Thursday, October 14, 2010

Cinta Bertandang Lagi 8

BAB
8


 Sahabat…


 WHAT? Bertunang? Apakah?!!”
           
Nyaris tersembur air yang diminumnya tapi mujur sempat ‘dibrek’terlebih dahulu. Kalau terlepas, mahunya makhluk di depannya itu bermandikan jus orennya yang sedap semacam hari ini.

Sengaja dia menegur Sarrah tentang cincin baru yang tersarung di jari manisnya. Cincin yang tidak pernah pula dilihatnya selama berkawan dengan Sarrah ni. Cincin emas putih yang berukirkan bentuk hati di atasnya menarik minatnya lantas membuatkan dia bertanya. Ternyata jawapan yang keluar dari mulut Sarrah memberikan impak terkejut yang hebat kepadanya.

Bertunang? Dengan siapa? Bila masa pulak? Kenapa aku, Qistina Qaleeb boleh tak tahu pulak ni?

Ek eh, memang perlu ke manusia bernama Qistina Qaleeb kena tahu. Budget bagus la pulak kau ni! Tak perlu kot…tapi nak jugak tahu!

“Bila pulak kau bertunang?” Qistina terus sahaja bertanya. Tumpuannya kini sepenuhnya diberikan pada Sarrah. Hot story weyh. Sarrah dah bertunang tu…

“ Tapi, kenapa kau tak ajak aku? Sampai hati kau membelakangkan aku dalam hal – hal yang penting macam ini, Sarrah.” Qistina membuat muka kesian. Terasa juga hatinya kerana tidak dimaklumkan akan hal pertunangan Sarrah itu apatah lagi diundang ke majlis tersebut.

Sarrah hanya membuat muka tidak berperasaannya. Malas dia hendak menjawab soalan – soalan Qistina itu, at least not for the time being. Tak kuasa!

Melihat Sarrah yang langsung tidak mempedulikannya, Qistina mula naik angin.

“ Kau memang kan? Sengaja buat aku macam ni!” Dia menepuk peha Sarrah sekuat hati. Mata Sarrah yang terjegil memandangnya dibiarkan sahaja. Sedikitpun dia tidak takut.

Memang patut pun kau kena! Itu baru sikit! Tunang pun tak nak beritahu aku. Sengal! Memang lama hidup minah ni.

 “ Tapi kan babe, aku tak dapat agak pulak siapa mamat tu.”

Sarrah menggeleng kepala. Cepat betul mood dia berubah. Kejap tadi marah tapi sekarang ni dah on mode kepoh dia! Qis…Qis…

“ Beritahulah aku weyh…Kau bertunang dengan siapa?” Suara Qistina mula melerek seakan merayu.

Sarrah mencebir. Apa kes minah ni… nak kecoh – kecoh pulak? Aku tunang aje pun, bukannya kahwin lari kat selatan Thai ke apa. Itu pun nak kena buat drama ke?! Sarrah membebel sendiri.

“ Aku yang bertunang, buat apa susah – susah nak ajak kau? Kenapa nak tahu sangat siapa mamat bertuah yang bertunang dengan aku tu?” Sarrah membalas.

Ini baru dia bertunang, bukannya kahwin lagi. Apalah perempuan ni nak buat kalau hari tu aku kahwin dan bukannya bertunang? Mahunya dibakar aku ni hidup – hidup. Ala – ala Joan of Arc gitu.

“ Lagipun, buat apa aku nak ajak kau? Nak share tunang ke? Apa? Kau ambil separuh, aku ambil separuh, macam itu?” Sarrah membalas dengan selamba pertanyaan sahabat baiknya itu.

“ …tak payah susah – susah nak kongsi ke apa. Setakat dia tu, aku bagi free aje kat kau tau! Kalaulah boleh aci pas macam tu aje…” Tambah Sarrah lagi.

Aik, gaya cakap macam kau tak berkenan aje dengan mamat tu. Apa cerita sebenarnya ni, babe? Cuba kasi cerita sikit sama aku…”

Sarrah memandang Qistina dengan perasaan hati yang masih berkecamuk.

Qis, kalaulah kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni…

Qistinalah orang pertama yang ditegur Sarrah ketika hari pendaftaran di universiti mereka, kira-kira hampir empat tahun yang lalu, ketika mereka masih dalam foundation year. Mereka berjumpa sewaktu briefing scholarship oleh MARA. Kebetulan mereka mengambil course yang sama, Kejuruteraan Kimia membuatkan hubungan mereka bertambah akrab. Mereka sering berdua walau ke mana – mana sahaja dan mereka juga telah menjadi housemates hampir dua tahun sekarang.

