know him all your life. Makan pun sama – sama, bermain pun kamu berdua sampai mandi pun dulu ibu juga yang mandikan kamu berdua,” Puan Larasati tiba – tiba ketawa kecil apabila mengingatkan kerenah mereka ketika mereka masih kecil. Kerana terlalu memberi perhatian kepada Zaid Izlan, Sarrah merajuk dengan dirinya sampai disuruh mandi pun begitu liat. Penyudahnya, apabila melihatkan dia memandikan Zaid Izlan, Sarrah sendiri satang minta dimandikan. Dengki agaknya Sarrah kepada Zaid Izlan yang mendapat perhatian lebih berbanding dirinya pada waktu itu.

            “ That’s why adik tak nak dengan dia ibu! Dari kecil lagi kami berdua bersama. Hamper semua benda, kami buat sama – sama kecuali lepas Lan masuk asramalah. Masa itu sahaja kami berdua dah tak rapat. Tapi still tak perlu nak tunang kot…” Sinis sahaja suaranya.

            “ Pelik sangatlah…Adik tak suka!” sarrah menghentak kakinya, cara dia cuba menegaskan pendiriannya.

            “ Kalau dari kecil dah sama takkan nak sambung sampai tua lagi ibu? Bosanlah adik nanti.” Sarrah membebel lagi. Dihentak lagi kakinya berulang – ulang kali.

            Puan Larasati masih diam.

            “ Adik tak bolehlah ibu. Pelik! Pelik! Pelik! Tak suka! Tak suka! Tak suka!” Sarrah menjerit pula bila aduannya tadi langsung tidak mendapat tindak balas dari ibunya.

            Tak patut betul nak kahwinkan aku dengan mamat tu! Tak boleh diterima akal langsung! Tak ada orang lain yang lagi releven ke? Ini tidak, Zaid Izlan jugak. Argh, stress!

            “ Adik dah anggap dia macam abang adik sendiri, macam abang Naym tu, bu. Mana boleh nak suruh kita orang kahwin?!”

            “ Baba, tolonglah adik. Adik tak nak. Cubalah baba cakap dengan ibu ni. Suruh ibu tukar fikiran ibu tu.” Sarrah beralih pada babanya, cuba meraih simpati, mengharapkan babanya akan membantu dirinya keluar dari masalah itu.

            “ Please baba, tolonglah adik. Tolonglah pujuk ibu ni! Adik cakap adik tak nak, adik tak naklah! Susah sangat ke nak terima?!”

            Sarrah semakin menyinga. Dia tersangat marah dengan idea ibunya yang dianggap begitu gila itu.

            “ Adik tak sukalah kena paksa – paksa macam ni. Pleaselah ibu, bab, ini bukan zaman dululah! Adik baru nak masuk dua puluh satu, muda lagi! Banyak benda lagi yang Sarrah tak buat. Tiba – tiba aje nak kena kahwin. Hish! Tak sukalah!”

            Amukan Sarrah semakin ketara. Semakin kuat hentakan kakinya di lantai sambil hujung bajunya dikuis – kuis. Dahlah suruh dia balik dengan tiba – tiba, sekarang dia disuruh bertunang pulak. Dahlah kena bertunang, lepas tu mesti kena kahwinnya dan lepas tu mesti mula nak menimang timbang cucu pulak. Sure benda tu ada punya.

            Argh!!! Serabut kepala dibuatnya. Pusing teramat pusing kepala ni. Kalau dengan orang lain tak apa juga, boleh juga nak dipertimbangkan, tapi ini dengan Lan, sepupu yang telah dianggap seperti abang kandungnya itu.
            That is totally absurd! Tak dapat diterima langsung! Lagipun, aku still mudalah, baru nak masuk dua puluh satu tahu. Baru berazam nak kekalkan status solo ni lama – lama. Tak remaja betul kena kahwin awal ni.

            Hish!!! Kacau!

            “ Baba tak boleh buat apa – apa dan memang tak nak buat apa – apa pun because I don’t have any objections. Semuanya ibu yang tentukan and baba rasa memang tak ada salahnya. Baba sokong apa yang ibu buat. It’s for your own good. Lagipun, baba pun suka apa dengan Lan tu. Baik apa dia.”

            Encik Radzwill cuba sebaik mungkin untuk menenangkan Sarrah. Berhati – hati menuturkan setiap baris ayat yang keluar dari mulutnya. Salah cakap, lagi meletup pula anak gadisnya itu nanti.

            Puan Larasati mengangguk, tanda bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh suaminya itu.

            “ Handsome pun handsome kan?” Sengaja Encik Radzwill menambah lagi, mahu mengusik sarrah.

            Mata Sarrah terbeliak.

            Biar betul?! Baba pun sama komplot dengan ibu?!

            Ces! Matilah saya!

            “ Lagi pula, bila kamu berdua bertunang, hubungan family pun insyaAllah akan lebih rapat. Kan elok kalau macam tu.” Encik Radzwill memandang anak perempuannya itu sambil tersenyum. Senyum mengejek. Tahu akan perangai anaknya itu yag amat keras kepala itu. Apa yang dicakap harus diturut. Kalau hitam katanya, maka hitamlah. Kalau putih, putihlah jadinya. Dari kecil, kehendaknya sering diturut, dan mestilah dia mengamuk jikalau dia pula dipaksa melakukan perkara yang tidak disukanya. Sudah masak benar akan perangai anak gadisnya yang satu itu.

            Sarrah hanya mencemik. Dia mati akal. Dia tidak sangka yang baba juga telah bersepakat dengan mama untuk menyatukan dia dengan Zaid Izlan.

            Bukan ke selama ini baba selalu back up aku, tapi kenapa hari ini dia boleh setuju dengan rancangan gila ibu ini? Konon sebab nak eratkan hubungan family. Kan okey je selam ni. Erat aje. Mana ada apa – apa masalah pun dengan Aunty Munirah. Okey aje dengan Lan, Is and Aunty Munirah. Tak payah nak rapat – rapat. Kalau betul nak rapat, jangalah suruh orang kahwin! Banyak lagi cara lain. Hish!

            Mahu sahaj dia menghamburkan kata – kata tersebut, tetapi dipendamkan sahaja kerana takut nanti dikatakan anak kurang diajar.

            Anak siapa? Anak dara larasati dengan Radzwill jugak. Ibu dengan bab juga yang dapat nama ‘baik’.

            Baik diam dulu. Kita relax dulu ye Sarrah. Fokus dan concentrate then baru cari jalan

            Sarrah menarik nafas dalam – dalam, cuba menenangkan diri dalam keadaan yang ternyata tidak memihak kepada dia.

            “ Ibu, tolonglah. Jangan buat adik macam ni ibu. Adik tak nak kahwin lagi…adik muda lagilah kalau nak kahwin sekarang ni.” Sarrah menggunakan nada yang serendah mungkin, cuba berdiplomasi dengan ibunya.

            “ Alah, alasan! Ibu dulu pun kahwin awal jugak. Umur dua puluh. Okey je.”

            Sarrah menggetap bibir.

            Itu zaman ibu. Kalau adik hidup kat zaman ibu, adik dah kahwin dengan Ahmad Nordin ke, Rahim Maarof ke…Jins Samsudin pun adik boleh tackle tau! Hish! Angin aku ibu ni. Ada ke patut nak banding zaman sekarang dengan zaman dia dua puluh tahun lepas?!

            “ Tolong ibu, jangan buat ye majlis ni…Please…Bukan majlis ni. Tak perlu buat majlis apa – apa pun. Please…” Sarrah merayu lagi. Dia amat berharap hati ibunya akan lembut juga apabila mendengarkan rayuannya itu.
           
            Puan Larasati memberi jelingan yang mampu membawa maut kepada Sarrah jika kekuatan jelingan itu ditambah lagi beberapa kilowatt, macam kejutan elektrik gitu. Kecut perut Sarrah dibuatnya.

            Melihatkan pandangan itu, Sarrah tahu kali ini memang tiada apa yang dapat dan mampu mengubah keputusan ibunya itu. Ibunya itu memang sudah tekad dengan usulnya tadi.