“Kau ni kadang-kadang boleh tahan bendul jugak kan.” Dibidasnya Sarrah dahulu sebelum menyambung lagi.

Sarrah mengerut dahi. Apa hal pulak ni?

“ Yelah, kenapa kau tak beritahu aku yang kau nak bertunang? Aku pun nak tengok kau pakai baju cantik-cantik, jadi minah ayu gitu.” Qistina menyisip jus orennya, menyejukkan hatinya yang mula nak berapi kerana tindakan Sarrah yang telah selamat bertunang tanpa memberitahunya dahulu.

“ Tapi dah tak ada can. Nak buat macam mana kan. Orang tu tak jemput kita.” Qistina membuat muka sedih, sedikit berjauh hati.

Perempuan ni memang ada masalah! Langsung tak cakap apa – apa. Itu pun nak main chak khun chak ke? Gila! Qistina terus menggelengkan kepala, mengenangkan perangai kawannya yang satu itu.

 “By the way, who’s the unfortunate guy? Gambar pun takkan tak ada kot?” Qistina bertanya lagi.

Ingin juga dia tahu perihal pertunangan Sarrah itu. Manalah tahu tiba – tiba sahabatnya itu bertunang dengan artis terkenal ke, VVIP ke dan sebab itu nak berahsia. Maybe jugak kan. Siapalah yang tahu kan. Apa – apa pun boleh jadi dalam kes minah ni.

“Lan” jawab Sarrah. Mudah.

“Lan mana satu? Lan budak petroleum tu ke?” Qistina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Dia ingat Lan tu ada satu aje ke dalam dunia ni? Manalah aku tahu yang mana satu. Mudah aje minah ni jawab. Sengal betul!

Mata Qistina tiba – tiba bulat.

Biar betul?! Lan petroleum tu ke?! Perempuan ni biar benar! Gila ke?!

Boleh haru hidup kalau betul mamat tu yang dipilihnya.

“Kau biar betul?! Lan budak petroleum tu ke?” Qistina membeliakkan matanya, tidak percaya akan kemungkinan sahabatnya itu bertunang dengan mamat yang paling menggelikan di UTP ni dan mungkin juga yang paling menggelikan in the whole universe!

Sarrah hanya mendiamkan diri, seakan – akan mengiakan sahaja tebakan Qistina itu.

“Sarrah…Sarrah…Takkan kau desperate sangat sampai mamat yang menggelikan tu pun kau tibai?” Qistina menggeleng – gelengkan kepalanya pula.

“ Dia masuk meminang kau and kau terima pulak?! Biar betul weyh!”

“ Dulu punyalah kau cakap macam-macam pasal dia tu tapi sekarang kau bertunang dengan dia? Kau ni….memanglah!”

Dia seakan tidak percaya yang sahabatnya akan memilih si Lan, budak program Kejuruteraan Petroleum sebagai tunangan. Budak Lan itu memang telah dikenali ramai sebagai lelaki muka tembok. Lagi orang tak nak, lagi dia nak kacau dan Sarrah pula adalah salah satu daripada mangsa gangguan mamat itu. Sudahlah mamat itu memang kurang sivik sikit. Pakaian dia itu aje asyik diulang pakai sampai berhari – hari.

Aku pun tak faham kenapa dia sanggup buat macam tu. Tahulah dia tu tak famous mana tapi tolonglah….kalau bab baju, memang orang akan perasan punya lagi – lagi bila bau baju dia tu dah mengalahkan bau telur itik jeruk atuk aku kat kampung tu. Ngee…selekeh!

Tapi kenapa aku ni sibuk pasal mamat tu pulak ni? Kacau concentration aku aje. Dah Qistina! Back to reality! Maisarrah Imelda now, please!

Sarrah menahan rasa hendak ketawa melihat muka Qistina berkerut – kerut.

Si Qistina ni kalau bercakap memang macam bullet train, meluru dan menonong aje, tak ada brek langsung. Kalau langgar apa – apa, memang confirm mati terus benda alah tu! Belum tahu cerita betul, dia buat cerita sendiri pulak. Sedap – sedap aje ‘buat ketupat’! Siap bagi aku tunang baru lagi tu. Ada ke patut?