            “ Ibu tak kira, ibu dah janji dengan Aunty Munirah untuk adakan majlis pertunangan Sarrah dengan lan hari Sabtu depan. Sarrah jemputlah mana – mana kawan Sarrah untunk datang majlis Sarrah nanti and pesan sekali kat Lan. Dia kan satu kampus dengan kamu and that is final!” Puan Larasati bertegas. Dia sudah bulat hati. Sarrah mesti ikut kehendaknya yang satu ini.

            Ewah ibu ni, tiba – tiba tegas semacam, macam cikgu besar aje gaya lagaknya. Kalau pasal Zaid Izlan kesayangannya tu, semua benda ibu sanggup terjah. Aku ni dah habis merayu sampai nak keluar air mata darah dah ni pun tapi still ibu tak nak berubah hati?!!

            AndAnd semua benda dah plan?! What the?!

            Parah! Matilah aku macam ni!

            Buatnya ibu panggil tok kadi and nikahkan aku malam ni jugak, macam mana?

            Tak ke haru tu?

            Tapi…Takkanlah ibu nak buat macam tu kan?

            Tak mungkin…Tak mungkin…Impossible!

            Sarrah meyakinkan dirinya semula, melontarkan semua perkara yang menyusahkan itu jauh – jauh dari otaknya.

            Sarrah mencemik. Mulutnya terkumat – kamit, membebel sendirian.

            Semua benda dah plan, lagi mahu tanya orang?! Sengajalah tu nak sakitkan hati orang!

            Lagi satu, ibu nak suruh aku pesan benda – benda ni semua pada Lan?? Pada Lan?? Mamat tu?!

            Huh! Sampai mati pun aku tak nak buat! Nama aje satu kampus, tapi bila nampak orang, bukannya bertegur sapa, buat tak tahu aje. Pulak tu, boleh pulak dia buat muka ketat lagi, berlagak betul! Dia yang gatal nak bertunang, kenapa aku pulak yang nak kena susah – susah beritahu dia semua benda?! Hish…Tak kuasalah saya!

            Sarrah hendak menyampuk kata – kata ibunya tadi, memberitahu sikap Lan terhadap dirinya selama mereka berada di kampus tetapi terpaksa ditahannya dahulu.

            Susahnya nak kena tahan marah ni!

            Dah memang betul. Jumpa aje orang, dia boleh buat tak tahu je. Terus sahaja berjalan. Senyumannya juga tidak dibalas. Ingat dia bagus sangatlah tu. Senyum pada kucing kafe yang banyak berkeliaran kat situ lagi bagus daripada senyum pada mamat seorang itu. Benci! Mamat sengal! Poyo!

            “ Lagi satu, ibu dah suruh Lan dating sini esok. Bawa adik keluar beli barang – barang persiapan sikit.” Puan Larasati tiba – tiba bersuara semula, memecah kesunyian yang tiba – tiba menyinggah kerana muzik yang didendangkan oleh Sarrah melalui hentakan kakinya itu tadi tidak lagi kedengaran.

            Sarrah serta – merta berhenti dari menguis bajunya apabila mendengarkan nama Lan disebut lagi oleh ibunya.

            Mamat tu nak datang sini? Motif sangat!

            Apa lagi agenda ibu ni? Tak habis – habis dengan Lan. Tak ada nama lain ke? Naik jelak dah dengar nama mamat tu. Rasa nak cekik – cekik aje dia tu bagi mati. Waktu kecil dulu tak nak mati, bila dah besar, susahkan orang pulak. Susahkan aku pulak tu. Tak ada orang lain ke nak kacau?! Hish! Lelaki memang menyusahkanlah! Kenapalah nasib aku dengan lelaki selalunya malang?!

            “ Kenapa Lan nak ambil adik? Nak pergi mana pulak?” Sarrah membalas dengan keras.

            Ewah, suka hati dia aje nak bawa anak dara orang keluar?!

            Suka – suka hati dia aje. Banyak cekadak!

            Ini aku benci ni! Ingat aku nak sangat ke ikut dia tu keluar?! Lagipun dia ada kat Pahang ni ke?

            Buat apa? Tak ada kerja ke?

            Ces! Benci! Nyah kamu dari hidupku!!! Sarrah menjerit geram di dalam hati.
           
            “ Adik tak nak keluar dengan dia! Kalau ikutkan hati adik ni, lepas apa yang dia buat ni, adik tak nak jumpa dia lagi. Kalau adik nampak dia, adik cekik – cekik dia.” Sarrah menggayakan cara mencekik. Meskipun di tangannya hanyalah udara, dia cuba membayangkan kepala Lan berada di tangannya. Akan dicekik sekuat hati. Biar putus nafasnya, lepas tu tak adalah menyusahkan orang lagi.

            Biar semua orang tahu how much I loathe that person! Tapi seronok jugak kan kalau betul – betul boleh buat macam tu?

            Idea jahat mula singgah dan menghuni benak Sarrah akibat terlalu geram dengan Zaid Izlan.

            Hish Sarrah! Kau ni merapu pulak. Sempat lagi tu! Bengong!

            Fokuslah, concentrate, kalau tak, nanti kena kahwin, kena beranak pinak. Kes aniaya itu! Kau nak ke? Sarrah menggelengkan kepalanya, membuang semua akal jahatnya tadi.

            “ Adik dah terpaksa setuju nak ditunangkan dengan dia pun dah kira dia tu bernasih baik, ini pulak nak bawa Sarrah keluar?! Amboi…Banyak cekadak dia.” Sarrah bangun sambil mencekak pinggangnya.

            “ Dia ingat dia tu siapa? Bagus sangat ke?! Suka hati aje! Macamlah kita ni nak sangat kat dia tu! Huh!” dihamburkan lagi segala amarah kepada ibunya. Dia tidak kira dan dia sudah malas hendak ambil tahu. Apa nak jadi, jadilah. Dia sudah penat menahan amarah di dalam hatinya. Ingin dikeluarkan segalanya. Diluahkan segala lahar yang menggelegak di dalam hatinya itu.

            Biar ibu tahu! I don’t give a damn about this crap!

            Zaid Izlan…God know how much I hate you right now!!! Urghh!!!

            Sarrah menyumpah lagi dalam hati. Banyak betul ‘pahala’ yang telah dia sedekahkan pada Zaid Izlan hari ni, macamlah pahala dia sendiri ni banyak sangat.

            ‘Pemurah’ sangatlah pulak aku hari ni tapi lantaklah! Yang penting puas hati ini dapat menyumpah dia!

            Menjegil mata Puan LArasati mendengar kata – kata puterinya yang sorang tiu. Diurut dadanya menahan sabar dan rasa terkejut.

            Bertuah punya anak. Ada ke patutu cakap macam tu dengan orang tua. Tak ada adab betul!

            Marah benar Sarrah dengan rancangan pertunangnya dengan Zaid Izlan tetapi kerana janji telah diungkap kepada munirah, janji itu tetap akan dikotakan. Lagipun ini juga merupakan kehendak dan permintaan terakhir arwah Azlan. Amanah orang tetap ingin ditunaikan tidak kira apa terjadi. Akan tetap cuba dilaksanakan. Akan cuba dipujuk anaknya itu baik – baik. Jika dengan cara baik pun dia masih tidak mampu memujuk Sarrah, maka dia terpaksalah berkeras.

            “ Habis tu, barang hantaran macam mana nak buat kalau kamu berdua tak keluar memilihnya? Tak membelinya? Ada di tepi jalan ke semua benda itu? Atau benda – benda tu semua boleh senang – senang turun dari langit? Boleh pancing dari sungai? Gitu ke?!” Puan LArasati membidas sambil menyindir. Pening pun ada dengan kerenah anaknya yang seorang ini.

            Amboi! Boleh tahan hebat juga ibu aku ni jadi loyar buruk. Sekali dia cakap, hah! Ambik kau! Semua benda keluar. Sarrah sempat bermonolog sambil mukanya terus menjeruk.