This girl really need to fix up her head!

Dah sebulan lebih aku bertunang, itu pun nak jadi isu hangat lagi ke? Malas nak ingatlah. Malas nak cerita. Buat semak otak aje.

Sarrah hanya menggeleng kepala, menafikan tekaan Qistina itu. Dia sememangnya berada pada tahap kemalasan bertaraf moksya ni. Dia tak kuasa mahu membangkitkan semula ‘kisah cinta’ dirinya yang tidak seindah mana itu.

“ Beritahulah kau bertunang dengan siapa, babe?” Qistina menggoyang – goyangkan bahu Sarrah. Memang dia tidak akan berputus asa selagi dia belum mendapat jawapan.

 “Zaid Izlan Azlan. Hah! Puas hati kau sekarang bila dah tahu siapa tunang aku tu?!”  Sarrah akhirnya mendedahkan juga siapa gerangan tunangannya. Dia mengalah. Dia marah tapi kesian juga melihatkan muka dua kupang yang dihidangkan Qistina itu.

Mendengarkan nama itu,Qistina terus menekup mulutnya, sekaligus menyatukan kembali rahang bawah mulutnya yang tadinya tiba – tiba terpisah dengan rahang atasnya.

“Kenal? Does that ring you a bell my dear lovely friend?”

Qistina memandang semula Sarrah. Biar betul minah ni. Gempar ni.

Zaid Izlan? Bukan ke tu nama abang sepupu dia yang ada belajar kat sini juga? Budak tahun akhir? Takkan dia bertunang dengan sepupu sendiri kot? Qistina menggumam di dalam hatinya.

“Abang sepupu kau tu ke? Dia ke? Memang dia? Bukan Lan lain?” Bertubi – tubi soalan dimuntahkan..

Kalau pasal lelaki ni, mana boleh main – main. Hal ini harus disiasat akan kesahihannya.

Sarrah sekadar menganggukkan kepala dan dia bingkas bangun dan terus mengemas buku-bukunya untuk bergerak ke dewan kuliah yang akan bermula sepuluh minit lagi. Dia hendak bergerak awal sedikit kerana jarak antara dewan kuliah dari kafeteria agak jauh. Nanti lambat pulak dia masuk kelas.

Baru sahaja dia hendak melangkah, datang pula si Airil, atau lebih tepat lagi Airiel Azraf Dato’ Rashid, mamat pendiam tetapi boleh tahan busybodynya yang Sarrah kenali melalui Qistina juga kira – kira dua tahun lepas. Hendak dipendekkan cerita yang tak berapa panjang, mereka bertiga terus rapat hinggalah sekarang.

Airiel terus sahaja datang ke arah Sarrah dan Qistina dan dia terus berdiri di sisi meja mereka.

 “Airiel, baguslah kau dah datang, right timing. Kau tahu tak apa kawan kau yang sorang ni dah buat?” Qistina segera menghampiri Airiel dan menarik bahunya. Ingin diberitahu segala yang Sarrah telah lakukan atau kena paksa lakukan.

Airiel nyata terpinga-pinga dengan reaksi Qistina yang tiba -  tiba itu namun segera dia duduk, meletakkan beg dan bukunya di atas meja, menunjukkan bahawa dia turut berminat untuk tahu.

Kalau dah dasar busybody, memang tak boleh nak buat apa. Qistina dengan Airiel ni sama aje! Busybody! Sarrah membebel di dalam hati.

 “Apa yang Sarrah buat kali ini? Dia nak kahwin ke? Tak pun dia dah kahwin lari ke?” Selamba aje soalan itu keluar dari mulutnya. Padahal hakikatnya adalah hampir betul sahaja tekaan dia itu.

Hendak tergolek Sarrah mendengar tekaan Airiel itu.

 Perghh! Pandai betul mamat ni menembak!

“ Hah.. .Lebih kuranglah tu. Pandai kau teka. Kagum aku sekejap. Macam pak nujum pulak. Belajar nujum dengan siapa?” Qistina menepuk – nepuk bahu Airiel.

Airiel mengangkat kening double jerknya.

Tak perlu kot nak merepek kat sini mak cik Qistina, you’re not the story of the day!” Airiel memberikan tembakan yang padu yang membuatkan Qistina terus terpelanting ke belakang…..well, literallylah….