            “ Sebab itulah ibu suruh Lan datang, bawa kamu keluar shopping. Biar kamu berdua tentukan apa yang kamu hendak buat untuk dibuat hantaran nanti.” Puan Larasati berlembut pula, dia tetap ingin cuba memujuk anaknya itu. Kalau boleh, dia mahu anaknya bersetuju dan melaksanakan hal ini dengan hati yang penuh rela.

            Mendengarkan suara ibunya yang tidak lagi keras seperti tadi, hati Sarrah sedikit cair.

            “ Kalau Sarrah tak nak apa – apa, boleh tak ibu? Tak payah susah – susah nak buat hantaran ni semua, boleh?” Sarrah bertanya dengan lurus bendulnya. Soalan yang dirasakan sememangnya tersangatlah bodoh, tetapi lancar dan ringan sahaja keluar dari mulutnya.

            Dah terlepas, nasib kaulah labu…Biar ajelah! Confirm bernanah telinga aku lepas ni! Aiseyman

            “ Hish budak ini! Ada ke patut tanya macam tu? Tak pernah keluarga kita buat hal – hal bertunang ni sambil lewa aje. Ada ke patut tak perlu sedia apa – apa? Nanti apa jiran mengata. Ibu tak peduli, kamu berdua keluar dan carilah apa – apa untuk dibuat barang hantaran. Lepas itu, biar ibu dengan Aunty Munirah yang uruskan. Kamu berdua duduk diam dan tunggu sahaja hari pertunangan nanti, tak perlu nak risau atau buat apa – apa.’

            Kan betul aku cakap! Macam jet pejuang punya missile je ibu start membebel. Telilnga ni pun, memang dah bernanahlah ni. Cotton buds please!!! Telinga saya sakit!

            Sarrah tak mampu lagi membalas kata – kata ibunya lagi. Kalau ditentang lagi, tak pasal – pasal derhaka, jadi Anakku Sazali versi perempuan pulak. Tak habis pula nanti kalau dia asyik mahu berdebat dengan ibunya.

            Sarrah mengeluh lagi mengenang nasib diri. Lagu ‘Berhenti Berharap’ dendangan Sheila On 7 tiba – tiba mula berdendang. Nampaknya, memang dia tidak mempunyai harapan untuk melepaskan diri dari natijah ini. Terpaksalah aku terima aje kan? Duduk diam – diam jelah, jadi anak ibu yang baik gitu.

            Tapi, boleh ke aku duduk diam aje pasal hal pertunangan ini?! No…No…No…It is so not me! Ini Maisarrah Imelda tau! Selagi tak sampai hari pertunangan itu, selagi itulah aku akan berusaha untuk mempengaruhi Lan supaya membantah idea pertunangan ini.

            Tetapi, big tetapi there…Nak ke mamat tu ikut cakap aku nanti? Motif sangat kan kalau dia nak ikut cakap aku? But, there’s no harm in trying, kan? Usaha itu tangga kejayaan. Ingat itu adik – adik.

            “ Hurm…hai hidup! Kenapalah semua benda ni jadi pada aku? Tak ada orang lain ke?” Sarrah mengeluh lagi. Hatinya masih berbelah bahagi, antara kehendak hati ataupun kehendak ibunya.

            Bolehkah dia melawan kehendak ibunya itu?


            SELEPAS makan malam Sarrah terus mengurung dirinya di dalam bilik. Geram di hatinya masih lagi bersisa. Ikutkan rasa hati, mahu sahaja Sarrah lari dari rumah tetapi ke mana pula dia hendak membawa diri. Sarrah menjadi bingung memikirkan majlis yang akan diadakan itu. Apa yang hendak jadi, dia sendiri pun tak tahulah. Dia pun sebenarnya sudah malas hendak mengambil tahu.

            Semua ni Lan punya pasallah. Tiba – tiba nak betunang dengan aku. Selama ni nak bersua muka pun susah, apatah lagi kalau nak duduk berborak. Tak adanya semua itu, haram! Ini tiba – tiba nak bertunang pulak? Demam kea pa dia tu? Sihat ke tidak?