Kurang hajo punya manusia! Suka hati hentam aku.

Qistina membuat muka. Geram! Tak pasal – pasal dia dihentam pula.

Anyway, Cik Maisarrah Imelda kita ini dah rasmi bergelar tunangan orang. For about a month already.” Qistina membuat pengumuman rasmi kepada Airiel.

Terima kasih banyak – banyak Cik Qistina. Dari si mamat Airiel ni tak tahu, sekarang dia dah tahu pulak.

Riak muka Airiel terus berubah. Dia mengangkat keningnya semula dan membaiki kedudukan cermin matanya. Riak mukanya sukar ditafsir. Gembira? Terkejut? Entahlah. Apa yang Airiel  cuba sampaikan melalui perbuatannya itu, Sarrah sendiri pun tidak tahu.

Pelik sangat ke kalau aku dah bertunang? Perlu ke sampai macam tu sekali reaksinya? Apa ingat perempuan macam aku ni, tak ada orang nak ke, hah?! Aku ni hot apa….Huh !

Qistina menceritakan segalanya pada Airil meskipun sudah puas Sarrah memberi isyarat supaya dia mendiamkan perkara itu.

Tak perlulah rasanya Airiel tahu serba – serbi pasal hal pertunangan dia. Sikit – sikit aje sudah.

Macam-macam yang telah Sarrah buat. Dikenyitkan mata, ditendangnya kaki Qistina di bawah meja namun minah eorang ni terus ligat bercerita.

Memang dasar mami jarum yang berjaya. Entah apa yang ditokok tambahnya itu. Yang si Airiel pulak asyik terangguk-angguk dan turut diselangi dengan hilai tawa pulak. Kadang-kadang macam nak terkeluar je mata dia tu. Mujur pakai spectacles, kalau tak, dah lama dua bijik mata tu berciciran agaknya. Suka sangat dia! Apa yang kelakar pun tak tahulah.

Setahu aku, tak adalah detail sangat apa yang aku beritahu pada Qis tadi, tapi kenapa dia macam cerita lama sangat? Apa bendalah yang dia merapu pada si Airiel tu….? Alahai…..

Sarrah menggaru – garu kepalanya. Dia bingung dengan drama yang sedang berlangsung di hadapannya ini. Terbantut niatnya untuk bergerak awal ke kelas. Risau dengan apa yang diceritakan Qistina pada Airiel itu.

“ Argh! Lantaklah apa kau orang nak cakap. Aku pun dah tak kuasa lagi nak melayan! Dah….Aku nak gerak!”

Sarrah sudah tidak mahu ambil kira tentang apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Dia malas. Lantaklah apa pun yang dia orang hendak repekkan.

Baru sahaja dia hendak memula langkah semula, Airiel tiba – tiba sahaja bersuara.

So mak cik. Kau bertunang dengan abang sepupu sendiri ek? Apa kes?” Airiel membuka mulut.

Mata Sarrah terbeliak keluar mendengarkan suara Airiel.

Mulut mamat ni memang nak kena jahit! Nak buat announcement ke? Cakap sekuat alam! Hantu betul!

Sarrah membuat isyarat supaya Airiel menutup mulutnya. Airiel pun terus menutup mulutnya. Sarrah mengambil tempat duduknya kembali buat kali kedua. Hajatnya hendak bercerita serba ringkas pada Airiel, kalau tak, mahunya dia betul – betul buat pengumuman pasal aku dah bertunang ni. Mamat ni bukan boleh kira sangat. Kesihatan mentalnya sangat diragui!

Sorry Sarrah, terkuat pulak aku cakap tadi.” Airiel cepat – cepat meminta maaf sebelum Sarrah sempat memakinya.

Sarrah diam.

“Kau pun, ceritalah kat kita orang. Yang ni kau tak sempat story lagi dengan aku. Aku pun lupa nak tanya tadi. Kenapa dia? Kenapa mesti Zaid Izlan? Ni kes aturan family ke?” Qistina pula menyampuk.

Ini yang aku tak gemar. Kena soal selidik macam aku ni tahanan ISA and manusia berdua ni pulak FBI Malaysia. Mujur aku tak jemput manusia berdua ni. Kalau tak, huru – hara aje rumah aku nanti. Tengok sajalah sekarang, buat sensasi aje. Malaslah aku nak layan so baik aku angkat kaki terus. Tak jadilah aku nak cerita.

Sarrah segera mengambil beg dan buku-bukunya dan meninggalkan Qistina dan Airiel yang terpinga-pinga dengan tindakan drastik Sarrah itu.


“Eh, minah tu larilah pulak. Bertuah punya manusia. Nak mengelaklah tu !” Qistina bangun dan turut mengemas bukunya untuk membuntuti Sarrah.

“ Tak apalah Airiel. Aku pun ada kelas ni. Nanti bila aku dah dapat full details, aku beritahu kau ek. Aku ni kan mami jarum berjaya. Menyampaikan berita lagi laju dari MIRC kita. Okay, see your later bro!” Qistina berlalu dan dia  terpaksa berlari – lari anak untuk mendapatkan Sarrah yang sudah agak jauh meninggalkannya.


“BERTUAH punya mak enon! Tadi kau bolehlah mengelak tapi not anymoreI want to know the whole story, from top to toe.” Qistina sudah tidak sabar-sabar lagi hendak mengetahui cerita sebenar. Tetapi melihatkan Sarrah yang tiba – tiba sahaja tekun mendengar setiap patah perkataan yang meluncur keluar dari mulut Dr. Ahmed, menyebabkan dia terpaksa menangguhkan dahulu niatnya itu. Bagi dia pula, lecture Dr. Ahmed langsung tidak dapat diberi tumpuan sepenuhnya. Sebaik sahaja lecture habis, dia terus mendapatkan Sarrah yang memang sengaja mengelakkan diri daripadanya. Cepat sahaja Sarrah mahu menghilangkan diri, namun dia lebih cepat. Dapat juga dia mengikut gerak langkah Sarrah.

“Aku tak kira. Baik kau story everything. How and why kau bertunang dengan Lan?”
           
“ Kenapa kau ni kalut sangat nak tahu? Bukannya apa-apa sangat pun. Bukannya aku ni bertunang dengan artis terkenal pun sampai aku nak kena bagi exclusive interview ke apa.” Sarrah membalas dengan nada yang sedikit kurang senang. Dia meninggikan suaranya. Dia sudah naik malas nak jawab semua soalan si Qis ni. Dia rimas! Lemas! Kalau boleh, dia tidak mahu lagi nama Zaid Izlan disebut- sebut. Penat mendengarkan nama dia. Tiba – tiba aje mamat tu famous sejak kebelakangan ni.

Dia perlukan masa, perlukan ruang untuk terima dan mengharungi semua ini. Tunang paksa, siapa yang suka?! Siapa yang nak kecoh – kecoh kalau kena paksa tunang?!
           
Okey, fine. Sorry.” Suara Qistina sedikit kendur. Dia sedar yang dia terlalu mendesak Sarrah. Dia dapat merasakan bahawa hal pertunangan ini sebenarnya mengganggu Sarrah. Tetapi itu yang membuatkan dia lagi ingin tahu. Kenapa dia boleh bertunang dengan Lan kalau betul dia sendiri begitu membenci akan pertunangan mereka itu?

Qistina mengeluh lagi. Dia mesti juga tahu cerita sebenar di sebalik hal pertunangan Sarrah ini. Kalau tidak, hidupnya memang tak akan aman dan memang sia – sia aje dia pergi lecture tadi sebab sepatah haram perkataan pun tak melekat di kepala otaknya itu kerana asyik memikirkan perkara Sarrah.
           
“ Tapi babe, I just want to know, really need to know…Well, if you don’t mind about it. Kenapa kau tiba-tiba bertunang? Itu pun dengan Lan. I just can’t keep myself from wondering. It’s bugging me. Up here.” Qistina mengetuk-ngetuk kepalanya untuk menunjukkan kerunsingan dia akan hal itu.

See, that’s why you need to fix up your head! Ingin sahaja Sarrah menjawab begitu apabila melihatkan aksi Qistina tadi.

Sarrah mengeluh panjang.

Ingatkan dah habis tadi, rupanya dia nak jugak sambung lagi cerita pasal benda ni?! Qistina memang degil! Susah betul!

Mahu atau tidak, dia tetap perlu menceritakan hal itu kepada Qistina. Kalau tidak, Qistina tidak akan berhenti menggangu dia sampai bila – bila.

It’s not that aku nak beria-ia nak bertunang. Ibu aku suruh balik, so aku pun balik la, macam yang selalu aku buat. But this time yang lainnya ibu suruh aku bertunang.”