            “ Lan…Lan…Kenapalah Lan nak bertunang dengan Sarrah? Tak ke pelik semcam tu? Kenapa? Kenapa?” Sarrah menggoyang – goyangkan kakinya sambil menengadah mukanya mengadap siling biliknya yang dirasakan luar biasa cantiknya hari ini.

            Hai Sarrah! Memang sahlah kau ni dah mereng sebab kes nak kena tunang paksa ni!

            Tak apa…Tak apa… relaks dulu Sarrah. Jangan panic, esok kita cuba pujuk dia, goda dia untuk batalkan majlis ini. Kita goda – goda, pujuk – pujuk dia sikit dan dia kena setuju. Oaksa dia setuju. Lepas tu, kalau dia cakap dengan ibu, ibu dah tak boleh buat apa – apa lagi. Tak bolehlah nak paksa – paksa aku lagi.

            Sarrah memberitahu kepada dirinya sambil ketawa mengekek – ngekek. Dia mesti melaksanakan pelan kecemasannya itu.

            Dipeluk patung lembu pemberian abnag Naym pada hari lahirnya yang ke enam belas dulu. Digelar patung lembu itu MoMo. Pada MoMolah, dia selalu mengadu nasib. Tidak pernah ditinggalkan MoMo itu walau ke mana dia pergi. Tetap akan dikeleknya juga, buat peneman tidur,

            “ MoMo, MoMo rindu tak kat abang?” Sarrah memegang kepala MoMo dan membuatkan MoMo terangguk – angguk.

            “ Kita pun rindu kat abang jugak. Best kan kalau abang ada kat sini kan? Kan MoMo kan? Sarrah menolong MoMo menganggukkan kepalanya lagi.

            “ Abang Naym, kan bagus kalau abang ada kat sini. Bolehlah abang tolong adik. Abang pun mesti tak nak kan sepupu a.k.a best friend abang tiba – tiba jadi adik ipar abang, betul tak?”

            “ Sarrah tahu abang mesti tak suka punyalah. Baliklah abang. Adik rindu abang. Kalau abang ada, kita mesti boleh lawan ibu punya.”

            Kebiasaannya, pada abang Naymlah Sarrah meminta bantuan. Abang Naym pasti akan menolongnya tetapi sebelum menghulurkan bantuan, pelbagai syarat yang dikenakan. Syarat yang entah apa – apa pulak itu. Hendak meminta pertolongan, kena berkorban sedikit. Berkorban hati dan perasaan. Sebabnya, dia mesti akan didera secara mental atau fizikal oleh abangnya itu. Abangnya itu memang agak sengal dan sedikit mereng dari segi kesihatan mentalnya. Kadang – kadang macam monyet terlepas dari zoo sahaja lagak gayanya. Monyet pun kadang – kadang tak macam dia. Suka sangat mengusik dan menyakat dirinya.

            “ Kalau abang balik sekarang, berjuta syarat pun adik sanggup tunaikan, adik tak kisah asalkan abang boleh lepaskan adik dari idea ekstrem and ganas ibu ini.”

            “ Abang!!! Where the hell are you?? Baliklah cepat abang. Adik dah kritikal sangat ni. I need you!”

            “ Somebody saves me…”

            Sarrah tiba – tiba menyanyi lagu tema siri Smallville yang sedang rancak ditayangkan di TV3, nyanyian Remy Zero. Dia mengharapkan abangnya atau sesiapa sahaja akan dating dan selamatkan dirinya daripada ‘musibah’ yang melanda dirinya itu. Dia sudah penat. Dia penat untuk terus bertekak dengan ibu dan babanya. Tiada siapa yang berada di sampingnya untuk menolong. Harapkan baba, tapi baba pun sama! Komplot dengan ibu! Siapa lagi ada?

            “ Abang…Baliklah cepat…” Benak Sarrah mulai sesak apabila dia terus – menerus memikirkan musibah yang baru menimpanya itu. Dia amat memerlukan seseorang untuk mengadu nasib. Sarrah hanya mengeluh panjang. Puas mengomel seorang diri, lama – kelamaan Sarrah terlelapp juga dengan ingatnnya masih kepada abangnya.
           

No comments:

Post a Comment