Sarrah dan Qistina mengambil tempat di bangku di taman universiti mereka. Bangunan akademik baru mereka berbentuk seperti bintang yang berbucu lima, ala – ala Pentagon gitu, cuma dua blok sahaja lagi yang masih dalam proses perancangan. Apabila siap dua blok itu nanti, maka lengkaplah seperti bentuk bintang, bintang bucu lima. Di tengah-tengah itulah taman tempat mereka berehat kini. Pelbagai tumbuhan landskap ditanam, siap dengan aliran sungai buatan diselangi dengan jambatan kayu yang menyeberangi sungai itu.

Kalau nak dikira, PETRONAS ni boleh tahan kreatiflah. Ikan memang banyak dalam tasik ni, Cuma warna air aje yang agak kurang menyenangkan. Warna hijau lumut, memang banyak lumut pun dalam tasik tu sebenarnya itu yang menyebabkan warna dia macam itu.

“ Qis, kau kan tahu yang aku kalau boleh memang nak kekal solo. Biarlah aku jadi lone ranger, sekurang - kurangnya sampai aku habis belajar, tapi ibu aku stok paksa – paksa pulak.” Sarrah membuka cerita.

“ Dah tu, kenapa kau setuju pulak nak ditunangkan? Dengan sepupu kau sendiri pulak tu…” Tukas Qistina pula.

“ Dah, ibu aku suruh, nak buat macam mana lagi? Aku tak nak jadi anak derhaka, Qis. Aku tak nak tengok ibu aku menangis lagi. Cukuplah dengan hal abang Naym dulu.” Berkisar duduk Sarrah menceritakan hal tersebut kepada Qistina. Qistina pula sungguh khusyuk mendengarkan cerita Sarrah. Macam mendengar cerita novel pulak, getus Qistina senyap – senyap di dalam hatinya.

 “ Ibu dah janji dengan Aunty Munirah pasal pertunangan ni but there’s actually one more hot stuff you should know.”
“ It’s about Lan. You’re going to be damn surprise lepas apa yang kau dengar ni!” Sarrah mengalihkan kedudukannya supaya dia betul-betul mengadap Qistina. Tiba-tiba dia menjadi begitu teruja untuk bercerita dengan lebih lanjut.

He’s actually really into me. Dia sebenarnya yang beria-ria usulkan hal pertunangan ni. Can you believe it?” Sarrah membulatkan matanya.

Sebenarnya, sehingga hari ini, kejadian yang berlaku di dalam kereta Lan masih lagi terbayang-bayang di matanya. Satu persatu ayat yang diucapkan Lan terngiang-ngiang di telinganya. Kelakar juga bila diingatkan.

 Diceritakan kesemuanya kepada Qistina. Qistina yang mendengarnya juga memberikan pelbagai reaksi. Sekejap ketawa, lepas tu ditekupkan mulutnya dan kadang-kadang digaru-garu kepalanya.
           
Hish, tak sangka aku dia boleh pulak macam tu. Boleh tahan dahsyat bila dia tiba-tiba jadi romantik. Geli pun ada jugak. Euww…” Qistina menggoyangkan bahu dan kepalanya.

            Sarrah hanya tersenyum mendengar komen Sarrah. Dia juga seperti tidak percaya. mamat belia macam Lan mampu mengeluarkan kata – kata yang mampu mencairkan hatinya, tetapi cair sikit ajelah, tak banyak.

“Qis, aku nak minta satu benda ni dari kau. Tolonglah jangan cerita pada siapa-siapa pun yang aku dah bertunang, lagi-lagi pasal siapa tunang aku. Itu yang paling utama.? Tolong aku okey?”

“Lah, kenapa aku tak boleh beritahu orang pulak? Berita baik, kita mestilah kena heboh – hebohkan, baru tak timbul fitnah ke apa. Islam sendiri tau cakap macam tu. Lagipun, geng-geng kita yang lain pun mesti nak tahu kan? Takkan kau nak rahsiakan dari budak – budak tu pulak?” Qistina bertanya lagi namun Sarrah hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Qistina membuat muka tidak puas hati apabila dia melihat reaksi muka Sarrah itu. Memang Sarrah tidak bercadang nak beritahu pada siapa – siapa pun dan dia pula disuruh menjadi rakan komplotnya. Marahlah juga apabila dia disuruh berbuat begitu padahal dia baru sahaja berfikir hendak memberitahu pada semua tentang berita pertunangan Sarrah itu.

“Helo?” Sarrah menjawab telefonnya yang dari tadi menjerit-jerit minta diangkat. Mendengarkan suara si pemanggil,  dia tidak perlu meneka siapa yang menelefonnya. Suara itu sudah mula tersemat di kepalanya.

It’s either two, ibu or Lan and guess what? It’s Lan! Oh…Why am I not very surprise? I really wonder why.

 “ Siapa?” Sempat Qistina bertanya.

Sarrah membulatkan mata. Menyampah! Dibiarkan Qistina termangu sendiri dengan soalannya tadi.
           
“Sarrah, Lan ni, sorry kalau Lan kacau Sarrah.”

Memang kacau pun. Tetapi hanya hatinya sahaja yang berkata begitu. Hendak aje dilepaskan tetapi kalau terlepas cakap tadi, ada pulak yang makan jantung ulam arteri waktu lunch nanti.

 “Malam ni kita keluar boleh tak? Lan ada something nak cakap dengan Sarrah. Lan ambil Sarrah kat depan village Sarrah, Lan ambil Sarrah pukul lapan setengah nanti. Okey, bye!”

Pup! Talian terus diputuskan
           
“Lan?” Sarrah cuba mencelah lagi tetapi Zaid Izlan telah pun memutuskan talian mereka terlebih dahulu.

 Mamat ni memang sengajalah. Tahulah aku tunang dia tapi ingat suka-suka hati dia ke aku ni nak kena ikut telunjuk dia?!

 Tanya aku nak keluar ke tidak tapi dia pula yang tolong jawabkan. Baik jangan tanya dari awal. Buat sakit hati aje.

Hampeh! Memang dasar nak kena hempuk!

Argh!!!! Aku tak kira! Aku tak nak keluar malam ni. Peduli apa aku dengan dia! Biar jelah dia duduk tercongok menunggu kat situ nanti. Aku nak lepak kat bilik sambil tengok movie and makan nuget, lagi best!

Tapi kalau dia paksa jugak nanti macam mana?

 Hishhhh……Geramnya!! Ni rasa nak makan orang ni!

 Sarrah menjerit di dalam hati sambil menekan phonenya sekuat hati. Hendak sahaja dicampakkan phonenya ke dalam tasik hijau dihadapannya itu tetapi sayanglah pulak.

Hish…Sabar Sarrah. Jangan dicampak telefon yang tak bersalah ni. Mahal ni wooo…miskin aku kalau nak beli balik. Habis duit scholarship. Kalau nak campak, baik kau campak si Zaid Izlan tu, sampai ke Micronesia pun tak apa, asalkan dia tak menyusahkan kau lagi. Suatu suara berkata – kata kepada Sarrah.

 Bestnya kalau dapat buat betul – betul kan? Campak dia jauh – jauh…

 “Qis, jomlah balik. Aku laparlah. Aku nak pergi makan orang.” Sarrah segera bangun mengangkat begnya sambil memandang Qis dengan muka yang amat tidak puas hati. Riak muka yang jauh berbeza dari tadi. Sekelip mata sahaja moodnya terus berubah. Hanya satu panggilan sahaja yang diperlukan untuk mengubah segalanya.

Terkejut Qis dibuatnya melihatkan Sarrah sedemikian rupa.

Apa kena dengan dia ni? Tiba-tiba naik angin pulak.

“ Cepatlah!” Gesa Sarrah semula apabila melihat Qistina masih lagi duduk termenung.

“ Kenapa dengan kau ni Sarrah? Tiba-tiba naik angin. Siapa yang call tadi sampai buat kau nak makan orang ni? Kenapa angin semacam ni?”

Sarrah hanya berlalu membiarkan soalan Qis tidak berjawab. Tak kuasa nak menyebut nama manusia yang amat menyakitkan hatinya itu.

Qis yang faham akan angin monsoon sahabatnya itu telah kembali melanda hanya mampu menggelengkan kepala dan terus sahaja membuntuti Sarrah dari belakang. Faham sangat akan perangainya yang satu itu.

Berkawan dengan Sarrah selama hampir tiga tahun menyebabkan dia telah masak benar dengan perangai sahabatnya yang seorang itu.
           

No comments:

Post a Comment